Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Januari 2012

Ustazah Tudung Labuh Bakal Isteri Kedua


Dalam banyak-banyak soalan yang dikemukan oleh pembaca blog saya, ada juga soalan yang sukar saya jawab. Sekali fikir nak juga try jawab tapi lepas tu terfikir, susah juga kalau saya jawab. Soalan dikemukan oleh seorang yang menyatakan dia lelaki 40-an kerja pegawai kerajaan, sudah ada isteri 40-an dan anak-anak.

Lebih kurang soalannya begini (sudah diedit):

"Ustaz, saya berkenalan dengan seorang ustazah berusia 26 tahun, anak dara, lebih kurang 2 tahun lalu dan kami berhasrat hendak bernikah. Saya rasa permohonan saya di mahkamah syariah tidak ada  masalah kerana pendapatan dan tanggungan saya cukup untuk menanggung 2 isteri. Bakal isteri dan kedua ibu bapanya juga sudah menyatakan bersetuju." Kata lelaki ini.

"Masalahnya ustaz... isteri saya kata, kalau saya bernikah  lagi satu, dia akan lari dan bawa kesemua anak balik ke kampung dan minta tukar tempat kerja. Jadi macam mana nak selesaikan masalah ini" Tanya lelaki ini pada saya.

Jadi soalan ini pening saya nak jawab dan saya minta bantuan pembaca untuk beri komen. Berbalik cerita tadi, sebelum mengakhiri emailnya, dia sempat beritahu.

"Ustaz, ustazah ni pakai tudung labuh lagi". Katanya lagi di akhir bicara. Dalam hati saya, kenapa pula dengan tudung labuhnya tu, nak beritahu saya apa....?

Isteri Kedua Tengah Mabuk-mabuk

30 Januari 2012

Bukan Skim Cepat Kaya, Ini Pelaburan, Hujung Nanti Kena Tipu

Ada sebuah akhbar harian terkenal hari ini buat satu iklan. Lebih kurang bunyinya, yang dia kata dia bukan skim cepat kaya tapi adalah pelaburan. Lebih kurang iklan ini, adalah skim tanaman yang akan mengeluarkan hasil lumayan dalam tempoh tertentu.

Pelabur tak perlu susah-susah menanam, lagi pun bukan semua orang ada tanah. Serah duit saja harganya ribuan satu lot. Beberapa bulan nanti, duit pokok dan keuntungan akan diserahkan kepada pelabur. Ermmm... sekali baca macam bagus projek ini. Siapa taknak untung atau taknak senang macam iklan ini cerita.

Akhbar Kena Bertanggungjawab

Saya dah tahu jawapan dari pihak akhbar yang dia kata, dia cuma iklan saja. Soal betul atau tidak, ada lesen atau tidak, itu cerita lain. Oh yer, kalau diminta lesen, syarikat tu mungkin boleh beri tapi entah apa-apa punya lesenlah. Jadi, pada saya, sebaiknya perlu wujudkan satu undang-undang di mana setiap perniagaan yang hendak diiklankan, hendaklah mendapat kebenaran dari Bank Negara atau pihak berkuasa lain..

Akhbar boleh jawab, kalau semuanya berlesen, alamat tak ramailah orang buat iklan di akhbar mereka. Hingga kalau  seorang nak jual moto kapcai sendiri pun kena lesen juga. Atau perlu pihak akhbar jadi pegawai penyiasat, kena tengok salinan geran yang asal dan penama moto itu, susahlah gitu.



Lepas Dapat Duit Cabutttt

Saya bukan nak menuduh, tapi seperti penipuan yang sebelum-sebelum inilah, jadi pengajaran pada kita. Lepas dia orang dah dapat duit yang sampai target dia orang, dia orang akan cabut lari. Nanti lot saham entah ke mana, tanaman entah ke mana, penipu licik ini sudah hidup senang lenang. Walaupun dia kata ada perjanjian bertulis, tapi pelabur nak buat apa dengan perjanjian itu ?

Nak pergi mahkamah ? Bukan senang nak tuntut di mahkamah, lagi pun dia ambil duit bukan sampai puluhan atau ratusan ribu. Nanti pelabur akan kata, dari keluar duit peguam mahal-mahal, baik diamkan sajalah, tak memadai dengan kos peguam dengan duit yang nak dituntut. Maka orang kita akan anggap tak ada rezeki, itu saja.

Laburlah Pada Institusi Berlesen

Ada banyak institusi berlesen, tapi orang kita suka ikut pintu belakang untuk jadi kaya. Akhirnya jadi macam Mat Jenin yang jatuh pokok kelapa. Juga macam Lebai Malang yang kempunan makan dua kenduri. Dulu orang kita dah ramai kena tipu saham lintah, saham rumpai laut, saham ketam batu, saham kambing dan lembu, saham ikan patin dan banyak lagi, tapi sikitpun tak beri pengajaran pada kita.

29 Januari 2012

Lagi Kisah Tukar Tayar Kereta (Episod 23)

Isteri saya kasi duit untuk tukar tayar kereta dia dua biji lagi. Berbalik cerita pasal tukar tayar kereta sebulan yang lalu, rupanya  terkesan juga sikit-sikit cakap tauke tayar tu. Itu tauke takut-takutkan kalau tak tukar 2 biji tayar lagi, mungkin akan pecah tengah jalan lagi.

Yer le, betul juga, kalau terjadi betul kat tengah jalan kan susah, lagi pun tayar dah lama juga. Sekali fikir, macam serba salah juga. Tapi sorilah taukey, ini kali gua tak pergi lu punya kedai, gua sudah serik, gua mahu cari lain punya kedai.

Semalam saya balik dari Batu Pahat ke Kluang, saya singgah di satu kedai tayar. Dalam hati saya, harap-haraplah kedai tu tak auta macam kedai itu hari. Tanya harga tayar 17 inci, buatan China RM250 dan dapat kurang 230, kalau dua biji 460. Kalau yang Jepun mahal sikit, 350 satu. Kira saya setuju nak ambil buatan China tu.

Tanya Dulu Betul-betul

"Taukey, ini harga 460 siap balancing dan tukar ke depan sekali ker ?" Tanya saya.

Dia kata, yer. Dia kata kalau alignmet tambah RM 20 lagi. Okeylah, kalau itu macam saya setuju.

Buka Tayar

Taukey tu buka 4 tayar sekali, yang depan nak pindah ke belakang dan yang baru nak letak depan. Kemudian taukey tu kata tayar depan makan tak rata dan mesti buat alignment. Saya kata okeylah, baru RM 20.

Sambil dia pasang tu, saya rilek-rilek baca suratkhabar. Nampaknya taukey tu tak banyak cakap, dia buat kerja saja dan saya tengok.

Ada Perempuan Senyum-senyum

Tengah saya duduk tu, ada pulak perempuan pakaian ala-ala amoi. Perempuan tu senyum saja kat saya. Muda lagi perempuan tu, awal 20-an. Hairan juga saya, sapa perempuan tu. Saya tengok dia masuk dalam kereta dan dari dalam kereta dia pandang saya lagi, senyum pulak tu, bertambah hairan juga saya. Mana tak hairan, itu bukan kat Kluang, kalau Kluang mungkin dia kenal saya. Rasanya dia servis kereta kat situ juga.

