Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 Mei 2011

Pelajar Sekolah Campak Kotak rokok, Terjun Dari Bas


Tengahari tadi di satu lokasi, saya lalu belakang sebuah bas. Tiba-tiba nampak pelajar buang kotak rokok dari dalam bas. Saya ambil telefon nak ambil gambar, nak rakamkan gelagat dia orang.

Tak lama lepas tu bas berhenti dan pintu kecemasan di belakang sebelah kanan dibuka dari dalam. Kemudian ada seorang pelajar terjun. Oleh kerana terjunan dia tak berapa betul, dia jatuh tertiarap. Mungkin lutut dia luka.

Dia bangun cepat, macam malu sebab saya tengok. Dia lintas depan saya, berjalan selamba jer tapi kaki dia terhencut-hencut. Alahai... kenapalah ikut pintu kecemasan, pintu depan kan ada. Kan merbahaya tu, kereta saya di belakang, nasib baik perlahan, kalau laju tak sempat nak brek. Pintu kecemasan tu kan sebelah kanan jalan bukan kiri, kan merbahaya.

3 ulasan:

  1. Macam2 pengalaman ust sempat rakan .. tapi kan, ust amik gambo sambil driving ke? shhh... polis/jpj tahu nanti ... ustaz kena..

    BalasPadam
  2. BDK TUE DOK BLAKANG SKALI.....DRIVER BAS SOUND KT DIER SBB MROKOK CZ BDK POMPUAN BISING2 ADER ORG ROKOK......DIER GELABAH TRUS BUANG ROKOK........TP DISEBABKAN KANTOI...N TKT DASPA2KAN DIER TRUS KUAR DR PINTU BLKNG SBB X MAU TESEREMPAK DGN DRIVER BAS

    BalasPadam
  3. Kenapa suka merokok? Adakah jwpan2nya ni?:

    1) Ayah merokok depan anak2 sejak anak2 tu bayi (tapi kenapa anak lelaki aje yg terpengaruh, anak perempuan tak?) ..bab ni nek salute mak2 kerana tunjuk contoh baik ..

    2) Ego, nampak mcm maco (ye ke?). Yg mulut busuk tu tak sedar ke? 100% anak2 perempuan & isteri2 tak suka ayah2/suami2 merokok, tapi terpaksan terima sbb, kalau dinasihatkan, boleh gaduh besar..

    nek

    BalasPadam

Dipersilakan komen.