Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 Februari 2010

Tak Sesuai Ramai Wanita Berkhidmat Perkhidmatan Awam ?

 Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara. "Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan tersendiri, seperti mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin.


"Apabila wanita terbabit memegang kuasa pada peringkat pembuat keputusan, maka banyak keputusan penting akan tertangguh sehingga menyebabkan pelaksnaaan pelbagai urusan tergendala," katanya.

Ahmad Shah menegaskan, isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi gender, malah Cuepacs tidak mempertikaikan keupayaan atau kebolehan wanita, tetapi bersandarkan kebimbangan kesan fenomena sedemikian untuk jangka panjang

2 ulasan:

  1. Saling menerima kelemahan masing-masing..
    Menggunakan kelebihan dengan sebaiknya..

    Apapun lelaki memang paling layak menjadi pemimpin..

    BalasPadam
  2. salam ustaz,

    hhhmm... secara jujurnya saya seorang penjawat awam tp kakitangan sokongan sahaja..

    di jabatan saya memang banyak pegawai wanita yang muda² menjawat jawatan yang tinggi...

    bukan mahu menidakkan kebolehan mereka.. tp, wanita sebagai pembuat keputusan atau pemimpin amatlah tidak sesuai...

    wanita lebih emosi dalam membuat keputusan (maaf ye kaum wanita).. saya juga wanita dan pegawai atasan saya juga wanita..

    apapun, memang ti dak dinafikan lelaki adalah lebih layak sebagai pembuat keputusan @ pemimpin..


    p/s: maaf ye ustaz saya menyampuk... terlupa sebab terlalu teruja dengan topik ni..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.