Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 Mei 2011

RENUNGAN : Gambar Anak Yatim Bernasyid Sebelum Meninggal Dunia Dalam Runtuhan


Gambar ini dikatakan diambil pada hari kejadian Tanah Runtuh di Madrasah Al-Taqwa, Ulu Langat, Kajang. Sebahagian dari mereka telah kembali ke rahmatullah beberapa minit selepas gambar ini dirakamkan.

Lihat betul-betul gambar anak-anak ini...

Mereka kelihatan gembira dan tersenyum walaupun beberapa minit lagi malaikat Izrail akan menghampiri mereka, seterusnya mencabut nyawa mereka dari dunia ini. Mereka pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita yang masih hidup dan meratapi kematian mereka. Sedangkan anak-anak ini tersenyum riang di saat kematiannya. Senyuman ini membawa makna yang cukup besar kepada kita yang masih hidup ini.

Kenapa mereka tersenyum ?.... Yer, mereka tersenyum kerana akan mengadap Allah dalam keadaan suci bersih seperti pakaian putih yang mereka pakai itu. Insyaallah, syurga milik mereka semua. Anak-anak kecil seperti ini ibarat kain putih yang tiada dosa  seperti orang dewasa. Ditambah lagi, suasana hidup mereka cukup bersih.

Semua ini berlaku dengan kehendak Allah yang mencintai anak-anak ini walaupun ramai insan yang menyayanginya di dunia ini terutama keluarga mereka. Janganlah kita menuduh mana-mana pihak, termasuk kenyataan yang mengatakan bangunan ini tidak mendapat kelulusan dan sebagainya. Ini bukan masa yang sesuai untuk mengeluarkan kenyataan ini sekarang.

Jangan ungkit itu semua, sebaliknya kenangkanlah pengorbanan pelbagai pihak yang menyumbang kepada penubuhan madrasah ini termasuk pemilik, penderma, guru dan individu yang tidak dikenali yang merupakan amal jariah kepada amal kebajikan yang tak ternilai ini.

Pengorbanan

Alhamdulillah, mereka semua mati dalam keadaan Islam dan iman. Mereka dibesarkan dan diberikan pendidikan agama yang cukup baik di situ. Sungguh tidak silap ibubapa   atau sedara mara yang hantar anak-anak ini ke sini. Biarpun tempat ini terpencil dan jauh dari suasana bising dan sibuk di kota, mereka tetap damai di sini. Dulu Nabi Muhammad pun dihantar ke kampung mengikut ibu susunya Halimatun Saadiah dan jauh dari kecelaruan masyarakat di ibukota.


Keimanan Tidak Runtuh

Walaupun mereka meninggal dunia dalam runtuhan, akhlak mereka tak pernah runtuh. Di alam kubur dan akhirat kelak, semoga roh dan keimanan mereka tetap teguh selama-lamanya. Berbanding anak-anak lain di luar sana yang hidup bukan dalam suasana seperti ini. Kalau mereka menemui ajal, adakah dalam keadaan yang baik seperti ini ? Belum tentu.

Alfatihah kepada anak-anak ini yang telah pergi. Takziah kepada keluarga dan sahabat-sahabat mereka.



4 ulasan:

  1. betul ustaz, kita boleh bersedih tapi jangan terlampau meratapi kerana sudah pasti mereka sudah terpilih untuk mendiami syurga.

    teringat sesetengah keluarga bila anak kecil meninggal mereka ungkit terkilan tak sempat pakai baju rayala, tak sempat itu ini..memang sedih tapi hakikatnya bergembiralah anak-anakmu adalah penghuni syurga!!!

    saya juga terkilan bila ada orang menuduh itu dan ini..bila dah jadi semunya salah pemilik dll..macam eksiden bas jugakla, bila eksiden semua salah pemandu bas. macam mana pula 40 org penumpang yang ada masa pemandu bas bawa bas..perkara-perkara macam ni harus direnung. Kita yang hidup perlu ambil pengajaran.

    BalasPadam
  2. Al fatihah..

    Semoga roh-roh mangsa tragedi ini bersemadi dengan aman di alam Barzakh..

    Dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.. Amin..

    Entri Terkini Di Blog Saya:
    Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
    Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

    BalasPadam
  3. Betul tu ustaz.
    Yg pasti mereka2 ni kbnyakan blum baligh, masih muda .. banyak masa dgn program2 Allah, kata ulamak2 ,dosa tak de lagi, confirm syurga. Sedih pada penjaga/ibu bapa mereka sekarang, tapi gembira di sana kerana disambut anak2 ni.

    Kita yg Allah beri peluang lebih umur ni cam ne le..dgn mcm2 ujian & dugaan --> nafsu, harta,pangkat, pasangan, anak2 & keturunan, jiran, keluarga, perasaan, tindakan, nak sokong mana, dll...

    Ya Allah,ampunkan & bantulah kami..

    nek

    BalasPadam
  4. Semasa kejadian tanah runtuh dan mengorbankan beberapa orang kanak-kanak ini, hati saya begitu sayu dan sedih kerana kebanyakan daripada mereka masih belum mengenali sepenuhnya kehidupan di dunia ini. Tetapi Allah amat menyayangi mereka kerana memanggilnya di dalam usia yang begitu muda. Dengan pakaian yang begitu bersih, putih dan suci seolah-olah mereka sudah tahu mereka akan menghadap tuhan mereka. Beruntunglah ibubapa kepada anak yang meninggal dunia di dalam tragedi ini kerana merekalah penghuni syurga Insyaallah yang akan membantu dan menolong kedua ibubapanya ketika di alam akhirat nanti. Alfatihah untuk mereka. Marilah kita sama-sama menjaga dan mendidik anak-anak kita mengikut landasan dan ajaran Islam dan berdoa semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa akan mendoakan kita apabila kita sudah tiada di dunia ini nanti.

    Ya Allah ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia, dosa keluarga kami, dosa saudara mara kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat dan rakan taulan kami dan dosa sekelian umat Islam di dunia ini.


    Mus
    14 Jun 2011

    BalasPadam

Dipersilakan komen.