Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Julai 2011

Selepas 21 Tahun Menduda, Akhirnya Bernikah

Bercerai dengan isteri pada usia 32 tahun pada tahun 1990 dan ada seorang anak. Sekarang, selepas 21 tahun menduda pada usia 53 tahun, akhirnya bernikah dengan seorang janda kematian suami umur 30-an.
Selamat Pengantin Baru diucapkan. 

07 Julai 2011

Best Juga Cerita Gangster

Saya ni bukan suka sangat tengok filem Melayu atau drama Melayu. Tapi saya rasa nak juga tengok satu filem yang sedang meletup sekarang. Adalah sebabnya....

Semalam saya pegi beli barang dan lalu kedai vcd tu. Kat tv tu tengah tayang cerita Melayu gaduh-gaduh.Bila saya tengok, rupanya cerita pasal gangster yang saya tengah tunggu kemunculannya di vcd. Teruja juga saya, lagipun saya rasa nak tengok cerita tu. Pasal apa saya nak tengok ? Sebab katanya ada bantahan dari sesuatu pihak pasal filem tu dari satu pertubuhan. Tapi filem tu terus meletup di pawagam.

Saya belilah vcd tu. Semalam saya tengoklah cerita tu. Memang best rupanya, cerita pasal kumpulan gangster kat KL. Banyak juga unsur pengajaran dalam cerita ni.

06 Julai 2011

Kiyai Zainudin MZ, Pendakwah Terkenal Meninggal Dunia


Pada  5 Julai 2011 kita kehilangan seorang tokoh yang cukup dikagumi iaitu KH Zainudin MZ dan lebih dikenali sebagai Kiayi Sejuta Umat disebabkan ramainya pendengar yang mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh beliau.

Kiyai Zainudin meninggal dunia disebabkan penyakit jantung dan kencing manis .Kiyai Zainudin Mz pengsan selepas sahaja solat subuh.

Alfatihah...

Isteri Orang Serang Hendap Perempuan Skandal Dengan Laki Dia(Episod 2)

Isteri tu geram sangat dan berkobar-kobar nak telefon perempuan tu sekali lagi, buat kedua kalinya.

"Helo ! ini siapa ?" Kata isteri tu.

"Ni Ayu, ni siapa ?". Kata perempuan tu.

"Ooooo Ayu yer, Ayu mana ni ?". Tanya isteri tu lagi.

"Errrrr.....Yang tahun tiga tu, ni siapa yer ?" Tanya Ayu.

"Tahun tiga mana ni ?". Tanya isteri tu.

"Errrrr....Tahun tiga fakulti pengurusan perniagaan... ni siapa yer ?" Tanya Ayu lagi. Dah banyak kali dia tanya siapa-siapa, tak jawab pun, kena sergah lagi adalah.

"Ooooo budak universiti, sekarang kat mana ?" Tanya isteri tu.

"Errrrr.....Sekarang praktikal kat pejabat XXX (badan berkanun) kat Kluang ni,. Ni siapa yer ?". Tanya Ayu lagi.

"Oooo kat Kluang yer rupanya.. Awak kenal ke suami saya Hairul (bukan nama sebenar) ?". Tanya isteri tu.

"Hairul, hairul yang mana pulak ni, kerja kat mana ?" Tanya Ayu lagi.

"Hoiiii ! Buat tak tahu pulak, malam hari tu kan awak telefon suami saya, tanya pulakkkk". Kat isteri tu

Lelaki 35 Tahun, Tiga Isteri


Saya baru habis kursus selama 3 hari di satu negeri. Seorang kawan saya jumpa kawan lama dia, lelaki umur 35 tahun, berniaga agensi pelancongan dan umrah. Yang menariknya, isteri dia tiga orang. Yer le cerita menariklah tu, sebab orang kita ada rasa macam pelik sikit kalau orang kawin lebih ni.

05 Julai 2011

Pelaburan Ikan Patin Tipu Orang

Impian seorang lelaki yang baru mendirikan rumah tangga untuk mendapat habuan sebanyak RM1,440 sebulan dalam satu skim pelaburan ternakan ikan patin buah berkecai selepas mendapati dia ditipu syarikat pengendali ternakan berkenaan.

Bukan itu sahaja, seorang lelaki, 28 tahun, kini terpaksa membayar balik pinjaman bank berjumlah RM80,000 termasuk faedah selama 15 tahun yang telah dijadikan sebagai modal pelaburan tersebut. Dia berkata, dia terjebak dalam skim pelaburan itu setelah diperkenalkan oleh rakan-rakannya dan terpedaya dengan janji manis syarikat terbabit.

Dia yang berkhidmat di sebuah syarikat swasta di Temerloh memberitahu, dia kemudian menandatangani surat perjanjian dengan syarikat terbabit pada Januari tahun lalu. Berdasarkan perjanjian, jelasnya, semua urusan perniagaan akan diuruskan oleh syarikat terbabit dan dia sebagai pelabur hanya menunggu bayaran bulanan.

“Saya juga diberikan sebuah sangkar yang mempunyai 1,800 benih anak ikan patin,” ujarnya.
Menurutnya, dia mula menerima habuan sebanyak RM1,020 pada Mac tahun lalu dan RM1,140 pada bulan berikutannya.

Bagaimanapun, kata Syed Idris, pada bulan Mei sehingga kini, dia tidak lagi menerima bayaran dan apabila syarikat terbabit dihubungi, pelbagai alasan tidak munasabah diberikan.
“Mereka mendakwa syarikat telah berhadapan dengan masalah, banyak ikan mati dan kesukaran pasaran,” katanya.

Syed Idris berkata, tidak lama selepas itu dia cuba menghubungi pihak terbabit namun tiada jawapan sehingga dia terpaksa pergi ke pejabat syarikat berkenaan. Difahamkan terdapat lebih 20 pelabur lain terdiri daripada kakitangan kerajaan yang telah ditipu syarikat yang sama,” ujarnya.

Gadis 16 Tahun dibunuh, dikerat dan dibakar di Johor Bahru


Polis menemui beberapa anggota badan dikerat dan dibakar di dua lokasi berasingan di Masai dan Ulu Tiram, petang kelmarin.

Polis menemui anggota badan itu kira-kira jam 5 petang di sebuah perkuburan Hindu di Masai dan ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, dekat sini, dipercayai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti dekat Skudai, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin, ketika dihubungi oleh pemberita akhbar utama, mengesahkan penemuan mayat dipercayai mangsa dibunuh dengan anggota badan dikerat dan dibakar.

Sehubungan itu, polis menahan reman suspek utama iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun.

04 Julai 2011

Isteri Orang, Serang Hendap Perempuan Skandal Dengan Laki Orang (Episod 1)

Seorang isteri 30-an syak suami dia ada perempuan lain. Bukan itu saja, dia dapat cerita dari ahli mesyuarat tingkap, mengatakan suami dia dah nikah satu lagi di negara lain. Dia dah puas bergaduh dengan suami dia dan bertanyakan hal perkahwinan itu, tapi suaminya menafikannya. Nak dicarikan bukti pun susah sangat. Nampaknya serangan isteri pada suaminya tak mandatangkan apa-apa kesan.

Satu hari tu, suami tertinggal telefon di rumah. Isteri pun sempat menyalin beberapa nombor telefon yang dia syaki perempuan yang 'rampas' suami dia tu. Isteri salin semua nombor telefon yang suami buat panggilan dan terima panggilan.

Selang beberapa hari, isteri nekad telefon nombor-nombor berkenaan, manalah tahu kalau nombor tu betul orang yang dicari. Satu persatu didail, tapi kalau lelaki yang jawab, isteri tu terus putuskan. Tapi ada satu tu perempuan yang jawab. Suaranya manja pula, mesti muda lagi. Amboiiiii.. sebab tulah suami dia tergila-gilakan sangat.

Isteri putuskan perbualan tu dan terus berasap. Tapi lepas tu dia nak telefon sekali lagi perempuan tu dan sudah menyiapkan senjata dan kata-kata untuk serangan. Nanti... siap kau aku kerjakan.

03 Julai 2011

Kita Sudah Masuk ke Bulan Sya'ban


Bulan Syaaban merupakan antara bulan-bulan yang istimewa bagi umat Islam. Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang mukminin serta mukhlisin. Begitu banyak hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan mengenai kelebihan bulan yang mulia ini.

