Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Januari 2010

Suami Bunuh Isteri ?




Lelaki yang diburu polis berhubung pembunuhan isterinya yang ditemui mati berbungkus selimut dalam almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay, Ulu Kelang pada 30 Dis lepas - ditahan di pekarangan Zoo Negara malam tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi semalam berkata lelaki berusia 37 itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam. Katanya, semasa penahanan itu, dia ditemui dalam keadaan kebingungan dan mundar-mandir di kawasan berkenaan.



Elak sertai pelaburan haram, program latihan dagangan mata wang asing: BNM


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menasihati orang ramai supaya tidak menyertai mana-mana pelaburan haram atau program latihan dagangan mata wang asing yang ditawarkan oleh individu atau syarikat. BNM dalam satu kenyataannya, berkata orang ramai kebiasaannya tertarik untuk menghadiri program pelaburan atau latihan yang menjanjikan pulangan yang segera dan besar. Katanya, modus operandi program sedemikian dengan menawarkan latihan, seminar, bengkel percuma untuk menarik pelabur, sebelum menjemput mereka mewujudkan satu akaun dagangan mata wang asing dengan syarikat utama.

“Syarikat itu dikatakan mempunyai lesen sah untuk berdagang mata wang asing di seberang laut. Ia juga termasuk menyediakan akses mudah ke laman web syarikat utama dan memudahkan dagangan mata wang asing secara dalam talian dikalangan pelabur serta bagi mengambil siswazah baru sebagai eksekutif pemasaran.

“Siswazah juga digalakkan untuk menarik ahli keluarga dan rakan-rakan bagi berdagang mata wang asing,” katanya

Selain itu, BNM berkata, program sedemikian turut menghendaki pelabur mendeposit sejumlah wang ke dalam akaun bank untuk memulakan dagangan mata wang asing dan seterusnya meminta ditambah bagi mencukupkan jumlah yang berkurangan berikutan pelaburan awal masing-masing (penggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal. Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953 (ECA), katanya adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang untuk membeli atau menjual mata wang asing atau terbabit dalam sebarang perbuatan atau mempunyai kaitan atau membuat persediaan di dalam membeli atau menjual mata wang asing dengan sebarang orang atau selain daripada peniaga yang dibenarkan.

Adalah juga menjadi kesalahan bagi seseorang untuk membantu atau bersubahat dengan seseorang yang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan seseorang, kecuali individu itu adalah seorang peniaga yang dibenarkan. Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh diperolehi dari laman web BNM (http://www.bnm.gov.my/fxadmin).
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi BNM di talian 1-300-88-5465 atau e-mail (bnmtelelink@bnm.gov.my). - Bernama




03 Januari 2010

RUMAH LELONG: PENGALAMAN SAYA SENDIRI (Episod 1)


Mei 2008 saya beli rumah lelong RM 45,000 di Bandar Baru Uda, JB. Rumah flat tingkat 4, rumah kos sederhana rendah di belakang Bank Islam, sebelah wisma Nanas, sebelah produa, berhampiran Mydin. Kali pertama rumah ini dilelong Febuari 2008 dengan harga 55,000 tapi orang tak ambil. Kali kedua sebulan selepas tu 50,000. Kemudian turun 45,000 saya pun berminat nak ambil.

Perlu Tambahkan Ilmu : Baca Buku

Sebelum itu saya bersedia dulu dengan ilmu pengetahuan. Banyak beli buku berkenaan lelong dan hartanah dalam 4-5 biji buku yang saya beli sendiri. Harga setiap buku agak mahal juga RM 20 - 40 sebuah tapi ilmunya sangat bermanfaat pada saya. Kalau nak cari buku-buku macam ni di JB boleh ke Badan Cemerlang Angsana dan di Haris Jusco Tebrau City, buku dalam bahasa Melayu. Mac 2008 juga saya mengikuti kursus percuma di ILIM Bangi selama 3 hari berkenaan perbankan Islam. Kursus ini banyak beri pendedahan tentang prosedur pinjaman dan berkaitan dengan bank-bank.

Saya Tidak Pernah Memiliki Rumah Sendiri

Sebelum ini saya tak ada rumah, sejak bekerja 13 tahun, memang saya tak ada memiliki rumah. Pada saya, beli rumah baru adalah rugi. Kesimpulan yang saya buat ini setelah saya buat kajian dalam sektor hartanah ini. Tapi belilah rumah lelong, kita mungkin ada banyak untung di situ. Tapi lelong bukan sebarang lelong, kita kena buat kajian terperinci dulu.  Saya buat kajian itu, dan hasil kajian itu tidak boleh saya dedahkan di sini. Ilmu ini terlalu mahal untuk didedahkan.

Tengok Sendiri Rumah Tu

Amat penting sebelum kita masuk lelong, kita tengok rumah itu dulu. Tapi ada satu peringatan, jangan dedahkan hasrat kita untuk beli rumah lelong ini pada sesiapa. Di kawasan itu, saya ada 3 orang yang saya kenal, 2 kerja di pejabat saya, seorang kerja wartawan sambilan. Perlu kaji kawasan itu strategik ke tidak, sewa biasa berapa di situ, jiran-jiran bagaimana dan lain-lain. Hasil tinjauan, rumah itu orang sewa antara 550- 650 sebulan, kedudukannya amat strategik.

Tanya Bank dulu

Saya pergi bank, ambil pamplet dan berbual dengan pegawai bahagian pinjaman. Tapi jangan dedahkan kepada orang bank itu rumah mana yang kita mahu ambil. Kalau terlepas cakap, kita bimbang dia pula yang beli senyap-senyap nanti., bukan nak menuduh, tapi berhati-hati. Kalau pinjaman 25 tahun pinjaman dan insuran tak sampai 300. Jadi kalau sewa 500, boleh untung 200 sebulan, waw boleh tahan. Saya buat kesimpulan, rumah itu boleh diambil dan jangan lepaskan peluang ini.

Saya tak ada senarai hitam bank atau muflis, tapi kalau ada sesiapa  yang disenarau hitam bank, kena pastikan dulu. Jangan nanti dah ambil rumah, pinjaman kita tak lulus.

Buat Tinjauan Penyewa

Tujuan saya nak beli rumah itu untuk disewa, jadi kena kaji pasaran penyewa di situ. Hasil kajian, itu sangat strategik, terutama peniaga berhampiran, pekerja bank, pasaraya Mydin dan pekerja wisma Nanas. Sekali lagi kesimpulan saya, beliiiii.

Masuk Lelongan

Mei 2008, saya telefon pelelong dahulu, kemudian bayar deposit 5 peratus dari harga 45,000 iaitu 2,250 melalui bank draf. Pada tarikh lelongan, saya hadir awal, sejam sebelum lelongan. Alhamdulillah, hanya saya seorang saja yang membida, jadi saya dapat. Saya sangat gembira, walaupun tak beli rumah semahal rumah yang kawan-kawan sepejabat saya miliki, tapi saya tetap bangga. Inilah usaha permulaan saya dalam bidang lelongan hartanah.

Saya memerlukan 90 hari untuk menjelaskan baki 95 peratus dari harga tadi. Esoknya saya ke rumah tersebut bawa tukul besi dan kunci tombok baru berharga 9.90 untuk ganti kunci depan. Bila masuk, alhamdulillah, rumahnya ok, rumah itu baru 2 tahun, jadi masih baru lagi. Saya beli cat putih 2 tong dengan harga RM 60 siap berus dan cat sendiri. Pam kat tandas ada rosak sikit, betul sendiri dalam RM 5. Kemudian pasang kipas di ruang tamu dalam RM 60. Lepas tu masuk eletrik dan air, mahal juga tapi tak sampai RM 400.

Jiran Sebelah Seronok

Sedang saya mengecat, jiran sebelah, wanita dan anaknya datang menjenguk. Dia tanya, saya jawablah ini rumah saya beli. Dia tanya, nak duduk ke sewa, saya kata nak sewa, kalau boleh nak cari orang Melayu. Kemudian, kakak tu kata,

"Baguslah kalau Melayu sewa, sebab dulu Bangla yang duduk rumah ini dan anak perempuan akak kekadang risau nak keluar rumah". Kata kakak tu.

Saya pun memeng nak kasi Melayu sewa, murah sikit pun takpe, janji ada untung sikit. Jiran sebelah tu nampaknya seronok juga kalau dapat jiran Melayu. Saya beri no tel, dengan tujuan kalau ada orang nak cari rumah sewa, bole le tel saya. Petang tu juga pergi ke Mydin dan berbual dengan seorang pekerja Melayu, minta tolong tanyakan, kalau-kalau ada orang nak cari rumah sewa dan saya tinggalkan no tel.

