Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Mei 2011

Jangan Cepat Percaya Kononnya Suami Dah Nikah Lagi


Kalau ada orang menyampaikan satu berita, siasat dulu kebenarannya. Ceritanya bukan cerita biasa, tapi bisa mencetuskan huruhara dalam rumahtangga. Katanya suami dia nikah lagi satu tapi tak pernah tengok surat nikah tu. Bila si isteri tanya suami, suami nafi sekeras-kerasnya. Tapi bila ditanya, dia kata dia lebih kenal suami dia dan dia tahu yang suaminya dah banyak berubah.  Yer le, dia lebih kenal suami dia, saya tak kenal pun. Tapi setakat kata dia lebih kenal saya tak kenal, bukanlah maknanya vcerita tu betul.

Pertama, orang yang dengar cerita itu mungkin dari sumber yang tidak sahih, kemudian dijaja dan diadun supaya lebih sedap.

Kedua, bila ditanya dari mana cerita ini, katanya dari sumber yang dipercayai, tapi bila ditanya katanya perlu dirahsiakan. Tak apalah kalau nak rahsia. Tapi nak rahsia sangat kenapa sampai taknak kasi tahu pihak berkuasa. Kita pun terima aduan akan merahsiakan identiti pengadu tu, jadi kenapa nak takut.

Ketiga, tahu cerita saja dan minta pejabat agama siasat. Nak siasat apa ? Bila ditanya lokasi, bila masa bernikah, nama isteri baru, pekerjaan perempuan itu, bila masa dia berjumpa dan lain-lain soalan, isteri tu tak kasi tahu. Kalau tak boleh berikan kenyataan yang tepat, bagaimana kita nak bantu.

2 ulasan:

  1. Betul tu ustaz.. bila kerjasama kan jadi mudah.. lacture sikit kat isteri2 cam ni ustaz.. klu yg x tutup aurat tu sound dia, klu yg marah2 muka masam tu saund dia...

    nenek

    BalasPadam
  2. ni la masalah orang kita. suka sampai2 cerita. yang tak betul boleh jadi macam betul. Si isteri selagi suami jalan tanggungjawab dan memberi kasih sayang kenapa mesti tak percaya. kadang-kadang buruk sangaka lebih2 boleh makan diri. buat aduan jika benar2 ada bukti..

    lebih menyedihkan dalam masyarakat kita orang lebih percaya fitnah orang lain walaupun diri sendiri sudah beri penjelasan bukan dia yang buat. samapaikan ayat yang diulang-ulang ialah " ala, dia cakap ko memang...." walaupun diri kita telah menafikan sekeras-kerasnya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.