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban. Sabda Nabi s.a.w “Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Apabila Rasulullah SAW diutuskan, beliau mengekalkan nama Syaaban. Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadhan ialah bulan yang panas).

Pada malam kelima belas bulan Syaaban, adalah malam Nisfu Syaaban. Mengikut tradisi Islam, baginda Nabi Muhammad SAW berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang. Umat Islam digalakkan berpuasa pada bulan Syaaban  sebagaimana hadis:
Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

Perbicaraan Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya Esok

Perbicaraan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain akan berlangsung selama tiga bulan di Mahkamah Tinggi di sini bermula esok.

Perbicaraan kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir dengan kira-kira 50 saksi pendakwaan dijangka dipanggil memberi keterangan.

Kes itu membabitkan bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan, yang mengaku tidak bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

01 Julai 2011

3 Lelaki Ditahan Beli Nombor Ekor

Tiga lelaki berumur 38, 38 dan 42 ditahan kerana kesalahan membeli judi atau berada di dalam kedai judi di Kluang. Tangkapan dilakukan oleh penguatkuasa pada jam 5.00-5.30 petang di Taman Intan, Kluang.

Kesemua mereka akan dituduh di mahkamah syariah dalam tempoh terdekat. Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali.

 Itulah jadinya kalau dah kaki judi, bukan untung namanya, rugi lagi. Di dunia lagi dah dapat balasan, akhirat lebih lagi.

Cara Berjimat Cermat Masa Servis Kereta (Episod 20)


Baru-baru ni ada seorang lelaki jumpa saya, dia ucap terima kasih kepada saya. Hairan juga, kenapa pula yer ? Dia cerita, sekarang dia dah banyak untung setiap kali servis kereta. Oh yer ke ? Kenapa pula ?

Dia dengar satu ceramah saya dalam setahun lebih yang lepas dalam satu program di sebuah daerah. Dia adalah salah seorang urusetia, bukan peserta. Dalam ceramah tu saya cerita beberapa perkara yang kita boleh berjimat cermat, antaranya servis kereta.

Imbas Kembali

Betul, saya ingat lagi apa yang saya ceramah tu selepas lelaki ini imbas kembali apa yang saya ceramahkan. Dalam ceramah tu saya kata, orang kita banyak membazir semasa servis kereta sebab suka serah diri 100 peratus pada pomen. Saya cadangkan kepada semua yang pakai kereta, supaya beli minyak hitam dan oil filter sendiri.

Kemudian pegi ke kedai tukar minyak hitam dan oil filter, upah dalam RM 10 saja. Jangan pergi ke bengkel serah diri semuanya iaitu minyak, oil filter dll pada bengkel tu. Belilah barang tu dulu di kedai alatganti kereta yang ada di banyak tempat, termasuk pekan kecil pun ada.

Saya ceramah benda macam ni, bukan saya pandai ceramah saja tapi saya buat sendiri. Saya dah buat sejak saya mula pakai kereta lagi sejak tahun 1996. Tak pernah dalam hidup saya pergi ke bengkel tak bawah minyak dan oil filter sendiri. Contoh minyak yang biasa saya pakai jenis Castrol harga RM 38, oil filter RM 6, upah kedai RM 10. Jumlah cuma RM 54 saja. Itulah belanja saya servis kereta setiap 5,000 km kereta saya gerak antara 2-5 bulan sekali.

Minyak Tak Ada Kualiti ?

Okeylah, kalau kata minyak hitam Rm 38 tu kualiti rendah sebab kereta saya murah, dah lebih 10 tahun. Kalau kereta lebih 10 tahun, pakai minyak mahal pun nanti mungkin ada masalah lain seperti minyak boleh hilang dan kering. Okey, kalau kereta baru sikit, pakailah minyak semi harga dalam RM 65 atau nak lagi baik pakaila fully harga RM 98.

Oil Filter Murah ?

Dulu harga RM 5, sekarang RM 6, saya pakai jenis ni sejak saya mula pakai kereta. Tak ada masalah pun. Okey, kalau kata ini barang tak ori, tak apa, pakai yang ori dalam harga RM 15. Pun masih murah kalau beli sendiri.

Dulu Servis Mahal

Dia cerita, dulu dia servis kereta buatan Malaysia dia kat tempat pusat servis. Setiap kali servis kena dalam RM 400 lebih. Banyak duit dia habis selama dia pakai kereta. Bayar 400 tu minyak bukanlah jenis fully yang paling mahal, setakat semi yang saya kata RM 65 tu saja. Lepas tu banyak barang kena ganti seperti plak, air filter dll.

Ishhhh.... kenapa pulak nak tukar plak setiap kali servis ? Plak kan boleh tahan setahun lebih, dua tahun pun boleh, selagi tak rosak atau berkarbon. Okey, kalau betul kita kena tukar plak, beli plak sendiri dalam RM 20, pergi kedai untuk upah pasang saja.

Air filter kenapa kena ganti juga. Kan air filter 5-10 tahun pun boleh guna selagi tah rosak, dan memang tak rosak pun, berabuk saja. Benda lain seperti minyak brek, belilah sendiri, RM 5 jer. Air bateri RM 2 je.

Dulu RM 400 Sekarang RM 100

Dia ni ucap terima kasih pada saya sebab ceramah saya ada kesan dalam kehidupan dia. Dulu dia belanja RM 400 lebih sebulan, sekarang sekitar 100 saja.

Cerita Kereta Episod 21, klik sini


30 Jun 2011

Suami Orang ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang

KLUANG - Seorang suami ditangkap khalwat bersama wanita lain sewaktu isteri dan anaknya balik ke kampung bercuti untuk beberapa lama.

Pasangan berkenaan ditangkap penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Kluang di sebuah rumah teres di Taman Sri Kluang kira-kira jam 10 malam, kelmarin.

Kadi daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan berkenaan ditangkap sewaktu mereka sedang berdua-duaan di rumah berkenaan dan atas maklumat daripada orang awam serta penguatkuasa JAJ, mereka bertindak menangkap pasangan terbabit.

“Pasangan berumur 29 tahun berkenaan adalah suami dan isteri orang yan juga pekerja kilang.

“Dipercayai mereka adalah rakan satu sekolah dan wanita berkenaan rapat dengan lelaki terbabit ekoran wanita ini ada krisis rumah tangga dengan suaminya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, disebabkan mempunyai krisis rumah tangga mereka melakukan khalwat sewaktu isteri lelaki berkenaan tiada di rumah.

Mohd Khalil berkata, tangkapan yang dilakukan adalah operasi mencegah maksiat dalam daerah ini yang dijalankan penguatkuasa JAJ, malam kelmarin.

Tangkapan Kedua
Dalam operasi sama, JAJ menangkap seorang duda anak empat bersama pasangannya, anak dara berumur 30 tahun.

Mohd Khalil berkata, duda berkenaan berumur 42 tahun ditangkap di sebuah rumah di Kampung Sri Lukut lebih kurang jam 2.15 pagi, kelmarin.

“Pasangan berkenaan ditangkap penguatkuasa JAJ di rumah duda berkenaan yang juga rumah kampung dan mereka adalah pekerja kilang di kawasan Kahang,” katanya.

Menurutnya, dalam kes berkenaan kedua-dua pasangan akan ditahan di bawah seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana berkhalwat.

Mohd Khalil berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Saya juga mahu mewar-warkan kepada orang awam sekiranya ada aduan berkaitan kes maksiat di kawasan mereka diharap dapat menghubungi talian bebas tol kami di talian 1 800 88 3072.

“Malah, sekiranya ada aduan, kami akan merahsiakan maklumat peribadi mereka yang memberi maklumat kerana apa yang kami mahu adalah mencegah dan membanteras maksiat daripada terus berlaku khususnya di daerah ini,” katanya.

(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 30 Jun 2011)

Gadis 17 Tahun, Jadi Ulam di Rumah Bujang Lelaki


Dalam satu serbuan penguatkuasa Agama daerah Kluang di sebuah rumah di daerah ini, menahan seorang gadis 17 tahun dan pasangannya lelaki 22 tahun dalam sebuah bilik. Perempuan bekerja sebagai pembantu kedai makan, manakala lelaki masih bujang kerja di sebuah bengkel.

