11 Oktober 2010
Polis Keluarkan Senarai Nama Mangsa Kemalangan Ngeri 10.10.10
Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.
Polis melaporkan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar. Mangsa tersebut ialah pemandu bas ekspres R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar; penumpang bas ekspres Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim; Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas; Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar; Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana; dan Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di sini.
Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah Pau Khan Tual, 21; Kam Khaw Tual, 28; dan Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan). Pemandu van Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat, Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki).
Sudah Nasibku Mat Burger : (Episod 48) Apa Kesudahan Cerita Ini ?
Ramai sangat yang tanya saya, apa kesudahan cerita Mat Burger ni. Bukan setakat ruangan komen, ramai juga yang datang jumpa saya. Seorang pun saya tak cerita apa kesudahannya....
Mintaklah pembaca komen sebab pembaca kekadang lebih pandai meneka, saya pun hairan. Macam soalan saya dalam cerita 'Hantaran 10,000", ada juga pembaca yang teka dengan tepat siapa pengadu kes tu. Sebenarnya soalan siapa pengadu tu susah nak jawab dan tidak disangka-sangka jawapannya.
Jadi...apa kesudahan kisah Mat Burger ni ? Tolonglah ulas, contohnya...
- Man dan Yanti jadi kawin.
- Man kawin dengan Cikgu Syikin
- Man kawin dgn anak sedara makcik Kiah, orang Kota Tinggi tu
- Yanti kawin dengan Badrol
-Aboi kawin dengan Syira
-Aboi kawin dengan Cikgu Syikin
-Man dan Yanti tak kawin sampai sekarang
-atau lain-lain.
..BERSAMBUNG KE EPISOD 49
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/sudah-nasibku-mat-burger-episod-49.html
Mercedec-Benz Pun Tarik Semula Model Terkenal, Ingat Proton Jer Ke..
WASHINGTON - Pengeluar kereta Mercedes-Benz mengumumkan penarikan semula kira-kira 85,000 unit kenderaan model C-Class 2010 dan model E-Class Coupe serta Cabriolet 2011 kerana masalah stereng. Menurut agensi berita AP semalam, sistem stereng kenderaan itu mungkin gagal berfungsi sepenuhnya ekoran kebocoran cecair stereng.
Laporan mengenai masalah itu dikemukakan kepada Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA). Menurut pengeluar kereta itu, satu penyambungan pada saluran stereng kuasa didapati tidak berfungsi dengan sempurna sekali gus mengakibatkan cecair untuk stereng mengalami kebocoran.
10 Oktober 2010
6 Pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik Terengganu diserang Histeria
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik Kuala Terengganu kecoh apabila enam pelajar perempuannya diserang histeria selepas acara perhimpunan pagi tadi. Lima daripada pelajar terbabit merupakan pelajar Tingkatan Lima manakala seorang lagi adalah pelajar Tingkatan Dua yang sebelum ini telahpun terkena histeria pada Khamis lepas.
Difahamkan, pada Khamis lepas, dua pelajar perempuan Tingkatan Dua sekolah itu terkena histeria dan diarahkan dibawa pulang, namun kejadian sekali lagi berulang hari ini apabila seorang pelajar yang sama kembali terkena gangguan itu sebelum merebak kepada lima pelajar Tingkatan Lima.
12 Maut Kemalangan Membabitkan Bas Expres di Lebuhraya PLUS
REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.
Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan. Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.
Datuk Dr Sheikh Muzafar, Angkasawan Negara Selamat Bernikah
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 11.40 pagi tadi, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.
Pasangan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunus Mohd Ali dengan bersaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.
Pasangan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunus Mohd Ali dengan bersaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.
09 Oktober 2010
Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 47
Yanti terus turun dari tangga dan kakaknya sempat menepuk bahu Yanti membuatkan Yanti berhenti.
"Okey. Kakak hantar Yanti balik". Kata Azizah ringkas.
Kemudian mereka ke kereta yang dipandu suami Azizah terus menuju ke KL. Dalam kereta, Yanti sepatah pun tidak berkata apa-apa, cuma Azizah dan suami saja berbual perkara-perkara lain di kerusi hadapan. Yanti terus menangis sepanjang perjalanan itu dan kemudiannya terlelap. Jaga saja, kereta sudah membelok ke simpang menuju ke rumah Yanti dan tak beberapa lama lagi sampai.
Sampai saja di depan rumah, Yanti buka pintu dan keluar. Dia sepatah haram pun Yanti tak bersuara, Azizah memandang saja kelakuan Yanti sehinggalah Yanti masuk ke rumah.
"Kesian tengok Yanti tu" Kata Azizah dalam perjalanan balik ke rumahnya di Shah Alam.
"Yer, dia ada masalah tapi seorang pun tak faham masalah dia". Kata suami Azizah.
"Masalah ? Masalah apa tu bang ?" Tanya Azizah.
"Abang tahu, semua orang tahu apa masalah Yanti, tapi buat-buat tak faham kan ?" Kata suami Azizah.
Azizah terdiam, seakan kurang bersetuju dengan kata-kata suaminya itu. Tak lama kemudian, Azizah mula berkata-kata.
"Berkenaan Yanti dan Mat Burger tu kan ? Itulah masalahnya yang abang fikirkan ?" Kata Azizah.
Suaminya mengangguk saja tanpa berkata.
"Itu masalah yang Yanti cari sendiri dalam hidupnya. Kenapalah dia boleh jatuh cinta dengan Mat Burger tu ? Bukan tak ada orang yang nak kat dia tu, ramai. Tapi pada Mat Burger tu juga dia nak. Sekarang, dia sendiri yang terpaksa terima semua tu.." Kata Azizah.
Suaminya terus terdiam seakan tahu, itu bukan berbual lagi tapi sudah masuk ke gear membebel. Bila dah masuk bab tu, suami pun macam taknak layan dan dalam hatinya biarlah cepat berhenti bebelannya itu.
"Kami adik beradik bukan taknak terima lelaki pilihan Yanti tu, tapi boleh ke kita adik beradik menerima Mat Burger tu ? Yanti ni pun keras kepala juga, tak hormati cakap adik beradik" Kata Azizah. Suaminya terus diam dan mula buat-buat tak dengar, lagipun soalan itu rasanya tak perlu dijawab.
"Tak patut Yanti buat pada Fuad begitu, Fuad kan abang kandung, bukan orang lain. Tambah sekarang dia dapat kemalangan, kenapalah Yanti masih simpan dendam pada Fuad." Kata Azizah lagi.
Suaminya masih diam sambil memandu, kemudian membuka radio kuat sedikit. Azizah nampak reaksi suaminya yang tak berkenan dengar ceritanya lagi. Tak lama kemudian Azizah dapat panggilan telefon dari abangnya Kamal yang berada di hospital Bentong. Diberitahu, Fuad selamat tetapi masih koma. Fuad mengalami kecederaan parah di kepala dan sedang mendapat rawatan. Semua belum dibenarkan melawat.
Dalam hati suami Azizah, ada suatu yang nak dicakapkan, tapi bimbang kalau kalau Azizah terasa. Suaminya perlu fikir panjang dulu sebelum memastikan ayat yang bakal dikeluarkan adalah yang terbaik. Jangan sampai nanti boleh gaduh dengan isterinya.
"Azizah... Apa kata kalau kita terima saja Mat Burger tu sebagai suami Yanti ?" Kata suami Azizah.
Azizah tergaman bila mendengar suaminya berkata begitu. Selama ini, suaminya tak pernah bicara pasal Yanti dan jodoh Yanti walaupun tahu suaminya tahu mengenainya. Menyirap juga darah Azizah bila suaminya kata begitu. Hilang sabar juga Azizah dibuatnya, dahlah perut tengah lapar ni. Tapi bila difikirkan itu suami, Azizah sabar dan taknak jawab. Bimbang kalau jadi gaduh nanti.
Tapi Azizah terfikir juga, ada betulnya kata suaminya itu. Kalau benda lain, dia dengar cakap suaminya tapi dalam bab ni kenapa pulak nak tolak bulat-bulat.
Bagaimana kesudahan cerita ni, macam dah nak habis jer cerita ni...
.....BERSAMBUNG KE EPISOD 48
DVD Lucah Menimbun Dirampas
JOHOR BAHRU – Lebih 23,000 cakera padat digital (DVD) lucah selain pelbagai filem tempatan dan antarabangsa cetak rompak bernilai kira-kira RM130,000 dirampas di Pasar Borong Pandan, di sini, kelmarin.
Serbuan khas yang dijalankan pada jam 8.30 malam itu disertai sepasukan 34 pegawai dan anggota Bahagian Kawalan Filem, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Johor bersama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) Wilayah Selatan.
Serbuan itu turut menahan pemilik tujuh premis dianggap sebagai lubuk menjual DVD haram tanpa perakuan B yang berdegil meneruskan perniagaan walaupun sudah empat kali diserbu kerana melakukan kesalahan sama.
Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Filem Johor, Mohd Nashuddin Daud berkata, ketika serbuan dijalankan penjual yang sedang leka melayan pelanggan sekali gus tidak sempat untuk melarikan diri.
