Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Mei 2011

Pelakon Salih Yaacob Bahagia Dengan Tiga Isteri

Siapa kata berpoligami tak bahagia... ? Begitulah kehidupan pengacara, pelakon dan penyanyi Salih Yaacob. Bukan saja Salih yang bahagia, malah ketiga-tiga isterinya bahagia. Maknanya, tak betullah orang kata bermadu tu tak manis.

Katanya, sekarang Salih dalam perancangan nak nikah lagi satu, mencukupkan kepada empat. Isteri-isterinya pula setuju dan sedang mengatur perkahwinan itu tak berapa lama lagi. Katanya, bakal isteri keempat tu anak dara 24 tahun yang masih belajar di salah sebuah  pusat pengajian tinggi.

Asam Pedas Gerai Ibu, Parit Sulong Popular


Asam pedas  'Gerai Ibu' kat Parit Sulong, Batu Pahat, memang best. Asam pedas dia sedap, saya suka ikan pari. Ramai pelanggan masa tengahari. Sabtu lalu saya ke kedai tu masa nak ke Muar.

"Makan apa pakcik ?". Kata gadis yang jaga tu.

"Ermmmmm....kasi ikan pari satu". Kata saya.

Ishhh, masa makan tu terfikir juga saya. Kenapa anak dara 20-an tu panggil saya pakcik ? Rasa macam dah tua sangat saya dapat gelaran 'pakcik' tu. Hehehe...

Ikan Patin Sangkar Temerloh Memang Special


Cuti hari pekerja lepas, saya ke Temerloh. Pergi sana kira macam tak sah kalau tak makan ikan patin gulai tempoyak.

Gambar di atas diambil masa beli ikan patin kat depan Hospital Temerloh RM 14.00 sekilo, beli 3 ekor dalam RM 25.00.

10 Mei 2011

Berakit Antarabangsa Sungai Pahang

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melambaikan tangan kepada peserta yang mengambil bahagian dalam acara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang, di jeti Kuala Lipis.

09 Mei 2011

Harga Gula Naik 20 Lagi

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei ini.

Mayat Anak Lelaki Kartika Sari Dewi Ditemui

Mayat anak sulung bekas model sambilan Kartika Sari Dewi yang dilapor hilang dua hari lepas, ditemui terapung di Sungai Perak di sini awal hari ini.

Osama Laden Sempat Buat Rakaman Sebelum Mati... Hahaha

Osama bin Laden dikatakan sempat merakamkan amaran terakhir sebelum dia dibunuh oleh komando Amerika Syarikat (AS).

Hahaha.. kekakar giler berita ni....Pasal gambar kat atas itu belum jawab, tiba-tiba ada rakaman video pulak.

Dulu-dulu saya pernah tengok filem pasal Mahatma Ghandi, pemimpin agung India dan pelakon tu sebiji macam Ghandi. Satu lagi filem pasal Abraham Lincoln, bekas presiden USA yang terkenal, pun sebiji muka dia. Cerita P. Ramlee tahun 60-an anakku Sazali, P.Ramli berlakun watak bapa dan anak. Semua boleh buat. Maknanya sekarang, video bukan boleh percaya sangat.

 Terpulang pada kitalah nak nilai. Pesan saya, jangan mudah percaya.

10 Tahun Selepas Cerai Talak 3, Nak Nikah Semula Dengan Bekas Isteri


Lelaki 30-an sudah 10 tahun lebih bercerai talak tiga dengan bekas isteri 30-an. Mereka bernikah hanya 2 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah sekolah rendah. Lepas bercerai, isteri telah bernikah dengan lelaki lain dalam tempoh lebih 8 tahun. Manakala suami tidak bernikah lagi dan menduda dalam tempoh 10 tahun itu.

Baru-baru ini, bekas isterinya sudah bercerai dan sudah habis edah. Bekas suami dan bekas isteri merancang untuk bernikah semula demi masa depan anak mereka yang sentiasa rapat dan merindui ibu dan bapa mereka. Kedua-duanya bersetuju hendak bernikah semula.

Selamat pengantin baru, semoga bahagia dan berkekalan.

08 Mei 2011

Anak Sulung Kartika Sari Hilang Jatuh Sungai ?


Anak sulung bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi, yang dilapor hilang semalam dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak. Katika satu masa dulu pernah menjadi tumpuan setelah dituduh dan dihukum di Mahkamah Syariah Kuantan kerana kesalahan jenayah syariah.

Gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan penduduk kampung sehingga tengah malam tadi gagal menemui anaknya itu.

06 Mei 2011

Main Tangkap Spider (Episod 2)

Main tangkap spider ini memang menyeronokkan, sampai nak buat kerja sekolah kat rumah pun malas. Tapi masa tu bukan kisah sangat masa sekolah rendah ini. Tak macam budak sekarang, sekolah rendah pun dah banyak kelas tambahan sana sini, ada yang mengalahkan budak sekolah menengah.

Makcik Sidai Kain

Satu hari tu pergi cari spider tiga orang kat kampung termasuk lalu kat belakang rumah orang. Kat satu rumah tu masa datang, makcik tu sedang sidai kain sambil berkemban. Dulu berkemban ni perkara biasa, tak dikira seksi pun, tak macam sekarang. Makcik tu tegur kita orang.

"Ni cari apa ni ?" Tanya makcik tu.

"Cari spider makcik". Kata kita orang.

"Apa benda tu". Spider makcik, macam labah-labah.

"Labah-labah buat apa cari ?" Tanya makcik tu lagi.

"Buat lawan makcik". Kata kita orang.