Serbuan penguatkuasa di rumah tersebut jam 3.30 pagi turut menemui 3 lelaki lain lingkungan 20-an di ruang tamu rumah bujang tersebut.

Mee Bandung Muar Tiruan


Buka kedai makan tu agak-agaklah kalau nak promosikan makanan dia. Biasalah, kekadang ada sesuatu kedai ada  'killer menu' untuk menarik pelanggan. Tapi saya nak beritahu juga, kedai mamak tak ada pun killer menu, orang pun penuh juga.

Satu kedai ni, dalam satu daerah di negeri johor, bukan dalam daerah Muar tapi daerah lain. Tulisan besar kat kedai tu, 'Mee Bandung Muar'. Saya singgahlah kat kedai tu sebab tahu, kalau mee Bandung Muar memang special, mana-mana tempat kat Johor ni tak boleh lawan. Nak diberitahu juga, bukan semua mee bandung Muar tu special, ada tempat-tempatnya.

Tapi bila makan mee bandung kat kedai tu, alamakkkkkkk......Rasa silap oder pun ada. Rasa macam makan mee hailam lah pulak. Kuah dia tak jadi lansung, telur cara dia pecahkah tak menjadi. Rasa pun tak sedap. Cuba bayangkan, kalau tekak saya sudah membayangkan makan mee bandung Muar tapi kena makan mee lain, tekak pun tak berapa boleh terima. Dah oder, kenalah makan sampai habis, nak buat macam mana, habis juga.


29 Jun 2011

Akta Baru Berkenaan Halal Lebih Kemas


Restoran yang sengaja meletakkan tulisan jawi atau ayat al-Quran bagi mengelirukan orang Islam boleh dikenakan tindakan mahkamah mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang bakal dikuatkuasakan 1 Januari 2012. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan pemilik restoran itu dianggap cubaan mengelirukan pengguna sehingga wujud anggapan restoran itu halal.
"Akta ini membolehkan pengguna membuat aduan kewujudan restoran sebegini dan kita boleh mengambil tindakan,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Akta Perihal Dagangan 2011.

Beliau berkata, logo halal juga akan diseragamkan kerana ketika ini, tujuh syarikat swasta mengeluarkan sijil halal selain daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Negeri.

“Selepas ini, hanya satu sijil halal dikeluarkan supaya tidak wujud kekeliruan. Akta ini juga memberi kuasa kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menghalang kemasukan barangan import tidak mempunyai perakuan halal yang diiktiraf JAKIM,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, hukuman dan denda yang lebih berat juga akan dikenakan kepada peniaga yang menjual barangan tiruan.
“Peniaga terbabit boleh didenda sehingga RM15,000 bagi setiap satu barang yang disita jika akta ini diluluskan kelak,” katanya.

Katanya, pasukan penguat kuasa kementerian juga akan mempunyai kuasa mengambil tindakan ke atas perniagaan yang mengeliru atau menipu pengguna atau sebarang salah laku amalan perdagangan.

“Akta ini bagi melindungi pengguna ketika berdepan perihal dagangan palsu, pernyataan palsu dan harga barangan mengelirukan, menyekat kegiatan penipuan menerusi peraduan atau permainan seperti konsep gores dan menang.

“Selain itu, akta ini juga berkaitan pelanggaran cap dagangan, kaedah seliaan, penguatkuasaan serta hukuman,” katanya

Ceramah Dato' Haji Noh bin Gadut


Dato' Haji Noh bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Johor akan menyampaikan ceramah agama di Masjid Taman Kluang Barat, Kluang (depan stadium Kluang) pada Khamis 30 Jun 2011.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir terutama dari daerah Kluang. Ceramah akan diadakan selepas Maghrib, yasin dan tahlil.

28 Jun 2011

Duda 51 Tahun Kena Tangkap Khalwat Dengan Anak Dara 27 Tahun


Seorang lelaki, kerja pengawal keselamatan, umur 51 ditangkap khalwat dengan gadis 27 tahun, tak bekerja. Penguatkuasa Agama membuat pemeriksaan di rumah teres di dalam daerah Kluang, jam 2.20 pagi setelah mendapat maklumat dari orang awam.

Sewaktu tangkapan, ibu dan kakak perempuan ada di dalam rumah di bilik lain. Pasangan ini ditahan sewaktu berdua di dalam salah sebuah bilik dan sedang nyenyak tidur.

27 Jun 2011

Isteri Kedua Mengadu, Suami Balik Rumah Untuk 'Projek' Saja


Beginilah nasib seorang isteri kedua bila bernikah secara senyap-senyap dengan suami orang. Katanya, suaminya balik ke rumahnya jarang-jarang, kalau balik pun, untuk buat projek saja. Katanya lagi, perkara lain banyak suaminya abaikan termasuk mengurus rumahtangga dan anak. Perbelanjaan harian juga kasi tak berapa cukup, cuma bayar rumah sewa saja yang betul. Mana boleh tahan, isteri kedua pun naik hanginnnnnnnn.

Dah nak buat macam mana, dulu nikah suka sama suka, bukan kena serkup kepala, paksa suruh nikah. Sanggup ke negara jiran pula tu bernikah di sana. Nak salahkan suami tak boleh juga. Dulu sebelum kawin, janji nak rahsiakan pernikahan dan sanggup jumpa suami sekali sekala.

Sekarang nikah pun dah masuk 5 tahun, anak seorang. Sampai bila keadaan macam ni ? Entahlah.

26 Jun 2011

Bagaimana Saya Nak Nikah Lagi Satu ?


Datang Johor Bahru semalam, jumpa kawan-kawan lama. Seorang ni jumpa saya dan ajak saya berbual, nampaknya ada cerita menarik.

"Ustaz, saya nak nikah lagi satu macam mana ? Boleh tolong ker ustaz ?". Kata lelaki ni.

"Boleh. Tapi isteri pertama macam mana ? Kasi ker ?" Tanya saya.

"Itu masalahnya ustaz, dia tak izin. Ada jalan ke ustaz saya nak kawin ?". Tanya dia lagi.

"Tak pastilah boleh ker tak, tapi masih ada jalan. Yang penting mahkamah syariah benarkan, kena bawa ke mahkamah dulu" Kata saya.

"Dah tu, kalau bawa ke mahkamah, mahkamah izinkan ker ustaz ?" Tanya dia.

"Itu kita serahkan pada mahkamahlah, nak izinkan atau tidak". Kata saya. Lelaki ni nampaknya lega juga dengan penjelasan saya. Sebab apa, sebab nampaknya masih ada jalan walaupun isteri tak izin.

Lelaki ni umur 40-an, isteri dia pun 40-an juga, isteri kerja kerani. Anak 5 orang semua tengah sekolah. Dia nak nikah dengan janda 30-an, bercerai setahun lalu, kerja kerani swasta. Katanya punca bercerai dengan suami lama sebab nikah 8 tahun tak ada anak.

25 Jun 2011

Kluang Johan Ping Pong Terbuka Melayu Johor Siang Tadi


Hari ini hari bersejarah bagi saya selaku pemain bagi pasukan ping pong Kluang apabila muncul johan pertandingan Terbuka Johor 2011 dari 18 pasukan yang bertanding.

Dalam perlawanan akhir siang tadi, pasukan Kelab Ping Pong Melayu Kluang mengalahkan Kelab Ping Pong Melayu Johor Bahru dengan kiraan  2-0 dalam perlawan sengit dan mendebarkan. Saya turun sebagai pemain kedua untuk mencatat kemenangan seterusnya mengesahkan kejuaraan untuk Kluang. Sebelum itu, Kluang muncul juara kumpulan, seterusnya melangkah ke suku akhir, separuh akhir, kemudian ke final.

Satu kenangan juga apabila saya menyingkirkan beberapa pasukan dari Johor Bahru yang pernah saya wakili dulu semasa saya di Johor Bahru. Ini semua adalah adat bersukan dan bertanding,  walaupun berdepan kawan sendiri yang dulu pernah bermain satu pasukan dengan saya. 

Pertandingan berlansung di DJ Sport Johor Bahru, dengan penyertaan 18 pasukan bertanding. Semoga kelab-kelab ping pong Melayu terus aktif dalam penganjuran pertandingan ini.

