16 Ogos 2012
Besar Pahala Nikah Dengan Janda Anak Ramai (Episod 2)
Selesai saja akad nikah, seorang pegawai bahagian zakat memberitahu sesuatu pada saya.
"Tuan, pengatin perempuan adalah penerima bantuan Majilis Agama Islam RM 400 sebulan". Katanya.
"Alhamdulillah, dia memang dari keluarga susah, anak 9, kematian suami". Kata saya.
Saya bertemu dengan pengantin perempuan untuk bercerita lanjut. Betullah seperti yang pegawai saya crita dan bukan tersalah orang. Saya juga beri jaminan yang bantuan RM 400 akan diteruskan walaupun wanita itu telah bernikah. Ini memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi terutama mengenai persekolahan anak-anak.
Tiga Orang Di Sekolah Tahfiz
Penganti perempuan juga menyatakan yang 3 orang anaknya sedang belajar di sekolah tahfiz persendirian di satu tempat di dalam Johor. Bila ditanya mengenai bayaran, katanya ada seorang dermawan yang mengeluarkan wang ringgit untuk melihat anak-anak ini berjaya.
Okey, kalau bayaran seorang di sekolah tahfiz tersebut adalah RM 200 sebulan, maka jumlahnya RM 600 kalau 3 orang. Jumlah itu bukan sikit dan syukurlah ada orang yang sanggup berkorban sebegitu untuk anak yatim ini. Islam menggalakkan kita bersedekah terutama kepada orang susah yang memerlukan. Sedekah ini akan menjamin pahala berterusan walaupun pendermanya sudah meninggal dunia. Kalau anak-anak ini berjaya menjadi seorang tahfiz atau imam, maka akan berlipat ganda jugalah pahala pemberi sedekah. Lagi kalau anak ini menjadi guru agama yang mengajar orang lain pula, tidak putus-putus pahalanya ke beberapa generasi.
Saya merujuk kepada teks khutbah Hari Raya Aidilfitri yang akan dibaca pada raya nanti iaitu mengenai satu cerita berdasarkan sebuah hadis. Di padang mahsyar nanti, ada seorang lelaki yang akan dihantar ke neraka kerana amal buruk yang dilakukan di dunia. Dalam perjalanan ke neraka dia bertemu dengan seorang lelaki yang dia kenali. Orang itu berkata yang lelaki itu pernah memberikannya minuman sewaktu dia dahaga dan memohon kepada Allah supaya lelaki itu tidak dihumban ke neraka. Allah Taala lantas memperkenalkan permohonan ini, dan lelaki ini dimasukkan ke syurga.
SEKIAN.
14 Ogos 2012
Saya Dah Sindir Isteri Yang Saya Dah Nikah Lagi Satu, Tapi Tak Berkesan (Episod 2)
Menceritakan kisah setahun yang lalu, menjelang Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba ini membuatkan dirinya berada di dalam persimpangan. Ada rasa kesal dan bersalah dalam dirinya kerana merahsiakan pada pengetahuan isterinya. Tapi sekali fikir, memang patut dirahsiakan supaya tidak berlaku 'Perang Teluk' dalam keluarganya.
Nasi Dah Jadi Bubur
Dalam satu ceramah Ustaz Azhar Idrus yang cerita pasal maskahwin dan poligami (yang boleh didengar dalam youtube), Ustaz Azhar kata sambil melawak, nasi dah jadi bubur. Maknanya semuanya sudah berlaku dan tidak bisa undur lagi. Yer, kita harus mara ke depan tanpa menoleh ke belakang. Salah atau silap kita yang dah berlaku, tidak boleh kita patah balik.
Dah Banyak Kali Sindir
Suami sudah banyak kali buat-buat tersasul waktu berbual dengan isterinya, tapi isterinya buat macam tak ada apa-apa. Macam bola ping pong dah pecah isterinya itu, pukul di meja dah tak berapa nak melantun dah.
"Kalau abang kawin dua kan best".
"Kita kena layan isteri tua kita baik-baik".
"Kawan abang tu kawin dua, okey jer".
Itu adalah ungkapan yang pernah keluar dari mulutnya pada isteri tapi isteri dia macam buat tak dengar, macam buah manggis yang dah keras ketung.
Tengok Cerita P.Ramlee Madu Tiga
Idea ini dipelajari dari kawan orang yang kawin dua. Iaitu suka pasang vcd cerita P.Ramlee, Madu Tiga kat rumah. Sambil tu, dia tergelak-gelak sambil baring depan tv. Sekali lagi, isteri dia tak faham, macam tebuan menyengat yang tak ada bisa lagi.
Maka sukarlah dia untuk berterus terang pada isterinya pada tahun ini yang bakal genap setahun tak lama lagi. Dulu dia bercita-cita tak mahu berahsia lama-lama, setahun tu adalah paling lama, katanya dulu. Tapi bagaimana yer ?
.....BERSAMBUNG KE EPISOD 2
Besar Pahala Nikah Dengan Janda Anak Ramai
Seorang lelaki 30-an masih bujang dan tak pernah kawin, bernikah dengan seorang janda 30-an, anak 9 orang. Anak prempuan ini berumur di antara 1-16 tahun, kesemuanya masih bersekolah dan belum bersekolah. Lelaki ini bukanlah berpendapatan tetap, bekerja kontrak dan pendapatan antara 1,000- 1,500 sebulan.
Perempuan ini tidak bekerja dan sejak kematian suaminya lebih setahun lalu, dia banyak membuat kerja sambilan untuk menyara hidupnya dan anak-anak. Menceritakan kisah hidupnya, wanita ini kematian suaminya secara mengejut sewaktu dia baru melahirkan anak lelaki kesembilan.
Mengenai lelaki pula, dia mengenali arwah suami wanita ini dan banyak membantu tugas suaminya. Selepas kematian suami, lelaki ini begitu simpati dengan anak-anak kecil ini serta banyak memberi bantuan kewangan. Akhirnya mereka bernikah juga.
"Besar pahala lelaki ini bernikah dengan janda anak ramai, ustaz". Kata seorang lelaki selepas pernikahannya yang dilansungkan pada bulan Ramadhan ini.
.......BERSAMBUNG KE EPISOD 2
.......BERSAMBUNG KE EPISOD 2
12 Ogos 2012
Janda 30-an Kesunyian, Siapa Nak Hilangkan Kesepiannya ?
Mohon Fasakh Di Mahkamah Syariah
Apabila suaminya kantoi dan tak dapat tutup lubang lagi, wanita ini mengamuk ala-ala histeria kerana seakan tidak percaya apa yang telah dilakukan suaminya. Ditambah lagi, ibu dan adik beradiknya juga membela dia dan sama-sama berdendam dengan suaminya.
Main Bomoh ?
Wanita ini mendakwa, isteri baru suaminya main bomoh dan nak bolot harta-harta suaminya. Katanya, isteri barunya main bomoh supaya mengganggu kesihatannya dan mencabut nyawanya. Katanya, dia sering meracau dan diganggu benda ghaib.
Entahlah, pada saya, main bomoh atau tidak, susah nak cerita. Bila ditanya, wanita ini tetap mempertahanka yang dia memang kena bomoh. Tapi bila ditanya lagi, bila tahu saja suaminya kawin lain, makan dan tidurnya jadi tak menentu, maka tak mustahil dia diserang penyakit. Janganlah kita jadi lemah fikiran, sikit-sikit kata kena bomoh, sikit-sikit kata kena bomoh.
Suami Ceraikan Dia
Suami berasa malu dan diaibkan apabila kes ini dibawa ke mahkamah atas permohonan isteri. Ditambah lagi dengan desakan dan tekanan ibu dan adik beradik isterinya yang beriya-iya minta supaya diceraikan. Peguam syarie isteri pun dikatakan menjadi pendesak kepada suami supaya menceraikan isterinya. Katanya, peguamnya sendiri yang berjumpa dengan suaminya dan meminta suaminya mencerikan isterinya untuk menyelesaikan kes ini. Entahlah betul atau tidak yang peguam isteri pun main peranan macam ini. Ini kadang-kadang orang kita yang cerita lebih.
Peguam Syarie Kena Jaga Etika
Saya nak nasihatkan peguam syarie yang sedang berkhidmat supaya menjaga etika profesional peguam. Memang betul peguam ini dibayar oleh pihak perempuan dalam tuntutan fasakh, tetapi beberapa perkara lain juga perlu diambil kira. Iaitu kita perlu kembali kepada konsep berumahtangga dalam Islam, bahawa perceraian itu adalah langkah terakhir dan seberapa daya kita perlu menyelamatkan perkahwinan itu. Jangan sampai peguam syarie menjadi penghasut, iaitu daripada pasangan boleh berdamai semula tetapi jadi bercerai pula kerana peranan peguam. Saya tak tuduh peguam buat begini, tapi sebagai ingatan saja.
