21 September 2010
Suara Misteri Minta Tolong di Lokasi Pembunuhan Datuk Sosilawati ?
Sebuah akhbar harian yang saya baca pagi ni, cerita seseorang yang mendengar suara misteri 'tolong, tolong, tolong' di lokasi disyaki tempat pembunuhan Datuk Susilawati. Suara apa ini ? Kata akhbar ini, suara itu didengar hampir setiap hari oleh anggota polis yang bertugas di situ. Betul ker cerita ini, atau .... ?
Tembak Kawan Sendiri Masa Memburu, Menakutkan
Dulu masa kecil-kecil, duduk kat Pahang, banyak juga cerita kawan tembak kawan sendiri masa memburu. Cedera parah kena tembakan peluru penabur. Ingat juga dulu ikut ayah saya pergi melawat orang ni yang kena tembak, ayah saya ada tanya beberapa soalan. Antaranya, ayah saya tanya macam mana boleh tertembak. Orang tu kata, masa dia tembak, dia nampak orang yang dia tembak tu macam rusa. Ishhh.. entah betul ke tidak, tak tahulah. Dulu kecil-kecil, percaya ajalah.
Sebuah akhbar harian hari ni cerita satu peristiwa di Maran Pahang, sana hutan tebal dan semulajadi. Seorang kakitangan RISDA Maran parah selepas terkena tembakan ketika memburu di hutan simpan Kemasul, Lanchang, Temerloh, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 5.10 petang, mereka dari Sungai Luit, Maran bersama lapan rakannya dikatakan memburu landak di hutan itu. Mereka berpecah kepada tiga kumpulan dan ketika berburu, ternampak pergerakan di hadapannya yang disangka binatang buruan lalu melepaskan tembakan menggunakan senapang patah miliknya.

Menakutkan cerita ni, pergi berburu ni bukan boleh buat main terutama dengan gunakan senjata api.
20 September 2010
Antara Umur Persaraan 60 Tahun dan Potong Gaji PTPTN
Saya anggap, cadangan sesuatu pihak untuk lanjutkan umur persaraan penjawat awam ke 60 tahun dan potong gaji peminjam PTPTN ada hubungkait juga.
Ada juga betulnya, kalau lanjut umur dari 58 ke 60, peluang siswazah nak dapat kerja tertutup selama dua tahun. Kalau tak dapat kerja atau susah nak dapat kerja, bagaimana nak potong gaji mereka ? Kajian perlu dibuat, berapa ramai siswazah menganggur atau kerja tak sesuai dengan kelulusannya semasa kerajaan melanjutkan umur persaraan dulu dari 56 ke 58.
Sendiri Buang Bayi, Buat Laporan Jumpa Bayi Pulak
Tindakan remaja perempuan yang sanggup berlakon kononnya dia menemui seorang bayi perempuan di belakang rumahnya di Taman Rasa Sayang, Jitra, terbongkar apabila dia akhirnya mengaku baru melahirkan bayi itu ketika disoal siasat polis.
Remaja berusia 20 tahun yang juga penuntut semester tiga sebuah universiti tempatan di Selangor kemudian ditahan polis kerana disyaki membuang bayi perempuannya yang cukup sifat dan masih hidup. Dia ditahan di rumahnya pada jam 8.30 malam selepas anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu mengesyaki sesuatu mencurigakan ketika mengambil keterangannya apabila suspek didapati tidak bermaya dan lesu.

Remaja terbabit dikatakan membuang bayi itu di belakang rumah sejurus melahirkannya petang kelmarin dipercayai bagi mengelak ia diketahui ahli keluarganya yang berada di rumah ketika itu.
Rokok Oh Rokok....Kenapa Orang Masih Hisap Kau ?
Amaran bergrafik pada kotak rokok yang mula dilaksanakan sepenuhnya sejak Julai tahun lalu menampakkan kesan positif, kata Penyiasat Penilaian Dasar Kawalan Tembakau Antarabangsa (ITC) bagi Malaysia, Dr Maizurah Omar.
Katanya, kajian ITC akhir tahun lalu menunjukkan 56 peratus perokok yang membaca amaran grafik itu tidak meneruskan hasrat merokok apabila teringin melakukannya dan daripada jumlah itu, lebih 60 peratus berjaya melakukannya beberapa kali.

Kajian yang membabitkan 1,901 orang dewasa itu juga mendapati lebih 85 peratus perokok yang melihat label amaran bergambar itu, memikirkan mengenai risiko kesihatan yang bakal dialami dan hampir 13 peratus memikirkannya dengan serius.
19 September 2010
'Raya' Baru Bermula di Johor
Tak macam negeri lain, orang Johor sambut raya sebulan, kekadang sampai terlajak ke selepas Syawal. Sebentar tadi, malam ni, rumah saya dikunjungi kira-kira 100 orang dari Badan Kebajikan Saudara Kita Kluang. Seronoknya, mereka datang bawak anak isteri. Mula berdebar juga nak sambut tetamu seramai tu, lagi pun semua makanan saya yang masak sendiri. Bimbang tak sedap atau tak cukup jer.
Alhamdulillah, makanan cukup dan semuanya nampak berselera makan. Nampaknya sudah 3 tahun berturut-turut, hari raya saya yang masak sendiri untuk tetamu yang datang, sejak saya di Johor Bahru lagi. Apa masakan saya hari ni, rahsialah.... Nak tahu, datanglah rumah.
Chef saya
Ini gambar Aiman Pang, saudara kita, bangsa Cina. Dia betul-betul chef, dulu pernah kerja hotel terkemuka, kemudian kedai makan dan sekarang tukang masak di salah sebuah hospital pakar. Dia mahir masakan Cina. Dia ada ajar saya masakan Cina, tapi malam ni saya tak masak yang dia ajar tu, takut tak sedap sebab tau dia mesti datang. Dia tanya saya, panggang ayam pakai apa. Saya kata dapur 'apollo', dia pun ke dapur tengok dapur tu.
Dia puji ayam panggang saya lembut, tak keras. Harap-harap betullah punya puji tu, bukan nak ambil hati saya jer. Lepas tengok dapur apollo tu, dia pun kata nak beli juga dapur tu, nak berniaga sendiri pulak kalau ada rezeki. Kalau baru dapur tu dalam RM 2500, saya beli secondhand RM 700.00. Sesuai untuk masak dan bakar ayam. Saya pernah pergi kursus masak nasi ayam apollo tahun 2008 dulu.
Dulu Aiman Pang kerja dengan Sabri Hoi, saudara baru juga, buka kedai masak itik panggang di Kluang. Sekarang Sabri Hoi dah buka kedai di Shah Alam, dah makin besar kedainya. Aiman bercita-cita nak bukak kedai itik panggang, dia ada pengalaman.
Siapa Punya Isteri Cari Itu Suami, Filem Tamil ker ?
Kehilangan ahli perniagaan India A Muthuraja bertukar menjadi sebuah kisah dramatis apabila terbaru, seorang guru sekolah berumur 36 tahun di India mendakwa dirinya sebagai isteri Muthuraja yang sah. S Ramalakshmi dari Tirunelveli, Tamil Nadu, berkata wanita berumur 24 tahun yang datang ke Malaysia dan melaporkan kehilangan Muthuraja pada 8 Sept, bukanlah isteri ahli perniagaan itu yang sah.
Dalam laporan itu, S Usharani berkata Muthuraja itu ialah suaminya. Muthuraja, yang dikatakan sebagai jutawan, lesap setelah datang ke Malaysia untuk bertemu dua rakan peguam yang telah ditahan berkaitan dengan pembunuhan hartawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Wartawan Terlampau Kluang Ditahan Polis
KLUANG: Seorang lelaki berusia 35 tahun menyamar sebagai wartawan Media Prima Bhd, antaranya Harian Metro, Berita Harian dan TV3 untuk memeras wang daripada peniaga terutama penjual DVD haram sekitar daerah ini sejak sebulan lalu, diberkas polis kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Difahamkan, lelaki terbabit yang diberkas di sebuah kafe siber di bandar ini, meminta habuan itu kononnya bagi mengelakkan kegiatan mereka tidak didedahkan di akhbar dan stesen televisyen milik Media Prima Bhd selain mendakwa boleh menyelesaikan kes mahkamah.

