Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder'. Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
“Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam.
Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web http://www.halal.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
Berita ini dimuatkan dalam akhbar Berita Harian hari ini.
Syarikat apa ya?
BalasPadam