Terpinga-pinga juga makcik tu tak tahu apa benda spider tu. Lepas tu kita orang cari kat pokok bunga kat rumah dia, makcik tu perhati jer, takut bunga dia patah. Lepas tu makcik tu tegur.

"Dapat ke spider tu ?" Kata makcik tu.

"Tak dapatlah". Kata kita orang.

"Makcik tahu kat mana ada spider, tadi makcik nampak". Kata makcik tu.

Bila makcik tu kata gitu, kita orang cepat-cepat pergi berebut-rebut. Yer le, kalau dapat dia yang punya. Saya pun lari juga nak pegi kat makcik tu. Tiba-tiba leher saya terlanggar tali ampaian dan hampir nak terjatuh. Adoi sakit juga. Kawan saya tergelak.

Makcik tu kata ada kat dapur dia spider tu. Dalam hati kita orang dah mula was-was, yer ke spider adakat dapur. Makcik tu tunjuk ada labah-labah dan sarangnya kat dapur.

"Tu dia spider, besar, kalau lawan mesti menang". Kata makcik tu.

Tergelak besar kita orang, itu labah-labah, bukan spider yang dimaksudkan.

Episod 3, klik sini

Anak Dara 42 Tahun Bertemu Jodoh Dengan Duda 50-an


Bernikah juga pada usia 42 tahun dengan seorang lelaki duda 50-an yang kematian isteri setahun lalu. Suaminya sudah ada 3 menantu dan beberapa orang cucu.
SELAMAT PENGANTIN BARU...

05 Mei 2011

Tragedi Air Terjun Ulu Bendul, Waspada Selalu

Tahun lepas saya ada memuatkan dalam blog saya gambar tragedi ngeri yang meragut beberapa orang yang sedang mandi di air terjun. Kemalangan berpunca dari hujan lebat di atas gunung yang tidak disedari oleh orang yang sedang seronok mandi.

Tiba-tiba saja air besar datang dan menghanyutkan orang yang sedang mandi, juga kepada orang yang duduk di tepi kalau air semakin besar. Saksikan gambar ini.......












Dicadangkan supaya pihak berkuasa menempatkan seorang pengawal di setiap kawasan rekreasi air terjun, tidak kiralah di mana, bukan saja di Ulu Bendul, lain-lain pun sama. Boleh dipasang isyarat seperti loceng atau siren sekiranya air besar datang dari atas dan membolehkan orang yang mandi menyelamatkan diri.

Sudah Nasibku Mat Burger : Episod 64


Man memangis sambil memandu, pemanduannya terganggu kerana teringat kejadian malam itu. Sungguh berat untuk ditanggungnya. Man rasa dia kena cepat ke Restoran Osman, bimbang nanti Ustaz Khalil tertunggu-tunggu. Lagipun, itulah masa dan peluang untuk luahkan segalanya pada ustaz Khalil nanti.

Tulisan ini telah dikeluarkan dari blog ini kerana telah terbit novel bertajuk 'Cinta Mat Burger'. Boleh didapati di Kedai Buku Popular seluruh negara dengan harga RM23.90. Boleh juga dapat dari saya dengan harga RM30.00 termasuk kos poslaju. Hubungi saya :                0197526122  whataps)


 Syira mencapai telefonnya dan menelefon cikgu Syikin... Apa terjadi selepas ini ?

....BERSAMBUNG KE EPISOD 65
http://kadikluang.blogspot.com/2011/07/sudah-nasibku-mat-burger-episod-65.html


Petrol RON97 Naik 20 Sen, Bertukarlah Pada RON95

Petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, naik 20 sen. Bertukarlah ada RON95 kalau nak jimat. Harap-harap lepas ni janganlah  RON95 naik pulak.

Bertukarlah

Pakai RON97 ini mahal dan tidak menjimatkan kalau nak dibandingkan dengan RON95. Saya pernah cuba pakai RON97 masa harga dalam 2.50 dalam perjalanan Kluang- Terengganu. Kuasa pecutan memang lebih sikit tapi dari segi jaran kilometer, nampaknya tak menguntungkan. Itu harga 2.50, sekarang 2.90 lagilah tak untung.

Ini Caranya

Pesan saya pada orang yang mula nak tukar pada RON95 dari RON97, kena tunggu sampai minyak isyarat merah, hampir kosong. Kemudian pergi isi dalam RM10.00 RON95. Kemudian pakai sehingga dah nak habis minyak, barulah isi penuh RON95. Biasanya kereta kita okey jer.

Tapi,  kalau kereta kita ada semput-semput atau senggugut atau kejap enjin tinggi, kejap rendah, dinasihatkan supaya pergi ke bengkel dan buat pelarasan (tuning enjin). Sedialah duit dalam RM 100.00. Tapi kena cari kedai yang pakar buat tuning ini dan ada cukup alat. Lepas itu jangan isi RON97 dah.

04 Mei 2011

Mat Bangla Cabul Budak Lelaki 9 Tahun, Kena Penjara 3 Tahun


KOTA BHARU 4 Mei - Seorang buruh warga Bangladesh dipenjara tiga tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pilihan iaitu mencabul seorang budak lelaki berusia sembilan tahun pada Jun tahun lalu.

Md. Hauann Padhn, 31, yang bekerja di Pasir Mas mengangguk tanda faham ketika pertuduhan terhadapnya yang dibacakan oleh jurubahasa, Manoj Kumar di hadapan Hakim Rofiah Mohamad. Rofiah memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 30 Jun tahun lalu.

Ada Juga Kedai Jual Top Up RM 10.20


Terkejut juga tadi, nak beli top up telefon sepuluh ringgit tapi tauke bangsa Cina tu kata RM 10.20.

"Apa pasal ada 20 sen ?" Tanya saya.