Menurutnya, serbuan itu dijalankan hasil maklumat orang awam yang diterima oleh pihaknya diikuti risikan sejak beberapa hari lalu untuk memastikan dakwaan berkenaan benar.
Serbuan khas yang dijalankan pada jam 8.30 malam itu disertai sepasukan 34 pegawai dan anggota Bahagian Kawalan Filem, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Johor bersama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) Wilayah Selatan.
Serbuan itu turut menahan pemilik tujuh premis dianggap sebagai lubuk menjual DVD haram tanpa perakuan B yang berdegil meneruskan perniagaan walaupun sudah empat kali diserbu kerana melakukan kesalahan sama.
Ketua Cawangan, Bahagian Kawalan Filem Johor, Mohd Nashuddin Daud berkata, ketika serbuan dijalankan penjual yang sedang leka melayan pelanggan sekali gus tidak sempat untuk melarikan diri.
Menurutnya, serbuan itu dijalankan hasil maklumat orang awam yang diterima oleh pihaknya diikuti risikan sejak beberapa hari lalu untuk memastikan dakwaan berkenaan benar.
Panggilan semula Gen2, Satria Neo sebahagian komitmen Proton, Harap-harap begitulah
Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd Proton menganggap langkahnya memanggil semula model Gen2 dan Satria Neo ekoran kerosakan bahagian komponen sebagai satu tindakan positif, dengan menyatakan ia tidak akan memberi kesan buruk kepada prestasi syarikat.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir, berkata keselamatan pelanggan merupakan yang paling penting bagi syarikat dan panggilan semula itu merupakan komitmen pengurusan untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir, berkata keselamatan pelanggan merupakan yang paling penting bagi syarikat dan panggilan semula itu merupakan komitmen pengurusan untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.
Ahli Parlimen Batu Sapi (BN Sabah) Maut Kemalangan
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Batu Sapi, Datuk Edmund Chong, 54, terbunuh apabila motosikal berkuasa besar yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung Aru-Sembulan di sini, jam 11.40 pagi tadi.
Beliau juga adalah bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS).
Beliau juga adalah bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS).
08 Oktober 2010
Terkini Kisah Ayah Pin : Siapa Betul ? Akhbar ke Polis ?

(Kenyataan Bodoh Ayah Pin Beberapa Tahun Dulu )
Ada akhbar semalam melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai "Kerajaan Langit" pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, di sini. Menurut laporan akhbar itu, pengikut Ayah Pin yang hadir itu ada antaranya datang dari Selangor, Pahang dan Johor dengan menaiki pelbagai kenderaan mewah.
Polis pula menafikannya Ayah Pin balik semula ke kampung tu dan kata Ayah Pin masih berada di luar negara. Hari ini pula dalam akhbar, cerita lagi pasal kegiatan ajaran sesat di situ. Jadi soalnya siapa yang betul antara akhbar dan polis ni. Akhbar kalau tak ada sumber dan maklumat yang meyakinkan, takkanlah dia keluarkan berita ni. Polis pula kalau tak betul-betul pasti, takkanlah dia nafikan. Mana satu yang betul, masyarakat keliru. Yer betul, saya pun keliru.
Okey, kalau polis kata tak betul, sila siasat wartawan yang mengeluarkan berita tersebut, ambil kenyataannya di balai polis. Kalau berita palsu, wartawan perlu bertanggungjawab dan berdepan tindakan undang-undang. Kalau wartawan betul, dia perlu jelaskan pada polis, bukan pada pembaca saja, pembaca boleh buat apa, bukan boleh ambil tindakan pun. Tapi kalau betul maklumat seperti yang tertulis di akhbar itu, maka pihak berkuasa perlu bertindak segera menangkap Ayah Pin dan menyekat kegiatannya. Kalau boleh, jangan lengahkan.
Saya tak anggap isu ini main-main dan janganlah mempermainkan isu ini. Ini kes murtad dan ajaran sesat serta menyebarkan pada orang lain. Jangan pandang kecil isu ini. Kalau kata Ayah Pin masuk semula ke kampung tu dan menjalankan kegiatan ajaran sesatnya, yang masyarakat persalahkan adalah pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Agama Islam negeri. Kenapa Ayah Pin boleh bebas sebegitu rupa ? Masyarakat akan kata itu kelemahan agensi berkenaan. Senang-senang saja agensi penguatkuasa dipandang rendah oleh kerana berita meragukan ini.
Wartawan perlu tampil kepada pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Agama untuk beri maklumat kalau dia ada maklumat. Janganlah pandai melontar maklumat dalam akhbar saja tapi tak mahu bekerjasama lebih dari itu. Saya percaya, wartawan atau siapa saja yang tampil beri maklumat akan dilayan sebaiknya. Malah maklumat pemberi maklumat akan dirahsiakan.
Satu lagi, kalau ada maklumat terutama kes penting seperti ini, janganlah hebahkan maklumat itu dulu. Kalau dah laporkan dan benar apa yang dilaporkan, kan orang yang buat salah tu akan lari. Mana tak lari, kalau orang tu tunggu kat sini, mestilah saja cari nahas. Laporkan dulu pada pihak berkuasa, kalau ada tindakan, tangkapan dan pendakwaan, kan masa itu pun boleh jadi bahan berita juga.
Saya bukan nak salahkan mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa atau wartawan, tapi pesanan saya, tanganilah isu ini dengan betul dan baik
Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 46
Sampai saja Azizah ke rumah sewa Yanti, Yanti diberitahu abangnya Fuad kemalangan di Bentong. Berita masih kurang jelas mengenai keadaan Fuad, adakah selamat atau tidak. Berita yang diterima Azizah, Fuad berdua dengan kawannya hendak ke Kelantan. Dalam perjalanan itu, dia terlibat dalam kemalangan. Kawan Fuad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tapi Fuad masih belum dapat berita yang sahih. Isteri Fuad sudah dalam perjalanan ke sana pun belum dapat mengetahui keadaan suaminya. Azizah cuba pujuk Yanti untuk pergi menziarahi abangnya tapi Yanti enggan.
"Yanti, kakak tahu apa perasaan kau pada Fuad, tapi dia tetap abang kau. Dulu kau kecil-kecil Fuad rapat dengan kau. Kau adik yang dia sayang". Pujuk Azizah. Suami Azizah menunggu mereka di dalam kereta.
Tapi hati Yanti tetap tak lembut juga. Yanti menangis dan tak dapat kata apa-apa. Dalam hatinya tetap rasa sakit hati pada abangnya walaupun ada rasa simpati terhadap isteri dan anak-anak Fuad. Yanti terkenangkan, bagaimana zalim dan samsengnya Fuad dengan rakan-rakannya membelasah Man seorang diri. Adakah hari ini hari pembalasan bagi Fuad ?
Inikah hari yang Allah tunjukkan dan makbulkan doa Man Burger yang dianggap sampah itu ? Terfikir juga Yanti, bagaimana kalau Man dapat berita ini, apa perasaan Man ? Yanti percaya, Man akan kata ini pembalasan Allah pada orang yang pernah membelasahnya dulu....Azizah sampai mengheret tangan Yanti tapi Yanti tetap tidak berganjak.
Inikah hari yang Allah tunjukkan dan makbulkan doa Man Burger yang dianggap sampah itu ? Terfikir juga Yanti, bagaimana kalau Man dapat berita ini, apa perasaan Man ? Yanti percaya, Man akan kata ini pembalasan Allah pada orang yang pernah membelasahnya dulu....Azizah sampai mengheret tangan Yanti tapi Yanti tetap tidak berganjak.
"Yanti....kakak harap kau dapat ke Bentong bersama kakak. Kakak sampaikan salam Kak Wani (isteri Fuad) yang benar-benar nakkan kau datang. Kak simpati dengan Kak Wani dan anak-anak dia, dia banyak rasa bersalah pada kau" Kata Azizah.
Yanti terdiam, kemudian menangis. Hatinya tersentak dan sedih bila kakaknya sebut nama isteri Fuad dan anaknya.
"Yanti...dari itu hari Kak Wani nak minta maaf dengan kau, tapi tidak ada kesempatan. Maafkan Kak Wani dan abang Fuad kalau kau terasa hati. Kak harap, kau jangan simpan dendam sesama kita adik beradik" Kata Azizah lagi.
Yanti akhirnya mengalah juga. Dia turut sama ke Bentong lebih kurang jam 10.00 itu. Perjalanan lebih kurang sejam, mereka terus ke hospital Bentong. Di sana, adik beradik Yanti hampir semuanya ada kecuali mak dan ayah Yanti yang tak dapat datang. Berita yang disahkan oleh pihak berkuasa, kemalangan berlaku dalam perjalanan antara Bentong ke Raub menaiki kereta yang dipandu Fuad. Keretanya bertembung dengan lori kelapa sawit dalam cuaca hujan lebat. Kawan Fuad mati di tempat kejadian. Fuad pula cedera parah dan masih di wad kecemasan. Semua ahli keluarga belum dibenarkan melawat Fuad.
Wani, isteri Fuad yang tidak berhenti menangis dari tadi menyedari kehadiran Yanti setelah diberitahu Azizah. Wani menerpa ke arah Yanti dan memeluk Yanti dengan erat sambil meraung kesedihan.
