http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-antara-korban-dan-yang.html
12 April 2010
Hantaran 10,000: Diriku Pasrah (Episod 17)
Untuk kepastian, petang itu Harun telefon Ustaz Razali dalam jam 6.00 petang. Bukan apa, cuma nak tahu, untuk apa Ustaz Khalil nak jumpa.
"Ustaz. Boleh saya tahu kenapa Ustaz Khalil nak jumpa saya pagi esok?" Kata Harun.
"Itu saya tak tahu. Saya cuma mengikut arahan memberitahu kamu." Kata Ust Razali.
"Ustaz. Adakah saya akan didakwa esok ?". Tanya Harun.
"Itu pun saya tak tahu. Tapi saya rasa tak. Kalau didakwa, tentu kamu dipanggil berdua. Ni panggil kamu seorang saja.". Kata Razali.
"Ustaz. Saya sebenarnya takut berdepan dengan Ustaz Khali.". Jelas Harun.
"Saya harap kamu datang, kamu pun dalam jaminan. Dalam tempoh jaminan kalau dipanggil bila-bila masa kamu mesti lapangkan masa, kalau tak nanti buruk akibatnya". Kata Ust Razali.
"Yer, saya faham Ustaz. Tapi untuk apa, lagi pun saya dan keluarga dalam kesedihan, Ustaz Khalil tak fikir ke semua ini ? Kenapa tak tunggu kesedihan kami berakhir dulu". Kata Harun.
"Kamu datang sajalah esok, tanya sendiri dengan Ustaz Khalil. Saya pun ada di pejabat esok. Jangan risau. Saya rasa tak ada apa-apa yang dirisaukan". Kata Razali.
Harun akur juga dan bertolak dari kampung jam 8.00 malam naik motosikal. Zihan masih cuti di rumah ibu perempuan. Sepanjang perjalanan melalui lebuhraya, fikirannya bercelaru. Kemudian dia berhenti sekejap di hentian rehat Simpang Renggan dan menelefon kawannya, Zaid.
"Zaid, Ustaz Khalil nak jumpa aku esok 8.30 pagi, aku takut Zaid". Kata Razali.
"Ohh yer ke....Kenapa takut ? Datang sajalah, eangkaukan cuti lagi". Kata Zaid.
"Cakap memang senang Zaid. Aku rasa Ustaz Khalil nak kenakan aku dan nak hancurkan rumahtangga aku dan dia tak mahu tengok kami bahagia". Kata Harun.
"Engkau cakap biar elok sikit Zaid. Jangan tuduh orang tak tentu pasal, apa dia dah buat pada engkau ?". Kata Zaid.
"Yer le Zaid. Janji 2 minggu tempoh jaminan, tapi baru 2-3 hari, panggil pulak. Ini semua nak menzalimi aku dan isteri aku. Kenapa tak tunggu 2 minggu saja". Kata Harun.
"Rilek dulu. Ustaz Khalil tu aku kenal. Aku dah selalu berurusan dengan JAIJ. Dulu ada juga pekerja kilang kita kena cekup khalwat dan aku yang uruskan sampai selesai. Aku tengok dia tu ok jer, walaupun tak kenal rapat sangat". Kata Zaid.
"Aku tak tahulah sekarang Zaid. Pemikiran aku bercelaru, makan minum aku pun dah tak menentu." Kata Harun.
"Engkau jangan ikutkan perasaan sangat, kesihatan kena jaga. Ok takper, esok aku ikut sama kau pergi pejabat JAIJ, aku teman kau. Aku akan beritahu Ustaz Khalil yang engkau pekerja kilang aku. Nanti aku bawak rekod kerja kau. Kalau boleh masa jumpa tu, aku nak ada sama". Kata Zaid.
"Kalau gitu bagus sangatlah. Paling kurang aku berani sikit esok". Kata Harun.
Dia sampai ke JB dalam jam 10.00 malam, balik rumah terus tidur. Kemudian baru dia sedar yang Zihan sms, memesan supaya bawak beberapa pakaian ke kampung bila balik esok. Tapi tak layan dan tak balas sms itu, orang tengah risau, sms pulak pasal pakaian. Patutnya, berilah kata-kata semangat dan peransang untuk esok.
Esok jam 8.30 dia hadir bersama Zaid dan kawan Zaid yang Peguam Mansor. Peguam tu tak pakai tali leher dan baju kot, baju lengan panjang biasa jer supaya orang di situ tak mengenalinya. Tak lama selepas duduk di kerusi, kemudian nama Harun dipanggil oleh Ustaz Razali untuk masuk jumpa Ustaz Khalil. Zaid pada mulanya nak masuk sama tapi tidak dibenarkan.
"Saya Zaid, ini kad saya. Saya pegawai HR di kilang ini dan ini pekerja saya. Kalau boleh, saya nak masuk sama". Kata Zaid.
"Minta maaf Encik Zaid, Ustaz Khalil nak jumpa dia seorang saja buat masa ini". Ustaz Razali.
"Ok. Kalau saya tak boleh, minta kebenaran peguam saya masuk, yang duduk di kerusi itu peguam panel kilang kami.". Tegas Zaid sambil memandang ke arah Peguam Mansor.
"Minta maaf. Ustaz Khalil nak jumpa dia seorang saja. Saya mengikut arahan saja. Maafkan saya". Kata Razali.
Zaid seolah oleh kecewa juga kerana hasratnya nak masuk sama tidak dibenarkan. Zaid tunggu di luar saja bersama peguam itu. Kemudian peguam Mansor menenangkan.
"Zaid.... Saya rasa pada peringkat ini tak ada keperluan kita nak jumpa Ustaz Khalil. Kecuali bila ada apa-apa keputusan nak dakwa nanti, barulah peguam boleh mainkan peranan." Kata Mansor.
Mansor rilek saja, dia peguam, dia tahu undang-undang yang orang yang tidak terlibat dalam kes tidak boleh mengganggu proses siasatan. Cuma Zaid yang agak emosi, mungkin kerana nak ambil hati kawannya yang dalam kesusahan itu.
Masuk di dalam bilik siasatan, Harun berbual-bual dengan Ustaz Razali sementara tunggu Ustaz Khalil masuk ke bilik siasatan itu. Tak lama kemudian Ustaz Khalil masuk, mukanya memang tak senyum, menambahkan debaran di dada Harun. Adakah Ustaz Khalil hendak menyampaikan keputusan pendakwa pada hari itu ? Adakah dia akan dituduh ke mahkamah ? Harun menanti dengan penuh debaran. Masa itu, macam nak terkencing walaupun baru lepas buang air tadi.
... BERSAMBUNG LAGI DAAAA EPISOD 18
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-antara-korban-dan-yang.html
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-antara-korban-dan-yang.html
Hantaran 10,000 : Ampunkanlah Dosa Bapaku (Episod 16)
"MakCik nak beritahu, bapa kau kemalangan motosikal, meninggal dunia. Mintak balik kampung segera.". Kata Makcik Kiah dengan tenang.
Zihan sangat terkejut, mengucap panjang dan terus tidak dapat berkata-kata lagi. Dia sangat sedih dengan berita kematian itu, bapa kandungnya yang membesarkannya sejak kecil hingga dewasa umur 25 tahun. Cukup besar pengorbanan bapanya. Lebih menyedihkan, kematian bapanya sewaktu dia dalam krisis dan belum sempat bermaafan. Ini menambah lagi perit dan kesedihan.
Zihan menangis tanpa henti, seolah dia seorang anak yang derhaka pada bapanya. Kalau bapanya ada buat salah, dia sedia memaafkan, tapi sebagai anak dia tak sempat berbuat demikian. Tanpa berlengah, dia telefon suaminya memberitahu berita ini dan Harun menyuruhnya bersiap untuk pulang ke kampung.
Zihan menangis tanpa henti, seolah dia seorang anak yang derhaka pada bapanya. Kalau bapanya ada buat salah, dia sedia memaafkan, tapi sebagai anak dia tak sempat berbuat demikian. Tanpa berlengah, dia telefon suaminya memberitahu berita ini dan Harun menyuruhnya bersiap untuk pulang ke kampung.
Beberapa minit kemudian, suaminya sampai dengan motosikal, bersiap nak bertolak. Dia sempat telefon Zaid, nak beritahu berita sedih itu.
"Zaid. Bapa mertua aku meninggal kemalangan motosikal di kampung. Nampaknya aku kena ambil cuti hari ni dan esok". Kata Harun.
"Aku ucap takziah pada keluarga kau. Untuk pengetahuan kau, kilang kita kalau ada kematian bapa dan bapa mertua, diberi cuti tanpa rekod 3 hari. Nanti kau photostate surat mati mertua kau tu.... Lagi satu, aku nak beritahu, kau dan isteri kau kena terus kerja shift masuk kerja 5 petang tiap hari sampai hujung bulan ni.". Kata Zaid.
"Terima kasih Zaid. Aku pun memang sesuai kerja malam. Sebab siang banyak nak uruskan kes aku kat Jabatan Agama dan hal lain. Terima kasih Zaid, tolong aku.". Kata Harun dengan sayu.
Motosikalnya terus memecut masuk ke lebuhraya melalui tol Skudai. Bawak laju boleh tahan juga, dulu dia kan Mat Rempit. Sejam lebih sikit, dalam kul 5.00 dia sampai ke rumah Zihan. Suasana sedih menyelubungi keluarga di situ. Zihan terus memeluk ibunya sambil menangis, kemudian memeluk 2 orang adik perempuannya. Ramai di rumah itu, terutama adik beradik bapanya termasuk Makcik Kiah. Jenazah bapanya masih di Balai Polis kerana menunggu doktor dan polis untuk bedah siasat.
