21 April 2011
Rugi RM 100,00 Dalam Masa Setahun
Seorang lelaki 50-an, bermodalkan wang RM 100,000 untuk mengusahakan tanaman pokok pisang. Duit ini dikumpul berpuluh tahun termasuk kerjanya mengusahakan kebun sawait orang. Dia tanam di tanah 20 ekar kebun sawit yang masih kecil, bukan sewa tapi percuma dengan syarat menjaga kebersihan kebun.
Tanaman pisang berangan, satu anak pokok dibeli dengan harga RM 1.60 dan RM 1.80. Dia menggaji 3 orang warga asing yang tinggal di dalam kebun berkenaan.
Dalam masa beberapa bulan, waktu pokoknya sedang berbuah, ujian pun datang. Keseronokannya tak lama, apabila pokoknya hampir kesemuanya tumbang. Rupanya kawasan itu tidak sesuai disebabkan kawasan angin kuat seperti ribut menyebabkan pokoknya tumbang dan mati. Dia cuma dapat hasil tak sampai RM 10,000 iaitu saki baki pisangnya yang elok.
Wang RM 100,000 yang dikumpul sejak kecil, habis dalam masa tak sampai setahun. Simpati saya dengar cerita ini dan memberi semangat kepadanya supaya terus berusaha mengerjakan tanah dan mencari rezeki yang halal.
Yer, dia tak putus asa dengan kegagalan ini dan akan terus berusaha. Dia tak lama lagi akan mengusahakan ternakan lembu bermula dengan jumlah yang agak kecil.
Suami Isteri Gaduh Melalui SMS, Akhirnya Bercerai Melalui SMS
Isteri mulakan sms kepada suami, cakap macam boleh menimbulkan kemarahan suami. Suami kemudian balas sms, marah balik. Kemudian isteri makin panas dan hantar satu sms, lebih kurang begini,
"Saya nak awak ceraikan saya". Sms isteri.
Tak lama kemudian, suami balas sms tu.
"Ok, saya ceraikan awak". Sms suami dan isteri terima.
Keesokannya, suami dan isteri ini datang ke pejabat Kadi untuk menanyakan masalah ini. Adakah jatuh talak ?
Bila ditanya apa niat suami kata 'saya ceraikan awak'. Suami kata, dia memang berniat untuk ceraikan. Maka berdasarkan perkataan'cerai' yang dilafazkan suami, disokong oleh niat yang memang bermaksud cerai, maka berkemungkinan besar jatuh talak.
Cuma dari segi prosedur, pejabat kadi memberi nasihat kepada pasangan ini dan akan merujuk kes ini ke mahkamah. Bentuk nasihat adalah terlalu luas dan pelbagai berdasarkan sesuatu kes. Hanya hakim mahkamah yang akan memutuskan sama ada jatuh talak dan juga jumlah talak sekiranya jatuh.

20 April 2011
Isteri Cemburu, Suami Bantu Janda
"Betul ker suami saya pergi kursus ustaz, ker dia pergi jumpa perempuan tu...". Kata wanita 40-an ini.
Begitulah antara yang diceritakan wanita enam orang anak ini. Suaminya kerja kerajaan 40-an, sekarang pangkat dah agak tinggi sikit suaminya, kira berduitlah sekarang. Masalahnya, isterinya sering cemburu dan syak yang bukan-bukan.
Isteri sedar yang suami ada kenalan, seorang janda 30-an, anak satu, baru bercerai setahun lalu. Suaminya pula selalu layan telefon dan sms dengan janda ini. Pernah juga suami kantoi sebab tak delate sms. Bila ditanya pada suaminya,
(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam
proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini.
Terimakasih)
19 April 2011
Khalwat : Datuk Salim Parlan Didakwa
Pulau Pinang : Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.
Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.
Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan

Hati-hati Penipuan Pelaburan Jual Beli Emas, Berleluasa Sekarang (Episod 1)
Setakat hari ini, saya sudah dapat tiga cerita yang lebih kurang sama iaitu satu pelaburan jual beli emas melalui jualan lansung. Kegiatan ini sedang bergerak dalam senyap dalam kumpulan kecil dan mula mempengaruhi orang ramai.
Beberapa cerita yang saya dengar, di sini sedang giat dijalankan oleh ustaz dan cikgu. Kepada ustaz dan cikgu, saya nasihatkan diri anda janganlah diperalatkan oleh sesuatu yang meragukan dengan memasuki skim yang meragukan ini.
Kesian saya pada ustaz-ustaz yang macam ini, ustaz ini ikhlas untuk meningkatkan ekonomi hidup dia dalam ekonomi yang semakin mencabar sekarang. Tapi, ustaz ini lupa, yang perniagaan ini bukanlah betul. Perniagaan ini amat meragukan dan bergerak dari mulut ke mulut dan sekali sekala membuat perjumpaan melalui kumpulan kecil.

Katanya, perniagaan emas sedang laris dan akan meningkat harga sekarang dan skim ini menawarkan pelaburan yang menguntungkan. Memanglah betul dan disokong dalam sebuah akhbar harian dua tiga hari lepas yang harga emas akan meningkat. Tapi semua itu adalah ramalan saja seperti ramalan pasaran saham atau ramalan harga minyak. Kalau saya cakap ramalan nombir ekor, pasti orang marah saya pulak. Lagi satu, kenapa pula nak beli emas dengan cara jualan lansung ?
Skim Ini Macam Mana ?
Bila ditanya lanjut, ustaz ini mengelak untuk jawab sebab dia kata tak mahir untuk jawab. Sudah lah ustaz.... kalau ustaz tak boleh jawab walaupun soalan saya bukan susah sangat, kenapa pula ustaz mempengarui orang lain untuk masuk skim ini ?
Maknanya ustaz ini pun tak tahu sangat, dia masuk saja dulu untuk jadi orang yang mula-mula masuk. Kalau lambat nanti, ustaz ini tak dapat keuntungan yang macam ini, rasa sayalah. Sudahlah ustaz, nasihat saya pada ustaz dan cikgu, janganlah kita ini mudah diperalatkan. Kita ini ustaz, orang suka gunakan termasuk hendak menipu.
Ustaz ini kata, kalau nak tahu lanjut, datang ke tempat sekian, tarikh sekian dan akan dengar taklimat seorang dari KL. Amboi kalau orang luar dari KL saja, entah-entah dari negari lain, tapi main sebut KL saja. Dalam taklimat itu nanti, akan digunakan video dan sebagainya untuk pembakar semangat kepada orang yang hadir supaya masuk skim ini. Macamlah juga dengan jualan lansung.
Mana Ada Jual Emas Jualan Lansung
Tak ada jual emas secara jualan lansung atau MLM. Yang ada itu seperti Zhulian (itu MLM yang disahkan dan berlesen), itu bukan emas tulin. Tapi skim ini katanya ini emas tulin dan pelabur akan dapat keuntungan berlipat ganda. Kenapa berlipat ganda ?
Setahu saya, yang akhbar tulis dua tiga hari lepas kata, kenaikan dijangkakan 30 peratus saja. Tapi saya percaya, sendikit ini akan kata nak kasi keuntungan jauh lebih tinggi dari ini. Yer le, kalau rendah setakat 30 peratus, tak ada orang nak masuk.
Mana Dia Emas ?
Yang orang ini kata jual emas, mana dia emasnya ? Ada dalam kereta ker ? Tak sayang nyawa ker, simpan emas bernilai tinggi dalam kereta. Kalau jual lansung Zhulian itu pun cuma ada katalog saja, barang kat kedai atau stokis. Jadi, kalau emas tak ada, kenapa kita nak beli emas ? Entah-entah, serah duit, emas tak dapat.
Beli Emas Tapi Simpan Pada Orang Itu
Mungkin juga, kita beli emas, dengan kasi duit pada orang itu tapi kita tak dapat emas. Katanya emas itu disimpan dalam bank orang itu. Kita cuma ada geran atau surat dan boleh tengok keuntungan pelaburan kita dalam internet.
Ada juga syarikat yang ditubuhkan untuk mengendalikan pelaburan dan penyimpanan emas ini. Kita nampak syarikat ini kukuh tetapi selepas ini belum tahu. Tengoklah dulu masa kegawatan ekonomi, bank dan syarikat besar pun boleh rugi, apalagi syarikat yang baru dan membuat pelaburan dalam satu bidang saja.
Ada juga bank tempatan yang masih baru menawarkan pelaburan emas ini. Saya ingatkan, sebelum kita buat pelaburan, kita kena tahu betul-betul terma dan syaratnya. Janganlah percaya sebarang saja dengan orang yang bercerita tu.