"Yanti.. maafkan abang Fuad! Maafkan abang Fuad!" Kata Wani. Yanti diam saja.
"Yanti, doakan abang Fuad panjung umur. Tolonglah Yanti, maafkan abang Fuad". Kata Wani lagi.
"Yanti, doakan abang Fuad panjung umur. Tolonglah Yanti, maafkan abang Fuad". Kata Wani lagi.
Pelukan itu begitu kemas dan Wani seperti orang kurang siuman. Mata Yanti memandang ke arah anak-anak Fuad yang tidak berhenti menangis dari tadi. Wani ditenangkan oleh Azizah dan adik beradik lain. Yanti tetap membisu, tidak berkata apa-apa, menambahkan perasaan sedih isteri Fuad itu. Tiba-tiba anak Fuad yang berusia 5 tahun, perempuan memeluk lutut Yanti sambil menangis. Yanti jadi sedih serta merta dan terbit rasa simpati melihat anak sedaranya yang dulunya rapat dengannya. Tapi hati Yanti tetap berkeras, dia sudah buang abangnya itu jauh-jauh. Sukar untuk mengembalikan semula zaman kemesraan adik beradik seperti dulu.
Berbanding orang lain, Yanti saja yang tak berbual dengan sesiapa, sebaliknya lebih suka merenung ke luar bangunan hospital. Yanti teringat peristiwa Man Burger bertarung dengan nyawa di bilik pembedahan angkara Fuad sendiri. Hari ini, Fuad pula mempertaruhkan nyawanya.
Berbanding orang lain, Yanti saja yang tak berbual dengan sesiapa, sebaliknya lebih suka merenung ke luar bangunan hospital. Yanti teringat peristiwa Man Burger bertarung dengan nyawa di bilik pembedahan angkara Fuad sendiri. Hari ini, Fuad pula mempertaruhkan nyawanya.
Malam itu juga, setelah hampir setengah jam berada di hospital itu, Yanti ajak Azizah balik. Dia macam tak mahu lama di situ, lagi pun esok kerja.
"Apa ? Yanti nak balik ? Kan belum dapat tengok abang Fuad lagi" Kata Azizah.
Yanti tak kata apa-apa dan dia pergi ke arah tangga untuk turun.
"Tak apa, kalau kakak taknak balik, Yanti naik teksi" Kata Yanti.
Sungguh mengejutkan, malam-malam begini adakah teksi dari Bentong ke KL. Yanti terus turun dari tangga di tingkat satu itu untuk turun ke bawah, Azizah pula mengekori di belakang sambil memanggil-manggil nama Yanti. Betul itu, Yanti bukan main-main, dia nak balik ke KL betul. Tapi naik apa ? Berani dia seorang diri malam buta itu, adakah teksi ?
Bagaimana kesudahannya, ikuti sambungannya yang dah tak berapa lama dah ni.
....BERSAMBUNG KE EPISOD 47
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/sudah-nasibku-mat-burger-episod-47.html
"Apa ? Yanti nak balik ? Kan belum dapat tengok abang Fuad lagi" Kata Azizah.
Yanti tak kata apa-apa dan dia pergi ke arah tangga untuk turun.
"Tak apa, kalau kakak taknak balik, Yanti naik teksi" Kata Yanti.
Sungguh mengejutkan, malam-malam begini adakah teksi dari Bentong ke KL. Yanti terus turun dari tangga di tingkat satu itu untuk turun ke bawah, Azizah pula mengekori di belakang sambil memanggil-manggil nama Yanti. Betul itu, Yanti bukan main-main, dia nak balik ke KL betul. Tapi naik apa ? Berani dia seorang diri malam buta itu, adakah teksi ?
Bagaimana kesudahannya, ikuti sambungannya yang dah tak berapa lama dah ni.
....BERSAMBUNG KE EPISOD 47
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/sudah-nasibku-mat-burger-episod-47.html
PROTON Tarik Gen2 dan Satria Neo...Aiyooooo, Aiyooooo, Nasib Baik Gua Pakai Honda dan Peugeot
Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.
Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.
07 Oktober 2010
Ayah Pin Dah Turun Dari Langit ?
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan hari ini menafikan laporan dua akhbar bahawa ketua ajaran sesat Ariffin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah Pin kembali bergerak aktif di Hulu Besut dan sedang mengumpul pengikutnya.
Katanya, pemantauan polis mendapati tiada sebarang kegiatan berlaku di perkampungan peninggalan Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.
"Polis percaya buat masa ini Ayah Pin masih berada di negara jiran," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Raja di sini hari ini.
Dua akhbar itu hari ini melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai "Kerajaan Langit" pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, di sini. Menurut laporan akhbar itu, pengikut Ayah Pin yang hadir itu ada antaranya datang dari Selangor, Pahang dan Johor dengan menaiki pelbagai kenderaan mewah.
Apa Cerita Perkembangan Kes Bunuh Datuk Sosilawati ?
Tiga suspek termasuk seorang peguam dan adiknya ditahan semula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan dua ahli perniagaan yang dilaporkan hilang baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho Abdullah dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Bukit Aman di sini berkata, "sama ada mereka akan direman lanjut bergantung kepada keperluan siasatan".
Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho Abdullah dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Bukit Aman di sini berkata, "sama ada mereka akan direman lanjut bergantung kepada keperluan siasatan".
Jangan Berniaga Dengan Orang Kaya ?
Pagi tadi saya baca satu buku mengenai usahawan. Buku tu, ikut catatan, saya beli tahun 2008. Kisah bagaimana nak jadi usahawan berjaya. Antaranya buku tu cerita, kalau nak berniaga, kena berhati-hati berniaga dengan orang kaya.
Satu kisah yang dia cerita dalam buku tu pasal seorang ni berniaga alatan perkahwinana dan jamuan. Pelanggan orang tu seorang wanita kaya dan orang tu seronok sebab dapat projek dalam RM 20,000. Bagaimanapun, selesai majlis kawin, wanita kaya tu tak bayar baki bayaran. Bila datang ke rumah, pagar berkunci dan kalau telefon asyik sibuk dengan kerja luar saja. Dah setahun minta hutang, lepas tu kira lesap lah.
Saya teringat sedara saya berniaga ayam tepi jalan, yang sembelih sendiri dan proses tu. Dia cerita, orang hutang dia dah lebih 30,000 terutama orang nak kawin. Yang hutang tu orang sekampung juga, nak gaduh lebih-lebih tak boleh pulak. Biasanya orang nak kawin tempah kat dia dalam 100-200 ekor, bayar deposit saja dulu. Katanya bayaran baki lepas majlis kawin, katanya hasil sumbangan tetamu yang datang.
Tapi bila majlis dah habis, bayaran baki tak juga bayar, kalau bayar pun tak cukup. Mungkin sumbangan tetamu jemputan tak seberapa. Masalahnya, peniaga ayam yang rugi. Saya simpati juga dengan dia dan tanya, tak marah ker. Dia kata nak marah macam mana, kekadang kesian orang kampung. Banyak tu, sikit-sikit pun kalau dikira jumlahnya dah masuk 30,000.
Penjual Salah Guna Ayat Al-Quran
(Harian Sinar) KLUANG- Sebanyak 369 barang hiasan yang mengandungi kesilapan ayat al-Quran dirampas Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Johor dalam operasi bersepadu bersama Pejabat Kadi Kluang, semalam.
Kadi Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, operasi bersepadu ini ke tiga premis yang menjual barang-barang hiasan al-Quran yang mengandungi kesilapan dari segi ayat al-Quran dan sebagainya.
“Operasi dijalankan di sekitar bandar Kluang dan dalam operasi tersebut, kami telah berjaya merampas barang-barang hiasan al-Quran di salah sebuah premis menjual barangan serbaneka.
“Sebanyak 369 barang hiasan dirampas kerana pemilik kedai bukan Islam dan menjadi satu kesalahan apabila orang bukan Islam menjual barang-barang hiasan yang mengandungi ayat al-Quran.
“Malah, ianya juga terdapat dalam garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tahun 2008 bagi garis panduan pembuatan, pengendalian dan penjualan dan pelupusan bahan-bahan penerbitan dan perhiasan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang menggariskan bahawa semua aktiviti pengendalian dan penjualan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran hendaklah dilakukan oleh hanya orang yang beragama Islam,” katanya kepada: Sinar Harian:.
Mohd Khalil berkata, kesalahan tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan itu juga katanya, telah terkandung dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-13 pada 1 dan 2 Julai 1985.
Dalam keputusan tersebut orang bukan Islam adalah diharamkan atau tidak boleh menulis, mengukir, membentuk, mempamerkan dan menjual barang-barang yang mengandungi ayat-ayat al-Quran.
“Dalam operasi yang dijalankan pada hari ini (semalam), kessemua maklumat yang diperoleh adalah hasil daripada maklumat orang awam dan juga siasatan yang kita dijalankan,” katanya.
Lagi
Kadi Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, operasi bersepadu ini ke tiga premis yang menjual barang-barang hiasan al-Quran yang mengandungi kesilapan dari segi ayat al-Quran dan sebagainya.