Diceritakan, bapanya kemalangan di luar kampung itu dalam 30 km lebih dan tidak diketahui ke mana tujuan bapanya hendak pergi waktu kemalangan. Setahu orang kampung, bapanya memang jarang sekali melalui jalan itu. Bapanya dipercayai terbabas di selekoh tajam dengan kepalanya menghentam pembahagi jalan di selekoh. Ada juga orang kata, kemalangan berpunca dari langgar lagi, tapi masing-masing tak pasti. Polis ada di tempat kejadian waktu mayat dihantar ke hospital dan kes dalam siasatan polis.
Zihan juga terfikir, adakah kemalangan bapanya ada kaitannya dengan 'along', tapi dia pun tak berani atau tak mahu nak buka cerita itu sebab bapanya dah meninggal. Jam 10.00 malam, jenazah sampai di rumah dengan van jenazah. Bila dilihat dari surat mati, punca kematian adalah kerana kemalangan jalanraya, bukan unsur jenayah. Tapi, Zihan masih ada sedikit-sedikit syak, mungkin perbuatan 'along' yang rancang kemalangan itu atau terbabas waktu melarikan diri dari along, tak tahulah, cuma andaian saja.
Di pejabat Penguatkuasa JAIJ, sebelah petang, Ustaz Khalil memanggil Razali masuk ke biliknya untuk beritahu sesuatu.
"Razali. Saya dapat berita yang bapa perempuan dalam kes tu dah meninggal dunia kemalangan motosikal". Kata Ustaz Khalil.
Razali mengangguk tanda maklum kemudian keluar dari bilik itu. Di luar bilik bosnya itu, Razali mula terfikir, dari mana Ustaz Khalil dapat berita itu ?. Mustahil kalau Harun beritahu sebab Ustaz Khalil tiada nombor telefon Harun dan Harun tiada no tel Ustaz Khalil.
Selang beberapa minit kemudian, Razali mendapat panggilan telefon dari Harun dan memaklumkan yang mertuanya dah meninggal dunia. Razali buat seolah-olah dia baru tahu berita itu, sedangkan dia sudah maklum. Kemudian Razali tanya satu soalan.
"Sebelum telefon saya, ada ke telefon pegawai penguatkuasa lain ? ". Tanya Razali.
"Tak ada Ustaz. Saya tak ada nombor telefon orang lain kecuali Ustaz seorang saja. Kenapa ustaz ?" Tanya Harun.
"Tak ada apa, saja tanya". Kata Razali. Perbualan mereka berdua pendek saja hari itu.
Pada fikiran Razali, ada suatu yang dia tak tahu, tapi Ustaz Khalil ada maklumat yang lebih lagi berkenaan kes itu. Tapi tidak mungkin dia boleh tanya bosnya itu kecuali bosnya sendiri yang beritahu. Razali tahu, bosnya memang seorang yang sukar dibaca dan mempunyai ilmu perisikan yang lebih tinggi darinya. Cukuplah sekadar dia tahu, Ustaz Khalil handle unit perisikan dan ramai perisik yang beri dia info.
Esoknya, dalam jam 9.00 pagi, jenazah bapanya dibawa ke masjid di kampung itu untuk solat jenazah. Lebih kurang 50 orang juga solat jenazah terdiri dari orang kampung itu. Harun sebagai 'menantu' sama-sama solat jenazah di barisan hadapan. Sedih rasa hatinya dan Harun tidak dapat menahan air mata semasa imam membacakan doa dengan alunan suara yang syahdu..
Selepas selesai solat, dia berpaling ke belakang dan terkejut melihat seseorang iaitu mukanya macam Ustaz Khalil. Tapi dia pelik juga, kenapa Ustaz Khalil hadir ? Dia tak nampak pula Ustaz Razali. Bila dilihat kereta atau van kerajaan yang mungkin dinaiki oleh Ustaz Khalil, tak nampak pula. Tapi dia yakin itu Ustaz Khalil, cuma kenapa dia datang ke masjid itu sama-sama solat jenazah ? Harun beritahu Zihan dan menunjukkan dari jauh yang itu Ustaz Khalil.
Selepas selesai solat, dia berpaling ke belakang dan terkejut melihat seseorang iaitu mukanya macam Ustaz Khalil. Tapi dia pelik juga, kenapa Ustaz Khalil hadir ? Dia tak nampak pula Ustaz Razali. Bila dilihat kereta atau van kerajaan yang mungkin dinaiki oleh Ustaz Khalil, tak nampak pula. Tapi dia yakin itu Ustaz Khalil, cuma kenapa dia datang ke masjid itu sama-sama solat jenazah ? Harun beritahu Zihan dan menunjukkan dari jauh yang itu Ustaz Khalil.
Kemudian dia lihat Ustaz Khalil berbual mesra dengan pak imam tadi sambil duduk di penjuru masjid. Dari jauh, dia nampak Ustaz Khalil tersenyum masa berbual dengan pak imam, berbeza masa berbual dengannya sebelum ini yang tak pandai senyum.
Kemudian isterinya beritahu, bahawa imam itulah jurunikah sebenar di kampung itu yang datang waktu yang sepatutnya nikah dulu, masa Harun tak hadir tu. Kemudian kelihatan bapa saudara perempuan bersalaman dan duduk berbual bersama Ustaz Khalil dan imam itu. Zihan sempat menunjuk dari jauh kepada Harun yang itu bapa saudaranya iaitu adik kepada arwah, peneroka felda dan guru mengaji di Pahang.
Kehadiran Ustaz Khalil di situ menambahkah kegelisahan dan kecelaruan fikiran kedua-duanya. Kenapa Ustaz Khalil ada ? Nak tangkap siapa pulak ? Kemudian keduanya ke kubur dan Ustaz Khalil tak hadir ke kubur dan tak tahu ke mana pergi selepas itu. Tapi kekadang ada rasa, dia mungkin silap orang. Mungkin kerana mainan perasaan sebab sejak semalam asyik terbayang Ustaz Khalil saja.
Kemudian isterinya beritahu, bahawa imam itulah jurunikah sebenar di kampung itu yang datang waktu yang sepatutnya nikah dulu, masa Harun tak hadir tu. Kemudian kelihatan bapa saudara perempuan bersalaman dan duduk berbual bersama Ustaz Khalil dan imam itu. Zihan sempat menunjuk dari jauh kepada Harun yang itu bapa saudaranya iaitu adik kepada arwah, peneroka felda dan guru mengaji di Pahang.
Kehadiran Ustaz Khalil di situ menambahkah kegelisahan dan kecelaruan fikiran kedua-duanya. Kenapa Ustaz Khalil ada ? Nak tangkap siapa pulak ? Kemudian keduanya ke kubur dan Ustaz Khalil tak hadir ke kubur dan tak tahu ke mana pergi selepas itu. Tapi kekadang ada rasa, dia mungkin silap orang. Mungkin kerana mainan perasaan sebab sejak semalam asyik terbayang Ustaz Khalil saja.
Untuk meyakinkannya, Harun telefon Ustaz Razali yang waktu itu ada di JB.
"Ustaz. Betul ke Ustaz Khalil datang ke kampung saya?". Kata Harun.
"Tak pastilah. Tapi hari ni dia ada kes di luar". Kata Razali.
"Dia pergi mana ustaz ?". Kata Harun.
"Saya pun tak tahu dan sememangnya saya tak boleh tahu ke mana dia pergi. Dia boleh bergerak ke mana-mana saja. Semua pergerakan dia sulit". Kata Razali.
Perkebumian selesai jam 11.00 pagi kemudian balik ke rumah. Jam 3.00 petang di pejabat penguatkuasa JB, Ustaz Khalil naik ke pejabat dan panggil ustaz Razali masuk ke biliknya.
"Razali. Esok 8.30 pagi panggil lelaki tu, saya nak jumpa". Kata Khalil.
"Baik tuan, nanti saya telefon. Tuan, ada apa-apa yang perlu saya siapkan ke ?" Tanya Razali.
"Tak perlu apa-apa... Lagi satu, sebentar tadi saya dah jumpa pendakwa Syarie berkenaan kes ini, pendakwa dah buat keputusan.". Kata Khalil.
Razali kemudian terdiam dan dengar penuh teliti apa yang nak disampaikan bosnya itu.
Razali kemudian terdiam dan dengar penuh teliti apa yang nak disampaikan bosnya itu.
"Ok tuan. Boleh saya tahu apa keputusan pendakwa itu ?". Kata Razali.
"Saya rasa tak perlu beritahu kamu lagi. Mungkin lepas jumpa lelaki tu esok, saya beritahu". Kata Khalil
Razali kemudian keluar dan telefon Harun supaya datang esok. Razali tertanya-tanya, apa maksud sebenar kata-kata penolong pengarahnya itu dan bagaimana kesudahan kes ini ?
....BERSAMBUNG KE EPISOD 17
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-diriku-pasrah-episod-17.html
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-diriku-pasrah-episod-17.html
Nyanyuk Pada Usia Muda
Seorang wanita muda di Australia, Rebecca Doig lupa dia pernah melahirkan seorang bayi perempuan pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Doig yang berumur 31 tahun lupa pernah melahirkan seorang anak kerana dia merupakan antara pesakit Alzheimer atau nyanyuk paling muda di dunia.
Anaknya, Emily Doig dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Hornsby di sini pada Selasa lepas tetapi sehingga kini bayi itu belum mendapat belaian ibunya. Doig yang hilang pekerjaan kerana kerap lupa dan melakukan kesilapan disahkan menghidap penyakit Alzheimer pada Ogos tahun lalu.
Dia merupakan pesakit Alzheimer yang paling muda pernah melahirkan seorang anak.
"Amat memilukan untuk melihat isteri anda seperti ini. Pada masa lalu, dia amat bertenaga.
"Namun, dia kini merupakan kehidupan saya dan saya tidak akan berputus asa," kata suaminya, Scott yang berkahwin dengan Doig pada 2003.