Lepas pasang tayar, tauke tu buat alignment. Dia kata ada lari sikit dan dia betulkan. Lepas tu bayar, semua sekali RM 480 iaitu 460 tayar dan alignment 20. Kira murah tu. Kalau kat Kluang atau JB, alignment kira lagi mahal lagi pada tu. Kesimpulannya, kedai tu bagus, buat kerja kemas dan harga berpatutan.

Siapa Perempuan Tadi ?

Lepas bayar tu, taukey Cina itu kata.

"You kerja agama punya tempat ker ?". Kata tauke tu, umur dalam 30-an.

"Yer, mana you tahu ?" Tanya saya.

"Tadi perempuan cakap". Kata tauke tu.

"Oh... yer ke? " Terkejut gak saya, dia kenal saya rupanya.

.....BERSAMBUNG

27 Januari 2012

Pasangan Tak Sempat Kursus Kahwin, Kena Tangkap Dalam Hotel

Lelaki orang JB, tunangnya dari daerah lain, datang JB petang Jumaat untuk nak kursus kahwin keesokannya. Maka lelaki menyewakan hotel untuk tunangnya di JB.

Mulanyanya nak hantar saja tunangnya ke hotel tapi akhirnya lelaki temankan tunangnya tidur sekali. Jam lebih kurang 12.00 malam, penguatkuasa Jabatan Agama Johor buat pemeriksaan hotel dan menangkap pasangan ini. Dia antara beberapa pasangan yang ditangkap dalam operasi di hotel-hotel di JB sempena Tahun Baru Cina.
"Tolonglah ustaz, esok saya nak pergi kursus kahwin di JB". Kata lelaki ini.

Akhirnya pasangan ini bermalam di dalam lokap dan diikat jamin keesokannya oleh sepupunya. Mereka tak jadi pergi kursus kahwin kerana kejadian yang menimpa mereka ini.  Dalam masa terdekat, pasangan 20-an ini akan dituduh di bawah kesalahan khalwat di mahkamah syariah.

22 Januari 2012

Mahal Sangat Harga Minuman di Warung Ni

Satu warung ni saya makan dengan famili malam semalam. Kira semua sekali, makanan dua, air tiga.  Bila nak bayar tauke tu beritahu harga dan saya terkejut. Saya bayar tapi lepas tu, saya tanya tauke kedai tu semula harga-harga makanan dan minuman tu.

Okey, kira makanan boleh dikatakan berpatutanlah, tapi air ?..... Dia kata milo ais RM 2.00. Ais limau (air, limau nipis, gula dan ais) harganya RM 2.00. Teh O gelas panjang sikit harga RM 1.50.

Soalnya patutkah harga milo 2.00, kan biasa 1.50. Limau ais patut dalam 1.20 saja bukan 2.00. teh O patut seringgit saja bukan 1.50. Bukan saya nak ungkit apa, tapi kesian pada orang lain dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang. Saya yang suami isteri bekerja ni pun rasa macam tak patut harga tu, apa lagi orang lain yang berpendapatan sederhana dan rendah. Itu bukan kedai besar, sekadar warung saja.

Sebagai peniaga Islam, janganlah terlalu mengejar   keuntungan sehingga memberatkan orang lain. Banyakkanlah sedekah dan jangan lupa bayar zakat sekiranya sudah cukup syarat-syaratnya. Mudah-mudahan rezeki kita diberkati dan lebih subur lagi.

21 Januari 2012

Mata Kananku Bengkak

Kelopak mata kananku bengkak masuk hari ketiga hari ini. Sudah pergi klinik pakar mata semalam. Semoga saya cepat sembuh seperti sediakala.


20 Januari 2012

Pengacara Ally Iskandar Selamat Bernikah

Ally Iskandar akan melangsungkan pernikahan pada hari ini, 20 Januari 2012. Dan pada jam 10.00 pagi tadi, Ally Iskandar telah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya Nurfarahin Romli atau lebih dikenali dengan nama Farah Lee di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.
SELAMAT PENGANTIN BARU.

Masalah Suami Isteri dan Selesai, Ipar Pula Yang Lebih-lebih


Dulu suami isteri ini 40-an, kerja kerajaan, ada masalah keluarga selepas hampir 10 tahun berumahtangga dan mempunyai anak. Maka si isteri ini mengadu kepada adiknya berkenaan suaminya. Biasalah kalau orang perempuan ini mengadu, cerita macam-macam keluar. Malah cerita kecil pun diperbesarkan. Antaranya dia kata suami dia ini tak beri wang belanja yang cukup di rumah.

 Isteri kemudiannya minta diceraikan di samping mangadu dengan adik lelakinya. Si adik lelaki perempuan ini pula bertindak agresif dan ugut mengugut abang iparnya kerana menyebelahi kakaknya. Bagaimanapun, kes ini diselesaikan begitu saja apabila suami isteri ini berdamai. Suami menafikan dia tak beri belanja kat rumah, malah semua perbelanjaan di rumah ditanggungnya. Cuma katanya, duit untuk isteri dia shoping saja dikurangkan supaya isteri dia tidak membazir.

Kiranya, masalah mereka ini selesai sendiri-sendiri dan suami banyak mainkan peranan menyelesaikan masalah ini. Tetapi, adik iparnya iaitu adik lelaki kepada isteri dia yang belum boleh terima. Malah menyalahkan kakak dia kerana menerima kembali suaminya itu. Adik iparnya masih ingat kata-kata kakaknya

"kakak tidak pernah hidup bahagia sepanjang 10 tahun berumahtangga". Kata kakaknya dulu.

Tapi itu dulu, sekarang kakaknya dan suami sudah tidak ada pergeseran lagi. Satu hari adiknya itu jumpa abang ipar di bandar dan jadi pergaduhan dan berjaya dileraikan oleh orang ramai. Maka kecoh jugalah dan jadi buah mulut masyarakat di situ. Maka isteri itu jadi serba salah dan mempertahankan suaminya dan menasihati adiknya supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

"Kakak ni bodoh, kenapa terima lelaki ini, dia dah banyak menyusahkan keluarga kita !" Kata adik lelakinya.

Ini membuatkan si isteri dalam keadaan serba salah kerana dendam adiknya kepada suaminya masih membara. Dia menyesal kerana sebelum ini memburukkan suaminya kepada orang lain termasuk kaum keluarganya. Bukan itu saja, sampai sekarang adik beradik dan mak ayahnya juga tidak suka kepada suaminya. Sampai sekarang si isteri menyesal dan bimbangkan keselamatan suaminya.

18 Januari 2012

Baru Tiga Bulan Kawin, Kena Tangkap Khalwat


Perempuan 20-an baru bernikah 3 bulan yang lalu di Kluang. Suaminya bekerja dan tinggal di Johor Bahru dan jarang balik kerana sibuk bekerja. Perempuan ini bekerja di Kluang dan tidak ikut suami ke Johor Bahru.

Pada satu malam, jam 8 malam penguatkuasa Jabatan Agama Johor Kluang membuat serbuan di sebuah rumah setelah mendapat aduan dari orang awam. Yang kena tangkap itu perempuan ini yang baru 3 bulan bernikah. Dia ditangkap dengan lelaki satu tempat kerja dengannya 30-an yang sudah bernikah dan ada anak.

Pelajar Sedang Tunggu Keputusan SPM ditangkap Khalwat

Operasi penguatkuasa Jabatan Agama Johor Daerah Kluang malam minggu menahan lelaki umur 20 dan perempuan umur 18. Lelaki kerja sebagai di sebuah pasaraya manakala perempuan pembantu kedai. Perempuan baru lepas sekolah dan sedang menunggu keputusan SPM yang baru lepas.

