Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Mei 2011

Ada Juga Kedai Jual Top Up RM 10.20


Terkejut juga tadi, nak beli top up telefon sepuluh ringgit tapi tauke bangsa Cina tu kata RM 10.20.

"Apa pasal ada 20 sen ?" Tanya saya.

"Kita ambil untung 20 sen saja, sepuluh ringgit tak untung". Kata tauke perempuan tu.

Saya tengok dalam poket saya, tak ada duit 20 sen, susahlah kalau kena balik duit kecil nanti.

"Okey sori tauke, tak jadi beli" Kata saya.

"Okey tak apa, tak apa". Kata tauke tu.

Saya ke kedai lain, selang dalam lima kedai saja dengan kedai tu. Di situ jual top up sepuluh ringgit dengan harga sepuluh ringgit juga.

Pelik juga perkara ini berlaku di sini, kawasan bandar, bukan di kawasan rekreasi atau tempat terpencil. Bukan itu saja kedai telefon, banyak lagi dan kita boleh ke kedai lain. Saya tahu ini merupakan satu  kesalahan kepada peniaga ini.

4 ulasan:

  1. dulu masa pakai prepaid mmg sy terpaksa beli top up yg berharga rm10.20, rm30.20, sbb malas nak kedai lain yg jauh

    baguslah ustaz ke kedai lain

    BalasPadam
  2. diaorg ni semua nak untung lebih la tu.....

    BalasPadam
  3. kalau jual topup mmg ada untung.. sbb mereka beli topup RM10 pada harga 9.50-9.80 .. ikut pada quantity.. lagi banyak dia beli lagi rendah harga topup tu...

    BalasPadam
  4. xsilap sy..
    dulu penah kluar isu ini..
    katanya bleh dibuat laporan...
    ingat2 lupa la pulak...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.