Satu lagi saya nak ingatkan, sekiranya sesiapa yang tidak berpuashati dengan peguam syarie, sila buat aduan secara rasmi kepada Jabatan Agama iaitu Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah. Siasatan dan tindakan boleh diambil termasuklah menggantung tauliah, menarik tauliah atau tidak menyambung tauliah mereka. Sebab itu peguam syarie yang nak beramal kena ada tauliah dari setiap negeri, sebenarnya ada banyak kebaikannya. Tapi alhamdulillah, peguam syarie yang sedia ada terutama di negeri Johor ini menjaga amanah dan etika ini.
Dia Cerikan Isteri Dia
Akhirnya, suami menceraikan isterinya di mahkamah dan beberapa perkara seperti nafkah dan hak penjagaan anak dipersetujui waktu itu juga. Anak pertama iaitu perempuan dijaga oleh isteri, anak kedua lelaki dijaga suami dan anak ketiga lelaki dijaga oleh isteri. Maka waktu itu isteri berpuashati kerana yang ada dalam kepala dia adalah bercerai, bercerai, bercerai dan bercerai sungguhlah dia.
Ramadhan dan Aidilfitri Ini
Bulan yang mulia ini, setelah 10 bulan berlalu, isteri begitu teringatkan suaminya dan anak keduanya. Jauh disudut hati, dia akui yang bekas suaminya adalah seorang yang baik dan bertanggungjawab. Cuma yang dia jadi menyampah dan benci adalah bila suami dia nikah lain.
Sepanjang 10 bulan, bekas suaminya mesra dengan semua anak dan nafkah tidak pernah diabaikan. Suami pula tak pernah halang dia bertemu anak keduanya. Tapi, sekali lagi fikir, dia cukup dendam dengan isteri baru suami yang didakwa meruntuhkan perkahwinan dia. Tapi kalau dikaji secara mendalam, bukan orang lain yang runtuhkan, tapi dia sendiri yang runtuhkan apabila dia mohon cerai di mahkamah.
Hendak Nikah Semula ?
Walaupun sudah bercerai, suaminya rapat dengannya iaitu setiap kali suami melawat anaknya dan biasanya pergi makan bersama. Suaminya juga adalah rakan facebooknya dan ada juga sms dan telefonnya terutama untuk berjumpa anak-anak. Dia susah untuk melupakan bekas suaminya dan anak-anaknya adalah jambatan yang menghubungkan perhubungan mereka.
Isteri Jeles
Tapi bukan semudah itu untuk mereka bernikah semula. Bekas suaminya mendakwa, isterinya sekarang begitu cemburu apabila dia berhubung atau berjumpa dengan bekas suaminya. Yer, dulu dia jadi isteri pertama dan perempuan itu adalah isteri kedua. Tapi sekarang, isteri kedua sudah naik pangkat dari Penolong Kanan kepada Pengetua. Ini menghalang untuk wanita ini bernikah semula dengan bekas suaminya. Tapi katanya dia redha.
Begini Rasanya Hidup Jadi Janda
10 bulan hidup jadi janda, banyak cabaran yang harus diharungi. Ada ramai juga lelaki yang menggodanya tapi semuanya setakat suka-suka dan tak ke mana. Di tempat kerja, ramai yang suka berbual dengan janda muda lagi cun ini, tapi ramai yang dah ada isteri. Walaupun ada suami orang yang ajak dia kawin lari, tapi dia tak mahu tanggung risiko. Bukan risiko apa, dia tak mahu orang kata dia cakap tak serupa bikin atau ketuk dulang paku serpih. Yer le, dulu dia marah pada perempuan yang katanya perampas suami dia, maka dia tak mahu dituduh perampas suami orang pula.
Tunggu Kehadiran Duda
Hendak cari duda, tak ada pulak yang dia berkenan di hati. Ada jugalah duda yang terkiseng-kiseng mengorat dia, tapi dia tak ada perasaan. Banyak sangat kriteria yang disenarikan, antaranya kerja bagus, ada harta, tak banyak tanggungan dan lain-lain. Katanya, lelaki duda tu yang mengorat dia, tapi macam 'Mr Bean' pulak yang buatkan dia tak ada selera. Pada saya, dalam situasi seperti ini, wanita ini sering membandingkan lelaki yang datang dengan bekas suaminya. Oleh kerana bekas suaminya seorang yang serba cukup dari segi harta, pekerjaan, tingkahlaku dan sebaginya, maka susahlah wanita ini nak jatuh cinta pada lelaki lain.
Ada juga lelaki bujang yang satu tempat kerja yang minat padanya. Tapi usia 6 tahun lebih muda darinya dan yang menjadi penghalang utama adalah ibu kepada lelaki ini yang tak mahu anak lelaki bujang bernikah dengan janda yang dah 3 kali 'meneran' masuk hospital ini. Akhirnya, lelaki yang pernah jadi pakwenya ini sudah bertunang dengan anak dara dan akan bernikah hujung tahun ini atas rekmen emak dia.
Berdoalah, Semoga Diberi Kebahagian
Kembalilah kepada asal usul kejadian kita. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Berdoalah, semoga diberi kekuatan dan kesejahteraan untuk melalui liku-liku hidup ini. Setiap orang pasti diuji dalam hidup ini, termasuk para nabi juga diuji dengan kepayahan hidup. Di sebalik kepayahan dan peristiwa pahit yang lampau itu, Insyaallah, semoga ada hikmah di sebaliknya. Mudah-mudahan sinar bahagia akan muncul jua.
Sekian.
11 Ogos 2012
Cerita Hamba Seks Tentera Jepun (Episod 2)
Kejayaan tentera Jepun menawan Tanah Melayu Disember 1941 dengan begitu singkat begitu menakjubkan. Selain kelengkapan tentera yang mantap, serangan pemikiran pun kena juga. Begitu mudah Kota Bharu tumpas, kemudiannya Kedah dan Pulau Pinang hinggalah ke selatan. Tentera sekutu British saja yang berdepan dengan Jepun ini tanpa sokongan padu orang Melayu.
Kalau ada pun pertempuran orang Melayu adalah Leftenan Adnan (lakonan Hairi) di Negeri Sembilan yang berjuang sehingga menemui ajal. Itu pun sebab Leftenan Adnan berkhidmat sebagai tentera bawah seliaan orang putih.
Mana Melayu lain ?
Orang Melayu lain seakan termakan dengan propaganda licik Jepun dengan slogan 'Asia untuk Orang Asia'. Macam lawan bolalah, kalau Korea lawan Mexico dalam Piala Dunia, mesti kita sokong Korea sebab dia Asia. Orang Melayu rasa bangga kerana Jepun sebuah negara Asia yang tak sebesar mana, boleh menyerang pengkalan tentera di Pert Harbur Amerika dan menang berperang dengan negara China yang besar itu.
Jadi orang Melayu nak tunggu dan lihat saja, sapa yang menang antara Jepun dan British. Akhirnya orang putih yang tewas di Tanah Melayu dan Singapura. Yer, Jepun nak berbaik dengan orang Melayu pada mulanya tapi bermusuh dengan orang Cina. Maka orang Melayu menyangka, Jepun nak kasi kita merdeka cepat.
Tapi tidak. Jepun jajah kita lebih zalim dari orang putih. Orang kita disuruh hormat pada Maharaja Meiji Jepun pula sedangkan kita dah ada Raja kat sini. Kalau jumpa askar dan polis Jepun, kita kena tunduk hormat macam hormat raja Jepun. Kalau tak buat, nanti kena 'penampar Jepun' atau pancung kepala dengan pedang samurai. Lepas tu kena nyanyi Jepun 'Kamigayo' macam cerita Laksamana DoReMe masa naik tikar terbang zam zam alakazam. Kita kena berdiri tegak hormat lagu tu. Apa kena mengena pulak, kita kan Melayu, bukan Jepun. Kat sekolah kena belajar bahasa Jepun padahal bahasa Jepun ni bukanlah laku di peringkat antarabangsa pun.
Hamba Seks Jepun
Bukan saja jadi buruh paksa keretapi maut. Perempuan pun tak selamat terutama yang cun-cun tak kira apa bangsa. Patut ler orang dulu kawin awal biar laki dia jaga, mak bapak risau nak jaga. Anak dara pula tak boleh pergi saloon atau spa, nanti kalau nampak cun, Jepun tangkap. Ramai juga anak dara yang sapu muka dia dengan arang biar tak cantik sebab takut askar Jepun. Ini cerita sejarah, bukan saya menambah.