Macam Goreng Pisang Panas

Beberapa hari, beberapa orang menelefon saya dengan ragam masing-masing. Ada anak dara yang baru lapor diri kat wisma Nenas nak duduk, dia dari Pahang. Cuma masalah dia, dia tiada kawan, kalau sewa seorang kira mahal juga. Kemudian dia tumpang rumah kawan dia. Ada wanita kerja kosmetik, dah tengok rumah tapi tak bagi jawapan. Ada juga orang baru kawin tengok, tapi pun tak beri jawapan. Pada saya, kalau letak deposit walaupun sikit pun kira ok ler dulu. Takper, siapa cepat dia dapat. Satu petang tu, dapat tel dari lelaki katanya pengurus pekerja bagi Mydin JB. Jumpa di Restoran Osman, saya kata sebulan RM 500, terus dia setuju dan bayar terus. Mudahnya.... Sikit-sikit rasa menyesal juga cakap 500, kalau cakap 600 kan bagus. Tapi takper, janganlah nak sewa tinggi sangat.

Lepas Mydin sewa tu, ada beberapa orang juga nak cari rumah sewa. orang yang datang tengok rumah sebelum ni pun ada juga buat keputusan. Itulah, lama sangat pikir, deposit pun tak letak. pada Melayu, saya kasi RM 450 pun dia lambat beri keputusan. Maaf  ler, saya kira siapa cepat beri deposit tanda jadi. Saya mintak RM 50 jer deposit, bukan banyak.

Rupanya pekerjanya Bangla. Kesian kakak sebelah, dia kata pada saya, dapat jiran Melayu, tapi dapat jiran Bangla juga, sori yer kak. Tak per, tebalkan muka, saya pun bukan lagi nak ke rumah tu. Apa-apa kerosakan, Bangla tu akan betulkan dengan duit dia, jadi saya tak payah datang rumah tu pun tak per.

Kira untung ler

Proses loan dalam 2-3 bulan tapi saya dah boleh sewakan. Jadi duit deposit dan sewa 3 bulan pertama, dah boleh tampung kos saya bayar deposit lelong dan lain-lain. Bulan ketiga baru kena bayar bank. Bayar bank 235 sebulan dapat sewa 500, kira untung le tu. Berjayalah saya projek beli rumah lelong pertama. Alhamdulillah.

BERSAMBUNG.....
Episod 2 : http://ustazkhalil.blogspot.com/2010/01/rumah-lelong-sedih-bila-kalah-lelong.html

02 Januari 2010

BURGER SERINGGIT



Kalau nak beli burger murah, pergilah ke kedai kat belakang stesen bas Kluang. Burger Kak Lin. Rasa pun ok jer, bahan-bahan lain pun ada. Kalau kat tempat lain di Kluang, biasa RM 2.50 satu. Sini burger daging 1.00, ayam 1.50. Buka siang dan malam. Tadi baru saya beli burger ni, ambil gambar, adik tu perasan.

Tahun 2010: Kalau Nak Jimat, Belajarlah Memasak


(Gambar tempat bakar ayam, untuk nasi ayam)

Tadi saya ceramah kursus kahwin, sekali lagi saya kata, bakal isteri kena belajar memasak. Masak kenalah sedap, bukan cincai saja. Macam biasa, peserta kursus kahwin tak boleh betah apa yang saya cakap, takut nanti tak dapat sijil. Hahaha....

Belajarlah Masak

Memang kita banyak berjimat kalau masak sendiri. Sebab itu ilmu masak penting. Belajarlah masak yang biasa-biasa, bukan macam nak niaga restoran pulak. Patut lepas ni kena ada satu tajuk ceramah khas 'masakan' dalam kursus kahwin, nanti saya cadangkan kepada pihak atasan. Boleh panggil chef berpengalaman beri ceramah satu sesi. Nanti saya akan cadangkan.

Kalau chef sebenar tak ada, saya boleh menyamar jadi chef, curi topi chef. Saya boleh ajar cara masak nasi ayam, nasi lemak serta sambal, mee goreng simple, char kueh tiaw Penang dan teh tarik. Tajuk ini bolehlah saya tunjuk sementara chef belum sampai. Kalau chef sampai je, saya cabut topi chef, pakai songkok semula. Selamat memasak...

BERSAMBUNG.

Tahun 2010 : Patutkah Warga Asing Dilarang Bekerja ? (Episod 3)



Orang kita marah bila ramai warga asing ke negara kita. Katanya, orang asing ini telah menutup peluang orang kita bekerja. Betul ke tidak, kita pikir le sindiri.

Apabila Warga Asing Dihantar Pulang

Bila warga asing kurang, adakah ekonomi kita makin baik atau makin slow ? Susah nak jawab. Sebenarnya, kalau tempat ada semut, mesti situ ada gula, kalau kedai makan ramai pelanggan mesti kedai tu sedap dan murah. Kedai makan sudah tentu terasa kesan yang ketara kalau warga asing tinggalkan negara kita. Lepas tu kedai runcit dan pasar juga terasa. Yang niaga di kedai makan atau bekerja di kedai makan dan pasar juga orang kita. Kalau warga asing tinggalkan negara kita, mungkin orang kita akan terus hilang  pekerjaan. Macammana nak tanggung anak isteri ?

Lu Jagalah Anak Sendiri

Keluarga yang ambil Indon jaga anak sudah tentu susah. Nak hantar tempat jaga anak, cuma waktu pejabat saja. Kalau selalu balik lewat, susah ler.

Indon Yang Kerjakan Sawit

Kita pergilah ke mana-mana felda di negara kita, semuanya guna tenaga kerja Indon. Ada pasport atau tidak, itu bukan soal pada orang  kita, yang penting, ada orang kerjakan kebun. Kalau Indon ini balik, boleh ke orang kita kerjakan sendiri. Kalau  saya disuruh keja kebuh sawit, setangah hari pun tak tahan, sakit pinggang nak angkat buah sawit.

Banyaklah Rumah Kena Lelong

Sekarang pun banyak rumah kena lelong. Kawasan Johor Bahru dan Kulai yang paling banya, angkanya memasuki ribuan, saya pasti. Sebab saya pun beli rumah lelong, saya tahulah. Antara punca rumah kena lelong adalah tiada penyewa disebabkan warga asing makin kurang sekarang. Kalau nak tahu, pergilah ke Kipmart Tampoi, tengok rumah teres bersebelah dengan hotel itu. Banyak rumah dibiarkan kosong. Itu dulu dihuni  oleh pekerja kilang Indonesia, saya tahulah, dulu saya selalu buat operasi. Sekarang kebanyakan rumah itu terlelong walaupun mempunyai nilai yang tinggi. Rumah siapa yang kena lelong ? Rumah orang kita juga.

Siapa Nak Kerja Bangunan ?

Orang kita boleh ke kerja buat bangunan. Bangunan ini yang kerja berterusan lamanya, contohnya 6 bulan yang siapkan segera. Ini bukan bangunan kecil-kecil yang tiada tempoh masa. Contohnya Putrajaya dan Komplek Kastam Johor Bahru dulu, sebahagian besarnya orang Indon. Saya tahulah, rumah saya sebelah jer dengan komplek kastam tu dulu.
Jadi, janganlah marahkan kat Indon ke Bangla ke. Disamping dia bekerja, dia juga telah membantu meningkatkan ekonomi negara kita. kalau disekat mereka bekerja, kita bimbang 2010 nanti, ekonomi negara kita tenat.

BERSAMBUNG

Tahun 2010: Mesti Pandai Berjimat Cermat (Episod 2)



Tuan Kadi, Peugeot Nak Jual ker ?

Semalam ada seorang yang tidak dikenali hantar sms pada kawan saya, tanya Pegeot saya nak jual ke tak. Memanglah tak jual, tapi kalau berani harga tinggi boleh juga jual. Bila orang tu dapat tahu harganya cukup tinggi, sms itu tidak berbalas. Sebenarnya kita kena berjimat cermat terutama bila pakai kenderaan. Dulu arwah ayah saya tak pakai kereta pun, pakai moto saja. Dulu jeles juga tengok orang yang ayah dia ada kereta, ayah saya tak ada kereta. Jadi bersyukurlah saya ada kereta, walaupun bukan kereta mahal.

Nak Tahu Bagusnya Peugeot, Pakailah Peugeot

Dulu dalam tahun 1998, Kastam pakai kereta pegeout ni sebab waktu itu, ini kereta terbaik dan laju sebab Kastam selalu kejar penyeludup. Orang sekarang suka beli kereta baru, tapi percayalah kereta baru tak semestinya best. Contohnya viva, myvi, persona, Gen2, sebenarnya pegeout lebih sedap. Kalau tak percaya, marilah kita lumba di lebuhraya, kita tengok siapa yang kena. Kat jalan banyak selekoh pun saya berani lumpa macam jalan Kluang- Mersing. Kawalan stereng peugeout sungguh  mantap. Daripada beli kereta baru yang mahal RM 30 - 60 ribu, lepas tu bulan-bulan bayar 400-600 selama 9 tahun lebih merugikan. Lebih baik tak ada hutang. Saya beli peugeut cuma RM 5,500 pada 25 Disember 2008, kereta kedua saya.