24 Jun 2011

Ajaran Salah Disebar Melalui Pos



Hari ini, seorang peguam Islam menemui saya dan memberikan saya beberapa buku, risalah dan vcd yang diterimanya. Menggunakan alamat di Kuala Lumpur, ajaran itu hantar melalui pos laju kepadanya.

Ajaran Salah Apa ?

Saya tak mahu beritahu pada masa ini apakah ajaran ini kerana saya dalam proses siasatan. Buku itu saya sempat baca sedikit saja dan vcd belum sempat tengok lagi. Cuma, ajaran ini adalah ajaran yang meluas juga dan muncul sejak dari zaman para sahabat nabi lagi. Maknanya, mereka sedang cuba mengembangkan sayap mereka kepada orang kita.

Sudah Beberapa Kali Gagal

Kumpulan ini mempunyai pengaruh bermusim dalam menarik minat pengikut baru. Kegiatan mereka tidaklah mudah masuk ke dalam masyarakat kita yang faham dengan ajaran Islam sebenar.

Kenapa Kepada Peguam ?

Tertanya juga saya, kenapa hanya peguam sahaja yang menerimanya ? Peguam ini kata, seorang lagi  peguam kawannya juga menerima risalah ini. Berkemungkinan, mereka hendak menarik golongan ini menyebelahi mereka dan akan menjadikan kedudukan mereka kuat di negara kita.

Buku yang saya baca sedikit ini pun saya rasa cukup merbahaya kalau dibaca oleh orang yang kurang asas agama. Bimbang akidah mereka boleh tergelincir danbersimpati dengan ajaran ini.

Mantapkan Akidah Kita

Supaya kita tak tersesar dan tersasar dari akidah Islam sebenar, jauhilah kumpulan seperti ini. Berpegang teguhlah kepada akidah ahli Sunnah Waljamaah yang sebenar, bukannya kepada ajaran yang meragukan ini.

Trio Datuk T Didakwa, Mengaku Salah


Tiga individu yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu, hari ini mengaku bersalah setelah dihadapkan ke mahkamah pagi ini.

Mereka adalah ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.

Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said. Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.

23 Jun 2011

Sendikit Lesen Terbang Muncul Semula



Tiga lelaki berusia di antara 26 hingga 42 tahun ditahan reman pagi ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan sindiket pengeluaran lesen terbang.

Sindiket berkenaan dikatakan telah meminta wang rasuah daripada calon-calon ujian memandu yang menduduki ujian Bahagian 1 berkomputer. Calon-calon ujian memandu berkenaan dikatakan tidak perlu hadir untuk ujian tersebut seperti yang telah disyaratkan oleh pihak berkuasa, tetapi tetap lulus dalam ujian itu.

Sindiket berkenaan dikesan bergiat aktif menjalankan operasinya di sekitar kawasan Lembah Kelang dan negeri Selangor.

Gadis 17 Tahun Dah ditebuk Tupai


Bila dah mengandung 3 bulan barulah gadis 17 tahun, tidak bekerja nak nikah. Nak nikah dengan 'tupai' tu, lelaki umur 19 kerja kilang.

Dalam usia masih muda remaja ini, bukanlah mudah untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia. Cabaran ilmu pengetahuan, ekonomi, sosial dan sebagainya sekarang amat mencabar sekarang. Apalagi kalau pernikahan ni dilakukan secara tergesa-gesa dan terpaksa.

22 Jun 2011

Poligami Punya Cerita


Kerajaan Negeri Kelantan bercadang memberi insentif khas kepada lelaki berpoligami dengan syarat ia dilakukan secara baik dan mengikut syariat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar (gambar) berkata, Islam tidak pernah menghalang poligami, malah ia merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah masyarakat.

“Poligami yang baik boleh selesaikan masalah ibu tunggal anak ramai, namun ia mesti dilakukan dengan betul, mesti jujur dan berterus terang, contohnya macam (pelakon dan pengacara) Salih Yaakob."

Ramai Kerugian Penipuan Pelaburan, Tapi Tak Serik-serik

Tahun 2009, saya pergi ke sebuah daerah. Saya dapat cerita yang ramai orang Melayu di daerah berkenaan masuk satu skim pelaburan , antaranya ustaz. Bila disebut ustaz, saya minat nak tahu siapa ustaz tu. Saya pun memang kenal dengan ustaz tu, rupanya ramai lagi ustaz yang masuk satu pejabat dengannya. Ustaz tu nampaknya boleh pakai kereta yang bayar bulan mahal juga, dalam 800 sebulan. Katanya hasil keuntungan pelaburan tu.

Bila saya tanya, bagaimana pelaburan tu, katanya bertempat di Bandar Penawar dan dia sebut nama syarikat tu. Katanya, ustaz tu masuk skim tu modal RM 20,000 dan dapat keuntungan setiap bulan RM 2,000 sampai bila-bila. Saya tanya, dah banyak bulan ke dapat 2,000, dia kata dah dapat 3 kali iaitu baru dapat 6,000.

Saya tanya, kalau baru dapat 6,000, modal kita dah 20,000 belum untung lagi. Dia jawab, kena sabarlah kena tunggu setiap bulan. Dia cerita, ada seorang ustaz di JB dah bertahun-tahun masuk dah dah untung banyak. Siapa ustaz tu, saya kenal ustaz tu rupanya. Tapi selama ini ustaz tu tak pernah cerita pun yang ada pelaburan macam tu. Entah yer entah tidak, itu cerita atas cerita. Kenapa ? Sebenarnya, kalau dah jadi ustaz ni, ramai orang berminat cerita pasal kita sebab saya pun ustaz.

Ustaz-ustaz Janganlah Mudah Diperalat

Selalu saya cakap, terutama pada ustaz, ustazah ni, janganlah kita mudah diperalat dalam perkara macam ni. Kita masuk skim ni, orang hebohkan pasal kita masuk. Dan jadi modal pulak supaya orang lain masuk skim ni.

"Tengok, ustaz pun masuk, kita bila lagi". Biasa kan dengar ayat macam ni.

Skim pelaburan ni rasanya meluas ke seluruh negeri Johor malah luar negeri lagi. Yang saya cerita ustaz ni dari tiga daerah, daerah lain mesti ada lagi. Saya tak komen apalah sangat pasal pelaburan ni, tapi dalam hati saya, tunggulah satu hari nanti, mereka akan menangis tak berlagu.

Kemudian pelabur mula berbunyi bila bayaran tak betul tahun lepas. Semalam berita, penganjur tu didakwa di mahkamah Kota Tinggi. Walaupun ceritanya kegiatannya dari tahun 2002, lama tu, sekarang baru didakwa, tapi tahniah kepada pihak berkuasa atas tindakan ini.

Bacalah sendiri berita yang masuk akhbar hari ni.

 ..........................................................................................................

KOTA TINGGI: Seorang pengarah syarikat dan anak perempuannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 27 tuduhan melakukan pengubahan wang haram serta mengambil deposit tanpa lesen daripada orang ramai berjumlah lebih RM4 juta.

Tertuduh, 47, berdepan 21 tuduhan melakukan pengubahan wang haram serta tiga tuduhan mengambil deposit tanpa lesen, manakala anaknya, 24, dituduh melakukan dua penggubahan wang haram serta satu tuduhan mengambil deposit tanpa lesen.

Mereka yang juga pengarah sebuah syarikat beroperasi di Pusat Bandar Penawar, di sini, didakwa melakukan kesalahan itu antara 2002 hingga tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, masing-masing didakwa menggunakan wang daripada aktiviti haram itu bagi membayar secara berperingkat pembelian dua banglo setingkat di Taman Impian 2, Simpang Renggam, Kluang bernilai RM660,000 sejak 2008.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, dua beranak itu didakwa mengikut Seksyen 4(1) (a), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-dua sekali jika disabitkan bagi setiap kesalahan.

Bagi kesalahan mengambil deposit daripada orang awam tanpa lesen sah mereka didakwa mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang boleh didenda sehingga RM10 juta serta 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Salawati turut menetapkan 21 September depan untuk sebutan semula kes. Dua beranak terbabit mengemukakan jaminan yang ditawarkan itu.

