Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Julai 2010

Boleh Ker Nak Tarik Laporan Terhadap Suami Saya ?

Perbualan telefon :

"Tuan Kadi, boleh ker saya nak tarik balik laporan terhadap suami saya ?". Kata Puan Zie.

"Laporan apa tu". Kata saya. Mulanya tak berapa kenal, perempuan mana yang telefon tu.

"Dulu tu yang saya jumpa tuan kadi, pasal suami saya tu...". Puan Zie.

"Oh... yang tu. Baru saya ingat. Tapi dah buat laporan mana boleh tarik balik". Kata saya.

"Boleh tuan, macam kita report polis, lepas tu kita tarik balik, kan boleh". Kata perempuan tu.

"Itu lain puan, ini kes syariah lain dengan kes sivil. Mana boleh tarik balik. Lagi pun kes dah bukak fail siasatan, tunggu nak dakwa ke mahkamah jer ni". Kata saya.

"Tolonglah tuan Kadi, kalau suami saya kena dakwa, nanti jejas kerja dia pulak. Nanti boleh kena buang kerja".Puan Zie.

"Itu saya tak tahulah, buang kerja ke tak buang kerja itu hak jabatan dia, kami cuma dakwa di mahkamah. Terpulanglah pada ketua jabatan dia, sama ada nak ambil tindakan atau tidak.....

Tapi puan, kes ni dulu kenapa puan mengadu. Dulu, penguatkuasa lambat sikit ambil tindakan, puan juga yang bising-bising. Tapi bila dah nak dakwa,puan pulak mintak tarik kes. Kenapa puan ?" Tanya saya.

"Mintak maaflah tuan kadi, dulu memang saya yang mengadu. Tapi lepas tu saya kesian pulak tengok suami saya......." Kata puan Zie, kemudian bunyi suara dia menangis dalam telefon.

"Puan. Macam nilah. Kes ini hanya kuasa pendakwa Syarie di Johor Bahru saja yang boleh tarik balik kes, ini bukan bidang kuasa saya. mintak maaflah puan". Kata saya.

"Yer tuan kadi, saya faham. Kalau tak boleh tarik kes tak apa lah, saya juga yang salah dulu. Mintak maaf tuan". Kata Puan Zie.

Soalan saya:
Apa masalah Puan Zie sebenarnya ? Tolonglah jawab. Tak tepat pun tak per...hehehe

10 ulasan:

  1. Salam, saya cuba jawab Tuan Kadi,

    Ni kemungkinan2nya :

    1. dia dah mengidam "Teh Tarik Spesel Kadi"
    2. saja dia nak amati suara "gantang" Kadi Kluang
    3. dia baru lepas makan sardin dan nak Tuan Kadi tau

    Yang ni jawapan yg serious sikit :

    1. dia dah berbaik semula dgn suami dia
    2. rayuan dia ni selepas "second thought" iaitu lepas marah dan geram dia reda serta lepas berfikir panjang
    3. dia dah faham maksud peribahasa ni "ikut hati mati, ikut kata binasa"

    kalau agak2nya ada diantara jawapan ni yang munasabah, saya nak merasa ayam panggang dari dapur 'apollo' Tuan Kadi, ayam saya bawak..haha

    BalasPadam
  2. Terlajak perahu boleh di undur terlajak report tggung sndiri....

    BalasPadam
  3. Biasalah perempuan, payah nak kawal emosi. Dah kena begini, tak guna menyesal. Patut perempuan kena kawal perasaan, kalau marah kat suami pun janganlah nak babitkan pihak lain.
    ...Zul

    BalasPadam
  4. Salam Ustaz,

    Taakulan saya :-

    1. Si suami ada hubungan dengan wanita lain - sehingga tahap berada di dalam rumah wanita tersebut secara berdua-duan
    2. Bertindak atas rasa marah, si isteri bertindak membuat aduan ke pejabat agama supaya si suami ditangkap khalwat
    3. Si suami tertangkap akhirnya
    4. Dibawa ke pejabat agama, dan dijamin oleh si isteri
    5. Si suami (KONON NYA) dikatakan bertaubat, mohon supaya isteri batalkan aduan, kerana akan menjejaskan kerjaya / kehidupan.
    6.Kesian punya pasal,si isteri pun telefon la Ustaz..minta jasa baik..

    Begitulah segelintir lelaki, sudah terhantuk barulah terngadah..itu pun tak tau la betul2 insaf atau tidak..

    Begitulah segelintir wanita, walaupun diperlakukan macam tak berguna oleh suami, tetapi kerana sayang, masih sanggup melakukan apa sahaja demi mereka..

