Pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan terutama agensi agama tetapi nampaknya tabiat berjudi ini masih wujud. Yang paling penting di sini adalah kesedaran diri sendiri dan tidak terlalu menuding jari kepada pihak lain. Ingatlah, kegagalan dakwah Islam dan pandangan serong orang lain terhadap Islam adalah kerana soal akhlak orang Islam sendiri seperti terlibat dalam maksiat, jenayah dan sebagainya. Sedangkan Nabi Muhammad dulu berdakwah dengan menunjukkan akhlak yang mulia sehingga Islam mendapat tempat di hati masyarakat.
22 Ogos 2011
Tengok Keputusan Nombor Ekor Dulu, Baru Balik Berbuka
Satu hari tu, dalam jam 6.30 petang, saya pegi ke bandar. Berhenti kereta, nampak ada lelaki 3 orang, semuanya rambut pendek, tengah pegang kertas dan bercakap-cakap. Kereta saya cermin gelap sikit, dia orang macam tak perasan saya. Diteliti betul-betul, yang dipegang tu slip nombor ekor. Kedai ekor selang dua kedai jer dengan tempat tu. Bila saya turun dari kereta, mereka bertiga nampaknya menyorokkan kertas masing-masing.
Saya jalan ke kedai kasut dan lalu depan dia. Tak lama, dalam jam 6.45 saya nak masuk dalam kereta, lalu depan dia lagi. Masa lalu tu, saya dengar dia orang berbual.
"Jomlah balik, dah nak berbuka". Kata orang pertama.
"Tunggulah kejap lagi, nak tengok keputusan dulu, baru balik". Kata orang kedua.
Masuk dalam kereta, baru saya faham apa yang mereka bualkan. Iaitu nak tunggu pukul 7.00 tepat, keputusan nombor ekor akan dipaparkan didepan kedai nombor tu. Nanti kalau dah balik berbuka, kenalah pulak datang sekali lagi.
Pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan terutama agensi agama tetapi nampaknya tabiat berjudi ini masih wujud. Yang paling penting di sini adalah kesedaran diri sendiri dan tidak terlalu menuding jari kepada pihak lain. Ingatlah, kegagalan dakwah Islam dan pandangan serong orang lain terhadap Islam adalah kerana soal akhlak orang Islam sendiri seperti terlibat dalam maksiat, jenayah dan sebagainya. Sedangkan Nabi Muhammad dulu berdakwah dengan menunjukkan akhlak yang mulia sehingga Islam mendapat tempat di hati masyarakat.
Pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan terutama agensi agama tetapi nampaknya tabiat berjudi ini masih wujud. Yang paling penting di sini adalah kesedaran diri sendiri dan tidak terlalu menuding jari kepada pihak lain. Ingatlah, kegagalan dakwah Islam dan pandangan serong orang lain terhadap Islam adalah kerana soal akhlak orang Islam sendiri seperti terlibat dalam maksiat, jenayah dan sebagainya. Sedangkan Nabi Muhammad dulu berdakwah dengan menunjukkan akhlak yang mulia sehingga Islam mendapat tempat di hati masyarakat.
21 Ogos 2011
Lelaki 73 Tahun, Nak Nikah Gadis 22 Tahun
Seorang lelaki 73 tahun, duda, nak nikah gadis 22 tahun di sebuah daerah. Saya hadir ke daerah berkenaan menyampaikan sebuah dalam kursus pra perkahwinan. Lelaki ini menemani gadis ini hadir kursus. Lelaki ini dah ada ramai cucu sampai rupa jumlahnya.
Lelaki ini sudah 3 kali bernikah, seorang isterinya meninggal dunia dan dua kali pernah bercerai. Dulu ada kedai makan, sekarang ada kebun sawit yang banyak juga, cukup untuk menampung keluarga. Manapula perempuan tidak bekerja.
SELAMAT PENGANTIN BARU.
20 Ogos 2011
Lagi Isu Sembelih Ayam, Kenapa Begini ?
Pegawai Jabatan Agama Johor memeriksa ayam-ayam yang telah disembelih ketika mengadakan pemeriksaan ke tempat memproses ayam di Pekan Nenas, Pontian. Tahniah kepada pegawai yang berkenaan kerana membongkar kes ini dan yang lebih penting adalah, berjaya membuka mata masyarakat. Tapi, ini baru di Pontian, di tempat lain bagaimana ? Sendiri fikirlah...
Hari ini hampir semua akhbar utama cerita isu ini, malam tadi TV pun ada tayang. Katanya cara sembelihan dan cara memprosesnya meragukan. Saya tak mahu ulas panjang berkenaan isu ini. Cuma saya nak pulangkan semula kepada orang Islam.........
Iaitu sekarang ini yang menguasai perniagaan ayam yang besar-besar, berapa ramai orang Islam ? Atau cuma ada tak berapa kerat saja orang Islam yang jadi tauke ayam.
Buat apa kita cakap panjang-panjang isu ini, sedangkan orang Islam tidak menguasai perniagaan ayam ini dan lebih dikuasai orang bukan Islam. Soal halal haram ini berkait dengan hukum syarak, orang bukan Islam tidaklah mengaji hukum syarak yang macam orang Islam belajar.
Kenapa orang Islam tidak mahu menguasai perniagaan ini ?.......Sedangkan, orang Islam adalah pelanggan dan pembeli utama. Sempena kemerdekaan negara tak lama lagi, kenangkanlah, kita sudah 54 tahun merdeka, tetapi orang Islam sendiri tidak menguasai perniagaan ayam ini yang sangat ada hubung kait dengan halal haram.
Menanti Lailatul Qadar
Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar : لَيْلَةِ الْقَدْرِ (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam Quran digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surah Al_Qadr, surat ke-97 dalam Al Qur'an.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahwa terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadan, hal ini berdasarkan hadis dari Aisyah yang mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadan dan beliau bersabda, yang artinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhon" " (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169).
Tanda-tanda:
Tanda lailatul-Qadr seperti mana disampaikan oleh Ubadah bin Samit r.a dari Nabi s.a.w ialah suasana malam itu akan sunyi, bersih, tenang, cerah, tidak panas dan tidak pula dingin seperti diteduhi oleh cahaya bulan, tidak ada bintang-bintang yang muncul sehingga pagi. Dan termasuk tanda-tanda ialah bahawa matahari terbit pada pagi hari itu tanpa terasa panas cahayanya, seperti bulan purnama.
19 Ogos 2011
Penipuan Pelaburan Emas Sudah Mula dikesan, Dulu Saya Dah Pesan Banyak Kali(Episod 3)
NIBONG TEBAL 19 Ogos — Polis mencari seorang pemilik salun kecantikan di Simpang Ampat, di sini bagi membantu siasatan berhubung penipuan terhadap sekumpulan suri rumah dan warga tua yang kerugian lebih RM500,000 selepas menyertai skim pelaburan emas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Shafien Mamat berkata, wanita berkenaan dikenali sebagai Hashimah Hashim, 38, yang alamat terakhirnya di Taman Merak Jaya, Simpang Ampat di sini.
"Kami menerima laporan polis berhubung kejadian itu, polis giat mengesan wanita berkenaan bagi membantu menyelesaikan kes penipuan membabitkan lebih 30 suri rumah serta warga tua.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan menjalankan skim pelaburan emas itu sejak tiga tahun lepas.
"Kumpulan pelabur tertarik untuk melabur apabila dia menjanjikan pulangan lumayan antara lima hingga 10 peratus sebulan, sekali gus mendorong mereka melabur RM5,000 hingga RM50,000.
"Bagaimanapun sejak Julai lepas, wanita berkenaan gagal membayar dividen yang dijanjikan dan menghilangkan diri sehingga gagal dikesan oleh pelabur-pelaburnya,” katanya.
Shafien meminta orang ramai yang mengenali Hashimah agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
.....Bersambung ke Episod 4:
http://kadikluang.blogspot.com/2011/09/kawan-saya-masuk-pelaburan-emas-tapi.html
.....Bersambung ke Episod 4:
http://kadikluang.blogspot.com/2011/09/kawan-saya-masuk-pelaburan-emas-tapi.html
Maksiat Lain Boleh Tinggal, Nombor Ekor Saja Tak Boleh
Seorang lelaki 60-an mengaku masa muda dia bukanlah seorang yang baik. Tapi bila dah meningkat usia ini, dia sudah insaf dan banyak beribadat. Dia sudah tunaikan haji, puasa ramadhan, zakat, solat dan lain-lain.
Banyak maksiat dia dah tinggalkan, tetapi satu saja yang dia tak boleh tinggal, iaitu beli nombor ekor. Dia mengaku main nombor ekor sejak umur 30-an sebab ikut kawan-kawan. Dia pernah juga kena nombor dan banyak kali lari satu dua nombor. Kalau nak ikut modal yang dia keluar, dah puluhan ribu dan tak menguntungkan. Ceritanya, ada kawan dia meninggal dunia masa tengah gian nombor ekor. Sampai masa meninggal, anak isteri dia jumpa banyak slip nombor ekor dalam almari.
Sempena Ramadhan ini, walaupun timbul keinsafan tapi godaan untuk terus beli nombor ekor terus kuat terutama pengaruh kawan-kawan.
