Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Februari 2010

Boleh Caya ke Restoran Mamak Nak Ambil Pekerja Melayu ?

Hari ini, BERNAMA melaporkan, Persatuan Restoran Mamak nak ambil pekerja Melayu sebagai ganti pekerja asing. Sekarang ini, kedai mamak ambil pekerja asing termasuk India, Pakistan, Bangla dan Indon. Melayu ada berapa kerat saja, boleh kira dengan jari.

BUTTERWORTH 10 Feb. – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menawarkan 25,000 peluang pekerjaan di seluruh negara kepada penduduk tempatan dengan tawaran gaji yang menarik.
Presidennya, Noorul Hassan Saul Hameed berkata, pekerjaan berkenaan disediakan di lebih 2,000 restoran milik anggotanya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
"Pekerjaan yang ditawarkan ahli kami adalah seperti pembantu kedai dengan kadar gaji antara RM800 hingga RM1,300, juruwang (RM1,000 hingga RM1,300), penyelia dan tukang masak (1,500 hingga RM2,500).
"Pekerja akan turut menikmati kemudahan termaktub dalam undang-undang buruh antaranya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Baru Presma Wilayah Utara di sini hari ini.
Beliau berkata, langkah menawarkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan adalah selaras dengan usaha kerajaan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.
"Sehingga sekarang kira-kira 70 peratus pekerja di restoran ahli Presma adalah rakyat asing dan kita sedang berusaha mengurangkan jumlah itu dengan menawarkan jawatan kosong kepada penduduk tempatan,” kata Noorul Hassan. – Bernama

Cakap dan cadangan memang senang, nak buat belum tahu. Pertama, pekerja asing boleh kerja 12 jam lebih dengan gaji murah. Rakyat kita boleh ker ? Orang kita gaji 1,000 belum tahu rasa cukup. Ramai yang fikir rasa terhina kerja kat kedai mamak ni. Apa pasal pulak terhina, siapa hina siapa ? Saya puji kepada Melayu yang kerja kedai mamak woooo.

Kedua, pekerja asing kerja rajin, orang kita belum tentu. Tengoklah kedai mamak, mana ada duduk, kalau kedai Melayu, selalu nampak duduk bersembang. Tak percaya pergi kedai mamak, ada pelanggan datang ke takde ke, mereka tak dibenarkan duduk. Mungkin itu satu arahan atau tidak, saya tak pasti.

Ketiga, pekerja kedai mamak tahu banyak perkara termasuk buat air, masak roti canai, tose, capati, mee goreng dan boleh cuci pinggan. Pekerja Melayu, kalau dah tahu buat roti canai, belum tahu boleh buat kerja lain. Kalau buat air, dia tahu itu saja. Masalahnya kalau pekerja buat roti canai cuti, maka tak ada orang buat roti canai.

Ketiga, pekerja kedai mamak tak kisah kalau orang duduk lama kat kedai. Pekerja Melayu kekadang membebel, katanya minum teh segelas, duduk sampai 3 jam. Mamak tak kisah. Sebab tu kedai mamak sentiasa meriah 24 jam.

Keempat, mamak tak kisah kalau rumah pekerja yang disediakan satu bilik kongsi sampai 10-20 orang. Orang Melayu, satu rumah duduk lebih 6 orang sudah mula bising sama tauke. Kalau tauke potong duit sewa rumah lagi jagi gaduh besar wooo.

Kelima, pekerja mamak kalau kena marah tauke, ikut saja. Orang Melayu kalau kena marah, esok lusa berhenti. Atau kalau kena yang panas baran, panggil mat-mat moto kasi pusing-pusing main ekzos depan kedai.

Apa-apa pun, syabas kepada persatuan mamak ni. Walaupun banyak tohmahan kepada restoran mamak, tapi dia tetap maju dan berjaya. Nak jumpa satu kedai mamak tutup kat Malaysia ni memang susah, hampir tak jumpa. Tapi kedai Melayu yang tutup bersepah, Kluang je saya boleh sebut dekat 10 biji selama dekat setahun saya kat sini. SELAMAT BERJAYA RESTORAN MAMAK.

6 ulasan:

  1. betul tu tuan.org kita suka tengok pniagaan kita jatuh kalau kita maju dia dengki.contohnya kdai makan kt jln datin halimah yg sentiasa penuh sesak tapi dah tutup.tak dapat le aku makan ikan besar kat situ lagi

    BalasPadam
  2. Semua fakta yang disebut di atas, semua saya setuju. Sangat bersetuju. Jauh sungguh beza cara bekerja orang kita dgn mamak ni. Dalam banyak keadaan, saya tabik dgn cara mereka.. (Abaikan yg buruk, semua orang ada kelemahan)

    Bagi yang biasa melepak di kedai mamak (apatah lagi yg ada Astro tayang bola pagi petang siang malam) ada gelaran tertentu yg diguna..

    malah menjadi port kegemaran mereka pula untuk berjumpa kengkawan...

    BalasPadam
  3. contoh yang baik,ape salahnye ikut..
    saya mmg ada cita-cita nak bukak kedai makan taraf cafe (tapi harga ikut standard kedai mkn mamak).. kena byk kaji n survey..insyallah 10 thn lagi kot!=)

    BalasPadam
  4. Saya setuju dengan info di atas. Golongan ini bekerja lebih kepada survival sebab tu tak berapa kisah isu logistik, tapi kalau orang kita isu ini diambil berat jadi agak susah nak sync dengan tradisi perniagaan mamak.

    Mamak...teh tarik satu kaw-kaw punya

    BalasPadam
  5. Sebenarnya kita pun boleh buat teh tarik yang sedap, bukan mamak saja yang boleh. Sila baca tulisan saya yang terdahulu dalam blog ini. Saya tunjuk cara dan resepi buat teh tarik sedap.

    BalasPadam
  6. restoran mamak memang byk cabaran,ramai yg geli lah,kate mamak kotor la and haram mkn kat restoran mamak.mcm2 lagi,sesedap je kte melayu nih,menkafirkan mamak yg sememangnye mula islam dari kte..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.