Tiba-tiba ada 2 biji Peugeot Di Rumah Saya

Saya terkejut bila lihat ada satu lagi peugeot di rumah saya. Saya baru balik berceramah kursus kahwin. Masih cantik dan tegap kereta tu, untung siapa yang pakai. Rupanya abang yang mesin rumput punya, mungkin baru beli, tak sempat tanya.


BERSAMBUNG......

Tahun 2010: Ekonomi Penuh Mencabar (Episod 1)


Kenaikan Harga Gula

Hari pertama 2010 kerajaan menaikkan harga gula 20 sen pasti memberikan kesan yang besar kepada seluruh kehidupan negara. Setiap orang di negara kita makan gula tiada siapa yang terkecuali. Orang yang terkaya di Malaysia adalah Robert Kouk adalah tauke gula, menunjukkan perniagaan gula disokong oleh setiap orang di negara kita. Kerajaan mempunyai alasan yang kukuh untuk menaikkan harga gula kerana harga sebelum ini, termasuk sekarang masih disokong oleh subsidi yang banyak. Tapi janganlah diungkit sangat soal subsidi ini, kerana setiap penduduk adalah pembayar cukai.

Susu Pekat Manis Pun Naik Harga

Semalam saya ke sebuah pasaraya yang di antara yang menawarkan harga murah di Kluang. Saya terkejut bila susu pekat manis jenis F&N dijual dengan harga RM 2.89 atau 2.90 sebab 1 sen tak dikira. Kebiasaannya susu yang sama sebelum ini adalah sekitar 2.40 atau 2.60. Saya pasti, dalam beberapa  hari lagi, semua jenis susu pekat manis akan dinaikkan harga. Tidak mustahil selepas ini kedai makan akan menaikkan harga teh tarik dan kopi dari RM 1.00 ke 1.20. Begitu juga Milo dari 1.30 atau 1.50 kepada 1.80.

Peniaga Kedai Makan Tertekan

Sebenarnya bagi peniaga kedai makan, dengan menaikkan harga adalah suatu yang berat. Betul, di kalangan keluarga dan saudara mara saya pun ramai yang berniaga. Kalau peniaga warung atau restoran bimbang kehilangan pelanggan, terutama di kawasan luar bandar. Kalau harga dinaikkan, orang yang tidak bergaji besar akan kurang  makan dan minum di kedai. Maka pelanggan akan kurang. Peniaga kedai makan sebenarnya lebih suka kalau menjual dengan harga murah sehingga menarik ramai pelanggan. Tapi, kenaikan harga barang yang tinggi tidak memungkinkan peniaga kekal pada harga lama.

Sumber Pendapatan Di Kampung

Ok. Baru minggu lepas saya ke Pahang dan Terengganu. Bukan apa, cuma saya nak bandingkan kampung dan bandar, Johor di kira bandar. Bagaimana pendapatan orang kampung ? Kebanyakannya bekerja mengusahakan kebun seperti mengerjakan kebun sawit, menoreh getah, tanam pisang dan lain-lain. Kalau yang ada kebun sendiri senanglah juga, tapi bukan ramai yang ada kebun sendiri. Ramai yang bekerja dengan orang lain seperti mengambil upah menoreh getah dan mengerjakan sawit orang. Bagi kampung yang bukan Felda, hasil sawitnya bukanlah seberapa sebab mereka bukan mempunyai kebun  yang luas. Kalau tuan punya tanah, mungkin sebulan boleh dapat RM 1,000 dan bagi yang mengambil upah tidak sampai RM 1,000.

Jadi, dalam keadaan harga barang yang naik sekarang, RM 1,000 sebulan walaupun duduk di kampung, belum tentu cukup. Sekarang, persiapan anak-anak sekolah menjadi keperitan sesetengah orang kampung untuk menjelaskan yuran dan membeli pakaian baru anak sekolah. Saya bersimpati dengan mereka.

Adakah Takrif Letrik Akan Naik ?

Menurut sumber, baru-baru ini TNB akan mengkaji takrif. Ini bukan saya saja buat cerita tetapi sudah keluar dalam media arus perdana. Biasanya kaji-kaji ini akan naik, jarangkah kaji-kaji ini jadi turun. Kalau misal kata bayaran letrik naik, saya percaya lebih 80 peratus harga barang akan naik. Ini tidak dapat dielakkan kerana semua industri, kos letrik pasaraya, kedai dan lain-lain akan  meningkat. Maka harga barang pasti naik. Yang bebannya pengguna.

Bolehkah Harga Gula Turun Semula

Kalau kerajaan nak turunkan harga gula, lebih baik turunkan sekarang. Jangan tunggu sebulan dua. Nanti kalau turun pun, harga barang tak turun. Tengok dulu tahun 2007-2008 harga minyak naik, barang melambung naik. Tapi bila minyak turun, harga tak turun. Tapi, yer ke nak turun semula 20 sen ? Rasa macam mustahil pulak.

Atasi Masalah Pekerjaan Penduduk

Tahun 2009, ramai pekerja asing sudah pulang. Tapi kepulangan mereka, kalau dikaji pada satu sudut, menjadi satu beban ekonomi pula kepada rakyat kita. Di Johor Bahru, kepulangan ramai warga Indonesia dan Bangla adalah kerana beberapa kilang menutup atau mengecilkan operasinya. Bukan kerana hantar rakyat asing, kemudian ambil rakyat kita bekerja. Kalau ada pun, jumlahnya terlalu kurang.

Ijazah

Sekarang ramai yang keluar universiti memiliki ijazah dan diploma. Jumlahnya terlalu ramai. Tapi adakah mereka mendapat pekerjaan yang sesuai. Kita jangan menuduh mahasiswa sebagai malas atau memilih-milih pekerjaan. Sebenarnya, sebagai seorang yang memiliki ijazah, takkanlah selamanya nak bekerja sebagai operator kilang atau pengawal keselamatan. Mereka tentunya nak bekerja di pada bidang yang setaraf dengan kelulusannya. Yer  lah, mungkin ada seorang dua yang sanggup kerja dengan gaji rendah tapi sampai bila. Lagi pun mereka kena bayar pinjaman PTPTN walaupun belum mendapat kerja yang sesuai.

BERSAMBUNG....

01 Januari 2010

UNTUK KEPENTINGAN ISLAM : PERLU MERAYU KE MAHKAMAH RAYUAN




Peguam Negara atau KDN perlu merayu ke Mahkamah Rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Hakim Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.


Ini bermakna, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut yang dikeluarkan KDN sebelum ini. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri  itu adalah 'tidak sah dan batal”. Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.

Sebagai orang Islam di negara kita, kita mesti memandang berat kepada kes ini. Keputusan Hakim Lau Bee Lan itu perlu dihormati, bagaimanapun masih ada ruang untuk membawa kes ini ke Mahkamah yang lebih tinggi. Kita bimbang, selepas ini orang bukan Islam boleh sewenang-wenangnya menggunakan ayat Quran atau mempersendakan ayat suci ini di tempat-tempat lain. Rayuan di Mahkamah Rayuan sangat penting, kita serahkah kepada Peguam Negara mencari  keadilan demi kepentingan semua pihak. Kes ini saya rasa lebih serius daripada kes permohonan Lina Joy sebelum ini.

Taktik Perompak Bank di ATM


Semalam saya ke sebuah bank di Kluang. Di mesin ATM itu tertulis satu notis peringatan kepada pengguna ATM iaitu taktik terbaru penipuan. Iaitu, waktu kita di mesin, ada orang menepuk bahu kita. Orang itu kata, ada barang kita terjatuh, mungkin dia kata duit kita jatuh. Bila kita jenguk bawah, orang itu dengan segera tukarkan kad ATM kita dengan kad lain. Orang itu ambil kad kita dan gunakan di mesin ATM lain untuk keluarkan duit kita.
JADI BERHATI-HATI, KES INI SUDAH BERLAKU

KEDAI NAIKKAN HARGA BOH TEH TARIK



Semalam saya ke sebuah mini market di Kluang. Terkejut juga tengok harga 'Boh Tek tarik' sekarang RM 12.90. Sebelum ini, saya beli di kedai berkenaan RM 11.90 iaitu kali terakhir saya beli dalam bulan Ogos 2009 beli di kedai itu  juga. Pengguna nak bising-bising pun tak boleh, itu bukan barang kawalan harga.  Cuma bimbang lepas ni kedai makan naikkan harga segelas teh tarik.

ALFATIHAH. Tan Sri Mohamad Rahmat Meninggal Dunia


Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.

