23 Mei 2011
Terpaksa Kena Nikah, Tapi Belum Bersedia
Seorang lelaki lewat 20-an, sudah macam terpaksa kena nikah. Bagaimanapun dia belum bersedia sangat terutama dari segi kewangan. Bila ditanya, macam mana yang dikatakan terpaksa tu, katanya atas desakan keluarga perempuan.
Bila ditanya lebih lanjut lagi, bagaimana desakan itu, maka terdedahlah rahsia yang dia telah buncitkan perempuan tu 20-an. Katanya dah masuk 4 bulan mengandung luar nikah. Dulu sama-sama sedap-sedap buat kerja kat hotel, sekarang mula rasa siksaannya.
Salah Memang Salah
Masalah memang masalah, salah pun memang salah. Lelaki dan perempuan sama-sama salah, mereka dah terlanjur dan berzina, dia tahu berzina itu dosa besar. Pulak tu, perempuan tu pun dah mengandung dan apa nak buat sekarang ?
Keluarga Perempuan Tahu
Dah tak boleh disorok lagi. Keluarga perempuan pergi serang dia di kilang tempat kerja lelaki. Habis tak tentu arah dibuatnya dan heboh satu tempat kerja kerana kejadian tu. Bos dia panggil dan lelaki ini kata dia nak selesaikan dengan sebaiknya masalah hidupnya ini.
Nak Nikah
Sekali fikir, dia nak nikah kalau boleh secepat mungkin seperti desakan keluarga perempuan itu. Dia akur, menyesal memang menyesal, tapi benda ini sudah berlaku atas dirinya.
Masalahnya
Masalahnya, lelaki ini tidak bersedia lagi. Gajinya tak berapa ratus sangat, kerja kilang. Tolak duit hutang moto, sewa rumah, duit rokok, minyak moto dan lain-lain termasuk duit topup prepaid, setiap bulan gajinya tak cukup. Perempuan itu juga dulu kerja kilang, sekarang dah berhenti dan duduk rumah mak ayah tanggung.
Jadi kalau berkahwin, lelaki fikir kalau nikah, nanti bebanan ekonomi cukup berat. Ditambah lagi harga barang makin naik, turun tidak.
Tolonglah Bantu
Kepada pembaca blog saya, terutama pembaca setia saya, tolonglah bantu masalah sahabat kita ini. Dia sedang ada masalah besar....
"Patutkah nikah ? Sedangkan belum sedia.". Ini persoalan lelaki ini.
Awal-awal saya pesan, jangan menyalahkan dia, betul dia memang salah, dia berzina sampai dapat hasilnya di perut aweknya itu.
Dipersilakan komen....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
asslamualaikum ustaz... pada pendapat saya pasangan tersebut kena bernikah jugak sebab utamanya lelaki tersebut kena bertanggungjawab kat perempuan tu. Bersedia atau tidak lelaki tersebut kena berkahwin dan untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan terhadap perempuan tersebut.
BalasPadamYang prihatin,
Cik Mya, Skudai
bagai ditelan mati bapak diluah mati emak. nikah bukan juga jalan penyelesaian dan mungkin juga jalan untuk bawa dia kepada perubahan.
BalasPadamPada pendapat saya pasangan ini perlu dibimbing. Mak dan ayah mereka patut juga ambil tanggungjawab untuk bimbing, bantu anak-anak ini supaya dapat cari jalan yang benar. Malah untuk tingkatkan kesedaran anak muda ini terhadap tanggugjawab perkahwinan, mereka perlu lalui pembelajaran ataupun kaunseling secara berkala.