Dulu Dah Banyak Penipuan Jualbeli Emas
Dulu dalam tahun 2002, sampai sekarang dah ada pelaburan emas ini. Lepas itu syarikat ini tutup dan ramai pelabur tertipu termasuk ustaz-ustaz yang jadi orang kuat dalam pelaburan ini dulu. Ada juga beberapa syarikat yang nampak macam halal rupanya sindiwara setelah jadi jutawan dengan cara menipu. Ada juga yang didakwa, tapi mereka dah kaya raya. Ataupun, yang kena dakwa ini adalah orang tengah saja, yang perancang utama hidup senang lenang.
Sekarang Macam-macam Penipuan
Sekarang pelaburan emas ini dijenamakan semula, diadun dan diuli supaya rasanya enak sekali. Iaitu, cara akan diubah dan disesuaikan untuk taktik penipuan lebih bermutu tinggi. Yang mula dicari dan ditangkap adalah ustaz-ustaz sebab ustaz ini orang lebih percaya sedangkan ustaz ini tak tahu yang mereka sebenarnya tertipu. Jangan kita kena tipu, saya cuma nak pesan, berhati-hati....
Suka saya jelaskan, bukan semua pelaburan emas adalah penipu. Kalau nak selamat, melaburlah di bank-bank terutama bank ternama yang juga ada menawarkan pelaburan emas ini.
Jangan Tak Tahu, Harga Emas Juga Boleh Turun
Jangan terlalu ghairah membeli emas atau melabur dengan pembelian emas. Sebenarnya harga emas boleh turun naik seperti harga minyak dan bursa saham. Jadi kalau kita beli pada harga itu, kemudian turun, maka kita akan rugi.
Masalahnya, orang yang pujuk kita masuk skim ini kata, walau apa pun berlaku, harga emas akan tetap meningkat. Itu tak betul sama sekali.
Dulu Dah Banyak Orang Kita Kena Tipu
Dulu orang kita dah banyak kena tipu Skim PakMan Telo, Faza Amal, Swiscash, Empay, saham lintah, saham ikan keli, saham ternak kambing, saham tanam serai, Saham Hj Jasman dan lain-lain. Hati-hatilah, sekarang macam-macam perangkap terutama kepada yang ada duit. Simpanlah di tempat selamat seperti Tabung Haji dan ASB.
Sambung ke Episod 2:
http://kadikluang.blogspot.com/2011/07/tak-lama-lagi-akan-ramai-merana-kena.html

18 April 2011
Baru Empat Bulan Nikah, Rumahtangga Dah Goyang
Rasanya baru lagi pasangan ini pergi kursus kawin, lepas tu nikah. Lelaki dan wanita lewat 20-an, wanita kerja kerajaan. Baru-baru ini mengadu masalah rumahtangga dia, katanya tak ada persefahaman. Lebih menyulitkan, suami katanya sudah terlepas cakap yang bermaksud cerai.
Ceti Haram Semakin Melampau
Perbuatan melampau sebuah premis peminjam wang berlesen menagih hutang dengan mengurung seorang peminjam pada Selasa lalu, membawa padah apabila diserbu polis.Mangsa, lelaki tempatan berusia 34 tahun dipercayai dikurung bermula pukul 1.11 petang di premis berkenaan di Sinsuran Kota Kinabalu, sebelum diselamatkan pukul 3.55 petang.
Dalam serbuan itu, polis memberkas dua lelaki yang menahan mangsa sebelum menangkap tiga lagi dalam operasi susulan pada 13 dan 14 April lalu dengan kesemua suspek berusia 26 hingga 34 tahun. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, siasatan mendapati mangsa gagal membayar balik pinjaman kepada syarikat itu sebanyak RM3,000.
16 April 2011
Siapa Datuk, Pegawai Kanan Kerajaan ditangkap Khalwat di Pulau Pinang ?
16 April — Berdasarkan laporan akhbar hari ini, seorang pegawai kanan sebuah kementerian bergelar ‘Datuk’ ditangkap awal hari ini selepas dipercayai berkhalwat.
Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bersama seorang anggota polis menyerbu sebuah hotel mewah di Batu Ferringhi kira-kira pukul 4 pagi dan mendapati lelaki berumur 51 tahun itu bersama pasangannya, 28, yang juga bekerja di kementerian yang sama, dalam sebuah bilik. Menurut sumber, lelaki ini adalah seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian.
Siapa lelaki bregelar Datuk ini ? Tunggulah masa dia didakwa di mahkamah nanti, barulah boleh diberitahu. Itupun kalau dia didakwa selepas pihak pendakwa berpuashati untuk mendakwa mereka.
Datuk Salim Parlan Didakwa Khalwat
Datuk Salim Parlan Didakwa Khalwat
Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 (rasmi)
Keputusan penuh :
BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1)
Analisa ringkas :
BN berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) berjaya menambah kerusi dari 8 pada tahun 2006 kepada 15 kerusi kali ini. DUN Pelagus adalah satu-satunya kerusi yang dimenangi calon bebas.
Anda Berdebar-debar Menunggu Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak 2011?
Rilek-rilek, SPR akan umumkan bila tiba masanya. Kepada pembaca internet, sambil-sambil itu, layanlah blog saya. Mungkin ada suatu yang menarik untuk merehatkan minda dan menenangkan fikiran kata :
Selamat Membaca....
Mahkamah Syariah Keluar Waran Tangkap Kepada Norman dan Memey
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini memerintahkan waran tangkap disempurnakan terhadap pelakon Norman Hakim dan pasangannya, Memey yang menghadapi pertuduhan berkhalwat tiga tahun lalu selepas mereka gagal hadir ke mahkamah hari ini.
Hakim Salehan Yatim mengarahkan waran itu dikeluarkan selepas pasangan itu tidak mengemukakan alasan atau sebab yang kukuh kenapa mereka tidak hadir.
Hakim Salehan Yatim mengarahkan waran itu dikeluarkan selepas pasangan itu tidak mengemukakan alasan atau sebab yang kukuh kenapa mereka tidak hadir.
14 April 2011
Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 63)
Yanti terkejut yang amat sangat. Lelaki itu tidak lain adalah Man Burger, berbaju kemeja biru lengan pendek dan seluar slack hitam dan berkasut. Tersentak jantung Yanti....
BERSAMBUNG KE EPISOD 64 (belum ditulis)
Hati-hati Dengan Penipuan Terbaru, Email Dari SITI NORISHA
Saya terima satu email dari seorang yang tak dikenali, katanya dari sebuah negara di eropah. Saya nasihatkan semua pembaca, hati-hati dan jangan cepat terpengaruh. Saya syak, ini satu sendikit penipuan. Ada macam-macam cara hendak menipu, di antaranya menawarkan kita sesuatu perniagaan. Bila kita sudah seronok, kita diminta mengeluarkan sesuatu modal ribuan ringgit, kemudian orang ini lesap.
Atau, saya akan dapat banyak wang dengan membalas email ini dan jadi rakan kongsi niaganya. Saya boleh tengok wang saya banyak melalui internet. Tapi bila nak keluar wang, wang saya kononnya disekat oleh suatu pihak berkuasa. Orang itu akan telefon saya, katanya untuk dapat wang ini, saya perlu mengeluarkan sejumlah wang beribu ringgit untuk dapat kesemua duit saya.
Atau, macam-macam penipuan lagi pada zaman sekarang. Jadi, hati-hatilah. Bacalah email ini...
......................................................................................
Assalamualaikum....
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya SITI NORAISHA ,dan juga warganegara Malaysia. Saya berkerja di YYY (sebuah negara di Eropah). Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan.Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email saya ini, lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar pada kerjaya saya.
Saya bekerja di London ni da lama jugak dalam 5thn dan di sini saya bekerja sebagai secretary,dan sekarang company tempat saya bekerja ni memerlukan produk XXX dimana mineral tersbut boleh didapati di Malaysia melalui pembekal dari seorng pompuan. Dan Produk ini digunakan untuk perhiasan barang kemas seperti rantai,cincin,gelang, dan banyak lagi.
Memandangkan encik jgk rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan encik untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat, semasa mereka datang untuk membelinya di malaysia. Untuk pengetahuan encik, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap sebulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan syarikat encik.
Di sini saya nak tanya, sama ada encik berminat untuk melakukan urusniaga ini? kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut. Kalau boleh saya tak nak pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja.

Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat akan membeli mineral tersebut dengan harga mengikut pasaran di sini(UK)ialah USD7,500 .Dan di sini nanti saya akan bagi tau dgn CEO yang encik adalah pembekal produk XXX dari Malaysia itupun dengan persetujuan dari encik.
Sekiranya encik berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, saya diharap encik mengambil inisiatif untuk membalas e-mail kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:
......

Kena Pergi PUSPAKOM Lepas ni...
Kenderaan terpakai, ubahsuai wajib jalani pemeriksaan PUSPAKOM
Berkuatkuasa Jun ini, semua kenderaan bermotor terpakai, dibaikpulih dan diubahsuai, termasuk motorsikal, wajib menjalani pemeriksaan menyeluruh di PUSPAKOM bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi atau diubahsuai secara haram.

13 April 2011
Cerita Peniaga Temerloh Mengenai Patin Harga 13,000
Peniaga ikan patin berang
TEMERLOH – Pemilik kedai makan berasaskan ikan patin di bandar ini meminta pelanggan yang mendakwa terpaksa membayar sehingga RM13,000 untuk hidangan ikan jenis itu supaya tampil menunjukkan resit bayaran sebagai bukti kenyataan mereka yang disiarkan akhbar daripada laporan sebuah agensi berita, semalam.
Ini kerana menurut mereka, dakwaan itu telah menyebabkan reputasi perniagaan mereka terjejas apabila pelanggan takut dikenakan harga yang melampau dan tidak munasabah jika meminta hidangan ikan patin.
"Dakwaan harga sampai RM13,000 hidangan ikan patin untuk dimakan 52 orang itu benar-benar boleh merosakkan bisnes kami dan industri ikan patin di Temerloh. Kalau betul, tunjukkan bukti. Jika tidak ada bukti, kami anggap ini fitnah," kata seorang peniaga yang meminta namanya tidak disiarkan.
Menurutnya, dalam isu seperti ini, bukan peniaga sahaja perlu ada timbang rasa, malah pelanggan juga perlu ada sifat tanggungjawab.
"Jangan lempar batu sembunyi tangan. Jangan buat kenyataan yang umum tapi sertakan bukti, sebutkan kedai yang mana satu. Ikan patin Temerloh terkenal di seluruh negara, kenyataan yang seperti ini ibarat masukkan pasir dalam periuk nasi kami selain menghalang orang luar untuk datang makan ikan patin yang memang sedap dan berkualiti," katanya.
Menurut peniaga itu lagi, di kedainya - antara kedai ikan patin yang tersohor di bandar ini - bayaran tertinggi pernah dikenakan hanya sekitar RM6,000 sahaja.
"Itu pun tengok pada hidangan. Pelanggan seramai lebih 130 orang itu minta macam-macam, ada masakan ikan patin, jelawat, udang galah malah rokok saja berkarton. Ada yang ambil rokok sampai tiga kotak seorang," katanya.
Katanya lagi, bilangan pelanggan yang ramai dan permintaan yang boleh disifatkan 'melampau' seperti itu berlaku pada musim Pilihan Raya Kecil (PRK) Ker�dau baru-baru ini.
"Ini perkara biasa pada musim pilihan raya. Mungkin ada orang besar politik yang turun nak belanja anak buah, penyokong atau jentera parti. Mereka boleh berbelanja besar kerana mereka mampu tapi tidaklah sampai RM13,000," katanya.
Menurut peniaga itu lagi, kedainya memang jadi tumpuan penggemar ikan patin malah ada orang kaya dari luar termasuk ahli politik yang jadi pelanggan tetap.
"Mereka ini bukan datang sekali dua malah dengan saya sendiri pun bukan setakat kenal tapi sudah jadi kawan baik. Mereka tahu harga ikan patin dan hidangan ikan sungai lain yang memang agak mahal tapi itu bukan alasan untuk saya kenakan harga yang tinggi bagi orang biasa. Kita hidang ikut pilihan dan permintaan pelanggan tapi tidaklah semahal itu," katanya.:
Menurutnya, jika benar dia meletakkan harga yang 'gila-gila' tanpa mengambil kira kesan terhadap pelanggan pada musim pilihan raya lalu, mana mungkin kedainya terus menerima pelanggan yang ramai selepas musim itu.
"Ada juga pelanggan yang datang pertama kali pada musim pilihan raya, sampai sekarang pun terus datang lagi," katanya.
Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali Amran berkata, ada juga pelanggan yang selepas bayar, minta bil kosong dengan pelbagai alasan.
"Biasanya kalau ada yang minta begitu, kami beri sebab mahu jaga hati pelanggan kerana kami tak jangka akan memudaratkan kami. Mungkin mereka sendiri mahu buat tuntutan tinggi kepada bos mereka sama ada ahli politik ataupun syarikat masing-masing. Sekarang, selepas ada dakwaan seperti ini, kami perlu lebih berhati-hati," katanya.
Amran berkata, dia menjual harga ikan patin muncung liar antara RM80 hingga RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar RM16 hingga RM28 sepotong dan ikan patin sangkar RM8 hingga RM10.
Manakala ikan jelawat dijual antara harga RM30 hingga RM40 sepotong, udang galah antara RM20 hingga RM30 juga bergantung pada saiz.
(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 13 April 2011)
Cerita Saya Makan Ikan Patin Berdua RM 21.00 di Pekan
Cerita Saya Makan Ikan Patin Berdua RM 21.00 di Pekan
12 April 2011
Makan Nasi Lauk Ikan Patin Masak Tempoyak Berdua RM 21.00
Saya tak terkejut bila berita akhbar hari ini kata makan lauk ikan patin RM 13,000. Saya tak mahu menghukum mana pihak sebagai bersalah, selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah. Akhbar bukan hakim dan kekadang media menjatuhkan hukuman kepada seseorang sebelum dibuktikan bersalah. Adakah tuan punya restoran itu bersalah ? Belum tentu.
Kalau orang yang duduk di negeri Pahang, saya tahu, patin ori dari sungai Pahang memanglah mahal. Sekilo harganya ratusan ringgit. Dulu ayah saya ustaz, anak murid dia ramai dari kawasan banyak ikan tu seperti di Tembeling, kawasan Taman Negara. Selalu juga bapa-bapa dan anak murid kasi kat rumah lepas balik dari kampung ke asrama. Merasalah juga saya makan ikan yang harga ratusan ringgit sekilo tu. Kalau dah dimasak harganya lagilah mahal. Tak tahulah saya yang mahal ni masak apa, tapi yang paling popular di Temerloh, masak gulai tempoyak.
