Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Mei 2011

Kereta Wira Terbalik Jalan Kluang- Simpang Renggam



Dalam perjalanan menyampaikan ceramah di Simpang Renggam, dari Kluang selepas penjara ada selekoh tajam berhampiran Taman Rengam Jaya dalam jam 8.00 pagi. Sebuah kereta proton Wira terbalik, mungkin terbabas dan tidak melanggar kenderaan lain.


Masa pulang dan lalu dalam jam 11.00 pagi, kenderaan sudah dialihkan dan kelihatan kesan di penghadang jalan sebelah kiri.

Nasihat saya, berhati-hati di selekoh tajam yang kerap berlaku kemalangan di situ. Ditambah pula kalau kereta kita suspensi kurang baik terutama di selekoh dan tidak membuang. Kereta saya Peugeot 405SR kawalan stering baik di selekoh. Rasa saya, kereta model Eropah semuanya begitu dan baik sewaktu membelok di selekoh. Kereta Honda saya kalau di selekoh ada sedikit rasa kurang yakin kalau bawa laju. Jadi berhati-hatilah dan kurangkan kelajuan.

4 ulasan:

  1. ustaz kereta peugeot ngan citroen mempunyai suspensi terbaik di dunia. suspensi dia terumatanya suspensi belakang amat2 berlainan dengan kereta model lain(x pakai spring absorber), suspensi belakang amat2 fleksibel berfungsi seperti spring yang ada remote control.

    BalasPadam
  2. Bawa la berhati2...sbb kenderaan terbaik didunia pun...jika tidak dipandu dgn betul dan berhemah...boleh jadi seperti perkara diatas juga...

    BalasPadam
  3. salam....
    saya nak tanya
    berlaku salah faham antara suami isteri dengan isteri memberitahu bahawa die payah nak percaya pada suami dan si suami telah cakap "nak cerai?cerailah"
    adakah ianya telah jatuh talak walhal niat suami tujukan pada isteri bukan cakap nak ceraikan isteri

    BalasPadam
  4. Dalam kes ini, eloklah suami isteri datang ke pejabat agama berhampiran untuk membuat aduan. Atau salah seorang yang datang dulu. Nanti pegawai berkenaan jelaskan.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.