Tangkapan jam lebih kurang 3.00 pagi di sebuah hotel di Kluang dengan bayaran RM 70 semalam. Mereka adalah pasangan kekasih dan menyambil kesempatan memadu kasih pada malam minggu.

17 Januari 2012

Pengalaman Dikejar Janda Bergetah


Lelaki 40-an sudah nikah dan ada anak. Lelaki ini, di belakang isteri dia, ada kacau seorang janda 30-an anak dua, masih bergetah katanya. Janda yang cun macam ni, ramai orang nak kacau di tempat kerja. Bagaimanapun, janda ini pada mulanya tak berapa nak layan lelaki yang hampirinya.

Tapi lepas tu janda ini membalas pulak, sampai lelaki terkedu. Sampai ke peringkat, depan orang ramai pun dia cakap pasal nak kawin dengan lelaki tu. Lebih pada tu, dia telefon kat rumah dan sms lelaki ni ajak kawin.

"Dulu kata nak kawin dengan saya, sekarang senyap pulak". Kata janda ni.

Lelaki ini menggelabah sebab dia sebenarnya bukan nak kawin betul-betul, dia main-main saja. Dia mengaku, dulu ada ajak janda ni pergi dating tapi janda ni taknak. Tapi sekarang nak pulak, sampai sms malam-malam tengah tido, nak ajak jumpa.

"Biasalah lelaki ustaz, saya bukan betul-betul, main-main saja". Kata lelaki ini.

"Dah tu, kenapa taknak kawin saja dengan janda tu ?". Kata ustaz.

(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)
........

16 Januari 2012

Tak Marah Kawan Bawa Balik Awek


Seorang lelaki 20-an menyesal yang amat sangat kerana sebelum ini dia menyembunyikan perbuatan kawan serumahnya 20-an yang selalu bawa perempuan 20-an balik rumah. Kedua-dua lelaki ini duduk di rumah bujang dan bekerja di sebuah kilang di Kluang. Manakala perempuan kerja sebagai kerani swasta.

Berlaku pada satu malam, jam lebih kurang 10.00 malam, kawannya bawa balik perempuan ke rumah. Lelaki ini sedikit pun tak tegur dan membiarkan kawannya itu saja. Masa itu, dia tahu perempuan berada di dalam bilik manakala dia berbual sambil tengok tv di ruang tamu. Kemudian, masing-masing masuk bilik masing-masing untuk tidur dan tutup tv. Rumah itu adalah rumah sewa mempunyai 2 bilik.

Tidak lama kemudian, mereka dikejutkan dengan kedatangan penguatkuasa. Kedua-dua lelaki bangun manakala perempuan menyorok dalam almari tapi akhirnya ditangkap juga. Ketiga-tiga mereka dibawa ke balai polis dan kemudiannya diminta mencari penjamin dan diminta hadir ke Jabatan Agama keesokan harinya.

Pasangan lelaki dan perempuan ini akan didakwa tidak lama lagi atas kesalahan khalwat. Tetapi, yang menjadi masalahnya, lelaki kawannya yang tidak bawa perempuan ini tidak terlepas dari tuduhan sama ada bersubahat atas kesalahan khalwat, atau juga dituduh khalwat bersama. Tarikh sebulan dari sekarang sungguh mencemaskan bagi lelaki ini untuk mnanti keputusan sama ada dia turut didakwa atau tidak.

Dia menyesal dan merayu tetapi semuanya sudah terlambat dan dia berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Syariah. Penyesalan tiada gunanya, sepatutnya dia cegah, tegur atau bekerjasama secara sulit dengan penguatkuasa dengan membuat aduan maksiat.

Bangla Pakai Tak Senonoh Pergi Pasaraya

Tengok sendirilah Bangla ni, pergi pasaraya pakai kain saja. Dahlah tu, mungkin baru bangun tidur pulak tu, entah dah mandi ke belum. Pakailah elok sikit.....

Gambar ni saya rakamkan di satu tempat di Kluang. Saya bercakap pasal etika berpakaian dan kesopanan, bukan dari sudut undang-undang. Keadaan lelaki asing yang berkeadaan sebegini menimbulkan rasa kurang senang masyarakat tempatan.

13 Januari 2012

Gadis Bertemu Jodoh Pada Usia 49, Suaminya 71 Tahun


Gadis 49 tahun akhirnya menamatkan zaman anak daranya dengan bernikah dengan lelaki 71 tahun. Lelaki ini kematian isteri hampir setahun lalu, punyai 8 anak dan lupa berapa orang cucu kerana ramai sangat.

Mengadu Masalah Rumahtangga, Lepas Cerai, Jadi Isteri Kedua Lelaki Tu

Perempuan 30-an ada masalah dengan suami, macam-macamlah masalah yang diceritakan. Mengadu pula dengan lelaki suami orang 40-an. Lelaki ini kerja kerajaan dan kat taman tu dia ni kira orang yang dihormati juga. Masa mengadu dan cerita pasal suami dia tu, adakalanya dia ke rumah lelaki tu didengar sama masalah tu oleh isteri lelaki tu.

Maka lelaki dan isteri dia ni bersimpati sangatlah dengan perempuan ni. Selalu juga perempuan ni telefon dan sms masalah rumahtangga dia. Kiranya lelaki ini begitu ambil berat juga pasal perempuan ni. Lepas tu, perempuan 30-an ini bercerai apabila rumahtangga ini tidak berjaya diselamatkan.

Bila cerai, lelaki itu juga yang tolong daftarkan perceraian sebab katanya dia biasa berurusan dengan pejabat kerajaan. Jadilah perempuan ini, janda 30-an, anak dua, kerja swasta. Masa jadi janda ni, lelaki ini makin ambil berat, termasuklah persekolahan anak janda ni. Sesi persekolahan tahun 2012 ni, dia yang tolong daftarkan persekolahan anak janda tu, bagus betul lelaki ini.

(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)



12 Januari 2012

Terkini : SBPA Kepada Penjawat Awam Tangguh


Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan dengan pihak yang berkaitan diadakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata penangguhan itu bertujuan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA.

"Selepas semakan semula itu dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya.
Najib berkata, penangguhan itu diputuskan Jemaah Menteri semalam.

"Semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini," katanya. - BERNAMA

11 Januari 2012

Setahun Lebih Lepas Bercerai, Akhirnya Nikah Semula

Lelaki dan perempuan 30-an, bercerai talak satu lebih setahun lalu. Hasil perkahwinan mereka, punyai 2 anak yang masih bersekolah. Suami bekerja swasta manakala isteri tidak bekerja. Akhirnya mereka berdua ambil keputusan bernikah semula.

Tanah Dan Batu Yang Digali Sebenarnya Memang 'Emas'

Heboh sehari dua ini di Kampung Melayu, Johor Bahru pasal batu jalan dikatakan sebenarnya adalah emas. Batu jalan tu dihantar oleh kontraktor yang dilantik untuk menurap jalan di situ. Penemuan emas itu amat mengejutkan sehingga orang di situ tak lepaskan peluang mencari emas.