18 Ogos 2011
Nikah Sudah 14 Tahun, Tapi Tak Daftar
Perempuan 30-an mengadu sebagai isteri kedua kepada seorang lelaki 50-an. Beliau menunjukkan sijil nikah di sebuah negara jiran 14 tahun lalu. Bagaimanapun, tiada pendaftaran di buat di negara ini berkenaan pernikahan tersebut. Katanya, suaminya mungkir janji untuk mendaftarkan perkahwinan itu sehingga berlarutan sehingga 14 tahun.
Pasangan ini dikurniakan dua anak yang sedang bersekolah rendah. Suaminya lebih banyak duduk bersama isteri pertamanya juga ada beberapa orang anak. Pada mula, mereka merahsiakan perkahwinan, tapi beberapa tahun selepas itu telur tembelang pecah. Kira bergaduh besar juga, namun lama kelamaan sudah reda.
Sekarang, selepas 14 tahun, masalah besar timbul iaitu suami dikatakan mengabaikan tanggungjawab termasuk nafkah. Isteri kedua terpaksa bekerja dengan gaji yang tak seberapa untuk membayar sewa rumah, perbelanjaan harian, belanja sekolah dua orang anaknya dan lain-lain. Suami dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah isteri kedua.
Inilah Kisah
Inilah kisah perkahwinan di seberang yang biasanya dilakukan lelaki berpoligami atau tidak mendapat restu keluarga. Kalau nak fikir ambil jalan singkat memenglah mudah, tapi kesan pada masa akan datang kena fikirkan juga. Sebaiknya, sekiranya betul hendak berpoligami, ikutlah prosedur yang ditetapkan di negara kita. Ramai yang sudah berjaya berpoligami termasuk yang saya nikahkan sendiri.
Inilah Kisah
Inilah kisah perkahwinan di seberang yang biasanya dilakukan lelaki berpoligami atau tidak mendapat restu keluarga. Kalau nak fikir ambil jalan singkat memenglah mudah, tapi kesan pada masa akan datang kena fikirkan juga. Sebaiknya, sekiranya betul hendak berpoligami, ikutlah prosedur yang ditetapkan di negara kita. Ramai yang sudah berjaya berpoligami termasuk yang saya nikahkan sendiri.
17 Ogos 2011
Lelaki dari Ipoh, Perempuan dari Kota Tinggi, Khalwat di Kluang
Lelaki kerja biasa umur 35 tahun, sudah berkahwin, anak satu. Perempuan pula kerja biasa umur 31, masih bujang. Kedua-duanya ditangkap khalwat sebelum puasa kira-kira sebulan lepas di sebuah hotel di Kluang.
Ditangkap pula di hotel baru yang dalam lingkungan 2 bulan baru buka di Kluang. Dah tentu katil pun tak bergoyang, hehe. Lelaki dari Ipoh, perempuan dari Kota Tinggi, saja-saja datang Kluang, akhirnya ditangkap khalwat di sini. Masing-masing datang naik bas. Pasangan ini akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang, boleh didenda sehigga 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali.
Empat Bulan Bercerai, Nak Nikah Semula
Pasangan 40-an bercerai talak satu, 4 bulan lalu. Lelaki kerja buruh dan perempuan pembantu kedai dikurniakan anak dua orang yang masih sekolah rendah.
Selepas empat bulan jadi duda dan janda, mereka ambil keputusan untuk nikah semula. Mereka tidak boleh rujuk tetapi hendaklah dengan perkahwinan baru kerana tempoh edah sudah tamat.
16 Ogos 2011
Jawatankuasa Pemilihan Parlimen, Tahniah Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan satu penubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dalam masa terdekat bagi menambah baik sistem pilihan raya negara. Saya kira perkara ini sangat penting dan mencatat satu sejarah negara jika benar-benar terlaksana. Langkah ini diharapkan dapat memuaskan hati pelbagai pihak tanpa timbul sebarang syak wasangka pada masa hadapan terutama kepada SPR.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai oleh wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. Diharapkan langkah ini dapat untuk kita lihat satu sistem pilihan raya yang telus lagi bersih. Katanya, jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum diimplimentasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pelbagai Persoalan Belum Terjawab
Beberapa perkara mutakhir ini telah berjaya disensasikan beritanya terutama di media internet. Antaranya dakwaan kononnya ada bukan warganegara dibenarkan mendaftar sebagai pengundi oleh SPR. Walaupun satu kes iaitu wanita bernama Mismah sudah ditemui dan membuat kenyataan akhbar yang dia sudah menjadi warga negara, namun persoalan lain masih belum terjawab lagi.
Semalam, seorang pemimpin kanan PAS, Mahfuz Omar kini mengalihkan isu kepada mempersoalkan, kenapa orang seperti Mismah diberikan taraf warganegara. Walaupun pihak berkuasa menyatakan bahawa permohonan Mismah dan orang lain mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan, rakyat sebenarnya masih keliru dan belum faham sepenuhnya, apakah lunas undang-undang mengenai kewarnegaraan ini. Mungkin ada pihak kata, persoalan ini di luar tajuk dan bidangkuasa SPR, tapi rakyat ingin tahu dan bukan boleh menerima bulat-bulat jawapan atau penafian.
Kesilapan Teknikal ?
Terdapat juga dakwaan kononnya pendaftaran berganda iaitu seorang didaftarkan sebagai layak mengundi dua kali. Apabila didedahkan di media internet, pembaca kebiasaannya tidak mempercayai sepenuhnya perkara ini. Namun mereka cuba masuk ke laman web SPR dan menaip nombor kad pengenalan berkenaan, kerana mereka bebas berbuat demikian. Maka mereka dapat jawapannya. Persoalannya, adakah itu kesilapan teknikal ? Kalau silap, maka kena betulkanlah kerana kesilapan itu boleh menghakis keyakinan rakyat. Bukan itu sahaja, orang sekarang suka mempersoalkan, kenapa dan bagaimana boleh silap itu ?
Undi Pos
Satu lagi isu adalah mengenai undi pos yang sebahagian besar melibatkan tentera dan polis serta petugas pilihanraya. Sejauh mana ketelusan dalam undi pos ini ? Ada banyak juga perbahasan dalam isu ini. Begitu juga dengan hak mengundi bagi rakyat kita di negara luar sama ada yang bekerja atau belajar. Perlukan mereka diletakkan sebagai pengundi pos ? Kalau dibenarkan, bagaimana pula perlaksanaannya yang bukan mudah untuk direalisasikan.
Teringat saya pada pemilian presiden Indonesia beberapa tahun lalu, rakyat Indonesia di negara kita berhak mengundi di kedutaan mereka di sini. Adakah rakyat Indonesia di Malaysia saja yang boleh mengundi, bagaimana yang berada di negara lain, mengundikan mereka ? Mungkin juga mengundi di kedutaan mereka di negara lain. Jadi, mungkin kita boleh belajar dari Indonesia dengan rakyat kita mengundi di kedutaan Malaysia di luar.
Pelajar di luar negara adalah warganegara Malaysia yang tidak berkesempatan mengundi sedangkan mereka belajar di sana dalam satu tempoh yang tidak berapa lama sahaja. Dalam 4-5 tahun, mereka akan pulang ke tanahair juga dan hidup dalam suasana politik negara juga. Begitu juga pekerja di negara luar yang jumlahnya semakin meningkat. Ini disebabkan perkembangan syarikat Malaysia di negara lain seperti industri minyak, jururawat di timur tengah dan sebagainya. Selama ini mereka tidak dapat mengundi.
Tahniah Perdana Menteri
Saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang membuat keputusan tepat ini. Diharapkan pelbagai pihak menerima baik tindakan ini dan berusaha buat yang terbaik. Antaranya, mengatur sebaik-baiknya jawatankuasa ini dari segi bidangkuasa dan tugas-tugas anggota.
Diharapkan keanggotaannya menyeluruh kepada parti Barisan Nasional, pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP. Begitu juga NGO atau individu yang berpengaruh dalam memperjuangkan isu pilihanraya ini seperti Datuk S.Ambiga dan Datuk A.Samad Said, perlu dipertimbangkan juga keanggotaannya dalam jawatankuasa ini. Begitu juga dengan Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang banyak melemparkan hujah-hujah bernas ke arah penambahbaikan pilhanraya di negara kita.
Diharapkan keanggotaannya menyeluruh kepada parti Barisan Nasional, pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP. Begitu juga NGO atau individu yang berpengaruh dalam memperjuangkan isu pilihanraya ini seperti Datuk S.Ambiga dan Datuk A.Samad Said, perlu dipertimbangkan juga keanggotaannya dalam jawatankuasa ini. Begitu juga dengan Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang banyak melemparkan hujah-hujah bernas ke arah penambahbaikan pilhanraya di negara kita.
15 Ogos 2011
JAKIM Sahkan 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Tidak Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
Durian Gergasi Muar
Sebiji durian 8 kilogram..... ditemui Zheng, penjual durian di Bukit Pasir, Muar, pada 12 haribulan lalu di kebun durian miliknya. Menurut beliau, masih ada beberapa biji durian 'gergasi' yang masih belum jatuh dari pokok durian tersebut
Senarai Jenis Kopi Beracun dan Berbahaya
Sebuah akhbar harian hari ini cerita pasal kopi beracun yang dijual secara terbuka di pasaran. Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.
Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Antara 40 jenis kopi yang dimaksudkan berdasarkan laporan akhbar berkenaan adalah :
- Cafe Abang Yes,
- Candi Gold,
- Candy 193,
- Extend Up Energy Drink,
- Extremen,
- Extrewomen,
- Goji Guarana,
- Goji Guarana Extra,
- Goji More,
- Goji Yumberry,
- Guara Cafe,
- HBW Ice Lemon Tea,
- Hotton Vitality Candy,
- Ie2 O,
- King Cappucino,
- Knight Cofee.
- Kolek Cafe Power Plus,
- Kopi Angguk,
- Kopi Asmara,
- Kopi Bagus AAA,
- Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
- Kopi Pahlawan,
- Kopi Super Angguk,
- Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
- Maca Max, Macagin Ginseng Candy,
- Mentalk Candy,
- Nexus MXP,
- Night Cafe,
- Red Energizer Candy For Men,
- Royal Beverage Maqrifatun,
- sasanergy Drink,
- Trica Jus,
- Tri-Max,
- True SR,
- vigor Candy,
- Vitca-F,
- Vitca-M,
- Winnie Beauty V1,
- XKL Sky Fruit Juice Premix.
14 Ogos 2011
Tetak Bapa Sampai Mati : Anak ditahan Bantu Siasatan
ALOR SETAR 14 Ogos — Polis telah menahan suspek kes pembunuhan seorang warga emas dalam satu serbuan di rumah keluarganya di Kampung Pasir Putih, Tualak, Kuala Nerang dekat sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat jiran itu berjaya menahan suspek lelaki berusia 33 tahun ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah kira-kira pukul 1.45 pagi.
Difahamkan kes bunuh ini berlaku disebabkan perbalahan mengenai seekor kucing. Kejadian bunuh itu berlaku ketika keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa kira-kira jam 7.15 malam kelmarin.
13 Ogos 2011
Usah Gadai Agama Untuk Dapat Bantuan
Peringatan Pada Semua
Dalam ucapan saya tadi, saya menekankan beberapa perkara sebagai peringatan kepada penerima bantuan. Antaranya, mengenai sikap sesetengah orang Islam yang sanggup meminta bantuan dari badan agama lain. Golongan ini ada yang tidak datang pun kepada Majlis Agama Islam, ada juga yang sudah dapat bantuan tapi tak merasa cukup dan ada juga yang memohon kerana tidak layak.
Datanglah ke Majlis Agama Islam, kenapa tidak datang kalau merasakan mereka layak berbuat demikian terutama kepada fakir dan miskin dan asnaf yang 8. Yang rasa tak cukup dengan bantuan yang dah dapat, mereka kena faham yang peranan Majlis Agama Islam adalah untuk membantu dan bukannya untuk membiayai 100 peratus. Contohnya bantuan kepada pelajar Islam ke universiti, kita bukanlah membayar sepenuhnya yuran kemasukan tetapi meringankan bebanan saja. Begitu juga dengan bantuan lain.
Ada juga orang yang sudah dapat dari Masjlis Agama Islam tapi pergi ke tempat lain dan menipu kononnya mereka tidak dapat bantuan lansung. Kepada orang yang memohon tetapi permohonannya ditolak, mereka kena faham mengenai prosedur yang ditetapkan. Soal pengagihan ini bukan perkara yang mudah. Kita tidak mahu pihak yang tidak layak, mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang mudah sedangkan mereka tidak layak. Sebab itulah prosedurnya perlu diikuti. Sekiranya permohonan ditolak, sekiranya mereka rasa tidak wajar, mereka boleh membuat rayuan sekali lagi.
Yang tidak eloknya, apabila mereka gagal dapat bantuan, mereka pergi ke pihak agama lain. Kita perlu sedar yang agama lain ini mempunyai misi dan visi untuk menyebarkan agama mereka dengan pelbagai cara. Antaranya dalah dengan bantuan, kebajkan dan kerja-kerja amal. Target mereka adalah orang susah dan tercicir. Lambat laun orang ini akan dekat dan mesra dengan agama itu.
Puasa Adalah Ujian
Sejauhmana ibadah puasa kita hanya Allah yang mengetahui. Sebab itu puasa ini Allah tidak tentukan berapa pahala dan ganjaran kerana orang yang betul-betul manfaatkan bulan Ramadhan ini akan mendapat pahala yang lebih besar.
Bagaimana dulu orang Islam buat kali pertamanya berpuasa pada tahun kedua hijrah, orang Islam menerima ujian yang cukup hebat. Tahun itulah orang Islam diuji dengan Perang Badar yang para sahabat beranggapan, kalau Islam kalah dalam peperangan itu, Islam akan terhapus. Tapi berkat kesungguhan orang Islam berjihad dalam bulan Ramadhan, akhirnya Allah memberikan kemenangan kepada Islam. Walaupun dengan serba kekurangan dengan jumlah tentera hanya 313 orang, telah berjaya mengalahkan 1000 tentera kufar.
Kenapa kita kalah dengan ujian yang tidak seberapa sekarang. Tidak dapat bantuan dari orang Islam, kenapa kita minta pada agama lain ? Pokok pangkalnya adalah akidah. Harap-harap tidak ada orang Islam yang merestui atau mempertahankan tindakan mereka ini. Kalau mereka marah kepada satu pihak sekali pun, kenapa mereka sanggup menjual agama dan akidah mereka. Soal akidah bukan satu perkara yang boleh dibuat main atau gurauan. Kita bimbang kalau ada umat Islam, syahadah mereka boleh gugur dan dalam istilah lain, boleh terkeluar dari Islam.
Sahabat disiksa
Bilal bin Rabah disiksa dengan begitu teruk di padang pasir kerana keislamannya. Sumaiyah dan suaminya Yasir mati syahid kerana mempertahankan syahadahnya. Kabab bin Art disiksa dengan kejam menggunakan batu panas yang dibakar dan diletakkan di belakang badannya. Ujian dan pengorbanan ini sangat besar serta tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan kita hari ini yang hidup serba keselesaan.
Segenggam beras orang terdahulu, tidak mungkin sama dengan segenggam emas pengorbanan orang sekarang. Tetapi mereka sanggup menghadapi semua ini kerana keimanan mereka yang teguh. Tapi kenapa ada orang kita hari ini, kerana hendak mendapatkan bantuan percuma, mereka sanggup menyerah kepada agama lain ?
Orang Islam Perlu Berjaya dalam Kewangan
Sahabat yang mashur dengan kekayaannya adalah Abdul Rahman bin Auf yang dijanjikan syurga kerana hartanya. Dengan kekayaannya itulah, orang Islam dapat dibantu semasa orang Islam menghadapi ujian perit terutama sewaktu tempoh pemulauan di Mekah. Begitu juga dengan isteri Nabi, Siti Khadijah yang meninggal dunia tanpa meninggalkan harta yang banyak sedangkan asalnya dia seorang yang kaya raya. Ini semua kerana beliau telah banyak berkorban memberi bantuan sewaktu orang Islam ditindas termasuk menghantar bahan makanan di khemah-khemah dan pergunungan.
Orang kita perlu berjaya, bekerja, berusaha sehingga menjadi kaya dan senang. Kalau umat Islam kaya, maka zakat dan sedekah akan bertambah. Insyaallah, dengan ini umat Islam akan terbela.
Sahabat disiksa
Bilal bin Rabah disiksa dengan begitu teruk di padang pasir kerana keislamannya. Sumaiyah dan suaminya Yasir mati syahid kerana mempertahankan syahadahnya. Kabab bin Art disiksa dengan kejam menggunakan batu panas yang dibakar dan diletakkan di belakang badannya. Ujian dan pengorbanan ini sangat besar serta tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan kita hari ini yang hidup serba keselesaan.
Segenggam beras orang terdahulu, tidak mungkin sama dengan segenggam emas pengorbanan orang sekarang. Tetapi mereka sanggup menghadapi semua ini kerana keimanan mereka yang teguh. Tapi kenapa ada orang kita hari ini, kerana hendak mendapatkan bantuan percuma, mereka sanggup menyerah kepada agama lain ?
Orang Islam Perlu Berjaya dalam Kewangan
Sahabat yang mashur dengan kekayaannya adalah Abdul Rahman bin Auf yang dijanjikan syurga kerana hartanya. Dengan kekayaannya itulah, orang Islam dapat dibantu semasa orang Islam menghadapi ujian perit terutama sewaktu tempoh pemulauan di Mekah. Begitu juga dengan isteri Nabi, Siti Khadijah yang meninggal dunia tanpa meninggalkan harta yang banyak sedangkan asalnya dia seorang yang kaya raya. Ini semua kerana beliau telah banyak berkorban memberi bantuan sewaktu orang Islam ditindas termasuk menghantar bahan makanan di khemah-khemah dan pergunungan.
Orang kita perlu berjaya, bekerja, berusaha sehingga menjadi kaya dan senang. Kalau umat Islam kaya, maka zakat dan sedekah akan bertambah. Insyaallah, dengan ini umat Islam akan terbela.