"Kita ambil untung 20 sen saja, sepuluh ringgit tak untung". Kata tauke perempuan tu.

Saya tengok dalam poket saya, tak ada duit 20 sen, susahlah kalau kena balik duit kecil nanti.

"Okey sori tauke, tak jadi beli" Kata saya.

"Okey tak apa, tak apa". Kata tauke tu.

Saya ke kedai lain, selang dalam lima kedai saja dengan kedai tu. Di situ jual top up sepuluh ringgit dengan harga sepuluh ringgit juga.

Pelik juga perkara ini berlaku di sini, kawasan bandar, bukan di kawasan rekreasi atau tempat terpencil. Bukan itu saja kedai telefon, banyak lagi dan kita boleh ke kedai lain. Saya tahu ini merupakan satu  kesalahan kepada peniaga ini.

03 Mei 2011

Osama Laden



Pasal Telefon Pun Boleh Nak Sampai Bercerai Ker ?


Seorang suami marah pada isteri, tak tahulah apa benda yang dimarahkan. Tapi ada kaitan dengan telefon, entah kenapa dengan telefon tu, entahlah. Suami kata pada isteri,

"Kalau awak tak telefon orang itu, jatuh talak" Kata suami dan isteri dengar dengan jelas.

Mendengar perkataan itu, isteri terus telefon orang itu. Malangnya orang itu tak jawab panggilan itu. Isteri terus telefon berulang kali tapi orang itu masih tak jawab.

Perkara ini menimbulkan persoalan bagi pasangan umur 40-an ini. Isteri faham, kalau dia tak telefon dalam masa 10 minit seperti yang suami  katakan, maka jatuh talak. Dia telefon dah dalam tempoh itu, cuma orang itu tak jawab saja. Suami pun rasa bersalah dan keliru juga, adakah jatuh talak ? Dia tahu yang isteri dia dah telefon dalam tempoh 10 minit itu, cuma panggilan tak terjawab saja.

Nasihat saya, jangan main-main dengan lafaz talak. Mungkin suami berniat supaya isteri mengikut apa yang disuruh, sebab itu lafaz ini dikeluarkan. Kemudian, suami dan isteri hidup dalam kekeliruan dan serba salah sehingga keduanya datang ke pejabat kadi. Barulah pasangan ini dapat penjelasan yang betul.


30 April 2011

Suami Pergi Kerja, Isteri Bawa Jantan Balik Rumah


Di sebuah taman perumahan di Kluang, isteri 30-an, suami 30-an kerja, anak pegi sekolah. Dalam jam 10.00 pagi yang dianggap 'line clear', lelaki 30-an datang ke rumah atas ajakan isteri. Lelaki letak moto kat belakang rumah dan masuk ikut pintu belakang.

Penguatkuasa dapat aduan dari orang awam dan jam lebih kurang 11.00 pagi, serbuan dibuat. Pasangan ini ditangkap dan hanya mereka berdua saja di dalam rumah. Hasil siasatan, ini bukan kali pertama tapi sudah kerap berlaku dan dihidu oleh jiran. Latarbelakang pengadu dirahsiakan.

28 April 2011

Operasi Janda dan Perisik Janda


Baru-baru ini, penguatkuasa buat serbuan berdasarkan aduan. Aduannya di beberapa buah rumah dan aduannya lebih kurang sama saja. Iaitu rumah janda yang tinggal dengan anak-anak, bawa lelaki bermalam di rumah. Beberapa biji rumah, umur janda ini lebih kurang sama saja iaitu 40-an. Atas faktor itulah saya namakan operasi ini 'operasi janda' walaupun tak diberi nama pun tak apa.

Ada rumah yang diperiksa, ada lelaki tidur di rumah janda ini bersama-sama anak-anak janda ini di ruang tamu. Bila ditanya, dia bilang, dia kawan kepada anak lelaki janda tu. Umur pun lebih kurang sama dengan anak janda tu. Tapi susah nak cakaplah, sekarang ni macam-macam. Adalah juga kes lelaki muda sangat, perempuan dah berumur kes khalwat ni.

Ada satu lagi rumah tu, lelaki tidur dengan anak perempuan janda juga. Mengaku bapa angkat pada anak janda tu. Amboi, main angkat-angkat jer ke. Kenapa tak nikah jer dengan janda tu. Kenapa ? Mentang-mentanglah janda dah berumur dan ramai anak, nak ambil kesempatan jer ke. Kawan-kawan juga, bapak angkap bapak angkat juga, tindakan tetap diambil.

Satu rumah lagi tu, lelaki tak ada dalam rumah janda. Tapi bila disoal, mengakulah janda tu yang ada sekali sekala lelaki datang rumah dan masuk rumah kejap. Kata janda tu, cuma masuk saja dalam rumah dan tak buat apa-apa.  Gitulah orang kita, lelaki masuk rumah pun tak salah ker. Kan kita cegah sebelum terjadi maksiat.

Operasi janda berakhir dan pengadu kes ini dirahsiakan. Cuma yang boleh dikatakan di sini yang pengadu akan diklasfikasikan sebagai 'perisik janda'.

Maaflah

Maaflah kalau tulisan ini ada menyindir atau boleh menyebabkan golongan janda atau ibu tunggal tersinggung. Tapi sebenarnya, mereka iaitu sekelompok kecil wanita yang bergelar janda ini terlibat dalam kancah maksiat ini. Akhirnya masyarakat akan memberi gambaran yang tidak baik kepada golongan mereka. Kalau ini berlaku, maka nama baik mereka sendiri tercemar.

