Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 Februari 2010

-AHLI POLITIK MALAYSIA: FACEBOOK TERTINGGI

Kebanyakan akhbar hari ini cerita tentang Tun Dr Mahadhir sebagai ahli politik yang punyai paling ramai peminat dalam facebook. Satu laman politik di internet pula cerita tentang kedudukan ahli politik lain yang mendapat kedudukan tertinggi.

Nampaknya facebook menjadi medan kempen alaf baru bagi ahli politik sekarang. Pilihanraya tahun 2008 tidak seperti ini. Jadi ahli-ahli politik jangan ketinggalan menggunakan facebook sebagai alat kempen mereka. Saya senaraikan ahli-ahli politik berkenaan, sekadar untuk pengetahuan saja.

Tun Dr Mahathir - 330,000 peminat

Dato' Nik Aziz, MB Kelantan - 110,000 peminat.



Dato Seri Najib Razak, Perdana Menteri - 102,000 peminat



Datuk Seri Anwar Ibrahim - 60,000 peminat.



Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang - 24,000 peminat.



Lim Kit Siang, penasihat DAP - 13,000 peminat


Dato Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS- 11,000 peminat.

-CERITA PASAL PELAKON DAN PELAWAK IMUDA

Selepas hampir tujuh tahun menduda, pelawak dan pelukis terkenal, Imuda selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Zabarina Hajar Mushadi Ali, 28, di Masjid Negeri di sini hari ini.Majlis akad nikah yang disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah Daerah Timur Laut, Mansor Taib itu disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak kira-kira pada pukul 11 pagi.

Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda, 50, sah bergelar seorang suami kepada Zabarina Hajar yang merupakan seorang Penolong Pengurus di sebuah bank di ibu negara. Pelawak yang cukup popular menerusi siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu serta 2 campur 1, menikahi cinta hatinya itu dengan mas kahwin RM1,001 bersama RM22,222.22 sebagai wang hantaran berserta 9 berbalas 11 dulang hantaran

-NAJIS JUDI

"Kita orang berjudi bukan kacau orang, bukan curi duit orang, bukan duit mak bapak engkau orang, bukan mintak duit pejabat agama...."

Begitulah antara ayat yang saya pernah dengar dari kaki judi. Janganlah sombong dengan hukum Allah Taala. Pintu taubat dan keampunan masih terbuka.

19 Februari 2010

-RUMAH LELONG: INTAI KONDO PERSIARAN TANJONG (Episod 4)

Bila dah duduk kondo Persiaran Tanjong, Bukit Alif terasa seronok pula. Masa tu duduk di tingkat satu, kuarters kerajaan. Januari 2007, ada rezeki naik pangkat sikit, jadi elaun rumah pun naik juga. Terasa lebih elok kalau duduk rumah sendiri sebab dapat elaun rumah penuh dan cola penuh. Nak cari rumah kat tempat lain, rasa sayang sebab kondo tu dah rasa macam kampung halaman sendiri, duduk sejak tahun 2004 lagi. Pergi kerja pun dekat, tak terperangkap dengan jem. Nak beli belah senang, dekat dengan Mydin, Maslee, Angsana, Gaint dan Kipmart, semua dalam lingkungan 1 km jer. Nak main pingpong kat Permai pun dekat, sebelah jer. Permai tu tempat star-star pingpong Melayu berkumpul kat JB.

Maka saya gunakan kepakaran nak cari rumah lelong yang di kawasan tu. Ada satu  blok sama dengan yang saya duduk tapi tingkat bawah sekali (saya tingkat atas satu tingkat lagi), lelong RM 88,000 kira murahlah tu kalau nak kira harga mula-mula dulu RM 140,000. Lama juga fikir, nak ambil ke tak. Bila dikaji, rumah tu mungkin ada anai-anai sebab ada rumah di hadapannya pintu rosak dimakan anai-anak. Lagi satu, rumah tu ada orang duduk, nak tanya siapa dia tu nanti timbul masalah pulak. Tapi, perasaan masih kuat untuk beli jer rumah tu. Pergi jumpa orang bank, tolong kirakan kalau loan 88000 tu berapa bayar sebulan. Nampaknya dalam 400 lebih kalau loan 28 tahun. Kira ok ler tu, murah.

Satu hari tu, nak ditunjukkan satu peristiwa depan mata saya. Masa balik, ada 2-3 orang pengawal berkumpul di rumah tu. Yang peliknya, pengawal tu bukan berkumpul kat depan pintu tapi di sebelah belakang. Dah lama tu, baru saya tanya pengawal tu, apa yang terjadi. Rupanya ada biawak besar masuk rumah tu melalui longkang. Pelik juga macam mana biawak boleh masuk rumah tu, pengawal tu kata, ini kejadian kali pertama. Maka saya dah muktamatkan keputusan tak jadi beli rumah  tu. Tarikh lelongan pun dah lepas dan saya tak tahulah sama ada rumah tu bertukar tangan atau tidak, malas nak sibuk-sibuk lagi pasal rumah tu.

Lepas tu, ada jumpa satu notis lelongan, rumah tingkat 2, betul-betul atas rumah saya. Harganya cukup menarik, RM 80,000. Saya kira jadilah nak ambil rumah ni. Bagaimanapun rileklah dulu, kajian mesti dibuat dulu. Rumah tu ada orang duduk menyewa. Bila saya berbual dengan penyewa tu, dia pun terkejut, kenapa rumah tu nak lelong sebab dia bayar sewa elok je pada tuan rumah. Saya fikir, ini mesti kes tuan rumah dapat duit sewa tapi tak jelaskan bank. Saya mulanya rasa nak ambil rumah tu, kerana penyewa dah ada, jadi tak payah cari penyewa lain lagi, terus boleh dapat duit. Kemudian baru saya terfikir semula, rumah yang saya nak ambil tu saya nak duduk sendiri, bukan nak kasi sewa. Yer tak yer juga.

Kiranya tak jadilah saya ambil, tapi saya beritau pada kawan saya, jurutera. Dia ni pernah tanya saya, ada ke rumah kat kondo tu nak jual untuk pelaburan, saya cadangkan dia beli rumah tu. Kawan tu datang rumah saya dengan isteri dia, tengok rumah saya sebab rumah saya sama jer dengan rumah kat atas tu. Dia terus setuju nak beli, dia kata kalau 80,000 itu macam harga rumah kos sederhana, bukan rumah mewah. Ok, kemudian saya telefon pelelong, pelelong kata boleh masuk lelong. Tapi malangnya, 2 hari lagi nak lelong, pelelong tu kata, bank tarik balik lelongan rumah tu. Mesti tuan rumah tu dah jelaskan bayaran tertunggak. Hampa juga kawan saya tu.

Satu hari, saya jumpa iklan lelongan rumah di tingkat 13, blok yang sama. Tapi harganya agak mahal, dalam 98,000. Bila saya tengok sendiri rumah tu, rumahnya cantik dan bersih, ada gril. Boleh bayangkan betapa cantiknya rumah tu walaupun tak berjaya masuk ke dalam. Taktik saya, harga 98,000 tu jangan ambil dan jangan dedahkan rahsia tu kepada sesiapa termasuklah kawan ke, pelelong ke, orang bank ke atau sesiapa saja. Hari lelongan tersebut, saya dapat tahu tiada orang ambil, maka harganya akan turun 10 peratus nanti.