Kalau RM 13,000 makan 50 orang, jatuh seorang RM 260 seorang. Pada saya tak mahallah tu, harga patin ori kan beratus ringgit. Berita itu pulak tak cerita lauk-lauk lain dan air. Cuma mungkin orang tu tak tahu yang ikan patin tu mahal beratus ringgit sekilo kot.
Macam Kes Nasi Dagang Mahal
Kes ini macam serupa dengan kes yang jual seketul ikan mahal di kedai nasi dagang di Terengganu dulu. Orang Terengganu yang dah biasa makan di situ kata tak mahal, cuma orang yang tak biasa saja kata mahal. Akhirnya kedai tu kena denda atas sebab lain iaitu tak letak tanda harga, bukan salah macam mula ditimbulkan tu. Kemudian, ada seorang lelaki muncul di mahkamah, tolong bayarkan denda yang makcik itu kena bayar. Orang itu bersimpati dengan makcik tu.
Lepas kes itu, saya makan nasi dagang dengan adik ipar saya di kedai itu. Adik ipar saya cerita, kalau nak murah, letaklah lauk seketul yang kecil, jangan nak pilih seketul besar dan mahal. Adik ipar saya kata, sesama Islam pun orang dengki sampai report-report pada akhbar. Saya tak komenlah, mengangguk saja, sebelum ini saya baca akhbar, gambarannya lain.
Patin Sungai Sangkar
Patin yang bela dalam sangkar pada saya dah sedap dah tu. Harga dia dalam RM 12- 15 sekilo, banyak dijual tepi jalan antara jalan Triang-Temerloh dan Temerloh-Maran. Kenalah belajar masak gulai tempoyak dengan orang Pahang, baru rasa kelazatan sebenar ikan patin tu.
Selasa lepas, saya berdua ke Kuantan, singgah di Pekan makan lauk ikan patin 2 ketul, sayur, sambal belacan, sambal tempoyak, 2 nasi putih, 1 nasi tambah dan 2 air suam. Semuanya RM 21.00. Kira okeylah tu, tak mahal kalau nak dibandingkan kelazatannya.
Patin Bela Kolam
Patin kolam ni murah saja, kat JB sekilo RM 6 saja kat pasar Kipmart. Tapi rasa dia tak sedap sangat, ada rasa lumpur. Kalau jual kat Pahang ikan Patin kolam ni, pasti tak laku.
Saya Kerja Bank ?
Masa pergi beli barang tadi, seorang juruwang wanita menegur saya.
"Sikit saja beli hari ini ?". Kata wanita itu.
"Yerlah, barang ni dah habis kat rumah". Kata saya.
Dia tegur saya sebab saya beli dua jenis barang saja kat pasaraya tu. Kemudian dia cakap lagi.
"Abang ni kerja bank ker ?" Tanya dia.
"Taklah, kerja biasa-biasa jer". Kata saya.
Hairan juga kenapa dia tanya soalan macam tu, kenapa dia kata saya kerja bank ?
"Kenapa dengan kerja bank dik ?" Tanya saya.
"Tak apa, nak tanya, kalau kerja bank nak tanya pasal pinjaman bank saya". Kata dia.
"Pinjaman apa tu ?". Tanya saya.
"Pinjaman sendiri, pinjaman peribadi, bank tu tolak". Kata dia.
"Oh gitu, kalau gitu kena tanya bank lain pulaklah. Mana tahu bank tu boleh kasi". Kata saya.
Berita Utama Hari Ini
Ringkasan Berita-Berita Utama Hari Ini 12 April 2011 :
1. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cabang komersil Kumpulan Felda, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, akan menyenaraikan perniagaan gulanya Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd, di Papan Utama Bursa Malaysia pada Julai.
2. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini mempengerusikan mesyuarat agung Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia (SKUM) di pejabat Bahagian Teknologi Pendidikan, kementerian di Bukit Kiara di sini.
3. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Rang Undang-undang pengkorporatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat dijangka berkuat kuasa pada Julai.
4. Agensi berita China, Xinhua bersetuju untuk menubuhkan ibu pejabat rantaunya di Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
5. Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri itu telah muflis sehingga terpaksa memohon bantuan syarikat dan badan-badan berkanun.
11 April 2011
Berjaya Juga Hidup Roadtax Kereta, Walaupun Sebelum Ini Blacklist (Episod 17
Sebelum ini, kereta Acord saya tak boleh hidup di pejabat pos, dia Sri Gading, Batu Pahat dia kata senaraihitam saman polis, kemudian mencuba nasib di JPJ taman Daya Johor Bahru, pun tak boleh juga.
Pagi ini dalam pukul 10.00 pagi saya ke pejabat pos Kluang. Hulur saja geran kereta, tak cerita pun ada senaraihitam. Rupanya boleh hidup dan dah tak disenaraihitam dah, sebelum ini memang tak boleh hidup.
Cerita Kereta Episod 18, klik sini
Cerita Kereta Episod 18, klik sini
Lelaki 50-an Nikah Lagi Satu Sebab Nafsu Kuat...
"Okey, sebenarnya mengapa ambil keputusan nak nikah lagi satu ?". tanya saya.
"Yer tuan, bagaimana nak buat kalau kita orang lelaki nafsu kuat, isteri kita tak kuat dah tak berapa nak melayan kita". Luah lelaki ini tanpa berselindung.
"Dia kata dia sayangkan saya, tapi taknak layan saya". Tambah lelaki ini lagi.
"Dia kata dia sayangkan saya, tapi taknak layan saya". Tambah lelaki ini lagi.
Lelaki ini 50-an, bernikah dengan janda 40-an sebagai isteri kedua. Isteri pertama dia 50-an dan mempunyai beberapa orang anak.
"Lelaki nafsu kuat' itulah juga ayat yang dinyatakan di dalam Mahkamah Tinggi Syariah dan berjaya mendapat kebenaran bernikah lagi satu.
10 April 2011
Betulkah Kereta Saya Sudah Tak Disenaraihitam ? (Episod 16)
Malam ni semak kat internet, katanya kereta Acord saya dah tak blacklist. Dua tiga minggu lepas, saya gagal hidupkan roadtax di pejabat pos dan di JPJ Batu Pahat dan JPJ Johor Bahru sebab disenaraihitam. Mana boleh hidup, saya banyak saman laju, jumahnya janganlah tanya.