21 Jun 2011

Jual Al-Quran Lama Untuk Kitar Semula, Perbuatan Melampau


Berlaku di daerah Batu Pahat beberapa hari lepas, ditemui beberapa kotak berisi helaian Al-Quran lama di tempat pengumpulan kitar semula. Pegawai pejabat kadi Batu Pahat yang diketuai Kadi Daerah, Ustaz Mustafa Omar bergegas ke tempat berkenaan setelah mendapat aduan. Berita ini turut tersiar di dalam akhbar Berita Harian hari ini.

Perbuatan Siapa ?

Siapa yang menjual ini ? Orang Islam atau bukan ? Saya lebih membuat andaian, yang melakukan ini adalah orang Islam. Soal orang yang bukan Islam yang membeli, kita jangan persalahkan mereka. Mereka bukan Islam dan tak tahu sangat pasal agama kita, pasal Hari Raya atau puasa Ramadhan mungkin mereka faham. Tapi pasal benda ini, mereka mungkin anggap seperti helaian kertas biasa saja.

Orang Islam pasti tahu hukum Islam tetapi sanggup jual untuk dapat duit yang tak berapa ringgit sangat. Perbuatan ini seolah-olah meletakkan Al-Quran itu setaraf seperti akhbar lama sehingga dipermainkan sebegitu.

Bukan saja helaian Al-Quran yang dijual di pusat kitar semula itu. Turut dijual adalah kitab-kitab agama lama yang tidak sepatutnya dihina sebegitu. Selepas ini, diharapkan, janganlah berlaku lagi perkara ini. Kalau ada nashkah Quran dan kitab  lama yang tak boleh digunakan lagi, hendak lupuskan, rujuklah pejabat kadi berhampiran. Kita boleh beri nasihat sama ada minta diserahkan ke pejabat kadi atau menasihatkan mereka untuk melupuskan sendiri.

20 Jun 2011

Bapa dan Ibu Mertua Meninggal Dunia Dalam Sehari


Berlaku di daerah ini semalam, seorang lelaki kematian bapanya kerana kemalangan motosikal, ibu tirinya cedera.

Selang dua jam lepas tu, dia dapat berita, ibu mertuanya meninggal dunia pula kerana sakit. Kuasa Allah Taala mengatasi segalanya.

Peniaga Ayam, Ramai Orang Tak Bayar Hutang


Biasa kat kampung sikit ada gerai jual ayam di tepi jalan. Di situ juga  sembelih ayam sendiri dan jual ayam segar. Ramai orang Islam yang beli sebab nampak sendiri orang Islam yang sembelih, tanpa was-was.

Kalau tengokkan niaga seorang ni bagus, pelanggan ramai. Tapi bila kita berbual dengan dia, macam-macam cerita sebagai asam garam dalam perniagaan. Seorang ni 40-an, niaga ayam ni dah dekat 20 tahun, lepas sekolah dulu. Dia jual ayam depan rumah dia dan tak kena sewa.

Masalah utama dia adalah hutang. Dia cerita ramai orang hutang tak bayar. Saya tanya kenapa beri hutang, tak kasi tunai saja.

"Biasalah bang, ni  kampung, kalau kita tak kasi hutang nanti dia kata apa pulak". Kata dia.

Maknanya yang berhutang ni orang kampung juga dan dia kenal semuanya. Dia cerita lagi, yang paling banyak berhutang adalah orang kenduri kawin. Biasa ambil dalam 100 ekor lebih, kalau seekor RM 10, kira RM 1,000 juga. Kalau lebih 100 ekor, bayangkan berapa harga.

Biasa orang kawin ni bayar separuh saja, kalau 1,000, dia bayar 500 dulu. Baki selebihnya, janji nak bayar selepas majlis kawin. Tapi nampaknya janji tinggal janji. Lepas majlis kawin, orang tu tak nampak muka. Kalau ada yang datang pun, bayar tak cukup dan janji nak bayar ansur-ansur. Kalau macam ni, susahlah peniaga ni. Dia kira-kira hutang orang tak bayar, dah lebih 50,000.

Cerita ni, cerita pasal tuan rumah majlis kawin ingat dapat banyak duit 'salam keruk' dari tetamu. Kalau dapat sampul pun bukan banyak mana. Jarang nak jumpa duit merah sepuluh ringgit dalam ekonomi sekarang. Yang banyaknya duit seringgit-seringgit. Ada pulak tu, kasi sampul surat kosong jer pun ada. Ishhh... ishhh.. ishhh.. Itu kira nak ambil hati tuan rumah ler tu walaupun tak ada duit nak kasi.

 Rupanya dapat tak sebanyak mana dan hutang ayam tak terbayar. Peniaga ni nak mintak kat pengantin pun, buat tak layan jer. Bukan senang niaga ni yer.

19 Jun 2011

Pak Uda Zami Ismail Meninggal Dunia, Al-Fatihah


Pelakon komedi Zami Ismail, 67 atau  "Pak Uda" dalam drama bersiri "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

18 Jun 2011

Manalah Tahu, Kalau Satu Hari Nanti Saya Dapat Nombor Ekor Sejuta Ringgit


Selepas selesai satu majlis, saya berbual dengan beberapa orang dalam lingkungan 50-an. Orang ini hidup agak susah juga dan berhajat untuk memohon bantuan dari Majlis Agama Islam Johor. Dalam perbualan itu, lelaki ini tidak mengenali saya dan jawatan saya.

Yang dia kenal adalah ketua kampung situ yang nampak peramah juga. Dalam perbualan tu, saya menyampuk juga, sebab dia sihat tubuh badan tapi tak mahu berusaha. Kerja dia cuma menyambil-nyambil saja dan bukan hari-hari. Malah isteri dia lebih rajin dari dia dan bekerja setiap hari menanggung perbelanjaan anak-anak.

Bila saya tanya soalan tu, dia jawab.

"Tak apalah tak ada duit sekarang. Manalah tahu, kalau satu hari nanti saya dapat nombor ekor sejuta ringgit...". Kata dia.

Bila cakap macam tu, ketua kampung tu macam bengang juga. Apa taknya, orang sebut pasal usaha, dia kata usaha nombor ekor pulak. Yang memalukan lagi, depan kadi pun cerita pasal nombor ekor. Rupanya lelaki ni kaki judi juga dan memahat cita-cita yang satu hari nanti dia akan menang nombor ekor. Dia ni rasanya kalau kenal saya ni Kadi, pasti dia tak cerita macam tu.

17 Jun 2011

Anak Luar Nikah Menangis Teresak-esak Semasa Majlis Nikah


Sudah pasti ada yang sangat menyedihkan bagi seorang gadis 20-an apabila dia menangis teresak-esak pada hari pernikahannya. Sebaik saja jurunikah dan pengantin lelaki selasai ijab dan qabul, perempuan mula menangis. Mulanya sedikit, kemudian semakin banyak dan teresak-esak. Orang lain yang melihatnya semacam hiba juga dan pasti kesedihan itu berjangkit kepada orang lain.

Mungkin juga, sebelum ini dia rasa, dia punyai ayah yang disayanginya. Tapi semasa bernikah, ayahnya ada di situ, dalam majlis itu juga. Tetapi tidak seperti bapa orang lain, bapanya tidak boleh mewalikanya.  Tapi bagi gadis ini, ayahnya bertindak sebagai penonton saja seperti bukan ayahnya.

Mungkin semasa hantar borang permohonan nikah yang perlu disertakan dengan surat nikah mak-ayah, rahsia perbuatan mak-ayah dia berzina sebelum nikah terbongkar. Sebagai anak, dia tidak mampu menafikan suratan takdir Allah Taala seperti peristiwa sedih yang menimpa dirinya ini.

Bersabarlah semoga Allah memberikan ketenangan pada jiwa kita,. Semoga berbahagia dan Selamat Pengantin Baru saya ucapkan.

Suami Orang 40-an Kena Tangkap Dengan Wanita Indon


"Tuan Kadi....Kami sedang berbincang dengan dia pasal permit kerja. Tiba-tiba kena tangkap". Kata lelaki ini. 

Begitulah kata orang yang dah kena tangkap, pelbagai alasan diberitahu. Dulu saya kerja sebagai penguatkuasa, memanglah dah biasa sangat dengar alasan orang-orang yang kena tangkap ni. Alasan yang tak lojik pun banyak.

Hakikatnya masa ditangkap, lelaki ini dalam sebuah rumah berdua, tidak ada orang lain. Penguatkuasa membuat serbuan dalam jam 12.00 tengah malam selepas mendapat maklumat di sebuah rumah di Jalan Padang Tembak, Kluang.

