Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Oktober 2013

Ustaz Harryanto Rizal Klon Dato' Ismail Kamus ?



Saya akan mengundang Ustaz Harryanto Rizal Rokman, seorang pendakwah bebas yang semakin dikenali dari Selangor. Saya menjemput Ustaz Heryanto berceramah sempena Maal Hijrah di Kluang nanti. Difahamkan Ustaz Harryanto semakin meningkat naik namanya selepas banyak kali muncul di TV termasuk TV3, TV9 dan TV Al-Hijrah.

Boleh dikatakan setiap orang yang mendengar ceramah Ustaz Harryanto akan teringat kepada Dato' Ismail Kamus, seorang pendakwah terkenal satu masa dulu. Ini termasuk rupa paras, penampilan, suara, gaya penyampaian dan lawak jenaka semasa berceramah yang hampir menyamai Dato' Ismail Kamus ini.

Kepada umat Islam di daerah Kluang dan yang berdekatan dengan Kluang, bolehlah datang ke Masjid Bandar Kluang pada 4 November 2013 sempena sambutan Maal Hijrah. Untuk makluman, ceramah akan bermula selepas solat Maghrib.

7 ulasan:

  1. Betullah Tuan,ketika pertama kali saya dan keluarga melihat kuliah ustaz Heryanto di TV saya sangkakan beliau ada pertalian keluarga dengan Ustz Ismail kamus :)

    BalasPadam
  2. Klon Ustaz Ismail Kamus...serupa tapi tak sama.

    BalasPadam
  3. YA AKAN-AKAN SERUPA DENGAN USTAZ ISMAIL KAMUS

    BalasPadam
  4. Ya..sngat setuju..first time dgr tnpa mnonton tv...ingatkan dato ismail kamus..Tp tngok2 klon dato'. Ingatkan anaknya.

    BalasPadam
  5. Aha la. Sy nonton di tv Hijrah...memang ada irasiras Us. Ismail Kamus...menghiburkan dlm menyampaikan dakwah. Alhamdulillah alhamdulilllah

    BalasPadam
  6. Saya search nama ustaz harryanto dgn harapan dibelakang namanya ada nama ismail hehe.. Mmg sama dgn ustaz ismail kamus.. Subhanallah..

    BalasPadam
  7. Masyallah. . Sama2 dicedok ilmu yg disampaikan

    BalasPadam

Dipersilakan komen.