Maka kereta itu tak gerak dah masuk 3 minggu, insuran dah hidup pulak tu. Kisah hidup insuran ini pun macam-macam cerita. Bukan senang nak hidup insuran kereta tahun 1989 dah 22 tahun. Akhirnya berjaya dapat insuran kat JB, boleh tahan murah juga. Tapi bila dah dapat insuran, roadtax lak tak boleh hidup masa tu.
Esok, nak cuba hidupkan di pejabat pos, kalau tak berjaya, nak ke JPJ, mana tahu boleh hidup. Kalau tak boleh hidup pun, nampaknya tak boleh buat apalah, kena simpan lagilah, bawa Peugeot. Itu hari pergi persidangan di Kuantan pun bawa Peugeot, mantap bawa laju terutama kat selekoh. Cuma lepas makan nasi lauk ikan patin kat Pekan, mata mengantuk sikit.
Harap-harap esok boleh hidup roadtax. Apa-apa hal, apa yg berlaku kat pejabat pos atau JPJ esok, saya cerita kat blog ni. Kesudahan cerita ini, episod 17, klik sini
GEMPAR.. Budak Kecil Minat Kopi Janda
Tadi saya ke sebuah kedai makan, biasalah makan roti canai dan teh tarik. Tak lama kemudian ada satu keluarga iaitu suami isteri dan dua orang anak lelaki dia, duduk di meja sebelah saya.
Masa nak oder minum tu, anak lelaki dalam lingkungan darjah 1-3 tu cakap.
"Nak minum Kopi Janda" Kata budak tu kuat sampai saya kat meje sebelah pun dengar.
"Ishhh, mana ada kopi janda, milo nak tak ?" Kata mak dia.
Mulanya budak tu mengeleng kepala, lepas tu bila dipujuk lagi, barulah dia mengangguk.
Wah wah, budak sekarang suka janda, ops bukan suka janda, tapi suka minum kopi janda. Inilah pengaruh iklan atau kawan-kawan. Tersipu-sipu mak dia malu bila tahu saya kat sebelah dengar.
09 April 2011
Dana Jutawan Haji Jasman, Panassss
Nasihat saya, kalau nak melabur, kena hati-hati dan kena ada pengetahuan dalam pelaburan. Supaya nanti kita tidak diperdaya oleh orang yang mengambil kesempatan atas diri kita. Jangan nak salahkan sesiapa kalau kita sudah terperangkap atau terpedaya, salahkan diri sendiri. Kenapa cepat sangat percaya sesuatu yang datang itu yang menjanjikan keuntungan berganda. Dah banyak kali saya pesan kat blog saya ni, bukan itu caranya nak berjaya. Bayangkan, takkanlah seringgit boleh untung sampai seribu ringgit.
Antara cara nak berjaya adalah berniaga. Bermula dengan kecil-kecilan kemudian barulah besar. Contohnya zaman sekarang dengan cara menjual melalui internet seperti facebook.
Sila baca cerita di akhbar berkenaan....
..............................................................................................................................................
Satu sindiket pelaburan palsu bukan saja dikesan ‘menjual agama’ sebagai aset untuk memperdaya mangsa, sebaliknya mendakwa ‘projek pelaburan’ yang dijalankan mereka ‘rahsia kerajaan’ selain hanya dibenarkan kepada golongan Muslim.
Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Dana Haji Jasman’ dilaporkan mula bergiat aktif sejak 2007, selain mengaut keuntungan dipercayai mencecah jutaan ringgit sepanjang tempoh berkenaan selepas memperdaya ratusan mangsa terutama penduduk Johor dan kini mula menular ke Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain di Semenanjung.
Difahamkan, skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) itu tidak menetapkan nilai minimum atau maksimum sebaliknya menjanjikan setiap pelaburan bermula RM1 akan diberikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu.
Biarpun konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit ‘menjual agama’ kerana setiap pelabur dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah selain ‘berbaiah’ dan berjanji tidak menggunakan wang itu kepada jalan yang salah termasuk membeli rokok.Malah, ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai ‘kadi’ dan ‘pegawai agama’ selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan golongan Muslim terutama di masjid dan surau.

Jurucakap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai ahli kumpulan sindiket yang terbabit dalam skim pelaburan itu.
“Malah, SSM mengumpul maklumat orang ramai selepas beberapa aduan diterima daripada mangsa terutama penduduk di Johor.
“Pendedahan ini dilakukan biarpun SSM belum menerima laporan terperinci jumlah sebenar pelaburan dan kerugian mangsa kerana SSM tidak mahu lebih ramai mangsa terpedaya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menceritakan taktik kumpulan terbabit, jurucakap SSM berkata, mereka pergi ke kawasan tumpuan Muslim seperti masjid dan surau sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘kadi’ atau ‘pegawai agama’.
“Malah, ada kalanya kumpulan terbabit melakukan ‘ceramah’ di hotel selepas melakukan hebahan di surau atau masjid mengenai pelaburan berkonsepkan Islam,” katanya.
Menurutnya, dalam ‘ceramah’ berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada penganut agama lain.
“Setiap pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu selain tidak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli rokok.
“Kebijaksanaan kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu menyertai pelaburan berkenaan. Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung berusia 50-an yang dipanggil ‘pak cik’ sebaliknya terdapat juga kakitangan kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.
“Malah, maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan terbabit menghilangkan diri,” katanya.
Katanya, dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.
“Orang ramai boleh membuat rujukan dengan pihak SSM atau Bank Negara terlebih dulu sebelum melakukan sebarang pelaburan bagi memastikan mereka melabur dengan individu yang benar. Untuk menjadi orang kaya, sepatutnya masyarakat lebih bijak kerana untuk sampai ke tahap itu bukan suatu perkara mudah,” katanya.
Sehubungan itu, mangsa atau orang ramai yang mempunyai maklumat skim terbabit diminta menghubungi SSM di talian 03-62048999 atau emel kepada aduan@seccom.com.my.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi, mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung skim pelaburan terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.
(Harian Metro) 9 April 2011

08 April 2011
Maskahwin Hanya Sampul Surat Kosong
Selepas majlis pernikahan, pengantin lelaki hendak menyerahkan maskahwin kepada pengantin perempuan. Bila diperiksa oleh kadi isi sampul surat itu, rupanya kosong, tak ada duit.
Pengantin lelaki kata dia terlupa letak duit dalam sampul, menggigil masa nak nikah tadi. Boleh juga berlaku begini yer....
Madu Lebah Asli Dari Indon ?
Masa saya minum di sebuah kedai, ada seorang yang mengenali saya dan tegur saya. Kemudian dia berikan saya satu benda, dia kata madu lebah asli tualang dari Indon. Bentuknya ada sarang dan ada cairan, katanya madu. Dia suruh saya rasa.
"Benda ni nak makan macam mana ?" Tanya saya.
"Hisap dan hampasnya dibuang". Katanya.
Saya rasa sedikit, masukkan dalam mulut, hampasnya dibuang. Rasanya manis. Setahu saya, madu bukan rasanya manis macam tu. Itu manis macam gula melaka atau gula merah, ada sedikit rasa madu. Kalau madu, dia tak manis sangat macam tu. Lagi satu, kata import dari Indon, betul ker ? Bukan senang nak seludup benda tu dari Indon. Entah-entah buat kerja belakang rumah saja kat sini.
Harga Minyak Dunia Naik Tinggi Betul
Tengoklah carta kat sebelah kanan, terkejut harga minyak USD 110.14. Saya rasa, paras harga tertinggi setakat ini.
07 April 2011
Anjing Makan Telinga Budak
KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak lelaki hampir putus telinga kanan selepas diserang empat anjing kepunyaan jiran sebelahnya pada 3 April lalu di Kampung Panti, di sini.
Berikutan itu, mangsa, Muhammad Rafiq Abd Rashid, 9, terpaksa ditahan di wad dan menerima 30 jahitan di telinga kanan dan beberapa bahagian belakang badannya sebelum dibenarkan keluar kelmarin.
Menurut bapanya, Abd Rashid Ibrahim, 55, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu, Muhammad Rafiq leka bermain dengan adik kembarnya, Muhammad Rafie sebelum digigit empat anjing terbabit.
"Anjing itu dikatakan tiba-tiba mengganas lalu mengejar Muhammad Rafiq sehingga dia terjatuh, lalu menggigit telinganya. Muhammad Rafie pula bernasib baik kerana sempat melarikan diri.
“Saya terkejut apabila mendapat berita telinga anak digigit anjing peliharaan jiran dan bergegas pulang daripada kursus di Melaka. Namun, syukurlah anak saya selamat,” katanya.

