Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Januari 2010

39 ditahan termasuk 6 penuntut IPT kerana 'berpesta dadah'



KUALA LUMPUR: Gara-gara khayal akibat dadah, 36 orang termasuk enam penuntut 'merelakan' diri mereka ditahan sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Pudu Ulu, Cheras, awal pagi ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata semua suspek yang berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun itu sedang khusyuk ''berpesta dadah'' ketika serbuan dilakukan pada kira-kira 4 pagi.

"Mereka ini dalam keadaan berkhayal sambil berhibur mendengar lagu semasa serbuan. Mereka seolah-olah tidak sedar dan tidak melawan mahupun cuba melarikan diri apabila diberkas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Beliau berkata daripada jumlah yang diberkas itu, seramai 29 orang adalah lelaki manakala selebihnya wanita.


"Daripada jumlah itu juga, enam yang ditahan adalah penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di ibu negara...yang mana empat daripada pelajar terbabit adalah wanita," katanya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui pelbagai jenis dadah termasuk beberapa biji pil eramin 5 dan ecstasy.
"Selain eramin 5 dan ecstasy, kita juga menemui beberapa paket kecil yang mengandungi serbuk syabu dan ganja. Dadah-dadah ini dilihat berselerakan di atas meja dan ada juga yang kita temui pada suspek-suspek terbabit," katanya. Abdul Rahim berkata ujian saringan air kencing turut mendapati 34 daripada mereka positif dadah termasuk enam penuntut berkenaan.

"Siasatan awal juga mendapati mereka ini mengenali antara satu sama lain dan berkunjung ke pangsapuri ini untuk berhibur. Kita juga tidak menolak kemungkinan ada berlakunya aktiviti seks memandangkan dalam kumpulan ini terdapat wanita.

"Kesemua mereka ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya," katanya. -Bernama

Hati-hati Buat Komen Dalam Internet




PETALING JAYA: Seorang pelajar berusia 25 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menulis perkataan ugutan dalam Facebook berkaitan isu penggunaan kalimah Allah. Pelajar itu didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dakwaan terhadap pelajar tahun pertama jurusan Diploma Perfileman itu dibuat selepas dia dituduh menghantar komen: “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...” di laman web rangkaian sosial interaktif tersebut.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

15 Januari 2010

RUMAH LELONG : KONDO LEBIH BAIK DARI RUMAH BAWAH ? (Episod 3)

Dalam episod ini, saya nak jawab soalan dari pembaca dalam episod kedua lepas, di mana saya kata saya lebih suka duduk kondo dari duduk rumah bawah. Soalannya berbunyi,

"Salam tuan, kebanyakkan orang kita suka beli rumah bawah, bak kata dorang senang, nak parking kete pun depan mata je, apa2 hal tak susah. tapi pandangn tuan macam berbeza skit. tuan suka kondo atau pangsapuri? kenapa ye? cite la tuan.."

Jawapan saya :
Sebelum saya jawab, saya nak beritau, saya pernah duduk kondo/pangsapuri di Pangsapuri Kerajaan Bukit Chagar sebelum dirobohkan, lepas itu kondo Persiaran Tanjong Bukit Alif. Pernah juga duduk rumah bawah di Taman Perling, kemudian di Bandar Baru Uda. Secara peribadi, saya boleh buat perbandingan.

Keselamatan

Duduk  kondo lebih selamat dari duduk rumah bawah. Duduk bawah, banyak berlaku jenayah terutama di JB. Di sebelah rumah saya di Bandar Baru Uda, kena ceroboh waktu hujan jam 11 malam, penghuni ada di rumah. Banyaklah tempat terutama di JB, rumah vvip pun kena ceroboh, rumah pegawai kanan polis pun kena. Ada kes rompak sehingga berlaku kematian dan kecederaan. Di kondo ada pengawal keselamatan.

Tetamu Tak diundang

Kekadang datang jurujual, kekadang peminta sedekah (yang menipu), kekadang datang guris dan menang. Macam macam gangguan duduk rumah bawah. Kalau kondo, ada pengawal sekat.

Sampah

Di kondo, sampah diuruskan oleh pihak pengurusan, boleh kata tiap hari pungut. Di rumah bawah, belum tentu pungut. Waktu saya duduk di Bandar Baru Uda, dalam 3-4 kali seminggu diangkat, kekadang ada tertinggal. Masalahnya, waktu tak pungut, sampah berbau, berulat dan diselongkar anjing.

Tikus

Kalau duduk rumah bawah yang ada tikus dan anai-anai, maka tak boleh elaklah.

Nyamuk

Banyak kawasan di bandar banyak kawasan denggi. Kalau kondo, tingkat atas nyamuk tak lepass naik. Macam rumah saya tingkat 13, nyamuk tak cukup kepak nak terbang.

Parking kereta

duduk kondo ada parking di petak yang disediakan. Kalau rumah bawah, ada dua kereta, nak keluar kereta yang kat dalam, bukan mudah. Lebih lagi kalau jalan sempit, kekadang pagar tak boleh kunci, merbahaya tu. Kereta letak jauh sikit pun tak apalah, yang penting kereta kita selamat, takkanlah tidur pun nak renung kereta.

Curi Moto

Kawasan perumahan lumayan kepada pencuri moto terutama rumah bawah, dalam pagar pun dia masuk. Kawan saya kena rembat siang-siang masa dia tengah tengok tv.

Kos pembaikan tinggi

Kepada suami, elakkanlah beli rumah bawah. Nanti  kalau ada duit lebih sikit, isteri goda supaya tambah depan sikit belakang sikit. Pada saya, ada duit, simpanlah, buat beli rumah lain lagi baik, daripada ubahsuai. Duduk kondo nak tambah tambahlah kalau boleh.

Mesin Rumput

Jangan anggap mesin rumput satu kerja mudah. Kalau ada rumput sebesar saiz kereta, upah dia RM 30. Kalau depan belakang dalam 100 sebulan. Kalau setahun 1200, banyak woo.

Ketenangan

Yang paling penting pada saya, duduk kondo ini tenang. Jiran biasa tak sibuk-sibuk nak ambil tahu pasal kita. Jadi, umpat mengumpat tu berkuranganlah. Jadi, saya lepas balik kerja, masuk rumah dengan tenang je. Contohnya duduk rumah bawah kekadang balik keja beli durian, jiran sebelah nampak. Nak kasi tak banyak, tak kasi takleh lah. Kalau kondo, jiran serba tak kisah, dia tak tahu pun kita beli durian.

Lepak depan rumah

Jarang dan hampir tak ada orang duduk kondo bersidai depan rumah. Kalau rumah bawah tu dah biasa. Jadi kekadang segan dan tak sedap juga kalau jiran selalu pandang kita keluar masuk rumah.

Ada Juga Tak Baik

Ada juga tak eloknya duduk kondo, antaranya kos penyelenggaraan yang tinggi. Jadi sebelum beli rumah kondo, kena periksa berapa kos sebulan yang perlu kita bayar. Tapi kalau harga kondo murah, bayar bulan tinggi sikit, kalau masih untung, boleh le beli kondo.

 Kondo lelong Murah

Bukan saya taknak rumah bawah. Ada lokasi yang baik, perkara-perkara negatif di atas hampir  tiada sebab jirannya yang matang dan baik. Tapi masalahnya rumah bawah agak mahal walaupun lelong. Saya pernah 3 kali masuk lelong rumah bawah. Pertama di Uda harga 153,000 tapi ada 4 orang nak lawan. Oleh kerana beri laluan pada abang seorang tu, maka saya tarik diri dan berlaku perundingan belakang tingkap.

Kemudian di Uda juga harga 110,000 ada 8 orang lawan termasuk saya. Orang yang menang tu dapat dengan harga 148,000, harga yang saya tak jangka. Di Bukit Kempas, harga asal 85,000, orang tu dapat sampai 120,000, sorilah nak ambil.