Macam-macam orang menyamar sekarang, hati-hatilah. Agak-agak dah banyak kali orang ni buat kerja macam ni. Tahniah kepada polis Kluang sehingga tertangkapnya orang seperti ini.
Rakan Datuk Sosilawati, Mati Tergantung
Seorang rakan baik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam semalam.
Mayat Sarina Jaafar, 45, yang juga pengasas Kosmetik Aveer, ditemui jam 8.30 pagi oleh saudaranya yang bergegas ke kediaman itu. Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Ulangtahun Kekejaman Israel di Kem Sabra dan Shatila 1982
Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16 hingga 18 September 1982 tidak mungkin terpadam daripada sejarah kemanusiaan, walaupun media arus perdana seakan-akan tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu.
Batalion Palangist ini menyerang, menyiksa dan membunuh secara kejam wanita, anak-anak dan warga tua sementara tentera Zionis yang mengawal perimiter kem-kem tersebut membiarkan sahaja keganasan itu berlaku dan menghalang pihak luar daripada memasuki kawasan.
Serangan brutal dan tragis selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3,500 pelarian Palestin. Ramai lagi dilaporkan hilang dan terkubur di bawah runtuhan bangunan. Ratusan mangsa serangan yang masih hidup telah dibawa menaiki trak menuju ke tempat misteri, yang sehingga ke hari ini tidak diketahui nasib mereka.
Bukan sahaja tentera Zionis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan dan pembunuhan, malahan mereka membantu puak militia Palangist dengan tembakan-tembakan cahaya ke udara supaya pembunuhan dapat diteruskan pada waktu malam.
Siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahan di bawah arahan pemerintah rejim Zionis pada bulan Februari 1983 memutuskan bahawa Sharon telah bersalah secara langsung kerana membenarkan puak Palangist masuk ke kem-kem tersebut dan seterusnya gagal menghalang pembunuhan ribuan orang awam. Tentera Sharon juga membekalkan senjata dan peralatan kepada Palangist dan menyediakan pengangkutan untuk membawa masuk militia.
Walaupun sikap keji Zionis ini mendapat kutukan dunia, termasuk negara-negara Barat sendiri, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga Majlis Keselamatan PBB terus menunjukkan sikap dingin terhadap desakan supaya menghukum mereka yang ternyata bersalah.
18 September 2010
Suzuki Alto Saingan Utama Dunia Permotoran
Kemunculan Suzuki Alto pasti memberi saingan kepadaHyundai i10, Perodua Viva dan Naza Suria (Kia Picanto).
Alto dijual pada harga bermula RM44,888 untuk versi manual (GA), RM49,999 transmisi auto GLX dan RM54,888 untuk model GXS. Walaupun lebih mahal berbanding jenama saingannya, kekuatan jenama Suzuki itu sendiri mungkin boleh menjadi dorongan.
Lafaz Cara Jawab Nikah Pengantin Lelaki
Ada ramai orang tanya saya soalan, bagaimana lafaz ijab dan qabul masa nak nikah di negeri Johor. Oleh kerana ramai nak nikah lepas raya ni dan hujung tahun ni, saya beritahulah. Lafaz qabul boleh beritahulah, lafaz ijab yang pak imam jurunikah tu tak payahlah beritahu.
Lafaz yang betul bagi pengantin lelaki:
"Aku terima nikah............(nama pengantin perempuan) dengan maskahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai".
Kereta Tinggal Lama Lepas Cuti Raya, Tak Boleh Start
Semalam kawan saya ni telefon, pasal kereta dia tak boleh start lepas tinggal lebih seminggu masa cuti raya. Dia baca artikel dalam blog saya sebelum cuti raya dulu. Patutnya nak tinggal kereta lebih 3 hari kena buka satu kabel bateri. Dia baca blog saya tu, cuma dia tak ingat nak buat. Jadi semalam dia nak start semula dah tak boleh. Bateri dah kong. Macammana nak buat yer ?
Guaranty ?
Kalau anda beli bateri belum setahun, sila ke kedai dan boleh tukar bateri baru. Pergi cari guaranty card, dah campak kat mana ? Kalau tak ada, susah sikit kedai nak terima tapi jangan putus asa. Beritahu dia guaranty kad hilang, mana le tau doa anda makbul, tauke tu boleh terima. Baru-baru ni persatuan penjual bateri kereta nak juga guaranty kad tu. Kalau semua ok, nanti tauke tu kasi bateri baru.
Masa pergi kedai tukar bateri tu, jangan beritahu kereta kita lama tak start, buat macam tak faham jer. Kalau beritahu nanti, tauke tu mungkin taknak terima.
Jumping ?
Kawan saya tu tanya, boleh jumping guna kereta lagi satu ker ? Saya tanya ada wayer jumping ker ? Dia kata tak ada. Kalau tak ada, lebih baik tak payah buat. Jumping ni sebenarnya bukan senang. Kalau silap buat, nanti wayer dia boleh putus sebab cair. Lagi satu, jangan bertukar positif dan negatif, nanti fius dan wayer boleh cair.
Kalau jumping dan enjin idup, nak buat apa ? Kena jalan dan jangan matikan enjin selama sejam lebih. Barulah bateri boleh cas balik kalau bateri tu elok lagi. Tapi kekadang tak boleh cas, terutama bateri lama. Saya tanya, bateri tu dah berapa tahun, dia kata tahun 2008, dah 2 tahun. Saya kata yang dah dua tahun, biasanya kurang power nak cas. Kalau boleh pun, nanti mati enjin nak start bali, tak boleh.
Beli Bateri Lain ?
Itu sebaiknya. Saya kata beli bateri NS 60, jangan NS 70 untuk kereta 2000 cc ke bawah. NS 70 mahal sikit. Sedialah duit RM 200, kira belanja tauke bateri tu duit raya ler. Bateri sepatutnya boleh pakai sampai 3-4 tahun kalau jaga dengan baik. Saya kata, fikir le nak tolak ke kedai bateri lama RM 10 atau masih sayang yang lama.
Madukan Saja
Kalau masih sayang bateri lama, madukan bateri tu, beli lagi satu. Lepas tu, pasang bateri muda, start. Lepas tu masa enjin masih hidup, tukarkan kepada bateri tua semula. Jalan kereta lebih sejam, bateri muda tu buat stanby saja kalau-kalau tak boleh start. Mungkin bateri tua boleh cas semula dan boleh pakai macam biasa. Kalau tak boleh pakai, jual saja kat kedai RM 10. Itulah nilai untuk bateri tua walaupun dulu masa mula ijab dan qabul dengan bateri tua tu nilai 100 lebih. Sedarlah diri yang tuannya dah dapat bateri baru, muda dan baru keluar plastik.
Artikel saya sebelum raya pasal bateri, baca sini .
Artikel saya sebelum raya pasal bateri, baca sini .
Poteng Sekolah Pergi Kafe Siber
Berlaku di banyak tempat sekarang, segelintir pelajar ponteng sekolah, pergi kafe siber main internet atau game berkomputer. Dulu tak ada perkara sebegini. Perlu dikawal segera....
Aduan kes Maksiat Orang Tertentu
Saya mendapat satu aduan dalam ruangan komen, mengatakan ada satu kes maksiat di satu lokasi. Aduan katanya melibatkan seseorang individu. Mohon maaf, komen tersebut tidak dapat disiarkan setelah ditapis atas sebab-sebab tertentu. Sekiranya tuan, ingin membuat aduan sila gunakan saluran ini.
1. Telefon penguatkuasa di ibupejabat Johor Bahru, talian bebas tol 1-800-88-3072 (24 jam). Kalau di daerah Kluang 07-7771242. Atau,
2. Datang berjumpa dengan penguatkuasa secara bersemuka. Atau,
3. Menulis surat kepada penguatkuasa kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Johor sekiranya di Johor Bahru.
Kalau di Kluang boleh menulis surat kepada Ketua Penguatkuasa Agama, Pejabat Kadi Kluang, Jalan Pejabat Kerajaan, 86000 Kluang.
Setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.
Taktik Terbaru Perompak di Mesin ATM
KLUANG - Kes penipuan menggunakan cara ‘tepuk bahu’ semakin menjadi-jadi di daerah Kluang dan suspek selalunya berada di kawasan mesin juruwang automatik (ATM). Ketua Polis daerah Kluang, Asisten Komisioner Polis, Mohd Fawzi Arsyad berkata, pihaknya sudah menerima enam laporan di Ibu Pejabat Polis daerah Kluang berhubung kes tipu ‘tepuk bahu’.