Ditemui seorang lelaki di ruang tamu, kemudian menemui wanita warga Indonesia bekerja tukang cuci, sedang menyorok di dalam tandas. Kedua-duanya ditangkap kerana kesalahan khalwat.

Bangla Ditahan Kes Khalwat


KLUANG - Seorang warga Bangladesh ditangkap kakitangan Penguatkuasa Pejabat Kadi Kluang dalam operasi cegah maksiat yang diadakan di sekitar daerah Kluang, malam kelmarin.

Kadi Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Jalan Mengkibol, Kluang kira-kira jam 11 malam setelah penguatkuasa Pejabat Kadi Kluang menerima aduan daripada orang awam.

“Lelaki tersebut berumur 24 tahun ditahan bersama pasangannya yang bukan Islam berusia 25 tahun.

“Semasa operasi dijalankan, pasangan tersebut ditahan sewaktu dalam keadaan berdua-duaan dan penguatkuasa bertindak menahan pasangan berkenaan apabila mendapat maklumat dari orang awam,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu Mohd Khalil berkata, lelaki berkenaan akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang dalam tempoh terdekat dan akan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan lelaki berkenaan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 16 Jun 2011)

15 Jun 2011

Perempuan Dari Kajang, Lelaki Dari JB, Ditangkap Khalwat di Kluang


Lelaki 23 tahun sedang belajar di sebuah kolej swasta di JB, manakala perempuan 21 sebagai kerani di Kajang. Pada hari kejadian, perempuan datang naik bas dari Kajang ke Kluang seorang diri. Lelaki pula naik moto seorang diri dari JB.

Lelaki ambil perempuan di stesen bas kluang kemudian masuk ke sebuah hotel hotel berdua. Pada jam 3.45 pagi, pencegah maksiat telah menahan pasangan ini kerana kesalahan khalwat. Jika sabit kesalahan kedua-duanya boleh dihukum denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali.

13 Jun 2011

Histeria SMA Padang Tengku Menakutkan (Episod 4)


Tahun 1990, saya di tingkatan enam SMA Al-Khairiah Temerloh, duduk asrama. Ketika itu gempar cerita histeria di SMA Padang Tengku sehingga mendapat liputan luas akhbar. Oleh kerana saya orang Padang Tengku, ramai kawan saya berkerumun jumpa saya nak tahu cerita sebenarnya. Saya ceritalah apa yang saya tahu. Sampai budak asrama sekolah tu seram juga dengar cerita saya.

Masa saya balik ke Padang Tengku hujung minggu, saya memang biasa masuk kawasan sekolah ikut ayah saya. Terkejut saya, asrama dan sekolah sunyi sepi masa waktu siang saya pegi tu. Saya tengok semua kelas tidak ada cermin tingkap. Ke mana perginya cermin tingkap ni ?

Ayah saya cerita, histeria semakin mengganas di sekolah tu, sehingga orang yang terkena histeria akan bertindak melukakan dirinya dengan cermin tingkap. Dan apabila tangan sudah berdarah, pelajar itu akan menghisap darah di tangan sendiri, serammmmm. Sebab itu cermin ditanggalkan kerana banyak cermin yang dah pecah. Ada pula pelajar yang mengambil benda tajam seperti pen dan pensil dan menikam dirinya sehingga berdarah. Ada juga yang bertindak lari seperti hendak terjun dari bangunan tetapi berjaya dikawal.

Kejadian ngeri ini bukanlah dalam tempoh sekejap. Tapi serangan kali ini memakan masa sehingga berbulan-bulan. Yang menghairankan saya, kejadian juga berlaku pada bulan Ramadhan. Pada fikiran saya waktu itu, iblis dan setan tidak mengganggu manusia pada bulan mulia itu, tapi mengapa histeria boleh berlaku juga.

Saya dan ayah saya tengok ada beberapa orang pengamal perubatan sedang menjalankan upacaranya. Antaranya adalah tokoh perubatan Islam yang terkenal seluruh negara yang memberikan khidmat sukarela. Bagaimanapun, lepas seorang, seorang yang berusaha tetapi hampir kesemuanya gagal. Histeria di sekolah itu sudah berada pada tahap kritikal pada masa itu.

Liputan Media

Kejadian ini mendapat liputan akhbar dan TV. Waktu itu, bukan macam sekarang yang ramai wartawan di setiap daerah. Waktu itu, kalau wartawan seperti RTM dan TV3 datang, maknanya cerita ini cukup panas sehingga ke seluruh negara. Di Temerloh, saya dengan kawan-kawan baca satu majalah yang buat liputan histeria di SMA Padang Tengku. Saya jadi tukang cerita pada dia orang.

Satu hari tu, TV3 buat liputan di sebelah siang pada masa histeria sudah ke peringkat teruk. Kali ini, histeria bukan saja menyerang pelajar wanita, tetapi juga pelajar lelaki. Ini membuatkan saya mula rasa seram hendak masuk ke kawasan sekolah itu kecuali kalau ada ayah saya.  Bukan apa, takut kalau saya pulak yang kena rasuk dan bukan ada orang yang terkecuali sebenarnya. Masa TV3 datang dengan kenderaannya di letakkan di hadapan sekolah, jurukamera merakamkan secara dekat kejadian histeria itu.

Kemudian, wartawan tu membuat temuramah dengan seorang pelajar lelaki mengenai kejadian histeria itu. Pelajar itu jawab soalan wartawan satu persatu. Dia cerita pasal kejadian dan pengalaman yang dia lalui sebagai pelajar dan histeria itu. Semasa temuramah, tiba-tiba muka dan reaksi pelajar lelaki ini berubah sehingga wartawan menghentikan temubual. Kemudian wartawan masuk ke dalam kenderaan dengan kamera videonya dan lain-lain peralatan. Pelajar ini cuba hendak merampas kamera wartawan itu.

 Yang menghairankan, bila kenderaan ini bergerak, pelajar lelaki ini pergi mengejar kenderaan ini. Rupanya, pelajar yang ditemuramah tadi sudah dirasuk dan jadi histeria. Gambar ini sempat dirakam dari dalam kenderaan dan ditayangkan dalam TV. Beberapa pelajar lelaki lain telah pergi mengejar lelaki ini dalam 4-5 orang barulah boleh ditangkap.

Kepada TV3, kalau masih ada video ini, kalau boleh, tayangkan semula. Barulah betul-betul seram kalau nak tayangkan. Ini bukan cubaannnn, ini betul-betul. Ada lagi ke filem ini ? Takkan dah buang...

Pak Haji

Kejadian ngeri di sekolah ini seakan tidak ada jalan penyelesaiannya. Satu cerita yang saya dengar dari orang-orang tua di kampung berdekatan iaitu perlu meminta bantuan dari seorang pengamal perubatan tradisional di kampung itu. Namanya saya dah lupa, yang waktu itu berumur dalam 80-an dan sudah agak uzur. Pak Haji ini dikenali di kampung itu sebagai 'bomoh' dipercayai dapat membantu. Ayah saya cerita, pak haji ini tidak mahu menonjolkan diri tetapi dia boleh membantu.

Saya kenal dengan pak haji ini yang mempunyai ilmu tersendiri tetapi suka merendah diri. Ramai orang bercerita, pak haji ini antara orang yang lama di sini dan sudah cukup kenal dengan jin-jin yang mengganggu sekolah itu. Bagaimanapun, usaha memujuk pak haji ini untuk membantu menemui kegagalan pada mulanya. Mungkin sebab sudah uzur atau dia tidak mahu bermegah-megah dengan ilmu yang dia ada. Pak Haji ini dengan ayah saya baik tapi ayah saya juga gagal memujuk pak haji ini.

Kita tinggalkan cerita pak haji ini. Ini kerana maklumat yang saya ada tidak cukup lengkap. Termasuk, apakah kaitan pak haji ini dengan pulihnya histeria di sekolah ini, tidak lama selepas ini. Saya tak pasti sebenarnya, adakah pak haji ini juga turut serta dengan pengamal perubatan lain membantu. Atau pak haji ini membantu dari jauh dan tidak mahu menonjolkan diri. Mungkin juga dia membantu mengubati dari jauh. Semuanya saya tak pasti, maafkan saya, saya kurang maklumat.