Kondo Orang Ramai Tak Nampak

Dalam satu buku lelong yang saya beli, dia buat ibarat perbandingan seperti air teh o dengan teh. Harga teh o 80 sen, harga teh 1.20.  Walaupun jual teh 0 80 sen tapi modalnya cuma 10 sen. Kalau teh modalnya lebih mahal. Jadi lebih baik beli yang murah iaitu teh o, maksud saya kondo.

Lokasi Penting

Kondo bukan sebarang kondo. Kalau Minah Indon, cakap baik-baik sikit, nanti dia cakap 'kondom' pulak, kelucahan melampau tu. Kalau di JB, pilihlah lokasi dekat dengan bandar dan kawsan tumpuan orang. Contohnya kawasan sekitar Bandar Baru Uda.

Pangsapuri Persiaran Tanjong (gambar di atas)

Lokasi cukup baik, hampir semua rumah penuh dengan penyewa, ada saja orang cari rumah sewa. Sewa antara 700- 1200. Di depannya akan dibina bangunan kementerian kesihatan tak berapa lama lagi. Sekarang, semua penduduk setinggan sudah dipindahkan dan dipagar. Di sebelahnya Kondo Dwi Mahkota juga baik, harga lelong tak mahal tapi orang kita taknak beli.

Komen Situasi di Johor Bahru Sahaja

Ulasan saya ini adalah meliputi hartanah di kawasan Johor bahru sahaja, tidak meliputi daerah lain. Kalau di daerah lain, situasinya amat berlainan. Saya sekarang di Kluang sangat berlainan dan perlu dikaji dari aspek lain pula.
.


14 Januari 2010

10 Orang Kena Penjara di Mahkamah Syariah Kluang


KLUANG 14 Januari 2010: Tadi berlansung perbicaraan di Mahkamah Syariah Kluang, antaranya kes khalwat dan judi nombor ekor. Pendakwaan dijalankan oleh Hafizul Hakim bin Ibakarim di hadapan Hakim Yang Arif Zahari bin Salikin. 10 orang dijatuhkan hukuman penjara dan akan dihantar ke penjara Kluang petang ini juga.

Khalwat di rumah dan bilik hotel

Daripada 7 pasangan kes khalwat (14 orang), 10 orang dijatuhkan hukuman penjara di antara 6 hingga 12 bulan. Manakala yang lain, hakim menjatuhkan hukuman denda di antara RM 1500 hingga RM 2000 seorang. Kebanyakannya adalah terdiri daripada suami orang, isteri orang dan janda. Umur tertuduh di antara 22-46 tahun.

Dah Tua Pun Main Judi

 Dua orang dituduh kerana kesalahan judi nombor ekor dijatuhkan hukuman denda RM 2000 dan RM 2500. Umur 62 dan 67 tahun.

Sempat Tengok Drama Sedih

Saya sempat merakamkan gambar di atas, iaitu gambar seorang anak perempuan usia 3-4 tahun sedang memberi air minuman dalam plastik kepada bapanya selepas dihukum atas kesalahan khalwat. Anak ini tidak mengerti apa dia khalwat dan tak kenal apa itu mahkamah Syariah. Yang dia tahu, itulah bapanya yang mungkin dalam keadaan dahaga. Di sebelah itu adalah ibunya yang masih lagi menangis mengenangkan nasib suaminya.

Gambar ini pula, diambil dari bilik tahanan sementara wanita, diambil dari luar. Wanita ini merayu pada saya kerana katanya dia ada anak kecil. Tapi saya pesan kepadanya supaya menghormati keputusan mahkamah, maka dia terpaksa bermalam dalam penjara. Saya minta dia selesaikan masalah menjaga anaknya kepada orang lain.

Operasi akan diteruskan
Saya memuji tindakan penguatkuasa JAIJ, pendakwa syarie dan keputusan Hakim Mahkamah Syariah pada hari ini. Mudah-mudahan, ketegasan seperti ini dapat menjadi pengajaran yang berguna kepada orang ramai sehingga jauh dari perbuatan maksiat. Operasi akan diteruskan dengan lebih hebat lagi.

GERHANA MATAHARI SEPARA JUMAAT INI


KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku Jumaat ini, bermula 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku pada 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum jam 4.26 petang. Sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai dengan khutbah khas gerhana.

Semua dijemput hadir ke Masjid Jamek Kluang, mulai jam 3.30 petang esok untuk mendengar khutbah dan solat sunat gerhana.

20,000 Pengunjung

Alhamdulillah, hari ini saya menerima 20,000 pengunjung ke blog saya. Satu pencapaian peribadi yang saya banggakan. Blog saya dibangunkan 3 bulan lebih. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan terhadap tulisan saya selama ini. Teruskan membaca blog saya. Terima kasih.

12 Januari 2010

TERKEJUT BILA KAWAN SAYA NIKAH LAGI SATU


Semalam saya ke Jabatan Agama Johor, Johor Bahru, ada mesyuarat. Singgah di satu pejabat, saya terkejut bila dengar cerita kawan saya (bekas anak buah saya) sudah nikah lagi satu. Yang menariknya, wanita kat pejabat tu menunjukkan kad jumputan kawin dengan isteri pertama yang dah anak tiga dan satu lagi kad jemputan dengan isteri barunya. Hairan juga, sebab sempat orang pejabat tu tunjuk kat saya kad jemputan isteri lama, kan dah anak 3. Sempat juga dia orang kumpul dan bandingkan kad jemputan tu. Pasangan ini nikah dan buat majlis besar-besaran rumah pengantin perempuan Ahad lepas.

Yang menariknya, lelaki tu kerja di JAIJ, bekas anak buah saya waktu di penguatkuasa dulu, dia seorang pekerja yang baik, umur 30-an. Isteri pertamanya juga berkhidmat di JAIJ, umur 30-an. Manakala isteri keduanya yang  baru ini bertugas di JAIJ juga, anak dara 20-an.

"Yer ke dia dah kahwin, ingatkan sebelum ini gosip-gosip jer". Kata saya.

Satu lagi yang menarik, pasangan ini nikah di Johor, mengikut prosedur biasa, bermakna perlu masuk ke mahkamah syariah. Bukan nikah lari-lari, bukan nikah sendikit, bukan sorok-sorok.

"Jadi isteri pertamanya izin ke tak". Tanya saya, nak dapatkan penjelasan lanjut.

"Mestilah setuju tuan, kalau tak, macammana mahkamah boleh lepaskan". Cerita wanita di pejabat tu.

Satu lagi yang menarik, wanita tu cerita, suaminya ucapkan tahniah kepada pengantin lelaki. Suami wanita tu bukan kerja di JAIJ. Cuma pengantin lelaki tu kata pada suami dia.

"Jangan jadi macam saya". Jangan hairan dengan kata-kata tu. Kalau kata jangan buat, tapi dia dah buat. Mungkin kita boleh fikirkan bersama........?

Saya tak ada lain nak ucapkan, kecuali nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BERBAHAGIA SELALU.

Masuk Kandang Harimau


Masuk kandang lembu buat apa ? Mengembu

Masuk kandang kerbau buat apa ? Mengebau

Masuk kandang kambing buat apa ? Mengembek

Masuk kandang harimau buat apa ?




Jawapannya, 'Cabut larilah'

11 Januari 2010

BUNUH ANAK SENDIRI


PULAU PINANG, 11 Jan (Bernama) -- Seorang pekerja kilang elektronik berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau Isnin atas tuduhan membunuh anak perempuannya yang ditemui dalam tandas di tempat kerjanya di Bayan Lepas, dekat sini, bulan lepas.Nurul Syuhada Shamsudin, dari Parit Buntar, Perak, didakwa melakukan kesalahan itu di kilang tersebut di Fasa 4, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, pada pukul 12.30 tengah malam, 30 Dis, 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh tidak diwakili peguam. Majistret Norhayati Johar menetapkan 19 Feb ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan dari ahli kimia.