“Sindiket ini selalunya berada di kawasan mesin pengeluaran wang ATM dan bukan hanya seorang tetapi dua hingga tiga individu.
“Taktik yang digunakan suspek ini adalah apabila ada mangsa hendak keluarkan wang dari mesin ATM, sindiket ini akan turut beratur di belakang mangsa kononnya untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM yang sama,” katanya dalam sidang media di IPD daerah Kluang, semalam.
Mohd Fawzi berkata, bagaimanapun, semasa sedang membuat proses untuk mengeluarkan wang daripada mesin dan wang hampir keluar, sindiket ini akan menjatuhkan beberapa helai wang kertas dan menepuk bahu mangsa memberitahu wang mangsa jatuh. Beliau berkata, apabila masa sedang tunduk untuk mengambil wang berkenaan di lantai, sindiket ini akan menukarkan kad ATM mangsa dengan kad yang lebih kurang sama dengan kad ATM mangsa.
“Setelah sudah menukar kad ATM mangsa, suspek ini akan keluar meninggalkan mangsa. Akibat daripada penukaran kad ATM itu, wang mangsa dalam akaun dikeluarkan oleh sindiket terbabit tanpa pengetahuan mangsa.
“Mangsa akan mengetahui penipuan ini apabila membuat semakan di bank dan pihak bank mengesahkan kad yang ada pada mangsa bukan milik mangsa.
“Malah, wang dalam akaun mangsa juga dikeluarkan sindiket terbabit. Saya menasihatkan kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan mesin ATM, sila mengawasi sindiket ini di sekitar mesin ATM dan berhati-hati pabila hendak membuat pengeluaran wang." Katanya lagi.

M.Rajoli Meninggal Dunia: AlFatihah
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam tadi akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor hari ini. Sama-sama kita membaca AlFatihah dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor hari ini. Sama-sama kita membaca AlFatihah dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.
17 September 2010
Pelakon M.Rajoli Sedang Tenat Di Hospital Ampang
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Pelakon veteran M. Rajoli yang pernah menghidap penyakit tumor di bahagian kepalanya kini sedang tenat dan diberi bantuan kecemasan di Hospital Ampang di sini sejak semalam.
Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, bapanya dimasukkan ke hospital tersebut semalam selepas anhli-ahli keluarganya mendapati tekanan darah dan jantungnya yang rendah.
Enam Geng Pecah Rumah di Kluang Musim Cuti Raya ditahan
KLUANG: Polis menahan enam lelaki yang dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah di sekitar bandar ini, dalam serbuan di sini mulai Isnin lalu hingga hari ini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad berkata, kesemua lelaki berkenaan ditahan menerusi "Ops pintu Aidilfitri" selepas polis mendapat maklumat dari orang awam. "Tangkapan pertama ke atas seorang lelaki berumur 33 tahun telah dibuat dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Delima pada Isnin.
"Bertindak atas maklumat lelaki itu, polis kemudian berjaya menahan seorang lagi lelaki berumur 39 tahun, pada hari yang sama, di Taman Desa serta menemui beberapa barangan yang dipercayai hasil daripada kegiatan pecah rumah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Mohamed Fawzi berkata, polis kemudian berjaya menahan dua lagi lelaki berumur 33 dan 38 tahun pada Rabu lalu di Taman Delima sebelum menahan dua lagi lelaki berumur 30an dan 45 tahun di sekitar bandar ini."
Beliau berkata, polis menemui pelbagai barangan yang dipercayai hasil pecah rumah dari kesemua lelaki tersebut termasuk tv plasma, peti ais, mesin basuh, komputer riba, barang kemas dan alat pemain DVD. Katanya, lima daripada lelaki itu adalah penagih dadah. "Kumpulan ini mensasarkan rumah yang ditinggalkan dan tidak berpenghuni.
Perkembangan Terbaru Kes Datuk Sosilawati: Dipolitikkanlah Pulak
Kes pembunuhan Datuk Susilawati ini kes jenayah bukan politik. Nak politikkan juga ker ? Kan isu lain banyak lagi, isu ini lari pada tajuklah. Untuk apa dipolitikkan ? Siapa yang mulakan ?
Katanya ada akhbar harian hari ni yang mulakan, lepas tu dinafikan oleh pemimpin kanan politik berkenaan. Pemimpin tu kata semua itu 'fitnah', katanya bukan ahli parti seumur hidup dia. Dia kata partinya tak ada orang nama itu dan orang yang seperti itu. Yang mana satu betul, entahlah.
Pada saya, kalau betul pun orang itu dari parti politik itu, apa yang kita sibuk-sibuk. Takkanlah ribuan malah jutaan orang yang jadi ahli parti dia tu tak buat salah sikit pun. Saya percaya, tak ada satu parti politik pun yang orang dia semua bebas dari buat kesalahan. Paling-paling tidak pun, ada kes kena saman trafik sebab bawak laju.
Orang itu bebas nak masuk parti politik mana yang dia nak pilih, negara kita kan demokrasi, ikut suka dialah. Jadi kalau seseorang itu terlibat jenayah, adilkan parti itu dipersalahkan. Kalau nak kata ada tapisan sebelum orang itu masuk parti tu, itu cerita saja lebih, tapisan tak sedetail mana pun. Orang sekarang dah anggap ini kes jenayah bukan politik. Orang dah dapat terima, kalau orang ni parti politik mana pun, dah tak ada apa-apa sebenarnya.
Terkini Kes Bunuh Sosilawati: Taksub Mungkin Faktor
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kerana taksub itu juga suspek berani menculik dan membunuh empat lagi musuh majikan mereka terdahulu termasuk seorang ahli perniagaan dari India.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Taksub kepada majikan dikatakan mendorong enam pekerja Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Selangor sanggup bertindak kejam membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Tersalah Pilih, Rupanya Kawin Dengan Suami Pondan
Minah, kerja kerajaan, kawin dah lambat juga dalam usia 31 tahun. Abang-abang dan kakaknya semua dah kawin. Bertemu jodoh dengan lelaki 35 tahun, masih bujang. Yang menariknya, Minah tak kenal sangat dengan suaminya sebelum kawin. Mak dia yang cadangkan untuk kawin dengan Mamat tu.
Mamat tu juga kerja kerajaan di daerah yang sama. Mamat tu sebenarnya tak berapa nak kawin, tapi mak dia juga selalu bising-bising suruh dia kawin. Akhirnya, dah tak tahan dengan bebel dan celoteh mak dia tu, dia kawin juga dengan Minah. Bertunang cuma dua bulan, lepas tu lansung.
Lepas kawin, malam pertama tu perempuan dah nampak yang lelaki tu tak ada 'kejantanannya'. Tengok fizikal, memanglah suaminya tu lelaki, senjata dan peluru lelaki semuanya lengkap. Tapi selera suami dia untuk menikmati hidangan bukan pada wanita, walaupun isterinya pakai baju tidur pengantin malam tu. Seleranya hanya pada lelaki saja sebenarnya.
Dalam seminggu dua minggu tu, pasangan ni hari-hari gaduh sehingga perempuan mengadu kepada maknya. Minah tak berselindunglah, habis diceritakan semua pada maknya, cerita yang dalam kain pun terburai. Minah kata, suami dia tu pondan dan tak sepatutnya kawin dengan dia. Namun, mak dia tenangkan Minah, beri nasihat dan semangat. Itu saja yang mak dia mampu tapi tak dapat halang Minah dan Mamat tu gaduh hari-hari juga. Mak dia tetap menangkan lelaki juga, maklumlah kawin mak juga rekmenkan lelaki tu.
Lepas kawin, pasangan ni duduk rumah sewa berdua, tak lagi duduk rumah mak ayah. Satu hari, Minah selongkar buku catatan dan telefon bimbit suami dia tanpa disedari suaminya. Didapati suaminya ada hubungan dengan lelaki lembut lain di luar, termasuk sms ayat-ayat cinta kekasih lelaki suaminya. Terkejut beruk jadinya Minah tu. Bila suaminya balik rumah, terjadilah perang besar, lebih dahsyat dari perlawanan Hulk Hogan dan King Kong Bundy.
