05 Mei 2011
Tragedi Air Terjun Ulu Bendul, Waspada Selalu
Tahun lepas saya ada memuatkan dalam blog saya gambar tragedi ngeri yang meragut beberapa orang yang sedang mandi di air terjun. Kemalangan berpunca dari hujan lebat di atas gunung yang tidak disedari oleh orang yang sedang seronok mandi.
Tiba-tiba saja air besar datang dan menghanyutkan orang yang sedang mandi, juga kepada orang yang duduk di tepi kalau air semakin besar. Saksikan gambar ini.......
Dicadangkan supaya pihak berkuasa menempatkan seorang pengawal di setiap kawasan rekreasi air terjun, tidak kiralah di mana, bukan saja di Ulu Bendul, lain-lain pun sama. Boleh dipasang isyarat seperti loceng atau siren sekiranya air besar datang dari atas dan membolehkan orang yang mandi menyelamatkan diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
betul tu pegawai penyelamat harus disediakan
BalasPadamutk tujuan pemantauan dan keselamatan
takziah kpd family yg kehilangan 3 anak sekaligus
semoga roh mereka dicucuri rahmat
Assalamualaikum ustaz...
BalasPadamKejadian ini dulu pernah terjadi di Gunung Ledang, dan memang menggunakan siren amaran, sekarang tidak tahu lagi lah, beberapa minggu sebelum kejadian ini, berlaku juga sepertinya di seremban (sangat hampir dengan rumah saya) sepatutnya pengunjung lebih peka dan berhati2- selain itu perlu juga di sediakan pengawal seperti di Gunung Ledang.
apa apa pon salam takziah kepada keluarga dan waris mangsa.