Tak sampai sebulan, harganya jadi 87,000 dan lelongan dibuka. Saya tetap tak masuk sebab yakin orang lain tak tahu rumah tersebut dilelong. Waktu itu tiada iklan di akhbar sebab dah kali kelima lelongan. Saya tetap tak masuk. Kemudian, tak sampai sebulan, harganya sudah jatuh 10 peratus lagi pada 79,000. Ini peluang saya  nak beli. Kalau nak ikut harga asal, sampai 148,000. Kondo ni kalau lagi tinggi, lagi mahal harganya. Keputusan saya muktamat.
.
BERSAMBUNG KE EPISOD KE 5




BOMOH TERLAMPAU : Episod 1

Waktu saya jadi penguatkuasa JAIJ dulu, saya dapat satu aduan kes bomoh yang meragukan. Jadi malam tu saya dan penguatkuasa bersama polis  pergi ke tempat berkenaan. Bomoh tu buat 'upacara'  seperti orang jual ubat di suatu tempat lapang di kawasan rumah penempatan sementara. Dia guna pembesar suara dan berceramah agama dulu sebelum mempromosikan perubatan dia tu. Antara yang dia ceramahkan adalah,

"sakit itu daripada Allah dan Allah jua yang mempunyai kuasa menyembuhkan sesuatu penyakit". Betul memang betullah apa yang dia cakap, cuma yang salahnya, dia gunakan hujah itu untuk menghalalkan perbomohannya. Sekitar jam 10.00 malam, makin ramai orang yang datang, lebih 30 orang, kebanyakannya penduduk di persekitaran.

Selepas dia ceramah, datanglah seorang demi seorang yang merasakan ada penyakit dan nak minta khidmat perubatan dari bomoh tu. Kebanyakan yang datang beratur jumpa bomoh tu adalah perempuan, saya hairan kenapa. Saya tengok, seorang perempuan tu mengadu sakit kepala, katanya dah ramai doktor yang dia jumpa tapi tak sembuh. Maka bomoh tu pegang dan urut dahi pesakit tu, kemudian mata bomoh tu pejam dan mulut dia seperti baca sesuatu. Saya yang ada kat tepi tu perhatikan saja. Lama juga dia rawat perempuan tu. Muka dan tangan perempuan tu habis dia sentuh, perempuan tu rela pulak tu.

Seorang perempuan tu mengadu sakit perut, maka bomoh tu suruh baring atas kain sejadah yang dihamparkan. Kemudian dia suruh perempuan tu buka tudung. Bomoh tu baca sesuatu, dengarnya dalam bahasa Arab. Dia lalukan tangan dia dari atas muka sampai ke kaki. Kemudian dia ambil air yang kononya dah dijampi dan sapu kat muka perempuan tu. Lamalah juga dia rawat perempuan tu, dalam 10 minit lebih. Orang ramai pun tengok saja 'kehebatan' bomoh tu.

Maka tibalah giliran saya untuk 'rawat' sakit saya. Kononnya saya ada sakit peha hingga ke pinggang kerana kemalangan. Dah ramai doktor yang rawat saya tapi tak berjaya. Sebeb tulah saya datang jumpa bomoh yang 'super hebat' ini.

BANK JANGAN SIBUK CERITA UNTUNG, TINGKATKANLAH PERKHIDMATAN

Berita hari ini cerita pasal Bank Rakyat untung besar dan beri dividen besar juga pada pelabur. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. hari ini (Bank Rakyat) mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus yang akan dibayar kepada para anggota mulai 22 Februari.

Alhamdulillah, kita bangga kerana bank ini kebanggaan negara kita dan menuju kepada perbankan Islam sepenuhnya. Cuma bank ini, perkhidmatannya agak mengecewakan sikit. Mesin ATM cuma satu saja di Kluang, begitu juga di bandar lain termasuk  bandar besar. Kalau dah satu saja mesin, kalau rosak, lansung tak boleh guna. Kekadang tu rasa buang masa pergi ke bank tu sebab, bila sampai mesin ATM yang satu tu rosak. Dah tu, mesin untuk masuk duit dan cek tidak disediakan.  Jadi nak masuk cek atau duit kena beratur kat dalam. Lepas bank tutup, dah tak boleh masuk.

Bank lain seperti maybank, CIMB, Public Bank, AMBANK, Hong Leong, jauh lebih baik perkidmatan mesinnya. Patutnya, kenalah pertingkatkan perkhidmatan untuk kemudahan orang ramai. Janganlah nak cerita untung saja  tiap-tiap tahun sedangkan perkhidmatan tak sebaik mana. Saya ada hak untuk berkata-kata sebab saya juga salah seorang pemegang akaun Bank Rakyat.

LAGI-LAGI KENA TIPU: KERJA KOSONG PULAK

Seorang suri rumah yang mahu memperoleh pendapatan tambahan dengan melakukan kerja sambilan di rumah, mendapati dirinya tertipu dengan iklan palsu disiarkan di dalam akhbar. Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aznah, 45, dari Perkampungan Seri Mahkota Aman dekat sini, berkata dia tertarik dengan iklan yang menawarkan pendapatan sehingga RM300 seminggu dengan hanya mengisi dan membungkus gula pasir.

"Iklan syarikat terbabit meminta orang ramai berminat melakukan kerja mengisi dan membungkus gula pasir mengirim alamat rumah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada individu seperti dinyatakan untuk maklumat lanjut. Beberapa hari kemudian, saya menerima maklumat mengenai kerja berkenaan berserta dengan borang permohonan," katanya ketika hadir ke pejabat Berita Harian di sini, kelmarin.

Ibu kepada empat anak itu berkata, berdasarkan maklumat diberikan, syarikat terbabit meminta beliau membuat bayaran RM70 sebagai cagaran dan mengisi borang berserta nombor akaun bank.

"Selepas mendepositkan wang ke akaun individu yang dinyatakan pada 30 Januari lalu, saya turut menghantar borang permohonan ke syarikat terbabit yang beralamat di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor," katanya.

Aznah berkata, dia menyedari tertipu kerana sehingga kini gula pasir dijanjikan 5 hingga 7 Februari lalu tidak tiba dan individu terbabit gagal dihubungi. Aznah berkata, beliau sudah membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading.

18 Februari 2010

ANDA BILA LAGI NAK JADI PELABUR HARTANAH ?

18 Feb. – Johor kekal sebagai penyumbang pendapatan yang utama bagi banyak pemaju hartanah tersenarai. Ini memandangkan simpanan tanah negeri itu yang besar dan kedekatannya dengan resort bersepadu Singapura di Sentosa dan akses yang mudah bagi pelabur asing, terutama dari negara republik itu.

"Kami menyedari bahawa kebanyakan pemaju utama terus mempunyai pasaran yang kukuh di negeri ini dengan nilai pembangunan kasar daripada RM400 juta hingga RM5 bilion,” kata MIDF dalam laporan Equity Beat yang dikeluarkan hari ini. Ia juga berkata, permintaan pasaran hartanah kediaman di Johor dijangka terus kekal kukuh dalam tempoh terdekat ini, meskipun risiko menurun yang dijangka lebih tinggi.

"Isu lebihan unit juga kurang relevan kerana ia lebih banyak, daripada pasaran sekunder,” jelas MIDF.

Bagaimanapun, MIDF berkata bahagian-bahagian lain Johor, antara lainnya Skudai dan Senai, dijangka kurang rancak.

