20 Februari 2010
-AHLI POLITIK MALAYSIA: FACEBOOK TERTINGGI
Kebanyakan akhbar hari ini cerita tentang Tun Dr Mahadhir sebagai ahli politik yang punyai paling ramai peminat dalam facebook. Satu laman politik di internet pula cerita tentang kedudukan ahli politik lain yang mendapat kedudukan tertinggi.
Nampaknya facebook menjadi medan kempen alaf baru bagi ahli politik sekarang. Pilihanraya tahun 2008 tidak seperti ini. Jadi ahli-ahli politik jangan ketinggalan menggunakan facebook sebagai alat kempen mereka. Saya senaraikan ahli-ahli politik berkenaan, sekadar untuk pengetahuan saja.
Tun Dr Mahathir - 330,000 peminat
Dato' Nik Aziz, MB Kelantan - 110,000 peminat.
Dato Seri Najib Razak, Perdana Menteri - 102,000 peminat
Datuk Seri Anwar Ibrahim - 60,000 peminat.
Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang - 24,000 peminat.
Lim Kit Siang, penasihat DAP - 13,000 peminat
Dato Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS- 11,000 peminat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalam..
BalasPadamUastaz..ahli politik menggunakan media internet spt FB dan blog amat relevan dengan perkembangan dunia hari ini. Menidakkan magik FB dan blog dalam membantu meningkatkan pengaruh politik mereka amat merugikan.
Penyokong tegar yang ada memang kita tak risau sebab apa yang berlaku ribut ke, taufan ke, atau tsunami mereka takkan berganjak.
Pemimpin hari ini kena tackle pengundi baru. Kebanyakannya hanya tahu politik semasa sahaja. Kebanyakannya belajar sejarah untuk lulus periksa dan bukan penghayatan sebenar. Sejarah tanahair mereka tak berapa menyerap dihati.
Anak-anak kita hari ini rata-rata dah instituinalize (sebati) dengan internet. Mereka akan dapat maklumat dan baca dari pemimpin yang juga manfaatkan media ini dengan sebaik mungkin.
Anak-anak kita hari ini bijak. Mereka apabila membaca hasil penulisan kita mereka tahu wisdom (bijaksana), pendirian, pemikiran dan cita-cita kita.
Jadi pemimpin yang menggunakan sepenuhnya media ini akan diikuti dan dihayati sepenuhnya perjuangan mereka. Bagi yang masih ketinggalan...tidak mahu mengkaji, membaca, mengeluarkan idea dan senyap di dunia nyata anak-anak kita tidak kenal siapa mereka.
Pemimpin hari ini harus dilihat bukan hanya di dunia realiti tetapi juga di dunia maya.
walluhaallam...
http://collegecottage.blogspot.com