Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 Februari 2010

WARGA ASING TAWAN BANDAR


Biasalah kalau dah cuti, nak pegi mana, takkan nak tidur saja. Maka warga asing yang bekerja kat negara kita pun jalan-jalan ler ke bandar. Nak buat apa kat bandar, bukan ada beli apa pun, kedai  kan banyak tutup. Yang penting pada mereka dapat jalan. Hampir semua bandar di negara kita dipenuhi warga asing seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Bandar lain yang saya pernah tengok seperti Muar, kat tepi laut di hujung jambatan tu. Sampai lanskap air pancut tu rosak sebab warga asing terutama Abang La tu ambil gambar dengan panjat kat air terjun tu. Sampai Majlis Daerah buat tanda dilarang masuk kawasan tu sebab banyak rosak. Bukan dia orang ni buat rosak, tapi biasalah kalau dah ambil gambar, kena undur sikit untuk dapat gambar berkualiti, tak sedar hingga terpijak pokok sampai mati.

Biasalah tu, orang asing yang kerja jauh dengan keluarga mereka, nak ambil gambar sebagai mercu tanda. Kemudian nak hantar kat keluarga di nun jauh dii sana. Kalau ada awek atau tunang lagilah berdetap-detap jantungnya nak hantar gambar yang paling macho. Kalau kat Muar tu, jambatan pun boleh jadi tempat menarik pada mereka. Ini macam punya gambar, hantar kat awek dia, mesti awek dia ingat macam kat Eropah jer.

Orang kita yang belajar kat luar negara pun gitu juga. Time cuti panjang ni ler nak jalan-jalan tengok tempat menarik, pastu kirim gambar kat kampung.

(Banyak lagi cerita menarik, masuk ke muka hadapan klik sini )

3 ulasan:

  1. terbayang tanjong mas kat muar tu dipenuhi warga asing. masa saya sekolah kat sana tahun 1998 dulu, rasanya tak nampak pun warga2 asing ni.

    BalasPadam
  2. rata-rata tempat dipenuhi Abg La, Abg Don & Abg Mar...macam kita pulak di tempat diorang. Kalau kat Penang ni, kompleks Summit, Bukit Mertajam. Penuh dengan warga asing.

    BalasPadam
  3. saya gesa supaya kerajaan berbuat sesuatu sebelum rakyat terasa terancam dinegara sendiri. Katanya kan rakyat didahulukan, ye tak.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.