Usia 90 Tahun ke atas Dikeluarkan dari Daftar Pemilih SPR
PUTRAJAYA: Kira-kira 12,000 pemilih berusia 90 tahun ke atas yang tidak aktif dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan dikeluarkan daripada senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata keputusan yang diputuskan semalam itu bertujuan mengemas kini dan membersihkan senarai pemilih SPR sedia ada. Namun, jika mereka tampil, kita akan masukkan semula nama mereka dalam senarai daftar pemilih,” katanya semalam.
Mamat Exist dihukum Denda 1,000 Kes Dadah
JOHOR BAHRU 12 Ogos - Mamat Exist hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya November tahun lalu.
Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan Mamat, 32, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Tampoi sebulan sekali.
Mamat mengaku memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, dekat sini pada pukul 3.35 petang, 9 November tahun lalu. Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara maksimum dua tahun dan pengawasan selama dua tahun.
12 Ogos 2011
Nikah 11 Bulan, Bercerai
Wanita 17 tahun, suami 20-an bernikah 11 bulan, dapat anak seorang, kemudian bercerai. Antara punca bercerai dikatakan kerana suami tidak ada kerja tetap dan menghadapi masalah kewangan. Perempuan tidak bekerja.
'Mismah' Ditemui ?
Banyak sangatlah cerita pasal seorang perempuan yang bernama 'Mismah' yang dikatakan bukan warganegara tetapi didaftarkan sebagai pengundi di Selangor. Paling banyak dibincangkan adalah di media internet dan ada juga saya baca di akhbar Sinar Harian sebelum ini.
Ramai juga tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang berlaku dalam kisah ini. Adakah dia seorang penduduk tetap warga Indonesia yang berjaya mendaftar sebagai pengundi ? Atau dia memang seorang warganegara ? Atau dia sudah dapat kewarganegaraan ?
Ramai juga tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang berlaku dalam kisah ini. Adakah dia seorang penduduk tetap warga Indonesia yang berjaya mendaftar sebagai pengundi ? Atau dia memang seorang warganegara ? Atau dia sudah dapat kewarganegaraan ?
Hari ini saya baca akhbar Sinar Harian dengan tajuk muka depannya "Sayalah Mismah". Terdapat muka seorang wanita memegang kad pengenalan biru. Cerita ini pada saya adalah menarik kerana wartawan berkenaan telah berusaha menemui 'Mismah' dan berjaya menemuramahnya. Nak tahu lanjut, bacalah akhbar Sinar Harian.
11 Ogos 2011
Isteri 25 Tahun, Mohon Cerai
Satu pasangan, bernikah tak sampai 2 tahun, mempunyai anak seorang. Isteri 25 tahun, hendak mohon cerai secara fasakh atas alasan suaminya tidak memberi nafkah kepadanya.
Ikut ceritanya, suaminya lewat 20-an tidak mempunyai pekerjaan tetap dan banyak bergantung kepada gaji isteri yang tak seberapa.
Kerjasama AirAsia dan MAS Banyak Manfaat Pada Semua
Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia Bhd dan AirAsia X Sdn Bhd memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.
Di bawah CCF itu, semua syarikat terbabit akan melengkapi bidang perniagaan satu sama lain serta memanfaatkan daya saing teras masing-masing dan mengoptimumkan kecekapan untuk manfaat pengguna. Menerusi kerjasama itu juga, syarikat induk AirAsia, Tune Air, akan memilikì 20.5 peratus saham MAS manakala Khazanah Nasìonal Bhd pula menguasai 10 peratus saham AirAsia.
AirAsia X ke Osaka, Jepun
AirAsia X, syarikat penerbangan jarak jauh dan tambang murah AirAsia, akan memulakan perkhidmatan ke Osaka, destinasi keduanya di Jepun selepas Tokyo, mulai 30 November depan. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu, AirAsia berkata, syarikat gabungannya itu akan terbang terus dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka dengan empat perkhidmatan mingguan tanpa henti.
Bagi menandakan pelancaran laluan ini, AirAsia X akan menawarkan tambang KL-Osaka dari serendah RM249 kelas ekonomi satu hala dan dari RM1,569 sehala di kelas kerusi tidur premiumnya.
Di bawah CCF itu, semua syarikat terbabit akan melengkapi bidang perniagaan satu sama lain serta memanfaatkan daya saing teras masing-masing dan mengoptimumkan kecekapan untuk manfaat pengguna. Menerusi kerjasama itu juga, syarikat induk AirAsia, Tune Air, akan memilikì 20.5 peratus saham MAS manakala Khazanah Nasìonal Bhd pula menguasai 10 peratus saham AirAsia.
AirAsia X ke Osaka, Jepun
AirAsia X, syarikat penerbangan jarak jauh dan tambang murah AirAsia, akan memulakan perkhidmatan ke Osaka, destinasi keduanya di Jepun selepas Tokyo, mulai 30 November depan. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu, AirAsia berkata, syarikat gabungannya itu akan terbang terus dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka dengan empat perkhidmatan mingguan tanpa henti.
Bagi menandakan pelancaran laluan ini, AirAsia X akan menawarkan tambang KL-Osaka dari serendah RM249 kelas ekonomi satu hala dan dari RM1,569 sehala di kelas kerusi tidur premiumnya.
10 Ogos 2011
Putus Tunang, Seminggu Lepas Tu Nikah Dengan Orang Lain
Satu cerita ni, seorang perempuan, umur 23, kerja swasta, putus tunang atas permintaan dirinya. Tiba-tiba seminggu lepas tu bernikah dengan lelaki lain pulak. Kali ni tak ada tunang-tunang, tak tahulah dia kenal lelaki ni dah lama ke tak.
Berita Kanak-kanak Meninggal Dunia Selepas Berbuka Mengejutkan
KLANG 9 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata, Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.
"Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini.
Selain Nurdini, anggota keluarga Mohamad Khir yang mengalami simptom sama ialah isterinya, Noraliti Ramli, 37, empat lagi anak mereka iaitu Mohammad Syafiq, 14, Mohammad Irfan, 13, Mohammad Fitri, 8, dan Mohammad Hazimi, 3, serta pembantu rumah yang dikenali sebagai Pati.
Beliau berkata, Nurdini dijumpai terlentang di bilik air pada 6.10 pagi semalam dengan suara dengusan kuat seperti lembu disembelih, manakala mata mangsa terbeliak dan mulutnya berbuih.
Mohamad Ali kemudian membawa anak perempuan tunggalnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan sebaik tiba di situ, mangsa disahkan meninggal dunia.Beliau berkata, sehingga kini, semua anggota keluarganya dirawat di hospital itu dan doktor belum mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi.
Katanya, sejak awal Ramadan, Nurdini meminta untuk menikmati air batu campur serta otak-otak, namun beliau hanya berkesempatan membeli juadah berkenaan Ahad lepas. Mohamad Ali berkata, jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru di sini selepas waktu Zohor, petang semalam.
09 Ogos 2011
Air Kena Catu di Kluang
Catuan bekalan air di Kluang akan bermula 10 Ogos hingga 31 Ogos 2011 berdasarkan kertas yang diedarkan oleh SAJ Kluang. Catuan lebih kurang, 2 hari ada air, sehari tiada. Nampaknya rumah saya termasuk dalam zon C, kena 7 hari juga tak ada air dalam tempoh tersebut.
Pada orang Kluang, untuk maklumat lanjut, sila hubungi SAJ Kluang. Rasanya di belakang bil air tu ada nombor telefon.
Pihak Yang Rugi Bila Putus Tunang, Boleh Tuntut di Mahkamah Syariah
Antara kebaikan pertunangan adalah proses kenal mengenal di antara pihak lelaki dan perempuan. Sekiranya wujud persefahaman, maka eloklah perkahwinan itu diteruskan. Bagaimanapun, sekiranya nampak perkara yang tidak elak sekiranya perkahwinan itu diteruskan, maka elok juga untuk tidak bernikah atau putus tunang saja.
Bagaimanapun, pihak yang memutuskan pertunangan itu sama ada lelaki atau perempuan, perlulah mengikut beberapa adab. Antaranya, janganlah memutuskan pertungan pada tarikh yang hampir dengan tarik perkahwinan. Ini sudah tentu merugikan satu pihak seperti perbelanjaan perkahwinan selain maruah dan harga diri.
Berlaku beberapa tahun dahulu, seorang pemain bolasepak terkenal bertunang dengan seorang jururawat masyarakat di Kluang, kemudian lelaki memutuskan pertunagan sehari sebelum nikah melalui sms saja. Perbuatan seperti ini sudah tentu merugikan pihak wanita dan beliau berhak membawa kes ini ke mahkamah syariah. Had dan jumlah tuntutan tidak dihadkan tetapi tuntutan yang melebihi 100,000 hendalah dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah, kalau kurang pada itu, di Mahkamah Rendah Syariah.
Hari ini dalam akhbar ada satu kes berlaku di Kelantan, seorang lelaki membawa kes ke mahkamah Syariah. Ikuti berita ini dipetik dari akhbar harian.
.................................