Anak Luar Nikah kena Tangkap Khalwat
Gadis 20-an ditangkap khalwat di rumah sewanya bersama pakwenya umur 20-an. Lepas ditangkap, mereka rancang nak nikah segera. Tapi ingat, nikah pun tindakan kes khalwat tetap diteruskan.
Bila nak buat permohonan nikah, terbongkarlah yang dia adalah anak luar nikah, iaitu hasil zina ibu dan bapanya sebelum nikah. Ini terbukti dengan surat nikahnya berbintikan Abdullah, bukan berbintikan bapanya.
Bermakna, perbuatan gadis ini dengan pakwenya, mengulangi perbuatan ibu dan bapanya lebih 20 tahun lalu.
Telur Palsu, Macam-macam Yang Palsu Sekarang
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang, rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang. Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
Penjelasan
Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya. Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.
Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.
Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan, katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.
06 April 2011
Mata Bengkak, Jangan Selalu Sentuh Tangan Kat Kelopak Mata
Dah masuk hari ketiga hari ini, kelopak mata masih bengkak. Semalam dah pergi klinik di Kuantan, doktor kata tangan jangan selalu sentuh kat kelopak mata, bimbang ada bakteria. Sebab tu jadi camni, orang kata 'timbet'.
Pelajar Kemalangan Balik Sekolah
Gambar ini dirakamkan petang tadi, jam 5.02 petang di depan sebuah sekolah. Saya lihat dua pelajar perempuan cedera dan dibawa menaiki ambulan ke hospital. Terdapat sebuah motosikal terjatuh di situ, tak tahulah bagaimana kemalangan berlaku.
Bercerai Dengan Isteri, Bapa Tak Mengaku Anak
Lelaki 50-an tak mengaku anak perempuan kandungnya adalah anaknya yang sah dan tak mahu menjadi wali terhadap pernikahan anaknya. Lelaki ini sudah bercerai dengan isterinya beberapa tahun lalu atas perselisihan rumahtangga. Anak perempuan dijaga oleh bekas isterinya.
Apabila hendak nikah, anak perempuan menghubungi bapanya tetapi bapanya enggan dan tak mengaku anaknya. Bukti perkahwinan ibu bapanya, surat beranak dan kad pengenalan, membuktikan anak perempuan ini adalah dari perkahwinan yang sah tanpa keraguan.
Nasihat saya, sekiranya ada perselisahan sehingga berlaku perceraian, janganlah sampai tidak mengaku anak dan mengelak menjadi wali. Kalau tak mahu berdepan dengan anak dan bekas isteri atau tak mahu hadir ke majlis perkahwinan pun tak apa. Yang penting, bapanya jadi wali dan datang ke pejabat kadi sebelum pernikahan berlansung.
04 April 2011
Video Aksi Panas Bilik Hotel Tersebar di Youtube
Petang ni saya buka Malaysiakini, cerita pasal video ini yang masih menjadi tandatanya, siapa lelaki berkenaan.. ? Betul ker dia pemimpin yang heboh diperkatakan sekarang.
Tapi dalam youtube tu bukan aksi sex, tapi yang ada adalah aksi sebelum itu. Cuma lelaki dan perempuan bertuala. Kalau lucah, dah tentu Youtube tak kasi siar.
Hairan juga saya, bagaimana video ini boleh tersiar sedangkan masih dalam siasatan polis. Tapi teknologi sekarang semakin bebas dan sukar disekat.
Hairan juga saya, bagaimana video ini boleh tersiar sedangkan masih dalam siasatan polis. Tapi teknologi sekarang semakin bebas dan sukar disekat.
Jumpa NGO Islam Kluang, Isu Kopi Campuran Babi
KLUANG - Pejabat Agama Daerah Kluang mengadakan pertemuan bersama-sama 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar daerah Kluang bagi menjelaskan isu samak yang dilakukan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) ke atas kedai kopi Kluang Rail Coffee pada 31 Mac lalu.
Kadi daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pertemuan yang diadakan semalam bertujuan merapatkan hubungan dan membincangkan beberapa isu terutama berhubung isu serbuk kopi yang disahkan oleh JAJ mengandungi gelatin babi.
“Isu ini diperjelas ekoran kemungkinan kebanyakan mereka sebelum ini keliru dan tidak jelas mengenai bidang kuasa JAJ dalam bab halal ini.
“Oleh kerana kekeliruan yang berlaku, mereka sudah menganggap JAJ mempunyai bidang kuasa yang terlalu luas dalam menangani isu ini (isu Kluang Rail Coffee) sdangkan JAJ hanya ada kuasa yang tertentu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Khalil berkata, bukan itu sahaja malah, mereka juga keliru mengenai proses samak yang dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan JAJ ke atas kedai berkenaan.
“Alhamdulillah, dengan pertemuan yang diadakan ini saya dapat jelaskan kepada mereka mengenai kewajaran samak ini dalam permulaan proses permohonan sijil halal.
“Saya jelaskan, proses samak ini bukanlah bermakna terus mendapat sijil halal tetapi perlu menjalani beberapa proses lagi sebelum berjaya mendapatkan sijil halal. Jadi, mana-mana pihak tidak boleh mendakwa sudah mendapat sijil halal selagi belum menerima sijil halal yang sah,” katanya.
Mohd Khalil juga berkata, dengan pertemuan yang diadakan ini ianya secara tidak langsung dapat menjawab berhubung mengetahui semua perkara tanpa mahu berselindung lagi.
Beliau berkata, pertemuan harus dibuat setelah NGO tersebut membuat laporan polis kelmarin berhubung isu yang berlaku ini sehingga membabitkan JAJ dalam menangani masalah ini.
“Oleh itu, saya tampil menjemput mereka dan dalam pertemuan ini, saya beri peluang kepada semua untuk meluahkan dan bertanyakan soalan. Alhamdulillah, pertemuan ini berjaya membuahkan hasil dan berjaya memberikan penjelasan terhadap isu Kluang Rail Coffee ini,” katanya.