Bahaya Kalau Pemandu Bas Sakit Jantung

SEREMBAN: Seorang pemandu bas ekspres sempat memberhentikan kenderaannya yang membawa 35 penumpang di tepi jalan sebelum beliau meninggal dunia akibat serangan jantung di Kilometer 33.6 Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, Mahadar Saad, 47, dikatakan diserang sakit jantung secara tiba-tiba ketika sedang memandu bas berkenaan dan berusaha menahan kesakitannya membawa kenderaan ke tepi jalan sebelum tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata sepasukan polis trafik yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan serta siasatan lanjut.

"Pemandu bas yang menghala ke Seremban itu disahkan mati oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) yang turut berada di tempat kejadian. Kita menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu," katanya di sini, semalam.

17 Februari 2010

AHMADI HASAN MENINGGAL DUNIA


17 Feb. – Al-Fatihah.....Penyanyi nasyid era 70-an Ahmadi Hassan, 63, meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru di sini kira-kira pukul 6 petang ini akibat penyakit buah pinggang.

WARGA ASING TAWAN BANDAR


Biasalah kalau dah cuti, nak pegi mana, takkan nak tidur saja. Maka warga asing yang bekerja kat negara kita pun jalan-jalan ler ke bandar. Nak buat apa kat bandar, bukan ada beli apa pun, kedai  kan banyak tutup. Yang penting pada mereka dapat jalan. Hampir semua bandar di negara kita dipenuhi warga asing seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Bandar lain yang saya pernah tengok seperti Muar, kat tepi laut di hujung jambatan tu. Sampai lanskap air pancut tu rosak sebab warga asing terutama Abang La tu ambil gambar dengan panjat kat air terjun tu. Sampai Majlis Daerah buat tanda dilarang masuk kawasan tu sebab banyak rosak. Bukan dia orang ni buat rosak, tapi biasalah kalau dah ambil gambar, kena undur sikit untuk dapat gambar berkualiti, tak sedar hingga terpijak pokok sampai mati.

Biasalah tu, orang asing yang kerja jauh dengan keluarga mereka, nak ambil gambar sebagai mercu tanda. Kemudian nak hantar kat keluarga di nun jauh dii sana. Kalau ada awek atau tunang lagilah berdetap-detap jantungnya nak hantar gambar yang paling macho. Kalau kat Muar tu, jambatan pun boleh jadi tempat menarik pada mereka. Ini macam punya gambar, hantar kat awek dia, mesti awek dia ingat macam kat Eropah jer.

Orang kita yang belajar kat luar negara pun gitu juga. Time cuti panjang ni ler nak jalan-jalan tengok tempat menarik, pastu kirim gambar kat kampung.

(Banyak lagi cerita menarik, masuk ke muka hadapan klik sini )

16 Februari 2010

DRAMA BERDARAH DI PAGOH

PAGOH, MUAR 16 Feb. - Persis sebuah drama yang ditayangkan menerusi televisyen, orang ramai yang berada di sekitar sebuah stesen minyak di pekan Pagoh dekat sini malam tadi menyaksikan seorang lelaki mengejar seorang wanita yang meluru keluar dari sebuah kereta sebelum menikamnya. Dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, lelaki berkenaan bertindak menikam perutnya sendiri selepas melihat wanita tersebut rebah dan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammed Nasir Ramli berkata, mereka adalah pasangan suami isteri yang dipercayai bertengkar di dalam kereta sebelum insiden tersebut berlaku. Dipercayai lelaki warga Indonesia bertaraf penduduk tetap berusia 41 tahun itu berang apabila isterinya seorang rakyat tempatan meminta cerai, katanya.

Mohamed Nasir berkata, siasatan awal juga mendapati lelaki yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Pagoh itu berada di bawah pengaruh alkohol. Dalam insiden itu wanita berusia 37 tahun tersebut yang juga ibu kepada tiga anak berusia lima dan 18 tahun cedera di bahagian kanan dada, sementara suaminya parah dengan kesan tikaman di perut. Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini. Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan parah dengan senjata tajam.

WRESLING : HITMAN HART KEMBALI BERAKSI ?

Penggusti bergelar The Hitman itu sudah lama menaruh dendam terhadap insiden 1997 itu, apabila bos WWE Vince McMahon dan Shawn Michaels berpakat secara sulit dengan pengadil, Earl Hebner jadi Hart tidak tahu bagaimana dia kehilangan kejuaraan dunianya. Bagaimanapun, Hart yang kini berusia 52 tahun mengakui dia sudah cukup matang dengan usia meningkat dan mahu melangkah ke depan.

Bintang legenda itu sudah memaafkan Michaels malah sudah menetapkan beberapa perlawanan seperti itu pada WrestleMania tahun ini menentang McMahon. Dia memberitahu Scripps News: “Saya mahu melangkah ke depan.
“Saya membuat kekecohan besar mengenai apa yang berlaku. Saya menulis sebuah buku mengenainya. Ada juga satu dokumentari mengenainya.

“Saya menjauhkan diri daripada WWE dalam tempoh yang lama kerana mahu menjaga harga diri saya. Akhirnya, saya fikir saya melakukan satu keputusan tepat.

“Sesetengah orang berasakan ia bukannya masa yang sesuai buat saya untuk kembali. Tapi masalahnya hanya ada seorang Bret 'The Hitman' Hart dalam dunia gusti dan dia adalah saya.

Hart menganggap penampilan semulanya pasti menjadi satu keseronokan.
“Apabila saya kembali, saya tidak tahu sama ada perkara sama dengan Shawn akan meletus kembali.

“Namun hakikatnya, Shawn amat baik dengan semua perkara yang berlaku.

LAGI KES MATI LEMAS

KUANTAN: Mayat pelajar yang hilang ketika mandi bersama 11 rakannya di Pantai Balok di sini, semalam ditemui tersangkut di celahan batu, hari ini.  Beliau berkata mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik, Cheras itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, Mohd Azhar Fhaiz bersama rakan-rakannya mandi di pantai itu ketika bercuti sempena Tahun Baru Cina. Lima daripada mereka dihanyutkan ombak dan empat daripadanya diselamatkan orang ramai.

15 Februari 2010

HERBA BOLEH MERBAHAYAKAN NYAWA ?

MELBOURNE: Seorang pakar patalogi forensik University of Adelaide memberikan amaran mengenai potensi risiko maut ubat-ubatan herba jika diambil dalam kuantiti yang banyak, disuntik atau dicampur dengan ubat preskripsi. Kertas kerja Profesor Roger Byard yang diterbitkan dalam Jurnal Sains Forensik yang berpejabat di Amerika Syarikat menyatakan peratusan besar pengguna di seluruh dunia percaya kandungan toksik semula jadi yang tinggi dalam banyak ubat-ubatan herba adalah selamat.

"Persepsi bahawa ubat-ubatan herba adalah lebih selamat daripada ubat-ubat yang dikilangkan adalah salah, sedangkan hakikatnya kebanyakannya mengandungi arsenik, raksa dan plumbum yang berbahaya," kata Profesor Byard dalam kenyataan yang dikeluarkan universiti itu.
"Bahan-bahan ini boleh menyebabkan penyakit serius, memburukkan lagi masalah kesihatan yang sedang dihidapi atau mengakibatkan kematian, khususnya jika diambil secara berlebihan atau disuntik."

Profesor Byard berkata, juga amat berbahaya jika ubat herba dicampur dengan ubat preskripsi.

