22 Februari 2010
Mahu Nikahi Cewek Indon: Pokoknya RM170,000
Rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000), syarat baru diperkenalkan kerajaan republik itu untuk menjaga kebajikan wanitanya. Wang itu yang perlu dibayar kepada sebuah bank Islam tempatan adalah sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian.
Syarat itu terkandung dalam Draf Rang Undang-Undang Perkahwinan yang sedang dirangka dan mendapat sokongan kuat Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor berita di laman web dan Jakarta Post. Bagaimanapun, syarat itu hanya membabitkan lelaki asing yang mahu mengahwini wanita Indonesia dan tidak kepada lelaki tempatan yang mengahwini wanita asing.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Wow, ini syarat sah nikah ke tuan kadi? Biar betul susahnya nak nikah orang indonesia. kalau yang nak berkahwin bukan orang yang berkemampuan sangat macamana dah mendirikan masjid kan? Kalau Malaysia pun buat undang-undang macam ni, habislah lelaki lombok papa kedana nak bayar ni dan banyaklah lg kes kahwin lari. Menteri nikah kahwin....dimana tuan...
BalasPadamowhhhhh..mahalnya..dinasihatkan lelaki malaysia kawen perempuan malaysia saja..:)
BalasPadamUstaz,
BalasPadamNampaknya berkecailah impian "Abang Roni" yang baru bersara/pencen nak berbini muda. "Mas Joko" yang sedang giat 'melancong/melencong' ikut Kukup & Terminal Stulang terpaksalah buru-buru menikah...hahaha
Assalam ustaz..
BalasPadamselamat suami kita..
tapi anak dara kita yang kahwin mas jo kesian merana jika ditinggalkan...
jadi awas anak-anak perempuan..usah bingung mikir mas jo lagi...
ramai lagi abang2 ganteng kat malaysia ni...