Maka rosaklah jalanraya yang sudah pasti ditar dan digiling oleh jentera. Pastilah jalanraya itu untuk kemudahan orang ramai dan kalau digali, tentulah merosakkan. Tapi apa ada kisah, emas punya pasal, lupakan itu semua. Lepas tu, akhbar hari ini kata, kenyataan pihak berkuasa kata itu bukan emas tapi ada jenis-jenis batunya. Tapi orang tetap tak kisah, kata itu emas ker, bukan emas ker, kerja menggali dan mencari tetap diteruskan.

Mungkin pada dia orang, yang dikaji itu batu lain dan yang dicarinya batu lain yang memang emas. Kelakar juga cerita ini, tapi nak buat macam mana, inilah sikap orang kita. Lagi pun kalau duduk di rumah, baring depan tv saja, jadi apa salahnya pergi buat kerja sikit, cari emas. Pada fikiran dia orang, kalau bukan emas pun bukanlah rugi. Lagipun, bukan keluar modal.

Kisah Saham Haji Jasman

Kisah Haji Jasman ini cukup popular sekarang sampai blog saya ramai pelawat nak ikuti perkembangan saham mengarut ini. Tergelak juga saya bila dalam komen yang diberikan macam dia orang tak kisah sama ada duit tu dapat atau tak dapat. Ramai yang kata, kalau dapat tu rezeki dan kalau tak dapat tu tak ada rezeki.

Itu sajalah yang dia rasa dan tak ada rasa bersalah atau nak marah pun yang dia orang kena tipu. Maka kerana sikap oang kita yang beginilah, tumbuh pelbagai jenis pelaburan yang menipu macam  ni.

Gali Cari Emas

Teringat saya masa sekolah dulu, ada cikgu saya cerita. Ceritanya, dulu ada beberapa lelaki satu keluarga malas bekerja sedangkan bapa mereka tinggalkan kebun yang luas. Maka kebun dia jadi semak samun.

Satu hari tu, dapat cerita yang di kebun mereka tu ada emas harta karun harga jutaan ringgit. Maka barulah lelaki-lelaki tu ambil cangkul dan gali keseluruhan kebun nak cari emas. Beberapa hari saja kebun mereka jadi terang tapi tak jumpa pun harta karun yang dikatakan.

Lepas tu datang seorang lelaki kata, sebenarnya dia saja buat cerita. Tujuannya supaya lelaki tu rajin bekerja. Kemudian kebun yang dah bersih dan dibajak itu ditanam dengan tanaman dan mengeluarkan hasil yang banyak.

Kemudian jadi kaya dengan hasil jualan tanaman itu. Sebenarnya, itulah emas yang dikatakan emas itu.

10 Januari 2012

Duda 47, Kena Tangkap Dengan Isteri Orang 42


Duda 47 tahun, anak 3, ditangkap dengan isteri orang 42 tahun, anak 5 di sebuah rumah jam lebih kurang  1.00 pagi. Ketika ditangkap hanya mereka berdua sahaja di dalam rumah.

Rumah tersebut adalah rumah di sebuah taman baru di Kluang dan mereka menyewa berdua seperti suami isteri beberapa bulan lepas. Bayaran sewa mereka kongsi bayar bersama. Perempuan ini dalam proses cerai dan sedang bermasalah dengan suaminya. Bila ditangkap, baru jiran tahu yang mereka sebenarnya bukan suami isteri.

09 Januari 2012

Pelajar Universiti dan Pekerja Kedai Snooker ditahan Kes Khalwat


Perempuan masih belajar di sebuah universiti tempatan dan lelaki bekerja di kedai snooker ditangkap khalwat di sebuah hotel di Kluang dalam satu operasi maksiat. Kedua-duanya adalah pasangan kekasih berusia 20-an dan katanya ada rancangan untuk berkahwin.

Alasan yang mereka beri masa kena tangkap adalah untuk menumpang tandas di bilik hotel itu dan bukan niat dia nak buat benda tak senonoh. Tapi tak payahlah nak kelentong penguatkuasa yang dah biasa dengar alasan seperti ini.

06 Januari 2012

Gadis 18 Tahun, Kenal Laki Orang 36 Tahun 4 Bulan, Terus Nikah


Lelaki 36 tahun, kerja berniaga bernikah dengan gadis umur 18 tahun, kerja pembantu jualan. Lelaki sudah ada isteri dan 5 anak. Lelaki bernikah setelah mendapat kebenaran Mahkamah Syariah. Mereka berkenalan lebih kurang 4 bulan sebelum memutuskan untuk bernikah.

Dua Pondan Ditangkap Masa Tengah Gedik-gedik

Dua orang lelaki berlagak perempuan dan berpakaian perempuan ditangkap oleh penguatkuasa Jabatan Agama Johor Kluang malam tadi. Seorang berumur 33 tahun dan seorang lagi 27 tahun. Kedua-duanya tidak ada pekerjaan tetap dan buat kerja sambilan seperti tukang andam dan jurusolek.

04 Januari 2012

Perkenalan Dalam Bas, Akhirnya Jadi Isteri Kedua

Seorang lelaki 40-an, satu hari tu naik bas dari Kluang ke Kuala Lumpur. Dia bukan biasa sangat naik bas, tapi hari tu dia macam kurang sihat sikit, maka naik baslah. Bas masa dia naik tu, orang tak ramai, dalam 10 orang saja.

Maka sempatlah dia berkenalan dengan perempuan, anak dara umur 28 tahun. Perempuan tu orang Kluang tapi kerja di KL. Berkenalan bukan setakat di situ saja dan sempat bertukar nombor telefon. Lepas tu, masa lain, kalau ke KL, dia mesti jumpa dengan perempuan tu minum-minum.

Perkenalan dalam setahun, akhirnya mereka ambil keputusan bernikah. Masa tu, perempuan tahu yang lelaki ini sudah ada isteri dan ada anak 6 orang. Katanya, perempuan ni tak kisah jumpa sekali sekala di KL. Perempuan pula tak mahu berpindah kerja di dalam Johor ni sebab tak mahu isteri pertama tahu rahsia perkahwinan mereka.

02 Januari 2012

Kena Tangkap Khalwat Dengan Anak Sedara ?

Seorang lelaki warga asing 30-an kena tangkap di sebuah hotel dengan seorang perempuan warga asing. Bila ditanya hubungan, dia kata perempuan tu anak sedara dia. Tapi lepas tu penguatkuasa minta dia cerita macammana jadi anak sedara tu, dia jawap apa ?

Dia jawab bapa dia dengan emak perempuan tu adik beradik. Oh yer ker macam tu kira anak sedara?  Ulang sekali lagi jawapan dia, dia kata bapa dia sama emak perempuan tu adik beradik. Maknanya bukan anak sedara ler tu, tu sepupu. Maka bukan mahram dan bolehlah ditangkap kes khalwat. Kena tangkaplah juga.

Bawa Anak Buat Maksiat di Hotel

KLUANG - Seorang ibu yang membawa anaknya berusia setahun dicekup berkhalwat bersama pasangannya dalam satu Operasi Cegah Maksiat Ambang Tahun Baru di sebuah bilik hotel bajet di sini, lewat pagi semalam.

Malah, pasangannya yang berstatus duda yang turut membawa anaknya berusia lima tahun di dalam bilik berkenaan.

Pada awal siasatan, pasangan itu mengaku sebagai pasangan suami isteri, tetapi helah itu tidak menjadi selepas mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perkahwinan yang sah.

Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, pasangan terbabit mengambil masa hampir 20 minit untuk membuka pintu.

“Sebaik pintu dibuka, duda berusia 29 tahun itu dilihat hanya memakai seluar pendek dan kemeja yang tidak berbutang, sementara ibu muda berusia 24 tahun itu memakai seluar ketat serta kemeja T di samping anak masing-masing yang tidur di atas katil.

“Mereka memberi alasan keletihan dan hanya singgah berehat di hotel berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat dai Pahang.

“Bagaimanapun, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas mengaku tidak mempunyai ikatan sah suami isteri serta akan berkahwin tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian, awal pagi semalam.

Dalam operasi yang dijalankan bersama anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Cawangan Penyiasatan Khas Kem Mahkota, tiga pasangan lain termasuk dua pasangan warganegara Indonesia turut ditahan.

Kesemua pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor menasihatkan penduduk beragama Islam di daerah ini sentiasa menjaga maruah diri dan tidak hanya mengikut nafsu.
(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 2 Januari 2012)

30 Disember 2011

Lelaki 74 Nikah Gadis 46 Tahun


Satu lagi cerita ni, lelaki pesara kerajaan umur 74 tahun bernikah dengan gadis umur 46 tahun. Katanya baru berkenalan beberapa bulan lepas.

Lelaki pernah bernikah 2 kali sebelum ini, kali pertama isterinya meninggal dunia dan kali kedua juga meninggal dunia 2 tahun lepas. Lelaki punya beberapa orang anak dan cucu. Perempuan pula belum pernah bernikah sebelum ini dan bekerja di sebuah kilang dekat sini.

Duda 69 Tahun Nikah Janda 41 Tahun, Nak Cerita Jer

Saja nak cerita-cerita kisah perkahwinan, bukan ada yang mengejutkan pun. Hari ni bernikah lelaki 69 tahun, duda kematian isteri 2 tahun lalu dengan janda 41 tahun yang kematian suami 5 tahun dulu.

 Lelaki ini pencen kerja kerajaan, dah ada anak dan beberapa orang cucu. Perempuan pula tidak bekerja dan ada beberapa orang anak yang dah besar. Mengenai tarikh perkahwinan, maka tak kisahlah kalau nikah  hujung tahun, bukan bekerja pun dan masih sempat nak berbulan madu. Kalau orang lain tentu pilih masa awal cuti sekolah.

29 Disember 2011

Harga Emas Semakin Jatuh, Pelabur Emas Terdiam (Episod 12)

Harga emas dunia pada jam 4.00 petang adalah 1549.97 USD.   Dulu orang kata emas akan terus naik, sekarang boleh turun rupanya. Ramai pelabur yang rugi kalau jual sekarang, jadi kena pegang terus. Tapi kalau pegang lama, makin lama makin turun, macammana ? Rugilah jawapannya.

Sekali lagi saya nak ingatkan bahawa dalam pelaburan ini sama ada pelaburan saham, emas, matawang, hartanah, perladangan atau perniagaan semuanya ada untung rugi. Dan tak ada semuanya yang untung saja dalam pelaburan.

Episod 13, Klik Sini

Mak Ayah Tak Mahu Tunjuk Surat Nikah Pada Anak


Ibu dan bapa 50-an mempunyai anak 20-an yang akan bernikah tak berapa lama lagi. Masalahnya, sebenarnya, anak perempuan sulungnya itu adalah anak luar nikah. Ibu dan bapa seboleh-boleh merahsiakan yang itu anak luar nikahnya.

Kalau anaknya nanti tengok surat nikah, mesti anak tahu yang mak ayah dia bernikah 2 bulan saja, anaknya itu lahir. Bagaimana hendak merahsiakan hal ini sedangkan anaknya mesti pergi ke mahkamah untuk mohon  wali hakim sekiranya bapa dia tidak boleh jadi wali. Bukan boleh orang lain pergi ke mahkamah kerana pengantin itu mesti pergi sendiri ke mahkamah, tak boleh wakil. Kalau hendak rahsiakan pada orang lain, itu boleh dirundinglah juga. Dan sepatutnya kita rahsiakan dari pengetahuan orang lain.

27 Disember 2011

Jangan Sampai Kena Sembelih Masa Beli Tayar Kereta (Episod 21)

Dalam perjalanan dari Terengganu ke Kluang beberapa hari lepas, dalam perjalanan tu satu tayar kereta saya bocor. Berhenti di kedai tak jauh dari situ dan nak ganti tayar baru. Sebelum ni rasa nak tukar juga tayar tu yang dah 3 tahun, apa lagi lepas dapat bonus akhir tahun baru ni.

Tapi bila sudah tak boleh ditampal tayar tu, maka kenalah beli tayar baru. Tengok harga tayar, maka bersetujulah beli tayar yang harga RM 230, kira murah tu untuk saiz 17 inci.

"Tauke, ini tayar bagus ker ?" Tanya saya.

"Ini bagus, buatan Amerika tapi kilang di China." Kata tauke tu.

"Betul ker bagus, ada pelanggan komplain ker ?". Tanya saya lagi.

"Ini tayar gua sudah jual dekat satu tahun, tak ada kastemer komplain" Kata tauke tu lagi.

Kasi Tukar Belakang Ke Depan

Maka saya setujulah beli dua tayar sebab yang satu tu bunga macam dah habis. Lepas tu tayar belakang tukar pergi tayar depan, sebab yang depan cepat haus. Kira setujulah saya, sebab upah lain free termasuk balancing. Lepas tu saya kata nak pergi makan kat kedai mamak tak jauh dari situ. Dia mintak no tel saya, tapi saya tak kasi dan saya pergi ke kedai dekat saja.

Pergi Cari Kat Kedai

Masa tengah makan tu, datang lelaki yang lain pulak. Dia tunjuk satu barang iaitu nat tempat pam tayar. Dia kata kalau ganti tayar elok tukar baru. Saya tanya harga berapa, dia jawab RM 80 untuk 4 atau yang lagi satu, yang lagi baik RM 120 untuk 4. Saya dah mula macam nak marah, pertama kita tengah makan dia kacau, macam tak selesa nak menyuap. Kedua, kita nak tukar tayar, bukan nak tukar nat tu. Saya suruh dia pasang semula semua tu dan dia balik. 

Lepas makan saya ke kedai tu semula. Tauke tu nampak saya saja, dia kata tayar saya sudah lama dan elok ganti 4, bukan 2. Dia kata, kalau tak tukar nanti bahaya dan boleh pecah sebab dah haus. Saya tetap pertahan nak ganti 2 saja. Bukan apa, yang dua lagi tu bunga masih baik.

Spotrim Bengkok Pulak

Lepas tu dia buat balancing dan tauke tu kata 3 spotrim saya bengkok. Saya tanya, macammana yang dikatakan bengkok tu ? Dia tunjukkan pada skrin tv tu yang bacaan tak sama. Dia kata, dia boleh baiki dengan upah satu spotrim RM 75 X 3 dalam masa 15 minit saja, dia ada mesin.

"Taukey, gua sudah bawak ini kereta sampai Kelantan, Terengganu dan KL, tak ada goyang pun". Kata saya.

"Betul kawan, you bawak mana ada rasa, tapi ini komputer kata sudah bengkok. Nanti lama-lama dia makan tayar. Nanti rugi saja tukar tayar baru". Kata tauke tu. 