"Akses kepada produk itu sebahagian besarnya tidak dihadkan dan banyak orang tidak memberitahu doktor mereka yang mereka mengambil ubat herba kerana bimbang diperlekehkan, sumbangan ubatan itu kepada kematian mungkin tidak dapat dikesan sepenuhnya oleh autopsi biasa," katanya.

Analisis yang dijalankan ke atas 251 produk herba Asia di kedai-kedai di Amerika Syarikat mendapati bahan arsenik dalam 36 produk, raksa dalam 35 produk dan plumbum dalam 24 produk. Kesan sampingan lain ubat herba boleh menyebabkan penyakit hati, buah pinggang, strok, masalah pergerakan, lemah saraf dan serangan jantung.

"Ubat herba sering dicampur dengan ubat biasa, yang dianggap akan menjadikannya lebih efektif. Ini juga akan menimbulkan akibat yang amat berbahaya," katanya lagi.

Penipuan Pelaburan Dijangka Terus Meningkat

Kegiatan penipuan menerusi pelaburan dijangka meningkat memandangkan bidang itu semakin digemari pada kalangan masyarakat khususnya di luar bandar, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Justeru, katanya, PNB akan menjadikan pendidikan pelaburan sebagai antara agenda utamanya bagi mendidik masyarakat terutamanya generasi muda tidak terpedaya dengan pelbagai tawaran pelaburan saham tidak selamat dan tidak diiktiraf badan yang sah.

Buang Bayi, Bakar Bayi : Bagaimana Menanganinya ?

Bila berlaku satu peristiwa yang menggemparkan iaitu kes buang dan bakar bayi semalam, maka beberapa orang tertentu yang berpengaruh mengeluarkan kenyataan untuk bekerjasama membendung kejadian ini. Iaitu untuk membendung supaya kes buang dan bakar seperti ini tidak berulang lagi. Kes buang bayi ini bukan sikit, saya percaya banyak berlaku di setiap negeri, cuma saya tak tahu statistik yang tepat saja. Saya percaya, banyak juga kes buang bayi ini tidak diketahui kerana orang yang  melakukannya berjaya melakukannya dengan selamat.

Bagaimana nak bendung masalah buang bayi ? Pada saya, bukannya kita nak cegah buang bayi saja. Kalau cegah buang bayi saja, mungkin kita minta pihak berkuasa atau sukarelawan jaga tong sampah, selongkar tong sampah dan halang orang buang bayi dalam tong sampah. Kalau orang bakar tong sampah, lagi kita halang takut-takut ada bayi dalam tong tu. Pada saya, kalau nak jaga tong sampah, ini kerja kelakar macam kerja pengutip sampah.

Cegahlah Zina Pada Peringkat Awal

Pada saya, kita kena cegah zina itu diperingkat awal iaitu benteras ruang-ruang untuk orang ramai melakukan maksiat. Jangan tunggu sampai gadis kita dah 'kembung' tiada gunanya. Zina tak bermula dengan zina terus, tetapi ada permulaannya atau ringan-ringannya, kemudian barulah berat-beratnya. Permulaan itu apa ? Mula dengan berkenalan lelaki perempuan, kemudian keluar bersama, kemudian pegang-pegang, kemudian cium-cium, raba-raba, kemudian romen-romen, kemudian mulalah berani masuk hotel atau rumah, maka barulah zina berlaku. Zina tak akan terus jumpa terus zina.

Bahan lucah

Sekarang amat mudah memiliki VCD atau DVD lucah. Di Johor Bahru dan bandar lain seperti Kuala Lumpur, senang saja nak dapat. Malah kalau kita pergi ke pusat beli belah tertentu, kalau kita tak tahu pun akan jadi tahu, kerana kita ditawarkan oleh penjual. Tindakan demi tindakan oleh pihak berkuasa seolah-olah tidak menjadi ketakutan kepada penjual ini. Sekarang, kedai jual telefon bimbit, bukan hanya jual telefon dan 'top up', tapi banyak juga yang jual video lucah. Dengan bayaran serendah RM 10, kita boleh dapat video lucah Melayu percuma yang boleh dimasukkan dalam telefon bimbit kita. Kalau telefon kita tak boleh masuk video, penjual akan tawarkan kita telefon yang boleh masuk video atau dia jual  memori card yang lebih besar. Sebuah kedai jual 100 klip video lucah dengan bayaran RM 50, penjual hanya perlu masa tak sampai 5 minit untuk masukkan video itu dalam telefon bimbit kita. Kalau beli telefon baru, penjual akan menawarkan video baik itu secara percuma saja. Saya tahu sebab saya sendiri, nak tahu cerita lanjut, dengarlah ceramah saya dalam blog saya. Ini bukan cerita rekaan, itu pengalaman kisah benar saya.

Apa kaitan bahan lucah ini dengan buang anak ? Lu fikirlah sendiri apa kaitannya. Bila sudah teransang melihat video ini, maka timbul keinginan. Lebih dahsyat lagi, kalau mereka sendiri yang berzina dan buat video sendiri, kemudian menjualnya ke kedai telefon dengan bayaran tertentu. Semua video tadi, bukannya video dari luar, tapi semuanya Melayu termasuk budak sekolah yang masih berpakaian sekolah, buat kerja tak senonoh ini.

Arak Ibu Segala Maksiat

Senangnya nak dapat arak, di kedai 24 jam pun ada jual, tak payah nak pegi kelab malam. Bila minum arak, disertai dengan pergaulan bebas, maka perzinaan mudah berlaku. Kalau pergi ke kelab malam (saya dah biasa sangat masuk kelab malam), minum arak pasti disertai pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Bermula di kelab malam itu mereka kenal dan bergaul bebas, kemudian disambung pula dengan masuk hotel berdua atau rumah sewa.

Pusat Hiburan Penggalak Maksiat Terbesar

Sekarang ini, kelab malam, disco dan karaoke yang ada arak, muzik dan wanita GRO ini bersepah-sepah dan perniagaannya bagus gitu, ikut bahasa Indon. Sebabnya kerana orang kita yang  memberi sokongan. Pukul berapa kelab malam ini tutup ? Jam 12 atau 1 pagi ? Kalau anda ronda-ronda di bandar Johor Bahru (dan bandar lain), hampir tak ada kelab malam yang tutup jam 1 pagi, yang tutupnya hanya pintu luar. Yang dalam sedang hangat beroperasi. Jam 1 pagi, makin ramai orang mula datang. Maka banyak juga yang tutup bila tiba waktu subuh. Ini saya bukan buat cerita menipu, tak percaya, sila tengok sendiri. Malang sekali, pusat hiburan ini tidak diambil tindakan sewajarnya.

Ikhlaskah kita Membenteras Maksiat ?

Kesimpulan saya, bukanlah suatu yang tepat kalau kita nak bendung kes buang anak bila dah termengandung. Tetapi benteraslah dari awalnya dari sekecil-kecil punca hinggalah sebesar-besarnya. Hari ini kes berlaku kepada orang lain, jangan suatu hari nanti berlaku kepada keluarga kita sendiri.

14 Februari 2010

PAK LONG BAKAR KERETA MAK LONG

14 Feb. — Polis menahan empat lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan peminjam wang haram atau Ah Long kerana disyaki terlibat membakar sebuah kereta milik seorang wanita di Taman Seri Rampai, Setapak, di sini, semalam. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata kejadian sehari sebelum Tahun Baru Cina itu adalah suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan pihak polis akan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

"Semalam saya dimaklumkan tentang insiden terbaru di Taman Seri Rampai, Setapak yang mana kereta mangsa dibakar manakala suaminya telahpun melarikan diri bersembunyi sejak September tahun lepas.