Minah keluar rumah dan balik rumah mak dia. Minah mengadu ke pejabat kadi untuk kaunseling, namun Mamat ni tak datang, mungkin segan nak jumpa lelaki-lelaki hensem kat pejabat kadi tu, hehehe. Kemudian Minah ke Mahkamah Syariah, mohon cerai secara fasakh, alasannya dapat suami 'auw'. Minah lantik peguam Syarie yang dah biasa bawak kes keluarga. Mula Mamat berkeras taknak datang mahkamah, tapi lama-lama dia datang juga, takut kena waran tangkap.
Mulanya Mamat tu tolak permohonan isterinya mintak cerai tapi Minah teruskan juga tuntutan tu di mahkamah. Tak lama lepas tu, Mamat tu berbincang dengan peguam Minah. Dia kata, dia nak ceraikan isterinya cara baik di mahkamah. Bercerailah mereka dan jadilah perempuan tu janda berhias.
Dah dua tahun lebih kisah ni, wanita ni masih belum kawin lagi, masih kosong dan belum berpunya. Sekarang dah umur 33 tahun lebih kurang. Mamat bekas suami dia tu, kekadang jumpa terserempak juga, tapi Minah buat tak tahu saja. Mamat pula lagilah buat tak tahu, tapi kalau lelaki hensem lalu.... 'piiiwittt'.
Sekian.
16 September 2010
Lelaki Ceraikan Isteri Sebab Tak Sediakan Sarapan pagi
Tak berapa lama dulu, ada satu pasangan muda ni, kedua-duanya lewat 20-an, baru ada anak seorang. Lelaki kerja di sebuah kilang, manakala isteri tak bekerja. Waktu tu suami kerja sebelah malam dan balik pagi. Biasanya, bila balik saja dalam pukul 7.00 pagi tu, isteri dah sediakan sarapan setiap hari.
Satu hari tu, suami balik dari kerja seperti biasa pukul 7.00 pagi. Dia terus ke dapur dan buka tudung saji. Terkejutnya dia sebab sarapan tak ada seperti hari-hari biasa. Dia ke bilik, didapati isterinya sedang baring di katil. Terus dia ceraikan isterinya waktu itu juga.
Beberapa hari kemudian, si suami menyesal dan datang ke pejabat Kadi untuk rujuk semula.
Jenis-jenis Lafaz Talak
1. Lafaz Sarih (Jelas):
Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talakkan awak” atau “Saya ceraikan awak” dan sebagainya
2. Talak kinayah (Sindiran):
Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Kita hidup membujang semula” atau “Kita sudah tak ada apa-apa lagi” atau “Saya bebaskan awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya. Jika suami berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.
Pegesahan jatuh atau tidak talak dan jumlah sesuatu talak hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Betul Ker Suspek Kes Bunuh Sosilawati Beli Gelaran Datuk ?
Saya pernah juga dengar cerita gelaran ni boleh dibeli, tapi tak pasti sangat. Sebuah akhbar online menyebut, suspek kes bunuh ni sedang disiasat kononnya dia beli gelaran tu. Kalau nak baca lanjut, Klik Sini
Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 42
Yanti pagi Ahad itu selepas bangun tidur, tak balik terus. Lagi pun kalau balik KL awal-awal bukan ada apa juga. Kawan baik serumah dia, Nani dah kawin dan lepas ni akan terus pindah duduk dengan suami di KL juga. Maka akan tinggallah Yanti, macam tak ada kawan, kawan lain tak rapat sangat, bercakap pun jarang-jarang. Nani lain, boleh kata semua masalah yang Yanti hadapi, diceritakan pada Nani. Mereka sama satu universiti dulu.
Yanti serba salah dan teringat hadiah yang diberikan pada Syira untuk diberikan pada Man tu. Yanti semacam rasa tak patut dia kasi hadiah tu pada Man, tapi dah diserah pada Syira. Lagi tak patut kalau dia telefon Syira supaya jangan beri pada Man. Syira pula beberapa hari ni nak periksa STPM, tak sepatutnya diganggu perasaannya. Apa-apa pun, Yanti dah kasi hadiah tu, maka terimalah seadanya. Rasa takut pula menanti apa reaksi Man padanya nanti. Tapi apa boleh buat.
Pagi tu, Yanti sibuk layan sms dari Badrol. Bukan sms biasa, sms ayat-ayat cinta gitu. Yanti balas jugalah walaupun bukan sepenuh perasaannya. Yanti takkanlah tak sedar, Badrol ada hati padanya hingga Badrol pernah kata nak meminang Yanti, tapi Yanti tak pernah jawab. Bagi Yanti, Badrol sebagai kawan saja atau sekadar teman masa lapang. Boleh juga jadi teman sms dan berbual dalam telefon. Kalau ajak keluar tu, 5 kali Badrol ajak, adalah Yanti keluar sekali. Badrol memang tak tahu kisah cinta Yanti dengan Man Burger JB tu, itu rahsia yang tak boleh dicerita pada sesiapa kecuali teman baiknya Nani saja.
Dalam jam 10.00 padi, selepas Yanti sarapan dan naik ke bilik, Yanti terima panggilan telefon dari kakaknya, suatu yang mencemaskan dan kakaknya bercakap macam tergesa-gesa.
"Yanti. Di mana sekarang ? Cepat balik rumah. Tadi mak telefon, kata abah pengsan jatuh bilik air. Ni kakak nak ke sana ni..." Kata kakaknya Azizah.
"Apa ? Abah pengsan, terjatuh ?" Tanya Yanti terkejut.
"Yer. Cepat-cepat datang tengok abah". Kata Azizah.
"Kak..... Erg, sekarang Yanti balik. Sekarang Yanti kat Johor, datang majlis kawin Nani. Sekarang Yanti bertolak, kak". Kata Yanti dalam keadaan mencemaskan.
Yanti terus kemas barang dan terus ke KL dengan keretanya. Dalam perjalanan, banyak kali Badrol sms, tapi Yanti tak kuasa nak jawab. Biasa dari situ ke KL dalam 4-5 jam kalau ikut cara Yanti memandu yang tak berapa rempit. Tak lama kemudian, Azizah telefon, menyatakan ayahnya dibawa ke hospital pakar di sana. Ayahnya masih belum sedarkan diri. Yanti cuba memecut keretanya di lebuhraya tapi tak selaju mana.
Di hospital, ayahnya dimasukkan ke wad kecemasan kemudian diletakkan di dalam bilik yang menempatkan seorang saja pesakit. Semua adik beradik Yanti ada di situ kecuali Yanti saja.
"Azizah, di mana Yanti ? Dah telefon dia ker ?" Tanya Kamal, abang sulung Yanti.
"Yanti ke Johor, tadi dia dah bertolak balik" Jawab Azizah ringkas.
Abang kedua Yanti, Fuad kurang senang dengan jawapan itu. Padanya, selama ini pun, masa abah tak berapa sihat, Yanti taknak duduk rumah tapi duduk pula di rumah sewa. Dalam hati Fuad berkata, dah duduk KL pun, jenguk abah pun jarang sangat, malah yang paling jarang dalam adik beradik. Fuad kata,
"Yanti kat Johor ? Anak tak guna ! Derhaka pada mak bapak !... tak habis-habis dengan Mat Burger tu ! Sampai abah dah jadi macam ni pun, masih gilakan Mat Burger tu !" Kata Fuad dengan nada yang kuat.
Azizah dan Kamal mengeleng-ngelengkan kepala dan terdiam. Azizah tak mahu menjawab atau menjelaskan sebab apa Yanti ke Johor. Sebenarnya untuk hadir majlis kawan baiknya, bukan berasmaradana dengan mat Burger. Tapi Azizah diam saja sebab diam dirasakan lebih baik pada masa itu. Yang lain semuanya terdiam juga kerana tahu, itu hospital, bukan kedai makan yang boleh buat bising macam tu. Mereka tak sangka Fuad bercakap begitu, lagi pun depan ayahnya yang sekarang kritikal. Isteri Fuad memegang lengan Fuad, tapi terus ditepisnya. Fuad sudah naik angin dan terus keluar dari bilik itu.
Azizah mundar mandir dalam bilik dan keluar bilik. Dia mahu Yanti berada di situ segera, kalau tak nanti, kalau berlaku apa-apa pada bapanya, Yanti tak ada. Azizah juga takut kalau Fuad bertindak di luar batasan terhadap Yanti nanti. Atau sekali lagi Fuad menggunakan kaki pukul untuk membelasah Man sekali lagi. Azizah sangat takut kerana dia syak abangnya itu terlibat membelasah Man Burger walaupun tak ada bukti kukuh.