KOTA BHARU 8 Ogos - Seorang penjawat awam yang sanggup membeli barang hantarannya di Las Vegas, Amerika Syarikat, hari ini menyaman bekas tunangnya bagi menuntut ganti rugi lebih RM1 juta selepas wanita itu didakwa membatalkan majlis perkahwinan mereka lima jam sebelum akad nikah dilangsungkan pada 3 Jun lalu. Mohd. Masran Ab. Rahman, 32, dari Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah memfailkan saman tersebut melalui peguamnya, Latifah Ariffin dan Murtadza Mokhtar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Dia selaku plaintif menamakan bekas tunangnya, Zulyana Mat Hassan, 28, dan bapa wanita tersebut, Mat Hassan @ Mat Hussin Ibrahim, 60, sebagai defendan pertama dan kedua. Dalam writ samannya, lelaki itu yang tidak hadir di mahkamah hari ini, menuntut ganti rugi am sebanyak RM100,000, ganti rugi teruk (RM500,000) dan ganti rugi malu (RM500,000).
Mohd. Masran turut menuntut ganti rugi khas yang tidak dinyatakan jumlahnya setelah mendakwa terlalu kecewa selepas dia banyak berkorban untuk memastikan majlis perkahwinan mereka berjalan lancar.
Menurut Latifah, wanita itu yang bekerja sebagai juruteknik makmal perubatan didakwa datang ke rumah plaintif bersama bapanya kira-kira pukul 11 pagi, 3 Jun lalu untuk membatalkan perkahwinan mereka sedangkan majlis akad nikah dijadualkan berlangsung pukul 4.30 petang hari yang sama.
''Mereka tiba-tiba sahaja datang dan membatalkan perkahwinan sedangkan keluarga di pihak lelaki sudah bersedia malah semua persiapan untuk majlis perkahwinan di rumah wanita itu sudah tersedia,'' katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Melalui kad jemputan perkahwinan pasangan itu, majlis persandingan di rumah pihak perempuan dijadual diadakan sehari selepas upacara akad nikah di Kampung Salor, Pasir Mas manakala persandingan di pihak lelaki pada 6 Jun di alamat Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah. Menurut Latifah lagi, jumlah saman tersebut adalah gambaran rasa kecewa, malu dan kerugian yang dialami oleh pihak plaintif sebagai anak golongan kenamaan, setelah mengundang lebih 1,200 tetamu ke majlis perkahwinannya.
Tambahnya, disebabkan pembatalan tersebut, majlis persandingan di rumah pihak lelaki bertukar menjadi kenduri kesyukuran kerana kebanyakan jemputan telah hadir. Selain itu katanya, barang hantaran yang disediakan oleh Mohd. Masran bukan sahaja dibeli di negara ini tetapi ada yang turut ditempah khas dari luar negara.
08 Ogos 2011
Dulu Nikah Lari Kat Negara Jiran, Sekarang Dah Susah
Seorang wanita lewat 20-an pernah nikah di negara jiran dengan lelaki sana dan duduk di sana beberapa tahun sebelum pulang ke negara kita. Hasil pernikahan dapat 2 anak. Lepas tu, suami meninggalkan dia dan bawa dua orang anak itu balik ke negara dia.
Kira perempuan duduk seorang tetapi belum diceraikan. Setelah 5 tahun berseorangan, perempuan ini nak nikah lagi dengan lelaki tempatan. Tapi masalahnya, bagaimana status pernikahannya yang belum bercerai ?
Masalah ini bertambah rumit pada wanita ini kerana surat nikah ada ditangan suaminya. Dia juga tidak dapat mengesan dengan tepat, di mana suaminya sekarang bersama dua anaknya. Cuma dipercayai anaknya berada di negara jiran ikut bapanya.
Bonus Hari Raya Dua Bulan Gaji ?
CEUPEC baru nak mintak kerajaan kasi bonus, katanya mohon dua bulan gaji. Tahniah pada Ceupec, teruskan usaha. Tapi dapat belum tahu. Pada saya, kalau dapat, syukur alhamdulillah. Saya terimalah kalau dapat.
Tapi kalau tak dapat pun, kepada penjawat awam tak perlulah mengeluh. Jangan pulak buat alasan, kalau tak dapat bonus tak boleh beraya. Kenapa pulak tak boleh raya, siapa yang raya ni, kita ke bonus yang raya ?
Pada saya, terutama kepada penjawat awam, kenalah menyimpan duit untuk persiapan raya dan perbelanjaan buka sekolah. Setahun gaji kita 12 bulan dah kira cukup. Janganlah nak dapatkan bonus semata-mata atas alasan nak raya dan buka sekolah. Malulah sikit kalau macam tu, jangan sampai orang kata penjawat awam ni tak boleh hidup kalau tak dapat bonus.
Maaflah kalau tulisan saya ni ada menyindir sesiapa, bukan apa kekadang macam pelik juga. Pelik pasal yang bising-bising kalau tak ada bonus ni adalah orang yang pakai kereta boleh bayar mahal-mahal, beli rumah boleh mahal-mahal. Tapi lebih bergantung pada bonus untuk beraya.
07 Ogos 2011
Silap Merancang Kewangan, Hidup Dalam Kesusahan (Episod 3)
Lelaki tidur di pejabat ni bukan senang. Kekadang malu dengan bos dan rakan sepejabat dan jaga kat depan tu. Peristiwa paling memalukan bila dia terbangun lewat jam 7.00 pagi sedangkan masa tu kawan pejabat dah datang. Menggelabah dia kemas toto dan tak mandi dan gosok gigi hari tu sebab taknak melintas ke toilet. Masa tu dia tegur jaga tu, kenapa tak kejut dia. Tapi jaga buat selamba jer, lagi pun jaga tu bukan dibayar gaji untuk tugas kejut mengejut orang ni.
Oleh kerana gaji tinggal 200 sebulan, kemudian gaji naik sikit, adalah dalam 270 sebulan, bukanlah banyak sangat. Jadi dengan duit yang sebegitu, jadual untuk balik ke rumah kena kurangkan. Cemas dia dengan duit yang tinggal sedikit tu untuk budget setiap bulan. Maka dia balik ke rumah dia petang Jumaat dan balik ke tempat kerja Isnin pagi, iaitu seminggu sekali saja.
Tapi bila dia buat begitu, dia rasa rindu teramat sangat terutama pada anak-anak. Lebih lagi malam-malam anak dia yang sulung dan nombor dua tu telefon, tanya abah dah makan ke belum. Sedih dan sayu seorang bapa bila anak tanya macam tu. Apa tak sayunya, abahnya cuma makan roti canai sekeping, beli bungkus 70 sen, air ada air tong miniral free kata pejabat. Itulah yang dia selalu makan. Lepas anak dia telefon, lagilah dia tak berapa boleh tidur, tapi terpaksa menahan rindu. Teringat pula si bapa, bagaimana anak kat rumah, makan apa entah.
Rindu Pada Isteri ?
Dalam keadaan macam ni, rindu pada isteri dah jatuh nombor dua. Nombor satu adalah pada anak-anak. Tapi dia sikit pun tak cerita pada isteri dia pasal ni. Takut isteri dia merajuk dan buat muka macam kura-kura. Macam tu susah mahu pujuk..... Tidur-tidur malam tu teringat juga kat isteri dia. Tapi kadang-kadang teringat juga kat janda satu pejabat yang kematian suami kemalangan tu, hehee. Kekadang malam-malam ada juga layan telefon dan sms dengan janda tu. Pulak tu suara dia sedap dan lunak macam suara Linda Onn, d.j radioterkenal tu, hehehe.
Rindu Pada Isteri ?
Dalam keadaan macam ni, rindu pada isteri dah jatuh nombor dua. Nombor satu adalah pada anak-anak. Tapi dia sikit pun tak cerita pada isteri dia pasal ni. Takut isteri dia merajuk dan buat muka macam kura-kura. Macam tu susah mahu pujuk..... Tidur-tidur malam tu teringat juga kat isteri dia. Tapi kadang-kadang teringat juga kat janda satu pejabat yang kematian suami kemalangan tu, hehee. Kekadang malam-malam ada juga layan telefon dan sms dengan janda tu. Pulak tu suara dia sedap dan lunak macam suara Linda Onn, d.j radioterkenal tu, hehehe.
Isteri Redha Nampak...
Sekarang perbelanjaan di rumah hampir keseluruhannya isteri dia yang tanggung. Isteri faham yang suaminya gaji cuma tinggal 270 saja, itupun suami tunjuk slip gaji untuk dapatkan simpati si isteri. Tak apalah, isteri redha. Isteri dia baki gaji dalam 580 (lepas naik gaji) bukanlah banyak. Untuk belanja sebulan bukan senang. Yang sebetulnya dua minggu saja dah hampir nak habis. Maka biasanya dalam minggu terakhir atau istilah orang makan gaji 'bulan gelap', anak-anak makan goreng telur saja. Nak kata makan ikan sardin, sardin pun dah mahal sekarang.
Upah Jaga Anak Naik
Orang yang jaga anak dia dulu bayar 300 untuk dua orang anak kecil, seorang umur 3 tahun, seorang bayi lagi. Lepas tu pulak, yang jaga anak dia tu dah sarat mengandung, terpaksalah hentikan jaga anak cikgu tu. Maka dia kena cari orang lainlah pulak. Dapatlah orang baru jaga anak dia, isteri surirumah sepenuh masa, anak 4, suami kerja kilang. Okeylah tu, nampaknya orang ni boleh percaya jaga anak dia, rumah pun tak berapa jauh. Tapi bila ditanya bayaran untuk dua orang anak tu, diletaknya RM 400 pulak. Dalam hati cikgu tu, mahal ke bedir...