"Jadi, seperti dulu, kita (Polis) akan terus mencari, siasat dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan ... mereka (Ah Long) semua tahu pendirian saya dalam menangani kes Ah Long,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

Laporan akhbar hari ini menyebut bahawa kejadian pukul 1.30 pagi itu disedari oleh pembantu rumah mangsa selepas melihat dua lelaki bermotosikal membaling satu objek ke arah kenderaan majikannya.



13 Februari 2010

Ayam Hutan

Tadi panggang ayam hutam, guna dapur 'apollo' yang orang masak nasi ayam tu. Sendiri masak... sedapppp.









Ini dia dapur 'apollo'

SEORANG PELAKON PULA DITAHAN


13 Feb (Bernama) -- Seorang pelakon adalah antara yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya `Ops Perayaan Tahun Baru Cina' berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini malam Jumaat. Pelakon yang pernah membintangi drama seram bertajuk 'Anak Pontianak' itu ditahan setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

Pelakon itu yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi ditahan bersama rakannya yang turut mengaku mengambil dadah jenis syabu, dalam operasi yang disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan. Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin memberitahu pemberita kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 24 tahun itu akan dibawa ke pejabat AADK Sepang bagi menjalani ujian air kencing.

"Mereka tidak boleh disahkan lagi positif mengambil dadah sebelum ujian saringan air kencing dihantar ke Jabatan Patalogi untuk pengesahan.

"Sekiranya kedua-dua mereka didapati positif mengambil dadah buat kali pertama, mereka akan diletakkan di bawah pengawasan komuniti oleh AADK," katanya.

Operasi selama kira-kira tiga jam bermula pukul 8 malam itu melibatkan 27 kakitangan AADK dan 20 penguatkuasa JPJ.

12 Februari 2010

Ketam Terlampau


Ditemui di England baru-baru ini. Dengan kaki sepanjang tiga meter, Ketam Labah-labah Jepun itu masih boleh membesar dan boleh hidup sehingga 100 tahun. Digelar sebagai Crabzilla, badan ketam itu kira-kira sebesar bola keranjang dan tingginya boleh melebihi tinggi kereta jika berdiri pada tahap maksimum.Jika cukup matang, kakinya boleh menjadi sepanjang 4.6 meter.

Mungkin tak lama lagi, akan ditemui di negara kita. Seekor ketam mungkin boleh kongsi semeja 8 orang.

Khalwat Jutawan : Bukan Jutawan Kopi HPA, Syarikat Lain Ler Tu

Saya petik sepenuhnya akhbar Harian Metro hari ini.

Tangkapan khalwat membabitkan seorang pegawai tinggi syarikat jualan pelbagai peringkat (MLM) bergelar jutawan di Kluang, Johor, awal pagi kelmarin, tidak membabitkan pegawai daripada HPA Industries Sdn Bhd (HPA) atau anak syarikatnya. Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM) yang juga anak syarikat kepada HPA yang bertanggungjawab terhadap pemasaran produk syarikat itu, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, terlalu banyak mesej dan panggilan diterima pengurusan HPA berkaitan laporan berkenaan.

“Ini kerana ia membabitkan syarikat MLM berteraskan kopi dan HPA memang terkenal dengan kopi Radix.

“Bagaimanapun, kami sudah mendapat pengesahan kes yang dilaporkan membabitkan pegawai syarikat lain bukannya HPA.

“Sehubungan itu, kita berharap tidak ada pihak yang cuba menggunakan laporan itu untuk mengait, sekali gus memfitnah HPA,” katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan pegawai atasan sebuah syarikat MLM yang mengedar minuman kopi penjana tenaga bertaraf jutawan, memberi alasan kononnya dia berbincang hal perniagaan dengan seorang kakitangan wanita dalam gelap apabila dicekup berkhalwat dalam bilik sebuah hotel di Simpang Renggam dekat Kluang, awal pagi semalam.

11 Februari 2010

JUTAWAN LABU-LABI

 Seorang lagi pengarah Syarikat Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini kerana tiga tuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan RM16 juta. Dia, yang mengaku tidak bersalah, didakwa melakukan tiga kesalahan itu di syarikat tersebut di 5M, Jalan Pandan Indah, di sini antara 1 Januari 2008 dan 28 Februari 2009.
Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa bersubahat dengan seorang lagi pengarah syarikat itu, untuk menipu dan memperdayakan 93 orang untuk membuat pelaburan dalam program "Island Red Cafe" di mana pelabur itu telah membayar sebanyak RM1,040,400 kepada syarikat tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965, dan boleh dihukum di bawah akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM30,000 atau tujuh tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.  Bagi pertuduhan kedua dia didakwa sengaja melanggar peruntukan Seksyen 15(1)(d) Akta Syarikat 1965, iaitu mempelawa orang awam untuk mendepositkan wang berjumlah RM15,061,800 ke dalam akaun syarikat itu bagi tujuan memasuki program “Island Red Cafe” untuk tempoh lima tahun. Ong didakwa mengikut Seksyen 27(8) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum denda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa menawarkan kepada orang awam untuk membeli saham syarikat tersebut melalui satu program yang dikenali sebagai “Program Island Red Cafe”, walhal sewaktu tawaran itu dibuat ia bukanlah perniagaan biasa yang menjalankan perniagaan jual beli saham. Jika sabit kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 363(5) akta yang sama, mereka boleh didenda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga 10 tahun.

10 Februari 2010

Boleh Caya ke Restoran Mamak Nak Ambil Pekerja Melayu ?

Hari ini, BERNAMA melaporkan, Persatuan Restoran Mamak nak ambil pekerja Melayu sebagai ganti pekerja asing. Sekarang ini, kedai mamak ambil pekerja asing termasuk India, Pakistan, Bangla dan Indon. Melayu ada berapa kerat saja, boleh kira dengan jari.

BUTTERWORTH 10 Feb. – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menawarkan 25,000 peluang pekerjaan di seluruh negara kepada penduduk tempatan dengan tawaran gaji yang menarik.
Presidennya, Noorul Hassan Saul Hameed berkata, pekerjaan berkenaan disediakan di lebih 2,000 restoran milik anggotanya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
"Pekerjaan yang ditawarkan ahli kami adalah seperti pembantu kedai dengan kadar gaji antara RM800 hingga RM1,300, juruwang (RM1,000 hingga RM1,300), penyelia dan tukang masak (1,500 hingga RM2,500).
"Pekerja akan turut menikmati kemudahan termaktub dalam undang-undang buruh antaranya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Baru Presma Wilayah Utara di sini hari ini.
Beliau berkata, langkah menawarkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan adalah selaras dengan usaha kerajaan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.
"Sehingga sekarang kira-kira 70 peratus pekerja di restoran ahli Presma adalah rakyat asing dan kita sedang berusaha mengurangkan jumlah itu dengan menawarkan jawatan kosong kepada penduduk tempatan,” kata Noorul Hassan. – Bernama

Cakap dan cadangan memang senang, nak buat belum tahu. Pertama, pekerja asing boleh kerja 12 jam lebih dengan gaji murah. Rakyat kita boleh ker ? Orang kita gaji 1,000 belum tahu rasa cukup. Ramai yang fikir rasa terhina kerja kat kedai mamak ni. Apa pasal pulak terhina, siapa hina siapa ? Saya puji kepada Melayu yang kerja kedai mamak woooo.