Bayi tersebut, dipercayai berusia sebulan, ditemui dalam lubang tandas oleh sebuah pekerja pembersihan yang cuba membaiki tandas yang bersumbat itu pada kira-kira pukul 2.15 petang pada hari kejadian.
-- BERNAMA

Syok Sangat Ke Judi Sabung Ayam ?


KULIM, 11 Jan (Bernama) -- Hampir 50 kaki judi yang sedang asyik menyabung ayam bertempiaran lari apabila polis menyerbu pusat aktiviti mereka di satu kawasan di atas sebuah bukit di Junjong, dekat sini, Ahad malam.Seramai 21 lelaki termasuk penganjur berjaya diberkas dalam kawasan semak oleh polis Kulim dan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah yang melancarkan operasi pukul 8.30 malam tadi.Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Mohd Salleh berkata penganjur judi itu yang berusia 40-an dipercayai menganjurkan judi sabung ayam secara bergerak.

"Kumpulan sindiket sering mengubah lokasi tempat berjudi untuk mengelak daripada dikesan polis dan cuma peminat mereka sahaja mendapat tahu lokasinya," katanya kepada Bernama di sini, Isnin. Ghuzlan berkata enam ekor ayam sabung dan peralatan menyabung ayam dirampas dalam serbuan itu.

Katanya polis mengambil masa agak lama untuk mengesan sindeket itu yang dipercayai turut menjalankan aktiviti mereka di Seberang Perai Utara dan Seberang Prai Selatan serta Pulau Pinang.Mereka yang ditahan, berusia 28 hingga 45 tahun, direman selama tiga hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Akta Judi Rumah Terbuka (AJRT), kata Ghuzlan.


Kena Tipu Dengan Cacing


KULIM: Seorang pesara kerajaan, Omar Ismail, 58, dari Bayan Baru, Pulau Pinang, mendakwa beliau menggunakan wang pencen sebanyak RM100,000 dibayar secara berperingkat kepada syarikat yang menganjurkan skim pelaburan penternakan cacing sejak Ogos tahun lalu.

“Kali pertama, saya melabur RM60,000 dan mendapat pulangan RM20,000 untuk dua bulan pertama sebelum menambah pelaburan RM40,000 lagi tetapi gagal menerima sebarang pulangan sejak November lalu.

“Saya pergi ke pejabat syarikat itu untuk mendapatkan kepastian tetapi alasan diberi boleh dikatakan munasabah sebelum menyedari ditipu, pada bulan lalu, ” katanya.

Pelabur Shahibul Kiraya Alimshah, 55, berkata beliau bersama isteri melabur RM35,000 selepas seorang rakan mendapat pulangan keuntungan yang menarik.

“Saya melabur pada September tahun lalu dan hanya mendapat pulangan sekali saja pada bulan berikutnya iaitu sebanyak RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaun.

“Selepas itu, saya tidak menerima lagi pulangan keuntungan sebelum pihak syarikat memberi pelbagai alasan, ” katanya yang turut membuat laporan polis.






10 Januari 2010

Terlibat Nikah Sendikit, Sukar Daftar Anak Sekolah


Beberapa minggu lepas, datang satu pasangan mengadu telah terlanjur benikah menggunakan sendikit kira-kira 8 tahun lepas. Sekarang sudah mempunyai 3 orang anak. Masalahnya sekarang, pihak sekolah menolak pendaftaran anaknya untuk masuk darjah satu sekolah berkenaan. Pasangan ini minta bantuan saya untuk menyelesaikan masalah ini.

Masalahnya ialah, pengantin perempuan sebenarnya warga asing tetapi telah dapat kad pengenalan palsu yang dibeli dari orang tengah dengan bayaran tertentu. Dia bernikah menggunakan kad pengenalan itu seolah-olah dia orang Malaysia. Dia sedar bahawa dia dapat kad pengenalan itu secara 'beli' tetapi orang tengah itu kata kad pengenalannya betul. Beberapa tahun kemudian, kad pengenalannya telah ditahan oleh pihak berkuasa sewaktu berurusan dengan kerajaan. Anak pertamanya sepatutnya masuk darjah satu tahun 2010 ini.

Masalah ini rumit untuk diselesaikan. Sehingga hari ini, masalah orang ini saya rasa masih belum selesai kerana melibatkan banyak perkara. Jadi, kepada orang ramai, janganlah terlibat di dalam sendikit pernikahan seperti ini. Macam-macam masalah boleh timbul nanti.

09 Januari 2010

'Pak Arab' Perompak Kedai Emas Terengganu Dicekup


KUALA TERENGGANU, 9 Jan (Bernama) -- Polis percaya dapat menyelesaikan kes rompakan di sebuah kedai emas berhampiran Pasar Payang di sini yang melibatkan kerugian RM900,000 bulan lalu berikutan tertangkap tiga suspek dua hari lepas. Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kesemua yang ditangkap merupakan warga negara asing iaitu seorang wanita dari Guatemala dan dua lelaki masing-masing dari Perancis dan Mexico.

"Kami percaya masih ada lagi suspek terlibat dan kami sedang siasat berapa ramai anggota dalam kumpulan ini," katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang 9 Disember tahun lepas, beberapa lelaki dan seorang wanita melarikan barang kemas dari sebuah kedai emas berhampiran Pasar Payang. Mohd Shukri berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan di satu lokasi di sini hasil maklumat orang awam, namun barang-barang kemas yang dilarikan itu masih belum ditemui. Beliau berkata ketiga-tiga suspek ditahan reman selama empat hari mulai Jumaat untuk membantu siasatan kes.
-- BERNAMA

4 BUAH BAS TERBAKAR : PERBUATAN KHIANAT ?


IPOH: Empat bas musnah, membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit, dipercayai akibat perbuatan khianat dalam satu kebakaran di stesen bas Medan Kidd di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar, berkata ia berlaku kira-kira 3.30 pagi ini.

"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya kepada pemberita.



Ibu Bakar Diri Guna Petrol : Apa Sudah Jadi Ni


NIBONG TEBAL: Seorang ibu tujuh anak bertindak membakar diri dengan mencurah petrol ke badan kerana kecewa dengan anak perempuannya berusia 15 tahun yang dikatakan degil dan sering tidak pulang, di depan rumahnya di Jalan Hutan Lipur di sini awal pagi ini. Dalam kejadian jam 4 pagi itu mangsa berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai terbakar 54 peratus dari dahi hingga pusat.

Nur Aliah Lee Berkahwin


PETALING JAYA - Bekas isteri pengarah terkenal, Aziz M. Osman, Nur Aliah Lee Abdullah, 38, bertemu dengan pilihan hatinya apabila selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Mohammad Zekri Ibrahim, 41, pada pukul 10.20 pagi semalam. Aliah menerima mas kahwin RM300 dan sah menjadi isteri Zekri yang merupakan pemain sukan berkuda polo.... KOSMO ONLINE

'KEPALA' MANGSA BUNUH DITUNTUT



SEREMBAN - Kepala Ismail Awang, 79, salah seorang mangsa kes pembunuhan kejam empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh Selasa lalu dituntut oleh anak keenam mangsa, Md. Jefri, 25, di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini semalam. Kepala Ismail yang ditemui ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor itu dituntut oleh Md. Jefri selepas dia membuat pengecaman pada pukul 11 pagi di Bilik Mayat HTJ.


