16 Februari 2010
DRAMA BERDARAH DI PAGOH
PAGOH, MUAR 16 Feb. - Persis sebuah drama yang ditayangkan menerusi televisyen, orang ramai yang berada di sekitar sebuah stesen minyak di pekan Pagoh dekat sini malam tadi menyaksikan seorang lelaki mengejar seorang wanita yang meluru keluar dari sebuah kereta sebelum menikamnya. Dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, lelaki berkenaan bertindak menikam perutnya sendiri selepas melihat wanita tersebut rebah dan berlumuran darah.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammed Nasir Ramli berkata, mereka adalah pasangan suami isteri yang dipercayai bertengkar di dalam kereta sebelum insiden tersebut berlaku. Dipercayai lelaki warga Indonesia bertaraf penduduk tetap berusia 41 tahun itu berang apabila isterinya seorang rakyat tempatan meminta cerai, katanya.
Mohamed Nasir berkata, siasatan awal juga mendapati lelaki yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Pagoh itu berada di bawah pengaruh alkohol. Dalam insiden itu wanita berusia 37 tahun tersebut yang juga ibu kepada tiga anak berusia lima dan 18 tahun cedera di bahagian kanan dada, sementara suaminya parah dengan kesan tikaman di perut. Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini. Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan parah dengan senjata tajam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.