Tak lama kemudian, Azizah telefon Yanti di luar bilik.
"Yanti di mana sekarang ?" Tanya Azizah.
"Dalam perjalanan kak, lebuhraya, baru lepas Air Keroh". Jawab Yanti ringkas.
"Okey, pandu hati-hati". Kata Azizah.
"Yer kak, bagaimana abah ?" Tanya Yanti.
"Abah masih belum buka mata, darah dia naik tinggi. Doktor sedang rawat abah. Yanti jangan risau sangat, tapi Yanti nanti terus ke hospital ni" Kata Azizah.
Jawapan Azizah itu sedikit melegakan Yanti. Sekurang-kurang Yanti tahu abahnya masih panjang umur. Tapi Yanti macam tak berapa percaya juga segala kata-kata kakaknya itu, sebab mungkin sekadar nak menyedakan hati Azizah. Kereta Satria Yanti terus memecut tanpa berhenti walaupun perut Yanti lapar tapi perjalanan tetap diteruskan.
Bagaimana keadaan bapa Yanti ? Adakah selamat ? Atau...
...BERSAMBUNG KE EPISOD 43
http://kadikluang.blogspot.com/2010/09/sudah-nasibku-mat-burger-episod-43.html

Suspek Kes Bunuh Sosilawati: Betul Ker Dia Ada Datuk ?
Bukan menghairankan kalau seseorang yang kita panggil dia 'Datuk' sebelum ini sebenarnya dia bukan Datuk. Pernah ker kita mintak orang itu tunjukkan surat yang dia dapat anugerah tersebut ? Bila saya baca satu akhbar harian hari ni, sebuah negeri menafikan memberi gelaran Datuk kepada lelaki berkenaan setelah membuat semakan.
Soalnya, adakah satu kesalahan menggunakan gelaran Datuk kalau dia bukan Datuk ? Saya tak tahu dan tak pernah orang beritahu saya yang itu satu kesalahan. Kalau nak buktikan orang itu menggunakan gelaran itu memang senang. Mungkin orang ini gunakan nama tu di kad perniagaannya, suratnya, papan tanda, iklan akhbarnya dan sebagainya.
Ada seorang lagi, dia seorang yang suka guna gelaran yang hebat-hebat ini, walaupun entah yer entah tidak. Bukan setakat dia guna nama kebesaran 'Datuk', tapi juga mengatakan dia belajar sampai Phd, ahli kimia, doktor. Orang ini juga mendakwa mempunyai gelaran yang membawa maksud pendekar terbilang dan mengendalikan pusat rawatan Islam di beberapa negeri lain. Ada juga dia berniaga kosmetik yang ada nama juga di negara kita. Yang saya tahu, ikut kata rakan sekolahnya dulu, dia tak belajar tinggi, SPM pun tak ambil. Jadi mustahil sangatlah dia ada Phd.
Orang ni pula bebas masuk beberapa akhbar mempromosikan perniagaannya dengan gelaran jawatan itu yang tak diketahui kesahihannya. Dulu ada seorang artis lelaki terkenal menjadi rakan kongsi dalam perniagaan kosmetiknya. Orang ini banyak terlibat dalam penipuan sehingga didakwa ke mahkamah atas penipuan jualbeli hartanah tak berapa lama dulu, sehingga dijatuhkan hukuman penjara. Yang menjadi tumpuannya, orang kenamaan turut menjadi mangsa penipuan ini.
Jadi saya cadangkan, kalau boleh dikenakan tindakan kepada orang yang bukan 'Datuk' tapi guna nama ni untuk tujuan tertentu. Kalau sudah ada undang-undang itu, kalau boleh hebahkan ke media, biar orang ramai tahu. Kalau belum ada undang-undang, kalau boleh diadakan segera, sebelum merebak.
Kalau nak tahu lanjut, Sila Klik
15 September 2010
Sosilawati, Ahmad Kamil, Noohisham dan Kamarudin Mati Dalam Keadaan Mulia
Datuk Sosilawati, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, pegawai bank Noorhisham Mohammad dan pemandu Kamaruddin Shansuddin telah pergi mengadap Allah Taala lebih dulu dari kita. Alhamdulillah, jutaan umat Islam di negara kita dan negara luar turut bersimpati dan mendoakan kesejahteraan rohnya. Doa dari anak-anak, isteri dan keluarga terdekatlah yang paling diutamakan. Mereka semua telah meninggalkan anak-anak, isteri serta suami yang soleh dan solehah. Kekuatan umat Islam adalah pada doa, itulah yang dapat mengembirakan roh orang yang dah pergi meninggalkan kita.
Mudah-mudahan mereka mati sebagai seorang yang mati syahid. Mati syahid bukan hanya terbatas kepada mati di medan perang saja, tapi termasuk juga syahid-syahid yang lain seperti mati sewaktu bersalin dan mati kerana kemalangan. Mereka lahir sebagai seorang Islam dan mereka mati juga dalam keadaan Islam juga. Ini adalah ketentuan qada dan qadar Allah Taala, janganlah selamanya kita bersedih. Setiap manusia pasti akan mati, itulah ketentuan hidup manusia, cuma kita tak tahu bila dan punca kematian itu.
Sumayyah adalah orang pertama sekali mati syahid kerana mempertahankan Islamnya. Sumayyah seorang wanita, diseksa sebelum dibunuh dengan kejam. Saidina Hamzah, dibunuh dengan begitu kejam dalam Perang Uhud dengan dibelah dada dan jantungnya. Saidina Umar mati syahid dibunuh selepas solat subuh. Saidina Uthman dan Saidina Ali mati sewaktu menjadi khalifah umat Islam, dibunuh oleh orang Islam sendiri. Saidina Husin, cucu Rasulullah mati dipenggal kepalanya dalam Perang Karbala. Cerita-cerita sejarah Islam ini mengingatkan kita bahawa mereka kelihatan tersiksa sewaktu menghadapi kematian. Tetapi Allah menjanjikan syahid dan syurga untuk mereka.
14 September 2010
Selain Nouvelle Beauty Sosilawati, Minyak Wak Dakam Juga Terkenal Di Sri Medan
Di Kg seri Medan, Batu Pahat terdapat kilang yang memproses serai wangi dan menghasilkan produk minyak serai yang popular dengan produk "Minyak Serai Wak Dakam". Ini diusahakan oleh Allahyarham Abu Dakam Ahmad, pengamal perubatan terkenal di Sri Medan.
Ini Kes Culik Ke, Kes Lari Dari Mak Bapak ?
Dua adik beradik kembar perempuan yang dilaporkan hilang selepas ke rumah kawan lelaki mereka di Parit, Perak pada hari raya kedua akhirnya mengirim khidmat pesanan ringkas (sms) kepada ibu mereka pagi ini menyatakan mereka selamat.
Ibu berkenaan, Harlizah Samah ketika dihubungi berkata, beliau menerima sms daripada anaknya itu pada 9 pagi.
"Mereka meminta maaf. Mereka juga kata 'mereka selamat'. Jangan risau dan jaga diri mama'. Itu saja," katanya.
"Mereka tidak pula menyatakan di mana mereka berada," kata Harlizah.
Beliau merayu kepada anak-anaknya itu supaya pulang ke rumah dan jika ada apa-apa masalah ia boleh dibincangkan. Dua beradik itu dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan pada hari raya kedua, dikesan telah ke rumah seorang rakan lelaki mereka di Parit, Perak.

Terkini Kes Datuk Susilawati: Jangan Ganggu Siasatan Polis
Semasa ke kedai, membeli dua akhbar berbeza tadi, ramai orang membeli akhbar, tak macam hari biasa. Beberapa hari ni jualan akhbar meningkat beberapa kali ganda, suatu bonus kepada akhbar. Saya percaya, kes Datuk Sosilawatil yang menyumbang kepada larisnya akhbar beberapa hari ni.
Soalnya, adakah hari ini media mendahului pihak berkuasa ? Dari mana sumber beritanya ? Sumber yang kuat atau tidak ? Yang saya tahu, media tak sewenang-wenangnya mengeluarkan sesuatu berita kalau sekadar dari sumber yang lemah. Kebiasaannya akhbar mendapat nasihat dari pegawai undang-undangnya sama ada sesuatu berita itu boleh dikeluarkan atau tidak.