"Pada mulanya saya tidak dapat cam sama ada kepala itu adalah kepala arwah ayah atau tidak tetapi selepas beberapa kali melihatnya barulah saya yakin dan sah itu adalah kepala arwah ayah," kata beliau ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. Walaupun sudah tiga hari tragedi itu berlalu namun Md. Jefri masih sukar untuk menerima cara kematian keempat-empat ahli keluarganya yang dianggap terlalu kejam.

"Saya tidak tahu mahu cakap apa, emak pun reda dengan apa yang berlaku jadi saya sudah tidak ada apa untuk diceritakan lagi," ujarnya sedih.

Semasa mula disuruh membuat pengecaman, kepala ayahnya ketika itu berlumpur dan telah pucat menyebabkan Md. Jefri keliru untuk mengesahkan ia adalah kepala bapanya....KOSMO ONLINE

08 Januari 2010

Percaya Atau Tidak ?



Percaya atau tidak, bila lihat gambar ini ? Sila komen......


PM KUTUK 2 KEJADIAN BAKAR GEREJA




PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab dalam dua insiden kebakaran gereja dan satu laporan ugutan di di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi tadi. Beliau mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar polis meningkatkan kawalan di rumah ibadat. ... BERITA HARIAN





Lelaki 72 Tahun ditahan di kedai ekor





Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasa JAIJ yang membuat operasi mengejut membenteras kes judi di Kluang pada Rabu lepas. Operasi diketuai Ustaz Adam bin Ibrahim dari ibupejabat Johor Bahru. 10 orang ditangkap, antaranya lelaki 72 tahun. Akhbar Harian Metro dan Berita Harian hari ini turut melaporkan kes tangkapan ini.

Operasi Judi akan diteruskan dengan lebih kerap di daerah Kluang ini. Kepada kaki-kaji judi, diharap supaya meninggalkan maksiat yang sia-sia ini.

07 Januari 2010

Dato Seri Ir.Mohamad Nizar Jamaludin Kemalangan




Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, bekas MB Perak terlibat dalam kemalangan bila kereta yang dipandunya dipercayai terbabas di Ipoh. Melihat kepada keadaan kereta yang terbalik, nampaknya teruk dan boleh mengakibatkan cedera parah. Bagaimanapun berita Utusan menyatakan, beliau cedera di dahi dan lengan. Berita Harian pula melaporkan beliau cedera di dada, kaki dan tangan.


Sepuluh Kaki Judi Ekor Ditahan Di Kluang Semalam



10 lelaki ditahan dalam operasi judi di daerah Kluang petang semalam. Operasi dari jam 3.00-6.45 petang dilakukan oleh penguatkuasa dari luar daerah Kluang yang mengadakan serbuan secara mengejut. Dari jumlah tersebut, 4 orang ditangkap di Bandar Kluang, manakala 6 orang di Simpang Renggam. Kesemua ditahan adalah bekerja biasa dan swasta. Tiada kakitangan kerajaan yang ditahan pada operasi kali ini.

Berjudi atau berada di dalam kedai judi boleh dikenakan denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali. Kesemua mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kluang dalam tempoh terdekat.

"Saya akan terus bertegas dengan kes judi di seluruh daerah Kluang dan operasi akan dijalankan secara berterusan".

KEPALA MANGSA BUNUH DITEMUI DI SHAH ALAM



SHAH ALAM 6 Jan. – Kepala seorang mangsa pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan semalam, ditemui tertanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini tengah malam ini. Suspek yang ditahan di ibu negara petang ini dibawa oleh anggota polis ke tanah perkuburan itu bagi menunjukkan lokasi dia menanam kepala tersebut.

Sepasukan anggota Unit Forensik yang tiba di tanah perkuburan itu pukul 11.40 malam ini akhirnya menemui kepala tersebut yang ditanam di tanah tinggi berdekatan sebatang parit di hujung tanah perkuburan itu kira-kira pukul 12.50 tengah malam.Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran mengesahkan polis telah menemui satu kepala lelaki di dalam sebuah beg plastik yang ditanam sedalam kira-kira dua kaki.Suspek, katanya, dibawa ke Tampin untuk mendapat perintah tahanan reman esok, manakala kepala itu dibawa ke sebuah hospital di Negeri Sembilan untuk bedah siasat.- Utusan




06 Januari 2010

SUSPEK KES BUNUH DITAHAN

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Suspek kes bunuh empat sekeluarga di Gemencheh, Negeri Sembilan, Rashidi Ismail, 34, ditahan oleh polis di atas jejambat berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek di sini petang ini.Suspek yang menjadi buruan polis sejak semalam selepas membunuh datuk, nenek, bapa dan adik perempuannya secara kejam ditahan pada pukul 4.05 petang ini. – Utusan




RUMAH LELONG : SEDIH BILA KALAH LELONG (Episod 2)


SAMBUNGAN...
Selepas beli rumah flat di Uda dan dapatkan penyewa, maka nak melangkah untuk beli sebuah rumah lagi. Tapi kali ini saya dah buat keputusan untuk duduk sendiri. Waktu itu saya duduk kondo Bukit Alif, kuarters kerajaan. Mulai Januari 2007, saya adalah sikit naik gred, gaji pun ada naik tapi yang pentingnya elaun rumah naik. Oleh kerana duduk kuarters, elaun naik setinggi mana pun, tetap kena potong kesemuanya. Dah tu, elaun cola kena potong separuh. Maka timbullah hasrat nak beli dan duduk rumah sendiri.

Tebalkan Muka

Ada kawan-kawan yang beli rumah baru, seakan menyindir dan membakar perasaan saya supaya membeli rumah baru. Katanya, orang gaji macam saya kena duduk rumah mahal, orang pangkat bawah saya pun boleh beli rumah mahal. Tapi saya tebalkan muka, lain orang lain perancangan kewangannya. Pada saya, kalau beli rumah yang jauh dari pejabat amat menyukarkan. Contohnya sekitar Skudai yang selalu terlibat dalam jem. JB memang jem hampir setiap hari. Orang yang duduk Skudai kata, kalau jambatan Perling siap, maka jem selesai, tapi tak juga. Di JB ni ada saja punca jadi jem.

Lokasi Penting

Kalau nak seronok duduk JB, duduklah kawasan sekitar UDA. Maksud saya UDA yang lama ini, bukan UDA Baru yang sebelah Perling tu, sana sejuk. Sini kemudahan semua ada,  pasaraya Mydin, Gaint, Kipmart, Maslee, Angsana semua dekat. Nak pegi keja pun dekat, tak tempuh jem. Ada orang kata kalau Nusajaya buka nanti belah sana  naik, tapi tak pun. Anda pembeli, anda bukan jurujual rumah. Kalau anda jurujual, bolehlah buat cerita sebegitu nak lakukan rumah anda. Sekarang pun, ramai orang kerja kerajaan tinggal di UDA, berulang ke Nusajaya, bukannya jauh.

Tak Suka Rumah Bawah di JB

Saya sebenarnya tak suka duduk rumah bawah, lebih suka kondo atau pangsapuri. Banyak sebabnya, panjang pula kalau nak cerita. Kemudian dalam bulan julai, ada lelong di Pangsapuri Titiwangsa, rumah tingkat 2 harganya 74,000. Dulu rumah baru sekitar 130,000. Maka saya buat keputusan masuk lelong.

Tengok Rumah

Masa tengok rumah, waktu pagi Ahad, saya tengok rumah itu ok jer dari luar. Saya cuba masuk dalam rumah, memang tak kunci, boleh tolak saja. Rumah nya besar, 1050 sf bilik 3, berbanding rumah saya duduk waktu itu 950 sf saja.