Banyak contoh yang baik kepada ibu tunggal yang gigih sehingga berjaya dalam kerjaya dan melahirkan anak-anak yang berjaya. Tapi kalau sebahagian golongan ini memberikan contoh yang tidak baik, masyarakat akan memberikan gambaran yang kurang baik.

Rakaman Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun : Senator Ezam M. Nor, Dato Seri Mohd Nizar Jamaludin, Dato' Abu Kasim (SPRM)




Wacana "Rasuah Pemusnah Tamadun" diadakan di Shah Alam pada 27 April 2011 anjuran Kumpulan Media Karangkraf.







Perut Buncit ???


Kali pertama saya ke Batam, Indonesia tahun 2004 urusan kerja. Yang menghairankan saya, pemandu teksi di sana kenal orang Malaysia bila sampai di tempat feri. Dia boleh banding yang mana satu orang Malaysia dan orang Indonesia. Biasalah, pemandu teksi suka kalau dapat pelanggan orang Malaysia.

Saya tanya ustaz yang sama saya tu, macammana orang situ boleh bezakan orang Malaysia dan Indonesia ? Ustaz tu kata, pemandu teksi tengok pada perut. Kalau perut buncit, itu orang Malaysia, perut tak buncit orang Indonesia. Tergelak juga saya, ingatkan ustaz tu bergurau.

Tapi bila saya tengok perut sorang-sorang yang lalu dan gelagat pemandu teksi di Batam, rupanya betul apa yang ustaz tu kata. Bila saya rasa perut saya sendiri, buncit juga tapi sikit tapi, kira buncitlah juga, heheheee.

 Betullah tu.... orang kita hidup senang, makan banyak dan kurang bersenam atau  kerja berat. Itu salah satu faktor perut buncit.

(Atas tu gambar hiasan jer)

27 April 2011

Kelopak Mata Nak Kena Belah Dengan Pisau ?


Selepas dua minggu, bisul kat mata saya dah elok, tapi meninggalkan bekas. Nampak belum baik betul, macam ada mata bisul tak dikeluarkan. Kawan-kawan kata pegi klinik pakar mata kat sini, tadi saya pun cari. Bukan apa, baik tu baik, cuma tak selesa. Kalau main ping pong, spin macam tak dapat baca bola, tak berapa tepat sebab terlindung sikit.

Satu klinik tu, nama macam sama dengan yang kawan saya sebut tapi tak tulis pun klinik tu pakar mata, klinik biasa saja. Saya masuk ke klinik tu dan jumpa seorang perempuan Melayu 20-an yang kerja di situ.

"Maaf encik, doktor tak ada, pukul 3 doktor ada". Kata perempuan tu.

"Yer ke... Nak tanya, klinik ni pakar mata ker ?". Tanya saya.

"Taklah pakar mata, biasa jer untuk semua penyakit. Tapi sakit mata pun boleh juga, nanti datang pukul 3". Kata perempuan tu.

"Okey, sebelum tu nak tanya, kalau sakit macam mata saya ni agak-agak doktor boleh ubat ker ?". Kata saya sambil tunjukkan kelopak mata kat dia.

"Ohhh.. macam ni ada juga beberapa kes, doktor ada juga rawat". Kata perempuan tu.

"Doktor buat macam mana yer ?" Tanya saya.

"Dulu ada satu kes tu, doktor potong pakai pisau". Kata perempuan tu.

"Ohhh yer ke. Okeylah dik, terima kasih yer". Kata saya dan terus balik.

Alamak, pakai pisau, SERAM SERAM.  Terus takut, tak jadilah pegi klinik tu. Bukan sikit punya hal ni, teringat cerita Kasim Selamat.
(gambar kat atas tu, masa 2 minggu lepas masa bengkak)

Hati-hati Bahan Ada Gelatin Babi


KUALA LUMPUR 26 April – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih produk berkaitan farmaseutikal kerana kajian bioteknologi menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin sebenarnya diperoleh daripada sumber babi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dalam hubungan ini, pihak pembekal dan pengilang perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan produk yang dikeluarkan perlu mempamerkan label kandungan bahan yang digunakan. Kata beliau, berdasarkan akta sedia ada, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat dan mengambil tindakan terhadap pembekal yang menjual produk seumpama itu.

“Tindakan hanya boleh diambil oleh Jakim jika produk berkenaan mempunyai logo halal atau apa-apa yang membawa maksud sama. Bagaimanapun, di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, setiap produk perlu mengisytiharkan sumber bahannya pada label.

“Kementerian tetap berusaha untuk menghalang situasi tersebut. Justeru itu, kita akan menggiatkan promosi maklumat kepada orang ramai selain mewujudkan akta halal yang kini dalam proses diperkemaskan sebelum dibentangkan nanti,” katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

25 April 2011

Main Tangkap Spider (Episod 1)


Dulu masa kecil sekolah rendah, kita orang ada satu permainan iaitu tangkap spider. Spider yang kita orang maksudkan ni bukan labah-labah biasa tapi yang boleh lawan. Bukan besar sangat spider ini, sebesar kuku orang dewasa saja.

Mencari spider ni menyeronokkan, kena cari kat daun tertentu seperti pokok bunga dan pokok lain. Biasanya spider ni duduk dalam daun yang melekat dua.

Jantan dan Betina

Spider ni ada jantan, ada betina. Tapi kita orang tangkap yang jantan, yang betina biasa tak tangkap. Yang jantan sepit dia panjang, yang betina sepit pendek dan punggung dia besar. Bila tangkap yang jantan tu, letakkan dalam kotak mancis atau dalam plastik kemudian tutup rapat-rapat.

Lawan Spider

Bila kita orang dah dapat spider masing-masing, maka berkumpul untuk lawan. Bila letak di atas tempat lapang, kalau jantan sama jantan dia akan lawan. Yang best tu masa tengok dia bukak sepit sebelum lawan, sungguh mengasyikkan. Biasanya spider yang menang adalah yang ada sepit panjang dan nampak liar.