(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 4 April 2011)
..................................................
Kluang Rail Coffee perlu minta maaf
KLUANG - Sebanyak 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Kluang membuat laporan polis semalam berhubung isu kedai kopi Kluang Rail Coffee yang serbuk kopinya mengandungi gelatin babi seperti disahkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) baru-baru ini. Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang semalam dan dihadiri lebih 50 orang.
Antara NGO yang terlibat ialah Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang, Persatuan Kontraktor Melayu Daerah Kluang, Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Cawangan Kluang, Dewan Perniagaan Melayu Daerah Kluang, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) daerah Kluang, Persatuan Teksi dan Pemandu daerah Kluang, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) daerah Kluang, Persatuan Persara Daerah Kluang, Komuniti Radio Amatur Daerah Kluang dan Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor.
Pengerusi Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang, Zolkefli Mohd Noor berkata, laporan polis dibuat oleh kesemua NGO ini adalah berhubung isu serbuk kopi mengandungi gelatin babi dan makanan beralkohol yang dijual kepada umat Islam oleh pengusaha kedai kopi Kluang Rail Coffee yang sudah sekian lama di daerah Kluang dan cawangannya.
“Malah kesahihannya juga telah terbukti melalui laporan pemeriksaan di Kluang Rail Coffee yang telah dijalankan bahagian Penyelidikan Agama Johor dan kenyataan yang telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor pada 25 Mac lalu serta kenyataan daripada Jabatan Agama Johor.
“Kenyataan tersebut meyakinkan seluruh umat Islam di Kluang bahawa isu ini adalah benar dan bukannya sabotaj. Kami mewakili seluruh umat Islam merasa kesal dan terhina dengan apa yang sudah berlaku serta pengusaha tersebut langsung tidak sensitif kepada Umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

“Saya mewakili NGO yang ada menyeru seluruh umat Islam supaya tidak berkunjung ke restoran-restoran yang tidak mempamerkan sijil halal yang sah.
“Kami juga mendesak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) menamatkan penyewaan premis di Kluang Rail Coffee dan ditenderkan semula atau diberi peluang pula kepada pengusaha Islam,” katanya.
Selain daripada itu, Zolkefli berkata, mereka juga mempertikaikan kewajaran Jabatan Agama Johor (JAJ) menyamak peralatan yang digunakan di tiga premis tersebut sebelum sijil halal dikeluarkan. Malah beliau berkata, proses yang dilakukan itu ditakuti mengelirukan umat Islam di daerah Kluang.
“Kami juga mahu mengetahui apakah tindakan kerajaan dalam isu yang mengguris perasaan seluruh umat Islam supaya perkara ini tidak akan berlaku lagi.
“Bukan itu sahaja, kami juga mahu menggesa pengusaha Kluang Rail Coffee memohon maaf secara terbuka di dalam akhbar dan media elektronik kepada seluruh umat Islam kerana sudah menipu masyarakat Islam di Kluang,” katanya.
(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 4 April 2011)
03 April 2011
Wali Menangis Teresak-esak Masa Akad Nikah, Timbulkan Persoalan Besar...
Pernikahan melibatkan lelaki 21 tahun, kerja kilang dan perempuan 22 tahun,anak sulung, tidak bekerja. Mereka sekampung dan dulu satu sekolah. Masa majlis akad nikah, ketika penyerahan wali berwakil kepada kadi, bapa perempuan tiba-tiba menangis teresak-esak. Kadi tetap meneruskan majlis dan semasa kadi membaca khutbah nikah, bapa semakin kuat menangis.
Kerana menganggap ada sesuatu yang berlaku tersirat atau tersurat, majlis ditangguhkan sementara dan kadi memanggil bapa, bakal pengantin lelaki dan berempuan bertemu dalam bilik.
"Okey, sebelum pernikahan berlansung, sebenarnya ada apa-apa yang berlaku ? Kalau boleh jangan selindungkan sesuatu". Kata saya.
Ketiga-tiganya diam sementara, kemudian bapa berkata.
" Bapa mana yang tak sedih tuan kadi. Semuanya memalukan mak bapak, anak saya dah mengandung sebelum nikah ?". Kata bapanya.
"Betul kamu mengandung ? Kenapa tak beritahu ?" Kata saya.
"Yer, sudah 7 bulan". Kata bakal pangantin perempuan.
Sebenarnya, perempuan dan lelaki terlalu bebas di kampung dan banyak ke sana ke mari berdua sehinggalah terlanjur atas kerelaan sendiri. Perempuan menyedari mengandung pada usia kandungan 6 bulan, kemudiannya diketahui ibunya, seterusnya memaksa mereka nikah cepat. Mulanya memang nak rahsiakan kepada pejabat kadi dan hampir berjaya tapi waktu pernikahan, akhirnya terbongkar juga.
Dalam kes ini, pernikahan boleh berlansung tetapi pasangan ini tidak akan terlepas dari disiasat dan didakwa di bawah seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang membawa hukuman denda sehingga RM 5,000 atau 3 tahun penjara atau 6 kali sebatan.
Anak Sama Bapak Curi Kereta
KLUANG - Bapa dan anak serta seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman buang daerah adalah antara enam suspek yang ditahan polis pada serbuan 29 Mac lalu, kerana disyaki terbabit dalam sindiket mencuri kereta lama jenis Datsun dan Nissan Sunny di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arsyad berkata, dalam serbuan kira-kira jam 10 malam, polis berjaya menahan anak beranak itu di Kampung GSA, Chamek yang sedang sibuk meleraikan dan memotong kenderaan jenis lama yang dicuri.
“Hasil soal siasat terhadap dua beranak itu, polis sekali lagi membuat serbuan di lokasi berhampiran dan menahan dua lelaki yang menganggotai sindiket berkenaan.
“Seorang daripada dua suspek itu adalah pemuda berusia 21 tahun dari Perak yang sedang menjalani hukuman buang daerah,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.
Katanya, polis juga menhan dua lagi ahli sindiket berkenaan yang sedang bermain snuker sekitar daerah ini kelmarin (30 Mac) hasil siasatan yang dilakukan.