11 April 2010
Buang Bayi Dalam Tong Sampah
RAWANG: Mayat seorang bayi lelaki yang sempurna sifat ditemui mati dibuang dalam sebuah tong sampah di Kampung Tanjung, Sungai Choh, dekat sini pada jam 8 pagi tadi.
Hantaran 10,000: Menggapai Awan (Episod 15)
Ustaz Khalil duduk di depan meja mengadap kerusinya dan tidak berkata apa-apa. Kemudian Ustaz Khalil ada panggilan melalui telefon bimbitnya dan Ustaz Khalil jawab. Kemudian Ustaz Khalil pula mendail kepada seseorang pula. Dari gayanya, dia percaya Ustaz Khalil seorang yang sibuk dengan tugasnya. Pada anggapannya, kalau orang itu telefon pun buat gegaran saja, itu menunjukkan orang yang selalu sibuk menjawab panggilan. Kemudian Ustaz Razali masuk dan duduk di sebelah kiri meja. Jadi mereka bertiga saja dalam bilik itu.
"Okey. Apa masalah kamu ?". Tanya Ustaz Khalil.
"Ustaz, izinkan saya nak cerita kisah saya dari mula." Kata Harun.
"Ok. Silakan". Kata Ustaz Khalil.
Harun cuba nak cerita panjang tapi dipotong Ustaz Khalil bila dia nak mulakan cerita.
"Saya dah tahu cerita tu, kamu dah terangkan dalam kertas siasatan dan kepada Ustaz Razali kan ?.... Saya rasa kamu tak perlu cerita lagi, membazir tau, membazir". Jawab Ustaz Khalil dengan serius.
Harun pun serba salah sebab Ustaz Khalil tak mahu dengar ceritanya lagi. Tapi sekali fikir betul juga, dia dah cerita pada Ustaz Razali, tentu dah dipanjangkan cerita itu pada Ustaz Khalil. Bila direnung muka Ustaz Khalil, memang betul dia seorang yang tak pandai senyum dan seorang yang serius. Maka kata-katanya terhenti terus beberapa ketika.
Harun pun serba salah sebab Ustaz Khalil tak mahu dengar ceritanya lagi. Tapi sekali fikir betul juga, dia dah cerita pada Ustaz Razali, tentu dah dipanjangkan cerita itu pada Ustaz Khalil. Bila direnung muka Ustaz Khalil, memang betul dia seorang yang tak pandai senyum dan seorang yang serius. Maka kata-katanya terhenti terus beberapa ketika.
"Ok. Ada apa-apa lagi ?". Ustaz Khalil
"Errr... Ustaz. Bagaimana kes saya lepas ni ? Saya kena dakwa ke ?". Tanya Harun.
"Kes kamu, tunggu dua minggu lagi. Jadi lepas 2 minggu baru saya beritahu. Sekarang tak boleh". Kata Ustaz Khalil.
Kata-kata Ustaz Khalil itu memang tajam seolah-olah menusuk jantungnya. Harun sampai dah tak boleh kata apa lagi. Dia tahu, Ustaz Khalil mengelak dari nak jawab soalan tu dan cara Ustaz Khalil tu membuatkan dia hilang idea nak bertanya lagi. Ustaz Razali senyap saja sepanjang pertemuan itu, mungkin sebagai menghormati bosnya.
"Okey. Kamu balik dulu. Saya ada tugas lain". Kata Ustaz Khalil.
Harun bersalaman dengan Ustaz Khalil yang masih tak ada senyum itu dan salam Ustaz Razali yang memang nampak baik dan murah senyum itu. Dia terus balik, jam dah pukul 11.30 pagi. Dalam hatinya, ada menyesal juga jumpa Ustaz Khalil, tidak ada apa faedah pun. Dalam hati ada rasa kecewa juga, tapi kekadang difikirkan, ada betulnya dia dilayan begitu. Mungkin itu dah jadi cara kerja seorang penguatkuasa.
Tapi, sekurang-kurang dia dapat jumpa dan kenal Ustaz Khalil, pun ada rasa lega juga. Harun teringat satu soalan yang memang dia nak tanya pada Ustaz Khalil, iaitu siapa pengadu kes ini. Tadi dia seolah-olah berfikir, setiap hujahnya akan dipatahkan. Sekali fikir, kalau ditanya pada Ustaz Khalil pun, pasti soalan mengenai pengadu itu tidak akan dijawab, jadi lebih baik tak payah tanya.
Tapi, sekurang-kurang dia dapat jumpa dan kenal Ustaz Khalil, pun ada rasa lega juga. Harun teringat satu soalan yang memang dia nak tanya pada Ustaz Khalil, iaitu siapa pengadu kes ini. Tadi dia seolah-olah berfikir, setiap hujahnya akan dipatahkan. Sekali fikir, kalau ditanya pada Ustaz Khalil pun, pasti soalan mengenai pengadu itu tidak akan dijawab, jadi lebih baik tak payah tanya.
Bila keluar saja, Harun nampak ada miscal dari Zihan waktu dia dalam bilik Ustaz Khalil tadi, tadi hphonenya buat 'silent'. Dia terus telefon isterinya dan isterinya kata, bapanya ada telefon sebentar tadi dan mintak duit beberapa-berapa pun. Mendengar cerita itu, Harun minta isterinya tunggu di asrama kilang dan ambilnya pergi makan di sebuah gerai di Taman Daya JB.
Di kedai makan, Zihan cerita lanjut. Iaitu selepas bapanya telefon, dia bergegas telefon ibunya di kampung dan ibunya sedang berada di dalam ketakutan. Waktu bangun tidur, didapati banyak cat merah di dinding rumah dipercayai perbuatan 'along'. Banyak tempat juga kawasan cat, simbahan dan spray warna merah. Yang paling menakutkan, tulisan "Mau Mati Ka" di dinding tu. Lagi satu, ada salinan kad pengenalan bapanya dicetak besar dan ditampal di pokok depan rumah. Di bawahnya ditulis perkataan 'Tipu Punya Orang" "17,000 ribu bila mahu bayar".
Kata ibu Zihan, bapanya keluar rumah sejak jam 8.00 pagi, tak tahu pergi ke mana. Sekarang dah 11.30, belum pulang lagi bapanya. Ibunya bimbang keselamatan bapanya. Ibunya cerita lagi, sejak pagi tadi, ada beberapa biji motosikal selalu lalu depan rumah dan memerhati kawasan rumah. Ibunya tak keluar rumah dan mengunci semua pintu dari dalam.
Kata ibu Zihan, bapanya keluar rumah sejak jam 8.00 pagi, tak tahu pergi ke mana. Sekarang dah 11.30, belum pulang lagi bapanya. Ibunya bimbang keselamatan bapanya. Ibunya cerita lagi, sejak pagi tadi, ada beberapa biji motosikal selalu lalu depan rumah dan memerhati kawasan rumah. Ibunya tak keluar rumah dan mengunci semua pintu dari dalam.
Zihan bercadang nak balik kampung untuk bawa ibunya ke JB tapi tidak dipersetujui Harun.
"Kalau ibu awak duduk di rumah kita, bapa pasti ikut. Saya takut, nanti 'along' kejar bapa sampai ke rumah kita. ". Kata Harun.
Betul juga kata Harun itu dan keputusan yang mereka buat hanyalah berserah kepada Allah saja. Mereka tak boleh balik kampung sebab kerja, kalau selalu cuti, nanti terjejas prestasi kerjanya, lagipun mereka baru lagi bekerja. Jam 1.45 Harun hantar Zihan ke asrama untuk berehat sementara masuk kerja jam 5.00 petang nanti.
"Nanti abang tunggu depan pintu pagar jam 4.30". Kata Harun.
Di asrama, dalam jam 3.00 petang, Zihan dapat panggilan telefon dari Makcik Kiah di kampung. Itu kali pertama Mak Cik Kiah telefonnya sejak dia pindah ke JB. Panggilan telefon itu membuatkan Zihan berdebar, kerana merasakan ada sesuatu yang sangat penting hendak diberitahu.
...BERSAMBUNG KE EPISOD 16
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-ampunkanlah-dosa-bapaku.html
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-ampunkanlah-dosa-bapaku.html
Negeri Sembilan juara Piala FA
KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan juara Piala FA tewaskan Kedah 5-4 menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan final di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
10 April 2010
BANYAK AUTA ITU KEDAI MAMAK
Lebih 150,000 pekerja asing yang bekerja di restoran dan kedai kopi tidak dapat pulang ke tanah air selepas visa mereka tamat tempoh kerana majikan mereka memegang pasport mereka, dakwa Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini. Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata, pekerja berkenaan tidak berniat untuk tinggal melebihi tempoh tetapi mereka telah dieksploitasi oleh majikan yang memegang pasport mereka dan enggan memperbaharui visa mereka yang telah tamat tempoh.
"Sehubungan itu, MTUC mencadangkan kerajaan memberikan pengampunan khusus kepada kumpulan itu untuk kembali ke negara asal mereka," katanya.
Balasubramaniam mendakwa pemilik restoran tidak serius untuk menggaji pekerja tempatan dan ini dicerminkan melalui tindakan mereka yang menawarkan gaji rendah dengan keadaan tempat kerja yang tidak selesa.
"Sebagai contoh, walaupun majikan mendakwa mereka menawarkan RM850 sebulan, ini bagi hampir 12 jam waktu bekerja dan bukannya lapan jam seperti termaktub dalam undang-undang buruh Malaysia," katanya
Hantaran 10,000: Anak Terbuang (Episod 14)
Esoknya, Haron pada awalnya merancang hendak balik ke kampung sekejap. Tapi bila fikirkan jauh, ditambah dengan kenyataan pegawai penyiasat kata tak ada dalam rekod, maka dia batalkan saja. Dia merancang untuk ke penguatkuasa Johor Bahru saja, bertemu Ustaz Razali yang menyiasat kes ini. Kalau nak tanya apa tujuan, dia pun macam tak tahu apa tujuan tapi yang lebih penting adalah untuk membela diri sebelum kena tuduh.