Dari tahun 1941 sampai 1945, tak beri merdeka pun. Malah Jepun datang nak rompak hasil bumi kita dan dibawa balik ke negara dia atau nak biayai peperangan dia. Duit di Malaya pula adalah duit pokok pisang. Dulu masa saya kecil-kecil, selalu main dengan duit ini yang bersepak kat rumah atuk saya dulu yang dah tak lalu. Kerajaan Jepun waktu tu dikatakan cetak duit sewenang-wenang untuk tanpa kawalan.
Episod 1, Klik Sini
10 Ogos 2012
Suami Eksekutif TV9 Didakwa Bunuh Isteri
PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.
Anak Angkat Buncit Lapan Bulan
Perempuan sekarang umur 20-an dipelihara oleh keluarga angkat sejak umur 5-6 tahun. Keluarga angkatnya itu ada hubungan sedara dengannya juga. Adik beradik angkatnya ada 2 perempuan dan 1 lelaki. Walaupun adik beradik angkat, mereka seperti adik beradik.
Pada usia 20-an, disedari oleh ibubapanya, anak angkatnya sudah mengandung. Rupanya yang buat dia mengandung adalah abang angkatnya yang umur tua setahun darinya.
Peritnya Hidup Zaman Jepun (Episod 1)
Sehari dua ini, timbul minat saya membaca buku sejarah terutama semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kedua, mengenai keganasan Komunis sewaktu 15 hari memerintah negara selepas pengunduran Jepun. Matapelajaran sejarah adalah antara yang saya minati dan Sejarah saya dapat keputusan terbaik dalam STPM dulu.
Dalam kita hendak menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang kali pertama ada 2 tema ini, saya terasa minat untuk membaca bahan sejarah negara kita. Saya hendak tulis cerita supaya kita dapat kongsi bersama untuk bangkitkan semangat kecintaan kita pada negara.
Dalam kita hendak menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang kali pertama ada 2 tema ini, saya terasa minat untuk membaca bahan sejarah negara kita. Saya hendak tulis cerita supaya kita dapat kongsi bersama untuk bangkitkan semangat kecintaan kita pada negara.
Cerita Dari Ayah Saya
Dalam 2 minggu terakhir sebelum ayah saya meninggal dunia tahun 1991 dulu, ayah saya selalu cerita kisah dulu-dulu. Dulu ramai orang yang hidup sebelum merdeka termasuk zaman Jepun ini tapi sekarang sudah ramai yang sudah meninggalkan kita. Cerita ayah saya, betapa susahnya hidup zaman Jepun dan Komunis Bintang Tiga.
"Tapi abah, buku sejarah kata, orang Melayu diberi layanan baik semasa pemerintahan Jepun". Kata saya yang belajar sejarah melalui buku bukan pengalaman.
"Tak mana baiknya.... Lagi susah dari zaman orang putih". Jawab ayah saya.
Diceritakanlah betapa susahnya nak dapatkan beras, kena catu masa tu. Ramai yang makan ubi kayu dan keledek sampai ada kena penyakit yang saya dah lupa apa nama penyakit tu, tapi masa tu ayah saya ada sebut nama penyakit tu.
Yer, bila saya baca buku sejarah (pagi ini) tahulah saya sebab beras kurang disebabkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang menjadi pengeluar beras, diserahkan oleh Jepun kepada Siam. Maka susahlah nak dapatkan beras.
Buruh Keretapi Maut
Ayah saya cerita, masa berumur 15 tahun, tentera Jepun mengumpulkan ramai anak muda, katanya nak berikan kerja di Kuala Lumpur. Maka berebutlah anak muda menawarkan diri di Muar, almaklumlah waktu tu susah dapat kerja. Masa beratur tu, semua kena buka baju termasuk ayah saya. Cerita ayah saya, dia tak terpilih kerana badannya kurus dan tak layak. Yang dipilih dalam 30 orang dari Muar atau mungkin juga lebih ramai lagi dari kumpulan lain, dibawa menaiki keretapi melalui Segamat.
Rupanya mereka ini dibawa ke Thailand dan Burma untuk membina rel dan jambatan keretapi sebagai buruh paksa. Cerita ayah saya, dari 30 orang dari Muar tu, yang selamat pulang semula cuma dalam 5 orang saja, yang lain meninggal dunia kerana dipaksa bekerja dengan begitu teruk. Yer, dalam buku sejarah yang saya baca pagi ini, sehari kira-kira 50-100 orang meninggal dunia dan mayatnya di campakkan dalam lubang besar di sana.
Maknanya banyaklah kubur datuk-datuk kita yang tidak dipedulikan di Siam dan Burma. Moga Allah memberi ketenangan kepada mereka di alam barzakh. Buku sejarah juga cerita, yang dihantar di sana adalah tawanan perang Jepun termasuk 40,000 tentera British yang menyerah diri sewaktu Singapura ditawan Jepun
... BERSAMBUNG EPISOD 2
http://kadikluang.blogspot.com/2012/08/cerita-hamba-seks-tentera-jepun-episod-2.html
08 Ogos 2012
Kalau Ada iklan Jawatan Kosong, Janganlah Beritahu Kawan-kawan ?
Seorang bekas tentera beritahu saya satu cerita yang berlaku pada diri lebih kurang 30 tahun yang lalu. Dia ini baru pencen tentera dan balik ke kampung bersama anak isteri. Alhamdulillah, boleh buat rumah di tanah yang dia beli masa bekerja dulu dan ada kebun untuk diusahakan. Dia juga ada buat kerja sampingan dengan pendapatan RM 1500 sebulan selain ada pencen. Kira dia kata, alhamdulillah, masa depan dia terbela dan anak-anak pun dah mula bekerja.
Kisah Masa Nak Masuk Tentera
Dia cerita pada saya, yang dulu dia bukan nak masuk tentera sangat dan lebih suka kerja menyambil-nyambil kat kampung masa bujang. Satu hari tu, masa dia tengah lepak-lepak, kawan dia ajak ke bandar keesokan harinya untuk temankan dia temuduga masuk askar. Kawan dia ajak teman dan ajak join sama temuduga tu. Dia ni pun pergi jugalah temankan kawan dia naik bas dan bawak sijil-sijil yang dia ada iaitu SRP dan hadirilah temuduga tu dengan jayanya.
Dapat Masuk
Tak lama lepas tu, keputusan temuduga tu keluar. Dia dapat masuk tentera.... yahoooooo. Tapi bila dia tanya kawan yang ajak dia tu, rupanya kawannya tu tak dapat. Dia seorang saja orang kampung tu yang dapat. Akhirnya mak ayah dia benarkan dia masuk askar dan berkhidmatlah dia sampai pencen. Kesian kawan dia yang ajak tu tak dapat yer.
Sekarang Kan Kerja Susah
Sekarang ni, nak buka jawatan pun jarang-jarang terutama kat sektor kerajaan ni. Al-maklumlah, umur persaraan naik dari 58 ke 60 tahun, maka dalam 2 tahun ini kekosongan disebabkan bersara tak banyaklah. Dahlah susah nak buka jawatan, kalau ada pun jawatan, bukan senang nak dapat. Jadilah macam kawan saya ni, dah 4 tahun dapat ijazah, tapi sampai sekarang tak dapat kerja setaraf ijazah.
Mungkin betul juga apa yang saya cerita ini, tak payahlah ajak kawan mohon, kita sendiri mohon sudahlah. Nanti tak pasal-pasal kawan kita dapat, kita tak dapat pulak, hehehe. Gurau jer ye.
06 Ogos 2012
Berzina di Pondok Dalam Ladang Sawit, Hasilnya Gemuk
Seorang lelaki 20-an berkenalan dengan seorang perempuan sebaya dengannya sewaktu bekerja di sebuah kilang dulu. Lelaki ini kemudian berhenti kerja dan bekerja di sebuah ladang sawit kerana pendapatan yang lebih lumayan. Manakala perempuan masih bekerja di sebuah kilang sebagai operator.
Beberapa ketika masa line clear, lelaki ini membawa perempuan ke dalam ladang menaiki motosikal. Mereka telah terlanjur dan mengadakan hubungan sex lebih 10 kali di sebuah pondok di ladang itu. Dua bulan selepas itu, perempuan disahkan mengandung apabila dia buat pemeriksaan doktor, yang katanya tidak disengajakan.
Akhirnya, apabila kandungannya berusia 6 bulan, pasangan ini datang ke pejabat agama untuk bernikah. Pernikahan ini direstui oleh ibubapa kedua-dua belah pihak. Pasangan ini tetap akan didakwa di Mahkamah Syariah. Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 5,000 atau 3 tahun penjara atau 6 sebatan kerana melakukan persetubuhan luar nikah.