Tapi dalam hati, nak kata 400 tu mahal tak boleh pulak. Kawan dia satu sekolah pun dalam harga macam tu juga sekarang. Orang yang nak jaga anak dia tu letak 400 sebab dia tahu, mak bapak budak tu kerja hebat, gaji besar, kereta baru ada dua, rumah besar koner lot. Itu macam, takkanlah 400 kata mahal. Maka, jadilah hantar anak kat kakak tu walaupun terbeban dengan 400 tu. Itu belum duit nak beli susu, pampers, ubat, makan dan lain-lain. Nak buat macam mana, diam sajalah.
Bulan Puasa dan Hari Raya
Masa bulan puasa, bukan lagi jimat, lagi banyak duit dia keluar. Yer le, anak yang dua orang sudah mula belajar puasa. Masa petang ikut mak dia ke bazar Ramadhan nak beli itu ini. Sebagai seorang ibu, tak sanggup pula nak tolak kehendak anak dia, tak mahu kecewakan kesungguhan anak dia yang baru berpuasa. Si suami yang balik seminggu sekali pun beli sendiri kat bazar. Kalau awal bulan, gagah lagi beli yang mahal sikit. Bila dah masuk 'bulan gelap', pergi ambil bubur lambuk free saja nak berbuka. Sahur biasa makan kurma free dan air miniral free saja.
Baju raya anak-anak tak boleh tak ada. Paling kurang seorang anak dua pasang. Untuk mak dah ayah, tahun tu terpaksa mengalah, pakai baju yang dua tahun lepas yang masih elok lagi. Pergi beli baju budak ni bukan murah, malah lebih mahal dari baju orang tua. Lagi satu, kalau bawak budak ni pergi pasaraya, dia tengok pada cantik dan jenamanya pakaian tu, bukan tengok harga. Maka terpaksalah keluar duit, seorang anak dalam 150, empat orang anak 600.
Yer, suami dia kat Kluang, dia kat daerah tu. Kejam celik, dah nak masuk dua tahun bertahan. Tapi makin lama, makin tak boleh tahan. Bincang punya bincang, maka dapatlah kata putus walaupun tak putus-putus, bahawa isteri nak pindah lepas raya dan lepas cuti sekolah ni. Isteri dah minta borang kat kerani tapi sama ada nak hantar borang pada gurubesar atau tidak, itu masalahnya.
Masalahnya apa ? Masalah pertama dan paling besar adalah rumah barunya. Takkan nak tinggalkan rumah baru ? Rumah koner lot, aircond setiap bilik dan ruamg tamu ada, ubahsuai dah 3-4 kali. Orang tengok dia pun ada kelas. Nanti kalau pindah rumah sewa, mana mungkin dia ada kelas macam tu.
06 Ogos 2011
Ari Ni Tak Dibenarkan Pergi Bazar Ramadhan
Dah hari-hari pegi beli kat bazar Ramadhan Taman Intan. Beli banyak serba mak nenek beli hari-hari. Tapi hari ni semua kat rumah ni tak dibenarkan ke bazar Ramadhan. Kenapa ?
Sebab hari ni saya masak, sorang saja masak, orang lain tak campur. Kebetulan hari ni saya free, hari ni pagi saja ada ceramah, petang tak ada apa. Tadi dalam kul 2 pergi Econsave beli ayam, rempah, kicap dan lain-lain.
Masakan saya hari ni adalah sup ayam hutan, baru kejap tadi masak. Kedua, nasi ayam, nasi kat atas dapur, ayam (bukan ayam hutan) baru selesai panggang. Lepas ni nak masak mee goreng pulak. Air hari ni nak buat air ribena cincau, tak tahulah apa rasa, tak pernah try pun buat air camni.
Kalau dah masak tu semua orang kena makan, sedap ker tak lain cerita. Hehe.... macam paksa pulak. Tapi rasanya puasa-puasa ni semua habis, hehehe.
Hati-hati Beli Kek Lapis, Halal Diragui
Masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan apabila ratusan kedai roti dan kek di seluruh Sarawak disyaki turut menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang telah disahkan mengandungi DNA babi oleh Majlis Islam Sarawak (MIS).
Apa yang membimbangkan, kira-kira 40,000 kilogram mentega berkenaan berada di pasaran di negeri ini dengan bekalan masih boleh didapati di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit yang menjualnya secara terbuka.
Apa yang membimbangkan, kira-kira 40,000 kilogram mentega berkenaan berada di pasaran di negeri ini dengan bekalan masih boleh didapati di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit yang menjualnya secara terbuka.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Wan Ahmad Huzir Wan Sulaiman, berkata penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter bukan saja di kalangan pengusaha kek lapis sebaliknya turut digunakan dalam industri pembuatan roti dan kek.
Katanya, banyak pengusaha kedai roti dan kek termasuk yang bukan beragama Islam dikesan menggunakan jenama mentega itu selepas mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).
“Golden Churn Creamy Butter telah digunakan secara meluas di Sarawak sebelum ini dan ia tidak terhad digunakan pengusaha kek lapis saja kerana ia turut membabitkan kedai roti serta kek yang banyak di seluruh negeri
Katanya, banyak pengusaha kedai roti dan kek termasuk yang bukan beragama Islam dikesan menggunakan jenama mentega itu selepas mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).
“Golden Churn Creamy Butter telah digunakan secara meluas di Sarawak sebelum ini dan ia tidak terhad digunakan pengusaha kek lapis saja kerana ia turut membabitkan kedai roti serta kek yang banyak di seluruh negeri
Apa Hairannya Mat Burger Pendapatan 12 Ribu Sebulan (Kiranya Episod 66)
Bulan Ramadhan ini nampaknya ramai pembaca novel 'Sudah Nasibku Mat Burger' di blog saya. Kira masa rehat mereka ambil kesempatan baca blog saya terutama waktu rehat tengahari. Terkejut juga saya, bila ramai serbu blog saya dan baca blog ini sampai cerita-cerita semasa saya pun tak berjaya mengatasi novel ini.
Tulisan ini telah dikeluarkan dari blog ini kerana telah terbit novel bertajuk 'Cinta Mat Burger'. Boleh didapati di Kedai Buku Popular seluruh negara dengan harga RM23.90. Boleh juga dapat dari saya dengan harga RM30.00 termasuk kos poslaju. Hubungi saya : 0197526122 whataps)
BERSAMBUNG KE EPISOD 67
http://kadikluang.blogspot.com/2011/08/sudah-nasibku-mat-burger-episod-67.html
05 Ogos 2011
Biarlah Anak Belajar Pandai-pandai, Besar Boleh Bantu Mak Ayah
Masa anak tengah sekolah ni, biarlah anak belajar pandai-pandai. Biar sampai dia orang dapat kelulusan tinggi, lepas tu dapat kerja yang baik. Besar nanti boleh bantu mak ayah. Hendak dapat anak-anak yang berjaya ni tak semestinya mak bapak dia orang senang sangat. Kekadang mak bapak dia pandai dan orang baik-baik, tapi anak dia jadi 'hantu' pun ada. Ini adalah ujian Allah Taala pada kita.
Anak Berjaya
Ada satu keluarga di Kluang ni, bapa dia kerja kampung dan jadi imam surau saja. Gaji tak sampai pun RM 500 tapi anak dia pandai-pandai. Ada yang jadi jurutera, pensyarah, cikgu dan sebagainya. Bila dah besar anak-anak tak lupa balas jasa mak ayah.
Anak Kurang Berjaya
Tapi ada satu kes ni, mak ayah 60-an. Dah tak bekerja dan tak ada simpanan. Yang ada hanyalah sebuah rumah kos rendah yang dah habis bayar. Umur dah tua nak kerja lagi dah tak larat dan dah mula sakit-sakit. Anak ada 6 orang, 4 perempuan, 2 lelaki dan semuanya dah bekerja dan bernikah.
Tapi kerjanya semua kerja biasa saja, gaji tak banyak sebab belajar pun tak setinggi mana. Malah tak cukup nak menanggung keluarga sendiri, tak cukuplah nak bagi duit kat mak ayah. Bukan tak nak kasi mak ayah tapi duit poket sendiri pun tak lepas. Maka mak ayah dia datanglah minta bantuan dari Majlis Agama Islam. Bukan suka meminta-minta tapi dah dalam kesempitan kewangan. Mujur ada Majlis Agama Islam yang bantu fakir miskin dan asnaf yang lain. Insyaallah, permohonan akan dipertimbangkan dan kalau dia betul layak, dapatlah dia.
Tapi persoalannya, anak dia ke mana ? Jawapannya, anaknya ada dan sedar yang mereka perlu bantu ibu bapa. Tapi anak-anak pun tak cukup duit, bagaimana nak bantu.