Kedua, pekerja asing kerja rajin, orang kita belum tentu. Tengoklah kedai mamak, mana ada duduk, kalau kedai Melayu, selalu nampak duduk bersembang. Tak percaya pergi kedai mamak, ada pelanggan datang ke takde ke, mereka tak dibenarkan duduk. Mungkin itu satu arahan atau tidak, saya tak pasti.

Ketiga, pekerja kedai mamak tahu banyak perkara termasuk buat air, masak roti canai, tose, capati, mee goreng dan boleh cuci pinggan. Pekerja Melayu, kalau dah tahu buat roti canai, belum tahu boleh buat kerja lain. Kalau buat air, dia tahu itu saja. Masalahnya kalau pekerja buat roti canai cuti, maka tak ada orang buat roti canai.

Ketiga, pekerja kedai mamak tak kisah kalau orang duduk lama kat kedai. Pekerja Melayu kekadang membebel, katanya minum teh segelas, duduk sampai 3 jam. Mamak tak kisah. Sebab tu kedai mamak sentiasa meriah 24 jam.

Keempat, mamak tak kisah kalau rumah pekerja yang disediakan satu bilik kongsi sampai 10-20 orang. Orang Melayu, satu rumah duduk lebih 6 orang sudah mula bising sama tauke. Kalau tauke potong duit sewa rumah lagi jagi gaduh besar wooo.

Kelima, pekerja mamak kalau kena marah tauke, ikut saja. Orang Melayu kalau kena marah, esok lusa berhenti. Atau kalau kena yang panas baran, panggil mat-mat moto kasi pusing-pusing main ekzos depan kedai.

Apa-apa pun, syabas kepada persatuan mamak ni. Walaupun banyak tohmahan kepada restoran mamak, tapi dia tetap maju dan berjaya. Nak jumpa satu kedai mamak tutup kat Malaysia ni memang susah, hampir tak jumpa. Tapi kedai Melayu yang tutup bersepah, Kluang je saya boleh sebut dekat 10 biji selama dekat setahun saya kat sini. SELAMAT BERJAYA RESTORAN MAMAK.

Keselamatan Minyak Petrol RON95 Diragui ?

Saya tertarik bila membaca Berita Harian hari ini dalam ruangan surat pembaca. Penulis menggunakan nama PEMANDU WIRA HITAM, Ipoh. Dalam tulisannya itu, beliau meminta pihak berwajib supaya mengkaji semula penggunaan minyak RON95 kerana sekarang banyak berlaku kemalangan sehingga kenderaan terbakar. Kes terbaru adalah di Senawang beberapa hari lepas, mungkin apa kaitannya dengan RON95 atau tidak.

Penulis bukanlah pasti, adakah kemalangan ngeri ini disebabkan oleh penggunaan minyak RON95 atau tidak. Tetapi beliau mengutarakan isu ini kerana wujud kebimbangan kerana semakin kerap kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kenderaan terbakar. Tahun lepas, kawan saya kehilangan isteri dan dua anaknya di Jalan Batu Pahat - Air Hitam apabila keretanya dirempuh dari belakang oleh bas ekspres. Pada saya, penggunaan minyak RON95 ini perlu dikaji semula, mungkin ada bahayanya. Sebelum ini, perlanggaran sebegitu, tidaklah sampai terbakar. Apabila terbakar, penumpang gagal menyelamatkan diri. Kalau tidak terbakar, mungkin ada masa untuk orang ramai membantu orang yang tersepit di dalam.

Itu cerita penulis di Berita Harian tadi, saya pun tak kurang banyaknya cerita pasal minyak RON95 ni. Kebanyakan kereta sudah dicipta terlebih dahulu sebelum RON95 ini diperkanalkan awal tahun 2008 di negara kita. Saya tidak pasti, masalah karburator kereta Peugeout saya disebabkan oleh penggunaan minyak RON95 atau tidak, jawapannya saya sendiri tidak pasti. Biasalah, kalau dah ganti dengan karburator baru, jenis Nissan Vanette saya pun taknak fikir benda yang lepas.

Kereta Honda Accord saya jadi lembab bila pakai RON95, itu memang saya pasti. Kalau saya mengadu pada sesiapa, nanti dia kata apa bising-bising, pakai saja RON97, tapi masalahnya harga dah naik, tak berbaloi kalau nak teruskan pakai. Semalam kawan saya test satu Honda Accord macam yang saya pakai sekarang. Pecutannya jadi laju dan mulanya kawan saya kata kereta tu baik, hampir-hampir dia nak beli.. Tapi saya kata, ini mungkin pakai minyak RON97, kalau pakai RON95 belum tahu boleh buat pecutan sebegitu.

Mungkin ada kekurangannya tetapi setiap kali luahan dibuat, ada saja jawapan dari pihak tertentu yang mempertahankan RON95 ini. Saya harap, selepas ini pihak berwajib benar-benar membuat kajian sebelum memberikan jawapannya. Apa salahnya jadi macam syarikat kereta nombor satu dunia iaitu TOYOTA yang menarik balik beberapa model kereta kerana ada sedikit masalah pada padel minyak. Yang penting pada Toyota adalah kepuasan pelangnan. Yang sangat penting adalah keselamatan pengguna. Jangan sampai nanti, ramai yang sudah terkorban di jalanraya disebabkan RON95 ini, baru kita hendak bertindak.

09 Februari 2010

Ratu Cantik Yang Dilupakan

Kereta ini suatu masa dulu jadi kereta mewah, nak beli beratus ribu. Tahun 1999, ada membe saya beli 65,000.  Masa tu sapa yang pakai kira orang berada jer. Tapi kereta ni sekarang dah orang tak pandang sangat. Gambar ni saya rakamkan di sebuah kedai jual kereta yang saya singgah siang tadi.




 Dan yang paling saya kesian, kereta yang suatu masa dulu ibarat "Ratu Cantik' yang dilupakan. Kereta ni diletakkan kayu sebagai tiang untuk menongkat wayer eletrik. KASIHAN DIA.
Dulu ibarat artis, sekarang sebagai penongkat wayer jer.

Lagi-Lagi Kena Tipu : Pelaburan Emas Pula


Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lepas selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik berkata, setakat ini, polis menerima 30 laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa diperdaya sindiket itu.

"Modus operandi syarikat itu adalah menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000 hingga RM150,000.

"Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Roslee berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar dividen tiga peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum menawarkan untuk membeli semula jongkong emas terbabit pada bulan ketiga.

"Apabila pembeli bersetuju untuk menjual semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil syarikat terbabit melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran,” katanya.
Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menguruskan urusan jual beli emas.Katanya, setakat ini, pihaknya telah menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu.

08 Februari 2010

Ramainya Suami Isteri Bercerai di Arab Saudi

JEDDAH: Pasangan suami isteri Arab Saudi didakwa menganggap perceraian sebagai satu-satunya jalan menyelesaikan masalah perkahwinan mereka. Hakikatnya, mereka tidak faham tanggungjawab yang perlu dipikul apabila bergelar suami isteri. Banyak pihak kini menggesa supaya pasangan muda dididik memahami erti sebenar perkahwinan.Kaji selidik 2008 menunjukkan, dalam tempoh 20 tahun, kadar perceraian Saudi meningkat daripada 25 peratus ke 60 peratus.