Muka Suspek
Ada akhbar semalam dan hari ini menayangkan muka salah seorang suspek kes ini. Ada juga akhbar yang lebih berhati-hati, menutup muka suspek ini. Yang mana satu betul ? Boleh tunjuk muka atau tidak ?
Soalnya, adakah boleh seorang yang baru ditahan untuk siasatan atau suspek didedahkan di media ? Orang ini baru ditahan untuk membantu kes ini, bukan sudah dituduh. Bagaimana kalau selepas ini, orang yang ditahan itu tidak didakwa di mahkamah ? Bolehkah orang berkenaan mengambil tindakan mahkamah ? Kenapa tidak...
Lihat kes pembunuhan Norita Shamsudin beberapa tahun lepas. Ada beberapa orang yang ditahan pada peringkat awal, tetapi tidak didakwa di mahkamah. Mereka ini mengambil tindakan undang-undang di mahkamah terhadap beberapa media. Nama beliau telah diaibkan oleh media, media menayangkan namanya, mukanya dan pekerjaannya. Adilkah begitu caranya ? Soal siapa menang, siapa kalah dalam saman ini bukan soalnya, yang penting maruah dan harga diri orang ini telah diaibkan.
Kenapa Media Berani ?
Mereka berani masukkan muka sebab mungin beberapa kes sebelum ini orang tak cabar. Tapi jangan ingat lepas ni orang tak cabar, lebih-lebih lagi orang ini pandai undang-undang. Tidak mustahil keluarga suspek ini sudah melantik peguam masing-masing sekarang. Peguam mereka dah tentu peguam terbaik dan pakar, kerana ini kes bunuh, bukan kes kecil.
Atau ada kes sebelum ini, bila orang saman akhbar, akhbar berada di pihak yang menang. Pada saya, jangan fikir begitu, sekali menang jangan ingat semua kes boleh menang. Lain kes, lain fakta dan penghujahannya. Dan juga lain hakim yang mendengar kes itu.
Gambar Tempat kejadian dan Semasa Siasatan
Di akhbar hari ni, ramai orang cukup puashati sebab dapat tengok beberapa gambar. Antaranya gambar tempat kejadian dan semasa siasatan di lokasi dipercayai lokasi kejadian. Bagaimana wartawan atau jurugambar boleh ambil gambar sebegini ? Entahlah.... Mungkinkah kamera dia boleh zoom berkilometer jauhnya ? Atau mungkin juga berjaya masuk ke situ ?
Yang saya terkejut adalah gambar barang kes yang dipercayai ditemui di lokasi kejadian. Kenapa dan bagaimana jurugambar media boleh merakamkannya ? Ini bukan benda kecil, bahan bukti penting ini mungkin bakal dikemukakan di mahkamah. Jangan sampai peguam tertuduh nanti mencabar dan mempertikaikan bahan bukti penting ini.
Kenapa Tak Boleh Ganggu Siasatan Polis ?
Kes ini saya anggap satu kes mencabar dan polis berusaha keras mengendalikannya. Saya rasa, polis menggunakan pelbagai kaedah seperti forensik, DNA, kimia dan lain-lain cara siasatan. Saya percaya, polis tidak mahu ada suatu ruang pun yang boleh memberi kelebihan pada penjenayah kejam ini untuk lepas.
Kes ini mencabar kerana mayat mangsa bunuh dipercayai sudah dibakar sehingga rentung, tulang dan abu dibuang ke sungai. Antara soalan-soalan yang bakal ditimbulkan oleh peguam terduduh nanti adalah perkara teknikal. Peguam tanya memang senang, tapi pihak penyiasat yang nak jawab, perlukan kepakaran, bukan boleh sebarangan jawab di mahkamah.
Berhati-hatilah
Satu lagi, jangan sampai gambar di akhbar dijadikan hujah kepada tertuduh untuk lepas dalam kes ini. Contohnya kalau keterangan saksi pakar,kalau tidak sama dengan gambar yang disiar media, mungkin boleh meragukan mahkamah. Tidak mustahil kalau jurugambar itu nanti yang akan menjadi saksi penting sehingga boleh membantu tertuduh lepas. Harap-harap tak begitulah, tapi tak mustahil.
Kita mahukan perbicaraan yang adil di mahkamah nanti. Seseorang belum boleh dihukum salah selagi mahkamah belum memutuskannya. Biarlah pihak berkuasa meneruskan tugasnya dengan sebaik mungkin untuk mencari keadilan di mahkamah nanti. Sebarang gangguan, sebaiknya janganlah ada.
Ulasan saya ini bukan untuk mempertikaikan sesuatu pihak tetapi sebagai peringatan agar kita berhati-hati selalu.
Sekian.
Blog Saya Sudah Genap Setahun Hari Ini
Alhamdulillah, hari ini 14 September 2010, blog saya genap setahun penubuhannya. Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua kerana telah memberi sokongan secara lansung atau tidak lansung terhadap blog ini.
Dipersilakan untuk membuat undian (di sebelah kanan) iaitu undian sama ada blog ini perlu diteruskan atau sebaliknya. Saya anggap undian ini penting untuk menentukan masa depan blog ini. Undian yang sepatutnya tamat hari ini, dilanjutkan sehingga sepuluh hari lagi kerana ramai yang masih bercuti Aidilfitri.
Sekian. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
13 September 2010
Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 41
Ustaz Khalil terdiam bila Man mengungkapkan perkataan itu. Terkejut bercampur tak percaya ustaz Khalil akan apa yang dikatakan Man tadi.
"Man....betul ke yang Man cakapkan ni. Man betul-betul ke ni, atau gurau-gurau ?" Tanya Khalil.
Man terdiam seketika, kemudian menjawab.
"Yer, Man dah fikir semasaknya, itu muktamad". Kata Man ringkas.
Khalil terdiam lagi, seakan tidak percaya lagi.
"Man...bawa bertenang. Saya terkejut dengan berita ini, kenapa terlalu cepat buat keputusan Man ? Tapi Man... kalau boleh, Man kaji semula keputusan ni. Tak tahulah Man, saya rasa tak seronok bila dengar keputusan Man ni". Kata Khalil.
"Ustaz, keputusan Man ni, bukan baru. Tapi dah lama Man fikirkan, sejak selepas Man dimasukkan ke hospital lagi. Man...Man sanggup berkorban untuk kebahagian orang lain. Cukuplah penderitaan dan siksaan yang Man terima selama ini" Kata Man.
"Okey, saya sekadar membantu, tak lebih dari itu. Tapi saya turut simpati dengan masalah Man. Saya juga terkilan, tak dapat bantu Man. Lagipun saya lewat dapat tahu kes ni dan tak sempat beri nasihat pada Man". Kata Khalil. Man terus terdiam.
"Man... yang lebih saya kecewanya adalah, Man dan Yanti teraniaya dalam kes ni. Tapi Man dan Yanti pula yang menyerah kalah dan menjadi mangsa kerakusan pandangan serong orang lain. Sedangkan orang lain yang menghalang dan memukul Man mendapat kemenangan. Orang-orang ini akan bangga dan merayakan kejayaannya menganiaya hidup Man". Kata Khalil lagi. Man masih terdiam.
Man terus menangis dengan derasnya, tangannya mengesat-ngesat air mata. Man tak boleh meneruskan kata-katanya lagi, dia mahu pulang ke rumah.
"Ustaz, Man harap, keputusan Man ni muktamat. Tapi tak tahulah, adakah keputusan Man ni tepat atau tidak". Kata Man, kemudian terus panggil mamak kedai tu untuk kira dan bayar.
Sebelum pulang, Khalil sekali lagi berpesan pada Man.
"Man, buat solat istikharah dahulu dalam beberapa hari ni. Ini perkara besar dalam menentukan masa depan Man".
Balik ke rumah tu, fikiran Ustaz Khalil belum tenteram, seakan sukar menerima hakikat kerana mengenangkan nasib Man. Pada Ustaz Khalil, sebagai penguatkuasa, dia utamakan kesudahan sesuatu kes, kalah atau menang belakang kira. Jadi kalau sebelum ini, Khalil rapat dengan Man untuk mematahkan sendiket nikah, tapi kini Khalil rasa dia perlu buat lebih dari itu. Dia rasa perlu untuk bantu Man sebagai rakan pula.