Kemudian tu kita orang bela spider tu terutama yang menang tadi. Tapi umur spider ni tak tahan lama, dalam seminggu matilah dia kalau tak pandai jaga. Masa tu ramailah kawan-kawan yang cari spider untuk jadi juara.

Budak sekarang

Budak sekarang lebih suka main game dan mengadap komputer. Sampai mereka dah tak tahu macam mana main spider ni. Kalau tak silap saya, mula main spider ni sejak darjah tiga sampai darjah enam. Masuk sekolah menengah dah tak main dah. Tapi sampai sekarang, kalau ingat semula cerita main spider ni, sungguh menyeronokkan.

...BERSAMBUNG  Episod 2

Isteri Jumpa Cermin Mata Wanita Dalam Kereta Suami

Hari Ahad yang lapang, isteri bangun tidur awal, tak berapa ada kerja apa sangat. Kemas rumah dan sapu sampah dah siap. Maka si isteri pergi basuh kereta suami. Suami masa itu masih sambung tidur lagi, terdengar juga bunyi alarm dan tahu isterinya basuh kereta luar dalam.

Yang mengejutkan, isteri jumpa cermin mata hitam kepunyaan wanita di bawah tempat duduk masa mengemas dalam kereta. Susah juga suami nak jawab bila disoalsiasat. Cuma suami ni pandai, gaya muka dia macam dia tak tahu apa-apa pasal cermin mata tu.

Isteri pula mula buruk sangka kerana sebelum ini ahli mesyuarat tingkap dah pesan, suami dia tu hensem, dah tentu banyak peminat. Adakah perlu cermin mata itu dihantar buat DNA nak tahu siapa perempuan yang berani dating dengan suami dia tu.  Atau nak tahu pemilik dia, tak ada nombor siri pulak.....Isteri masih bingung tapi suami dia rilek saja, macam tak ada apa yang berlaku.

Perujian Berzanji Peringkat Negeri Johor 2011 di Kluang (Selasa)


Semua dijemput hadir ke Dewan Tengku Ibrahim Ismail, Kluang (Dewan Tasik) sempena perujian berzanji peringkat negeri pada Selasa, 26 April 2011. Perujian akan dimulakan jam 8.30 pagi melibatkat 22 wakil dari setiap daerah termasuk johan menunggu.

Semua dijemput untuk ke majlis penutup pada jam 8.30 malam Selasa 26 April yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor. Turut diadakan adalah Pameran Kesedaran Halal, pameran penguatkuatkuasaan dan pemeran zakat.    Jamuan juga disediakan kepada semua yang hadir selepas majlis  penutup sebelah malam.

24 April 2011

Sebuah Nissan Livina Kemalangan Lepas Solat Jumaat

22 April 2011, saya mengistiharkan penutupan sementara Masjid Jemek Simpang Renggam dan solat Jumaat terakhir kerana kerja-kerja pengubahsuaian. Dalam perjalanan pulang, jumpa satu kemalangan yang serius juga. Sebuah kereta Nisaan Livina langgar tiang letrik dan papan tanda. Kemudian ada sebiji motosikal dan penunggangnya cedera.



Rempit Atas Lori

Dirakam di jalan Simpang Renggam-Kluang semalam.

23 April 2011

Bawa Balik Makwe Tingkatan Dua Tidur Kat Rumah

KLUANG - Kegiatan tidak bermoral seorang gadis 14 tahun yang dibawa masuk ke rumah keluarga kekasihnya, akhirnya membawa pada apabila dicekup sepasukan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) daerah Kluang di sebuah rumah di Taman Sri Lambak kira-kira jam 2.25 pagi kelmarin.

Pelajar tingkatan dua itu ditangkap bersama teman lelakinya berusia 18 tahun yang bekerja di sebuah kilang di kawasan Kluang.

Kadi Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, tangkapan yang dijalankan itu adalah hasil daripada aduan orang awam yang memberikan maklumat kepada pihak penguat kuasa.

Pasangan remaja itu ditangkap ketika sedang tidur berdua dalam bilik rumah lelaki berkenaan.

“Sewaktu tangkapan dilakukan, ibu dan dua adik-beradik lelaki berkenaan sedang tidur di dalam rumah dan bapanya pula dikatakan pergi bekerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, hasil siasatan juga mendapati pasangan terbabit sudah berkenalan kira-kira lima bulan lalu.

Atas kesalahan itu, pasangan terbabit akan dituduh di bawah seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh membawa denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, pada masa ini penguat kuasa akan bertindak tegas dan sentiasa melakukan pemeriksaan dalam usaha mencegah maksiat di daerah Kluang.

“Oleh yang demikian, jika orang awam mempunyai maklumat berhubung kes maksiat atau sebagainya, bolehlah menghubungi talian bebas tol JAIJ yang beroperasi 24 jam iaitu 1-800-88-3072 untuk membuat aduan,” katanya.

(Dipetik dari Akhbar Sinar Harian 23 April 2011)

Anak Dara Suruh Tanya Isteri Lelaki Tu, Sanggupkah Bermadu...

"Ustaz boleh tolong tanya isteri lelaki itu tak. Tanyakan, sanggupkah kalau suami dia nikah lagi satu". Kata anak dara tu.

Anak dara tu umur 30 tahun, sebelum ini pernah putus tunang 4-5 tahun lepas dan masih belum berpunya. Dia mintak saya tanya sebab dia berkenan dengan lelaki tu 40-an, kerja di jabatan yang sama, pejabat berlainan. Cuma dia takut kalau isteri 40-an lelaki tu marah.