Harun masih tertanya-tanya kenapa peguam kata mengaku salah saja, sedangkan dia rasa dia tak salah. Kalau salah pun adalah angkara bapa mertuanya yang rakuskan hantaran 10000 itu. Terfikir juga pada fikiran Harun untuk berbincang dengan Ustaz Razali tentang hasratnya untuk mengaku salah saja walaupun itu sangat berat untuk dilakukan.
Harun masih tertanya-tanya kenapa peguam kata mengaku salah saja, sedangkan dia rasa dia tak salah. Kalau salah pun adalah angkara bapa mertuanya yang rakuskan hantaran 10000 itu. Terfikir juga pada fikiran Harun untuk berbincang dengan Ustaz Razali tentang hasratnya untuk mengaku salah saja walaupun itu sangat berat untuk dilakukan.
Jam 8.30 pagi, Harun dah berada di pejabat penguatkuasa. Dia datang seorang diri tanpa kehadiran Zihan. Kebetulan Ustaz Razali ada di pejabat.
"Nasib baik kamu datang, baru nak telefon suruh kamu datang pejabat". Kata Razali.
Perkataan itu membuatkan Harunterkejut, sedangkan dia datang secara kebetulan saja.
"Kenapa ustaz ?"
"Penolong Pengarah saya, Ustaz Khalil minta kamu hadir untuk siasatan lanjut, ada beberapa isu lagi di sini".Kata Ustaz Razali.
Harun pun masuk ke dalam pejabat dan duduk di meja siasatan. Tidak sangka pula kehadirannya di pejabat itu untuk disiasat sekali lagi. Tapi dia gembira juga sebab paling kurang pun dapat memberi penjelasan lanjut kepada penguatkuasa. Serba sikit dia dapat bela diri.
"Saya diminta bertanya kamu berkenaan pernikahan itu. Siapa wali?". Kata Ustaz Razali.
"Ehhhh...emmmp. Saya pun tak tahu siapa wali, tapi bapanya ada di sebelah pak imam tu". Kata Harun
"Ada lafaz penyerahan berwakil wali kepada pak imam itu?". Tanya Razali.
"Tak tahu pulak, nampak macam tak ada". Harun jawab dalam keadaan tak pasti sangat.
"Ok. Sebenarnya yang nikahkan kamu, bapa dia atau pak imam tu ?". Kata Razali.
"Saya salam tangan pak imam tu, bukan bapa dia". Jawab Harun.
"Kamu kenal siapa jurunikah tu ?". Tanya Razali.
"Tak kenal, tapi isteri saya kata, itu kawan bapa dia sama-sama main dam". Harun jawab.
"Kamu kenal saksi-saksi dalam pernikahan itu ?" Kata Razali.
"Tak kenal, tapi semuanya kawan bapa isteri saya yang sama-sama main dam". Kata Harun.
"Ok. soalan terakhir. Kamu bolehkah bawa datang semua yang terlibat di pejabat ini, iaitu pak imam dan saksi juga wali?" Tanya Razali.
"Tak mungkin ustaz, mereka dah bermusuh dengan saya. Itu semua kawan bapa mertua saya.". Harun jawab sambil mengeletar juga suaranya.
"Kalau begitu, adakah anda yakin pernikahan itu sah ?" Tanya Razali.
"Tak tahulah saya". Harun jawab.
"Kalau tak tahu, kamu kena datangkan mereka semua sebagai saksi. Mereka semua perlu disoalsiasat. Barulah kamu dapat membela diri kamu. Tapi tuduh atau tidak, itu kuasa pendakwa, bukan kuasa saya". Kata Razali.
"Saya memang tak boleh bawak mereka, saya percaya mereka tak mahu bekerjasama". Harun jawab.
Itu antara beberapa soalan penyiasat, ada banyak lagi. Lama juga siasatan itu, hingga 3 muka surat bertulis tangan yang ditulis pegawai penyiasat. Semua soalan tentang topik pernikahan. Ustaz Khalil mahu siasatan terperinci mengenai perkahwinan pula. Sama ada sah atau tidak dari segi hukum syarak. Soal undang-undang itu soal lain, ini cerita hukum syarak dulu.
Selepas selesai siasatan, Harun berkata sesuatu.
"Ustaz, boleh ke saya nak jumpa dengan Penolong Pengarah, Ustaz Khalil". Harun membuat permintaan.
"Kenapa nak jumpa Ustaz Khalil?" Razali jawab.
"Tolong jumpakan saya dengan Ustaz Khalil, saya nak beri penjelasan, tolonglah saya ustaz?". Harun terus menyatakan hasratnya.
"Ok. Kamu duduk di luar dulu, nanti saya tanya ustaz Khalil dulu. Ok, tunggu di luar dulu". Kata Razali.
Di luar, dia melihat carta organisasi penguatkuasa. Ada gambar Ustaz Khalil yang dia tak pernah kenal tapi selalu dengar nama itu yang sering disebut oleh Razali. Harun rasa, dia perlu memberi penjelasan dengan orang yang lebih atas. Harun tertanya-tanya, adakah permintaannya nak jumpa itu berjaya atau tidak. Dia terus menanti.
Tak lama kemudian, Razali memanggilnya.
"Sila masuk, Ustaz Khalil nak jumpa, tunggu di bilik siasatan sana, nanti Ustaz Khalil datang". Kata Razali.
Harun agak berdebar dan mengingati balik, apa yang nak diceritakan. Terfikir juga yang ceritanya agak panjang tapi kena pendekkan sikit supaya senang orang yang mendengarnya. 5 minit menunggu, kemudian Ustaz Khalil masuk ke bilik siasatan. Muka Ustaz Khalil biasa saya, tidak bengis, tapi agak serius dan tidak senyum. Lagaknya seperti orang yang tak suka cakap banyak dan seperti sombong juga. Ini menambahkan debaran di dada dan hampir hilang semuanya apa yang nak diceritakan tadi.
BERSAMBUNG KE EPISOD 15
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-menggapai-awan-episod-15.html
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-menggapai-awan-episod-15.html
09 April 2010
Apa Nak Jadi Pelajar Sekarang
SHAH ALAM, 9 April (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki cedera selepas dibelasah dengan topi keledar oleh dua lelaki yang menceroboh kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 di sini sebelum sesi sekolah bermula pagi ini. Kedua-dua lelaki itu yang berumur 18 dan 23 tahun kemudiannya diberkas di sebuah pangsapuri di Subang Jaya pada tengah hari Jumaat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin berkata suspek yang dipercayai bekas pelajar sekolah itu telah memasuki kawasan sekolah kira-kira 7 pagi sebelum terserempak dengan seorang guru wanita.
"Apabila disoal oleh guru itu, suspek dikatakan telah memberitahu bahawa mereka mahu berjumpa dengan sepupu salah seorang dari suspek.
"Guru berkenaan kemudiannya meminta mereka supaya menunggu di ruang menunggu. Tetapi suspek berang dengan kenyataan guru itu lalu memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap guru berkenaan," katanya.
Noor Azam berkata melihat kekecohan itu, tiga pelajar mendapatkan guru mereka dan turut meminta suspek yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol supaya tidak membuat kecoh dan memarahi guru mereka.
"Tetapi suspek menolak seorang pelajar dan menghayun topi keledarnya sebelum mereka bertindak melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya.
Noor Azam berkata guru berkenaan kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.
08 April 2010
Cincin Pengantin Tak Muat
Beberapa hari lepas, saya nikahkah satu pasangan. Biasalah, lepas nikah pengantin lelaki sarungkan cincin ke jari perempuan. Tapi bila disarung, nampak macam tak muat. Oleh kerana dah macam adat dan kemera pun dan sedia, maka lelaki sarung juga sampai berjaya. Tengok perempuan tu macam kesakitan saja. Terus saya keluar, nak tergelak pun ada. Bukan apa, takut cincin tu tak boleh tanggal.
Kalau tak percaya, tengok artikal lama saya, sampai kena bawak ke hospital...
07 April 2010
Hantaran 10,000: Kahwin Pondok-Pondok (Episod 13)
Keluar dari pejabat Agama, Zaid ajak ke kedai Mamak Yasin, tak jauh dari situ. Zaid dan kawannya naik kereta BMW baru, manakala Harun dan Zihan naik moto Honda EX5 saja.
Harun terkejut dan tidak menyangka pula bertemu peguam. Dari malam tadi dia dah fikir nak lantik peguam tapi bila fikir soal bayaran, hasratnya terhenti. Sekarang peguam itu minum semeja dengannya. Dia menceritakan episod perjalanan hidupnya. Dari bertunang, majlis yang tak jadi dan nikah dengan kawan bapanya sehinggalah dia kerja di JB ni. Sambil bercerita, Zihan kelihatan sedih dengan mengesat air matanya.
Nasihat Peguam
"Aku dah biasa ke penguatkuasa Jabatan Agama, dah ramai pekerja kilang termasuk warga asing ditangkap. Bos minta aku uruskan. Jadi aku pun nak tolong kau". Kata Zaid.
"Memang betul, engkau banyak tolong aku dari dulu lagi. Kalau engkau tak ada, tak tahulah aku nak mintak tolong siapa kat JB ni. Mak ayah aku kat kampung pun tak tahu, aku taknak susahkan mereka. Abang aku yang askar tu ada kat kem JB ni tapi aku taknak libatkan dia. Dia tu panas baran sikit, nanti lain pula jadinya.". Kata Harun.
Kemudian Zaid perkenalkan kawan dia yang seorang lagi tu sebagai Mansor, seorang peguam di JB.
"Ini kawan aku peguam, tapi bukan peguam Syarie. Dia salah seorang peguam panel kilang kita, serba sikit boleh bantu kau dapatkan nasihat undang-undang". Kata Zaid.