Diganggu Waktu Solat

Satu hari tu, saya masuk ke kawasan sekolah dengan ayah saya waktu malam lepas Maghrib ke surau lelaki. Ayah saya solat sunat tetapi selepas solat, ayah saya seperti berbual dengan seseorang.

"Banyak-banyaklah bertaubat, jangan ganggu lagi". Kata ayah saya.

"Pergilah ke tempat lain, sini tempat budak sekolah". Kata ayah saya lagi.

Saya waktu itu kehairanan bercampur takut. Saya tak nampak sesiapa dan tak dengar suara lain. Tapi saya percaya, ayah saya sedang berinteraksi dengan seseorang. Lepas tu ayah saya diam dan mulutnya membaca sesuatu, mukanya serius.

Lama lepas tu, saya tanya ayah saya, siapa tadi tu. Ayah saya kata, dia diganggu masa solat tadi dan cuba berlawan dengan ayah saya. Tapi setiap kali 'makhluk' itu hampir, makhluk tu kepanasan seperti dibakar. Saya dah makin takut dan rasa nak balik rumah saja. Terfikir saya, kalau makhluk tu serang saya, saya nak lawan macam mana, saya tak ada ilmu nak lawan.

.... BERSAMBUNG KE EPISOD 5

Bakal Isteri Kedua Ambil keputusan, Tak Jadi Nikah Di Saat Akhir

Entah apa yang berlaku, tiba-tiba seorang janda 30-an ambil keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya bernikah sebagai isteri kedua.

Sebelum ini, lelaki 50-an, seorang peniaga yang sudah beristeri telah membuat permohonan berpoligami di mahkamah dan berjaya. Bakal isteri keduanya pun bersetuju untuk jadi isteri kedua. Bagaimanapun, di saat akhir iaitu  pada tarikh perkahwinan, perempuan ini membatalkan hasratnya. Entah apa sebabnya, campurtangan pihak ketiga ? Merajuk ? dan sebagainya, tak tahulah.

Tapi masih ada peluang bagi keduanya, mungkin sekarang proses pujuk memujuk.

10 Jun 2011

Duda 49 Kena Tangkap Khalwat Dengan Ibu Tinggal 38


Seorang lelaki duda umur 49 ditahan kerana kesalahan khalwat dengan seorang ibu tinggal 38 tahun di sebuah rumah taman di Kluang jam 12.00 malam baru-baru ini. Lelaki duda ini bekerja sebagai jurukimpal dan tidak mempunyai anak, manakala perempuan masih mempunyai suami dan mempunyai 4 anak.

Istilah ibu tinggal diberikan kepada wanita ini kerana sudah tidak tinggal dengan suami lebih 5 tahun lebih dan dalam proses cerai. Waktu tangkapan, hanya mereka berdua sahaja di dalam rumah milik perempuan itu. Kedua-duanya akan dituduh di bawah kesalahan khalwat dan boleh didenda sehingga RM 3,000 sebulan atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali.

Orang Malaysia Membazir 930 Tan Makanan Sehari


Tabiat pemakanan rakyat Malaysia menyebabkan sejumlah 930 tan makanan dibazirkan setiap hari kerana tidak dimakan. Jumlah itu bersamaan dengan membuang sebanyak 93,000 beg beras 10 kilogram (kg) setiap hari.

Pakar memberi amaran supaya masyarakat mengubah tabiat pemakanan mereka di tengah-tengah kenaikan harga barang dan kenaikan kadar kekurangan bekalan makanan malah menambah bahawa negara ini sudahpun mengalami sebuah krisis makanan.

Prof. Dr P. Agamuthu dari Universiti Malaya mengatakan pembaziran merupakan masalah yang semakin menjadi-jadi dan sebanyak 31,000 tan bahan buangan yang dihasilkan penduduk Malaysia merangkumi bahan buangan dari dapur seperti baki makanan.
"Penduduk Malaysia membuang lebih kurang 930 tan makanan yang tidak dimakan setiap hari. Pembaziran makanan sahaja telah meningkat sekali ganda sejak tiga tahun lepas dan ia tidak termasuk jumlah baki makanan yang tidak dihabiskan," katanya.

Menurutnya lagi, makanan yang terbuang kebanyakkannya adalah roti dan telur yang telah tamat tarikh luput tidak malah buah-buahan yang sudah lama atau busuk. Dr Agamathu yang merupakan pakar dalam bidang pengurusan bahan buangan pepejal dan berbahaya mengatakan Malaysia menghampiri status negara maju yang lain daripada segi jumlah pembaziran yang dihasilkan berbanding dengan negara membangun lain seperti India dan Bangladeh yang mempunyai kadar pembaziran makanan hampir sifar.

Pembaziran makanan adalah lebih banyak berlaku di kawasan bandar dan ia disebabkan oleh perbezaan jumlah pendapatan antara kawasan bandar dan luar bandar, tambahnya lagi. Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee Ee siong mengatakan kebanyakan rakyat Malaysia cenderung untuk makan berlebihan di mana mereka mengambil makanan lebih daripada apa yang mereka diperlukan.

09 Jun 2011

AWAS Dilarang Mandi, Tapi Ramai Betul Orang Mandi

Tengok papan tanda ini, dilarang mandi. Gambar ini  di sebuah negeri di Pantai Timur yang saya ambil jam 6.00 petang semalam. Ramai orang mandi kat situ. Kawan saya beritahu, tak berapa lama dulu, beberapa orang dalam satu kumpulan mati lepas di pantai ini dan beberapa kejadian lemas lagi.


Jadi, apa maknanya papan tanda itu ? Perlukah  lagi papan tanda ini ?  Siapa salah ?.. Papan tanda salah, atau orang yang mandi tu salah, atau siapa ?

08 Jun 2011

Kemalangan di Paka, Terengganu (Episod 18)

Semalam, keluar dari jalan Jerangau-Jabor dari Kuantan masuk simpang menuju ke Paka. Nampaknya jalan dah cantik sangat, seronok bawa laju, kereta pun tak banyak sangat. Saya bawak dalam 130kmj juga situ. Sampai di satu selekoh panjang, tapi macam lurus juga jalan tu, terlihat satu kemalangan. Nampaknya masih baru lagi dan ramai juga orang berhenti.

Suasana hujan renyai-renyai dalam 4.00 petang. Rupanya kereta Toyota Vios berlanggar dengan lori kecil di lorong sebelah kanan. Entah macam mana boleh berlakau, entahlah. Tapi yang saya nampak, lori tu masuk ke lorong sebelah kanan, lorong kereta tu.

Pemandu lori cedera ringan saja manakala pemandu Toyota tu, seorang lelaki berbangsa Cina terperangkap dalam kereta. Orang ramai cuba nak selamat dan  keluarkan pemandu tu sebelum pasukan penyelamat sampai tapi gagal. Sebuah lori lain tolong tarik lori yang rapat dengan kereta tu menggunakan tali dan berjaya.

 Pemandu tu nampak masih selamat dengan hidung dan mulut dia berdarah. Saya nampak, beg udara kiri dan kanan kereta tu berfungsi dengan baik. Stereng rapat ke dada pemandu tu dan kakinya tersepit. Yang menariknya, pemandu tu sempat menggunakan telefon dan menelefon kawannya semasa tersepit tu.

 Tak lama lepas tu, tiba polis, bomba dan ambulan. Kerja-kerja menyelamat dilakukan. Pemandu kereta itu berjaya dikeluarkan dengan selamat dan dibawa ke hospital. Tahniah kepada semua terutama polis, Bomba dan Ambulan juga orang awam yang membantu. Rupanya bukan senang kerja menyelamat macam ni dalam keadaan mencemaskan sebegini.

Cerita Kereta Episod 19, klik sini

07 Jun 2011

Episod 2 : Silap Merancang Kewangan, Hidup Dalam Kesusahan


Oleh kerana memikirkan isteri sedang mengandung, dia pun simpati dengan isteri tercintanya itu. Jadi, dia tangguhkan hasrat untuk minta tukar ke daerah tu. Rasa tunggu lepas bersalin dulu.