“Operasi dijalankan di sekitar bandar Kluang dan dalam operasi tersebut, kami telah berjaya merampas barang-barang hiasan al-Quran di salah sebuah premis menjual barangan serbaneka.
“Sebanyak 369 barang hiasan dirampas kerana pemilik kedai bukan Islam dan menjadi satu kesalahan apabila orang bukan Islam menjual barang-barang hiasan yang mengandungi ayat al-Quran.
“Malah, ianya juga terdapat dalam garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tahun 2008 bagi garis panduan pembuatan, pengendalian dan penjualan dan pelupusan bahan-bahan penerbitan dan perhiasan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang menggariskan bahawa semua aktiviti pengendalian dan penjualan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran hendaklah dilakukan oleh hanya orang yang beragama Islam,” katanya kepada: Sinar Harian:.
Mohd Khalil berkata, kesalahan tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan itu juga katanya, telah terkandung dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-13 pada 1 dan 2 Julai 1985.
Dalam keputusan tersebut orang bukan Islam adalah diharamkan atau tidak boleh menulis, mengukir, membentuk, mempamerkan dan menjual barang-barang yang mengandungi ayat-ayat al-Quran.
“Dalam operasi yang dijalankan pada hari ini (semalam), kessemua maklumat yang diperoleh adalah hasil daripada maklumat orang awam dan juga siasatan yang kita dijalankan,” katanya.
Lagi
06 Oktober 2010
Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 45
Satu malam tu, Yanti dapat telefon dari kakaknya Azizah. Kakaknya tu seakan merayu pada Yanti supaya duduk saja di rumah, jaga ayahnya. Kata kakaknya lagi, dua tiga hari lagi pembantu rumah Indonesianya nak berhenti kerja dan balik Indonesia setelah 4 tahun bekerja di sini. Alasan pembantu rumahnya macam kelakar juga, katanya 4 tahun dulu dia merajuk pada suaminya yang kawin lagi satu, terus membawa diri ke perantauan.
Sekarang suaminya dah bercerai dengan isteri mudanya, maka isteri pertamanya berdetap detup jantungnya terpingin untuk pulang mengulit suaminya. Dulu ngak mahu diulit kerna udah diulit bini mudanya. Itulah kisah bibik Indon di rumah itu yang dah nak balik Indon. Nak dihalang tak boleh juga tapi keluarga ibu bapa Yanti sekarang tengah penting sangat nak jaga ayahnya.
Sekarang suaminya dah bercerai dengan isteri mudanya, maka isteri pertamanya berdetap detup jantungnya terpingin untuk pulang mengulit suaminya. Dulu ngak mahu diulit kerna udah diulit bini mudanya. Itulah kisah bibik Indon di rumah itu yang dah nak balik Indon. Nak dihalang tak boleh juga tapi keluarga ibu bapa Yanti sekarang tengah penting sangat nak jaga ayahnya.
Sebab itu Azizah merayu benar pada Yanti. Yanti pun faham, kalau perkara tu macam kecil takkanlah kakaknya sampai ke tahap merayu sebegitu. Yanti tahu, Azizah ada suami dan anak-anak, tak bolehlah nak jaga ayah seharian, datang sekejap-sekejap bolehlah. Ini semua menambahkan rasa serba salah dalam dirinya. Selama ini alasannya adalah untuk mencari ketenangan diri, sebab itu dia menjauhkan diri dengan ibu bapa.
Sekarang Yanti perlu berpuashati yang dia mencapai tahap ketenangan yang diharapkan. Dia tak boleh selamanya mengasingkan diri dengan keluarga, ayahnya sekarang sudah tidak sihat lagi. Kalau ikutkan rasa sedih dan perasaan seorang anak kesayangan bapanya, tentu Yanti turutkan saja nasihat kakaknya itu. Tapi satu masalah yang Yanti sendiri tak berani tempuh adalah masalah dengan abangnya Fuad. Yanti sudah ludah nama itu jauh-jauh dari hatinya dan tidak mengaku abang lagi. Dia taak mahu bertentang mata lagi dengan abangnya itu.
Sekarang Yanti perlu berpuashati yang dia mencapai tahap ketenangan yang diharapkan. Dia tak boleh selamanya mengasingkan diri dengan keluarga, ayahnya sekarang sudah tidak sihat lagi. Kalau ikutkan rasa sedih dan perasaan seorang anak kesayangan bapanya, tentu Yanti turutkan saja nasihat kakaknya itu. Tapi satu masalah yang Yanti sendiri tak berani tempuh adalah masalah dengan abangnya Fuad. Yanti sudah ludah nama itu jauh-jauh dari hatinya dan tidak mengaku abang lagi. Dia taak mahu bertentang mata lagi dengan abangnya itu.
Yanti minta maaf pada kakaknya dan minta sedikit masa lagi untuk memikirkannya. Di rumah sewa Yanti pun, Yanti macam orang asing di rumah itu sebab ketiadaan kawan baiknya Nani. Esoknya, waktu makan tengahari, Yanti ke tempat kerja Nani dan makan tengahari bersama.
"Nani, perlu ke aku pindah duduk dengan mak bapak aku ?" Tanya Yanti.
"Kenapa tidak ? Aku rasa sekaranglah masa yang sesuai kau jaga ayah kau yang sakit tu. Kau anak perempuan yang belum kawin, kau saja yang boleh lakukannya berbanding adik beradik lain kau". Kata Nani, seorang pensyarah muda tu.
"Seperti yang aku cakap dulu, kau dengan abang kau tetap abang juga, walau kau gaduh sampai tahap mana pun. Aku yakin satu hari nanti kau dengan abang kau tu akan okey semula". Kata Nani lagi.
Man Burger dengan Syikin nampaknya makin intim macam kumpulan nasyid intem. Cuma Man lebih berhati-hati berkawan dengan wanita berjawatan sebegitu, Syikin cikgu berijazah dan sedang buat master. Man sedar dirinya siapa dan dia cuba mengelak untuk jatuh cinta lagi dengan gadis manis bercermin mata itu. Selesai SPM dan STPM, Man bawa Nizar ke JB untuk bantunya niaga burger sementara tunggu keputusan periksa. Syira pula, Man suruh jaga mak ayah di kampung dan bayar gaji juga pada Syira.
Jadi, lama kelamaan hubungan Man dan Syikin itu tidak jadi rahsia lagi pada Nizar. Nizar pula yang tak pandai rahsia tu, ceritakanlah pulak pada maknya dan Syira di kampung.
Jadi, lama kelamaan hubungan Man dan Syikin itu tidak jadi rahsia lagi pada Nizar. Nizar pula yang tak pandai rahsia tu, ceritakanlah pulak pada maknya dan Syira di kampung.
"Man selalu keluar dengan Cikgu Syikin ?" Tanya mak Man pada Nizar pada satu hari Nizar balik kampung.
Tapi mak Man tak kata apa-apa pun bila Nizar mengiyakan soalan itu. Seolah-olah macam tak berapa layan sangat cakap Nizar tu. Dalam bilik, Syira tanya panjang lebar dengan Nizar mengenai hubungan Man dengan Cikgu Syikin.
"Betul ke Man selalu keluar naik kereta dengan Cikgu Syikin ?" Tanya Syira nakkan kepastian.
"Sumpah kak... Abang Man selalu naik kereta berdua termasuk hantar dan jemput Cikgu Syikin ke universiti. Sampai gerai burger pun sekarang Man dah jarang. Nizar dan Aboi saja yang niaga hari Jumaat, Sabtu, Ahad". Kata Nizar.
Syira seakan tidak percaya lagi kata-kata Nizar tu walaupun dia tahu adiknya itu tak pernah menipu. Malam tu Syira merenung hadiah pemberian Yanti yang masih belum diserahkan pada Man tu. Syira sendiri tak berapa pasti apakah isi hadiah dalam tu tapi Syira dapat agak yang itu hadiah istimewa. Syira seakan hendak saja telefon Cikgu Syikin, nak marah dan tengking supaya jangan ganggu abangnya itu. Tapi sekali fikir lagi, macam tak patut. Cikgu Syikin cikgu kesayangannya, yang dia hormat, takkanlah dia nak buat begitu.
Syira mula rasa Man tak setia dah dengan Yanti. Syira simpan dendam kesumat pada Man, tunggu Man balik kampung, nak saja Syira tanya soalan cepu emas tu. Syira dah bersedia, kalau Man kata dia ada hubungan istimewa dengan Cikgu Syikin, macam Syira nak lepaskan saja peluru M16 pada Man.
Satu hari tu Cikgu Syikin telefon Syira, katanya nak datang rumah Syira. Kemudian Cikgu Syikin datang dan nak minta jadi guru ganti di sekolah lama Syira. Syira mulanya macam nak tolak tapi mengenangkan gaji yang baik juga dan dia pun tak buat apa kerja di rumah, Syira terima. Macam tak percaya, Syira dulu pelajar di situ, tak berapa lama, jadi guru pula,mengajar tingkatan satu dan dua. Syira semakin rapat dengan Cikgu Syikin di sekolah hingga Syira lupa perasaan marah dan nak tahu cerita hubungan Cikgu Syikin dan Man.