Nikahlah, duduk dengan keluarga. yang perempuan setelah nikah perlu bekerja. Saat ini dengan gaji yang tak menentu, ilmu yamg munkin tak menentu, kembali kepada Allah itu yang sebaiknya. Jadi hamba yang taat, pasti Allah buka jalan dan rezeki. Dan mereka perlulah berusaha dengan lebih keras dan cuba cara hidup yang paling berjimat. mungkin lelaki tu juga patut buat dua kerja atau berusaha mencari kerja yang lebih tinggi gajinya. dah kahwin kena tinggal semua perkara-perkara yang enjoy2.
keluarga terpaksalah sokong dan bantu sedikit sebanyak. at least bg tumpang dok di rumah. lelaki tu sila berhenti merokok dan topup untuk keperluan saja. nak nikah takyah dok buat grand2..buat kenduri kesyukuran sudah.
apapun perkahwinan bukan jalan keluar masalah. anak-anak muda yang tersilap inilah yang terlebih dulu PERLU SEDAR dan berusaha untuk faham dan belajar tangungjawab dalam perkahwinan. jika kahwin hanya untuk menutup malu saya khuatir perkahwinan ni tak sampai kemana.
saya doakan apapun keputusannya, semuanya adalah membawa perubahan yang membawa kepada jalan ketaatan kepada Allah. Amin.
setahu saya, kalau dah tahap terdesak sehingga ke tahap berzina, dah hukumnya wajib
BalasPadamtak ada duit bkn alasan, semua org tak ada duit dgn kenaikan harga brg yg berganda2 tp gaji tak naik, yg pntg cara hadapi krisis tak ada duit tu
tak ada duit buat yg wajib mcm sy buat, tak yah buat majlis grand konon nak jaga hati semua pihak
org kaya pun sentiasa tak ada duit sbb kerak mereka besar, apa kata kita kecilkan kerak kita
tak payahlah nak merokok, duit merokok tu sebenarnya dah boleh saving utk kahwin? dah berapa tahun merokok? 10 thn? pasti lebih aihhh, cuba hitung jumlah duit rokok tadi, dah boleh bayar duit hantaran pun rasanya.
alasan sapa pun boleh cipta, yg pntg cara hadapi masalah
sy pun tak ada duit jugak, selamat sudah kahwin
urmm..masalah kan...sebab tu kena beringat...
BalasPadambagi kes ni, ummi rasa perlu dinikahkan dengan segera..sokongan keluarga amat penting betul kata Puan Rulza..ummi memang sokong...tak perlu buat majlis yang gah dan gemilang..teruskan dengan yang wajib.
InsyaAllah bila dah bernikah n lahir anak tu nanti rezki yang dijanjikan Ilahi akan ada...namun kita perlu berusaha jangan tunggu rezki dtg bergolek sahaja...
Nikah la dulu di pejabat kadi. Tak kenduri 3-dulang pun tak apa. Lepas tu struktur semula sumber kewangan. Pasangan ini kedua-duanya kena bekerja. Berbelanja sekadar yang perlu sahaja. Rokok & HP boleh ditiadakan dari senarai. Makan masak sendiri kerana lebih jimat. Mulakan hidup baru.
BalasPadamsaya setuju dgn saranan Rulza & Ummi..yang penting nikah dengan segera...kalau ikutkan xcukup..sampai bila pun tetap cakap tak cukup..satu lagi buatlah perubahan untuk diri sendiri lelaki itu..perubahan secara drastik pun xboleh jugak..secara slowly2..merokok tuh xpenting lagi xperlu langsung..buang duit jerr...sekotak rokok jer dah nk cecah rm10..isap sekotak leh 2 hari (tegar)...kalau duit 10 bawak beli lauk..ada jugak faedahnya...sya yakin jika dia mahu perubahan dalam hidupnya...Allah akan permudahkan semuanya...kita doakan yg terbaik untuk dia dan bakal isterinya..aminn
BalasPadamAssalamualaikum w.b.t Tuan...
BalasPadamHuhu... Ramai sungguh pembaca setia blog Tuan dikalangan wanita..
-OrAng KampungKu DiSini-
Patut nikah....sedia tak sedia dari segi kewangan adalah hal no 2..saya doakan rezeki bertambah..mana tau si lelaki boleh lah start keje sampingan ke (buka kedai burger ke) or meniaga MLM ke...rezeki utk baby mesti ada...
BalasPadam