Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Mei 2011

Petrol RON97 Naik 20 Sen, Bertukarlah Pada RON95

Petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, naik 20 sen. Bertukarlah ada RON95 kalau nak jimat. Harap-harap lepas ni janganlah  RON95 naik pulak.

Bertukarlah

Pakai RON97 ini mahal dan tidak menjimatkan kalau nak dibandingkan dengan RON95. Saya pernah cuba pakai RON97 masa harga dalam 2.50 dalam perjalanan Kluang- Terengganu. Kuasa pecutan memang lebih sikit tapi dari segi jaran kilometer, nampaknya tak menguntungkan. Itu harga 2.50, sekarang 2.90 lagilah tak untung.

Ini Caranya

Pesan saya pada orang yang mula nak tukar pada RON95 dari RON97, kena tunggu sampai minyak isyarat merah, hampir kosong. Kemudian pergi isi dalam RM10.00 RON95. Kemudian pakai sehingga dah nak habis minyak, barulah isi penuh RON95. Biasanya kereta kita okey jer.

Tapi,  kalau kereta kita ada semput-semput atau senggugut atau kejap enjin tinggi, kejap rendah, dinasihatkan supaya pergi ke bengkel dan buat pelarasan (tuning enjin). Sedialah duit dalam RM 100.00. Tapi kena cari kedai yang pakar buat tuning ini dan ada cukup alat. Lepas itu jangan isi RON97 dah.

3 ulasan:

  1. salam ustaz, saya pun mungkin terpaksa bertukar ke ron 95.

    tapi bole tak saya tahu, knp kita perlu isi RM10 dulu... lepas tu baru bole isi penuh. knp 'e?

    maklumbalas amat dihargai.

    BalasPadam
  2. ibnrush.... Kereta saya Accord SM4 tersenggut-senggut kalau dicampur RON95 dan RON97. Jadi kena pastikan RON97 kosong dulu kalau nak isi 95, sebab itu masuk RM10 dulu.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.