Khalil tahu Man berada di pihak yang lemah, tiada penasihat atau pemberi semangat. Terfikir juga, kenapa Man tak berterus terang padanya dari awal lagi, waktu Yanti masih di JB. Mungkin waktu itu, Khalil boleh bertemu Man dan Yanti sekaligus dan buat rancangan lain pula. Mungkin boleh uruskan untuk nikah secara wali hakim.
Atau kalau baru sehari dua Man kena belasah, Man beritahu dia. Nak juga Khalil tunjukkan heronya berdepan dengan samseng-samseng itu. Pada Khalil, bukan kecil kumpulan samseng yang dah dia jumpa sewaktu jadi penguatkuasa. Di kalangan polis-polis pun, Khalil kawan baik dan kalau nak minta tolong, boleh dengan telefon saja pada pegawai polis di JB. Khalil sendiri bengang kalau abang Yanti yang belasah Man bersorak dan merayakan kemenangannya dapat memisahkan Man dengan Yanti nanti.
Tapi Khalill seakan tak boleh mengubah keadaan dan pendirian Man. Kalau benarlah keputusan itu muktamat, maka tiada sapa yang boleh menghalang, kecuali Man yang mengubahnya sendiri. Kekadang Khalil fikir, keputusan Man itu ada baiknya juga. Jodoh ditangan Allah Taala, kita merancang, Allah menentukan.
Di kampung, rumah Man dikunjungi oleh guru sekolah Syira dan Nizar. Guru sekolah nak buat liputan untuk dibuat video yang akan ditayangkan pada hari penyampaian hadiah beberapa hari lagi. Mak ayah dan adik beradik Man yang lain semuanya ada kecuali Man saja yang ada di JB. Cikgu Syikin dan dua guru lelaki datang menemuramah dan mengambil video di perkarangan rumah Man. Dalam temuramah itu mak dan ayah Man berbangga dengan kejayaan anak kedua dan ketiganya kerana mendapat keputusan terbaik di sekolah.
Temuramah dengan Syira pula, dia turut menyebut nama abangnya Man seorang penjual burger yang banyak berkorban untuk keluarga. Dan sekali lagi Syira menyebut nama Yanti dalam temubual itu yang Syira kata sebagai kakak angkat yang banyak memberi semangat kepadanya. Selepas rakaman video itu, sewaktu minum air dan makan goreng pisang, Cikgu Syikin bertanya lanjut pada Syira tentang Man. Timbul perasaan pelik di fikiran Cikgu Syikin, bagaimana seorang penjual burger boleh membantu mak ayah dan adik beradik di kampung. Cikgu Syikin turut menjemput Man sekali datang ke sekolah waktu penyampaian hadiah nanti.
Bila terima pelawaan dari Syira untuk hadir ke majlis itu, Man tidak menolak. Pada Man, itu perlu diberi keutamaan kerana meraikan kejayaan adiknya. Kalau ditolak pelawaan itu, mungkin adiknya akan merajuk nanti. Pada hari itu, Man berbaju kemeja lengan pendek, datang ke sekolah jam 8.30 pagi bersama mak dan ayahnya menaiki kereta Wajanya. Beberapaa guru, PIBG dan pengawas menyambut mereka dan duduk di kerusi ibu bapa dan PIBG.
Dari jauh, Syira menunjukkan abangnya Man kepada Cikgu Syikin dan kenallah dia dengan Man. Bila masuk pengumuman pemenang hadiah khas PIBG, nama keluarga Syira dan Nizar disebut dan menjadi perhatian orang ramai yang ada di dewan itu. Ibu bapa Man dapat hadiah khas PIBG itu yang setiap tahun diberikan kepada ibu bapa yang cemerlang mendidik anak-anak. Tahun itu mencatat sejarah kerana anugerah anak cemerlang percubaan SPM dan STPM adalah adik beradik, rekod yang belum pernah dicatat sebelum ini. Man gembira dan puashati dengan pencapaian keluarganya dan berterima kasih kerana pihak PIBG dan sekolah meraikannya sebegitu meriah.
Selepas itu diadakan tayangan video temuramah di rumah Man tempohari. Mulanya Man semacam tersenyum dan kelakar pun ada sebab dibuat video di rumahnya. Tapi bila temuramah dengan Syira yang menyebut nama Yanti, Man kelihatan gelisah. Man tunduk dan mula mengalirkan air mata. Syira dan Nizar perasan perubahan yang berlaku pada Man. Syira rasa sedikit menyesal kerana temuramah itu mengguris hati Man. Lebih Syira rasa bersalah, bila Man tak makan bersama selepas majlis itu. Puas Syira mencari Man, rupanya Man bersendirian di dalam kereta menunggu mak dan ayahnya makan. Bila ditanya, Man jawab dah kenyang.
Yanti akan ke Kluang untuk majlis perkahwinan kawan serumahanya Nani esoknya. Malam sebelum nikah, Yanti tidur di rumah Nani tapi selepas majlis Yanti tak balik terus ke KL. Yanti berhasrat bertemu Syira yang akan menduduki STPM beberapa hari lagi. Secara kebetulan atau dirancang, Yanti tidur di hotel yang sama semasa Man dirawat di hospital dulu. Ini mengingatkan kembali kenangan Yanti bersama Man sewaktu Man sedang bertarung nyawa di bilik pembedahan. Yanti bertemu Syira di sebuah warung di pekan tak jauh dari rumah Syira. Yanti tak mahu mak atau ayah Man tahu semua itu, Nizar hantar Syira senyap-senyap naik motosikal.
Perbualan Yanti dan Syira tak lama dan hanya berkisar tentang perperiksaan saja. Cerita pasal Man lansung tak ada. Sedang berbual itu, teringat Yanti berkenaan baju batik yang hendak dihadiahkan kepada Man dulu, dibeli di Pasar Payang Terengganu. Baju itu masih ada dalam kotak bungkusan di dalam keretanya. Tanpa berfikir panjang, Yanti serahkan bungkusan itu pada Syira untuk diberikan pada Man.
Syira gembira dan dalam hatinya Yanti masih ingatkan Man, Man masih di hati Yanti. Selepas itu, di dalam kereta, Yanti serba salah, persoalan yang bermain di hatinya, adakah dia patut memberi hadiah pada Man dalam keadaan sekarang. Kenapa dia tak telefon Man dah berbulan-bulan tapi kenapa beri hadiah pula, fikiran Yanti bercelaru sehinggalah balik ke KL keesokan harinya.
....BERSAMBUNG KE EPISOD 42
http://kadikluang.blogspot.com/2010/09/sudah-nasibku-mat-burger-episod-42.html

Penyabit Cari Kepala Orang ?
Dulu masa kecil-kecil, heboh pasal 'penyabit'. Ini masa zaman saya sekolah rendah, kat Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Cerita ni heboh dalam tahun 1977, 1978, 1979 kalau tak silap saya. Penyabit ni gelaran orang yang cari kepala orang, terutama kepala budak. Kononnya kepala tu untuk jamu kat jin masa buat bangunan termasuk jambatan.
Masa tu, kat Padang Tengku tu tengah buat jambatan panjang melintasi Sungai Jelai, jambatan tu ada sampai sekarang. Maka budak-budak sebaya saya masa tu, nak keluar rumah kena berhati-hati. Tak boleh ler jalan seorang-seorang termasuk nak pegi sekolah. Malam-malam kalau tak ada tujuan, lagilah tak boleh keluar. Masa tu cerita dia bukan main-main, tapi real punya cerita.
Masa tu takut memang takutlah, maklumlah budak kecit. Masa tu berbual gak dengan kawan-kawan sebaya pasal penyabit tu. Ada sorang kawan tu kata, kenapalah penyabit tu cari kepala budak manusia, kenapalah tak cari kepala monyet jer. Ini manusia jugak yang dia cari. Ada sorang kawan tu kata, tak apa, kalau mati masa budak-budak ni kira mati syahid.
Betul atau tidak kisah penyabit ni, mana lah tahu betul ke tak. Waktu tu, masa kecil, percaya sajalah. Mana tak percayanya, yang cakap ni orang-orang tua kat kampung tu, yang sekarang ramai dah arwah. Sekarang baru terfikir semula, apa logiknya penggal kepala budak lepas tu tanam kat jambatan. Waktu tu, tak ada seorang pun budak hilang atau mati kena penggal kepala. Betul ke kisah penyabit ni ?