Jumlah perceraian di kalangan pasangan muda paling tinggi dengan ada yang yang bercerai selepas hanya setahun atau dua tahun. Profesor Psikologi Universiti Raja Abdul Aziz, Dr Samir Arar yang turut berkhidmat sebagai jururunding di Pusat Maharat berkata, kadar perceraian tinggi di kalangan pasangan baru berkahwin berpunca daripada kesan psikologi, sosial dan juga ekonomi. Namun, beliau percaya paling utama adalah tindakan terburu-buru keluarga mempelai untuk mengahwinkan anak mengikut tradisi lama.

"Majoriti keluarga menganggap anak lelaki atau perempuan yang berusia 20 atau 22 tahun sudah bersedia untuk berkahwin," katanya. Lebih malang, perkahwinan golongan muda kini tidak lagi sama seperti lalu.

"Ramai anggap perkahwinan adalah hubungan minat yang sama dan bukan untuk hubungan sepanjang hayat.

"Sebaik sahaja pasangan berasa mereka tidak memperoleh apa diinginkan, perceraian menjadi jalan penyelesaian terbaik.
"Saudi yang kini menjadi antara negara memiliki kadar perceraian paling tinggi perlu mewujudkan lebih banyak pusat membimbing muda-mudi yang ingin berkahwin," katanya lagi.

Pegawai Perkahwinan Jeddah, Ibrahim Al-Jadaani pula percaya punca utama adalah akibat tindakan memaksa anak berkahwin dan muda-mudi pula tidak dibenar memilih pasangan mereka.
"Hakikatnya, mereka perlu kembali kepada sunnah Rasulullah," katanya. - Agensi

KEMALANGAN PALING NGERI

SEREMBAN: Polis mengenal pasti enam mangsa sekeluarga yang rentung dalam satu kemalangan di Kilometer 252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang menghala ke Selatan dekat sini, pagi tadi. Mereka ialah Pengarah Urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd, Suhaimi Ghazali, 41; isterinya Nor Fadilah Senin, 32; serta empat orang anak mereka, Nurul Natashahuda, 11; Mohd Daniel Iskandar, 10; Mohd Hanif Iman, 6; dan Adi Putra, 2.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah berkata, mayat kesemua mangsa dituntut keluarga mereka hari ini untuk dibawa ke rumah keluarga di Kampung Bukit Pegoh, Pernu, Melaka dan dijangka dikebumikan hari ini. Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 pagi itu, keenam-enam mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya. Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja''afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang hanya dapat mengeluarkan mangsa kira-kira tiga jam kemudian selepas sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang terperosok di dalam kereta yang hangus di bawah treler.

Sementara itu, bapa saudara Allahyarham Suhaimi, Nowawi Johari, 60, yang ditemui di bilik mayat HTJS berkata beliau mendapat berita itu apabila salah seorang kakitangan Fadhilat Herbs menghubunginya pada kira-kira jam 11.30 pagi ini. "Mereka sekeluarga bertolak dari Melaka untuk bercuti dan berjumpa stokis di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak pada Sabtu lalu, dan kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka. "Kemalangan itu sungguh menyayat hati kerana yang meninggal dunia membabitkan Suhaimi, isteri dan kesemua empat anak mereka. Kali terakhir saya jumpa arwah Suhaimi Jumaat lalu," kata beliau.

07 Februari 2010

GEMPAR ! Bilik Hotel Saya diserbu Pencegah Maksiat

Semalam (Sabtu) saya ke Temerloh selepas ceramah Kursus Kahwin di Batu Pahat yang selesai jam 5.30 petang. Tiba di Bahau, Negeri Sembilan jam dah menunjukkan 9.30 malam, rasa penat pulak dan mengantuk. Saya ambil keputusan untuk tidur di sebuah hotel budget di Bahau seorang diri. Lepas makan, dalam kul 11.00 terlelap, sambil baca buku, tak sempat tutup lampu.

Sedang tidur, saya terkejut dengan bunyi bising ada orang ramai-ramai dan ketuk pintu, membuatkan saya terjaga. Tengok jam dalam jam 1.12 pagi. Saya 'pasang telinga' dan dengar mereka ketuk pintu sambil kata
'Jabatan Agama'. Saya tahu itu Jabatan Agama dan saya percaya bilik saya akan diketuk sebentar lagi. Beberapa minit kemudian, pintu bilik saya diketuk dan saya terus buka. Saya lihat ada ramai orang di luar. Dua orang lelaki memperkenalkan diri dan minta izin masuk. Saya benarkan 2 lelaki ini masuk, kemudian ada seorang wanita yang masih muda nak masuk juga. Saya kata, saya sorang saja, lelaki sajalah masuk. Bukan apa, malu pulak dengan wanita, tengok muka kita serabai je baru bangun tidur.

2 lelaki itu masuk ke bilik, kemudian periksa dalam bilik air, kemudian buka pintu almari. Bawah katil dia tak tengok pulak, sebab katil tu mana ada bawah. Lepas tu dia tanya saya,

"Encik dari mana ?"

"Saya dari Johor, ada hal sikit sini ". Saya jawab. Kemudian saya pula tanya dia.

"Ni dari pejabat Kadi mana ? Bahau ke ?". Tanya saya

'Tak. Kami dari penguatkuasa Jabatan Agama Islam Seremban". Dia jawab dan kemudian dia nak keluar.

'Minta maaf encik, mengganggu' .Dia kata.

"Ok tak per, biasa tu". Saya jawab. Kemudian dia terus keluar.

 Ini kali pertama

Ini kali pertama, bilik hotel saya diperiksa pencegah maksiat. Dah banyak kali tidur hotel mahal ke, murah ke, tak pernah ada orang periksa pun.  Bukan apa, kerja periksa hotel-hotel ni kat Johor kerja saya, kali ni bilik saya pula kena ketuk. Ini betul-betul rasa macam orang kena periksa. Yang periksa bilik tu pulak tak kenal saya. Kalau dia tanya  saya kerja mana, mungkin saya akan jawab ' kerja biasa jer'. Bukan apa, taknak ganggu kerja dia dan taknak panjangkan cerita.

Saya masih ingat tahun 2001 dulu, bos penguatkuasa Negeri Sembilan selalu minta idea  Johor untuk menambah jumlah kakitangan dia. Waktu itu penguatkuasa di Negeri Sembilan sedikit, berbanding Johor yang dah ramai. Alhamdulillah dah berjaya tambah kakitangan. Mereka inilah yang datang periksa bilik saya ni. Nampaknya mereka masih muda. Saya pulak tak jenguk kat luar, kalau jenguk mungkin ada yang kenal. Masa 2 orang masuk bilik tadi, saya tolak sikit pintu, supaya orang luar tak nampak dalam. Saya biasa jer, orang  sedang jalankan tugas kenalah beri kerjasama. Nasib baik takde bawak awek, hehehe.
SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PENGUATKUASA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

06 Februari 2010

LANGGAN PELACUR, RASUAH BATERI KERETA

Waktu saya jadi penguatkuasa JAIJ dulu, kami buat rondaan sekitar tempat letak kereta Hospital Sultanah Aminah JB dalam jam 11.00 malam. Terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga di kawasaan berkenaan dan nampak satu pasangan sedang berpelukan. Dari dalam Pajero, saya dapat lihat dengan jelas, seorang lelaki menindih seorang wanita di kerusi sebelah pemandu. Kedua-duanya berpakaian lengkap. Kami suluh dengan lampu,segera berhenti dan menghalang kereta berkenaan.