05 Ogos 2012
BAFIA 1989: Tidakkah Bank Sendiri Yang Dedahkan Akaun Bank Kita ?
Setahu saya, mendedahkan akaun bank seseorang atau syarikat kepada umum adalah kesalahan di bawah BAFIA 1989. Seksyen 97 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 menegah dari mendedahkah maklumat akaun bank tanpa terlebih dahulu sebelum mendapat kebenaran pemilik.
Okey, kita semua mempunyai akaun bank, tidak kira di bank mana. Beberapa bulan sekali, bank akan menghantar penyata akaun bank kita ke alamat kita. Pelabur ASB dan ASN pun menerima penyata ini setahun sekali. Penyata tersebut memuatkan antara lain adalah maklumat keluar dan masuk wang kita beserta tarikh. Kemudian nombor akaun serta baki wang kita pada waktu penyata itu dikeluarkan.
Apa Tujuan ?
Apa tujuan pihak bank mengirim kepada penyimpan ? Jawapannya mungkin adalah untuk pelanggan melihat sendiri keluar masuk dan baki wang mereka terkini. Tapi pada saya, langkah mengirim surat ini sangat mendedahkan kepada kebocoran maklumat. Iaitu kemungkinan orang lain yang membuka dan membaca surat itu. Apa akan jadi ?
Maka tahulah individu lain itu terhadap banyak benda dalam akaun pemilik itu. Contohnya, seseorang yang membuka surat itu mengetahui kegiatan dan kewangan satu syarikat, mereka pula menggunakan kesempatan itu untuk menjatuhkan atau memalukan seseorang atau tujuan lain. Kalau ini berlaku, tidakkah pihak bank atau pegawai yang berkhidmat di bank tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 97 (1) Akta Bank & Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 ? .......Perlu perbahasan oleh pengamal undang-undang.
Surat Biasa, Bukan Surat Berdaftar
Surat yang dihantar oleh pihak bank pula adalah surat biasa, bukan surat berdaftar. Maknanya tidak susah untuk diterima dan dibuka oleh orang lain. Boleh berlaku juga tersalah hantar ke alamat lain kerana kecuaian posmen. Kenapa tidak gunakan pos laju atau surat berdaftar seperti yang digunakan oleh polis trafik dalam penghantaran saman trafik ?
Tukar Alamat
Seseorang individu ada beberapa akaun bank, bukan satu. Mereka pula ada kalanya berpindah alamat rumah disebabkan berpindah tempat kerja atau beli rumah baru. Mungkin orang itu terlupa atau terlepas pandang untuk mengemaskini alamat terkini mereka. Jadi, surat itu diposkan ke alamat yang sedia ada sekian lama tanpa disedari. Maka tidak mustahil kalau orang lain yang membuka surat itu dan terbocorlah maklumat akaun bank mereka.
Bab tukar alamat ini, rakyat kita susah nak tukar alamat. Cuba lihat alamat kad pengenalan kita, adakah sama dengan tempat tinggal kita sekarang ? Begitu juga alamat kita di Suruhanjaya Pilihanraya, adakah sama dengan alamat kita sekarang ? Lesen memandu kita? Mungkin dah berpuluh tahun lalu sewaktu alamat kita dapat lesen memandu.
Kalau alamat kad pengenalan, SPR, lesen memandu, insuran kereta tidak dikemaskini, alamat akaun bank kita, lagilah masyarakat kita jarang kemaskini.
Kebenaran Pelanggan Sendiri
Adakah pelanggan sendiri yang meminta surat diposkan ke alamat yang tertera ? Mungkin juga. Iaitu semasa membuka akaun bank, kita menandatangani satu surat yang kita sendiri tak berapa nak faham. Mungkin ada di situ, pihak bank meminta izin dari kita untuk menghantar penyata terkini ke alamat kita. Ini mungkin saja. Kalau ini berlaku, maka pihak bank tidak salah kalau menghantar penyata kepada individu atau syarikat.
Masalahnya di sini, kalau hendak hantar pun hantarlah, tapi kena mengambil langkah-langkah untuk kerahsian pemilik. Macam cerita Seniman Bujang Lapok, tak dapat jadi Hang Tuah, jadikanlah Hang Jebat, kalau tak pun, jadikanlah Hang Kebun. Tak pakai keris, cangkul pun cangkullahhh.
Katanya, akta seperti ini atau yang sewaktu dengan BAFIA ini ada di negara lain. Soalnya, adakah di negara tersebut, pihak bank menghantar kepada pelanggan seperti yang diamalkan oleh bank-bank di negara kita ? Kalau ada pun, pernahkah seseorang tampil mengambil tindakan undang-undang terhadap bank berkenaan kalau berlaku kebocoran maklumat ?
Kemaskinilah Alamat Kita
Sebagai langkah jangka pendek, kalau boleh kita segera mengemaskini alamat akaun bank kita. Langkah seterusnya, pihak bank harus mengkaji semula keberkesanan langkah ini sebelum berlaku perkara yang tidak diingini termasuk tindakan undang-undang terhadap bank berkenaan.
02 Ogos 2012
Kisah Bapa Paksa Hantaran 5,000
Sebelum saya meneruskan kisah ini, cerita ini ada banyak persamaannya dengan novel yang popular di blog ini iaitu Hantaran 10,000. Sesiapa belum baca novel ini, dipersilakan membaca. Cerita Hantaran 10,000 itu terjadi kerana kerakusan seorang bapa yang meletakkan hantaran tinggi sedangkan bapa mengetahui bakal menantunya bukanlah mampu. Apabila ini berlaku, maka hubungan bapa dengan menantu dan anak perempuannya mula kucar-kacir.
Kisah Hantaran 5,000
Lelaki ini 20-an bertunang ala kadar dengan perempuan 20-an. Lelaki ini bekerja di sebuah kilang dengan gaji tidak sampai seribu. Dalam tiga tahun bekerja, lelaki ini tidak mempunyai wang simpanan sangat kerana gajinya habis pada motosikal, makan, beri mak ayah dan perbelanjaan peribadi. Dia berkenalan dengan perempuan ini yang satu kerja dengannya dan selalulah berjumpa atau berdating.
Pernah lelaki dan perempuan ini terserempak dengan bapa perempuan di bandar sewaktu mereka naik moto berdua. Berlaku perselisihan apabila bapa memarahi anak perempuannya kerana keluar dengan lelaki di belakang ibu bapa. Tapi bagaimana hendak halang, mereka satu tempat kerja dan selalu berjumpa. Cuma pasangan ini tidaklah sampai membuat maksiat yang besar-bersar tapi katanya sekadar ringan-ringan saja (Tapi ringan-ringan pun berdosa juga tau).
Akhirnya lelaki beranikan diri merisik dan meminang perempuan dan belanja pertunangan dalam RM 1,000 dikeluarkan oleh lelaki. Bagaimanapun, mereka tidak boleh menunggu lama kerana ibu dan bapa perempuan meminta pernikahan disegerakan iaitu 5 bulan dari tarikh tunang, katanya untuk mengelakkan berlaku maksiat.
Tak Cukup Duit
Soalnya sekarang, lelaki tidak cukup duit sebanyak 5,000. Wang simpanannya sebanyak 1,000 sudah habis untuk pertunangan. Dia menemui jalan buntu untuk menyediakan wang sebanyak 5,000 itu. Tarikh pernikahan pun sampai dan memang lelaki tak cukup duit selepas berusaha sedaya upaya. Maka lelaki terpaksa menangguhkan pernikahan tetapi ditentang oleh bapa lelaki.
Hairan, pernikahan bapa suruh teruskan tapi duit 5,000 minta juga walaupun lelaki tiada duit. Akhirnya, lelaki terpaksa tangguhkan dan tak hadir masa tarikh dijanjikan. Bapa perempuan merasa malu kepada masyarakat. Anak perempuan pula jadi mangsa kemarahan bapanya. Sehinggalah anak perempuan mengambil sikap jarang berada di rumah. Ini lebih mendatangkan kemarahan bapa dan bapa menuduh yang lelaki inilah yang merosakkan hidup perempuan ini.
Sehingga anak perempuannya dipaksa supaya membuat laporan polis yang lelaki itu telah merogol anaknya dan tak mahu bertanggungjawab. Perempuan terpaksa membuat laporan setelah bapanya mendesak. Akhirnya lelaki ditangkap polis dan terpaksa bermalam di lokap beberapa hari. Bagaimanapun, lelaki ini dibebaskan tanpa apa-apa pertuduhan kerana kekurangan bukti.