Kalah lelong Menyedihkan

Hari lelong saya datang awal, nampaknya macam saya seorang saja. Tapi waktu 10 minit lagi nak tamat, datang seorang lelaki. Bila tahu dia masuk rumah yang sama, saya berunding dengannya. Saya kata padanya, kalau boleh kita berunding di luar saja, tapi dia enggan. Jadi terpaksa lawan. Daripada 74 ribu, orang tu menang 81 ribu. Saya tak berani ambil lebih dari harga tu, tidak menguntungkan. Saya kalah, sedih dan kecewa tapi siapa pun tak tahu. Saya melangkah longlai masuk kereta. Segala impian berkecai. Tapi tak apa, insyaallah, peluang lepas ini akan ada lagi. Alhamdulillah, memang rezeki saya lepas tu. nanti saya cerita lagi.

Udang Boleh Membunuh ?


KOTA TINGGI: Tiga lelaki maut selepas sebuah lori bawa udang harimau terbalik dan menghempap sebuah pacuan empat roda di Kilometer 36 Jalan Mersing-Kota Tinggi, jam 3.35 pagi tadi.





Bahaya Zink Rumah



Ramai orang tak tahu, bahaya meletak kereta di bawah zink rumah. Tindakan ini boleh merosakkan kereta anda bila hujan lebat. Bayangkan, simen dan tar jalan boleh lekok, apa lagi kereta anda. Kereta buatan Malaysia lagilah cepat rosak. Bumbung dan badan boleh bocor dan berkarat dengan cepat. Sekarang ini banyak rumah yang pasang 'awning' tapi kebanyakannya sekerat saja, tidak muat untuk sebiji kereta. Kalau nak letak kereta, pastikan kereta kita tidak terletak di bawah tempat air turun.

DIKEHENDAKI POLIS



RASHIDI ISMAIL..... Suspek utama kes bunuh 4 sekeluarga di Gemencheh semalam. Mungkin berada sekitar Tampin. Dan mungkin juga sudah keluar menaki bas sama ada ke selatan atau utara. (motosikal suspek ditemui di stesen bas Tampin). Kepada pemandu atau penumpang bas yang terlihat lelaki ini sila hubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Anak Khalwat, Mak Khalwat


Satu hari, saya dapat aduan kes khalwat di sebuah taman di JB. Bila diserbu, tertangkap seorang perempuan belasan tahun dengan seorang lelaki 20-an. Mereka berdua saja di dalam rumah itu. Wanita itu menuduh, ibunya yang membuat laporan sehingga tertangkap. Tapi pada saya, saya tak kisah siapa yang buat laporan sama ada keluarga sendiri atau orang awam. Saya pun tak pasti siapa pengadu itu, betul atau tidak ibunya. Pasangan ini kemudian didakwa di mahkamah.

Bila selesai kes, pasangan ini kemudian berkahwin. Tapi suatu hari, pasangan ini datang jumpa saya, nak buat aduan tentang ibu perempuan itu yang dikatakan berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah. Maka pada masa yang tepat, saya membuat serbuan ke rumah tersebut. Memang betul ada kes, ibunya 50-an berstatus janda ditangkap dengan seorang lelaki 40-an berstatus suami orang. Yang mengejutkan juga, bila ibunya pula menuduh anak perempuannya yang buat laporan. Tapi macam biasa, saya kata saya tak tahu siapa yang mengadu.

Pengajarannya, anak dengan mak sama-sama nakal. Kalau anak nakal, dah kembali ke pangkal jalan dengan berkahwin dengan pasangannya. Kalau mak dia saya tak tahulah. Sebagai ibu yang berstatus ibu tunggal sepatutnya jaga maruah dan harga diri dan jangan terlibat dalam perbuatan buruk seperti ini.

05 Januari 2010

IMAM SEKELUARGA DITEMUI MATI


TAMPIN 5 Jan. - Empat sekeluarga, dipercayai mangsa samun, ditemui mati dibunuh kejam di rumah mereka di Kampung Bukit Rokan, Gemencheh petang ini. Kesemua mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti mereka, dipercayai dua lelaki dan dua wanita. Sehingga kini, pasukan polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Maklumat mengenai kejadian dijangka diperoleh malam ini selepas Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan selesai menjalankan siasatan. - Utusan




04 Januari 2010

PANTUN : Jauhi Perangkap Hutang



Pergi ke sawah menagkap haruan
Bunga harum tengah halaman
Hidup mewah tidak akan membawa kemajuan
Kesederhanaan dapat menghargai kesenangan.


Orang  kita tangkap buaya
Anak kecil sesat di kedai
Lepas dari hutang lepas dari bahaya
Kurang berhitung badan pun tergadai

Orang tua menanam lada
Hutan belukar sudah ditebas
Kurangilah hutang yang ada
Agar kehidupan ini lebih bebas.

Suami Bunuh Isteri ?




Lelaki yang diburu polis berhubung pembunuhan isterinya yang ditemui mati berbungkus selimut dalam almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay, Ulu Kelang pada 30 Dis lepas - ditahan di pekarangan Zoo Negara malam tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi semalam berkata lelaki berusia 37 itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam. Katanya, semasa penahanan itu, dia ditemui dalam keadaan kebingungan dan mundar-mandir di kawasan berkenaan.



Elak sertai pelaburan haram, program latihan dagangan mata wang asing: BNM


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menasihati orang ramai supaya tidak menyertai mana-mana pelaburan haram atau program latihan dagangan mata wang asing yang ditawarkan oleh individu atau syarikat. BNM dalam satu kenyataannya, berkata orang ramai kebiasaannya tertarik untuk menghadiri program pelaburan atau latihan yang menjanjikan pulangan yang segera dan besar. Katanya, modus operandi program sedemikian dengan menawarkan latihan, seminar, bengkel percuma untuk menarik pelabur, sebelum menjemput mereka mewujudkan satu akaun dagangan mata wang asing dengan syarikat utama.

“Syarikat itu dikatakan mempunyai lesen sah untuk berdagang mata wang asing di seberang laut. Ia juga termasuk menyediakan akses mudah ke laman web syarikat utama dan memudahkan dagangan mata wang asing secara dalam talian dikalangan pelabur serta bagi mengambil siswazah baru sebagai eksekutif pemasaran.

“Siswazah juga digalakkan untuk menarik ahli keluarga dan rakan-rakan bagi berdagang mata wang asing,” katanya

Selain itu, BNM berkata, program sedemikian turut menghendaki pelabur mendeposit sejumlah wang ke dalam akaun bank untuk memulakan dagangan mata wang asing dan seterusnya meminta ditambah bagi mencukupkan jumlah yang berkurangan berikutan pelaburan awal masing-masing (penggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal. Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953 (ECA), katanya adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang untuk membeli atau menjual mata wang asing atau terbabit dalam sebarang perbuatan atau mempunyai kaitan atau membuat persediaan di dalam membeli atau menjual mata wang asing dengan sebarang orang atau selain daripada peniaga yang dibenarkan.

Adalah juga menjadi kesalahan bagi seseorang untuk membantu atau bersubahat dengan seseorang yang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan seseorang, kecuali individu itu adalah seorang peniaga yang dibenarkan. Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh diperolehi dari laman web BNM (http://www.bnm.gov.my/fxadmin).
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi BNM di talian 1-300-88-5465 atau e-mail (bnmtelelink@bnm.gov.my). - Bernama




03 Januari 2010

RUMAH LELONG: PENGALAMAN SAYA SENDIRI (Episod 1)


Mei 2008 saya beli rumah lelong RM 45,000 di Bandar Baru Uda, JB. Rumah flat tingkat 4, rumah kos sederhana rendah di belakang Bank Islam, sebelah wisma Nanas, sebelah produa, berhampiran Mydin. Kali pertama rumah ini dilelong Febuari 2008 dengan harga 55,000 tapi orang tak ambil. Kali kedua sebulan selepas tu 50,000. Kemudian turun 45,000 saya pun berminat nak ambil.