Yanti masih tinggal di rumah sewa tetapi sudah berazam untuk tinggal di rumah ibu bapanya beberapa hari lagi sehingga hujung bulan. Satu hari tu, sebelah malam, Yanti dapat panggilan telefon dari kakaknya Azizah. Kakaknya agak cemas bercampur gabra dan sedih.
"Yanti... Yanti, ada berita Yanti, cerita mengejutkan, Yanti" Kata Azizah.
"Kak, berita apa kak ? Berita apa ? Abah ?" Tanya Yanti.
"Bukan abah Yanti, Abang Fuad." Kata Azizah.
"Kenapa pula dengan Fuad ?". Tanya Yanti, dia semakin penuh dengan tandatanya.
"Yanti tunggu kat rumah. Kejap lagi kakak sampai, nak tengok Fuad di Bentong. Mungkin di Balai Polis atau di hospital Bentong. Tunggu, kejap lagi kakak datang rumah kau" Kata Azizah.
"Kenapa ? Apa berlaku kak ?" Tanya Yanti.
Apa yang berlaku pada Fuad ? Bagaimana kisah selanjutnya ? Pasti mengejutkan. Masih jadi tandatanya yang besar pada Yanti.
...BERSAMBUNG KE EPISOD 46
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/sudah-nasibku-mat-burger-episod-46.html
Syira mula rasa Man tak setia dah dengan Yanti. Syira simpan dendam kesumat pada Man, tunggu Man balik kampung, nak saja Syira tanya soalan cepu emas tu. Syira dah bersedia, kalau Man kata dia ada hubungan istimewa dengan Cikgu Syikin, macam Syira nak lepaskan saja peluru M16 pada Man.
Satu hari tu Cikgu Syikin telefon Syira, katanya nak datang rumah Syira. Kemudian Cikgu Syikin datang dan nak minta jadi guru ganti di sekolah lama Syira. Syira mulanya macam nak tolak tapi mengenangkan gaji yang baik juga dan dia pun tak buat apa kerja di rumah, Syira terima. Macam tak percaya, Syira dulu pelajar di situ, tak berapa lama, jadi guru pula,mengajar tingkatan satu dan dua. Syira semakin rapat dengan Cikgu Syikin di sekolah hingga Syira lupa perasaan marah dan nak tahu cerita hubungan Cikgu Syikin dan Man.
Yanti masih tinggal di rumah sewa tetapi sudah berazam untuk tinggal di rumah ibu bapanya beberapa hari lagi sehingga hujung bulan. Satu hari tu, sebelah malam, Yanti dapat panggilan telefon dari kakaknya Azizah. Kakaknya agak cemas bercampur gabra dan sedih.
"Yanti... Yanti, ada berita Yanti, cerita mengejutkan, Yanti" Kata Azizah.
"Kak, berita apa kak ? Berita apa ? Abah ?" Tanya Yanti.
"Bukan abah Yanti, Abang Fuad." Kata Azizah.
"Kenapa pula dengan Fuad ?". Tanya Yanti, dia semakin penuh dengan tandatanya.
"Yanti tunggu kat rumah. Kejap lagi kakak sampai, nak tengok Fuad di Bentong. Mungkin di Balai Polis atau di hospital Bentong. Tunggu, kejap lagi kakak datang rumah kau" Kata Azizah.
"Kenapa ? Apa berlaku kak ?" Tanya Yanti.
Apa yang berlaku pada Fuad ? Bagaimana kisah selanjutnya ? Pasti mengejutkan. Masih jadi tandatanya yang besar pada Yanti.
...BERSAMBUNG KE EPISOD 46
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/sudah-nasibku-mat-burger-episod-46.html
Isteri Balik Perak, Suami Khalwat Dengan Bekas Kekasih, Datang Dari Perak
Lelaki orang Kluang, usia 30-an ditangkap penguatkuasa agama di rumah beliau di sebuah rumah di Kluang. Waktu tangkapan, isteri lelaki ni balik ke kampung di Perak. Dia pula ambil kesempatan ajak kekasihnya dari Perak, datang ke Kluang.
Kes telah dibicarakan di mahkamah Syariah Kluang dan beliau didenda RM 2 900. Lelaki adalah seorang kakitangan kerajaan di Kluang. Perak dengan Kluang bukan dekat tapi maksiat punya pasal, semua boleh jadi.
Muhasabah Diri (Siri 2)
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Muhasabah Diri (Siri 1)
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Nak Nikah Tarikh 10.10.10 ?
Ramai juga pasangan nak bernikah pada 10 Oktober 2010 ni. Nombor dia cantik, 101010. Ni kalau nombor kereta, tentu mahal dan payah nak dapat. Kalau nombor ekor pulak ? Ops, jangan main-main, kena tangkap baru tahu.
Pada saya, angka 101010 tu bukan ukuran kebahagian dalam perkahwinan, malah tak ada kaitan lansung dengan baik dan buruknya sesuatu benda. Nak nikah, nikahlah pada tarikh tu, tak ada masalah. Cuma jangan berpegang pada angka tu, kononnya boleh melambangkan sesuatu perkara.
Chef Hotel 5 Bintang dituduh Khalwat, Tak Mengaku Salah
Sebuah akhbar harian hari ni cerita pasal kes tangkapan ini. Tertuduh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.Klik Sini
05 Oktober 2010
Cerita Hantu Kes Bunuh, Yer Ke atau Diada-adakan ?
Kenapalah orang kita, percaya sangat cerita-cerita hantu ni. Nak bising-bising marah pun tak guna juga. Tengok tv sudahlah, bersepah cerita hantu. Sampai orang yang tak takut nak pergi bilik air pun dah jadi takut. Apa untungnya dalam zaman kemajuan sekarang, kita nak kembali semula ke zaman manusia tak bertamadun ker ?
Kes pembunuhan Datuk Sosilawati sepatutnya kita sedih dan mengiringinya dengan doa. Bukannya membuat-buat cerita tak betul sampai boleh menjatuhkan maruah simati. Cukuplah keluarga simati empat orang tu dalam kesedihan, kita nak tambah lagi dengan cerita mengarut ni. Kenapa buat cerita hantu ni ? Ker sebab dah tak ada idea untuk ditulis berkenaan kes pembunuhan ni ? Rilek ler, tunggu kes kena dakwa mahkamah nanti, larislah berita nanti.
“Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam, tak ada apapun. Semua itu hanya untuk mensensasikan cerita saja,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus.Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.
Betul Juga Tu, Kalau Bekas Suami Menunjuk-nunjuk Kaya, Kasilah Nafkah Anak Tinggi
Hari ni dalam banyak akhbar, cerita tentang seorang artis tu. Bekas isteri minta nafkah anak dinaikkan berkali-kali ganda di mahkamah syariah. Sebab apa mintak naik ?
Yer le, bekas suami masuk media, katanya kaya raya, bermacam-macam kemewahan yang dia dapat. Jadi kalau dah mewah tu, nafkah anak dia janganlah diabaikan. Bukan untuk bekas isteri tapi untuk anak-anak.
Tapi terfikir juga saya, artis tu betul ke kaya ? Atau lakonan saja kaya. Itulah, ada satu sikap orang kita, mula sikit niaga, masuk sikit perniagaan, dah mengaku jutawan. Kalau yer jutawan, ok lah. Tapi yang kita bimbang, harta tu bukanlah sebanyak mana, tapi cuma nak menarik pelanggan dalam perniagaannya. Macam MLM, ramai orang kita baru dua tiga bulan masuk MLM tu dah pakai kereta mewah, cakap pulak semua tinggi-tinggi. Yang macam saya ni tak ada kereta mewah, dia macam tak pandang saja.
Ada kawan saya yang seorang ni, dulu mengaku mewah, dua tiga tahun lepas tu, kereta kena tarik bank dan banyak masalah kewangan lain yang tak boleh pusing lagi.
Harga Rokok Naik 63 Sen, Harap-harap Ramai Nak Berhenti Merokok ?
Akhbar Harian Kosmo yang saya baca hari ni cerita tentang kenaikan harga rokok. Persoalannya, ramai ke yang bercadang nak berhenti merokok disebabkan kenaikan harga ini ? Berhentilah merokok, elakkan pembaziran wang ringgit.
Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober lalu.Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan, demikian menurut satu kenyataan daripada Kementerian Kewangan di sini semalam.
04 Oktober 2010
Kempen Henti Penggunaan Beg Plastik, Macam Kelakar Pun Ada
Ada satu kempen penggunaan beg plastik perlu dihentikan sebagai langkah mengurangkan pencemaran demi memulihara bumi daripada pencemaran sampah. Berdasarkan kajian, penggunaan beg plastik banyak menyumbang kepada pencemaran seperti parit tersumbat dan aliran sungai terhalang.
Berjaya atau tidak kempen ini di negara kita ? Entahlah, saya rasa sukar untuk berjaya. Kalau sayalah, pergi beli barang di pasaraya, kalau tak ada beg plastik, mesti saya mintak. Kalau pasaraya kata tak ada beg plastik, susahlah pembeli macam tu. Banyak sangat songel pasaraya tu, saya tak pergi dah pasaraya tu. Kalau alasan dia dah ada troli, kalau rumah kondo, pangsapuri atau flat macam mana ?