SIAPA ADA PENGALAMAN TOLONGLAH JAWAB...
Apa-apa pun, kisah penyabit tu menakutkan budak-budak dari keluar lepak malam-malam. Tak macam budak sekarang, pukul 12 malam belum balik rumah tu perkara biasa. Mak ayah tak berapa boleh nak kawal anak-anak keluar rumah ni. Budak-budak sekolah rendah kalau kat JB tu jalan-jalan naik basikal ke Danga Bay JB berkumpulan. Saya bagi nasihat masa saya jadi penguatkuasa dulu, dia jawab dia bukan buat maksiat. Pandai budak sekarang jawab.
Tengku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan Sultan Kelantan
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan baru pada hari ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan pemasyhuran itu. Nik Abdul Aziz membuat pengumuman itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar pada pukul 12.30 tengah hari.
Sikap Pemandu Punca Jalan Jem: Cerita di Terengganu dan Pahang
Beri Laluan Kepada Kereta Lain
Antaranya, pemandu tak mahu beri laluan pada kereta lain untuk masuk atau keluar simpang. Contohnya kereta dari arah depan bertentangan kita nak belok ke kanan, dah beri signal dan duduk di line tengah. Kenapa kita tak berhenti saja, sedangkan kita bukannya bawa laju waktu tu. Kalau laju tu lain ceritalah. Itu menyebabkan kerera dari arah bertentangan akan jem sebab hampir tak ada kereta yang beri laluan.
Atau kita di jalan besar, ada kereta nak masuk jalan kita, kenapa tak bertolak ansur beri laluan pada kereta tu masuk ? Kalau hanya sebiji kereta tak apa, ni kita tengok kereta di belakang kereta tu berderet nak masuk jalan besar.
Pemandu di Batam, Indonesia
Di Batam, kebanyakan simpangnya termasuk simpang empat tidak ada lampu isyarat. Tapi pergerakan kereta lancar walaupun banyak kereta. Masing-masing bertolak ansur dan beri laluan kepada orang lain. Saya ingat, kalau di Malaysia begitu,. waduhhhh, bisa gawat pak.
Pemandu di Kuantan
Bagi jalan dua lorong (ada orang kata 4 lorong), ramai pemandu kereta suka berada di line kanan walaupun pandu perlahan. Di Kuantan sekarang banyak jalan 2 lorong, antaranya Jalan Gambang, jalan ke Chukai dan ke Pekan. Kalau tak memotong tu, elok berada di kiri. Jangan ingat dia laju sangat, biar kereta di belakang yang pandu lagi laju tu potong. Biarkan kereta tu pandu lebih had laju pun. Jangan rasa nak jadi pengawal yang tak kasi orang pandu lebih had laju. Tu merbahaya sangat, nanti boleh kena langgar belakang kalau kereta laju sebelah kanan tu tak sempat brek.
Dalam perjalanan ke Terengganu hari tu, beberapa biji kereta saya potong ikut kiri walaupun agak bahaya sikit. Kereta tu bawa dalam 110 kmj, saya potong 140-150 kmj ikut kiri. Sebelum tu dah kasi lampu tinggi, kereta depan buat tak faham ajer. Mungkin dia orang rasa, dia tak kasi orang lain lebih had laju. Kalau kita memandu di JB, KL, Melaka, Seremban ker, pemandu dia tak sebegitu. Ramai yang faham duduk kiri walaupun ada seorang dua yang tak faham.

Gambar Suspek Utama Kes Bunuh Datuk Susilawati
Siapa dia suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati ?
Kalau nak tengok muka, sila beli akhbar Utusan Malaysia hari ni (akhbar tau, bukan internet), ada gambar betul. Muka dan mata tak tutup, gambar suspek bergari, dan dikawal ketat oleh 2 anggota polis.
Boleh baca dalam Kosmo juga, siap ada nama peguam tu lagi...klik sini
Boleh baca dalam Kosmo juga, siap ada nama peguam tu lagi...klik sini
12 September 2010
"Takut Juga Jadi Orang Kaya"
Tadi saya ke Mydin Kuala Terengganu, hala balik ke Marang singgah di sebuah kedai runcit di Chendering tepat jam 8.00 malam. Saya nak beli barang sikit, kebetulan waktu tu berita TV3 kat tv kedai tu. Tuan kedai tu perempuan, suami dia dalam 50-an dan saya minat tengok berita pembunuhan Datuk Sosilawati.
"Kesian yer kena bunuh macam tu" Kata kakak tu.
"Yer, tak sangka jadi sebegini, tapi dah takdir". Kata saya.
"Yer le, takut juga jadi orang kaya ni" Kata kakak tu.
Dalam kereta saya teringat balik kata-kata kakak tu, dengan kedai runcitnya yang tak le besar sangat. Kira pendapatannya sederhana sajalah, nak kata kaya tak kaya, susah tak susah juga. Pelanggan tetap ada terutama orang-orang situ.
Yang saya tertarik, dia kata "takut juga jadi orang kaya". Kurang faham saya maksud kakak tu. Adakah dia tu kaya juga, walaupun kedai dia nampak sederhana jer. Mungkin juga dia kaya dan dah kaya, kedai runcit nampak kecil tapi untung besar. Atau dia ada sumber lain, perniagaan lain kot.
Atau dia takut nak jadi kaya sangat, cukuplah ala-ala kadar saja. Nanti jadi kaya, takut pulak, boleh sampai kena rompak dan bunuh kot. Mungkin pada kakak ni, kalau kaya belum tentu hidup tenteram. Kira alhamdulillah lah dengan pendapatan yang ada sekarang ni.
Terkesan juga apa yang kakak tu kata tadi. Saya ni kira bukan orang kayalah, keluarga pun bukan keluarga kaya. Tapi lepas ni, cammana kalau saya jadi orang kaya. Tak apa, tak ada salahnya, asalkan dari sumber yang halal dan berkat. Waktu tu mungkin timbullah sedikit 'ketakutan' sikit macam kakak tu kata, mungkin juga.

Al-Fatihah dan Takziah Kepada Keluarga Yang Terlibat
Polis mengesahkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.
Tiga orang lagi ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Kenapa Bunuh, Kemudian Bakar dan Buang Abu Mayat ?
Pembunuh berusaha untuk menghilangkan bukti pembunuhan dengan membakar mayat. Dipercayai juga mayat sudah menjadi abu dan dialirkan ke dalam sungai. Lebih-lebih lagi, suspek utama kes pembunuhan itu adalah seorang peguam berpengalaman dalam perbicaraan kes jenayah.
Bagaimanapun, pihak polis akan menggunakan kemahiran forensik dan kaedah-kaedah lain untuk menangani kes ini. Saya percaya pembunuh kejam ini tidak akan dibiarkan terlepas dan pasti akan mendapat pembalasan setimpal.
4 Mayat Ditemui di Pantai Morib, Adakah Ada Kaitan Dengan Kes Sosilawati ?
Suatu berita yang menggemparkan negara, apabila saya membaca berita, polis menemui 4 mayat yang rentung terbakar semalam. Berita dari Utusan Malaysia, klik sini
Lelaki dipercayai suspek utama kes ini turut ditahan polis. Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

11 September 2010
Hantar sms Raya, Tulislah Nama Pengirim
Orang sekarang dah biasa hantar ucapan raya guna sms. Ok ler tu, teknologi terkini, ikut peredaran masa.
Cuma nak ingatkan, kalau sms tu letak ler nama. Bukan semua orang yang kita sms tu ada simpan nombor kita.... Orang yang terima tu nak tanya balik, takut terasa hati pulak.... Saya pun dapat beberapa sms tak ada nama tapi balas jugalah walaupun tak kenal sapa tu.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
10 September 2010
Saman Trafik Boleh Bayar Kat Pejabat Pos, Tak Boleh Diskaun Ker ?
Berita akhbar hari ni cerita pasal saman trafik yang boleh bayar kat pejabat pos lepas ni. Orang ramai boleh membayar saman trafik di pejabat pos di seluruh negara mulai November ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Ini kira satu kemudahan ler juga. Cuma nak tahu, tak kasi diskaun ker ? .....
SELAMAT HARI RAYA KEPADA POLIS TRAFIK YANG BERTUGAS SEMPENA RAYA NI...
Muka Depan Blog Ini, Klik Sini
Langgan:
Catatan (Atom)