Amboi... soalan macam ni suruh kita tanyakan ker ? Kenapa tak tanya sendiri ?

Ingat Senang Ke Nak Usahakan Burung Walit...


KAHANG, KLUANG - Sebuah premis perniagaan makanan di sini, dikenakan kompaun sebanyak RM500 oleh Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) kerana pemiliknya menjalankan aktiviti industri burung walit di bahagian atas kedai berkenaan.

Kompaun berkenaan dikenakan kerana lokasi aktiviti industri burung walit yang dijalankan tidak bersesuaian.

Yang Dipertua MPK, Ahmad Ma’in berkata, tiada siapa boleh larang untuk menjalankan aktiviti industri burung walit, tetapi lokasinya perlu bersesuaian dan dalam kes ini aspek kebersihan amat ditekankan.

“Masyarakat sekeliling juga membuat aduan berhubung aktiviti yang dijalankan selain ia turut memberikan tekanan kepada pemilik kedai lain.

“Premis makanan berkenaan juga berhampiran dengan hotel dan ini menyebabkan pemiliknya tidak berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan kerana bunyi bising perakam suara burung walit mengganggu kawasan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, kompaun yang dikenakan ke atas premis berkenaan adalah kerana pemiliknya menyalahi Akta di bawah Seksyen 70(1) Ubahsuai Bangunan Tanpa Kebenaran dan Akta 133 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang boleh dikenakan kompaun sehingga RM500.

22 April 2011

Isteri Nak Cilikan Mulut Janda Tu


Maka isteri 50-an pun dah tak tahan dengan dengan suaminya 50-an yang selalu layan sms dengan janda tu. Satu hari tu, isteri tu sempat salin nombor telefon janda bergetah anak satu tu. Balik saja suami dari berkursus, suami kena serang hendap oleh isteri dia di ruang tamu.

"Awak ni pergi kursus ker, pergi berpoya-poya dengan janda tu...." Bebel isteri dia.

Suami panas betul tapi menahan sabar dan ditunjukkan fail dan sijil kursus. Dan satu lagi, nasib baik dia sempat ambil gambar dengan kawan sekursus yang disimpan dalam hphone dia. Oh yer, nak pesan pada suami yang isteri kuat cemburu... kalau pergi kursus jangan lupa ambil gambar dalam hphone, bukti kukuk tu.

Bila dah yakin suami dia betul pegi kursus, maka terdiamlah sekejap, bercampur hairan kenapa 'perisik' dia buat laporan suami dia jumpa janda tu. Suami dia tak layan sangat isteri yang ajak bertengkar tu. Suami buat macam tak tahu saja dan pergi layan tengok tv depan anak-anak. Isteri bengang dan masuk bilik. Dalam bilik di smsnya janda tu.

"Kenapa gatal sangat nakkan laki orang ni....". Sms isteri. Janda tu tak balas sms tu, buat diam jer.

Lama-lama isteri bengang, keluar satu sms.

"Kalau dapat jumpa kau ni, aku cilikan mulut kau..." Sms isteri.

Alahai, nak cili macam mana, tempat dan rumah orang tu pun tak tahu. Yang tahu, janda tu duduk di daerah itu, lain-lain maklumat tak tahu. Kalau jumpa pun, takkanlah nak bawak cili kat tangan, nanti tangan dia sendiri yang pedas.

21 April 2011

Rugi RM 100,00 Dalam Masa Setahun


Seorang lelaki 50-an, bermodalkan wang RM 100,000 untuk mengusahakan tanaman pokok pisang. Duit ini dikumpul berpuluh tahun termasuk kerjanya mengusahakan kebun sawait orang. Dia tanam  di tanah 20 ekar kebun sawit yang masih kecil, bukan sewa tapi percuma dengan syarat menjaga kebersihan kebun.

Tanaman pisang berangan, satu anak pokok dibeli dengan harga RM 1.60 dan RM 1.80. Dia menggaji 3 orang warga asing yang tinggal di dalam kebun berkenaan.

Dalam masa beberapa bulan, waktu pokoknya sedang  berbuah, ujian pun datang. Keseronokannya tak lama, apabila pokoknya hampir kesemuanya tumbang. Rupanya kawasan itu tidak sesuai disebabkan kawasan angin kuat seperti ribut menyebabkan pokoknya tumbang dan mati. Dia cuma dapat hasil tak sampai RM 10,000 iaitu saki baki pisangnya yang elok.

Wang RM 100,000 yang dikumpul sejak kecil, habis dalam masa tak sampai setahun. Simpati saya dengar cerita ini dan memberi semangat kepadanya supaya terus berusaha mengerjakan tanah dan mencari rezeki yang halal.

Yer, dia tak putus asa dengan kegagalan ini dan akan terus berusaha. Dia tak lama lagi akan mengusahakan ternakan lembu bermula dengan jumlah yang agak kecil.

Suami Isteri Gaduh Melalui SMS, Akhirnya Bercerai Melalui SMS


Isteri mulakan sms kepada suami, cakap macam boleh menimbulkan kemarahan suami. Suami kemudian balas sms, marah balik. Kemudian isteri makin panas dan hantar satu sms, lebih kurang begini,

"Saya nak awak ceraikan saya". Sms isteri.

Tak lama kemudian, suami balas sms tu.

"Ok, saya ceraikan awak". Sms suami dan isteri terima.

Keesokannya, suami dan isteri ini datang ke pejabat Kadi untuk menanyakan masalah ini. Adakah jatuh talak ?