Susah sangatlah kalau tak ada beg plastik. Yang saya tahu, penjual mesti mengutamakan pelanggan, bukan mengutamakan pihak lain termasuk pihak alam sekitar tu. Dulu di Johor Bahru, pasaraya Macro tak ada plastik. Tapi dia jual plastik pulak, satu plastik seringgit. Sekarang Macro dah tutup sebab lingkup, pasaraya lain ambil alih. Sebelum tutup, pasarayanya lengang, orang tak ramai, mungkin menyampah dengan kerenah pasaraya tu.
Susah sangatlah kalau tak ada beg plastik. Yang saya tahu, penjual mesti mengutamakan pelanggan, bukan mengutamakan pihak lain termasuk pihak alam sekitar tu. Dulu di Johor Bahru, pasaraya Macro tak ada plastik. Tapi dia jual plastik pulak, satu plastik seringgit. Sekarang Macro dah tutup sebab lingkup, pasaraya lain ambil alih. Sebelum tutup, pasarayanya lengang, orang tak ramai, mungkin menyampah dengan kerenah pasaraya tu.
Pasaraya yang lancarkan kempen hentikan penggunaan beg plastik tu kena fikirkan semula. Mungkin lama-lama pasaraya tu semakin hari semakin hilang pelanggan. Susah nak cakap antara dua isu ini, iaitu antara membantu mengurangkan pencemaran dan kemudahan pembeli. Kempen seperti ini mungkin dah berjaya di negara lain, tapi negara kita belum tentu berjayanya. Pada saya, elok kita didik orang kita buang sampah dengan betul, jangan buang plastik merata-rata.
Zizie Ezzeti Kata, Isteri Pertama Bong Mokhtar Terima Kehadirannya, Alhamdulillah
“Setakat ini hubungan Bung dengan isteri pertamanya baik dan saya pun tidak mempunyai sebarang masalah dengannya.
Alhamdullilah kini, dia telah menerima hubungan kami,” Kata Zizie Ezzeti.
Alhamdullilah kini, dia telah menerima hubungan kami,” Kata Zizie Ezzeti.
Bapa 70-an Nikah Lagi Satu di Siam
"Bapa saya yang berusia 70-an telah bernikah beberapa bulan lalu dengan seorang janda tempatan yang mempunyai anak di Thailand. Saya risau samada pernikahan tersebut adalah sah atau tidak, agar kedua2nya tidak dalam keadaan berzina.
Apa akan berlaku, sekiranya pernikahan itu tidak disahkan di Malaysia dan apakan prosedur yang sepatutnya dibuat oleh bapa saya? Saya dan adik beradik yang lain kecewa dengan tindakannya dan pembohongan yang dibuat kepada ibu saya selama ini bagi menyembunyikan pernikahannya. Saya mohon nasihat dan pandangan tuan."
Pembaca budiman..... tolonglah beri nasihat kat anak dia ni, dia mengadu kat blog saya ni.
Dari Bentong Pahang Ke Johor Bahru, Kerja Restoran Mamak
Tadi, ke JB, sebelum ke program kat sana, singgah sarapan restoran mamak tu. Kedai tu dulu masa kat JB, selalu gak pergi, bukan selalu lagi, boleh kata hari-hari gak. Kalau tak pagi, petang atau malam. Sarapan teh tarik dan roti canai 2 keping pagi tadi.
Ada seorang pekerja tu, ambil order kat meja saya. Dari bahasa dia tu, saya agak dia ni orang Pahang sebab saya biasa dengan bahasa ni. Saya berbual dan tanya dia. Dia ni umur 20-an masih bujang, berhijrah dari Bentong ke JB beberapa bulan dulu. Gaji dia RM 900 sebulan, kerja dari pukul 7 pagi ke 7 petang. Cuti sehari dalam seminggu. Makan free kat kedai, ambillah apa yang nak makan dan minum. Rumah pun tauke mamak tu sediakan.
Dia kata, dia jarang ambil cuti dan kekadang buat kerja lebih masa. Patut balik pukul 7 petang tapi sambung sampai pukul 10 malam. Dalam sebulan gaji dia bersih dalam RM 1,500 sebulan, kira lumayan tu. Makan dan sewa rumah tak payah nak fikir. Dalam ramai-ramai pekerja tu, dia kata dia seorang saja orang Melayu, orang lain taknak kerja. Pekerja lain lelaki dari India dan perempuan Indonesia.
Teringat saya cerita Man Burger, jutawan senyap tu. Kedai tu dulu, saya biasa minum dengan Man. Aboi dalam cerita Man Burger tu, sebelum kerja dengan Man, dulu dia kerja kedai mamak juga. Terlintas di fikiran saya satu persoalan yang belum terjawab. Kenapa orang kita selalu bising-bising kata tak ada kerja. Kerja kedai mamak kan banyak kosong. Kedai mamak kat Kluang pun saya tengok iklan kerja kosong ada saja, tapi tak ada orang mintak.
Lagi satu, kalau kerja kedai mamak, dalam hati tu sematkan satu azam untuk terus berjaya dalam perniagaan. Banyak perkara boleh belajar dengan cara mamak berniaga tu. Kalau kita baca buku Chef Li bertajuk 'Jutawan Senyap', ada satu kisah tu,kisah mamat yang sekolah tak berapa pandai dan kerja kedai mamak. Tapi beberapa tahun lepas tu, dia pula jadi tauke restoran yang berjaya dalam usia yang muda. Saya percaya, dalam setahun, lelaki dari Bentong ni akan berjaya dalam kerjayanya kalau dia beringat. Mungkin juga saya anak menulis novel pasal cerita kejayaan dia nanti macam cerita 'Sudah nasibku Man Burger' yang tak habis-habis cerita dia tu.
03 Oktober 2010
Kluang Kritikal Denggi, Hati-hati
TAMAN INTAN - Kes denggi di Kluang semakin meningkat dan berpandukan rekod yang diperoleh daripada Jabatan Kesihatan, Hospital Kluang sebanyak 440 kes denggi dilaporkan sejak Januari hingga semalam.
Ahli Parlimen Kluang, Dr Hou Kok Chung berkata, kes denggi di Kluang sejak dua bulan kebelakangan ini semakin bertambah dan ia perlu dikurangkan dengan mengadakan aktiviti gotong-royong di setiap taman.
“Lawatan saya ke Jalan Intan 5 ini adalah untuk melihat keadaan persekitarannya kerana sejak dua minggu lepas sebanyak 12 kes denggi dilaporkan di kawasan Taman Intan ini.
“Saya dapati kawasan ini perlu diadakan gotong-royong bersama penduduk taman bagi mencegah kes denggi yang semakin merebak,” katanya kepada Sinar Harian ketika lawatan Kok Chung ke Taman Intan, kelmarin.
Kok Chung berkata, setakat hari ini kita boleh katakan bahawa kawasan Taman Intan adalah kawasan yang kritikal.
Menurutnya, ketika beliau melihat di kawasan Jalan Intan ini terdapat rumah yang kosong terbiar tanpa dibersihkan terutama di kawasan sekelilingnya.
Ahli Parlimen Kluang, Dr Hou Kok Chung berkata, kes denggi di Kluang sejak dua bulan kebelakangan ini semakin bertambah dan ia perlu dikurangkan dengan mengadakan aktiviti gotong-royong di setiap taman.
“Lawatan saya ke Jalan Intan 5 ini adalah untuk melihat keadaan persekitarannya kerana sejak dua minggu lepas sebanyak 12 kes denggi dilaporkan di kawasan Taman Intan ini.
“Saya dapati kawasan ini perlu diadakan gotong-royong bersama penduduk taman bagi mencegah kes denggi yang semakin merebak,” katanya kepada Sinar Harian ketika lawatan Kok Chung ke Taman Intan, kelmarin.
Kok Chung berkata, setakat hari ini kita boleh katakan bahawa kawasan Taman Intan adalah kawasan yang kritikal.
Menurutnya, ketika beliau melihat di kawasan Jalan Intan ini terdapat rumah yang kosong terbiar tanpa dibersihkan terutama di kawasan sekelilingnya.
Sudah Nasibku Mat Bangla
Seorang warganegara Bangladesh maut selepas kedua-dua tangannya cedera parah akibat tersepit di celah mesin ketika sedang bekerja di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Keramat Pulai, Ipoh semalam.
Kemalangan berlaku pada 4.58 petang semasa Alamgir Kabir, 35, sedang mengendalikan mesin di kilang memperoses batu kuari untuk dijadikan pelbagai produk itu.
Kemalangan berlaku pada 4.58 petang semasa Alamgir Kabir, 35, sedang mengendalikan mesin di kilang memperoses batu kuari untuk dijadikan pelbagai produk itu.