Cuci Kereta Punya Cerita
Tadi ada seorang tegur kereta saya, tanyanya saya baru basuk kereta ker dan basuh di kedai ker. Ikhlas saya beritahu, kereta saya Peugeot itu tak pernah lansung cuci di kedai sejak saya pakai tahun 2008. Bulan Disember ni genap 3 tahun pakai. Dulu beli RM 5,500 pada orang tengah sesak sebab kerja kilang tak ada overtime, masa tu ekonomi tak berapa baik sikit. Anak orang tu nak masuk universiti, perlukan belanja. Kebetulan saya memang minat Peugeot ni untuk dijadikan isteri kedua.... ops silap, kereta kedua.
Okey, kalau cuci di kedai RM 10.00 sekali cuci, sebulan 5 kali, maknanya RM 50 sebulan untuk cuci kereta saja. Setahun sudah RM 600, tiga tahun sudah RM 1800. Sebanyak mana nilai RM 1800 itu, banyak tu. Okey, kalau kawan kita pinjam duit kita RM 1800 dan tak bayar, bagaimana reaksi kita. Sudah tentu bergaduh dan putus kawan.
Saya cuma beli shampoo cuci kereta RM 2.00 dan boleh tahan dalam 3 bulan, maknanya RM 12.00 setahun dan RM 36 untuk tiga tahun beli shampoo. Span cuci kereta harga RM 4.00 setahun satu, tiga tahun kira tiga, RM 12.00. Getah paip tahun 2008 beli satu harga RM 30, minggu lepas beli baru RM22, sebab dah tak elok. Air untuk cuci kereta, letaklah RM 10 selama 3 tahun tu, itupun tak sampai pun. Tolak campur, duit yang saya keluarkan untuk cuci kereta dalam 3 tahun adalah RM 94 saja, letaklah RM100.
Jadi saya pilih untuk belanja RM 100 saja, bukan pilih RM 1800 untuk cuci kereta selama 3 tahun.
Bagaimana Ekonomi Sekarang...Baik atau Tidak ?
Okey ker ekonomi sekarang ? Kita kena tahu juga pasal ekonomi ni, jangan tak tahu lansung. Semalam, indek Dow Jones di Amerika jatuh sehingga 512 mata, Nasdec jatuh 136 mata, manakala S&P jatuh 60 mata.
Kejatuhan Dow lebih 500 mata ini adalah satu kejutan dan kejatuhan terbesar dalam sejarah. Kita kena ingat yang ekonomi Amerika ini akan mempengaruhi ekonomi seluruh dunia. Kebiasaannya kejatuhan ini akan mengakibatkan kejatuhan saham di seluruh dunia.
Pasaran Asia
Memang betul, sehingga jam 9.30 pagi ini indek saham di Jepun Jatuh 352 mata, Australia jatuh 174 mata, Korea jatuh 81 mata dan Singapura jatuh 102 mata. Manakala hampir semua saham di dunia jatuh teruk pagi ini kesan dari kejatuhan semalaman di Amerika.
Kesan Pada Negara Kita
Amerika adalah antara pelabur terbesar di negara kita, pasti akan ada kesannya. Jam 9.33 pagi, indek Bursa Malaysia jatuh 26 mata pada 1250. Sampai bila kejatuhan ini ? Tidaklah diketahui tetapi pelabur hendaklah berhati-hati sebelum memasuki pasaran. Pada kita yang tak terlibat dalam pasaran saham juga perlu berhemah dalam berbelanja.
Buat masa sekarang, pentingkan merancang perbelanjaan dan berbelanja dengan bijak. Fikir betul-betul sebelum berhutang seperti membeli hartanah yang mahal dan membeli kereta baru. Galakkan menyimpan dan melabur dalam skim yang tidak berubah harga seperti Tabung Haji dan ASB.
Kejatuhan Ekonomi 1997
Kejatuhan ekonomi tahun 1997-2000 mendatangkan kesan yang sangat besar kepada negara dan masyarakat. Jadikanlah ini sebagai pengajaran yang cukup bermakna untuk merancang perbelanjaan yang lebih baik.
Janganlan pula ada pihak yang terlibat dalam pelaburan haram atau skim cepat kaya. Mereka ini pandai, mereka kata mereka bukan skim cepat kaya, malah dalam pengenalannya mereka memperlekehkan skim cepat kaya sedangkan mereka itulah skim cepat kaya. Dulu tahun 1997-2000 berapa banyak skim cepat kaya muncul dan berapa ramai sudah tertipu.
Semalam, harga minyak dan emas juga jatuh di pasaran dunia. Maka tak betullah orang kata niaga emas ini mesti untung. Hati-hatilah kalau orang ajak kita melabur jual beli emas ini kerana kita tidak semestinya untung. Begitu juga melabur di bank dana emas yang macam-macam nama, kita jangan lupa ada terma dan syarat yang kebanyakan kita tak berapa faham.
Pengangguran
Sekarang sudah berlaku krisis pekerjaan sehingga semakin ramai jumlah pengangguran di Amerika. Jadi, adalah tidak mustahil kalau penggangguran membelengu ekonomi negara lain selepas ini. Dulu dalam tahun 2007 dan 2008, ramai juga orang kita yang bekerja di Singapura diberhentikan kerana ekonomi negara itu terjejas.
Bila hilang pekerjaan, ramai yang hilang arah untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Hutang rumah mereka tertonggak sehingga banyak rumah di lelong. Betul, saya beli dua biji rumah lelong tahun 2008. Begitu juga hutang kereta mereka sehingga kereta mereka ditarik pihak bank dan dilelong. Itu belum dikira dengan belanja harian dan anak-anak sekolah. Kalau anak melangkah ke pusat pengajian tinggi, semakin besar perbelanjaannya.
Pengangguran
Sekarang sudah berlaku krisis pekerjaan sehingga semakin ramai jumlah pengangguran di Amerika. Jadi, adalah tidak mustahil kalau penggangguran membelengu ekonomi negara lain selepas ini. Dulu dalam tahun 2007 dan 2008, ramai juga orang kita yang bekerja di Singapura diberhentikan kerana ekonomi negara itu terjejas.
Bila hilang pekerjaan, ramai yang hilang arah untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Hutang rumah mereka tertonggak sehingga banyak rumah di lelong. Betul, saya beli dua biji rumah lelong tahun 2008. Begitu juga hutang kereta mereka sehingga kereta mereka ditarik pihak bank dan dilelong. Itu belum dikira dengan belanja harian dan anak-anak sekolah. Kalau anak melangkah ke pusat pengajian tinggi, semakin besar perbelanjaannya.
Jimat Letrik
Bil eletrik di rumah saya nampaknya meningkat dalam sebulan ini. Sebelum ini dalam RM 70-80, tapi bil semalam nampaknya RM 100 lebih. Secara logiknya, tidaklah saya menggunakan letrik lebih banyak tetapi akibat kenaikan harga baru-baru ini. Jadi, sebaiknya kita kenalah berjimat. Kalau dulu, banyak lampu terpasang walaupun tidak berapa guna, maka kurangkanlah lampu. Begitu juga dengan kipas dan tv, kekadang kita banyak membazir.
Bil eletrik di rumah saya nampaknya meningkat dalam sebulan ini. Sebelum ini dalam RM 70-80, tapi bil semalam nampaknya RM 100 lebih. Secara logiknya, tidaklah saya menggunakan letrik lebih banyak tetapi akibat kenaikan harga baru-baru ini. Jadi, sebaiknya kita kenalah berjimat. Kalau dulu, banyak lampu terpasang walaupun tidak berapa guna, maka kurangkanlah lampu. Begitu juga dengan kipas dan tv, kekadang kita banyak membazir.
04 Ogos 2011
Jangan Beli Sosej dan Kepingan Ayam Yang Diragui Status Halalnya
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan umat Islam khususnya di Kedah dan Perlis supaya tidak membeli sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual meluas di kedua-dua negeri itu.
Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya haram.
Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya haram.
Perkara itu selaras kesahihan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mengenai sosej ayam dicampur pulut, selain kepingan ayam tanpa jenama dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru Perlis, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Katanya, JAKIM akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memantau kemasukan berleluasa produk sejuk beku dari Thailand yang diragui status halalnya.
"Mengikut maklumat diterima daripada JPV, kedua-dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi tiada dalam senarai produk yang disaring JPV dan ia dipercayai dibawa masuk secara haram tanpa kebenaran agensi berwajib termasuk Bahagian Hab Halal JAKIM.
"Justeru, kita juga menasihatkan peniaga yang mungkin terlepas pandang perkara ini, termasuk tidak mengetahui kandungan produk yang dibawa dari Thailand supaya menghentikan penjualan sosej dan kepingan ayam yang diragui status halalnya, termasuk di bazar Ramadan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
"Mengikut maklumat diterima daripada JPV, kedua-dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi tiada dalam senarai produk yang disaring JPV dan ia dipercayai dibawa masuk secara haram tanpa kebenaran agensi berwajib termasuk Bahagian Hab Halal JAKIM.
"Justeru, kita juga menasihatkan peniaga yang mungkin terlepas pandang perkara ini, termasuk tidak mengetahui kandungan produk yang dibawa dari Thailand supaya menghentikan penjualan sosej dan kepingan ayam yang diragui status halalnya, termasuk di bazar Ramadan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
03 Ogos 2011
Hosni Mubarak dihadap ke Mahkamah Kes Bunuh
KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibicarakan di mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh sekali gus menjadi saat bersejarah buat negara Arab apabila pemimpin jarang dihadapkan ke mahkamah.
