Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 November 2011

Jawab Salam, Punca Kena Tangkap Dalam Kedai Nombor Ekor

Mulanya ingatkan lelaki ini bukan Islam pergi beli nombor ekor. Yer le, kita orang Melayu tahu bagaimana muka Melayu tapi orang ni bukan macam muka Melayu. Lelaki ini pula buat rilek saja walaupun dia syak penguatkuasa sedang adakan operasi dalam kedai tu.  Bagaimanapun, dalam kedai tu, seorang penguatkuasa beri salam pada orang tu.

"Assalamualaikum". Kata penguatkuasa tu. Kemudian lelaki berbaju hitam memakai topi keledar tu jawab.

"Waalaikumsalam". Jawab lelaki tu.

Mungkin dalam hati dia terfikir yang beri salam hukumnya sunat tapi jawab salam hukumnya wajib. Lepas tu lelaki tu kena tangkap oleh penguatkuasa. Dia meronta tapi gagal melarikan diri. Dia jawab salam tu, mengesahkan dia orang Islam. Bila diperiksa penganalan diri, memang betul dia Islam dan boleh ditangkap.

Begitulah operasi judi di daerah Kluang yang saya ikut petang tadi. Seramai 6 orang lalaki ditangkap kerana membeli atau berada dalam kedai judi. Kes akan dituduh di mahkamah syariah di bawah seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dalam tempoh terdekat yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali.

6 ulasan:

  1. usaha yang bagus.. benteras judi..judi bukan untuk org islam

    BalasPadam
  2. Bunyinya macham mencadangkan ,sekira berada ditempat terlarang !,jangan jawab salam.

    BalasPadam
  3. Dua soalan untuk tuan kadi.

    1. Kenapa penjual nombor ekor tak kena tangkap ? Ini tidak adil. Penjual dadah dan pembeli dadah keduanya kena tangkap. Tak ada pula mana-mana pihak bantah.

    2. Ustaz juga yg kata 90% pelanggan nombor ekor adalah orang melayu. justru mengapa tidak tutup saja kedai nombor ekor ni ? Setau saya agama lain seperti hindu, budha, yahudi, kristian juga mengharamkan judi. Penganut agama lain pasti bersetuju jika tutup kedai judi.

    Menangkap orang melayu yg masuk kedai judi tidak menyelesaikan masalah ketagih judi.

    BalasPadam
  4. Tu le ustaz dah buka rahsia .. Nanti yang2 berkenaan sengaja x jawab salam & silap haribulan lagak mcm org bisu pula. (maaf ye ustaz , gurau aje)

    Memang Nabi saw suruh kita sebarkan salam . Kesannya sangat mendalam & dlm bahasa jermen 'powerful'.

    So, sebarkanlah salam & senyum. Klu tak dibalas, berlapang dada .

    tok

    BalasPadam
  5. Menjawab soalan diod...

    1. Penjual tak kena tangkap sebab dia bukan Islam.

    2. Menutup kedai judi bukan dalam bidangkuasa kadi.
    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  6. slm
    semasa di beijing ramai penjaja islam (ada tanda), so nak pastikan sya beri slm, alhamdullilah yg menjawab sangat teruja bertemu saudara seagama dari malaysia - yg sedihnya ada pulak yg tengok kita atas bawah sebab takut kita bkn islam sebab rupa & pakaian (sya lelaki - perempuan pakai tudung xada masalah)so kalau melancong di beijing tu pakailah kopiah insyaaalah ramai yg beri slm

    BalasPadam

Dipersilakan komen.