Saya Pernah Gila....
Satu saja saya nak cerita, masa tu saya ada masalah yang kira macam berat juga. Masa itu saya menyendiri dan semacam tak mahu diganggu. Saya pergi memancing sorang-sorang. Lokasinya jangan ditanya. Jauh berpuluh dan beratus km pun saya sanggup ke sana seorang diri. Masa memancing tu amat menyeronokkan dan lapang fikiran.
Memancing ni tak perlu kawan, sebab kawan kita ramai dalam air tu. Ikanlah kawan kita. Dia sanggup jadi kawan kita dan sesiapa yang nak berkawan dengan ikan.
"Wahai ikan.... engkau lebih memahami perasaanku. Lebih baik aku berkawan dengan engkau. Engkau tak ada perasaan dan hidup kau tenang dan bahagia. Tak macam manusia".
"Hai ikan... kau memang ikan. Aku bukan ikan, aku manusia. Manusia ni nampak macam bahagia tapi belum tentu bahagia. Berkawan dengan manusia, masa kita senang ramai kawan, kalau susah kawan mula lupa kawan"
Itu adalah antara perbualan saya dalam hati dengan ikan tu. Walau pun kekadang tak dapat ikan, tapi saya tetap bahagia memegang pancing dan tengok kocakan ikan di air. Allah Maha Besar Kekuasaannya. Sehingga memancing ini pun adalah satu jalan mencari ketenangan diri dan melihat kebesaran Allah Taala.
alahai ustaz ni all rounder betul...
BalasPadamtahinah .. muda2 bagus buat macam2, tenaga sedang kuat, klu dah tua mcm tok ni, cepat letih .. tengok aje atau berkelah lama2 pun dah letih..
Nie area saya slalu mancing ikan dgn wife. Sjk wife pregnant saya pun kena ikt pntg...stop skjp...hehehe....
BalasPadamEn Burn, kadang2 nek tengok ramai sangat org mancing kat pantai2 yg macam cetek aje, ada ikan ke? Ikan apa yg selalu ada? Just curious. Nek ada juga sesekali pi tempat tu bila balik kg, makan asam pedas kat gerai, tapi kebetulan tak de pula pertandingan mancing macam tu.
BalasPadamnek