31 Disember 2009

Harga Gula Naik 20 Sen


Gula naik 20 sen mulai esok


PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi. Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.40 sekilogram. (Berita Harian)

30 Disember 2009

BOMOH PEROSAK RUMAHTANGGA ORANG



Beberapa bulan lepas, ada satu kes yang berat, iaitu retaknya rumahtangga, sehingga berlaku peceraian dan tuduh menuduh dalam rumahtangga. Cerita berlaku apabila seorang isteri yang katanya ada sakit tetapi tidak pulih apabila pergi ke klinik dan hospital. Sakitnya itu lebih pada rasa pening-pening yang berpanjangan. Dia tidak berusaha untuk bertemu doktor yang sesuai untuk tindakan susulan. Maka dia jumpa seorang bomoh di daerah ini. Soal bomoh itu betul atau tidak, mujarab atau tidak, tidak jadi keutamaan. Tapi pada wanita itu bahawa beliau berusaha untuk sembuh. Orang kita selalu guna perkataan 'ikhtiar' untuk menghalalkannya berjumpa bomoh.

Waktu berjumpa bomoh itu, wanita itu ceritakan masalahnya pada bomoh, kononnya dia syaki ibu mertuanya 'membuatnya'. Wanita itu memang ada sedikit pergeseran dengan mertuanya. Isteri kena fahamlah, bahawa pergeseran kecil dengan mertua memang biasa berlaku. Memanglah, mertua tak sama dengan emak kita, emak kita lain, kita bersama emak kita sejak kecil. Jadi, kalau ada sedikit terasa hati dengan mertua, sebagai menantu kenalah merendahkan diri walaupun kekadang kurang senang. Ingatlah, ini zaman kita jadi menantu, akan datang kita juga akan jadi mertua satu masa nanti. Tak mustahil, menantu kita nanti akan bermasam muka dengan kita. Malah mungkin lebih hebat lagi. Ingat, Allah Maha Adil.

Bomoh pun ubatlah dan bila selesai, bomoh kata memang betul ibu mertuanya yang buat. Katanya ibu mertua guna bomoh Siam dan sukar dipulihkan oleh bomoh itu. Maka, perbalahan wanita itu dengan mertuanya bertambah parah, kalau dulu tidak bertegur, sekarang jadi perang mulut, kemudiannya jejak kaki ke rumah mertua pun tidak. Bila ada pihak mendamaikannya, dia gunakan 'bomoh' itu sebagai hujah yang menyokongnya membuat perkara buruk itu. Pada mulanya, suaminya lebih bersikap berdiam diri, akhirnya sudah tidak tahan dengan kerenah isterinya. Perkahwinannya berakhir dengan perceraian.

Kes Yang Lain pula

Tadi, ada satu kes yang ada kaitan dengan bomoh juga. Ini melibatkan seorang wanita lewat 30-an. Bomoh yang dia jumpa itu kata,

"masalah yang besarnya adalah di dalam  rumah".
Itu saja yang bomoh kata. Bila wanita itu tanya, maka bomoh tak beritahu, dia kata selidiklah sendiri. Maka dalam kes ini, dia tuduh suaminya yang jadi 'pembawa sial' dalam rumahtangganya. Katanya dia dapat tahu itu bila dia solat hajat. Yer atau tidak, wanita ini sebenarnya bermain dengan perasaannya. Konsep solat hajat sudah dipesongkan dan dijadikan alasan untuk menuduh suaminya sebagai sial.

Saya sungguh kesal, kerana yang berkata itu bukan orang sebarangan tapi berstatus guru di sebuah sekolah menengah di sini. Kerana percayakan bomoh, hidupnya terumbang ambing dan di ambang kemusnahan. Dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya walaupun belum bercerai secara sah. Jadikan cerita ini sebagai tauladan, jauhi bomoh kerana boleh membawa kita kepada syirik, dosa yang paling besar dan tidak diampunkan oleh Allah.

Kisah Rumahtangga Tunggang Terbalik



Semalam datang seorang wanita usia 18 tahun ditemani ibunya, datang nak mengesahkan perceraiannya yang baru dilafazkan suaminya. Yang hairannya, pasangan ini baru bernikah 10 bulan, kemudiannya bercerai. Lebih menghairankan lagi, pasangan ini ada anak lelaki comel berusia 9 bulan. Pelik sungguh, macammana kahwin 10 bulan, ada anak 9 bulan, tak masuk akal. Rupanya anak luar nikah, waktu berkahwin, wanita ini dah mengandung.

Bila ditanya lanjut, waktu berkahwin, wanita ini umur 17 tahun, lelakinya baru 15 tahun. Lepas kahwin, suami isteri tak bekerja, mak ayah dia yang tanggung. Lepas nikah, duduk sama rumah keluarga perempuan. Tapi lepas lahir anak, suaminya terus tak balik rumah. Tinggal pula satu taman saja cuma berbeza jalan, maka selalu lah terpandang, tapi tak tegur dan suami tak kisah pasal anak. Saya nak nasihat kat pasangan ini, sampai tak terkata. Cuma mampu istighfar dan mengeleng kepala saja. Kepada  orang lain, jadikanlah kisah ini sebagai tauladan.

TANGKAP PENGANTIN DAN JURUNIKAH PALSU


Malam tadi lebih kurang jam 10.00 malam, saya dan penguatkuasa telah menahan satu pasangan pengantin di sebuah bilik hotel di Kluang. Turut ditahan adalah jurunikah palsu berusia 38 tahun yang datang dari daerah luar(juga dalam negeri Johor). Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wali pengantin perempuan iaitu ayah serta saudara mara kedua-dua belah pihak. Pengantin perempuan dipercayai sudah mengandung luar nikah berasal dari Kluang,  manakala lelaki sudah mempunyai isteri berasal dari Johor Bahru.

Kes ini masih di dalam siasatan lanjut penguatkuasa.

29 Disember 2009

Hati-hati Sendikit Penipuan Judi Ekor


Waktu saya jadi penguatkuasa dulu, saya mendapat aduan melalui telefon, bahawa seorang lelaki kena tipu oleh sendikit judi nombor ekor. Malangnya orang itu enggan datang ke pejabat kerana takut. Mestilah takut, dia kaki judi, takkanlah nak cari nahas nak serah diri. Jadi saya buat tak kisahlah dengan aduan ini sebab dia sendiri tak mahu bekerjasama, lagipun di luar bidang tugas saya. Kes tipu pergilah buat laporan polis.

Tak berapa lama kemudian, saya mendapat tahu dari seorang pegawai polis bahawa waktu itu ada sendikit penipuan judi nombor ekor. Caranya begini.... Bila keluar keputusan nombor ekor, warga Indonesia ini akan mencetak satu tiket judi yang bermutu tinggi hampir sama yang betul. Contohnya nombor satu ialah no 2222, maka dia akan cetak, kononnya dia telah beli tiket ini. Cuma dia tak boleh menukarkan tiket ini kerana dia tidak mempunyai kad pengenalan atau pasport yang sah. Maka tiket ini dijual dengan harga lebih murah tapi tunai.

Aduan kepada saya ialah, warga Indon itu beli RM 10 dan dapat tempat pertama. Jadi kalau tukar, boleh dapat RM 20,000. Maka dijual tiket ini kepada orang kita yang juga kaki ekor dengan harga lebih murah. Kalau tak ada duit, motosikal pun boleh diberikan walaupun tak perlu tukar nama. Tapi bila lelaki ini ke kedai judi, tauke kedai itu dapat tahu itu palsu dan buat laporan polis. Maka dia disiasat kerana menipu. Maka timbullah cerita rupanya dia kena tipu oleh lelaki Indon ini.

Ingatkan waktu itu saja ada sendikit ini. Rupanya sekarang pun ada juga, memang banyak kes seperti ini di seluruh negara menggunakan taktik yang sama. Malangnya ramai juga orang kita yang tertipu, yang tertipu ttu biasanya kaki judi juga. Dah kena tipu, baru menyesal, ada juga yang terpaksa bermalam dalam lokap.


28 Disember 2009

KALAU KAWAN KITA NIKAH LAGI SATU, LEBIH BAIK DIAMKAN SAJA


Waktu saya jadi penguatkuasa JAIJ dulu, jam lebih kurang 10.00 malam saya dapat aduan dari kawan saya seorang kakitangan kerajaan. Katanya ada wanita sepejabatnya nak terjun hotel selepas mengetahui suaminya nikah lagi satu. Saya lupa pulak tingkat berapa, yang pasti tinggilah hotel tu. Kebetulan saya tak ada tugas lain hari tu dan saya terus ke sana tapi bukan ke hotel tapi ke sebuah kedai mamak berhampiran. Saya minum dan makan di situ dulu dan kawan saya tu datang dan bercerita lanjut. Saya rasa, saya tak perlu tergesa-gesa ke hotel itu. Katanya di lobi hotel itu juga terdapat suami wanita itu dan rakan sepejabat lain. Saya hairan juga kenapa perkara ini boleh berlaku...

Rupanya, kawan saya tu yang beritahu   wanita itu yang suaminya dah kahwin lagi satu.  Katanya,

"Saya beritahu dia sebenarnya bersimpati dengan masalah rumahtangganya, kesihan tengok dia dimadukan. Tapi sekarang lain pula jadinya. Tak sangka pula dia tak balik rumah kemudian sewa hotel dan ugut nak bunuh diri.". Kawan saya tu kata.