Menceritakan Kisah Ini
Keluar dari lokap polis, lelaki ini serik dengan apa yang telah berlaku. Apa yang berlaku kepada dirinya adalah satu sejarah hitam dalam hidupnya. Kawan dan jiran sekampung sudah heboh cerita yang dia ini 'perogol' dan dia sukar hendak menghadapi masyarakat.
Akhirnya, lelaki ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke Johor Bahru, bekerja di sebuah kilang bertemu rakan-rakan bujang yang baru. Dia membina hidup baru dan memutuskan hubungan dengan tunangnya.
SEKIAN.
30 Julai 2012
Dah Hampir Setahun Saya Kawin Dua, Tapi Isteri Tak Tahu Sampai Sekarang
Lelaki ini 40-an, bergaji dalam RM 5000, tak perlu diberitahu kerjanya apa. Isteri dia 40-an, bekerja, gaji dalam RM 3000 sebulan. Perkahwinan lebih sepuluh tahun dan dikurniakan beberapa orang anak. Katanya hidup mereka bahagia, tapi yang sebenarnya entahlah.
Yer ler, kalau bahagia kenapa nikah lagi satu ? Tapi biasalah, lelaki biasanya tidak suka bercakap lebih. Atau ada faktor lain, entahlah. Saya pulak lupa nak tanya, perempuan tu janda ke anak dara. Kalau janda mungkin faktor nak bantu janda, hehe. Kalau anak dara pulak, sebab lelaki nak awet muda.
Menceritakan kisah yang berlaku setahun lepas, katanya perkara ini berlaku dengan begitu cepat. Dalam diam-diam sudah hampir setahun dia beristeri dua walaupun isteri pertama tidak mengetahuinya. Maka hari raya tahun ini genaplah setahun pernikahan itu.
Soalannya yang susah saya nak jawab adalah,
'Saya berazam nak beritahu isteri pertama hari raya nanti. Tapi rasa takut pun ada, takut jadi tak bahagia dengan isteri pertama dan anak-anak". Tanya lelaki ini pada saya.
Isteri Minta Cerai Bila Suami kena Tangkap Dengan Janda Bergetah
Isteri 50-an menuntut supaya suaminya menceraikannya selepas suami 50-an ditangkap dengan janda 40-an oleh Penguatkuasa Jabatan Agama. Akhirnya, setelah sebulan mereka tidak sefahaman, suami menceraikan isterinya itu dengan talak satu.
Perkahwinan mereka berlansung selama lebih 25 tahun dan dikurniakan 7 orang anak yang dah besar-besar termasuk seorang menantu. Perempuan ini bekerja di sebuah syarikat dengan gaji kira-kira RM 1500 manakala suaminya juga swasta dengan gaji RM 2000. Menurut cerita, sebelum ditangkap pun, suaminya dan janda itu menjalinkan hubungan intim dan diketahui oleh isteri.
29 Julai 2012
Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam Episod 10 : Sekarang Tengah Bukak Lelong
Sekarang tengah ada lelong kereta kastam di seluruh negara. Nampaknya kali ini menarik perhatian saya juga. Ikut iklan Kastam tu, kereta boleh tengok sekarang. Tarikh tutup lelong pula adalah pada 6 Ogos 2012, jam 12.00 tengahari. Apa-apa info, silalah hubungi pejabat Kastam yang berhampiran anda.
Kali Ini Menarik
Kenapa saya kata lelong kali ini menarik ? Pertama, kereta pelbagai peringkat, ada yang mahal, ada yang murah. Kedua, harga yang diletakkan oleh pihak Kastam adalah munasabah dan berpatutan. Dulu pernah satu masa, letak harga yang bukan-bukan, tak menarik orang nak masuk.
Cuma malang bagi saya kerana kali ini tak ada kereta lelong di Johor Bahru. Yang ada cuma sebiji motosikal MODENAS KRISS. Jadi tak payahlah pergi tengok, menghabiskan minyak kereta saja.
Kenapa Johor Bahru Tak Ada Lelong ?
Kalau dulu, sebut saja lelong kereta Kastam, Johor paling meriah. Apa tidaknya, banyak kereta seludup dibawa masuk dari Singapura ke Johor. Maka waktu itu, banyaklah kereta seludup di Johor. Tapi sekarang, kereta seludup dah merata negara kita.
Mungkin juga jawapannya, lepas ini pulak giliran Johor Bahru lelong kereta, kali ni bagi can negeri lain mendahului lelong kali ini. Mungkin juga tu, semalam saya lalu di Bandar Baru Uda jenguk stor dari luar, ada banyak kereta kat dalam tu. Mungkin lepas ni kot akan dilelong.
...BERSAMBUNG KE EPISOD 11
http://ustazkhalil.blogspot.my/2012/08/kereta-lelong-kastam-episod-11-kisah.html
Macam-macam Palsu, Sekarang 'Ijazah Palsu' Pula.....
Mingu ini heboh mengenai pembongkaran kes ijazah palsu yang beroperasi bertahun-tahun. Entah berapa ratus atau ribu pemilik ijazah ini yang kebanyakannya mendapat 'keuntungan' dengan ijazah palsu yang dimilikinya. Akhbar hari ini memetik kenyataan Ketua Setiausaha Negara(KSN), Datuk Seri Dr Ali bin Hamsa yang menyatakan ketegasannya terhadap penjawat awam yang memiliki ijazah ini.
Bagaimana Sendikit Ini ?
Sindiket tersebut menjual sijil-sijil berkenaan secara dalam talian dengan menawarkan segulung ijazah sarjana muda pada harga RM6,500, sarjana RM8,500 dan doktor falsafah (PhD) RM10,500 dengan tambahan RM1,000 sebagai bayaran untuk menghadiri majlis konvokesyen.
Sindiket yang mendakwa kesemua sijil itu dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta dikatakan akan bergabung dengan lima universiti yang dikenal pasti sebagai Universiti Rock Hampton dan Universiti Antarabangsa Harvey di Amerika Syarikat (AS) bersama-sama dengan Universiti Cannington Brook dan Universiti Glastonbury di United Kingdom serta Universiti Charles Molnar.
Mungkin Ramai Yang Kerja Kerajaan
Saya rasa, dalam ribuan pemilik ijazah ini, sudah tentu ada beberapa orang yang sedang berkhidmat dalam sektor kerajaan. Ini termasuk, masa mula memohon kerja atau pun belajar sewaktu bekerja, sama ada sepenuh masa atau sambilan. Jadi, kalau setakat daftar dan ambil ijazah di hotel, rasanya separuh masa pun dah cukup. Nanti bila orang tanya, boleh jawab, dia study hujung minggu Sabtu dan Ahad. Lagi pun orang tak pelik, sebab memang banyak pengajian universiti yang hujung-hujung minggu.
Swasta Pun Sama
Kalau tidak kerja kerajaan, pastilah kerja swasta dengan ijazah palsu ini. Takkanlah dengan ijazah semahal ini, mereka nak menoreh getah atau buka warung tepi jalan saja. Sudah tentulah mereka ada target, terutama syarikat swasta yang menawarkan gaji lumayan.
Parti Politik ?
Selain penjawat awam, tidak mustahil kalau ijazah ini dimiliki oleh ahli politik. Tidak kira parti politik mana, memiliki diploma atau ijazah atau Phd sudah tentu seorang ahli politik itu mempunyai kelebihan untuk dipilih menjadi calon pilihanraya.
Setakat hari ini, mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional atau komponen parti dalam Pakatan Rakyat, belum lagi menyuarakan ketegasan sepertimana ketegasan KSN kepada penjawat awam.
Ada Tan Sri dan Datuk Beli Ijazah ?
Pendedahan pihak polis yang dimuatkan dalam akhbar semalam, menyatakan bahawa Tan Sri dan Datuk juga terlibat membeli ijazah ini. Boleh lihat sendiri kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Berita Harian, Klik Sini.
Tahniah kepada kejayaan pihak polis membongkar sendiket ini. Ada lebih baik sekiranya pihak polis memberikan nama kepada KSN sekiranya ada penjawat awam terlibat, begitu juga dengan swasta atau ahli politik.
Sama-sama kita hayatilah firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 42)
“….Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat 283)
26 Julai 2012
Katak Pun Kataklah... Orang Kita Buat Tak Kisah
Di akhbar Sinar Harian hari ini, cerita sebuah restoran, katanya ada masak katak di kedai berkenaan. Pelayan tu terus terang beritahu pada orang Islam tu yang kedainya ada masak katak supaya orang Islam tu tak berbuka puasa di situ.