Perlu Tambahkan Ilmu : Baca Buku

Sebelum itu saya bersedia dulu dengan ilmu pengetahuan. Banyak beli buku berkenaan lelong dan hartanah dalam 4-5 biji buku yang saya beli sendiri. Harga setiap buku agak mahal juga RM 20 - 40 sebuah tapi ilmunya sangat bermanfaat pada saya. Kalau nak cari buku-buku macam ni di JB boleh ke Badan Cemerlang Angsana dan di Haris Jusco Tebrau City, buku dalam bahasa Melayu. Mac 2008 juga saya mengikuti kursus percuma di ILIM Bangi selama 3 hari berkenaan perbankan Islam. Kursus ini banyak beri pendedahan tentang prosedur pinjaman dan berkaitan dengan bank-bank.

Saya Tidak Pernah Memiliki Rumah Sendiri

Sebelum ini saya tak ada rumah, sejak bekerja 13 tahun, memang saya tak ada memiliki rumah. Pada saya, beli rumah baru adalah rugi. Kesimpulan yang saya buat ini setelah saya buat kajian dalam sektor hartanah ini. Tapi belilah rumah lelong, kita mungkin ada banyak untung di situ. Tapi lelong bukan sebarang lelong, kita kena buat kajian terperinci dulu.  Saya buat kajian itu, dan hasil kajian itu tidak boleh saya dedahkan di sini. Ilmu ini terlalu mahal untuk didedahkan.

Tengok Sendiri Rumah Tu

Amat penting sebelum kita masuk lelong, kita tengok rumah itu dulu. Tapi ada satu peringatan, jangan dedahkan hasrat kita untuk beli rumah lelong ini pada sesiapa. Di kawasan itu, saya ada 3 orang yang saya kenal, 2 kerja di pejabat saya, seorang kerja wartawan sambilan. Perlu kaji kawasan itu strategik ke tidak, sewa biasa berapa di situ, jiran-jiran bagaimana dan lain-lain. Hasil tinjauan, rumah itu orang sewa antara 550- 650 sebulan, kedudukannya amat strategik.

Tanya Bank dulu

Saya pergi bank, ambil pamplet dan berbual dengan pegawai bahagian pinjaman. Tapi jangan dedahkan kepada orang bank itu rumah mana yang kita mahu ambil. Kalau terlepas cakap, kita bimbang dia pula yang beli senyap-senyap nanti., bukan nak menuduh, tapi berhati-hati. Kalau pinjaman 25 tahun pinjaman dan insuran tak sampai 300. Jadi kalau sewa 500, boleh untung 200 sebulan, waw boleh tahan. Saya buat kesimpulan, rumah itu boleh diambil dan jangan lepaskan peluang ini.

Saya tak ada senarai hitam bank atau muflis, tapi kalau ada sesiapa  yang disenarau hitam bank, kena pastikan dulu. Jangan nanti dah ambil rumah, pinjaman kita tak lulus.

Buat Tinjauan Penyewa

Tujuan saya nak beli rumah itu untuk disewa, jadi kena kaji pasaran penyewa di situ. Hasil kajian, itu sangat strategik, terutama peniaga berhampiran, pekerja bank, pasaraya Mydin dan pekerja wisma Nanas. Sekali lagi kesimpulan saya, beliiiii.

Masuk Lelongan

Mei 2008, saya telefon pelelong dahulu, kemudian bayar deposit 5 peratus dari harga 45,000 iaitu 2,250 melalui bank draf. Pada tarikh lelongan, saya hadir awal, sejam sebelum lelongan. Alhamdulillah, hanya saya seorang saja yang membida, jadi saya dapat. Saya sangat gembira, walaupun tak beli rumah semahal rumah yang kawan-kawan sepejabat saya miliki, tapi saya tetap bangga. Inilah usaha permulaan saya dalam bidang lelongan hartanah.

Saya memerlukan 90 hari untuk menjelaskan baki 95 peratus dari harga tadi. Esoknya saya ke rumah tersebut bawa tukul besi dan kunci tombok baru berharga 9.90 untuk ganti kunci depan. Bila masuk, alhamdulillah, rumahnya ok, rumah itu baru 2 tahun, jadi masih baru lagi. Saya beli cat putih 2 tong dengan harga RM 60 siap berus dan cat sendiri. Pam kat tandas ada rosak sikit, betul sendiri dalam RM 5. Kemudian pasang kipas di ruang tamu dalam RM 60. Lepas tu masuk eletrik dan air, mahal juga tapi tak sampai RM 400.

Jiran Sebelah Seronok

Sedang saya mengecat, jiran sebelah, wanita dan anaknya datang menjenguk. Dia tanya, saya jawablah ini rumah saya beli. Dia tanya, nak duduk ke sewa, saya kata nak sewa, kalau boleh nak cari orang Melayu. Kemudian, kakak tu kata,

"Baguslah kalau Melayu sewa, sebab dulu Bangla yang duduk rumah ini dan anak perempuan akak kekadang risau nak keluar rumah". Kata kakak tu.

Saya pun memeng nak kasi Melayu sewa, murah sikit pun takpe, janji ada untung sikit. Jiran sebelah tu nampaknya seronok juga kalau dapat jiran Melayu. Saya beri no tel, dengan tujuan kalau ada orang nak cari rumah sewa, bole le tel saya. Petang tu juga pergi ke Mydin dan berbual dengan seorang pekerja Melayu, minta tolong tanyakan, kalau-kalau ada orang nak cari rumah sewa dan saya tinggalkan no tel.

Macam Goreng Pisang Panas

Beberapa hari, beberapa orang menelefon saya dengan ragam masing-masing. Ada anak dara yang baru lapor diri kat wisma Nenas nak duduk, dia dari Pahang. Cuma masalah dia, dia tiada kawan, kalau sewa seorang kira mahal juga. Kemudian dia tumpang rumah kawan dia. Ada wanita kerja kosmetik, dah tengok rumah tapi tak bagi jawapan. Ada juga orang baru kawin tengok, tapi pun tak beri jawapan. Pada saya, kalau letak deposit walaupun sikit pun kira ok ler dulu. Takper, siapa cepat dia dapat. Satu petang tu, dapat tel dari lelaki katanya pengurus pekerja bagi Mydin JB. Jumpa di Restoran Osman, saya kata sebulan RM 500, terus dia setuju dan bayar terus. Mudahnya.... Sikit-sikit rasa menyesal juga cakap 500, kalau cakap 600 kan bagus. Tapi takper, janganlah nak sewa tinggi sangat.

Lepas Mydin sewa tu, ada beberapa orang juga nak cari rumah sewa. orang yang datang tengok rumah sebelum ni pun ada juga buat keputusan. Itulah, lama sangat pikir, deposit pun tak letak. pada Melayu, saya kasi RM 450 pun dia lambat beri keputusan. Maaf  ler, saya kira siapa cepat beri deposit tanda jadi. Saya mintak RM 50 jer deposit, bukan banyak.

Rupanya pekerjanya Bangla. Kesian kakak sebelah, dia kata pada saya, dapat jiran Melayu, tapi dapat jiran Bangla juga, sori yer kak. Tak per, tebalkan muka, saya pun bukan lagi nak ke rumah tu. Apa-apa kerosakan, Bangla tu akan betulkan dengan duit dia, jadi saya tak payah datang rumah tu pun tak per.

Kira untung ler

Proses loan dalam 2-3 bulan tapi saya dah boleh sewakan. Jadi duit deposit dan sewa 3 bulan pertama, dah boleh tampung kos saya bayar deposit lelong dan lain-lain. Bulan ketiga baru kena bayar bank. Bayar bank 235 sebulan dapat sewa 500, kira untung le tu. Berjayalah saya projek beli rumah lelong pertama. Alhamdulillah.