"Serius ke dia nak terjun, ke saja-saja jer". Saya tanya

"Serius tak seriuslah, kalau dia terjun boleh mati. Harap-harap tak terjunlah". Cerita kawan saya tu.

Habis saja saya makan, kawan saya ajak saya pegi hotel, tapi saya tak mahu. Saya kata,
"Iini bukan kerja saya, bukan bidang kuasa saya, saya ada banyak kerja lain. Pergilah buat laporan polis, mungkin polis boleh bantu.".  Kata saya. Kawan saya tu pening kepala. Lepas tu dia kata lagi.

"kalau dia terjun macam mana ?" Katanya.

"kalau dah terjun, umur tak panjang matilah".
Saya jawab macam main-main tapi serius. Mungkin dia faham maksud saya, maksudnya mendalam. Sikit pun saya tak gelak. Lepas tu saya ke pejabat, ada operasi lain. Lain kali kalau nak nasihat orang atau bersimpati dengan rumahtangga orang, berhati-hatilah. Sekarang apa dah jadi. Bila dah jadi macam tu, barulah nak mintak tolong saya selesaikan, apa kena mengena dengan saya. Ok,cukuplah saya cerita setakat ini, cerita  ni tiada sambungan lagi.
SEKIAN.

Kes Khalwat Rakyat Malaysia di Arab Saudi


Rakyat Malaysia yang berada di negara asing sepatutnya menjaga akhlak dan tidak terlibat dalam kegiatan jenayah dan maksiat. Kisah khalwat warganegara kita yang saya paparkan dalam artikel saya sebelum ini menjadi perhatian ramai. Alhamdulillah, kes tersebut akhirnya selesai. Kepada individu yang terlibat dan juga orang lain, jadikan kes ini sebagai pengajaran. Jagalah nama baik  negara kita waktu berada di luar negara.

Sila rujuk akhbar Berita Harian Hari ini:
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera dan jururawat warga Malaysia yang menghadapi tuduhan berkhalwat di Jeddah, terlepas daripada dikenakan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara apabila mendapat pengampunan Kerajaan Arab Saudi. Rakan pasangan itu yang juga rakyat Malaysia, yang ditahan kerana bersubahat dalam kes berkenaan serta cuba melarikan diri dari Arab Saudi dengan menggunakan pasport palsu Indonesia, turut diberi pengampunan.

Menurut sumber, pengampunan itu diberi minggu lalu, tetapi rakan pasangan terbabit yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Arab Saudi akan dihantar pulang ke Malaysia tidak lama lagi dan tidak dibenarkan tinggal serta bekerja lagi di negara itu.

27 Disember 2009

Harga RM 3.00 Tapi Kena Bayar RM 3.50


Jam 6.00 petang tadi saya singgah di sebuah warung tepi jalan waktu balik berceramah kursus pra perkahwinan. Hari ini banyak sesi ceramah saya. Warung itu bukan dalam daerah Kluang. Saya minta 2 bungkus mee goreng dan 2 bungkus nasi goreng. Saya juga minum teh tarik segelas di kedai tu.

Saya terkejut masa bayar, iaitu RM 15.20, sebab kalau dilihat pada tanda harga yang terpampang besar di kedai tu saya kira sekitar RM 13 saja. Rupanya mee goreng dan nasi goreng RM 3.50 bukannya RM 3.00 seperti tertulis. Bila saya tanya, kenapa tak sama dengan tanda harga tu, peniaga tu kata kalau bungkus kena tambah 50 sen. Teh tarik pula RM 1.20 segelas. Bia saya pertikaikan dia terus partahankan juga.

"Abang, patut kenalah sama dengan harga yang ditulis. Kalau bungkus kena tambah 50 sen, patut kena tulis juga". Kata saya.

"Sini makanan bungkus semua kena tambah 50 sen, saya niaga dah lama kat sini". Kata peniaga tu.

Inilah Sikap Peniaga Sebahagian Melayu

Sebenarnya, saya bukan nak berkira sangat dengan 50 sen tu, kalau 4 bungkus maknanya RM 2.00, saya bukan nak berkira sangat. Cuma saya nak tegur di sini adalah sikap peniaga orang kita. Berniaga kena jujur, jangan menipu atau ada unsur melindungi atau menyembunyikan sesuatu. Kalau harga betul RM 3.50, tulis saja, pelanggan tak kisah. Yang sangsinya, kenapa harga lain. Inilah antara penyebab dan petanda kedai itu akan merosot, pelanggan satu persatu akan lari.

Kalau Saya Jadi Peniaga tu, Saya Kasi Saja Harga RM 3.00

Kalau nak niaga lama, kalau pelanggan dah pertikai, benarkanlah cakap pelanggan tu. Kasi saja RM 3.00, biar rugi sikit (sebenarnya tak rugi pun, modal bukan sebanyak tu). Kalau dia tak kasi diskaun, hari ni dia untung, hari lain dia rugi, percayalah.

Peniaga Islam Jangan Sombong dan Cakap Besar

Peniaga tu kata dia dah lama niaga. Ayat ini nampak macam ada sombong sikit, janganlah begitu, rezeki kita Allah Taala yang tentukan. Hari ini dan sebelumnya kita untung, esok lusa belum tahu. Dia niaga atas tanah kerajaan yang dibina warung yang saya percaya tiada lesen. Bila-bila saja pihak berkuasa boleh robohkan. Dia juga mungkin tak ada surat daripada kementerian kesihatan. Dia ada seorang pekerja yang mungkin Pakistan. Saya pasti tak ada permit kerja.

Harga yang salah dan mengelirukan tu boleh diambil tindakan termasuk dakwa di mahkamah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna. (tengok kes gerai nasi dagang yang letak harga salah pada kepala ikan dulu).Peniaga ini sebenarnya kena berhati-hati dengan pelanggan dan jaga hati pelanggan. Kalau pelanggan dah sakit hati, mungkin pelanggan buat 'report', habis terus warungnya itu. Waktu tu jangan menyesal tak habis....

Teh Tarik kenalah Sedap, Bukan Cincai Saja

Teh tarik di kedai itu tak lulus lansung. Kena belajarlah cara buat teh tarik dengan orang yang ada pengalaman, buka kedai makan ni bukan senang, jangan anggap tak penting cara buat teh tarik tu. Gunalah 'Boh Tek Tarik', saya pun ada ajar dalam blog saya ni (bacalah tulisan saya yang terdahulu). Susu pekat yang digunakan eloknya F&N atau Cap Teko, tapi kalau mahal, pakai susu lain pun boleh juga, rasa pun ok juga. Jual teh tarik, janganlah sampai RM 1.20, seringgit pun dah cukup untung. Kalau jual seringgit, untungnya sudah 70 sen.

Saya Suka  Peniaga Islam Berjaya, Sebab Itu Saya Tegur

Saya tak bergaduh dengan sesiapa, apa lagi nak simpan dendam dengan sesiapa. Cuma saya nak paparkan kisah masyarakat, yang baik jadi tauladan, yang tak baik jadikan sempadan. Ini boleh jadi modal saya dalam ceramah.Saya selalu dijemput berceramah kepada usahawan dan peniaga. Pepatah Jawa selalu kata "a customer is always right". Maka hati pelanggan hendaklah selalu dijaga kerana atas sokongan pelangganlah perniagaan kita berkembang maju, insyaallah.




26 Disember 2009

LETIH MAK MERTUA MASAK SAHUR, MENANTU TAK PUASA


Seorang lelaki usia 30-an ditangkap sewaktu makan nasi di belakang sebuah warung di Johor Bahru pada siang hari bulan Ramadhan. Dia bekerja di pejabat di tengah bandar, sudah beristeri dan mempunyai seorang anak. Di rumah dia puasa tapi waktu tengahari di pejabat tak puasa. Memanglah tak disangka, kerja pejabat bukan seteruk kerja buruh di luar, makan pula dengan kawan sepejabat.

Bila ditangkap, isteri dan mak mertuanya datang ke pejabat agama untuk jadi penjamin. Isterinya kerja cikgu di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru. Mak mertuanya tak tahulah kerja apa, tapi nampak macam dah bersara atau tak bekerja. Di pejabat, mak mertua dia kata,

"Makcik tak sangka dia tak puasa, hari-hari makcik masakkan sahur untuk dia. Penat makcik bangun masak, ingatkan dia puasa".

24 Disember 2009

Orang Cacat Ditangkap Berjudi


Suatu hari saya buat operasi sekitar Johor Bahru. Biasanya kalau kedai sudah penuh dengan orang Islam, tangkapan segera perlu dilakukan apabila penguatkuasa sampai. Ini dibimbangi kalau mengambil masa yang lama, mungkin kaki judi mengenali penguatkuasa.