Bila ditanya apa niat suami kata 'saya ceraikan awak'. Suami kata, dia memang berniat untuk ceraikan. Maka berdasarkan perkataan'cerai' yang dilafazkan suami, disokong oleh niat yang memang bermaksud cerai, maka berkemungkinan besar jatuh talak.

Cuma dari segi prosedur, pejabat kadi memberi nasihat kepada pasangan ini dan akan merujuk kes ini ke mahkamah. Bentuk nasihat adalah terlalu luas dan pelbagai berdasarkan sesuatu kes. Hanya hakim mahkamah yang akan memutuskan sama ada jatuh talak dan juga jumlah talak sekiranya jatuh.

20 April 2011

Isteri Cemburu, Suami Bantu Janda


"Betul ker suami saya pergi kursus ustaz, ker dia pergi jumpa perempuan tu...". Kata wanita 40-an ini.

Begitulah antara yang diceritakan wanita enam orang anak ini. Suaminya kerja kerajaan 40-an, sekarang pangkat dah agak tinggi sikit suaminya, kira berduitlah sekarang. Masalahnya, isterinya sering cemburu dan syak yang bukan-bukan.

Isteri sedar yang suami ada kenalan, seorang janda 30-an, anak satu, baru bercerai setahun lalu. Suaminya pula selalu layan telefon dan sms dengan janda ini. Pernah juga suami kantoi sebab tak delate sms. Bila ditanya pada suaminya, 

(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)

19 April 2011

Khalwat : Datuk Salim Parlan Didakwa

Pulau Pinang : Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan

Hati-hati Penipuan Pelaburan Jual Beli Emas, Berleluasa Sekarang (Episod 1)

 

Setakat hari ini, saya sudah dapat tiga cerita yang lebih kurang sama iaitu satu pelaburan jual beli emas melalui jualan lansung. Kegiatan ini sedang bergerak dalam senyap dalam kumpulan kecil dan mula mempengaruhi orang ramai.

Beberapa cerita yang saya dengar, di sini sedang giat dijalankan oleh ustaz dan cikgu. Kepada ustaz dan cikgu, saya nasihatkan diri anda janganlah diperalatkan oleh sesuatu yang meragukan dengan memasuki skim yang meragukan ini.

 Kesian saya pada ustaz-ustaz yang macam ini, ustaz ini ikhlas untuk meningkatkan ekonomi hidup dia dalam ekonomi yang semakin mencabar sekarang. Tapi, ustaz ini lupa, yang perniagaan ini bukanlah betul. Perniagaan ini amat meragukan dan bergerak dari mulut ke mulut dan sekali sekala membuat perjumpaan melalui  kumpulan kecil.

 Katanya, perniagaan emas sedang laris dan akan meningkat harga sekarang dan skim ini menawarkan pelaburan yang menguntungkan. Memanglah betul dan disokong dalam sebuah akhbar harian dua tiga hari lepas yang harga emas akan meningkat. Tapi semua itu adalah ramalan saja seperti ramalan pasaran saham atau ramalan harga minyak. Kalau saya cakap ramalan nombir ekor, pasti orang marah saya pulak. Lagi satu, kenapa pula nak beli emas dengan cara jualan lansung ?

Skim Ini Macam Mana ?

Bila ditanya lanjut, ustaz ini mengelak untuk jawab sebab dia kata tak mahir untuk jawab. Sudah lah ustaz.... kalau ustaz tak boleh jawab walaupun soalan saya bukan susah sangat, kenapa pula ustaz mempengarui orang lain untuk masuk skim ini ?

Maknanya ustaz ini pun tak tahu sangat, dia masuk saja dulu untuk jadi orang yang mula-mula masuk. Kalau lambat nanti, ustaz ini tak dapat keuntungan yang macam ini, rasa sayalah. Sudahlah ustaz, nasihat saya pada ustaz dan cikgu, janganlah kita ini mudah diperalatkan. Kita ini ustaz, orang suka gunakan termasuk hendak menipu.

Ustaz ini kata, kalau nak tahu lanjut, datang ke tempat sekian, tarikh sekian dan akan dengar taklimat seorang dari KL. Amboi kalau orang luar dari KL saja, entah-entah dari negari  lain, tapi main sebut KL saja. Dalam taklimat itu nanti, akan digunakan video dan sebagainya untuk pembakar semangat kepada orang yang hadir supaya masuk skim ini. Macamlah juga dengan jualan lansung.

Mana Ada Jual Emas Jualan Lansung

Tak ada jual emas secara jualan lansung atau MLM. Yang ada itu seperti Zhulian (itu MLM yang disahkan dan berlesen), itu bukan emas tulin. Tapi skim ini katanya ini emas tulin dan pelabur akan dapat keuntungan berlipat ganda. Kenapa berlipat ganda ?

Setahu saya, yang akhbar tulis dua tiga hari lepas kata, kenaikan dijangkakan 30 peratus saja. Tapi saya percaya, sendikit ini akan kata nak kasi keuntungan jauh lebih tinggi dari ini. Yer le, kalau rendah setakat 30 peratus, tak ada orang nak masuk.

Mana Dia Emas ?

Yang orang ini kata jual emas, mana dia emasnya ? Ada dalam kereta ker ? Tak sayang nyawa ker, simpan emas bernilai tinggi dalam kereta. Kalau jual lansung Zhulian itu pun cuma ada katalog saja, barang kat kedai atau stokis. Jadi, kalau emas tak ada, kenapa kita nak beli emas ?  Entah-entah, serah duit, emas tak dapat.

Beli Emas Tapi Simpan Pada Orang Itu

Mungkin juga, kita beli emas, dengan kasi duit pada orang itu tapi kita tak dapat emas. Katanya emas itu disimpan dalam bank orang itu. Kita cuma ada geran atau surat dan boleh tengok keuntungan pelaburan kita dalam internet.

