Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Februari 2010

Bahaya Kalau Pemandu Bas Sakit Jantung

SEREMBAN: Seorang pemandu bas ekspres sempat memberhentikan kenderaannya yang membawa 35 penumpang di tepi jalan sebelum beliau meninggal dunia akibat serangan jantung di Kilometer 33.6 Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, Mahadar Saad, 47, dikatakan diserang sakit jantung secara tiba-tiba ketika sedang memandu bas berkenaan dan berusaha menahan kesakitannya membawa kenderaan ke tepi jalan sebelum tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata sepasukan polis trafik yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan serta siasatan lanjut.

"Pemandu bas yang menghala ke Seremban itu disahkan mati oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) yang turut berada di tempat kejadian. Kita menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu," katanya di sini, semalam.

2 ulasan:

  1. Sekurang-kurangnya arwah pemandu ini berusaha menunaikan tanggungjawab beliau memastikan keselamatan penumpang yang dibawa dengan menahan sakit memberhentikan bas di tepi jalan demi mengelakkan kemalangan. Sungguh mulia hati arwah....Sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.