Waktu tangkapan dibuat, biasalah ramai yang suba melarikan diri. Yang tak berjaya lari akan ditangkap. Tetapi berlainan dengan seorang lelaki Islam yang ada di dalam kedai itu, dia tidak lari. Terus saya tahan, memang dia Islam bila tengok kad pengenalannya, usia 40-an. Dia orang cacat, berjalan masuk kedai judi pakai dua tongkat kiri dan kanan dan pergi kedai ekor naik teksi. Bila soal siasat, dia cacat dalam 2 tahun lepas akibat kemalangan. Dia tak bekerja, hanya isteri bekerja di kilang untuk membesarkan 4 orang anaknya.

Apalah orang ni, dah cacat, masih tak sedar. Allah beri dia umur panjang, selamat dalam kemalangan jalanraya walaupun cacat. Ini pun takmahu sedar ke ? Isteri dia suka ke dia main ekor ? Apa... suka ?

PONDAN AMY TERPAKSA MENGAKU KESILAPANNYA (Episod 5/5) Akhir

SAMBUNGAN...
Bila dapat aduan sebegitu, saya panggil 2 orang perisik untuk dapatkan maklumat lanjut lagi tepat. Perisik pertama dan kedua ini diberikan tugas yang berbeza dan dia tak kenal antara satu sama lain. (Memang kerja risikan ini kena ada kerahsiaan yang tinggi, perlu bergerak dalam senyap). Perisik ini orang pejabat saya pun tak kenal kecuali seorang saya seorang saja.  Tumpuan yang saya berikan padanya adalah aktiviti pondan di Jalan Dhobi, seminggu saya beri masa kepada perisik saya.

Operasi pondan dihentikan agak lama juga, kira-kira sebulan untuk melihat keberkesanan operasi selama ini. Seminggu selepas tugas diberikan kepada perisik saya, saya dapati apa yang diadu oleh pondan yang kena tangkap itu ada betulnya. Kedua-dua perisik ini mendapat maklumat perisikan yang hampir sama. Jadi, kesimpulan yang saya buat, operasi perlu dibuat dan ada pondan yang sangat penting untuk ditangkap.

Saya buat operasi khas dengan bantuan RELA untuk mengepung jalan-jalan sekitar Jalan Dhobi. Jumlah anggota RELA melebihi 50 orang. Beberapa orang pondan ditangkap dan antara yang tertangkap itu adalah Amy. Dia berpakaian yang sangat seksi dan duduk di situ mencari pelanggan. Secara jujur, kalau nak bandingkan antara pondan-pondan, Amy yang paling cun dan boleh menyelerakan pelanggannya. Bila Amy dimasukkan ke lokap, saya tidak mahu berjumpa dengannya. Pada saya, dia sudah banyak menipu dan melengah-lengahkan kerja saya. Esoknya, dia minta untuk berjumpa saya sebelum dia dihadap ke Mahkamah.

"Tuan Khalil, saya berada di situ untuk mendampingi anak-anak buah saya, bukan untuk buat kerja tak senonoh". Kata Amy. maklumlah dia pelajar fakulti undang-undang tahun akhir, memang bijak kalau cakap pasal undang-undang.

"Tapi Amy, sudah cukuplah apa yang kamu janji pada saya selama ini, saya sudah cukup sabar selama ini". Saya meluahkan perasaan saya.

"Tuan, kalau saya didakwa hari ini, maka anak buah saya akan hilang kepercayaan pada saya, ini tak sepatutnya berlaku, saya menyesal". Amy terus merayu.

"Ok, kamu nak damping anak buah kamu tak salah, tapi cara kamu berpakaian itu yang salah. Kenapa perlu berpakaian wanita di lorong gelap ?Saya sudah ada laporan dan perisik saya mempunyai maklumat lengkap, yang kamu sudah beberapa hari di Jalan Dhobi, kamu jangan berdalih lagi". Saya kata, membuatkan Amy terdiam seketika.

Amy akhirnya didakwa di Mahkamah bersama rakan-rakannya yang lain. Lepas itu saya malas nak jumpa Amy lagi, Saya ada banyak kerja lain daripada nak layan dia yang banyak songel tu. Selang beberapa minggu, operasi pondan diadakan lagi di Jalan Dhobi bersama RELA. Ramai yang ditangkap dan salah seorangnya adalah Amy. Amy tercedera ringan waktu cuba melarikan diri, akhirnya tertangkap juga. Saya tidak lagi terkejut. Esoknya di pejabat, Amy jumpa saya lagi. Kali ini dia dalam nada berbeza, dia sudah tidak boleh menyembunyikan perasaannya  lagi.

"Tuan Khalil, saya manusia biasa, naluri saya pada lelaki, saya tak boleh ubah kehendak diri saya". Kata Amy, kemudiannya dia didakwa lagi.

23 Disember 2009

Jual Jamu Kurus Badan, Patut Yang Jual Kena Kurus Juga



JAMU KURUS BADAN

Tadi saya ke sebuah pasaraya di Kuala Terengganu, jalan-jalan tak beli apa pun. Saya singgah di sebuah kedai jamu, yang banyak jual ubat kurus badan. Tapi yang tak kenanya, wanita yang jual tu tak kurus. Patut kenalah orang kurus yang jaga kedai tu.

KEDAI MAMAK DI TERENGGANU

Sebelum ini, tak banyak kedai mamak di Terengganu. Dulu adalah juga satu dua kedai yang tak berapa nak hidup. Orang sini lebih suka makan nasi dagang dan nasi minyak, mamak tak ada ruang dapat pelanggan. Tapi sekarang, kedai mamak dah mula banyak dan ramai pelanggan. Sempat juga minum teh tarik kat sebelah Mydin Kuala Terengganu tadi.

PENGAWAL KESELAMATAN KEDAI EMAS

Tadi ronda-ronda sekitar Kuala Terengganu. Nampaknya kebanyakan kedai emas sudah ada pengawalan keselamatan, tidak seperti sebelum ini. Peniaga emas di sini masih terbayang rompakan sejuta oleh Pak Arab. Di kedai Habib Jewel, pengawal keselamatanya lengkap bersenjata dan sentiasa bersedia. . Takut juga saya lalu depan kedai emas, pengawal tu tengok saya semacam jer...mungkin muka saya sekali pandang macam Arab, dua kali pandang macam Bangla....hahaha. Tiga kali pandang baru macam Melayu.

BUAT PROJEK SAMPAI TAK SEDAR ADA CCTV

Suatu kisah berlaku di sebuah daerah di negari Johor tak berapa lama dulu. Waktu itu saya sebagai pendakwa syarie. Kes berlaku apabila pasangan remaja 20-an pergi ke sebuah bangunan di bawah tangga pada siang hari. Pasangan ini telah melakukan hubungan sex dan dirakam di kamera cctv di situ. Aksi ini dilihat lintas lansung oleh  pengawal keselamatan yang berada di bangunan atas. Kemudian beberapa orang pengawal keselamatan bergegas ke tempat berkenaan. Kebetulan, pasangan ini baru saja selesai melakukan aksi panasnya.

Pengawal berjaya menahan pasangan ini dan diserahkan ke pejabat Agama. Video aksi mereka juga diserahkan. Selepas siasatan dibuat, kedua-duanya mengaku video itu adalah betul dan membuatnya secara sukarela. Kemudian pasangan ini kemudiannya dituduh di Mahkamah Syariah. Dalam kes ini, yang penting adalah pengakuan kedua-dua tertuduh secara sukarela, bukan sekadar ada cctv sahaja.

22 Disember 2009

Presiden Persatuan Pondan Menimbulkan Banyak Tandatanya...(Episod 4)

SAMBUNGAN...
Saya dapati kempen yang persatuan pondan ini jalankan adalah kempen menghindarii sakit AIDS, iaitu kempen pencegahan HIV. Ini termasuklah pamplet cara pemakaian kondom yang betul dan pondan semua hendaklah memastikan lelaki yang melanggannya memakai kondom. Sebenarnya, isu ini tidak pernah dibincangkan semasa perbincangan saya dengan Amy sebelum ini. Setahu saya, Amy akan memujuk pondan-pondan menghentikan kerja maksiat, bukan terus melakukannya walaupun memakai kondom. Bila Amy telefon saya, saya nyatakan kekesalan saya kerana perkara ini berlaku. Saya kata, saya tak setuju dengan kempen sebegini. Pada saya, maksiat tetap maksiat walaupun pakai kondom.

Selepas itu, hasil risikan saya, pondan terus menjalankan aktivitinya, seolah-olah persatuan tidak berjaya memujuk mereka. Maka tempoh untuk saya berdiam diri nampaknya sudah tamat. Amy pula sudah tidak menghubungi saya, saya tidak tahu kenapa. Operasi dan tangkapan dilakukan seperti biasa. Dua orang pondan ditangkap dan didakwa. Bila sudah ditangkap, saya terkejut apabila ada pondan yang ditangkap ini menceritakan mengenai Amy bila saya tanya tentang persatuan pondan ini. Pondan ini cerita tidak elok terhadap Amy, kononnya Amy cakap  tidak serupa bikin. Dia kata Amy menipu saya di belakang.