Satu pasangan segera bangun dalam keadaan tergesa-gesa dan keluar dari kereta.  Rupanya lelaki Cina berumur dalam 60-an dan pasangannya seorang perempuan dalam lingkungan 50-an. Kedua-dua mereka nampak tua. Seperti biasalah, kuasa yang ada pada JAIJ hanya pada orang Islam, bukan Islam di luar bidang kuasa. Tapi bila kami minta kad pengenalan, kedua-duanya menggigil dan mintak 'selesai'. Saya tengok saja aksi gelabah lelaki tua itu nak mintak 'selesai', nak selesai apa, entah, saya pun tak tahu. yang saya tahu, tak ada kes.

Tiba-tiba dia bukak bonek belakang kereta dan menunjukkan banyak bateri kereta, ada yang baru dan ada yang  lama. Dia kata, nak selesai kes ini dengan belanja bateri kereta seorang satu biji, waktu itu kami penguatkuasa semuanya ada 8 orang termasuk pemandu. Bila dikira ada 8 orang, dia kata bateri baru tak cukup. Jadi 5 orang akan dapat bateri baru, 3 orang akan dapat bateri kereta  lama. Kelakar juga, kalau nak kira nilai satu beteri buruk, agak-agaknya dalam RM 5 ke RM 10 saja, itu pun dia nak rasuah. Saya dah mula tergelak tengok gelagak apek tu. Rupanya, dia kerja niaga bateri kereta, patut le banyak bateri dalam kereta.

Saya terus mintak kad pengenalan walaupun dah tahu, kedua-duanya bukan Islam. Tapi dia masih takut, dia terus tawarkan kami supaya ambil bateri dan jangan apa-apakan dia. Dia takut kalau kena tangkap, kerana anggapan dia, dia boleh kena tangkap juga walaupun bukan Islam. Akhirnya kedua-duanya keluarkan kad pengenalan, betullah bukan Islam. Lelaki umur 60-an.

Bila ditanya siapa perempuan ni, perempuan tu terus mengaku dia kerja pelacur kat Jalan Dhobi JB. Tadi mulanya nampak cun dan seksi, bila dibawa ke bawah lampu tiang yang lebih terang, nampak sangat dia dah tua, kulit pun dah berkedut, umur dah 50-an. Tapi pakaian dia, mak oiiii, seksi giler dengan skirt pendiknya. Yang kelakarnya, bila tengok betis dia, ada berkudis. Entah ada sakit apa lah. Ada juga orang berkenan dengan wanita camni. 

Bila ditanya, dia mengenakan bayaran RM 30 ringgit sebagai pelacur tapi untuk ringan-ringan saja. Pelacur ni diambi sendiri dari Jalan Dhobi dan dibawa ke situ oleh apek tu.  Dalam hati saya, nasib baik bayar dengan duit, ingatkan bayar dengan bateri kereta jer pada pelacur ni. Dalam hati saya, kalau nak pilih pelacur pun, kenapalah pilih yang dah berkudis kat kaki camni, takde ke yang kaki licin sikit. Macam-macam le apek ni, membuatkan kami semua tergelak hari tu. Kedua-duanya diberi amaran sebelum dilepaskan. Saya warning dia juga, janganlah senang-senang nak tawarkan rasuah kepada penguatkuasa.

04 Februari 2010

Sms Berantai Untuk Wanita

Pagi tadi saya menerima satu sms dari seseorang yang mungkin saya tak kenali. Sms berbunyi,

" Ya Allah, wanita yang membaca ini adalah wanita yang cantik, kuat dan sabar dan saya menyayanginya. Tolong marahkan rezeki dan marahkan kehidupannya. Begitupun jika dia melangkah, selamatkan dia. Amiin. Kirimkan ke 9 wanita yang kamu sayangi dan dalam waktu 9 minit hidupmu akan bahagia kerana 9 orang itu juga mendoakanmu. Insyaallah."

Apa tujuan sms ini ? Adakah orang yang hantar ini kenal saya atau tidak ? Adakah sms ini sudah disebar dengan luas ? Untuk apa sms ini ? ... Saya masih belum mengetahui jawapannya. Kenapa, mengapa ?

Asal Usul Nama Tempat

Nama Johor

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata.

Asal Usul Nama Tempat
Wujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Ada yang berpunca daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Ada yang berasal daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan (Rengit) atau tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh tempatan (Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang berlaku di tempat itu (Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan yang berlaku kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan singkatan kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan.

Batu Pahat
Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.

Muar
Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar. Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan ‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai..

Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.

Mersing
Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh dari Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.

Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya. Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.

Segamat
Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat’ atau ‘segar amat’. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiring nya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.

Pontian
Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.

Kota Tinggi
Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor.. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di Melaka pada tahun 1511.

Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.

Tangkak
Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia.

Kluang
Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun mereka, tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke situ. Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang kampung mereka (bukit yang dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang pawang terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung tersebut.

03 Februari 2010

Suatu Yang Menakutkan Malam Tadi di Hotel

Malam tadi saya tidur di sebuah hotel di Penang yang agak ada nama juga walaupun tak berapa mahal. Di JB pun ada cawangan hotel ini. Saya tidur dalam kul 11.30 malam. Waktu tidur, saya terjaga bila dengar suara wanita menjerit dengan kuat, kemudian diikuti dengan suara lelaki. Saya rasa, jeritan itu seperti ada pergelutan atau pencerobohan.

Bila saya lihat jam jam, menunjukkan jam 2.50 pagi. Saya sangat takut kerana tak biasa dengan tempat tersebut. Saya syaki dan buat anggapan macam-macam. Mungkin bilik perempuan tersebut diceroboh oleh lelaki atau ada wanita diculik atau wanita dan lelaki bergaduh. Suara wanita itu menjerit, bukan perlahan tapi didengar oleh mungkin semua penghuni hotel. Saya tak berani untuk keluar dan melihat apa yang berlaku dan saya bercadang untuk menelefon polis. Bagaimanapun, dalam 5 minit, suara itu reda dan kembali tenang dan saya tidak jadi untk menelefon polis.. Saya tak dapat tidur kerana otak berfikir dan tertanya-tanya apa yang berlaku. Saya hanya boleh tidur semula dalam jam 4.00 pagi.

Padi tadi, jam 8.00 pagi saya keluar hotel, saya bertanya penjaga kaunter berkenaan kejadian malam tadi. Saya mengadu tak selesa tinggal di situ kerana takut. Penjaga kaunter itu, wanita  Melayu mohon maaf kepada saya kalau saya rasa tak selesa.

Yang berlaku malam tadi adalah pergaduhan satu pasangan Cina yang tidur dalam satu bilik di tingkat satu, saya di tingkat dua. Polis datang segera meleraikan kes berkenaan malam tadi dan laporan rasmi dibuat, menurut penjaga kaunter itu. Bila saya tanya umur pasangan itu, katanya wanita itu lahir tahun 1985, nampaknya masih muda. Bila saya tanya apa puncanya, katanya perselisihan faham antara pakwe dan makwe yang mungkin belum kawin tapi duduk menyewa hotel.

Saya tanya, adakah perkara sebegini biasa berlaku di hotel ini. Katanya ada juga berlaku dan ini menimbulkan masalah kepada pihak hotel. Ok, saya berpuashati dengan penjelasan itu dan saya rasa hilang gelisah. Sebab malam tadi, saya sangka ada kes yang lebih besar seperti bunuh, rogol atau rompakan.