BERSAMBUNG.....
Episod 2 : http://ustazkhalil.blogspot.com/2010/01/rumah-lelong-sedih-bila-kalah-lelong.html

02 Januari 2010

BURGER SERINGGIT



Kalau nak beli burger murah, pergilah ke kedai kat belakang stesen bas Kluang. Burger Kak Lin. Rasa pun ok jer, bahan-bahan lain pun ada. Kalau kat tempat lain di Kluang, biasa RM 2.50 satu. Sini burger daging 1.00, ayam 1.50. Buka siang dan malam. Tadi baru saya beli burger ni, ambil gambar, adik tu perasan.

Tahun 2010: Kalau Nak Jimat, Belajarlah Memasak


(Gambar tempat bakar ayam, untuk nasi ayam)

Tadi saya ceramah kursus kahwin, sekali lagi saya kata, bakal isteri kena belajar memasak. Masak kenalah sedap, bukan cincai saja. Macam biasa, peserta kursus kahwin tak boleh betah apa yang saya cakap, takut nanti tak dapat sijil. Hahaha....

Belajarlah Masak

Memang kita banyak berjimat kalau masak sendiri. Sebab itu ilmu masak penting. Belajarlah masak yang biasa-biasa, bukan macam nak niaga restoran pulak. Patut lepas ni kena ada satu tajuk ceramah khas 'masakan' dalam kursus kahwin, nanti saya cadangkan kepada pihak atasan. Boleh panggil chef berpengalaman beri ceramah satu sesi. Nanti saya akan cadangkan.

Kalau chef sebenar tak ada, saya boleh menyamar jadi chef, curi topi chef. Saya boleh ajar cara masak nasi ayam, nasi lemak serta sambal, mee goreng simple, char kueh tiaw Penang dan teh tarik. Tajuk ini bolehlah saya tunjuk sementara chef belum sampai. Kalau chef sampai je, saya cabut topi chef, pakai songkok semula. Selamat memasak...

BERSAMBUNG.

Tahun 2010 : Patutkah Warga Asing Dilarang Bekerja ? (Episod 3)



Orang kita marah bila ramai warga asing ke negara kita. Katanya, orang asing ini telah menutup peluang orang kita bekerja. Betul ke tidak, kita pikir le sindiri.

Apabila Warga Asing Dihantar Pulang

Bila warga asing kurang, adakah ekonomi kita makin baik atau makin slow ? Susah nak jawab. Sebenarnya, kalau tempat ada semut, mesti situ ada gula, kalau kedai makan ramai pelanggan mesti kedai tu sedap dan murah. Kedai makan sudah tentu terasa kesan yang ketara kalau warga asing tinggalkan negara kita. Lepas tu kedai runcit dan pasar juga terasa. Yang niaga di kedai makan atau bekerja di kedai makan dan pasar juga orang kita. Kalau warga asing tinggalkan negara kita, mungkin orang kita akan terus hilang  pekerjaan. Macammana nak tanggung anak isteri ?

Lu Jagalah Anak Sendiri

Keluarga yang ambil Indon jaga anak sudah tentu susah. Nak hantar tempat jaga anak, cuma waktu pejabat saja. Kalau selalu balik lewat, susah ler.

Indon Yang Kerjakan Sawit

Kita pergilah ke mana-mana felda di negara kita, semuanya guna tenaga kerja Indon. Ada pasport atau tidak, itu bukan soal pada orang  kita, yang penting, ada orang kerjakan kebun. Kalau Indon ini balik, boleh ke orang kita kerjakan sendiri. Kalau  saya disuruh keja kebuh sawit, setangah hari pun tak tahan, sakit pinggang nak angkat buah sawit.

Banyaklah Rumah Kena Lelong

Sekarang pun banyak rumah kena lelong. Kawasan Johor Bahru dan Kulai yang paling banya, angkanya memasuki ribuan, saya pasti. Sebab saya pun beli rumah lelong, saya tahulah. Antara punca rumah kena lelong adalah tiada penyewa disebabkan warga asing makin kurang sekarang. Kalau nak tahu, pergilah ke Kipmart Tampoi, tengok rumah teres bersebelah dengan hotel itu. Banyak rumah dibiarkan kosong. Itu dulu dihuni  oleh pekerja kilang Indonesia, saya tahulah, dulu saya selalu buat operasi. Sekarang kebanyakan rumah itu terlelong walaupun mempunyai nilai yang tinggi. Rumah siapa yang kena lelong ? Rumah orang kita juga.

Siapa Nak Kerja Bangunan ?

Orang kita boleh ke kerja buat bangunan. Bangunan ini yang kerja berterusan lamanya, contohnya 6 bulan yang siapkan segera. Ini bukan bangunan kecil-kecil yang tiada tempoh masa. Contohnya Putrajaya dan Komplek Kastam Johor Bahru dulu, sebahagian besarnya orang Indon. Saya tahulah, rumah saya sebelah jer dengan komplek kastam tu dulu.
Jadi, janganlah marahkan kat Indon ke Bangla ke. Disamping dia bekerja, dia juga telah membantu meningkatkan ekonomi negara kita. kalau disekat mereka bekerja, kita bimbang 2010 nanti, ekonomi negara kita tenat.

BERSAMBUNG

Tahun 2010: Mesti Pandai Berjimat Cermat (Episod 2)



Tuan Kadi, Peugeot Nak Jual ker ?

Semalam ada seorang yang tidak dikenali hantar sms pada kawan saya, tanya Pegeot saya nak jual ke tak. Memanglah tak jual, tapi kalau berani harga tinggi boleh juga jual. Bila orang tu dapat tahu harganya cukup tinggi, sms itu tidak berbalas. Sebenarnya kita kena berjimat cermat terutama bila pakai kenderaan. Dulu arwah ayah saya tak pakai kereta pun, pakai moto saja. Dulu jeles juga tengok orang yang ayah dia ada kereta, ayah saya tak ada kereta. Jadi bersyukurlah saya ada kereta, walaupun bukan kereta mahal.

Nak Tahu Bagusnya Peugeot, Pakailah Peugeot

Dulu dalam tahun 1998, Kastam pakai kereta pegeout ni sebab waktu itu, ini kereta terbaik dan laju sebab Kastam selalu kejar penyeludup. Orang sekarang suka beli kereta baru, tapi percayalah kereta baru tak semestinya best. Contohnya viva, myvi, persona, Gen2, sebenarnya pegeout lebih sedap. Kalau tak percaya, marilah kita lumba di lebuhraya, kita tengok siapa yang kena. Kat jalan banyak selekoh pun saya berani lumpa macam jalan Kluang- Mersing. Kawalan stereng peugeout sungguh  mantap. Daripada beli kereta baru yang mahal RM 30 - 60 ribu, lepas tu bulan-bulan bayar 400-600 selama 9 tahun lebih merugikan. Lebih baik tak ada hutang. Saya beli peugeut cuma RM 5,500 pada 25 Disember 2008, kereta kedua saya.






Tiba-tiba ada 2 biji Peugeot Di Rumah Saya

Saya terkejut bila lihat ada satu lagi peugeot di rumah saya. Saya baru balik berceramah kursus kahwin. Masih cantik dan tegap kereta tu, untung siapa yang pakai. Rupanya abang yang mesin rumput punya, mungkin baru beli, tak sempat tanya.


BERSAMBUNG......

Tahun 2010: Ekonomi Penuh Mencabar (Episod 1)


Kenaikan Harga Gula

Hari pertama 2010 kerajaan menaikkan harga gula 20 sen pasti memberikan kesan yang besar kepada seluruh kehidupan negara. Setiap orang di negara kita makan gula tiada siapa yang terkecuali. Orang yang terkaya di Malaysia adalah Robert Kouk adalah tauke gula, menunjukkan perniagaan gula disokong oleh setiap orang di negara kita. Kerajaan mempunyai alasan yang kukuh untuk menaikkan harga gula kerana harga sebelum ini, termasuk sekarang masih disokong oleh subsidi yang banyak. Tapi janganlah diungkit sangat soal subsidi ini, kerana setiap penduduk adalah pembayar cukai.