Kedai yang tidak ada tanda halal itu turut menarik minat orang Islam untuk berbuka puasa di situ. Masyaallah... bagaimana puasa mereka ? Kalau solat, kita nak solat yang khusyuk, kalau haji kita hendak haji yang mabrur, bukan malboro. Kalau puasa pula kita hendak capai taraf taqwa, bukan puasa katak sebab berbuka dengan pinggan bekas katak.
Pada saya, kita orang Islam hendaklah sensitif dan jangan masuk sebarangan di kedai orang bukan Islam. Tidak kiralah kedai itu kopitiam ker, kedai 24 jam ker, orang kita harus berwaspada. Apa kesalahan di sisi undang-undang kalau tukang masak itu masak benda tak halal ? Saya pun tak tahu.
Tidak ada juga undang-undang yang mewajibkan kena ambil sijil halal. Maka ikut suka tauke itulah kalau dia taknak ambil sijil halal. Lagi satu, kalau kedai tidak ada sijil halal, tidak boleh ditanda 'kedai tidak halal' atau 'kedai haram'. Itu pun tidak ada undang-undang. Yang saya tahu, kalau pasar babi, dia tulis pasar babi, tapi saya tak tahu, adakah itu ada undang-undang atau tidak. Di pasaraya juga ada tulis 'tidak halal' biasanya pada peti ais makanan tak halal.
Di Kluang lebih setahun lepas, pun ada isu besar dan sensitif pasal isu kedai kopi yang ada 'bendaalah' yang tidak halal. Hendak salahkan orang lain pun tak boleh juga, kenapa tak salahkan diri sendiri yang tak sensitif dan mudah masuk kedai bukan Islam yang tak ada sijil halal. Kita kan berada di tanahair kita Malaysia, bersepah kedai orang Islam. Bukannya kita pergi melancong ke negara bukan Islam lain yang kita mungkin susah pasal makan minum.
SELAMAT BERPUASA.
Rumah Sumbangan Peribadi Sultan Johor Kepada Keluarga Miskin
Seorang ibu tunggal, Bechik@Zainab Salleh, 72, hanya mampu menitiskan air mata kegembiraan apabila memperoleh kunci rumah baru daripada Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Pontian, Selasa lepas.
Zainab yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) kehilangan tempat berteduh rumah apabila rumah yang didiami di kampung Andek Mori, Serkat, di sini, musnah terbakar pada Januari lalu. Rumah baru berharga RM33,000 itu adalah sumbangan peribadi Sultan Ibrahim yang diberikan kepada keluarga berkenaan.
Zainab berkata, dia tidak menyangka akan menerima kunci rumah tersebut daripada baginda Sultan Johor yang turut menziarahi mereka sekeluarga. Menurutnya, dia bersyukur dan menjunjung kasih di atas pemberian rumah tersebut oleh Sultan Ibrahim kepada keluarganya.
Dipetik dari akhbar Sinar Harian Edisi Johor.
Zainab yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) kehilangan tempat berteduh rumah apabila rumah yang didiami di kampung Andek Mori, Serkat, di sini, musnah terbakar pada Januari lalu. Rumah baru berharga RM33,000 itu adalah sumbangan peribadi Sultan Ibrahim yang diberikan kepada keluarga berkenaan.
Zainab berkata, dia tidak menyangka akan menerima kunci rumah tersebut daripada baginda Sultan Johor yang turut menziarahi mereka sekeluarga. Menurutnya, dia bersyukur dan menjunjung kasih di atas pemberian rumah tersebut oleh Sultan Ibrahim kepada keluarganya.
Dipetik dari akhbar Sinar Harian Edisi Johor.
25 Julai 2012
Pengumuman Bonus Hari Raya Tahun Ni Setengah Bulan Gaji... Alhamdulillah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam, dan bayaran khas kewangan sebanyak RM500 untuk pesara kerajaan.
Dalam satu kenyataan di sini, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata bayaran tersebut akan dibuat pada 9 0gos ini
24 Julai 2012
AWAS...Jenayah Kecurian Pada Bulan Ramadhan
Saya nak pesan kepada semua:
1. Semasa berbuka puasa di rumah, sila kunci pintu dan pagar rumah.
2. Kalau suami atau anak-anak ke masjid/ surau, sila pastikan rumah berkunci.
3. Kalau bawa kereta atau motosikal di masjid/surau, sila pastikan dalam keadaan selamat.
4. Selepas selesai solat tarawih di masjid/ surau, kakitangan masjid/surau hendaklah kunci masjid dengan selamat.
Jenayah Pada Ramadhan
Kawan saya, beberapa hari sebelum Ramadhan, rumahnya dimasuki pencuri. Dia keluar rumah dalam jam 9.00 pagi dan pulang ke rumah jam 12.00 tengahari, mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak. Rupanya pencuri masuk, disyaki melalui syiling atas. Kerugian dianggarkan RM 8 ribu termasuk barang kemas, wang tunai dan 2 komputer riba. Yang hilang termasuk wang syiling dalam tabung.
Rumah dia ini rumah hujung dan keadaan agak sunyi pada siang hari. Ini kali kedua rumahnya dipecah masuk, kali pertama sewaktu dia balik ke kampung beberapa hari. Selepas kejadian ini, dia macam ketakutan berada di rumah.
Kecurian Di Masjid
Semalam saya mendapat satu cerita, di sebuah masjid yang mengalami kecurian satu set alat pembesar suara dan 2 biji kipas. Manakala satu surau lagi, hilang langsir yang baru ditukar sempena Ramadhan. Kecurian disyaki berlaku selepas solat tarawih. Tahun lepas pula, ada beberapa kes kehilangan motosikal di masjid/ surau terutama jenama Honda dan Yamaha.
Hilang Lembu
Ketua Kampung pula bercerita pasal kecurian lembu di tempatnya. Memanglah jual daging lembu ini laris bulan Ramadhan dan Raya nanti. Lagi pun, lembu tu bukan pandai buat report yang dia kena curi. Lembu yang nampak kawan dia kena culik pun, buat selamba jer, tak mangadu apa-apa.
Hati-hati
Pencuri akan mengambil kesempatan masuk ke rumah waktu kita leka seperti masa berbuka puasa atau bersahur. Beberapa tahun lepas di sebuah taman di JB, sedang berbuka puasa, ada orang cuba curi motosikalnya tapi tidak berjaya. Pencuri mudah masuk sebab pagar tidak berkunci.
Suami Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bernikah
Dalam lawatan berbuka puasa dan solat tarawih tadi, saya jumpa seorang ni, dia cerita pada saya satu cerita.
"Pengantin lelaki yang tuan nikahkan itu hari sudah meninggal dunia, seminggu lepas nikah". Kata lelaki ini. Lelaki ini turut sama masa majlis pernikahan itu dulu dan ada hubungan sedara dengan pengantin.
Cerita lanjutnya, lelaki 20-an kerja di Singapura, selepas seminggu bernikah, naik motosikal dan terlibat dalam kemalangan di kawasan Simpang Renggam-Sedenak. Isteri dia 20-an, tidak bekerja.
Bila dicerita semula, baru saya ingat pasangan yang saya nikahkan itu. Teringat yang pasangan ini begitu ceria masa majlis pernikahannya. Ditakdirkan seminggu lepas tu dia meninggal dunia kemalangan.
23 Julai 2012
Hendak Bayar Solat Tertinggal Dengan Bayar Fidyah ?
Seorang lelaki 60-an yang agak uzur, ditemani isterinya datang ke satu pejabat untuk membayar zakat fitrah diikuti dengan zakat harta. Dari segi perwatakannya, nampaknya lelaki ini adalah orang yang berduit juga, sebab itu dia bayar zakat harta.
Selepas zakat, dia kata hendak bayar fidyah dan meminta dikira, berapakah jumlah fidyah yang perlu dibayar. Soalannya begini..
"Saya tak berpuasa dalam 20 tahun dan tidak sembahyang lebih 20 tahun". Kata lelaki itu pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Sebenarnya, fidyah hanya boleh sebagai ganti puasa sahaja tetapi bukan untuk menggantikan solat yang tertinggal. Untuk menggantikan solat yang ditinggalkan itu, tidak boleh sama sekali. Telah sepakat 4 mazhab fiqah yang menyatakan bahawa solat itu hendaklah diqada, bukan boleh ditebus dengan bayaran wang ringgit.
Berapa Kali Tertinggal Solat ?
Soalan seperti ini mungkin akan ditanya kerana orang yang tidak mengerjakan solat begitu lama, biasanya terlupa berapa kali solat yang ditinggalkan. Bagaimanapun, seseorang itu hendaklah seboleh-bolehnya melakukan qada ini sehingga satu masa dia akan merasai qadanya itu sudah menyamai atau melebih waktu solat yang ditinggalkan itu. Insyaallah pintu taubat akan terbuka.