Ada juga syarikat yang ditubuhkan untuk mengendalikan pelaburan dan penyimpanan emas ini. Kita nampak syarikat ini kukuh tetapi selepas ini belum tahu. Tengoklah dulu masa kegawatan ekonomi, bank dan syarikat besar pun boleh rugi, apalagi syarikat yang baru dan membuat pelaburan dalam satu bidang saja.

Ada juga bank tempatan yang masih baru menawarkan pelaburan emas ini. Saya ingatkan, sebelum kita buat pelaburan, kita kena tahu betul-betul terma dan syaratnya. Janganlah percaya sebarang saja dengan orang yang bercerita tu.

Dulu Dah Banyak Penipuan Jualbeli Emas

Dulu dalam tahun 2002, sampai sekarang dah ada pelaburan emas ini. Lepas itu syarikat ini tutup dan ramai pelabur tertipu termasuk ustaz-ustaz yang jadi orang kuat dalam pelaburan ini dulu. Ada juga beberapa syarikat yang nampak macam halal rupanya sindiwara setelah jadi jutawan dengan cara menipu. Ada juga yang didakwa, tapi mereka dah kaya raya. Ataupun, yang kena dakwa ini adalah orang tengah saja, yang perancang utama hidup senang lenang.

Sekarang Macam-macam Penipuan

Sekarang pelaburan emas ini dijenamakan semula, diadun dan diuli supaya rasanya enak sekali. Iaitu, cara akan diubah dan disesuaikan untuk taktik penipuan lebih bermutu tinggi. Yang mula dicari dan ditangkap adalah ustaz-ustaz sebab ustaz ini orang lebih percaya sedangkan ustaz ini tak tahu yang mereka sebenarnya tertipu. Jangan kita kena tipu, saya cuma nak pesan, berhati-hati....

Suka saya jelaskan, bukan semua pelaburan emas adalah penipu. Kalau nak selamat, melaburlah di bank-bank terutama bank ternama yang juga ada menawarkan pelaburan emas ini.

Jangan Tak Tahu, Harga Emas Juga Boleh Turun

Jangan terlalu ghairah membeli emas atau melabur dengan pembelian emas. Sebenarnya harga emas boleh turun naik seperti harga minyak dan bursa saham. Jadi kalau kita beli pada harga itu, kemudian turun, maka kita akan rugi.

Masalahnya, orang yang pujuk kita masuk skim ini kata, walau apa pun berlaku, harga emas akan tetap meningkat. Itu tak betul sama sekali.


Dulu Dah Banyak Orang Kita Kena Tipu

Dulu orang kita dah banyak kena tipu Skim PakMan Telo, Faza Amal, Swiscash, Empay, saham lintah, saham ikan keli, saham ternak kambing, saham tanam serai,  Saham Hj Jasman dan lain-lain. Hati-hatilah, sekarang macam-macam perangkap terutama kepada yang ada duit. Simpanlah di tempat selamat seperti Tabung Haji dan ASB.

Sambung ke Episod 2:
http://kadikluang.blogspot.com/2011/07/tak-lama-lagi-akan-ramai-merana-kena.html

18 April 2011

Baru Empat Bulan Nikah, Rumahtangga Dah Goyang

Rasanya baru lagi pasangan ini pergi kursus kawin, lepas tu nikah. Lelaki dan wanita lewat 20-an, wanita kerja kerajaan. Baru-baru ini mengadu masalah rumahtangga dia, katanya tak ada persefahaman. Lebih menyulitkan, suami katanya sudah terlepas cakap yang bermaksud cerai.

Ceti Haram Semakin Melampau


Perbuatan melampau sebuah premis peminjam wang berlesen menagih hutang dengan mengurung seorang peminjam pada Selasa lalu, membawa padah apabila diserbu polis.Mangsa, lelaki tempatan berusia 34 tahun dipercayai dikurung bermula pukul 1.11 petang di premis berkenaan di Sinsuran Kota Kinabalu, sebelum diselamatkan pukul 3.55 petang.

Dalam serbuan itu, polis memberkas dua lelaki yang menahan mangsa sebelum menangkap tiga lagi dalam operasi susulan pada 13 dan 14 April lalu dengan kesemua suspek berusia 26 hingga 34 tahun. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, siasatan mendapati mangsa gagal membayar balik pinjaman kepada syarikat itu sebanyak RM3,000.

16 April 2011

Siapa Datuk, Pegawai Kanan Kerajaan ditangkap Khalwat di Pulau Pinang ?

16 April — Berdasarkan laporan akhbar hari ini, seorang pegawai kanan sebuah kementerian bergelar ‘Datuk’ ditangkap awal hari ini selepas dipercayai berkhalwat. 

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang  bersama seorang anggota polis menyerbu sebuah hotel mewah di Batu Ferringhi kira-kira pukul 4 pagi dan mendapati lelaki berumur 51 tahun itu bersama pasangannya, 28, yang juga bekerja di kementerian yang sama, dalam sebuah bilik. Menurut sumber, lelaki ini adalah seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian.
Siapa lelaki bregelar Datuk ini ? Tunggulah masa dia didakwa di mahkamah nanti, barulah boleh diberitahu. Itupun kalau dia didakwa selepas pihak pendakwa berpuashati untuk mendakwa mereka.

Datuk Salim Parlan Didakwa Khalwat

Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 (rasmi)


Keputusan penuh :
BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1)

Analisa ringkas :
BN berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) berjaya menambah kerusi dari 8 pada tahun 2006  kepada 15 kerusi kali ini. DUN Pelagus adalah satu-satunya kerusi yang dimenangi calon bebas.