Kemudian, saya dengar perbualan telefon antara pondan ini dan Amy melalui telefon. Pondan ini nampak macam marah-marah pada Amy. Katanya, disebabkan Amy lah dia kena tangkap. Katanya, Amy kata kalau guna kondom dan ambil langkah mengawal HIV, kononnya JAIJ tak tangkap. Saya tak percaya sepenuhnya cerita-cerita pondan ini, itu mungkin pergeseran sesama mereka. Pada pondan tadi, dakwa tetap dakwa, jangan ingat buat cerita sebegitu sekadar nak dapatkan simpati. Dalam hati saya, saya masih mengalu-alukan sumbangan persatuan, lagipun persatuan ini juga yang membuat tawaran. Malangnya Amy lama tak hubungi saya, saya tak tahu kenapa. Mungkin dia dalam kesibukan kerana dia pelajar tahun akhir universiti. Kehilangan Amy ini juga menjadi persoalan.

Lama selepas itu, pondan yang kena tangkap itu telefon saya. Dia kata dia tak lagi jalankan aktiviti maksiat. Cuma dia nak buat aduan mengenai kes pondan. Apa yang mengejutkan saya adalah aduan tentang Amy, individu yang mendakwa presiden persatuan ini.

MEMANG HEBAT





Ayyoyooo.... Ini macam kereta pun boleh jalan lagi ke.. ?

21 Disember 2009

Air Terjun Boleh Membunuh






Mandi di air terjun boleh bertukar tragedi mengerikan. Baru-baru ini beberapa orang mati lemas ketika mandi di air terjun. Air tiba-tiba jadi besar dan boleh membunuh. Lihatlah, air besar datang secara tiba-tiba, tanpa disangka-sangka. Ini mungkin disebabkan berlaku hujan di atas gunung sedangkan di situ tidak hujan. Musim hujan yang tidak menentu sekarang, lebih merbahayakan.

PRESIDEN PERSATUAN PONDAN KUMPULKAN ORANGNYA (Episod 3)


SAMBUNGAN...
Amy, presiden persatuan pondan jumpa saya lagi dan minta saya berucap kepada pondan-pondan yang dia akan kumpulkan. Dia bercadang nak buat di sebuah rumah sewa di Taman Nong Chik, tak jauh dengan opis saya, iaitu rumah sewa salah seorang pondan. Ok, saya setuju.  Sebelum itu, saya buat risikan terhadap rumah itu, saya rasa ok.

Pada masa yang dijadualkan iaitu hari bekerja j am 2.30 petang saya sudah siap bersedia untuk berjumpa mereka. Hasil risikan, sudah ramai pondan berkumpul di rumah tersebut, hanya menunggu kedatangan saya saja. Saya sudah bersedia nak datang lebih kurang 5-6 orang menaiki kenderaan jabatan. Satu perkara yang mengejutkan ialah, Amy memaklumkan bahawa perjumpaan itu terpaksa dibatalkan. Bila saya tanya sebab apa, dia kata hasil perbincangan antara mereka. Saya pun tak tanya lebih dari itu. Saya percaya, perjumpaan itu terus diadakan walaupun tanpa kehadiran saya.

Beberapa hari selepas itu, Amy datang jumpa saya menyatakan kesediaan persatuannya berkempen di Jalan Dhobi dan meminta serbuan dihentikan seketika. Kali ini saya tidak jawab ya, juga tak jawab tidak. Amy nampaknya serba salah. Dia minta maaf pada saya kerana mungkin menyangka saya sudah hilang kepercayaannya. Kemudian saya jawab,

"Ok. Saya beri peluang ini, tapi kalau perlu, serbuan akan terus dijalankan. Itu semua rahsia".

Amy nampaknya berpuashati dan katanya untuk turun sama berkempen di Jalan Dhobi. Dalam pada itu, saya juga menghantar perisik saya untuk melihat keadaan sebenar di Jalan Dhobi. Saya mendapat maklumat, masih ada sedikit pondan yang menjalankan kegiatan maksiat  mereka walaupun jumlahnya sedikit. Hasil risikan juga telah menemui beberapa risalah kempen yang diedarkan oleh orang tertentu yang tidak dipastikan siapa. Saya rasa mungkin persatuan pondan yang edar, memang benar tekaan saya.

Tapi, ada suatu yang mengejutkan saya......

Lain Kali Jangan Gaduh Dengan Imam


Beberapa hari lepas, datang seorang lelaki yang anak perempuannya nak nikah tak lama lagi. Masalahnya dia tak mahu imam di kawasannya menikahkan anaknya. Bila saya tanya sebabnya, dia kata dia lebih rapat dengan imam yang lagi satu yang juga jurunikah. Tapi masalahnya, imam itu bukan kawasannya.

Saya sengaja tak benarkan, saja-saja pada mulanya, nak biar dia beri alasan yang kuat. Rupanya dia memang nak juga dengan imam yang seorang lagi tu. Lepas tu, barulah keluar cerita yang dia ada gaduh dengan imam kat kawasannya itu. Gaduh pasal apa, tak payahlah nak cerita.  Bila saya dengar cerita darinya, rupanya sebab perkara kecil saja yang sepatutnya tak payah gaduh-gaduh.

Sekarang, anak nak nikah, cari imam juga. Perkara ini saya dah selesaikan. Cuma lain kali kepada orang lain, janganlah gaduh atau cari gaduh dengan imam. Suatu  hari nanti imam tu juga yang akan nikahkan anaknya.

Satu perkara lagi yang kita semua mesti mau ingat, nanti kalau meninggal dunia, tak mustahil imam tu juga yang jadi imam solat jenazahnya.
PESANAN PENAJA...JANGANLAH GADUH DENGAN IMAM

PRESIDEN PERSATUAN PONDAN DATANG JUMPA SAYA (Episod 2)

SAMBUNGAN
Esoknya sebelah petang, datang 2 lelaki hensem ke bilik saya. Katanya dari persatuan pondan itu. Pertamanya saya nak tahu berkenaan persatuan dia, adakah persatuan pondan Malaysia seperti yang dimaksudkan itu. Rupanya persatuan memang wujud, cuma didaftarkan atas nama syarikat beralamat di Kuala Lumpur. Katanya persatuan ini untuk jaga kebajikan pondan-pondan seluruh negara. Seperti yang diberitahu kepada saya, penasihatnya bukan pondan tetapi seorang perempuan yang sangat terkenal dan aktif dalam NGO di negara kita (tak perlulah sebut nama individu itu).

Amy (bukan nama sebenar) yang mendakwa presiden tadi adalah pelajar di Fakulti Undang-undang di sebuah universiti tempatan. Dia mengaku, dia adalah lelaki lembut tetapi kurang senang kalau orang menggelarkan dirinya 'pondan'. Ok, tujuan dia datang adalah kerana dia nampak JAIJ begitu giat membuat serbuan ke atas pondan-pondan sehingga persatuan telah mendapat aduan. Katanya, ada pondan nak bunuh diri dengan berbaring di atas jalan keretapi di Johor Bahru. Bila saya tanya, dah bunuh diri ke belum, dia kata belum.

Dia kata, JAIJ sepatutnya menghormati mereka kerana naluri, perasaan dan nafsu sex mereka berbeza dengan lelaki lain walaupun mereka dilahirkan sebagai lelaki. Amy cuba meyakinkan saya bahawa kerja pondan di Jalan Dhobi itu bukan kehendak sendiri tetapi datang dari naluri dalaman yang amat kuat. Mereka juga sukar untuk mendapatkan kerja lain kerana katanya majikan memandang serong ke atas mereka. Amy kata, adakah JAIJ boleh meyediakan mereka dengan kerja yang baik kalau mereka menghentikan kegiatan mereka ?

Ok, saya pun jawab. Dari segi nafsu, perasaan dan naluri, kehandak sex dan sebagainya itu saya tak nafikan. Cuma saya kata, jangan menyundal di tempat awam dan menjadi pelacur pondan. Kalau dibuat secara tertutup di kalangan mereka, tiada siapa pun yang nak kacau. Dalam soal pekerjaan, bukan masyarakat pemandang serong kepada mereka. Kalau mereka elok-elok berpakaian lelaki dan berkerja, itu tiada salahnya. Yang jadi orang pandang serong adalah kalau mereka pakai pakaian wanita seksi yang lebih seksi dari wanita. Soal kerja saya tak janji JAIJ boleh sediakan kerja, kena usaha sendiri, kalau ada kekosongan dan kelayakan bolehlah mohon. Saya kata dapat tak dapat saya tak tahu.