Harun terkejut dan tidak menyangka pula bertemu peguam. Dari malam tadi dia dah fikir nak lantik peguam tapi bila fikir soal bayaran, hasratnya terhenti. Sekarang peguam itu minum semeja dengannya. Dia menceritakan episod perjalanan hidupnya. Dari bertunang, majlis yang tak jadi dan nikah dengan kawan bapanya sehinggalah dia kerja di JB ni. Sambil bercerita, Zihan kelihatan sedih dengan mengesat air matanya.
Nasihat Peguam
"Okey. Pertama, sila ke pejabat kadi di daerah kamu dan dapatkan surat nikah. Kena tanya dulu, kamu nikah itu ada surat nikah atau tidak..... Saya rasa yang nikahkan itu bukan jurunikah bertauliah dan sebab itulah penguatkuasa kata tiada dalam rekod. Apa-apa hal pergi tanya dulu, mungkin ada mungkin tak". Jelas Peguam Mansor.
"Yer. Zaid, aku nak mintak tolong kau lagi satu, esok aku nak balik kampung sekejap, nak ke pejabat kadi. Kalau boleh esok aku nak kerja shift malam.". Kata Harun.
"Ok. itu tak jadi masalah, pandailah aku uruskan". Kata Zaid.
"Kedua. Kalau tiada surat nikah, maka alasan kes kamu didakwa ke mahkamah cukup kuat. Kalau kamu kata dah nikah, kena kemukakan bukti. Kalau tak ada bukti, itulah yang susah". Kata Peguam Mansor lagi.
"Yer. Itulah yang memeningkan kepala aku. Harap-harap adalah surat nikah esok. Tapi menurut ustaz Razali yang siasat kami tadi, dia kata pernikahan tu tak ada dalam rekod, dia dah semak". Kata Harun.
"Ermmmm......Kalau begitu, kalau nanti kamu kena tuduh di mahkamah, lebih baik mengaku salah saja. Kemudian buat rayuan depan hakim. Ini kesalahan kali pertama, mungkin hukumannya tak berat sangat.". Kata Peguam Mansor.
Harun terkejut dan seakan tidak dapat menerima yang peguam kata begitu. Pada anggapannya yang tak biasa mengadap kes sebegitu, padanya peguam akan suruh dia lawan habis-habisan, tapi kali ini tidak pulak. Habis dia terdiam dan hilang semangat nak bercerita. Melihat kawannya yang terdiam, Zaid bersuara.
"Haru.....Ingatlah. Ini bukan kali pertama kami mengadap kes sebegini. Kami nak tolong kau, bukan nak lemahkan semangat kau. Kami nak cari jalan penyelesaian mudah. Dari segi hukum pun, kalau pernikahan dah tak sah, takkanlah nak diteruskan juga. Kenalah nikah semula dengan cara yang betul". Kata Zaid.
"Maaf Harun, saya peguam sivil. Betul tu Harun. Ini bukan kes jenayah berat macam kes bunuh atau mengedar dadah yang boleh hukum gantung. Kalau gitu kita lawanlah habis-habisan. Kalau menyerah, awal-awal dah kena hukum gantung. Kes khalwat ini ada hikmahnya kamu kena tangkap. Boleh kita kembali ke jalan yang benar termasuk nikah semula". Kata Peguam Mansor.
Harun mengangguk saja dan suaranya sudah mula berubah, semangatnya sudah mula hilang bila dicadangkan mangaku salah di mahkamah nanti. Dia yang tak berapa tahu pasal undang-undang dan tak pernah mengalami kejadian ini tentu kekok. Bagaimanapun dia berterima kasih kepada Zaid dan peguam Mansor yang banyak beri pandangan berguna. Jam pun dah masuk pukul 3.00 dan nak balik kerana masuk kerja jam 5.00. Cuma yang difikirkan lagi adalah nasihat dari penguatkuasa tadi supaya jangan tidur serumah lagi. Itu pun satu masalah besar juga.
"Zaid. Bagaimana nak buat, penguatkuasa suruh kami tak duduk sama lagi satu rumah. Kalau duduk, boleh kena tangkap lagi.". Kata Harun.
"Ok. Kalau engkau setuju, isteri kau boleh duduk di asrama wanita di belakang kilang tu. Tak jauh nak pergi kerja, jalan kaki saja. Lagi pun asrama tu dah makin kosong sejak pekerja Indon dah ramai balik ni.". Kata Zaid.
"Yer aku setuju. Jauh atau dekat tak kisah, aku boleh datang ambil dan hantar hari-hari". Kata Harun.
Maka mereka pun balik, Zaid yang belanja makan petang tu. Pekerja Bangla yang kerja di Restoran Yasin tu dulu kerja hotel sekarang jadi juruwang pula, pakai tali leher, peguam pun tak pakai tali leher. Balik ke rumah, salin baju, terus ke tempat kerja. Esok ada tugas yang lebih penting.
BERSAMBUNG EPISOD 14
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-anak-terbuang-episod-14.html
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-anak-terbuang-episod-14.html
Akhbar Sinar Harian di Johor mulai 1 Mei ?
Minggu lepas, saya dikunjungi 2 orang wartawan dari Karangkraf Sdn Bhd, yang menerbitkan akhbar Sinar Harian. Kalau tak silap saya, akbar ini akan dilancarkan di Johor mulai 1 Mei 2010 ini.
Saya dah biasa baca Sinar Harian ini kalau ke Terengganu. Di sana dah ada akhbar ini bertahun-tahun dulu dan mencatat jualan yang tinggi. Agak menghairankan juga, kenapa akhbar ini lambat masuk Johor. Mesti ada sebab.
Minggu lepas juga, kawan saya ke pesta buku di Kuala Lumpur. Kawan saya tanya soalan, kenapa tak buat pameran yang sama di Johor. Orang itu kata, penggemar buku di Johor kurang... Betul atau tidak yang orang tu cakap, tak tahulah kebenarannya. Tapi saya rasa, ada kebenarannya juga, sama-samalah kita fikirkan.
KAKITANGAN KERAJAAN ANTARA KENA TANGKAP JUDI NOMBOR EKOR
Semalam, penguatkuasa JAIJ Kluang membuat operasi judi. Menahan 2 lelaki, salah seorang darinya adalah kakitangan kerajaan. Selain akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah, satu laporan akan dihantar kepada ketua jabatan berkenaan.
06 April 2010
Hantaran 10,000: Musang Berbulu Ayam (Episod 12)
Harun dan Zihan menunggu di kerusi luar selepas siasatan tadi. Lama juga mereka kena tunggu dan sempat juga mereka makan tengahari di kantin pejabat. Mereka tertanya-tanya, apakah tindakan penguatkuasa selepas ini.
"Siapa sebenarnya yang buat aduan kes ini yer, bang?" Tanya Zihan.
"Tak tahulah, tapi saya rasa ayah awak yang mengadu". Kata Harun.
"Yer, saya pun fikir begitu juga. Tapi bagaimana kita nak dapatkan kepastian yer. Saya tak sangka ayah saya buat kita sebegini. Memang sebelum ini ayah ada telefon, kata nak rosakkan rumahtangga kita". Kata Zihan.
"Tak per, nanti kita tanya penguatkuasa, siapa yang mengadu". Kata Harun.
Harun kemudian pergi ke kaunter untuk bertanya sesuatu dengan penguatkuasa Razali.
"Ustaz, bagaimana dengan kes saya ni? Lama lagi ke patut saya tunggu. Saya masuk kerja jam 5.00 petang, sempat ker ?". Kata Harun.
"Kes kamu belum tahu lagi. Apa-apa hal sila sediakan penjamin, mungkin kamu dibenarkan jamin kalau siasatan kes ditangguhkan. Saya sedang tunggu arahan dari Penolong Pengarah saya, Ustaz Khalil". Kata Razali.
"Ustaz, boleh ker saya tanya sesuatu yang agak sulit sikit?". Kata Harun.
"Sulit ? Sulit apa ?". Tanya Razali yang sedikit terkejut dengan soalan tu.
"Siapa yang mengadu sampai kami kena tangkap ?". Tanya Harun lagi.
"Ohhh itu saya tak tahu. Lagi pun maklumat pengadu ni sulit, tak boleh beritahu sesiapa. Lagi pun saya memang tak tahu". Razali.
"Tolonglah Ustaz, sebab saya rasa orang dalam keluarga saya yang mengadu. Betul ke Ustaz ?". Desak Harun lagi.
"Macammana saya nak beritahu kamu, saya pun tak kenal dan tak tahu. Penguatkuasa cuma dapat arahan dari pegawai atasan untuk menangkap. Saya pun menyiasat kamu sebab diarahkan". Kata Razali.
"Ok. terima kasih Ustaz. mengenai penjamin tu, nanti saya telefon penjamin". Kata Harun.
Di dalam pejabat, penguatkuasa Razali masuk ke bilik Penolong Pengarah Ustaz Khalil dengan membawa fail siasatan yang agak lengkap.
"Tuan, saya nak serahkan fail ini untuk disemak". Kata Razali. Kemudian dia duduk di kerusi, menunggu Ustaz Khalil untuk menyelak fail dan menyemak satu persatu.
"Razali, kamu kenal siapa pengadu kes ini ?" Tanya Ustaz Khalil.
"Tak kenal tuan, saya rasa tuan lebih kenal sebab tuan yang merekodkan aduan tersebut. Tuan, tadi OKT tanya siapa pengadu tapi saya tak beritahu, memang tak boleh beritahu pun". Kata Razali.
"Yer, baguslah kamu tak kenal. Kamu penyiasat, tumpukan kerja penyiasat. Cuma saya nak tangguhkan merujuk kes ini kepada pendakwa, tak jadi petang ni. Saya nak siasat pengadu kes ini.". Kata Khalil.