Ibubapa Tak Solat
Pernah saya diajukan soalan seorang anak untuk membayar fidyah puasa ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia. Jawapannya, Solat tidak boleh dibayar dengan fidyah, puasa sahaja yang boleh.
Saya beritahu pada anaknya supaya anaknya sendiri mengerjakan solat dan menghadiahkan pahala itu kepada ibubapanya. Kedua, menggunakan wang peninggalan ibu bapa untuk wakaf dan sedekah untuk ibu bapanya. Ketiga, membuatkan haji dan umrah jika belum dilakukan semasa hidup ibubapanya. Seterusnya membuat amal ibadat lain yang difikirkan perlu.
21 Julai 2012
Pekerja Restoran Mamak Nak Nikah Orang Melayu
Salam Ramadhan....
Hari terakhir sebelum puasa, saya di restoran mamak semalam, menjamu teh tarik dan 2 keping roti canai. Itulah sarapan saya hampir setiap pagi dan kalau tak minum teh tarik, kepala ada pening sikit. Kalau orang buat teh tarik yang tak sedap pun, pening jugak.
Tengah minum tu, seorang mamak pekerja restoran tu tanya saya satu soalan.
"Abang kerja pejabat urusan kawin ker ?" Tanya mamak tu.
"Yer, ada apa ?" Jawab saya.
"Saya mau kawin orang sini lepas raya. Macam mana lagi proses ?". Tanya dia lagi.
Saya jawablah dan terangkan serba sedikit. Dia umur awal 30-an masih bujang, muka macam Hindustan, hidung mancung, dari Kerala India, sudah kerja di sini lebih 2 tahun. Tambang dia balik ke Kerala dalam RM 400 sehala kalau naik Air Asia.
Bila saya terangkan, rupanya dia dah buat urusan pernikahannya sendiri. Rasa dalam 80 persen beres dan tunggu masa saja nak nikah. Gadis pilihan dia tu 20-an, orang Melayu, bukan mamak, orang Kluang. Keluarga perempuan katanya bersetuju. Tahniah.
SELAMAT PENGANTIN BARU.
20 Julai 2012
Rahsia Bahagia Dengan Tiga Orang Isteri (Episod 2)
Seorang Dalam Ratusan Ribu
Kisah ini bukan selalu kita jumpa, mungkin seorang dalam ratusan ribu orang. Yer ler, isteri ada tiga tapi bahagia. Dan berapa ramai yang beristeri 3 atau 2 tapi gaduh memanjang. Yang isteri seorang pun asyik tak bahagia jer pun ramai. Tapi kawan saya ni yang saya letak nama dia Osman (bukan nama sebenar) dia kata dia bahagia. Saya percaya apa yang diceritakan, sepanjang saya kenal dia, dia seorang yang jujur.
Apa Rahsia Bahagia Dengan 3 Isteri ?
Okey, dia nikah isteri kedua, bukan senyap-senyap tapi masa meminang dan majlis akad nikah, isteri pertama dia turut serta. Meminang dan bernikah ketiga pun, isteri pertama dan kedua pun ada sama.Soalnya, bagaimana isteri pertama dia jadi macam tu.
Tak mustahil ada isteri yang kat luar tu terus labelkan isteri pertama ini 'bodoh' atau macam lembu cucuk hidung. Ada yang kata, benda lain boleh kongsi, tapi suami tak boleh kongsi sama sekali. Isteri yang macam ni termasuklah isteri pak ustaz sekali, isteri Kadi, no komenlah, hehehe.
Okey, tulisan saya kali ini nak bongkarkan rahsia, apakah rahsia isteri pertama dan kedua boleh rela dan redha yang suaminya beristeri tiga. Tapi rahsia itu bukan senang untuk dijelaskan, contohnya macam orang memancing ikan. Hari ini akhbar di Berita Harian cerita pasal memancing ikan haruan. Dulu saya 'gila' memancing sampai saya banyak lupa dunia lain. Orang boleh perlekeh saya, dia kata apa syoknya memancing, lebih baik beli ikan kat pasar saja dari duduk berjam-jam yang belum tahu ada ikan atau tidak.
Apa Rahsianya ?
Kawan saya itu cerita, dia nikah sampai 3 bukan dirancang tapi kerana ketentuan Allah Taala. Saya tanya sambil bergurau dengannya, bila nak tambah sampai 4 ? Dia tersenyum dan kata,
"Kalau itu ketentuan Allah, terimalah seadanya". Katanya.
Ceritanya, kalau hari raya, dia bergilir tahun hendak beraya ke mana tahun ini. Kalau tahun ini beraya ke rumah isteri pertama, maka isteri kedua dan ketiga pun akan ikut sama beraya di situ bersama anak-anak. Kawan saya ni ada kereta MPV yang taklah berapa mahal tapi muatlah 3 orang isteri.
Yer Ler, Rahsianya Apa ?
Kawan saya ini cerita, dia kalau berada di rumah, sepanjang masa solat berjemaah dengan isteri, tak kira isteri pertama, kedua atau ketiga. Juga kalau ada ceramah atau kuliah agama di masjid dan tempat lain, dia bawa isteri dia bersama. Itu saja rahsia dia sebenarnya. Bukan benda pelik atau guna ilmu yang tak tentu arah.
Kata kawan saya ni, dia solat berjemaah dan pergi ceramah agama bukan untuk kawin lebih, bukan. Itu adalah antara fadhilat tambahan solat berjemaah dengan isteri yang tak dibicarakan dalam kitab, juga tiada dalam kuliah takmir masjid.
Kata kawan saya ni, dia solat berjemaah dan pergi ceramah agama bukan untuk kawin lebih, bukan. Itu adalah antara fadhilat tambahan solat berjemaah dengan isteri yang tak dibicarakan dalam kitab, juga tiada dalam kuliah takmir masjid.
SEKIAN
Episod 1, klik sini
Episod 1, klik sini
18 Julai 2012
GEMPAR.... Anak Tangkap Ibu Tengah Khalwat
Berlaku satu kes, di sebuah rumah, anak tangkap emaknya sendiri dengan seorang lelaki warga asing di rumahnya. Emaknya berusia 50-an, punyai 5 anak yang dah besar-besar. Lelaki warga asing itu usia akhir 20-an. Manakala anak lelaki yang menangkapnya itu umur 20-an, anak bongsu dari 5 adik beradik.
Kejadian pada jam 8.50 malam itu, anak pulang ke rumah dan mendapati ibunya bersama lelaki lain di rumah. Anak menangkap lelaki dan memanggil jiran dan menghubungi penguatkuasa Jabatan Agama Johor.
Hasil soal siasat, emaknya adalah ibu tunggal yang kematian suami 7 bulan lalu. Emaknya kerja sebagai pembantu pejabat manakala warga asing itu adalah buruh ladang. Rumah itu hanya didiami oleh emak dan anak lelaki ini saja, manakala adik beradik lain sudah berumahtangga dan tidak tinggal di situ.
16 Julai 2012
Gaji Cukup, Makan Cukup.... Tapi Kepala Ada Sakit Bos
Lebih seminggu yang lalu, masuk berita di akhbar Sinar Harian Edisi Johor pasal serbuan dan tangkapan kes pelacuran di Kluang. Edisi internet tak masuk berita ni. Dalam kes itu, seorang lelaki Bangladesh bekerja di sebuah bengkel di Kluang ditangkap bersama seorang pelacur bukan Islam berumur 41 tahun.
Yang menarik dan kelakarnya kes ini, bayarannya cuma RM 20 saja. Ini termasuklah servis baik dan hotel sekali, bersekalilah dengan katil, tilam, kipas dan tandas. Kira RM 20 tu kira murah sangatlah. Tak mustahillah kalau bangla tu pelanggan tetap, sebab tu dapat diskaun durian runtuh.
Lagi satu.. ni bukan nak mengumpat atau mengata. Perempuan pelacur tu dah umur tua dan dalam bahasa yang senang orang faham 'tak menarik lansung'. Tapi bagi Bangla tu, menarik ker tak menarik, itu bukan soal.
Cerita Kedai Kopi
Keesokan hari, selepas keluar berita di akhbar tu, ada seorang kawan saya tanya saya kes tu. Dia tergelak juga.
"Betul ker bayaran pelacur tu 20 ringgit ?". Tanya kawan saya tu.
Betullah tu, dah memang bayarnya RM 20, pelacur kata begitu, pelanggan pun kata begitu. Lepas tu kawan saya cerita, begini....