"Taukey, gua tak mahu buat, gua mahu you buat balancing saja". Kata saya.

Lepas tu dia buat balancing dan dia kata kira bolehlah tak goyang sikit. Tapi dia kata, lepas ni kalau ada masa, datang semula ke kedai dia. Saya kata okey saja, dalam hati, selamat duit saya.

Spotrim Baru

Tak lama lepas tu, seorang lagi datang pada saya dan tunjukkan spotrim, dia kata harga promosi. Dia kata, ini spotrim Odysey baru, orang tu tred in sebab beli spotrim baru. Harga dia RM 1500 tapi dengan saya dia ofer cuma RM 750 saja. Saya cakap, sorilah sportim saya masih okey.

Alignment Tayar Pulak

Bila dah siap tu, ingatkan siap. Dia kata saya kena buat alignment tayar, kalau tidak, nanti goyang. Dia kata harga semua RM 80.  Saya kata, kalau setakat tukar tayar, tak payah alignment pun tak apa, bukan tukar absoeber atau stereng rack.

Selesailah Sudah

Maka saya cuma bayar dengan harga RM 230 X 2 = RM 460. Yang lain tu tak ganti, selamatlah duit. Kalau tidak, tak pasal-pasal duit sampai RM 2,000 melayang. Maka beringatlah kalau kita pergi kedai tayar, jangan sampai kita kena sembelih.

Orang perempuan, kalau ada suami, mintak suami pergi gantikan tayar. Yang anak dara, suruh abang atau adik pergi kedai tayar. Yang anak dara tak ada abang adik, suruh saya pun boleh, hehehe, gurau jer..

Tauke ni,  kalau pelanggan perempuan, lagi dia senang kelentong. Itu belum dia kata absorber keluar minyak, brek kena tukar, skru chamber kena tukar dan lain-lain kena ganti, macam-macam lagilah benda yang tak sepatutnya. Biasanya, orang perempuan ni bukan mudah nak tepis semua tu, tapi ada juga yang boleh tepis.

Apa lagi masa banyak duit, baru dapat gaji dan bonus. Tauke ni cukup-cukup pandai untuk menakutkan kita tentang bahaya kalau kita tak ganti, padahal tidak pun. Tauke duit masuk, yang tukang pujuk juga dapat komisen.

Cerita Kereta Episod 22, klik sini

Dapatkan Nasi Arab Mandy, Maqluba dan Kabsah (citarasa asli Arab)

25 Disember 2011

Nak Nikah Dengan Warga Asing, Abang Tak Mahu Jadi Wali

Seorang wanita 30-an, janda anak dua hendak bernikah dengan seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sini. Lelaki ini bekerja sebagai tukang rumah dan sudah beberapa tahun menetap di sini. Bagaimanapun, abangnya menentang kerana tak mahu adiknya bernikah dengan orang asing.

Kes ini diajukan ke pejabat kadi dan dinasihatkan supaya membawa kes ini ke mahkamah syariah. Dalam kes ini, hakim akan mengkaji setiap perkara sehingga hakim boleh membenarkan pernikahan secara wali hakim, sekiranya perlu.

23 Disember 2011

Pengantin Bawa Utraman Masa Akad Nikah

Terkejut juga jurunikah apabila pengantin lelaki memegang 5 kotak vcd Utraman masa akad nikah. Kenapa pulak ? Takkanlah nak tengok vcd tu masa akad nikah pulak.

Rupanya, anak lelaki dia punya yang umur 3 tahun. Anak dia hadir sama masa akad nikah dan lari sana dan lari sini masa bapa dia nikah. Biasalah, budak-budak umur macam tu bukan setakat suka tengok vcd, pegang vcd yang ada gambar Ultraman pun dia suka.

Masa nikah tu, lelaki duda umur 40-an bernikah dengan anak dara 20-an. Jangan budak tu panggil mak baru dia 'Mak Utraman' sudahlahhhh.... hehe.

Alfatihah....Dr Abdul Hamid Othman Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia pada lebih kurang jam 5 petang Jumaat. Allahyarham berusia 72 tahun.

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Hal Ehwal Agama Islam sebelum dilantik sebagai Senator dan kemudiannya anggota Dewan Rakyat.

Tujuh Bulan Bercerai, Nikah Semula

Lelaki 40-an dan perempuan juga 40-an bercerai 7 bulan yang lalu. Kedua-duanya adalah pegawai kanan kerajaan, berkhidmat di luar Johor dan berasal dari Johor. Selepas berbelas tahun hidup bersama dan dikurniakan 6 orang anak, mereka menghadapi masalah rumahtangga yang rumit. Isteri telah menuntut cerai di mahkamah dan mereka telah turun naik ke mahkamah.

Akhirnya, suami melafazkan cerai talak satu secara baik disebabkan permintaan isteri ini. Bagaimanapun, selepas 7 bulan hidup bergelar janda dan duda, mereka membuat keputusan bernikah semula. Ke semua enam orang anak mereka, hadir dalam majlis pernikahan ini.

22 Disember 2011

Gadis 16 Tahun, Bernikah Masa Mengandung 8 Bulan

Gadis 16 tahun, kerja jurujual, sudah mengandung 8 bulan. Perbuatan dilakukan dengan pakwe dia berusia 21 tahun, kerja biasa. Akhirnya mereka bernikah selepas mengandung 8 bulan berwalikan bapanya.

21 Disember 2011

Cuaca Cerah Sehingga Petang Ini di Kluang

Kluang paling ramai dipindahkan kerana banjir beberapa hari lepas. Namun, cuaca cerah dan kadang kala mendung hari ini menyebabkan banjir semakin surut dan jumlah yang di tempat pemindahan berkurangan.

Banjir di Johor Meningkat Kepada 3,265


Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat kepada 3,265 setakat 8 malam Selasa. Sebanyak 41 pusat pemindahan dibuka iaitu 23 di Kluang, Segamat (5), Kulaijaya (3), Batu Pahat (4), Pontian (4) serta masing-masing satu di Kota Tinggi dan Johor Baharu.

Di Kluang, kawasan yang dilanda banjir ialah Kampung Isnin Maarof, Kampung Tengah Renggam, Kuil Ketchumi, Kampung Seri Maju Jaya, Kampung Haji Hasim, Kampung Chokro, Mengkibol, Kampung Muhibbah, Kampung Sungai Linau, Kampung Parit Hassan, Kampung Bentong, Kampung SC, Kampung Baru, Kampung Tengah, Perumahan Rakyat Yap Tau Sah, Kampung Mengkibol, Kampung Kolam Air, Kampung Berasau, Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Kampung Punchor, Kampung Sri Cahaya, Kampung Contoh, Kampung Batu 4 Paloh, Kampung Melayu Mardi dan Kampung Haji Nor Md Amin di Kluang.

20 Disember 2011

Apa Angka Selepas 999,999 ?

Alhamdulillah, blog saya sudah dibaca melebihi 990,000 selepas dibuka lebih 2 tahun lalu. Terima kasih kepada pembaca terutama blogger yang mempromosikan blog saya di blog mereka. Blog saya kini dibuka oleh lebih 5,000 dalam satu hari dan meningkat sehingga 20,000 sehari sekiranya ada topik yang dianggap menarik.