    ~ Dee

    BalasPadam
  5. Masalah siisteri nih berkait rapat dengan umur dan latar belakang dirinya. Dia mungkin anak manja dan tak pernah diajar urusan di dapur dan apatah lagi ilmu berumah tangga.
    Mungkin dia perasan dia terbaik dan pandai segala. Sisuami mungkin kacak berjawatan, tapi ada banyak kisah silam yang tidak menarik yang dia tahu.
    Sisiteri mungkin mengandaikan ia akan jadi permaisuri, yang tidak perlu buat urusan rumahtangga termasuk membasuh, berkemas rumah dan lain-lain. Di luar atau di pejabat dia mungkin mula merasa dia bagai mak datin kepada orang besar-besar. Mungkin belajarnya pun tak habis lagi maklumlah pengjian PJJ.
    Kisahnya mungkin bermula dari tempat tidur, atau kena tampar2 di punggung dan pipi. Adalah bekas cubitan merah sebab kulit putih. Mungkin tidak pernah bergurau sebab anti sosial maka perilaku suami dianggap mendera dan memperkosa. Pulanglah dia ke kampong mengadu hal pada bapa dia yang juga pernah cerai berai, maka dinasihatlah buat repot polis dan ambil gambar kesan-kesan lebam dan didahkan pula oleh klinik kampong yang dah kurang pelanggan. Di pejabat nya ketua jabatan pula carikan lawyer yang belajar di Azhar 9 tahun bidang berfume, keleksi baju ketat dan maskulin.
    oleh kerana kuatnya agama, maka dia pun pergilah berubat kononya suaminya dipengaruhi oleh raja segala jin yang dimiliki oleh keluarga ibu bapa, adik beradik suami juga bekas2 guru suami. Dari sorang bomoh jin ke bomoh jin yang lain yang ke semua boleh nampak jin dan membenarkan sanggahannya.
    Dalam waktu yang sama banyaklah kisah jin yang dibaca, dan dia pun nak dapatkan ijazaha daripada penulis buku jin tersebut, kerana konoonnya akidahnya sangat hebat sedangkan suaminya itu sesat. Maka dalam masa yang sama dia nak minta taklik. Dalam diam lari meninggalkan rumah dah masuk bulan ketiga. Mengemislah lah dirumah saudara mara menunjukkan kedaifan diri ibarat diseksa suami. Akirnya setelah puas tidur menumpang atas tikar mengkuang, maka berlakulah episod seterusnya...
    Ramadhan nak sampai, suami buat tak layan jer(kalau ikut kes dah boleh kira nusyuz) maklumlah penasihatnya abang kandung yang belajar di Mesir konon mengaji ratusan kitab fesyen. Bila dah kena buat sendiri segala hal kesana ke mari dengan teksi dan bas, barulah tergedik2 nak kembali kepada suami.
    Maka aduan yang dah dibuat ke mahkamah nak ditarik balik, alasan kesian pada suami. sebenarnya muka tak malu, dan jenis pompuan tidak sedar diri dan tau diuntung. Benda kecil dalam rumahtangga pun dibesar2kan konon nak selamatkan akidah.
    Yang dok lari merempat dan mengadu dumba kepada semua orang tuh, barangkali ajaran emak bapak dia yang 'almost confusing him self'.
    Kesalnya siisteri nih hanya sementara. Bila dah kembali pada suami maka dia akan buka kisah baru.
    Maka apakah pandangan tuan kadhi, ini trend masakini. Kawin setahun dua cerai. Orang kawin dia nak kawin, tapi macam budak tadika merengek, childish dan harapkan muka je lawa macam pau kacang merah dah sejuk.
    Jadi itulah pedoman berkahwin, kalau emak bapak pun sibuk campur tangan hal anak menantu. Bapa yang selalu mata duitan jadikan kelaurga anakmenantu berantakan.
    Jalan pintas kan senang cari bomoh, dan panjatlah pejabat suami tu mengadu pula pada ketua jabatannya agar suami/ menantu dibuang kerja. Atau minta bantuan taulan yang berpangkat dalam polis etc, mahkamah untuk cincan habis suami kalau dia tidak mahukan siisteri semula.
    Ini semua pedoman untuk pembaca, kisah yang tidah semestinya benar. Moralnya perkara titik bengiklah yang selalu membanyakkan kes di pejabat kadi, nikah dan cerai... wallahuaklam

    BalasPadam
  6. salam ustaz dan pembaca sekalian,

    Panjang nyer ulasan kt atas nie.. kepada dee, jgn la bg komen berat sebalah/bias, org prempuan nie suka sgt ikut perasaan.. bawak2 ishtigfar byk2 yer.. rambut sama hitam hati lain2.. ; )

    BalasPadam
  7. salam...
    saya bkn nak emo tp saya cukup geram,menyampah...bila wanita/isteri yg sanggup menderita,bg peluang berbelas kali kat suami...tp suami makin naik minyak..mcm kes badrul mughayat tu..eiii dah elok2 masuk court,isteri maafkan pulak..tp akhirnya...?
    kalau suami sayangkan isteri,dia takkan menyakiti mental serta fizikal isteri...walaupun sekali..!!

    BalasPadam
  8. Salam,

    Oh, saya tidak memberi komen bias, tetapi saya memberi komen berdasarkan taakulan saya yang tidak diketahui betul atau tidak.

    jika di dalam situasi sebenar, si isteri salah, maka salah la dia.itu sebab ada perkataan SEGELINTIR, maksudnya tidak semua.

    Jadi Ustaz, apa kisah di sebalik kisah nya?

    ~ Dee

    BalasPadam
  9. Isteri ini katanya dia kena tipu, kawin dengan suami orang. Dia sangka lelaki tu bujang. Lepas tu mengadu di pejabat supaya tindakan diambil kepada lelaki.

    Tak lama lepas tu datang suruh tarik balik laporan, sebab katanya dah berdamai dengan suaminya dan boleh memaafkan suaminya. Katanya dia menerima hakikat hidup bermadu.
    BEGITULAH CERITANYA....

    BalasPadam
  10. sebab tue jangan buat keputusan masa kita tgh marah...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.