Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Julai 2010

Luahan Rasa Isteri Bersuamikan Bangladesh

Salam Ustaz......
Saya juga adalah seorang gadis Melayu yang berkahwin dengan warga Bangladesh. Saya berusia 30 tahun, suami 34 tahun. Bernikah berwalikan bapa saya sendiri, dengan restu seluruh ahli keluarga pada tahun lepas dan baru dikurniakan seorang anak lelaki 2 bulan lepas.

Bila ditanya oleh orang-orang sekeliling, tidak malukah saya bersuamikan lelaki daripada negara yang kita anggap tak de kelas langsung. Saya hanya tersenyum dan menjawab -

 "suami saya seorang yang sangat baik, dia tidak merokok, tidak minum minuman keras, tidak suka melepak atau merempit, pandai mengambil hati keluarga saya, sangat menjaga agama dan rajin mencari duit. Saya sudah jumpa orang yang saya cari, cuma dia datang dalam bentuk bukan sebangsa dengan saya, namun perbezaan itu bukan penghalang kerana saya percaya, takdir Tuhan yang sebenarnya telah menemukan kami"

Alhamdullillah, suami saya rajin melayan emak saya didapur, mengikut ayah saya ke pasar dan menonton bola bersama adik2 saya. Dia disukai oleh jemaah surau kerana ringan tulang dan tidak pernah gagal memastikan dapur kami sentiasa berasap.

Kekadang saya terfikir - "jika saya berkahwin dengan bekas2 teman lelaki saya sebelum ini (melayu tentunya), adakah mereka dapat melakukan sebaik dia?"

p/s : komen ini tiada niat menghentam lelaki Melayu atau mengagungkan lelaki warga asing, kerana ramai juga bangsa mereka yang saya jumpa yang langsung tidak boleh diharap. Saya cuma bersyukur dikurniakan lelaki sebaik dia.

....Dee

14 ulasan:

  1. Salam..

    Yang baik dijadikan contoh tauladan..
    Yang buruk dijadikan iktibar sempadan..
    Tak kira bangsa sendiri ataupun asing..
    Semuanya anak cucu Tok Adam jugak...
    Carilah yang sesuai dan baik... Aamin

    BalasPadam
  2. Pn Dee,

    mudah-mudahan suami puan kekal begitu. realitinya, masih terlalu awal untuk dinilai....

    BalasPadam
  3. Alhamdudillah jika kita dapat suami macam tu..kalau dah jodoh tak de siapa sangka,buruk baik sifat seseorang bergantung pada dirinya sendiri, bukan dari segi bangsa apa...semuanya hamba Allah..

    BalasPadam
  4. tak elok perjuangkan bangsa,..elok perjuangkan agama..

    yg ada pantg larang adat bangsa..lupa agama..

    BalasPadam
  5. rugi laki melayu tak dapat kahwini gadis bangla...

    BalasPadam
  6. apa prosedur yg diperlukan untuk berkahwin dgnn lelaki warga asing??? apa yg pihak perempuan perlu sediakan??

    BalasPadam
  7. Nak tahu prosedur, kenalah pergi kursus pra-perkahwinan. Nanti akan diterangkan semua sekali, boleh soal jawab lagi.

    Orang asing tu macam-macam. Kerja sini ker, blajar sini ker, ada permit kerja ke, penduduk tetap ke. Nak kawin sini ke kawin sana. Macam-macam.

    Maaf tak jawab kat sini, panjang sangat kalau nak cerita. Lain kes, lain jawapannya.

    BalasPadam
  8. salam....
    biarlah kita hidup dlm kejian manusia,
    asalkan hidup penuh kenikmatan pada pandangan Yang Esa....
    biarlah suami seorang yang cacat atau dari mana sekalipun,asalkan dia dpt menjadi nakhoda yang dapat membawa bahtera dgn selamat ke syurga firdausi......salam

    BalasPadam
  9. Saya pun nak kawin bangla, ada kosong lagi 3 kan S

    BalasPadam
  10. w'pun sy ni lelaki melayu dan masih bujang lagi, sy sangat setuju dengan artikel di atas. bangla yang datang berkerja di sini ramai yang rajin bekerja dan kuat beribadat. sy pun tak kisah kalau ada adik perempuan sy kahwin dengan bangla, w'pun sy tahu ramai yang nak isteri melayu sebab senang dapat lesen berniaga. sy tak kisah semua asalkan dia ringan tulang dan baik dengan keluarga. yang penting pastikan dia bujang, bukan laki orang. boleh rujuk pejabat kedutaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Shah. Untung adik Shah dapat abang yang berfikiran terbuka macam Shah. Pragmatik dan yang penting berpijak di bumi nyata.

      Padam
    2. Pragmatik dan realistik

      Padam
  11. Kalau duduk sini tak ada problem,adik beradik, mak bapak boleh tengok2 kan. Kalau dah kena balik ke Bangladesh esok, di bawaknya anak perempuan kita, adik perempuan kita ke sana. Takkan tak nak bagi, Dah jadi isteri dia.
    Depan kita dia ikutla budaya kita, peganggan kita. Kat sana nanti?
    Mat Seh

    BalasPadam

Dipersilakan komen.