Suka untuk saya beritahu, saya ditawar untuk membukukan 2 novel tulisan saya,  oleh sebuah syarikat penerbitan yang ada nama juga. Novel berkenaan mempunyai peminat dan pembaca setia di blog saya. Jadi, saya dalam peringkat akhir menyiapkan penulisan novel berkenaan. Cuma masa membataskan saya untuk menyiapkan dan memperkemaskan penulisan berkenaan. Insyaallah, kita tunggulah kemunculannya nanti. Cuma, tajuknya mungkin akan berbeza dan gaya penulisannya juga akan turut berbeza mengikut kesesuaian penerbit.

Apa Angka Selepas 999,999 ?

Jumlah blog saya dibaca sudah hampir 1,000,000 (sejuta). Tapi saya ada sedikit keliru, apakah angka yang akan keluar selepas 999,999 ini ? Mungkinkah 000,000 atau 1,000,000 ?

18 Disember 2011

Cerita Kat Sebuah Kedai Mamak

Tadi saya berdua makan kat kedai mamak, jangan tanya dengan sapa, hehe. Kira makan kat kedai, teh tarik dua, mee goreng mamak dua. Lepas makan tu, sebelum mamak tu kira, saya tengok harga kat dinding mee goreng RM 3.50 dan teh tarik RM 1.20. Saya kira, kalau semua sekali RM 9.40.

Tapi masa bayar tu, mamak tu congak saja dan kata semua sekali RM 10.00. Aikkkk.... terkejut saya dan tanya dia teh tarik dan mee goreng berapa harga. Dia jawab, teh tarik 1.20 dan mee goreng 3.80. Saya tanya dia semula, kenapa kat dinding tu tulis RM 3.50 bukan 3.80 ?

Dia kata itu harga lama...... Ermmm, saya kira sabar saja dengan kerenah mamak tu. Lagi pun, ini kali pertama makan kat kedai tu. Kalau dah biasa kat kedai tu, mesti saya betah lama sikit, nak gertak untuk buat laporan pun boleh, bukan betul-betul, nak ajar sikit. Tapi saya senyum saja dan bayar saja RM 10.00. Nanti kalau bising-bising, buat malu orang saja.

Kenali Restoran Mamak

Ini satu cerita kat kedai mamak. Tengoklah, walaupun banyak isu orang hentam kedai mamak ni, kedai dia tetap penuh juga, termasuk saya yang pergi.Tahukah anda yang teh tarik hanya ada di Malaysia dan bukan mamak yang memperkenalkan. Tapi teh tarik paling popular di kedai mamak.  'Mee goreng mamak' pula, sebenarnya tidak ada di India atau Pakistan, cuma ada di Malaysia saja.

16 Disember 2011

AWAS, Satu Taktik Penipuan Melalui Email

Saya terima satu email dan saya tahu ini satu perangkap penipuan, saya tak layan email macam ni. Silalah baca email ni.

"Nama saya adalah Faridah binti Ismail. Saya berkerja sebagai Executive Pemasaran di syarikat J&H Livestock Company di England.Saya ingin mengenalkan anda dengan peluang untuk perniagaan yang hebat.Saya amat memerlukan perihatin anda terhadap proposal ini kerana kita akan dapat keuntungan bersama dalam segi kerjasama dan persahabatan.
 
Saya menghantar email ini kepada anda kerana anda adalah teman seibu negeri saya daripada Malaysia oleh kerana itu saya percaya yang anda akan memberi sokongan dari segi moral dan kejujuran untuk proposal ini.Saya tidak mahu kehilangan peluang ini kerana saya tahu bahawa kita akan perolehi keuntungan bersama dalam perniagaan ini dimasa sekarang dan juga masa depan.

Saya memerlukan seorang ejen pembekal untuk perusahaan ditempat saya berkerja. Perusahaan yang saya bekerja ini memerlukan sejenis product yang bernama (amikacin aminoglycocide atau juga di panggil gentamicin) produk ini adalah sebuah anti biotik khas yang hanya boleh diterima dalam bentuk suntikan dan bukan untuk penggunaan dalam segi penerapan ia boleh mengubati penyakit tuli dan kerosakkan buah pinggang.

Product ini adalah tulen di Malaysia dalam harga anggaran($ 2,300usd sekotak) sedangkan bekas pengurus pembelian syarikat kami menjual kepada kami dalam harga anggaran ($ 4,350 usd sekotak)sejak pengurus pembelian kami meletakkan jawatannya monopoly ini sudah dibubarkan.Saya sedang mencari seseorang yang sanggup menjadi pembekal kami untuk bergabung dalam satu perkongsian kepada perusahaan kami sekarang.
 
Maka dengan tujuan ini saya email kepada anda sekiranya anda berminat untuk perniagaan proposal ini. Saya cuma perlukan anda untuk menjadi orang tengah dalam transaksi antara penjual dan perusahaan kami.Ini adalah peluang perniagaan yang akan memberi keuntungan yang besar untuk kita bersama, jadi saya memerlukan kerjasama anda untuk menjadikan usaha ini sebagai satu perniagaan yang berjaya.

Saya akan memberi lebih maklumat lagi berkenaan perniagaan ini sekiranya anda sanggup menjadi pembekal produk kepada perusahaan kami .Permulaannya saya mahu mengikat sebuah persetujuan kontrak untuk anda sebagai pembekal kepada perusahaan kami.Dalam segi peratusannya pula harga sebenar bagi pembelian produk ini dari perusahaan kami adalah ($ 4,350usd)dan dari Malaysia pula adalah($ 2,300usd) Perusahaan kami memerlukan tidak kurang dari 50 kotak dan tidak lebih dari 500 kotak.

Tujuan saya memerlukan anda sebagai ejen kami adalah untuk talian penyambungan antara penjual penduduk Malaysia yang tepat ke perusahaan kami supaya keuntungan marginnya boleh dibahagi antara kita berdua.70% kepada anda dan 30% kepada saya.Bantuan anda yang utama untuk  saya untuk berkomunikasi dengan pengurus saya menyatakan bahawa anda boleh membekalkan produk ini kepada perusahaan kami dan dari situ anda boleh mengetahui lebih mendalam lagi tentang segi pembayaran dan harga.
 
Tindak balas segera dari anda adalah amat di hargai supaya saya dapat memberikan maklumat selanjutnya tentang informasi penjual produk kami yang di malaysia dan juga untuk mengetahui jika mereka ada stock produk penjualan itu untuk di bekalkan kepada anda sebelum pengurus baru kami tiba ke Malaysia untuk membeli semula produk itu sejurusnya daripada anda.
 
Tetapi amat penting untuk diingati bahawa selaku orang tengah pengurus kami akan menguruskan segalanya dengan tepat kepada anda dan bukan penjual produk ini untuk tidak menjejaskan perniagaan dan pengurusan ini. Terimakasih atas masa dan prehatin anda untuk membaca proposal perniagaan ini."
Sekian wassalam,Farida Binti Ismail

CUEPACS Minta Kakitangan Awam Tidak Tandatangan Surat Tawaran

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.

Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan. Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.
.....BERSAMBUNG.




Untuk laporan lanjut, sila lawat...

15 Disember 2011

Kerja Berjauhan, Akhirnya Suami Nikah Senyap-senyap

Lelaki 40-an dan isterinya 30-an sudah berumahtangga lebih 10 tahun. Lelaki kerja di tempat lain dan isterinya di tempat lahir keluarganya. Alasan isteri tidak mahu berpindah adalah kerana dekat dengan keluarga dan sudah beli rumah sendiri. Manakala suaminya bukan sengaja nak merantau tapi sudah tempat bertugasnya di sana dan tak berpeluang nak pindah ke tempat isterinya.