Kopi Luwak Tahi Musang, Nak Termuntahlah Pulak
Kopi luwak tahi musang tinggi harganya dan cukup popular di Indonesia dan hampir seluruh dunia. Kopi ini dihasilkan dari tahi musang yang mengandungi biji kopi. Kopi dijemur sehingga kering sebelum dicuci dan diproses menjadi kopi. Musang-musang liar ditangkap menggunakan perangkap dan selepas dikurung dan diberi makan buah kopi untuk tempoh tertentu, akan dilepaskan kembali ke hutan.
02 Oktober 2010
Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam (Episod 4) Murah
Lepas hantar borang lelong kereta Acord SM4 tu, bila balik rumah, selalu pasang angan-angan. Alangkah seronoknya kalau berjaya tapi tak tahulah dapat ke tak lagi,kena tunggu. Harga yang saya masuk tu bukan RM 9,000 tepat tapi 9150, bukan sempena nombor ekor tu tapi macam saja-saja jer spontan dapat angka tu. Saya macam yakin sikit saya dapat kereta tu sebab saya tengok orang tak minat sangat kereta tu.
Masa lelong tu, Acord macam tu ada tiga biji, saya pilih yang paling teruk yang orang tak berapa tengok. Yang dua model yang sama, saya nampak ramai orang tengok, siap ambil gambar lagi. Yer le, saya bukan sekali masuk, saya ingat dekat 6 kali juga masuk, mana taknye, memang betul-betul nak kereta tu.
Tutup lelong tu bulan November 2005 dan kastam lambat beri jawapan. Masa masuk lelong Acord tu, seorang ustaz masuk juga lelong Toyota SE Limited, dia masuk RM 4,500. Dari awal saya rasa macam harga tu macam tak dapat sebab rendah sangat, lagi pun kereta tu masa tu tangah hot. Memang betul, beberapa minggu, bank draf 10 peratus yang member saya masuk tu, kastam pulang balik. Maknanya tak dapatlah tu. Tapi, bank draf saya kastam tak pulang lagi. Saya telefon pejabat kastam, dia kata kalau bank draft tak pulang, bermakna dapat nombor satu hingga tiga. Cemas juga masa tu. Yer le, kalau dapat nombor satu tak apa, tapi kalau dapat nombor dua atau tiga kan rasa ralat gitu.
Januari 2006, saya dapat surat dari kastam, surat yang sangat dinantikan iaitu saya berjaya dan minta saya ambil kereta tu dalam sebulan. Yahooooo... berjaya.
Jual kereta Lama
Tempoh sebulan tu, sempat kumpul duit dan jual kereta lama. Saya cari penjual kereta lama saya Acord tahun 1986, dulu saya beli tangan orang RM 7,500, saya dah pakai 2 tahun. Dapatlah orang nak beli RM 6,000 kereta saya, kira ok ler tu. Sebelum ni pun ada orang nak beli kereta saya, tapi saya kata tunggu saya dapat kereta lelong dulu. Jadi saya tambah tak banyaklah nak cukupkan RM 9150 tu. Kereta tu kena bayar sebulan dari tarikh surat keluar.
Pergi Bayar
Masa pergi bayar tu, saya masuk ke bilik seorang pegawai kastam tu, baru kenal hari tu. Namanya Hanif bin Matar, kat opis tepi laut Stulang. Peramah orangnya dan dah jadi kawan sampai sekarang. Sekarang katanya dia dah pindah kat unit lain di wisma kastam Larkin, tak tahulah unit mana. Dah tak jumpa dia dalam 2 tahun kebelakang ni.
Dia kasi saya satu surat berjaya lelong dan kasi geran kereta saya tu. Yang menariknya, kereta tu atas nama Pengarah Kastam Negeri, jadi saya pemilik kedua. Nombor flat pun dapat baru.
Ambil Kereta Kat Stor Kastam Larkin
Masa ambil tu kat wisma Larkin, tunjuk surat kat pegawai kat situ. Dia cari kunci dan tunjukkan kereta yang saya dapat tu. Rupanya kedudukan dah beralih, dulu kat depan, sekarang kat belakang, disusun rapat-rapat dengan kereta lain. Saya pun tertanya-tanya juga, macam mana nak keluarkan kereta tu sebab kereta lain banyak halang. Tapi senang aja, pegawai tu minta staf seorang tu angat pakai jengkaut, yer ke jengkaut, maaf lah tak tahu nama apa benda menatang tu. Jengkaut tu angkat kereta satu persatu termasuk kereta saya dan susun semula. Cekap betul kastam tu.
Panggil Kereta Tunda
Kereta tunda pun sampai dan dibawa ke bengkel member saya di Bandar Baru Uda. Tak mahal, RM 30 saja. Saya dah siapkan bateri baru, timing belt, minyak hitam, minyak gear, getah air dan plak. Tak lupa juga minyak petrol secukup rasa, macam resepi masakan pulak. Itu saja, yang lain tak buat dulu. Bila start, boleh hidup pada mulanya. Lama juga hidup, lepas tu mati. Start semula, nampaknya starter dia macam dah berat. Saya pergi ke kedai potong body di Taman Maunt Austin,sana banyak kereta potong. Beli starter RM 150 kira murah tu, baik pulak. Lepas tu boleh hiduplah, dah boleh bawak balik rumah. Tengok tayar dah teruk, tapi masih boleh pam dan jalan. Memang nak ganti tapi tunggu dululah, tunggu gaji pun ok.
Tayar dan Sportrim
Pasal tayar tu, saya jalan-jalan kedai tayar, nak cari sport rim secondhand. Jumpalah satu kedai tu, lelaki Cina tu kata, ada tayar dan sportrim secondhand baru masuk kedai, sportrim Naza Citra siap dengan tayar. Saya tengok ok gak, katanya orang tu beli Naza Citra seminggu lepas tu tukar sportrim baru dan dia tolak yang lama. Saya mintak kurang, harga 4 tayar dan sportrim tu RM 800, kira murah tu. Kalau beli tayar baru, harga pun dah lebih 800, ni kira dapat sportrim free ler tu.
Kereta dah boleh jalan baik, cuma mudgart ada kemik. Saya pergi lagi ke Taman Mount Austin, beli mudgart, harga cuma RM 60 saja. Lepas tu hantar cat, bukan cat semua satu kereta, nak jimat belanja. Cat bumper depan dan mudgart saja, semua RM 150. Cat yang lain tu semua ok lagi. Kereta Singapore ni cat dia tebal, bukan macam kereta sini.
Kereta Tersenggut
Beberapa hari jalan kat kawasan bandar, satu hari tu enjin tersenggut saja. Kalau berhenti di lampu isyarat, enjin mati. Tapi kalau start boleh hidup pulak. Saya pergi ke stesen minyak sebab ingatkan minyak habis walaupun meter dia nampak masih ada minyak lagi. Bila isi minyak, dia ok pulak. Tapi lepas tu, kalau minyak kurang dari separuh, tersenggut semula. Saya pergi ke satu kedai Cina kat Uda tu, tu member saya sampai sekarang. Dia bukak tangki minyak saya, dia kata minyak kotor dan tangki berkarat. Saya tanya macam mana, dia kata kena tukar tangki lain secondhand. Saya pergi cari tangki kat Jalan Tun Razak, kedai tu jual RM 80 sat tangki, siap petrol pam yang masih baik lagi. Pomen tu pasang, upah RM 40. lepas tu semuanya okey.
Servis Aircond
Saya servis arcond dan tukar tabung, belanja semua dalam RM 140. Kira ok ler aircond saya, masih boleh pakai dan tak bocor. Mentol lampu nampaknya semua ok walaupun dah lama tak jalan. Nak ingatkan kepada pemilik kereta, servislah aircond setahun atau 2 tahun sekali, jangan pakai lanyak jer.
Bawak Ke Mersing
Saya pergi ke Mersing berdua dengan Ustaz Morsid Mahrof menghadiri satu forum di sana sebagai panel, pengerusinya Kadi Mersing. Itu kali pertama jalan jauh, nak test kereta tu. Bawak kereta ok jer, maknanya dah ok ler. Bawak ustaz Morsid ni tak boleh bawak laju-laju, saya kira sopan ler bawak kereta hari tu.
Pergi Ke Putrajaya
Dapat satu surat, kena hadir ke Putrajaya 10.30 pagi kat situ. Jadi hari tu saya bawak kereta tu dari JB jam 7.30, berhenti minum teh tarik kat Mamak Akif dah 20 minit. Jadi kena pecut ler lebuhraya sebab nak kejar masa. Masuk lebuhraya, tekanlah selagi nak. Kelajuan 180 kmj di lebuhraya. Sampai di Putrajaya betul-betul jam 10.30 pagi. Masa tu minyak RON97, belum ada lagi RON95 waktu tu. Sekarang RON95 ada lembab sikit, 180 kmj tu macam tak berapa boleh pergi, sekarang dalam 160-170 saja lajunya.
.....BERSAMBUNG KE EPISOD 5
http://ustazkhalil.blogspot.com/2010/10/kereta-lelong-kastam-episod-5-cepat.html
http://ustazkhalil.blogspot.com/2010/10/kereta-lelong-kastam-episod-5-cepat.html
Tun Dr Mahadhir dimasukkan ke Hospital di Melbourne Australia
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Hospital Epworth di Melbourne sejak jam 9 pagi hari ini bagi rawatan jangkitan kuman di dada. Beliau kini dirawat di wad biasa dan diberikan antibiotik dan menjalani fisioterapi.