Mubarak tiba di Akademi Polis di Kaherah, berdepan tuduhan membunuh dan penyelewengan selepas dibawa dari lapangan terbang tentera Almaza di sini.
Mubarak tiba di Akademi Polis di Kaherah, berdepan tuduhan membunuh dan penyelewengan selepas dibawa dari lapangan terbang tentera Almaza di sini.
Ingat MATI, Umur Kita Tak Panjang Mana
Kalau ikut umur umat Nabi Muhammad dan umur rakyat di negara kita, saya rasa umur kebiasaan kita menempuhi kematian adalah 60-70 tahun. Jadi kalau umur saya ditakdirkan meninggal dunia pada usia 60 tahun, maka cuma ada 20 tahun saja masa saya hidup di dunia ini.
Selepas itu saya akan disemadikan di alam kubur, tidak tahu berapa lama berada di alam kubur ini sebelum akhirat datang. Tapi adakah 20 tahun lagi, tidak mustahil kalau tidak sampai dan kematian itu boleh berlaku bila-bila masa saja dari sekarang.
Selepas itu saya akan disemadikan di alam kubur, tidak tahu berapa lama berada di alam kubur ini sebelum akhirat datang. Tapi adakah 20 tahun lagi, tidak mustahil kalau tidak sampai dan kematian itu boleh berlaku bila-bila masa saja dari sekarang.
Padang Mahsyar
Apabila sangkakala ditiup oleh Malaikat Izrafil, seluruh yang hidup waktu itu akan dimatikan. Yang berada di alam kubur pula akan dibangkitkan semula. Semuanya akan dikumpulkan di padang Mahsyar yang sudah tentunya luas terbentang, mengumpulkan semua manusia dari Nabi Adam hinggalah ke akhir hayat manusia.
Waktu itu, kita lupakan saja siapa kita di dunia dulu. Di dunia kita orang besar, jutawan, pangkat besar, ada kuasa dan sebagainya, akan sama-sama dihimpunkan di situ tanpa seurat benang. Ada yang gembira waktu di Mahsyar dan ada juga yang tersiksa dengan pelbagai keperitan di situ.
Waktu itu, kita lupakan saja siapa kita di dunia dulu. Di dunia kita orang besar, jutawan, pangkat besar, ada kuasa dan sebagainya, akan sama-sama dihimpunkan di situ tanpa seurat benang. Ada yang gembira waktu di Mahsyar dan ada juga yang tersiksa dengan pelbagai keperitan di situ.
Yang gembira pada hari Mahsyar itu adalah orang yang ada bekalan sewaktu di dunia dulu. Siapa orang itu ? Adakah kita termasuk di kalangan orang itu ? Di dunia dulu kita buat apa ? Amalam agama kita bagaimana ? Ibadat kita, solat, puasa, zakat, naik haji adalah perkara wajib yang mesti kita ada kerana itu adalah rukun Islam. Perkara lain adalah sedekah kita, bacaan Al-Quran kita, sifat kebaikan yang kita buat di dunia sesama manusia dan lain-lain.
Umur Kita
Kalau 20 tahun lagi saya akan meninggal dunia pada usia 60 tahun, maknanya bukanlah lama lagi. Apa yang saya tinggalkan pada dunia waktu itu ? Wang ringgit, rumah , kereta ? Tapi itu adalah perhiasan dunia yang tidak mungkin saya bawa ke kubur dan akhirat. Tapi amalan dan bekalan untuk perjalanan lebih jauh dan panjang di akhirat bagaimana ?
Kesempatan Ramadhan
Kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
Umur Kita
Kalau 20 tahun lagi saya akan meninggal dunia pada usia 60 tahun, maknanya bukanlah lama lagi. Apa yang saya tinggalkan pada dunia waktu itu ? Wang ringgit, rumah , kereta ? Tapi itu adalah perhiasan dunia yang tidak mungkin saya bawa ke kubur dan akhirat. Tapi amalan dan bekalan untuk perjalanan lebih jauh dan panjang di akhirat bagaimana ?
Kesempatan Ramadhan
Kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
02 Ogos 2011
Makan Buah Rambutan Hari Pertama Puasa
Teringat saya masa darjah satu tahun 1978, hari pertama puasa. Kat depan rumah ada pokok rambutan sederhana besar yang tengah berbuah lebat. Pagi tu dengan kawan, saya panjat pokok dan petik buah tu dan terus makan. Lepas tu kawan saya tanya,
"tak puasa ker".
Baru saya teringat, lupa rupanya, puasa. Nasib baik baru seulas makan. Kemudian sambung puasa semula.
Anak Perempuan Duduk Serumah dengan Keluarga Pakwe
Sudah setahun anak perempuannya cari kerja biasa di Johor Bahru. Mulanya kata duduk rumah bujang dengan kawan. Tapi bila ditanya kawan mana, anaknya berahsia. Bila ibu dan bapa datang ke Johor Bahru mencari anaknya, pelbagai alasan diadakan untuk mengelak bertemu.
Gadis 20 tahun akhirnya ditemui di rumah sebuah keluarga di Johor Bahru setelah puas mencari. Akhirnya diketahui yang anak lelaki keluarga itu adalah pakwenya berusia 20-an. Betapa marah ibu dan bapanya dan ingin membawa balik anaknya ke Kluang tetapi gagal dengan pelbagai alasan. Dalam keadaan macam ini, untuk menggunakan kekerasan atau paksaan bukanlah senang.
Akhirnya bapa mengambil keputusan untuk menikahkan segera anak perempuannya kerana bimbang kalau-kalau terjadi maksiat. Keluarga lelaki juga bersetuju bernikah dengan diwalikan bapanya. Pasangan ini selamat bernikah sebelum tibanya Ramadhan.
"Tuan Kadi, saya tidak menyangka perkara ini berlaku kepada diri saya sendiri. Saya bimbang kalau anak saya terjebak dalam maksiat. Juga saya tak mahu anak sulung saya jadi contoh yang tidak baik kepada adik-adiknya". Kata bapanya.
01 Ogos 2011
Penyanyi 60-an, Hasnah Haron Meninggal Dunia Awal Ramadhan
Penyanyi popular lewat tahun 60-an, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim di Hospital Sultan Ismail, di sini kira-kira pukul 8 pagi tadi. Jenazah Hasnah yang popular dengan lagu-lagu seperti Bersedih, Sabar Menanti dan Siti Zubaidah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini selepas Solat Asar.
Setahu saya, setiap Ramadhan keluarga arwah ada berniaga di bazar Ramadhan di Bandar Baru Uda. Menu paling sedap adalah 'Laksa Johor Hasnah Haron' yang saya selalu beli. Di samping itu ada juga juadah lain yang enak. Sebelum ini, beberapa tahun dulu, arwah ada buka kedai makan di perkarangan rumahnya di Bandar Baru Uda.
Kuarters Guru di Rompin Penuh, Menarik Perhatian Saya
Waktu saya di Rompin, saya jalan-jalan di pekan Rompin Lama di tepi laut. Menarik juga bila saya melihat bangunan kedai lama sudah banyak kosong disebabkan sudah wujud bandar baru di berhampiran jalan besar. Hanya beberapa kedai saja yang masih menjalankan perniagaan di situ. Sebenarnya dulu, di situlah bandar Rompin yang asal. Saya pernah pergi situ dalam tahun 80-an dan waktu itu di situlah dikira bandar sebelum ada bandar baru.
Kuarters Guru Penuh
Saya lalu di kuarter guru yang dibina di situ. Terkejut juga saya, kuarter itu penuh dan tiada satu pun yang kosong termasuk tingkat atas. Ini berbeza dengan lain-lain tempat dan daerah yang semakin kurang guru dan kakitangan duduk di kuarters seperti itu. Yang saya tahu kuarters penuh adalah di Larkin, Johor Bahru. Yang lain tu, ada banyak yang kosong hingga lansung tiada penghuni pun ada.
Beli dan Sewa Rumah
Di tempat lain, bagi guru dan kakitangan awam pendidikan mereka lebih suka menyewa rumah lain dan tidak duduk kuarters dengan alasan potongan elaun rumah sepenuhnya dan dapat separuh elaun Cola. Tapi tidak bagi guru di Rompin nampaknya, mereka lebih berminat duduk di kuarters. Tahniah saya ucapkan.
Waktu saya di masjid Rompin, saya berbual dengan seorang yang baru saya kenali. Saya tanya tentang projek perumahan di sebelah masjid itu. Saya tanya berapa harga, dia kata seratus ribu lebih. Kemudian saya tanya kalau rumah macam tu berapa sewa sebulan, dia kata di Rompin antara RM 400- RM 500. Saya tanya semula kenapa mahal sebab kalau di Kluang rumah macam tu antara RM 200-400 saja. Dia kata di Rompin tak banyak rumah sebab itu rumah sewa mahal.
Langgan:
Catatan (Atom)













































