Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 Februari 2010

BOMOH TERLAMPAU : EPISOD 2

...BERSAMBUNG
Maka tibalah giliran saya untuk 'rawat' sakit saya. Kononnya saya ada sakit peha hingga ke pinggang kerana kemalangan. Dah ramai doktor yang rawat saya tapi tak berjaya. Sebab tulah saya datang jumpa bomoh yang 'super hebat' ini.

Sebenarnya saya sekarang berada di JB, 2 hari menyertai satu kursus anjuran jabatan saya. Yang saya nak beritahu, lokasi kejadian kes bomoh ini berada beberapa meter saja dengan hotel ini. Petang tadi, saya sempat jalan kaki ke tempat kejadian itu yang dah 5-6 tahun berlalu. Nampaknya tempat lapang berkenaan sudah didirikan gerai oleh penduduk di situ. Saya percaya gerai itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa. Bagus juga penduduk di situ berniaga untuk menyara hidup dalam menghadapi situasi ekonomi yang mencabar sekarang.

Ok, masa saya hampiri bomoh itu untuk menunjukkan sakit saya di bahagian peha hingga ke pinggang, saya tak sangka apa yang bomoh itu buat. Dia cuma tekan-tekankan dengan jari di peha saya kemudian dia ambil sesuatu dalam begnya iaitu minyak angin. Dia suruh saya sapu minyak angin itu sendiri. Saya sendiri yang kena sapu, bukan dia. Kebetulan, yang beratur di belakang saya seorang perempuan, dia terus layan perempuan di belakang tu yang mendakwa kena 'saka'. Saya ni dia suruh sapu minyak angin itu sendiri. Cisssss...... tak senonoh betul, kalau perempuan dia layan tapi kalau saya dia suruh sapu minyak sendiri. Lepas tu ada seorang lagi penguatkuasa yang nak menyamar,  bomoh tu buat-buat sibuk, lansung tak layan. Lagi malu muka.

Maka tahulah saya, niat bomoh itu, sambil dia berubat tu berubat juga. Yang penting pada dia, dapat gosok-gosok dan raba-raba perempuan, itu matlamat dia agaknya. Ini kejadian di tempat awam, pun bomoh ni berani buat macam tu. Agaknya  kalau berubat dalam rumah, apa jadi agaknya ? Tak mustahillah wanita tu kena cabul atau rogol.

Saya berundur ke belakang sikit, berbual dengan penguatkuasa lain dan polis. Kami buat keputusan untuk menangkap saja bomoh itu. Kesalahannya banyak dari mengajar tanpa tauliah, perubatan meragukan dan perbuatan tidak sopan di khalayak ramai. Lagi satu kesalahan yang mungkin paling besar adalah, mungkin bomoh ni rakyat asing dari gaya dia cakap bahasa Indon. Maka bomoh itu di tangkap dan diminta kad pengenalan. Kad pengenalan tak ada, katanya tertinggal di rumah. Bila saya tanya dia orang Malaysia atau Indon, dia kata orang sini, cuma dia guna loghat Jawa. Yang ragunya, bila tanya dia sekolah mana dulu, dia kata sekolah pondok sejak kecil. Takkanlah orang Malaysia tak sekolah rendah pun, umur dia baru dalam lingkungan 40- an, bukan lahir sebelum merdeka pun.

 Di Balai Polis saya tanya lagi, dia orang sini atau Indon ? Dia masih mengaku Malaysia. Saya mintak dia nyanyi lagi 'NEGARAKU', dia kata lupa.  Janganlah nak menipu... takkanlah orang sini tak tahu lagu kebangsaan. Akhirnya dia mengaku, dia orang Indon.  Jadi, satu kesalahan yang berat adalah tiada dokumen, maka senanglah untuk ambil tindakan dengan serahkan ke Imigresen untuk dihantar pulang selepas didakwa.

Pengajaran pada kisah ini... Orang kita janganlah percaya sangat pada bomoh ini, apa lagi kalau bomoh yang baru sehari dua kita kenal. Kepada wanita, berhati- hatilah dengan bomoh ni, jangan nanti berlaku kes yang lebih berat seperti cabul dan rogol. Kalau tak pun, bomoh ni guna sihir, balik ke rumah asyik nampak muka bomoh yang hensem ni jer. Sampai ada yang sanggup bunuh diri kalau tak dapat kawin dengan orang ni. Lepas tu ada yang lari dari rumah, tinggalkan keluarga untuk kawin dengan orang asing. Tidak mustahil, ada unsur sihir. Ingatlah, orang yang mendatang ini ada banyak ilmu atau 'pakai-pakai', apatahlagi orang yang masuk secara  haram. Antaranya ilmu ghaib dan untuk menyelamatkan diri dari pihak berkuasa. Saya dah jumpa banyak penemuan bila serbu rumah kongsi mereka.

6 ulasan:

  1. Tuan kadi,

    Tahniah sebab sangat proaktif. Saya seronok membaca tulisan Tuan dan berharap kita dapat berjumpa satu hari nanti bila saya balik simpang rengam.

    kamal fnd hashim

    p/s

    saya boleh nyanyi lagu Negaraku dan lagu Johor. Boleh tak saya jadi bomoh?ahaks!!

    BalasPadam
  2. "Kononnya saya ada sakit peha hingga ke pinggang kerana kemalangan. Dah ramai doktor yang rawat saya tapi tak berjaya. Sebab tulah saya datang jumpa bomoh yang 'super hebat' ini."

    Salam Tn. Kadi,

    Sekadar nak tanya, apa hukum menipu kononnya kita sakit akibat kemalangan sedangkan sebenarnya tidak?

    Wasalm.

    BalasPadam
  3. Saudaraku Fikrul Mustanir,

    Soalanmu itu bukan untuk mencari jawapan(kerana kau juga sudah tahu jawabannya).Soalanmu hanya kerana nakal untuk menduga..

    Barangkali kau sendiri terlupa kisah Amru?

    BalasPadam
  4. Waktu orang Islam mempertahankan kerajaan di Madinah dalam menghadapi Perang Uhud dan Ahzab, Nabi juga menghantar beberapa sahabat sebagai 'perisik' di Mekah.

    Perisik ini sudah tentu mengadakan penyamaran supaya tidak dikenali di kalangan orang Quraisy Mekah. Ini termasuklah dengan membuat lakonan kononnya mereka ini masih bersama orang Quraisy sedangkan mereka adalah Islam. Kalau bocor maklumat, keselamatan diri dan umat Islam boleh terancam.

    Langkag menghantar perisik ini adalah untuk menjaga keselamatan Madinah dari sebarang kemungkinan serangan mengejut musuh. Jadi, Nabi sudah mengetahui awal niat orang Quraisy untum menyerang Madinah.

    BalasPadam
  5. Kalau orang Indon, tak payah nyanyi Negaraku. Suruh baca ABC je...atau sebut ais..Nak tahu apa bezanya sebutan itu...cari lah sendiri jawapan nya

    BalasPadam
  6. seorang bomoh melakukan zina dengan isteri,ada bukti,tetapi suami risau disihir @ pekara lebih buruk berlaku..bagaimana

    BalasPadam

Dipersilakan komen.