Kemudian Amy minta saya supaya menghentikan operasi atau berhentikan sementara. Katanya beri masa untuk di menerangkan kepada ahlinya supaya kegiatan mereka mengikut undang-undang di Johor ini. Bab ini saya setuju berhentikan sementara operasi dan minta persatuan bekerjasama. Dia kata malam ini juga dia akan hentikan kegiatan tak bermoral di Jalan Dhobi. Dia beri tempoh seminggu untuk memberi penerangan. Yer, saya setuju, saya setuju...

Malangnya, 2-3 hari selepas itu, maklumat yang kita dapat, pondan tetap ada di Jalan Dhobi dan saya arahkan supaya pondan ini ditangkap. Saya terpaksa langgar perjanjian gencatan senjata ini, ops silap, mana ada senjata. Beberapa pondan ditangkap dan didakwa tapi jumlahnya jauh berkurungan. Keesokannya, Amy telefon saya dan suara saya seperti marah-marah seolah-olah kena tipu dengan perjanjian ini. Amy kata, pondan itu yang degil dan tidak mahu ikut nasihat persatuan. Ok, saya boleh terima alasan ini, tapi saya kata, teruskan peranan persatuan untuk menghentikan kegiatan ini. Dia berjanji nak bantu.

20 Disember 2009

Presiden Persatuan Pondan Ugut Saya...(Episod 1)

Dulu masa saya hari-hari serbu dan gasak pondan di Jalan Dhobi, Johor Bahru, kegiatan mereka hampir lumpuh sama sekali. Ramai yang ditangkap dan didakwa, jumlahnya berpuluh-puluh termasuk kes orang yang sama tertangkap. Ada juga pondan dari luar seperti Indonesia dan Thailand yang menyundal di sini turut dikenakan tindakan tegas. Akhbar masa itu terutama Harian Metro, Utusan Malaysia dan Berita Harian telah memberi sokongan yang penuh sehingga pondan-pondan takut untuk meneruskan aktiviti mereka. Waktu itu nama saya naik di kalangan pondan-pondan dan cukup digeruni dan dimarahi.

Satu hari saya dapat panggilan telefon dari seorang pondan, katanya ada pondan nak bunuh diri dengan berbaring atas rel keretapi. Katanya dia nak buat begitu sebagai bantahan kepada penguatkuasa JIAJ yang banyak tangkap mereka. Saya macam percaya tak percaya dengan apa yang dia cakap sebab saya rasa tiada kaitannya dengan tugas saya. Saya rasa, pondan ini nampaknya macam nak buat ugutan, dia ingat kita takut dengan lakonan dia tu.

Saya fikir pada masa itu, kalau dia nak bunuh diri, itu hal dia, apa kena mengena dengan saya, saya hanya mampu nasihat. Yang saya fikir waktu itu, kenapalah pondan-pondan ini buat kenyataan macam tu. Sepatutnya dia kena fikir, saya ni bukan sejiwa dengan mereka tu. Kalau golongan mereka tu, saya percaya ada rasa isu yang sangat besar dengan buat cerita nak bunuh diri ni.

Kalau sesiapa yang belum tahu naluri dan perasaan pondan, saya nak terangkan sikit, sikit je nak terang, banyak sangat meluat pulak nanti. Dia orang ni sensitif, malah lebih sensitif dari perempuan. Dia sama-sama mereka cukup rapat macam adik beradik, sampai ada yang menangis betul-betul kalau kawan mereka kena tangkap. Lepas tu suka menjerit kalau kena sergah, menjerit 'miang' namanya tu. Kalau kena tangkap, nak duduk dalam lokap perempuan, taknak duduk lokap lelaki, susah nak melayan dia orang ni. Lagi, kalau dia orang memujuk tu bukan main cair mengalahkan GRO perempuan. Dan macam-macam lagilah dia orang ni. itu dunia dia. Cuba beritau dia orang sikit, jangan anggap orang lain macam perasaan macam dia, termasuk saya ni.

Satu hari, saya dikejutkan dengan pangggilan telefon dari seorang lelaki lembut dari Kuala Lumpur. Dia kata dia presiden persatuan pondan Malaysia dan nak jumpa saya dan tanya bila saya kelapangan. Mula macam tak percaya, entah ada ke tidak persatuan pondan Malaysia, kemudian saya benarkanlah dia nak jumpa saya. Jumpa apa salahnyer..... Dia kata esok dia nak datang.

BERSAMBUNG KE EPISOD 2
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/presiden-persatuan-pondan-datang-jumpa.html (Episod 2)

19 Disember 2009

Suami Lacurkan Isteri


Jalan Dhobi, Johor Bahru waktu malam terkenal dengan perkara yang mengotorkan iaitu maksiat dan jenayah. Jenayah yang popular  adalah seperti ragut, pengedaran dadah, manakala maksiat adalah pondan dan pelacuran. Jalan Dhobi siang nampak ok, tetapi malam dipenuhi dengan aktiviti maksiat. Kalau orang yang tidak biasa dengan situasi ini mungkin nampak biasa, tapi saya yang tahu perkara sebenar, nampak suatu yang tidak elok di sini dan perlu dijauhi.

Serbuan oleh pihak polis untuk mengurangkan jenayah dan serbuan Jabatan Agama terhadap maksiat hanya reda seketika apabila operasi diadakan lebih kerap. Bagaimanapun, maksiat dan jenayah tetap berlaku terutama apabila polis dan Jabatan Agama 'tidak terkejar' untuk menumpukan kawasan ini. Maklum sajalan, JAIJ dan polis bukan seramai mana untuk menumpukan kes di sini saja, beban tugas di kawan lain juga banyak.

Dua tiga hari lepas, kawan saya dari luar, datang berkursus di JB tidur di Hotel Puteri Pan Pacific. Beliau bersama rakan-rakan berjalan-jalan menyuci mata waktu malam di kawasan tersebut. Bila dia telefon saya, saya nasihatkan dia lebih elok meninggalkan kawasan itu segera. Kalau lama di situ, dia mungkin boleh jadi mangsa jenayah ataupun boleh terperangkap dalam operasi polis atau JAIJ. Dia akur dengan nasihat saya, tapi esoknya dia telefon saya nak dapat cerita sebenar kawasan itu. Saya juga cerita beberapa pengalaman saya buat serbuan di situ. Kepada ibu bapa, sila nasihatkan anak-anak, kalau boleh jangan memasuki kawasan itu waktu malam. Banyak kes boleh berlaku kepada anak-anak, nak cerita pun panjang sangat.

Hari ni saya bukan nak cerita kes pondan yang sememangnya banyak di situ dari dulu, kini dan selamanya (mungkin). Ada satu kes iaitu, lelaki yang menjadi bapa ayam kepada isterinya yang jadi pelacur jalanan. Nampak sekali pandang, suami seolah-olah menjual tisu bersama isteri walaupun jam 12.00 malam, 2-3 pagi. Rupanya aktiviti pelacuran. Beberapa kali tangkapan  kepada isteri dan suami ini. 2 kali tangkapan, tidak didakwa kerana kekurangan bukti. Manakala tangkapan kali ketiga akhirnya didakwa dan dihukum oleh mahkamah.  Suami ini 'jual isteri' RM 60 seorang kepada pelanggan.
NASIHAT SAYA, AWASI DIRI DAN ANAK-ANAK ANDA...

18 Disember 2009

"Saya Seminggu Lagi Nak Nikah Lagi Satu"



Tahun 2004 dulu, saya menghadiri satu program anjuran JAKIM di sebuah hotel di luar negeri Johor. Johor menghantar 2 pegawai termasuk saya. Semasa program 3 hari ini, waktu makan, kami  sempatlah berkenalan dengan seorang pegawai agama dari sebuah negeri lain namanya Ahmad (bukan nama sebenar) umur 50 tahun lebih. Entah apalah puncanya, tiba-tiba termasuk pula bab kahwin dua ni. Tak tahulah puncanya boleh masuk topik kawin dua tu, tapi biasalah tu kalau lelaki berkumpul, terkeluarlah cerita macam tu. Pegawai itu cerita,

"Saya sebenarnya, seminggu lagi nak nikah lagi satu". Kata Ahmad. Terkejut juga orang lain mendengarnya.

Ini cerita real punya, bukan cubaan lagi.  Bila dah cerita camni, lagi ramai yang minat dengar. Berlaku pula soal jawab. Kawan saya yang dari Johor tu nampaknya macam berminat sangat, mungkin ada makna di sebalik tu.

"Kawin dengan siapa tu, anak dara ke janda ?" Tanya pegawai tu.

"Anak daralah satu pejabat, umur 30-an". Jawab Ahmad.

"Wah hebatlah. Isteri tak bising ke ?" Tanyanya lagi.

"Bising memanglah bising, tapi petuanya kawin saja dulu. Bising tu dah tentu, yang penting dah kawin dulu." Jawab Ahmad macam penuh keyakinan.

"Sebenarnya, bising orang perempuan ni bukan sampai ke mana" Tambah Ahmad lagi.


(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)