01 April 2011
Minyak Petrol RON 97 Naik 20 Sen
Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, naik 20 sen.
Video Lucah Yang Didedahkan Tulen : Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen. Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.
Arnold Schwarzenegger Akan Kembali Berlakon
LOS ANGELES 1 April - Selepas tiga bulan turun dari jawatannya sebagai Gabenor California, Arnold Schwarzenegger akan kembali berlakon sebagai watak wira kartun tentang dirinya sendiri, The Gavernator.
“The Gavernator adalah mudah. Ia mengambil kisah seluruh hidup saya, bina badan, filem aksi dan gabenor,” ujar pelakon berusa 63 tahun itu.
Anak Dah Dapat Ijazah, Baru Bapa Mengaku Anak
Seorang ibu tinggal, bukan ibu tunggal bersusah payah menyara 6 orang anak yang masih bersekolah dan universiti tempatan. Ibu 40 an ini tidaklah bercerai dah tak layak digelar ibu tunggal, maka dapatlah gelaran ibu tinggal. Suaminya bekas kakitangan kerajaan sudah 7-8 tahun menghilangkan diri, tidak menghiraukan isteri dan anak-anak. Diberitakan suaminya membawa diri bekerja di Kuala Lumpur dan dipercayai kawin lain.
Namun, isteri tidak berupaya melawan takdir Ilahi, suaminya lari dari tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Terpaksalah isteri menyara kesemua 6 anak yang masa ditinggalkan suaminya, anak paling kecil masih berusia setahun dan masih menyusu. Pemergian suaminya kononnnya untuk mencari kerja setelah pencen dalam usia yang masih muda dan memerlukan kewangan yang lebih kukuh. Beberapa bulan, suami terus berubah dan terus tidak balik lagi menjenguh anak-anak. Dipercayai suaminya sudah ada perempuan lain, tapi sekadar telahan tanpa bukti.
Nak Ambil Anak Angkat
Isteri terpaksa bekerja apa saja untuk menyara makan pakai anak-anak dan sewa rumah. Termasuklah isteri bekerja jual kuih, pembersihan, kilang dan jual barang terbuang. Jiran-jiran bersimpati dan beberapa kali juga ada orang yang mahu mengambil anaknya sebagai anak angkat tetapi ditolak. Padanya, bagaimana susah pun, ibu tetap sanggup membesarkan anak-anak walaupun anaknya tidak sesenang anak orang lain.
Atas kesusahan itulah, keluarga ini mendapat bantuan sarahidup bulanan dari MAIJ wang zakat, RM 300 sebulan yang serba sedikit mampu meringankan tanggungan.
Masuk Universiti
Menyedari hakikat susah payah ibu yang membesarkan anak, dua orang anaknya berjaya masuk ke universiti tempatan. MAIJ melalui wang zakat turut membantu membiayai sebahagian yuran kemasukan seterusnya memdapat pinjaman pelajaran PTPTN dari kerajaan.
Anak Dapat Ijazah
Diceritakan kepada saya, bila anak pertamanya dapat ijazah, suaminya muncul di universiti berkenaan pada pesta konvo. Kiranya, sebagai ayah, bangga kerana anaknya sudah dapat ijazah. Tetapi.... dia lupa, sebelum ini selama 7-8 tahun dia sudah abaikan anak-anak. Sekarang, anak sudah berjaya, baru dia muncul. Sebagai anak, dia menyambut dan bersalaman dengan bapanya kerana tidak sepatutnya derhaka pada bapa. Kemudian ayahnya menyatakan hendak kembali semula ke pangkuan isterinya. Tapi bagi isteri, bukan semudah itu boleh dimaafkan....
"Semua ini tak patut Tuan Kadi. Selama ini dia tak pernah hiraukan anak, dia tinggalkan begitu saja. Sekarang kenapa dia datang selepas anak-anak dah besar dan berjaya ? Kenapa dulu dia tak datang ? Mana pergi perempuan yang digila-gilakan dulu ? Pergilah.... pergi! ". Cerita wanita ini sambil menangis.
"Sabar puan, banyakkan istighfar. Memang bukan mudah untuk menerima perkara ini. Tapi ini adalah ketentuan Allah Taala, bertenanglah buat masa ini". Kata saya.
"Betul tuan, tapi tuan tak merasai penderitaan yang saya alami selama ini selama 7-8 tahun. Bukan mudah, bukan mudah..". Cerita wanita ini lagi.
"Bersabarlah puan, semoga dengan ketabahan ini, Allah akan bersama kita". Kata saya.
"Bersabarlah puan, semoga dengan ketabahan ini, Allah akan bersama kita". Kata saya.
31 Mac 2011
Anak Penerima Bantuan MAIJ, Bapa Kena Tangkap Nombor Ekor
Seorang bapa umur 44 tahun, kerja pengawal keselamatan, anak 5 orang, 4 darinya bersekolah, seorang belum sekolah. Kerjanya gaji dalam 700 sebulan, isteri tak kerja, sewa rumah RM 150. Kalau kerja lebih masa pun dapatlah tambahan dalam RM 200 lagi.
Atas memikirkan kesempitan kewangan yang dialami, MAIJ bermurah hati memberi bantuan persekolahan anak termasuk pakaian dan basikal untuk ulang alik ke sekolah. Semua itu duit MAIJ bukan duit saya sendiri tapi duit orang Islam yang lebih tepat ada duit pembayar zakat. Maka atas kesusahan keluarganya, MAIJ bantu.
Tapi malangnya, petang semalam, bapanya ditangkap di sebuah kedai judi selepas beli nombor ekor bernilai seringgit. Ingat, seringgit ker, banyak ringgit ker, haram tetap haram. Dah kena tangkap salah tetap salah juga.
"Tuan. Boleh ker kes saya setle luar ?" Kata lelaki ini.
"Setle luar ? Macammana tu ?". Tanya saya walaupun dah faham apa maksud dia.
"Saya bayar, tak payah masuk mahkamah. Boleh ker ?" Kata orang ni.
"Ohh tidak, tak payahlah buat macam tu. Pergilah ke mahkamah pada tarikh yang dah ditetapkan tu". Kata saya.
Janganlah nak cari pasal, nak setle luar pulak. Kesnya beli nombor ekor, jangan sampai nak setle luar, nanti jadi kes SPRM pulak, lagi dia susah. Nasib baik dia terus diam, kalau dia nak setle luar juga lepas diberitahu, tak pasal-pasal nanti saya tangkap dia kes rasuah pulak.
"Tuan, majikan saya tak bertanggungjawab dah atas saya masa saya kena macam ni". Kata dia macam nak luahkan perasaan dia.
"Kenapa pula majikan nak bertanggungjawab, dia ada bersubahat ker dalam kes ini ?" Tanya saya.
"Tidak". Jawab dia.
"Kalau kamu dah terlibat kes macam ni, memang patut pun majikan tak masuk campur. Majikan kamu bukan suka orang main nombor ekor, memang patut pun dia taknak masuk campur". Kata saya.
Patutnya kenanglah jasa MAIJ yang dah beri bantuan pada anak dia yang sepatutnya persekolahan anak dia, bapalah yang kena tanggung. Tapi bapa ni jenis tak mau ingat semua itu, lebih rela duit dihabiskan kat kedai judi jer. Ini isteri dan anak-anak belum tahu kes dia. Kalau dah tahu, tak tahu macam manalah. Kalau anak tahu tapi tak bersuara pun, bimbang nanti anak besar, anak pun jadi kaki judi macam bapa dia juga. Tak mustahil...
Cerita yang saya paparkan ini bukan hendak memalukan seseorang, tetapi baik jadikan pedoman, buruk jadikan sempadan. Kita seharusnya bersyukur tinggal di negara yang meletakkan institusi zakat di tempat yang tinggi dan mulia. Tetapi janganlah kesenangan ini menjadikan kita leka dan melakukan maksiat yang boleh mencemarkan istitusi agama yang mulia ini.
.......................................................................................................................
CERITA PALING POPULAR DALAM BLOG INI :
Sudah Nasibku Mat Burger
Bapa Paksa Hantaran 10,000

Bapa Berkeras Suruh Anak Nikah Cepat, Tak Tahan Asyik Keluar Dengan Tunang Saja
Seorang bapa minta dinikahkan anak perempuan dia cepat, tarikh yang dirancang sepatutnya sebulan lagi. Mana bapa dia tahan, asyik keluar dengan tunang saja tak kira siang dan malam sampai bapa susah nak kawal anak.
Bertunang dah setahun lebih, mula bertunang nampak okey tapi dah lama bertunang nampak selalu keluar berdua. Saya kata, sebenarnya tak eloklah bertunang lama-lama, eloklah sederhana tak lama tak sekejap. Yer le, betullah bapa risau, bapa mana yang tak risau kalau-kalau anak dia buat benda tak baik, nanti nama keluarga juga yang malu.
30 Mac 2011
Bagaimana Keselamatan Pelajar Naik Bas ke Sekolah ?
Gambar ini dirakamkan di sebuah rendah sekolah petang tadi. Kelihatan pelajar berebut-berebut dan berasak-asak untuk naik bas.
Bagaimana tahap keselamatan mereka ? Adakah ibu bapa mereka tahu yang anak mereka melalui perkara ini setiap hari balik dari sekolah ? Di mana pemandu bas atau pembantu ?
Langgan:
Catatan (Atom)