Susu Pekat Manis Pun Naik Harga

Semalam saya ke sebuah pasaraya yang di antara yang menawarkan harga murah di Kluang. Saya terkejut bila susu pekat manis jenis F&N dijual dengan harga RM 2.89 atau 2.90 sebab 1 sen tak dikira. Kebiasaannya susu yang sama sebelum ini adalah sekitar 2.40 atau 2.60. Saya pasti, dalam beberapa  hari lagi, semua jenis susu pekat manis akan dinaikkan harga. Tidak mustahil selepas ini kedai makan akan menaikkan harga teh tarik dan kopi dari RM 1.00 ke 1.20. Begitu juga Milo dari 1.30 atau 1.50 kepada 1.80.

Peniaga Kedai Makan Tertekan

Sebenarnya bagi peniaga kedai makan, dengan menaikkan harga adalah suatu yang berat. Betul, di kalangan keluarga dan saudara mara saya pun ramai yang berniaga. Kalau peniaga warung atau restoran bimbang kehilangan pelanggan, terutama di kawasan luar bandar. Kalau harga dinaikkan, orang yang tidak bergaji besar akan kurang  makan dan minum di kedai. Maka pelanggan akan kurang. Peniaga kedai makan sebenarnya lebih suka kalau menjual dengan harga murah sehingga menarik ramai pelanggan. Tapi, kenaikan harga barang yang tinggi tidak memungkinkan peniaga kekal pada harga lama.

Sumber Pendapatan Di Kampung

Ok. Baru minggu lepas saya ke Pahang dan Terengganu. Bukan apa, cuma saya nak bandingkan kampung dan bandar, Johor di kira bandar. Bagaimana pendapatan orang kampung ? Kebanyakannya bekerja mengusahakan kebun seperti mengerjakan kebun sawit, menoreh getah, tanam pisang dan lain-lain. Kalau yang ada kebun sendiri senanglah juga, tapi bukan ramai yang ada kebun sendiri. Ramai yang bekerja dengan orang lain seperti mengambil upah menoreh getah dan mengerjakan sawit orang. Bagi kampung yang bukan Felda, hasil sawitnya bukanlah seberapa sebab mereka bukan mempunyai kebun  yang luas. Kalau tuan punya tanah, mungkin sebulan boleh dapat RM 1,000 dan bagi yang mengambil upah tidak sampai RM 1,000.

Jadi, dalam keadaan harga barang yang naik sekarang, RM 1,000 sebulan walaupun duduk di kampung, belum tentu cukup. Sekarang, persiapan anak-anak sekolah menjadi keperitan sesetengah orang kampung untuk menjelaskan yuran dan membeli pakaian baru anak sekolah. Saya bersimpati dengan mereka.

Adakah Takrif Letrik Akan Naik ?

Menurut sumber, baru-baru ini TNB akan mengkaji takrif. Ini bukan saya saja buat cerita tetapi sudah keluar dalam media arus perdana. Biasanya kaji-kaji ini akan naik, jarangkah kaji-kaji ini jadi turun. Kalau misal kata bayaran letrik naik, saya percaya lebih 80 peratus harga barang akan naik. Ini tidak dapat dielakkan kerana semua industri, kos letrik pasaraya, kedai dan lain-lain akan  meningkat. Maka harga barang pasti naik. Yang bebannya pengguna.

Bolehkah Harga Gula Turun Semula

Kalau kerajaan nak turunkan harga gula, lebih baik turunkan sekarang. Jangan tunggu sebulan dua. Nanti kalau turun pun, harga barang tak turun. Tengok dulu tahun 2007-2008 harga minyak naik, barang melambung naik. Tapi bila minyak turun, harga tak turun. Tapi, yer ke nak turun semula 20 sen ? Rasa macam mustahil pulak.

Atasi Masalah Pekerjaan Penduduk

Tahun 2009, ramai pekerja asing sudah pulang. Tapi kepulangan mereka, kalau dikaji pada satu sudut, menjadi satu beban ekonomi pula kepada rakyat kita. Di Johor Bahru, kepulangan ramai warga Indonesia dan Bangla adalah kerana beberapa kilang menutup atau mengecilkan operasinya. Bukan kerana hantar rakyat asing, kemudian ambil rakyat kita bekerja. Kalau ada pun, jumlahnya terlalu kurang.

Ijazah

Sekarang ramai yang keluar universiti memiliki ijazah dan diploma. Jumlahnya terlalu ramai. Tapi adakah mereka mendapat pekerjaan yang sesuai. Kita jangan menuduh mahasiswa sebagai malas atau memilih-milih pekerjaan. Sebenarnya, sebagai seorang yang memiliki ijazah, takkanlah selamanya nak bekerja sebagai operator kilang atau pengawal keselamatan. Mereka tentunya nak bekerja di pada bidang yang setaraf dengan kelulusannya. Yer  lah, mungkin ada seorang dua yang sanggup kerja dengan gaji rendah tapi sampai bila. Lagi pun mereka kena bayar pinjaman PTPTN walaupun belum mendapat kerja yang sesuai.

BERSAMBUNG....

01 Januari 2010

UNTUK KEPENTINGAN ISLAM : PERLU MERAYU KE MAHKAMAH RAYUAN




Peguam Negara atau KDN perlu merayu ke Mahkamah Rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Hakim Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.


Ini bermakna, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut yang dikeluarkan KDN sebelum ini. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri  itu adalah 'tidak sah dan batal”. Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.

Sebagai orang Islam di negara kita, kita mesti memandang berat kepada kes ini. Keputusan Hakim Lau Bee Lan itu perlu dihormati, bagaimanapun masih ada ruang untuk membawa kes ini ke Mahkamah yang lebih tinggi. Kita bimbang, selepas ini orang bukan Islam boleh sewenang-wenangnya menggunakan ayat Quran atau mempersendakan ayat suci ini di tempat-tempat lain. Rayuan di Mahkamah Rayuan sangat penting, kita serahkah kepada Peguam Negara mencari  keadilan demi kepentingan semua pihak. Kes ini saya rasa lebih serius daripada kes permohonan Lina Joy sebelum ini.

Taktik Perompak Bank di ATM


Semalam saya ke sebuah bank di Kluang. Di mesin ATM itu tertulis satu notis peringatan kepada pengguna ATM iaitu taktik terbaru penipuan. Iaitu, waktu kita di mesin, ada orang menepuk bahu kita. Orang itu kata, ada barang kita terjatuh, mungkin dia kata duit kita jatuh. Bila kita jenguk bawah, orang itu dengan segera tukarkan kad ATM kita dengan kad lain. Orang itu ambil kad kita dan gunakan di mesin ATM lain untuk keluarkan duit kita.
JADI BERHATI-HATI, KES INI SUDAH BERLAKU

KEDAI NAIKKAN HARGA BOH TEH TARIK



Semalam saya ke sebuah mini market di Kluang. Terkejut juga tengok harga 'Boh Tek tarik' sekarang RM 12.90. Sebelum ini, saya beli di kedai berkenaan RM 11.90 iaitu kali terakhir saya beli dalam bulan Ogos 2009 beli di kedai itu  juga. Pengguna nak bising-bising pun tak boleh, itu bukan barang kawalan harga.  Cuma bimbang lepas ni kedai makan naikkan harga segelas teh tarik.

ALFATIHAH. Tan Sri Mohamad Rahmat Meninggal Dunia


Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.