Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Ogos 2010

Hati-hati Pelaburan Pokok Kurma ?

Beberapa hari lepas, saya berkunjung ke sebuah masjid di sebuah kampung dalam sesi lawatan kerja. Berbual dengan orang-orang sana, waktu makan kurma, seorang tu kata sekarang ada peluang baru untuk menjana pendapatan lumayan iaitu tanam kurma.

Bolehkah kurma ditanam di negara kita ? Sesuaikah cuacanya ? Pernahkah orang lain tanam di negara kita ?.... Itulah antara soalan-soalan yang saya tanya sebab tajuk itu menarik perhatian saya juga. Yang cerita tu orang kampung yang ada kebun sawit, getah dan tanaman-tanaman lain. Jadi bila ada satu yang baru ni, maka mereka berminat sebab mereka selama ini pun berkebun.

Orang tu kata, sepokok benih pokok kurma ini harganya RM 800 setiap satu jadi kalau 50 pokok harganya RM 40,000. Yang kendalikan ni satu syarikat perladangan yang menawarkan kepada orang kampung siapa yang berminat. Syarikat ini kata, kalau ada pokok mati atau tak berbuah, syarikat akan bertanggungjawab dan ada insuran. Syarikat juga akan membiayai pengurusan dan kepakaran lain termasuk pemasaran. Yang orang kampung perlu sediakan adalah tanah dan duit sebagai modal. Katanya, dua tahun setengah akan mengeluarkan hasil. Lepas ni, tak payah import dah kurma ni dari negara Arab, kat Kluang pun dah ada.

Saya tanya dia, bolehkah kurma ini ada harga tetap seperti sawit dan getah ? Sedangkan orang kita makan kurma hanya bulan Ramadhan saja. Orang tu jawab, lepas ni orang kita akan makan kurma hari-hari macam orang Arab. Orang ni yang dah menunjukkan minat nak masuk dan akan kumpul seberapa ramai orang kampung kata, ini teknologi terkini dari Thai. Katanya di sana dan ada ladang kurma.

Yer ke ni ?

Pada sayalah, orang kampung jangan cepat tertipu. Betul ke syarikat ni, ke nak menipu saja, kutip duit orang kampung lepas tu lesap. Atau kutip duit, lepas tu diberikan benih kurma ni yang harga 800 sepokok tu. Lepas tu, entah-entah tak keluar buah atau mati, syarikat ni dah tutup, cukuplah setakat tu, syarikat dah kaya, belahlah.

Teknologi Thai, betul ke. Ke saja buat cerita je, tapi mungkin juga ada betul, tapi apa kaitannya dengan syarikat ni ? Faktor cuaca kena ingat, negara kita bukan macam negara padang pasir yang panas, kering dan sedikit saja hujan. Entah-entah kurma ni tak tahan hujan, ada penyakit selsema pulak dia nanti.

Pasaran kurma pula. Janganlah senang-senang nak ubah budaya orang Melayu. Orang kita petang-petang makan goreng pisang, kalau Mersing dan Terengganu makan keropok lekor, boleh ke nak ubah makan kurma ? Jadi kalau boleh keluar hasil pun, pasarannya tak ke mana.

Tak Payah Tanam, Beli Pun Dah Untung

Ok, bulan Ramadhan saya beli kurma dalam RM 20 jer. Jadi setahun dalam RM 20 ler, bulan lain tak beli kurma pun. Jadi kalau modal RM 800 di bahagi dengan 20, dapat 40 tahun. Maknanya dengan modal RM 800 yang orang tu kata harga sebatang benih pokok kurma, kalau setahun RM 20, ambil masa 40 tahun saya boleh beli kurma. Jadi, tak payahlah beli benih tu mahal-mahal, simpan duit tu untuk 40 tahun boleh beli kurma.

Melayu Jangan Mudah Tertipu dan Terpedaya

Sayangilah duit anda, jangan mudah nak melabur pada perkara yang kurang jelas, meragukan dan yang orang lain belum pernah cuba. Sebelum ni, di Kluang dan beberapa kawasan lain terutama kawasan Felda dan kampung, ada penipuan sendikit 'geran tanah' kira-kira dua bulan dulu. Akhirnya mereka ini semua sedar kena tipu. Jadi bila ada 'pelaburan kurma' ini saya mintak semua berhati-hati dan saya lebih kepada tak percaya. Cukuplah orang kita kena tipu sebelum ini dalam pelaburan lintah, ikan arowana, ikan keli, kayu gaharu, cacing, rumpai laut, geran tanah dan lain-lain lagi.

7 ulasan:

  1. Bhai Tuan Kadi...

    Biar betul kurma nih boleh berbuah kat Malaysia... kat Kemaman nih... MPK dah tanam banyak dah.. dah lama pon... tue depan bangunan Kemaman Center Point tue ader 5 pokok kurma... tapi tak pernah berbuah atau berputik pon.... ini mesti kes skim cepat kaya nak menipu nih...

    BalasPadam
  2. Salam,

    Rasa hormat saya pada ustaz & insan2 yang berjaya mengawal nafsu haloba serta sesungguhnya menggunakan akal kurniaan Allah SWT untuk berfikir sebaiknya.