"Adakah saya yang kena siasat pengadu tu, pengadu tu tinggal di mana tuan?". Tanya Razali.
"Pengadu ni biar saya yang siasat sendiri atau saya akan arahkan penyiasat lain. Saya nak jaga kerahsiaan pengadu". Kata Khalil.
"Baik tuan, bagaimana dengan siasatan kes ini, adakah sudah lengkap untuk jumpa pendakwa Syarie untuk tuduh kesalahan khalwat ?" Tanya Razali.
"Saya rasa dah lengkap, cuma saya ada bimbang kalau dia tak mengaku salah sebab kenyataan dia tetap mengaku dia dah kahwin". Kata Khalil.
"Ok. Buat masa ni, tangguhkan kes dalam 2 minggu, minta dia cari penjamin. Mintak pasangan ini jangan duduk serumah lagi, nanti boleh kena tangkap lagi kalau orang mengadu". Kata Khalil
Kemudian, dalam jam 2.00 petang, pasangan itu dibenarkan pulang. Zaid, kawan baik dia yang satu kilang itu datang bersama seorang kawannya untuk menjamin. Mereka dikehendaki datang semula 2 minggu lagi ke pejabat penguatkuasa JAIJ.
BERSAMBUNG KE EPISOD 13
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-kahwin-pondok-pondok.html
Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam : TENDER KASTAM (EPISOD 3)
Kepada sesiapa yang berminat nak beli kereta lelong kastam, boleh datang ke Kastam berhampiran. Dibuka untuk lihat dari sekarang sehingga 8 April 2010. Tarikh akhir hantar borang tander 19 April 2010. Di Menara Kastam Johor Bahru ada kereta BMW tahun 2005 ni, sesiapa yang berkenan boleh datang sendiri tengok.
PELAKON BADRUL MUHAYAT DIDAKWA
KUALA LUMPUR: Pelakon dan model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, di sini, pagi ini atas dua tuduhan memukul isterinya, Julia Daud, bulan lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Cheras Baru di sini atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menumbuk muka, dan menendang perut, serta memukul mangsa dengan batang penyapu di punggung dan kaki.
05 April 2010
Hantaran 10,000 : Salah Anak atau Salah Bapa (Episod 11)
Malam tu tidur mereka seperti tak tidur kerana bercampur dengan perasaan takut. Takut kalau-kalau penguatkuasa datang semula ke rumahnya sedangkan mereka baru kena tangkap, mungkinkah boleh ditangkap sekali lagi ? Tapi mereka beranikan diri, nak ke mana lagi kalau bukan tidur di situ.
Esoknya, jam 6.00 lagi sudah bangun dan bersolat Subuh berjemaah di rumah. Selepas solat, Harun berdoa sambil menangis teresak-esak. Melihat suaminya menangis, isteri pun menangis sama. Sedih dan takut untuk menghadapi hari ini untuk ke Jabatan Agama. Mungkinkah mereka akan didakwa hari ini ? Kemudian Zihan membuat sarapan ala kadar iaitu nasi goreng dan air kopi.
Jam 8.30 mereka sudah sampai ke pejabat penguatkuasa dengan menaiki motosikal. Mereka beri surat jaminan malam tadi dan kad pengenalan masing-masing diserahkan kepada penguatkuasa bernama Tamrin. Tamrin adalah salah seorang penguatkuasa yang membuat serbuan malam tadi. Kemudian Tamrin berbincang dengan penguatkuasa lain mengenai kes itu. Oleh kerana kes itu ada kelainan sedikit, Tamrin mengajukan kes itu kepada Penolong Pengarah Penguatkuasa, Ustaz Khalil.
"Tuan, saya nak rujuk kes malam tadi. Pasangan yang ditangkap khalwat ini kata dah nikah tapi tak ada surat nikah. Tapi ada gambar mereka masa majlis akad nikah". Kata Tamrin.
"Dia kata nikah di mana ?". Khalil ajukan soalan.
"Di daerah berkenaan pada tarikh berkenaan". Kata Tamrin.
"Ok, sila buat semakan terlebih dahulu ke pejabat Kadi berkenaan. Kalau ada rekod, mereka boleh terlepas. Tapi kalau tak ada rekod, kita perlu buat tindakan lain". Khalil.
Tamrin kemudian menghubungi pejabat Kadi daerah berkenaan. Hasil semakan, pada tarikh berkenaan tidak ada rekod perkahwinan pasangan berkenaan didaftarkan. Tamrin sekali lagi masuk ke bilik Ustaz Khalil untuk memberitahu perkembangan kes itu.
"Tuan, tiada rekod di pejabat Kadi berkenaan". Tamrin.
Mengetahui perkara tersebut, seorang lagi penguatkuasa iaitu Razali dipanggil ke bilik penolong pengarahnya. Razali adalah penguatkuasa dan penyiasat yang berpengalaman lebih 10 tahun, sebab itu dia dipilih.
"Razali, tugas kamu menyiasat kes ini. Beberapa perkara yang perlu kita tekankan dalam siasatan kes ini....... Pertama, siasatan hendaklah menjurus kepada kes khalwat. Sila lengkapkan keterangan saksi-saksi yang menangkap malam tadi dan barang kes lain sekiranya ada. Soal dia nak mengaku bernikah, itu hal dia. Kalau dia terus dengan pengakuan sebegitu, biar dia buktikan."
"Kedua, cuba siasat kalau-kalau ada kemungkinan dia dah nikah. Mungkin nikah sendikit atau nikah tak minta kebenaran. Kalau boleh, dapatkan keterangan dari orang yang ada dalam gambar ini masa majlis pernikahan termasuk jurunikah, wali dan keluarga terdekat". Khalil.
"Baik tuan, saya cuba selesaikan seberapa segera". Kata Razali.
Kedua-dua pasangan ini dipanggil untuk soal siasat secara berasingan bermula dengan Harun. Dalam jam 11.00 pagi siasatan selesai dan Razali merujuk semula kepada Ustaz Khalil.
"Tuan, keterangan lelaki dan perempuan nampaknya hampir sama. Dari tarikh nikah, jurunikah, wali dan cerita-cerita lain nampaknya sama.". Razali.
"Ok. Saya tak syak mereka menipu atau mereka-reka cerita. Tapi kenapa tiada dalam daftar ?". Khalil.
"Satu lagi tuan, kejadian ini berlaku disebabkan hantaran 10,000 yang diminta bapanya". Razali.
"Hantaran 10,000 ? Apa kaitan dengan hantaran sebanyak itu ?". Khalil.
"Katanya, itu kehendak bapa mertua lelaki, sehingga berlaku krisis di antara mereka". Razali.
"Razali, itu cerita sampingan. Yang penting kepada pegawai penyiasat adalah untuk kaitkan kes khalwat. Kalau siasatan kes khalwat bagaimana ? Sudah lengkap ?". Khalil.
"Kalau khalwat saya rasa lengkap tuan, cuma beberapa saksi yang menangkap malam tadi saya belum sempat ambil kenyataan mereka. Tapi saya rasa semua hampir lengkap berdasarkan keterangan saksi utama". Kata Razali.
"Ok. Lengkapkan segera. Saya nak jumpa Pendakwa Syarie petang ni juga pasal kes ni. Kalau boleh nak segerakan kes khalwat. Yang siasatan menjurus kepada nikah sendikit tu saya rasa biar dulu. Kalau pendakwa tolak, saya rasa baru kita teruskan". Kata Khalil.
"Razali, kalau kes nikah sendikit berapa ramai saksi yang dah kita kenalpasti ?" .Kata Khalil
"Ramai tuan, ayah perempuan, mak perempuan, jurunikah, ayah lelaki, mak lelaki, abang lelaki". Kata Razali.
"Ok. Jangan terlalu ramai, panggil ayah perempuan dulu, saya nampak dia saksi yang sangat penting". Kata Khalil
"Baik tuan, saya ambil masa 2-3 hari untuk mengesan bapanya kerana perempuan kata dia tak dapat hubungi bapanya sejak pagi tadi". Razali.
"Ok. Cuba jejak bapa dia, kalau tak boleh, pergi ke daerah berkenaan". Khalil
"Razali, kalau kes nikah sendikit berapa ramai saksi yang dah kita kenalpasti ?" .Kata Khalil
"Ramai tuan, ayah perempuan, mak perempuan, jurunikah, ayah lelaki, mak lelaki, abang lelaki". Kata Razali.
"Ok. Jangan terlalu ramai, panggil ayah perempuan dulu, saya nampak dia saksi yang sangat penting". Kata Khalil
"Baik tuan, saya ambil masa 2-3 hari untuk mengesan bapanya kerana perempuan kata dia tak dapat hubungi bapanya sejak pagi tadi". Razali.
"Ok. Cuba jejak bapa dia, kalau tak boleh, pergi ke daerah berkenaan". Khalil
BERSAMBUNG KE EPISOD 12
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-musang-berbulu-ayam.html
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-musang-berbulu-ayam.html
Pekerja Asing Bina Bangunan Pencakar Langit
Saya terima gambar ini dari email. Tak tahulah lokasi gambar diambil dan bila diambil. Tak tahulah, gambar ini di negara kita atau negara lain. Kita saksikan bersama, semuanya ada 21 keping gambar.
Gambar-gambar lain, kemudian yer pak.
04 April 2010
Anak Minum Arak Kat Rumah, Ayah Diam Saja
Tadi saya ke satu taman perumahan di Kluang. Ada seorang tu beritahu saya, ada sebuah rumah di situ, anak jirannya dalam 20-an, minum arak dan menyanyi karaoke kat rumah sehingga mengganggu jiran-jiran hingga larut malam sesuka hatinya. Dia lansung tak fikir jiran yang terganggu dengan bunyi bising itu.