Jaraknya bukan dekat, lebih 4 jam naik kereta atau bas. Kesemua anaknya duduk dengan isterinya. Mulanya suaminya duduk rumah bujang, selepas itu duduk sendirian. Hampir setiap hujung minggu lelaki balik ke kampung. Akhirnya lelaki ini bernikah senyap-senyap dengan gadis 20-an yang satu pejabat dengannya. Mula pernikahan ini dirahsiakan tapi tak lama lepas tu isteri tahu melalui jiran suaminya.

"Tuan Kadi... masa mula isteri saya tahu, memang jadi perang besar. Tapi selepas beberapa bulan, isteri saya dapat menerimanya. Cuma anak sulung perempuan saya (belasan tahun) yang tidak boleh menerimanya sampai sekarang.". Katanya.

"Tapi tuan.... akhirnya isteri saya memahami perasaan saya yang selama tinggal sendirian. Dan isteri saya juga terasa kesilapan yang dia tak mahu berpindah ikut saya dari dulu". Katanya lagi.

"Cuma satu permintaan isteri saya tuan kadi. Iaitu isteri saya tidak mahu rasa malu di kalangan saudara mara dan kawan-kawan yang dia sekarang bermadu. Dia tak mahu disebut oleh orang lain yang dia kini bermadu". Kata lelaki ini lagi

Hantu Menjelma Dalam Telefon ? SERAMMMM

Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34 di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan. Sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar.

Cerita ini turut disiar dalam akhbar utama hari ini.

Harga Emas Jatuh Merudum: Betul Saya Cakap, Pelaburan Emas Ada Risiko (Episod 11)

Dari dulu saya tulis dalam blog saya yang pelaburan emas ada risiko besar. Dalam bahasa yang orang boleh faham adalah, mungkin boleh untung, mungkin boleh rugi. Waktu saya tulis tu, saya 'berperang' dengan orang yang begitu taksub kepada pelaburan emas ini. Mereka tetap kata pelaburan emas itu menguntungkan.

Harga Dah Turun, Nak Buat Apa ?

Kalau dulu beli harga tinggi macam kawan saya beli harga masa tu dalam 1,800 USD lebih. Sekarang harganya 1,572 dan nampaknya menuju kepada aliran menurun sekarang. Ada orang kata, kalau turun, kena beli lagi dan nanti boleh untung kalau harga naik. Tapi, adakah ini satu jaminan bahawa harga emas akan naik ? Jawapannya, tidak pasti.

Jangka Panjang

Cukuplah saya terangkan pelaburan jangka panjang dan jangka pendek. Perdebatan ini saya dah ulas dalam tulisan saya terdahulu. Janganlah jawab, kalau nak untung kena pegang pelaburan jangka panjang. Ingat, mana tahu, kalau lagi lama pegang, lagi turun, kan rugi tu.

Untuk pengetahuan (kepada sesiapa yang masih baru dengan blog saya), harga emas boleh diikuti secara lansung melalui blog saya, sebelah kanan.

Bawa Pakwe Datang Rumah Masa Mak Ayah Pergi Kerja

Gadis umur 23, masih belajar di peringkat ijazah ditangkap di dalam rumah bersama teman lelakinya umur 24 tahun, kerja swasta. Tangkapan dilakukan oleh penguatkuasa lebih kurang jam 2.00 petang selepas mendapat aduan dari orang awam.

Sewaktu tangkap, hanya mereka berdua sahaja di dalam rumah, manakala ibu dan bapanya bekerja. Mereka adalah pasangan kekasih dan merancang untuk bernikah.

14 Disember 2011

'Abang R' Menghilang Setelah Buat Gadis 24 Tahun Mengandung

Gadis umur 24 tahun ini, tidak bekerja dan baru saja berkenalan dengan seorang lelaki. Perkenalan singkat ini telah membawa mereka sehingga melakukan hubungan sex luar nikah atas suka sama suka di rumah sewa lelaki ini.

Selepas didapati mengandung 2 bulan, gadis meminta lelaki ini bertanggungjawab. Bagaimanapun, lelaki ini sudah tidak dapat dikesan dan sudah berpindah dari rumah sewanya. Sebenarnya, gadis ini hanya mengenali nama lelaki ini yang bermula dengan huruf 'R' saja, umurnya sekitar 20-an. Di mana lelaki ini bekerja dan kampung asalnya, juga gadis ini tak tahu.

Sudah termengandung, barulah perempuan ini buat laporan ke pejabat agama setelah keluarga gadis ini turut sama tidak puashati dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab ini. Tetapi, nak buat apa, perempuanlah yang akan menanggung dan akan dihukum kerana perbuatannya, lelaki tak tahu kat mana.

 Kalau kes ini, report pada polis pun, tak selesai masalah juga. Soalnya, ini perbuatan suka sama suka dan bukan kes rogol. Kalau betul ini kes rogol, kenapalah tunggu selepas 2-3 bulan selepas 'dirogol' baru nak buat report  polis ?

Rakaman Wacana Sinar Harian 13 Disember 2011: PRU13, Undi Siapa Menjadi Penentu

Rakaman wacana Sinar Harian edisi ke-9, PRU13: Undi Siapa Menjadi Penentu.
Panelnya adalah YB Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), YB Datuk Saifuddin Abdullah (Ahli Majlis Tertinggi Umno), YB Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial UM), Datuk Zaid Ibrahim (Ketua Parti KITA) dan wacana dikendalikan moderator, DR Maszlee Malik.

13 Disember 2011

Banjir di Kuala Lumpur 13 Disember 2011








Sejak semalam saya berada di Kuala Lumpur dan baru balik tengahari tadi. Waktu meninggalkan KL tengahari tadi, nampak awan gelap, macam nak hujan lebat. Jalan-jalan yang dalam gambar tu, kebanyakannya saya lalui, sebab banyak kali sesat juga hingga lalu jalan yang sama. Nasib baik saya tak terperangkap dalam banjir tu.

Singgah di Bangi

Masa hujan renyai, saya singgah di Bangi, pasang kompresor kereta. Harga murah dan  saya pasang kat kereta tu dan satu lagi balik pasang sendiri kat kereta Accord SM4 saya. Pasang sendiri untuk kereta SM4 bukan payah sangat dan dah pasang  pun tadi.


Pasang kompresor ini menambahkan kuasa kereta dan kalau gitu, pastilah minyak lebih jimat. Tadi kat lebuhraya bawak dalam 160kmj, biasa kalau rpm macam tu cuma 140kmj saja. Tauke Cina tu pujuk saya suruh beli barang lain pulak.

"Kawan...... you tambah ini barang kasi enjin lagi power". Kata tauke Cina tu.

"Haiya... ini kereta gua punya bini punya, gua punya kereta dekat rumah Johor". Kata saya.

Alamak, tauke ni, orang beli satu barang, dia suruh tambah lagi satu barang pulak. Lagi pun, benda lain saya macam tak percaya, kalau kompresor saya dulu pernah pakai masa baru angkat SM4 tu tahun 2006.

"Kawan... tak ada hal punya, sayang bini, kawan". Kata Cina tu lagi.

"Hehe... taukey, sayang bini bukan ini macam. Ini macam sayang kereta bini, bukan sayang bini, hehe". Kata saya.