"Kawan saya kontraktor, ada ramai juga pekerja Bangla" Cerita kawan saya tu.
Bila dia cerita permulaan menarik tu, semua 4 orang yang ada di situ termasuk saya, terdiam dan nak dengar apa cerita lanjut.
"Masa dapat gaji tunai, kontraktor tu tanya pada pekerja Bangla tu. Gaji cukup ? Cukup bos, kata Bangla tu. Makan cukup ? Cukup bos, kata Bangla tu. Tapi bos...." Cerita kawan saya tu lagi.
Bila cerita 'tapi bos', maka makin menarik cerita tu dan semua pasang telinga dan nak tahu, apa penghujung cerita ni.
"Tapi satu jer Bangla tu cakap. Gaji cukup, makan cukup, tapi kepala ada pening. Kontraktor tu tanya apasal kepala pening ? Jawab Bangla tu, sudah dua tahun tak jumpa bini kat Bangla". Cerita kawan saya tu.
"Kalau itu macam, bila bila mau balik Bangla ? Tak kisahlah kalau nak balik Bangla, nanti susah mau kerja, kepala ada sakit". Cerita kawan saya tu.
Kita orang yang dengar ni tergelak juga. Memang dah tahu cerita-cerita macam tu, tapi bila ada orang cerita lagi, lebih menguatkan lagi.
13 Julai 2012
Lelaki Umur 46 Baru Bernikah, Tapi Tak Kekal Lama
Lelaki ini umur 46 tahun baru bernikah. Dulu dia memang belum pernah bernikah atas alasan sibuk bekerja dan tak berapa kisah untuk bernikah.
Dia bertemu jodoh dengan janda berusia muda iaitu 21 tahun dan mempunyai seorang anak. Janda ini bernikah kali pertama pada usia 16 tahun, kemudiannya bercerai selepas 2 tahun berumahtangga.
Jodoh lelaki umur 46 dan 21 tahun ini tidak lama. Dua bulan sahaja selepas bernikah, rumahtangga mereka bergoncang, akhirnya mengambil keputusan bercerai di Mahkamah Syariah pada tahun 2011. Pasangan ini tidak dikurniakan anak.
"Ada hasrat nak nikah lagi ker ?" tanya Kadi.
"Buat masa ini, tidak. Saya masih hendak cari ketenangan untuk melupakan kisah duka saya kerana kegagalan perkahwinan itu " Kata lelaki ini.
12 Julai 2012
Stokin Pakai Buang ?
Semalam saya ke sebuah kedai jual barang 2 ringgit. Kat kaunter tu ada seorang lelaki Melayu, rasa umur dia dalam 20-an dan masih bujang. Dia beli stokin putih harga 2 ringgit. Lepas tu saya dengar perbualan dia dengan tauke dan pembantu kedai tu.
"Apa pasal you selalu beli stokin sini ?" Tanya tauke Cina perempuan tu.
"Saya beli stokin seminggu sekali. Lepas pakai seminggu, saya buang" Kata lelaki Melayu tu.
Lepas tu ada pembantu kedai Melayu tu menyampuk.
"Ohhhh, kira pakai buanglah ni yer. Tak apalah, harga 2 ringgit seminggu, tak mahal". Kata perempuan Melayu tu.
Saya jenguk sekali lagi dan memang yang dibeli tu stokin, bukan benda lain. Mula macam hairan tapi lama-lama, saya dah tak hairan dah. Kelakar pun ada, hehee.. Tapi seminggu sekali, stokin dia tak berbau sangat ler. Jadi tak payahlah dia basuh, buang dan beli seminggu sekali.
11 Julai 2012
Makanan Apa Paling Best ? Kereta Apa Paling Best ?
2. Kereta paling best ? Jawapannya : Van jenazah. Lepas kena tangkap pencegah maksiat ler tu.
http://www.youtube.com/watch?v=haHPjMfxMso
http://www.youtube.com/watch?v=haHPjMfxMso
Namanya Khalil, Mengaku Imam Mahdi
06 Julai 2012
Saya Jadi Tauke Restoran Mamak (Episod 2)
Sungguh menghairankan, dan seakan tidak percaya pulak. Saya sedaya upaya mahu bangun dari sedar. Yer, memang saya pernah ada cita-cita hendak jadi tauke restoran. Tapi sekadar cita-cita saja. Dulu ada orang tanya saya, apa niaga paling baik dalam ekonomi yang mencabar sekarang. Saya jawab, niaga restoran. Orang tu tanya, restoran konsem macam mana ? Asam pedas ker, briani ker atau tomyam ker ?
Saya jawab, 'restoran mamak'. Lepas tu orang tu gelak kat saya. Pertama, orang yang tanya tu dia bukan mamak. Kedua, orang tu memang tak suka makan kat kedai mamak. Tapi saya jawab betul, serius dan bukan melawak. Kata saya, kedai mamaklah yang banyak untung terutama yang beroperasi 24 jam. Musim bola Piala Dunia atau Euro lagi ramai pelanggan kedai mamak.
Ermmm... itu cerita lain. Tapi sekarang saya jadi tauke ? Tak lama kemudian, pintu bilik saya diketuk.
"Abah.... bangun, dah pukul 7". Suara anak saya dari luar bilik.
Saya terjaga, rupanya saya terlelap lepas subuh tadi. Rupanya saya mimpi tadi. Yer, hari itu hari Khamis, pergi kerja kena pakai baju batik. Itu yang mimpi pakai baju batik tadi. Mimpi rupanya. Kelakar pun ada.
Pagi tu, saya cerita kat kawan saya, dia pun tergelak besar. Dia ingat saya saja buat cerita lawak, tapi ini cerita betul, cerita pasal mimpi. Lepas tu dia cakap, saya akan murah rezeki lepas ni, hehehe. Kata dia, kalau saya berniaga kedai makan, insyaallah saya berjaya. Ermmmm... walaupun itu mimpi, tapi saya masih teringat cerita tu sambil tersenyum.
SEKIAN.
Janda 51 Nikah Lelaki Bujang 35 Tahun
Jodoh dan pertemuan ditentukan oleh Allah Taala, kita hanya merancang dan memasang cita-cita. Hari ini Jumaat yang mulia ini, bernikah satu pasangan lelaki bujang umur 35 tahun dengan wanita janda 51 tahun yang sudah punyai 3 orang anak. Lelaki kerja swasta dan manakala perempuan pembantu kedai.
SELAMAT PENGANTIN BARU DIUCAPKAN.
05 Julai 2012
Saya Jadi tauke Restoran Mamak
Saya duduk di meja paling hampir dengan kaunter bayaran sebuah kedai mamak. Masa tu saya pakai baju batik dan seluar slack serta berkasut. Saya minum tek tarik dan 2 keping roti canai sambil baca akhbar.
Lepas tu datang mamak di kaunter tu sambil bawa buku besar. Dia selak buku tu dan tunjukkan pada saya tentang duit keluar masuk perniagaan kedai makan tu.
"Bos... ini buku perbelanjaan keluar masuk. Semalam saja untung RM 24,000" Kata mamak tu sambil tunjukkan dengan tangan. Saya tengok dengan penuh minat.
Dalam hati saya, wahhh.... banyaknya untung, 24,000 sehari saja. Tapi masa bila pula saya ni tauke ? Saya bukan tauke, saya datang kedai tu untuk minum saja. Rasanya mamak yang datang tunjukkan penyata itu baru kerja dan sebelum ni tak nampak dia. Mungkin dia salah orang, dia ingat saya bos dia kot ? Tapi kenapa yer ?
Kenapa ? Ker tauke dia muka sebiji macam saya ? Entah....
03 Julai 2012
Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 72)
"Ustaz... hubungan Man dengan Cikgu Syikin nampaknya sudah retak dan berkecai. Dan Cikgu Syikin mahu peminangan itu dibatalkan. Ini semua kerana peristiwa di angsana semalam. Man malu ustaz, Man malu..". Kata Man.
"Tapi semua persiapan sudah dirancang Man. Kenapa buat keputusan batal itu secara mengejut ? Kenapa tak teruskan saja ? Bergaduh itu perkara biasa dan boleh reda". Kata Khalil.
(Tulisan ini telah dikeluarkan dari blog ini kerana telah terbit novel bertajuk 'Cinta Mat Burger'. Boleh didapati di Kedai Buku Popular seluruh negara dengan harga RM23.90. Boleh juga dapat dari saya dengan harga RM30.00 termasuk kos poslaju. Hubungi saya : 0197526122 whataps)
Langgan:
Catatan (Atom)


