Bapa kepada anaknya itu tak tegur pun, malah diam saja sedangkan waktu kejadian itu berlaku, ayahnya ada di rumah. Perkara ini kerap berlaku dan jiran-jiran dah beri nasihat tetapi bapanya pula mempertahankan anaknya, sehingga bapanya sanggup bergaduh dengan jiran sehingga tak bertegur sapa.
HULU SELANGOR : MIC ATAU UMNO CALON BN ?
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak pada 25 Mac lalu. Sebanyak 34,020 atau 52.7 peratus pengundi adalah Melayu; 16,964 atau 26.3 peratus (Cina); 12,453 atau 19.3 peratus (India) dan 1,063 atau 1,7 peratus kaum lain.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi. Adakah calon BN dari UMNO atau MIC ? Masih belum ada keputusan muktamad. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman mengenai calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 15 April ini.
Selsema Babi H1N1 Kembali Aktif
JASIN 3 April - Murtaza Samat, 29, terpaksa menerima hakikat kehilangan isteri dan ibu mertuanya dalam tempoh selang beberapa hari sahaja akibat serangan selesema babi atau virus influenza A (H1N1).
Rabu lalu, kakitangan swasta itu kehilangan ibu mertuanya, Maimunah Dimah, 54, disusuli isterinya, Sumarni Mat Nor, 30, semalam. Murtaza berkata, isterinya sepatutnya melahirkan anak pada 14 April ini namun selepas mengadu sakit badan, demam dan batuk yang agak teruk, dia membawanya ke Hospital Melaka (HM) pada Rabu lalu.
03 April 2010
Sekolah Lama Saya Terbakar Perbuatan Khianat ?
Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh, Pahang sekolah saya masa tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas tahun 1990-1991, terbakar semalam disyaki perbuatan khianat. Polis pada hari Sabtu menahan seorang pengawal keselamatan sekolah yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kebakaran sebuah bangunan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah di sini yang menempatkan dewan dan bilik darjah, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata ada saksi yang ternampak suspek melarikan diri ke arah pintu masuk di hadapan pondok pengawal keselamatan ketika kejadian.
"Kami sudah ambil keterangan daripada pengawal keselamatan itu," katanya dan menambah pengawal itu kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.
Sementara itu Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Syed Jamaludin Syed Abdul Rahman ketika dihubungi berkata kebakaran pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam itu dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.
"Ketika pihak kami sampai selepas menerima laporan pada pukul 4.34 petang, dewan itu hampir separuh terbakar kerana bahagian dalamnya dipenuhi dengan kerusi bankuet dan pentas yang dibuat daripada kayu yang mudah terbakar," katanya. Katanya punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan RM300,000.
Jenayah Seks: 30 Tahun Dilarang Guna Komputer
WASHINGTON 3 April - Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman akibat kesalahan seks yang tidak sepatutnya dilarang mengguna atau memiliki komputer selama 30 tahun selepas dia dibebaskan dari penjara, perintah mahkamah rayuan persekutuan semalam. Panel tiga hakim bersetuju dengan pendakwa dan peguam lelaki itu bahawa larangan berkenaan terlalu keras kerana ia tidak boleh dilakukan dalam tiga dekad.
Mark Wayne Russell dari Columbia, Maryland ditahan pada 2006 bagi kesalahan cubaan merangsang seks apabila ingin menemui seorang gadis dikatakan berusia 13 tahun yang dikenalinya melalui Internet.
Hakim itu mengatakan penggunaan komputer selalunya penting untuk memohon kerja. Russell dihukum penjara beberapa tahun dan mencabar syarat pembebasannya.
Panel berkenaan mengarahkan mahkamah rendah untuk menggubal syarat itu.Dalam syarat hukumannya, Russell diperintah supaya tidak memiliki dan menggunakan komputer untuk ‘apa alasan pun’.
Harga Minyak Dunia Melonjak Tinggi
Hampir setiap hari dalam seminggu dua ini saya mengikuti perkembangan harga minyak dunia. Hari ini mencapai $ 85.31 USD setong, harga yang dikira tinggi juga. Keadaan ini pasti mengubah keadaan ekonomi dunia.
Berikutan kenaikan harga minyak ini, Bursa Malaysia pula hari ini cukup baik iaitu Indek Komposit mencapai 1335.94. Kenaikan kali ini bukan tertumpu kepada saham mewah atau berwajaran berat saja tapi juga saham-saham kecil yang menampakkan kekukuhannya. Kepada pelabur runcit di Bursa Malaysia yang sudah lama menyepi, boleh menumpukan perhatian untuk mendapat keuntungan di pasaran saham. Minggu depan dijangka semakin rancak terutama saham berkaitan minyak dan perladangan. Saham minyak seperti RAMUNIA dan SAAG masih murah dan boleh dibeli.
Suatu yang dibimbangi adalah kenaikan harga minyak kerana kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk menampung subsidi minyak. Juga kenaikan harga eletrik yang menggunakan sumber gas untuk operasi janakuasanya. Oleh kerana kenaikan harga minyak dunia ini, kenaikan harga minyak di negara kita adalah tidak mustahil. Sekiranya harga minyak dan eletrik naik, kesan ketara akan berlaku kepada seluruh penduduk negara kita. Ini pastinya akan meningkatkan harga barangan keperluan.
Apa Langkah Kita ?
Keadaan yang berlaku ini bukan kehendak kita seperti kenaikan harga minyak, eletrik dan harga barang. Tidak ada pihak yang suka. Kerajaan yang memerintah juga tidak suka dan sebolehnya mahu mengelak kenaikan ini. Sekiranya kerajaan sekarang menaikkan harga, sudah tentu rakyat akan merasa kecewa dan kerajaan yang memerintah akan jadi tidak popular. Tapi sedarlah kita bahawa inilah perkitaran ekonomi yang menyeluruh yang seluruh rakyat perlu berkorban.
Di antara perancangan kita untuk menghadapi situasi seperti ini adalah beringat waktu senang. Sekarang harga minyak belum naik, kita beringatlah dari sekarang. Banyakkan menyimpan wang dan jangan lakulan pembaziran. Kekadang kita leka apabila kita berada dalam keadaan selesa.
Suatu yang dibimbangi adalah kenaikan harga minyak kerana kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk menampung subsidi minyak. Juga kenaikan harga eletrik yang menggunakan sumber gas untuk operasi janakuasanya. Oleh kerana kenaikan harga minyak dunia ini, kenaikan harga minyak di negara kita adalah tidak mustahil. Sekiranya harga minyak dan eletrik naik, kesan ketara akan berlaku kepada seluruh penduduk negara kita. Ini pastinya akan meningkatkan harga barangan keperluan.
Apa Langkah Kita ?
Keadaan yang berlaku ini bukan kehendak kita seperti kenaikan harga minyak, eletrik dan harga barang. Tidak ada pihak yang suka. Kerajaan yang memerintah juga tidak suka dan sebolehnya mahu mengelak kenaikan ini. Sekiranya kerajaan sekarang menaikkan harga, sudah tentu rakyat akan merasa kecewa dan kerajaan yang memerintah akan jadi tidak popular. Tapi sedarlah kita bahawa inilah perkitaran ekonomi yang menyeluruh yang seluruh rakyat perlu berkorban.
Di antara perancangan kita untuk menghadapi situasi seperti ini adalah beringat waktu senang. Sekarang harga minyak belum naik, kita beringatlah dari sekarang. Banyakkan menyimpan wang dan jangan lakulan pembaziran. Kekadang kita leka apabila kita berada dalam keadaan selesa.
02 April 2010
Kadi Kluang Nikah Lagi ? Sudah Suratan
Hari Jumaat adalah hari yang mulia. Hari baik, bulan baik ni saya hadir dalam majlis pernikahan itu. Saya pun bersalam untuk memulakan majlis bersejarah tu. Selepas saya lafaz ijab nikah kemudian dijawab oleh bakal pengantin lelaki tu. Dia jawab.
"Aku nikahkan dikau dengan....". Kata lelaki tu. Itu lafaz jurunikah, dia ulang lafaz jurunikah.
Saya terus hentikan dan tanya balik.
"Siapa yang nikah ni, saya ke awak yang nikah ?" tanya saya bercampur gurauan.
Semua yang hadir tu tergelak termasuk pengantin sekali tergelak. Sempat saya buat lawak.
"Kalau awak jawab macam tu, kira sayalah yang nikah". Semua tergelak lagi. Lepas tu barulah dia ok, lafaz dia betul. Mula-mula tadi dia gelabah, tangan dia nampak sejuk jer dari tadi.
DIN BERAMBOI MENINGGAL DUNIA...ALFATIHAH
Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18. Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat.
01 April 2010
Hantaran 10,000 : Syurga Anak-anak, Syurga Bapa Juga (Episod 10)
Nak pindah rumah lain bukan semudah seperti dirancang. Sewa dan deposit rumah lama pun sudah terbeban, ini kan pula nak cari rumah lain. Maka hasrat nak pindah dalam tempoh terdekat ditangguhkan. Lagipun mereka sudah seakan sesuai dengan rumah itu, cuma bimbang kalau bapanya saja yang mengganggu lagi. Kalau difikirkan, bukan semudah itu bapanya nak ganggu, bapanya di kampung, sejauh 100 km. Bapanya bukan ada kereta, sekadar moto kapcai saja. Kalau nak datang pun naik bas dan teksi, jadi tak perlu risaulah dengan gangguan sebegitu.
Malam Yang Tak Akan Aku Lupa
Suatu malam, dalam jam 12.30 malam rumah mereka diketuk. Waktu itu, mereka berdua sedang nyenyak tidur. Agak menghairankan juga, siapa yang datang malam-malam buta begini. Nak buka sebarangan, tak berani juga. Bila diintai dari tingkap, dilihatnya ada ramai juga dalam 5-6 orang di luar. Mereka datang dengan sebuah van yang berhenti depan rumah. Kebetulan sebelum tidur tadi, lampu luar dinyalakan.