"Keadaan Dr Mahathir adalah stabil dan beliau dinasihatkan supaya berehat. Beliau dijangka berada di hospital selama beberapa hari untuk pemantauan," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya di Kuala Lumpur.
Diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Dr Mahathir tiba di Melbourne pada hari Khamis lalu.
"Keadaan Dr Mahathir adalah stabil dan beliau dinasihatkan supaya berehat. Beliau dijangka berada di hospital selama beberapa hari untuk pemantauan," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya di Kuala Lumpur.
Diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Dr Mahathir tiba di Melbourne pada hari Khamis lalu.
01 Oktober 2010
Lelong Rumah : Kondo Persiaran Tanjong, Saya Berjaya (Episod 7)
Lama juga saya tak menulis pasal rumah lelong, tentu ada sebab. Antara sebabnya sekarang saya duduk Kluang, bukan duduk JB macam dulu. Di Kluang ni pasaran hartanah agak perlahan berbanding JB. Dah makin kurang saya baca buku pasal rumah lelong, maka minat menulis pasal rumah lelong pun kurang juga.
Tengok Satu Rumah Lelong
Beberapa hari lepas, saya lalu di satu kawasan, tak perlulah saya beritahu lokasinya di mana, di JB ker Kluang ker. Apa yang menarik perhatian saya, di depan rumah tu ada tulisan untuk dilelong oleh pelelong berlesen. Setahu saya, rumah tu sebelum ini disewa dalam lingkungan RM 1,5000. Kemudian penyewanya keluar hampir setahun juga. Mungkin kerana tak dapat penyewa, maka pemilik tak dapat bayar ikut jadual bank. Mungki itu sebabnya rumah tu kena lelong.
Pesanan Saya
Sebenarnya, rumah ni janganlah letak sewa tinggi-tinggi. Mungkin dulu orang lain sewa setinggi 1,5000, kalau penyewa tu keluar, tak semestinya kita nak sewa dengan orang lain 1500 juga. kenapa tak letak murah sikit ? Kalau murah sikit, walaupun tak sama atau lebih rendah dari ansuran bank kita, itu lebih baik dari tak ada orang sewa.
Lagi satu, dulu masa ada penyewa, mungkin sewa orang dulu lebih tinggi dari kita bayar bank. Jadi ke mana perginya duit lebihan itu ? Buat beli benda lain ker ? Patutnya kena simpan. Contohnya mungkin dia bayar bank dalam 1000, kalau sewa 1500, patutnya duit 500 tu dia simpan. Simpan tak kisahlah kat mana, Tabung Haji ker, ASB ker atau bank yang dia buat pinjaman tu. Kalau simpan kat akaun bank yang kita pinjam, kalau kita tak bayar, kebiasaannya pinjaman akan diambil dari akaun kita.
Persiaran Tanjong JB
Saya nak balik semula cerita pasal rumah lelong di Persiaran Tanjong JB. Dulu saya cerita tak habis, mungkin saya suruh pembaca berfikir atau cari buku yang saya cerita tu kalau benar-benar nak ceburi bidang hartanah ni.. Harga rumah asal dalam 148,000 sekarang harga 79,000 saja. Saya fikir panjang juga, nak ambil ker tak. Saya dah rancang nak buat pinjaman dengan Susan, pegawai sebuah bank tu. Saya kira-kira, pinjaman tu bayar bulan dalam RM 340 sebulan untuk 27 tahun. Sebenarnya, lagi panjang lagi bagus kalau beli rumah ni tapi 27 tahun saja dia kasi saya.
Hari Lelong
Ogos 2008: Lelong tu jam 3.30 tutup, saya datang awal sejam dan hantar borang dengan bank draf 5 peratus (kekadang ada lelongan 10 peratus). Ramai juga orang waktu tu, dalam 20 orang juga tapi tak melemahkan saya. Saya macam yakin, rumah ni orang macam taknak ambil. Salah satu darinya adalah orang tak tahu ada lelong.
Alhamdulillah, dah rezeki saya, hingga masa ditutup jam 3.30 petang, hanya saya seorang saja yang membida rumah tu. Orang lain masuk dan berlawan rumah lain. Kira menang tanpa bertanding. Gembira rasanya dan terus urus dengan peguam saya. Kebetulan, peguam dan isteri dia tu kawan saya satu UKM dulu, kira dia tu ok ler.
Cari Peguam
Nak ingatkan sikit pasal beli hartanah ni, carilah peguam yang kita boleh percayai. Kalau peguam tak amanah, nanti susah kita. Tengok macam kes tu, yang tengah heboh tu... tau tak kes apa ? Alahhh yang pasal beli tanah tu. Jadi berhati-hatilah ambil peguam.
Masuk Rumah
Esoknya, saya ambil tukul besi, pecahkan pintu rumah tu. Saya yang pecahkan sendiri, rumah lelong mana ada kunci, bukan kereta lelong kastam ada kunci. Saya ganti kunci sendiri, harga dalam RM 20 kira yang mahal sikit, kunci yang murah ada dalam RM 9 tapi nak yang mahal sikit ler. Kalau ikut nasihat bank atau pelelong tak boleh masuk rumah dulu sehingga tukar nama, tapi saya terus pecah masuk jer. Jangan ikut saya, saya tak ajar macam tu, cuma nak cerita pengalaman saya jer. Pada saya, rasa rugi walaupun sehari atau sebulan. Proses tukar nama tu sampai berbulan-bulan juga kadang-kadang.
Masa masuk tu saya terkejut sebab rumah tu cantik, bersih dan dah diubahsuai. Saya agak, belanja lebih RM10,000 juga nak buat tu. Cat pun baru dan siap gril besi setiap pintu dan tingkap. Lampu dan kipas semua elok.
Dalam seminggu lepas tu, pinjaman saya lulus dan bayar bulanannya dalam 340 saja, kira ok ler. Tak sampai sebulan lepas tu, saya pindah rumah tu dan serah semula kuarters kerajaan. Dapatlah semula elaun rumah penuh dan elaun cola penuh.
....BERSAMBUNG KE EPISOD 8
http://ustazkhalil.blogspot.com/2009/12/rumah-berhantu.html
http://ustazkhalil.blogspot.com/2009/12/rumah-berhantu.html
Kena Denda 5,000 dan 6 Kali Sebatan Kerana Kesalahan Minum Arak
Seorang lelaki yang mengaku bersalah atas kesalahan minum arak, didenda RM5,000 dan disebat enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, semalam. Hukuman diputuskan Hakim Datuk Abdul Rahman Md Yunos terhadap seorang lelaki, 24 tahun.
Kereta Saiful Bukhari Azlan Kena Curi, Jangan Lupa Tuntut Insuran
Kereta Proton Waja milik saksi utama kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hilang di Medan Tunku di sini, Rabu. Kereta berwarna perak itu hilang di tepi jalan sebelum keluar makan di restoran berdekatan, dan dia menyedari kereta itu hilang kira-kira pukul 8.35 malam.
Dikatakan jarak antara kereta dengan tempat beliau makan hanya kira-kira 50 meter sahaja. Satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berhubung kejadian itu.
Ada kawan saya seorang tu tak lama dulu baru hilang kereta, susah hati betul dibuatnya. Hilang kereta ni memang rasa susah, tapi sabarlah hadapi semua ni, ada penyelesaiannya. Kalau cari pun dah tak jumpa, jangan lupa klaim insuran. Nanti waja baru dah keluar bulan depan, boleh angkat waja baru.
Suspek Kes Bunuh Sosilawati disambung Reman Lagi
BANTING 1 Okt. - Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini hari ini membenarkan tahanan reman terhadap lima suspek dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya disambung sehingga 8 Oktober.
Perintah mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah itu dikeluarkan oleh Majistret Surman Hussain bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengenai kes kehilangan jutawan warga India Allal Kanthan Muthuraja. Kelima-lima suspek yang tiba di mahkamah dengan van polis pada pukul 9.30 pagi dikawal ketat oleh anggota polis. Mereka kemudian meninggalkan mahkamah kira-kira pukul 10.50 pagi.
Sebelum ini kelima-lima suspek telah ditahan reman bermula 12 September lepas bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Lagi Suara Misteri 'Minta Tolong' di lokasi Pembunuhan Sosilawati Ladang Gadong
Sebelum ni akhbar Sinar Harian cerita pasal suara misteri ni. Esoknya pula akhbar Sinar Harian menyiarkan ulasan salah seorang mufti yang meminta supaya tidak mengadakan cerita-cerita yang boleh menjejaskan nama baik si mati.
Hari ni akhbar Utusan Malaysia pulak cerita perkara yang hampir sama iaitu kedengaran suara misteri 'minta tolong' lagi. Mana sumbernya berita ini ? Tak tahulah saya. Katanya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.
"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber itu.
Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.
Tulisan lama saya Klik Sini
Tulisan lama saya Klik Sini
Langgan:
Catatan (Atom)










