Sesak Duit

Terfikir juga lelaki ini nak pakai kad kredit. Ditanyanya rakan sepejabat yang ada kad kredit, nak tau okey ke tak kalau dia pakai. Rupanya, dalam 3 orang yang dia tanya tu, semuanya dah ada kad kredit. Dia saja yang rasa masih ketinggalan dalam arus pembangunan, tak ada kad kredit.

"Kalau saya tak pakai kad kredit, saya hilang kuasa beli pada bila-bila masa saja". Kata kawan sepejabatnya.

Kuasa Beli

Wahhhh... ada ayat baru nampak, 'kuasa beli'. Termenung juga dia masa bawak kereta dalam perjalanan balik rumah. Ada betulnya kata kawan dia tu, nak isi minyak senang, tak payah bawak duit tunai. Masa dia berhenti tuang minyak tu, dia keluar duit RM 50 nak pegi bayar. Rupanya duit dia tinggal RM 50 saja dalam walet dia. Dalam bank, ada lagilah dalam RM 200 untuk bulan tu sebelum gaji. Nak taknak, bayar juga untuk tuang minyak.

Pakai Kad Kredit

Lelaki senyap-senyap pakai kad kredit keesokannya tanpa pengetahuan isteri dia. Bukan apa, malas nak dengar ceramah motivasi isteri dia pulak. Kawan dia bawak jumpa kawan dia. Entah dapat komisen ke tidak, taknaklah buat andaian. Kad kredit dia boleh guna sampai RM 6,000. Orang tu terangkan pasal boleh keluar duit tunai, dia macam tak berapa nak dengar sebab pada dia, nak beli saja terutama tuang minyak, bukan nak dapat duit tunai.

Kuasa Beli

Bermula hari itu, dia rasa sudah melangkah ke dunia baru, apa yang dikatakan kawan dia tadi 'kuasa beli'. Dia berazam nak berjimat cermat guna kad kredit ni sebab dia tahu banyak kes yang sampai muflis pun ada pasal duit plastik ni. Maka dia memang gunakan untuk tuang minyak saja. Kalau dulu tuang minyak paling tinggi RM 50 saja, sekarang tuang penuh, dekat-dekat RM 100.

Hutang Terkumpul

Dah hampir sebulan, orang syarikat kad kredit tu telefon. Katanya, dia ada RM 650 penggunaan kad kredit dan kena bayar. Mulalah terasa beban, dia macam tak sedar dia tuang minyak sebanyak itu. Sebelum ini pakai duit tunai sebenarnya sebanyak itu juga, tapi dia sedar duit dia keluar, ini tak sedar. Tiba-tiba saja 650.

"Tak apa, kita boleh bayar minimum RM 50 saja dulu untuk bulan ini. Jarang orang ada kad kredit bayar penuh". Kata kawan dia.

Rupanya boleh 50 saja dan dia bayar 50 saja dan orang syarikat kad kredit tak marah pun. Maka bulan pertama dia tertunggak 600 dibawa ke bulan depan. Bulan depan, dia guna dalam 600 lagi dan syarikat kad kredit telefon. Dia bayar 50 juga, had minimum. Maka dua bulan lebih, dia dah berhutang 1150 yang akan dibawa ke bulan seterusnya.

Isteri Sarat

Diam tak diam, isteri dah sarat dah nak bersalin. Suami mula rasa yang dia tak sedia dari segi kewangan nak sambut anak keempat ni. Barang keperluan kenalah beli sikit-sikit, jadi paling kurang kena adalah dalam 1,000 untuk bulan tu.

Personal Loan

Terlintas juga dia nak buat personal loan bila teringatkan seorang kawan yang belanja dia KFC lepas lulus loan minggu lepas. Yer, esok nak tanya kawan tu detail, bank apa, berapa sebulan dan berapa tahun. Nampak gaya kawan dia tu dapat duit tak sampai seminggu.

Benar, tanya saja pasal loan tu, kawan dia tunjukkan satu kertas jadual pembayaran dan borangnya sekali.

"Tapi loan lama aku dengan bank satu lagi tu ada 7 tahun lagi, dulu pinjam 30,000 untuk 10 tahun". Kata dia.

"Tak apa, kau buatlah lebih dari 30,000, sekarang boleh ikat sampai 20 tahun, interes sekarang rendah, dalam 4.8 persen. Dulu kau ikat 10 tahun.". Kata kawan dia tu.

Terbakar dia bila kawan dia cakap macam tu, yang penting dapat duit tunai. Hutang 20 tahun pun 20 tahunlah, apa nak fikirkan sangat. Petang tu, kawan dia telefon kawan yang kerja bank yang dia ambil loan dulu. Ada hadiah rupanya kepada orang yang memperkenalkan, iaitu t-shirt berkolar, bagi pun kat kereta, member tak nampak.

Maka, runding punya runding, dia jadilah nak buat loan 80,000 untuk tutup loan yang lama. Sebulan dia kena bayar 690, potong gaji juga. Dulu yang 400 sebulan tu dah clearkan. Tolak campur, dia dapat 55,000 tunai. Wauuuuu........ banyak tu.

Lepas dia dapat gaji pertama selapas loan, baru dia sedar, gaji dia tinggal dalam 200 saja (selepas kenaikan gaji tahunan). Nampak dalam slip gaji, baki 800 tapi tu belum tolak kereta 600. Ishhhh.. sikitnya 200 jer baki.

Anak keempat

Dapatlah anak keempat, lelaki. Gembiranya dia sebenarnya bukan kerana dapat anak sangat, yang gembiranya sebab ada duit tunai banyak. Dalam 6 bulan pakai kad kredit, dia mula rasa beban hutangnya. Dia pening kepala juga.

"Kenapa aku perlu berhutang, sedangkan aku ada duit tunai sekarang ?". Kata dia.

Dia tamatkan kad kredit tu dan bayar semua hutang tu tunai. Tolak campur, dekat 15,000 juga.

Dia pun tak tahu, dalam beberapa bulan saja, duit dia cuma tinggal 10,000 dari 55,000 tadi. Yer le, orang yang ada duit ni senang keluar duit. Lagi pun, dia fikir, bukan untuk perkara membazir pun, untuk belanja harian saja. Bila diingat kembali, duitnya habis dengan membeli tv baru, perabot, komputer riba dua, aircond rumah empat, radio kereta, tayar dan spotrim kereta, handphone baru model terkini, pakaian berjenama, jam tangan berjenama dan makan angin serta shoping kat utara 4 hari.

Repair Rumah

Dia tengok rumah orang lain mesti ada tambah sikit-sikit. Maka dia tercabar juga. Apa tidaknya, dia rumah koner lot, yang lain tu lot tengah pun buat.

"Sempitlah bang nak letak mesin basuh. Kalau ditambah sikit samapai ke longkang, kan selesa". Kata isteri dia.

Betul kata isteri dia tu. Dia cari tukang Indon yang dia dah kenal lama juga. Runding-runding, Indon tu kata semua sekali siap upah dan barang RM 7,000. Aduhhh......... mahal juga tapi kalau nak banding dengan tukang lain, Indon ni yang kira paling murah. Maka dia keluarkan duit 7,000.

Diam-diam, beberapa bulan selepas buat loan 80,000 tu, duit yang dia cuma ada adalah dalam 1,000 saja. Timbul pula perasaan menyesal tapi nak buat macam mana, duit tu dia belanja, bukan orang curi duit dia.

Bila Nak Pindah ?

Dalam diam-diam, dah nak masuk 2 tahun dia berulang sejauh 220 km seorang diri. Nak ajak kawan, tak ada pula yang ulang alik. Oh yer, ada seorang kawan sepejabat,  janda anak satu lewat 20-an kematian suami yang satu jalan dengannya. Bukanlah sampai ke rumah 110km tu, tapi dalam 35km saja dari tempat keja dengan rumah dia. Jadi, rasa elok juga dia tumpangkan  sejauh 35 km saja itu. Kesian, sebelum ni perempuan tu naik bas henti-henti saja.

Tapi sekali fikir, dia taknak timbul masalah dengan isteri dia. Dia pendamkan saja hasrat nak tumpangkan janda tu walaupun jauh di sudut hati,  nak menolong.

Jadi nampaknya, isteri dia belum berpindah lagi. Pertama, pasal ada rumah baru, kedua anak sekolah. Pening juga dibuatnya, masalah kewangan makin berat, bebanan dan belanja semakin meningkat. Bagaimana nak selesai yer ?

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 3