Melihat keadaan sebegitu, lagilah takut nak buka pintu. Bila pintu lewat dibuka, orang tersebut terus mengetuk. Terdengar suara dari luar rumah.
Melihat keadaan sebegitu, lagilah takut nak buka pintu. Bila pintu lewat dibuka, orang tersebut terus mengetuk. Terdengar suara dari luar rumah.
"Sila beri kerjasama, kami dari Penguatkuasa, Jabatan Agama Johor". Sahut salah seorang lelaki berkenaan.
Kenapa pula dengan Jabatan Agama ? Hairan juga. Mereka buka pintu dan beberapa orang penguatkuasa minta izin masuk sambil menunjukkan 'Waran Geledah'. Rumah kemudian dimasuki oleh penguatkuasa 5 lelaki dan 1 perempuan. Kemudian seorang penguatkuasa yang agak senior bertanyakan beberapa soalan.
'Berapa orang tinggal di rumah ini? '. Tanya penguatkuasa.
'Saya berdua bersama isteri saya'. Jawab Harun.
'Tolong tunjuk surat nikah dan kad pengenalan masing-masing'. Kata penguatkuasa.
'Eghh... eghh... surat nikah kami tinggal di kampung'. Jawab Harun terketar-ketar.
'Kenapa tinggal di kampung ? Kenapa tak simpan sekurang-kurang satu salinan di sini ?' tanya penguatkuasa.
'Maaf encik, kami tak sempat ambil di pejabat Kadi daerah berkenaan sebab kami sibuk bekerja'. Jawab Harun.
'Sibuk macam mana tu, takkanlah tak ada masa lansung nak ambil'. Penguatkuasa terus menyoal siasat seperti mendesak.
'Maafkan saya encik, saya mengaku cuai dan tak ambil berat dalam hal ini. Tak sangka pula jadi begini'. Jelas Harun.
'Saya tanya sekali lagi, dah nikah atau belum ?' Soal penguatkuasa.
'Yer betul, kami ada bukti gambar akad nikah dalam telefon bimbit dan dalam album'. Jelas Harun.
Harun kemudian menunjukkan beberapa gambar dalam telefonnya. Manakala Zihan yang ketakutan dari tadi, membuka album yang masih di dalam beg. Semua gambar itu menunjukkan majlis akad nikah termasuk gambar Harun sedang bersalaman dengan imam. Penguatkuasa melihat dengan teliti satu persatu. Kemudian penguatkuasa membawa Harun dan Zihan ke setiap bilik.
Geledah Bilik
Rumah itu ada 2 bilik saja, bilik pertama tempat tidur mereka, bilik kedua dibiarkan kosong dan dijadikan tempat sidai baju. Penguatkuasa dilihat melukis lakaran setiap rumah. Kemudian penguatkuasa menjalankan beberapa perkara yang perlu termasuk mengambil gambar di tempat tertentu.
Geledah Bilik
Rumah itu ada 2 bilik saja, bilik pertama tempat tidur mereka, bilik kedua dibiarkan kosong dan dijadikan tempat sidai baju. Penguatkuasa dilihat melukis lakaran setiap rumah. Kemudian penguatkuasa menjalankan beberapa perkara yang perlu termasuk mengambil gambar di tempat tertentu.
' Ok. Kamu berdua diminta ikut kami ke Balai Polis'. Kata penguatkuasa dalam nada yang agak tegas, berbeza dari tadi.
' Maaf encik, kami tak salah, kami dah nikah. Kalau encik tak percaya boleh telefon ayah kami di kampung'. Cadang Harun.
'Apa-apa hal, ikut ke balai dulu. Nanti esok boleh cerita di pejabat'. Kata penguatkuasa.
Nampaknya mereka tidak dapat mengelak lagi dan terpaksa ikut arahan penguatkuasa. Mereka dibawa ke balai polis dan dibuat laporan polis. Kemudian penguatkuasa memberi peluang kepadanya mencari penjamin. Selepas dihubungi, kawannya Zaid yang dulu tolong carikan kerja di JB itu datang dalam jam 1.20 pagi dan menolongnya untuk bebas sementara malam itu. Esoknya, mereka hendaklah ke pejabat Penguatkuasa JAIJ, kalau gagal waran tangkap boleh keluar kepada dia dan penjamin.
Keluar dari balai polis, Harun ajak kawannya itu minum di kedai mamak berhampiran. Hidupnya makin serabut dan lepas satu, satu lagi masalah mendatang. Untuk berdepan dengan penguatkuasa esok, bukanlah perkara mudah. Nak elak atau nak kelentong, penguatkuasa ni dah kerja dia hari-hari menyiasat kes sebegini, bukan semudah itu nak sembunyi.
"Zaid, engkaulah kawan aku dari sekolah dulu. Engkau banyak tolong aku di JB ni. Kalau engkau tak jamin kami malam ni, tak ada siapa nak jamin kami. Kenalah kami tidur dalam lokap pakai seluar dalam saja". Keluh Harun.
"Pertolongan aku ni kecil saja. Aku tak sampai hati dengar cerita sedih kau pasal hantaran 10,000 tu. Sebab tu aku nak selamatkan kau dari terus duduk di kampung'. Kata Zaid.
"Esok bagaimana Zaid ? Aku dan isteri aku tak boleh cuti, nanti tak ada orang jaga mesin. Aku takut nanti kena potong bonus bulan ni dua ratus sebab ambil cuti. Lagi satu takut kena marah bos, cuti tak beritahu awal". Katanya.
"Jangan risau, esok engkau jangan tak pergi ke JAIJ pulak. Nanti kena waran tangkap lagi susah. Aku sebagai penjamin pun boleh kena tangkap tak pasal-pasal. Pasal kerja tu, nanti aku beritahu bos engkau kerja shif malam, masuk pukul 5 petang untuk esok saja. Nanti aku pandailah cakap pada bos'. Jelas Zaid.
' Terima kasih Zaid. Kau memang betul-betul sahabat aku masa aku senang dan susah. Aku tak lupakan jasa dan susah payah kau bantu kamu selama ini".
Mereka balik ke rumah semula dalam jam 2.30 pagi. Tidur mereka malam itu hampir tidak tidur. Berserabut kepala memikirkan hari esok.
Siapa Pengadu ?
Yang menjadi satu persoalan besar adalah, siapa yang mengadu dalam kes ini ? Penguatkuasa datang, mesti ada orang yang mengadu. Kalau nak tuduh jiran-jiran di sini, mereka semua anggap mereka dah kahwin. Takkanlah mereka nak mengadu ke pejabat Agama. Memang berserabutlah mereka malam itu. Nak fikir banyak-banyak pun tak guna, yang penting berserah saja kepada Allah.
Siapa Pengadu ?
Yang menjadi satu persoalan besar adalah, siapa yang mengadu dalam kes ini ? Penguatkuasa datang, mesti ada orang yang mengadu. Kalau nak tuduh jiran-jiran di sini, mereka semua anggap mereka dah kahwin. Takkanlah mereka nak mengadu ke pejabat Agama. Memang berserabutlah mereka malam itu. Nak fikir banyak-banyak pun tak guna, yang penting berserah saja kepada Allah.
BERSAMBUNG KE EPISOD 11
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-salah-anak-atau-salah.html
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-salah-anak-atau-salah.html
Sultan Johor Tiba di Kluang
Alhamdulillah Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar selamat tiba ke Kluang pada Jam 3.30 tadi. Ketua-ketua jabatan yang diketuai Pegawai Daerah Kluang menyambut keberangkatan Tuanku di Sri Lalang, sempadan masuk daerah Kluang melalui tol Air Hitam. Saya diamanahkan untuk memimpin bacaan doa waktu ketibaan Tuanku di khemah yang disediakan di tepi jalan tersebut.
Tuanku dijangka berada di daerah Kluang sehingga petang esok. Esok Tuanku akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Yahya Taman Kluang Barat bersama rakyat jelata. Semua rakyat Kluang dijemput bersama ke masjid berkenaan tengahari esok untuk bertemu Tuanku.
Kartika : Terlepas Hukuman Sebat
Bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang tidak akan menjalani hukuman enam sebatan seperti yang diputuskan pada 18 Julai 2009.
Sebaliknya, ibu tunggal berusia 33 tahun itu yang kini menetap di Kampung Jawang, Sungai Siput, kira-kira 90 kilometer dari sini, telah dititahkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk menerima hukuman gantian. Mulai hari ini, Kartika dititahkan melakukan kerja khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Jalan Tengku Muhammad, Kuantan selama tiga minggu
Sebaliknya, ibu tunggal berusia 33 tahun itu yang kini menetap di Kampung Jawang, Sungai Siput, kira-kira 90 kilometer dari sini, telah dititahkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk menerima hukuman gantian. Mulai hari ini, Kartika dititahkan melakukan kerja khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Jalan Tengku Muhammad, Kuantan selama tiga minggu
Din Beramboi Belum Sedarkan Diri Denggi Berdarah
PETALING JAYA: Anak perempuan kepada DJ dan pelawak terkenal, Din Beramboi iaitu Nil Aina Adibah malam tadi mengesahkan bahawa keadaan bapanya masih sama sepertima sebelum ini iaitu tidak sedarkan diri akibat virus denggi berdarah. Awal malam tadi, terdapat berita mengatakan Din Beramboi berada dalam keadaan kritikal sehingga pihak hospital terpaksa memanggil ahli keluarganya segera.
Bagaimanapun, anaknya ketika dihubungi mStar Online mengesahkan keadaan Din Beramboi masih tidak berubah sepertimana siang tadi iaitu tidak sedarkan diri. Aina memohon kepada semua orang yang mengenali bapanya supaya terus berdoa agar Din Beramboi pulih daripada sakit yang sedang dialaminya sekarang.
Langgan:
Catatan (Atom)