    Soal nak cepat ni selalu membawa musibah (dalam hal ni pasal nak cepat kaya). Saya secara peribadi sejak dahulu hingga kini asyik disuakan dengan macam-macam skim , macam-macam plan, macam-macam jenis dan corak perniagaan yang kesemuanya menjanjikan 'cepat' + 'segera'.
    Alhamdulillah saya tidak gelap mata kerana pada saya tiada jalan mudah untuk menjadi kaya melainkan melalui perwarisan atau melalui hasil usaha perniagaan sendiri atau golongan seperti ustaz yakni bekerja dan bijak dalam hartanah, dagangan saham dan usaha2 halal lain.

    Dari pengalaman saya, mereka yang mengajak kita menyertai skim2 ni memang ibarat kata "cakap tak guna, pukul tak kena". Dia saja betul. Cerita juta2 habuk pun takda lepas minum kita bayarkan, balik tumpang kereta kita lagi. Ada yang datang guna kereta mewah kata dah berjaya, semuanya dah..bila kita tak mau join mula tarik muka..tapi tak berapa bulan nampaknya kereta mewah entah ke mana...jumpa kita dah malu-malu kucing..haha

    Buat peringatan semua yang ada kesedaran, kini di JB (tempat lain saya tak tahulah) ada satu lagi skim. Skim yang ni bunyinya beriman sikit iaitu "SKIM DERMA", tapi katanya nasib2 yang derma tu boleh dapat RM1juta ..haha..best kan derma zaman sekarang? Yang menganjurkan dikenali sebagai Pak Long duduk di Kempas katanya orang kuat satu sykt MLM. Bersungguh-sungguh kawan saya ni cari kawan-kawan ajak 'derma' dan seperti biasa bila kita menolak maka jadi musuhlah...

    Harapan saya agar janganlah kita mudah terpedaya dengan dakyah nak cepat kaya ni, kalau duit dah banyak sekali pun simpan2lah untuk masa depan atau menuntut ilmu buat duit cara benar dengan Ustaz Khalil kita ni. Banyak contoh kehancuran disekeliling kita akibat perasaan haloba ini sampaikan yang berhutang dengan bank berpuluh ribu pun ramai yang saya jumpa dan kini asyik kata menyesal. Apa kata pepatah "sesal dulu pendapatan, sesal....." sila sambung...

    wassalam

    BalasPadam
  3. Salam Ramadhan,

    Seperti yg encik Sulaiman Akhlaken (teringat cerita P.Ramlee) katakan memang ada benarnya. Tiada kekayaan yang datang dengan mudah melainkan diwarisi atau perniagaan sendiri yang berjaya.

    Seperti post yang al-Ustaz berikan, kes sebegini sememangnya sudah lama wujud. Dari menternak keli, menjual mesin jahit, menternak cacing, lintah, perangkap minyak dan sekarang ni pokok kurma pula. Semuanya ini didalangi oleh mereka yang yang nak kaya cepat dengan cara memanipulasi fakta agar cerita-cerita indah mengenai KAYA, MEWAH dan BERHARTA mengelabukan mata insan yang terdesak inginkan kesenangan. Tokei-tokei kes sebegini sebenarnya lupa perumpamaan hidup ibarat roda.

    Tetapi jika di lihat dari sudut positif pula, ia sebenarnya memberi jalan kepada satu arah perniagaan yang boleh diteruskan mengikut plan mereka sendiri. Lupakan kisah tokei lari, mereka yang tertipu oleh kes sebegini wajar memikirkan 'plan B' sekiranya mereka terkontang kanting bersama hasil yang tidak dipasarkan.

    Sebagai contoh, berusaha untuk memasarkan mengikut cara sendiri. Jangan gusar kalau orang kata kena pecah monopoli kalau nak masuk market sesuatu kawasan. Persoalannya sekarang, siapa yang ada kuasa membeli? Pemborong atau rakyat? Jadi janganlah berurusan dengan pemborong sekiranya mereka berlagak sangat dan nak ambil murah sahaja. Terus sergah rakyat jelata biar semua terperanjat dan ternganga tengok harga yang jauh lebih menarik yang anda sajikan di depan mata mereka. Confirm pemborong malu-malu kucing dan nak meminta bekalan dengan harga yang lebih menarik supaya tak ada siapa yang 'potong line' perniagaan mereka. Mereka juga insan biasa, bukannya tuhan.

    Bayangkan jika ada pula skim tanam pokok tebu selepas ini. Sekiranya konsep 'plan B' tadi di adaptasikan termasuklah pemprosesan, tak mustahil ianya boleh menggugat takhta raja gula negara.

    Namun malangnya, tidak ramai yang benar-benar 'kaya' selepas terpedaya dengan kes-kes sebegini.

    BalasPadam
  4. cadangan yg bernas mr.din...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kurma hanya kan masak dalam musim summer di negara2 arab bila temperature sudah melebihi 40degree. dinegara2 hutan hujan tropika macam malaysia yg menerima hujan 300hari setahun, pokok kurma ini akan tidur terus.

      Padam
  5. Berhajat tanam POKOK KURMA sendiri di RUMAH @ DUSUN @ PREMIS PERNIAGAAN anda…?

    Sila lawati http://cnccrew.blogspot.com

    :-)

    BalasPadam
  6. Untuk bekalan kurma di luar bulan puasa. sila datang ke kedai saya Berkat Sauda Supply Kluang. www.berkatsauda.blogspot.com

    BalasPadam

Dipersilakan komen.