Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 Oktober 2012

Pelabur Emas Risau Dalam Cemas, Lagi Pendedahan (Episod 13)

Hari ini, muka depan sebuah akhbar popular tempatan mendedahkan kenyataan pihak berkuasa, bahawa banyak lagi skim perniagaan emas yang meragukan. Dengan beraninya akhbar tersebut menyebut nama-nama syarikat tersebut tanpa berselindung.

Saya ada ramai kawan di kalangan wartawan, dan saya tahu, sesuatu berita terutama nama yang khusus tidak boleh sewenang-wenangnya ditulis dalam akhbar sebelum cerita tersebut dipastikan. Kalau tidak, penerbit, penulis dan yang sewaktu dengannya boleh berhadapan dengan saman di mahkamah.

Dulu Saya Sudah Dedahkan

Dari dulu lagi, saya menimbulkan banyak keraguan mengenai pelaburan emas ini. Antaranya saya syak, ada orang yang mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga emas beberapa tahun ini untuk mencari pelabur baru. Tapi, adakah pelaburan itu benar-benar terjamin ?

Dalam bab jaminan ini ada dua. Pertama, adakah pelaburan ini berlesen ? Kedua, kalau berlesen pun, apakah risiko yang boleh kena pada pelabur ?

Bukan saya dengki kepada sesiapa terutama kepada pengusaha, agen atau pelabur. Tapi saya mengenang sejarah lampau iaitu sudah ramai terutama yang sebangsa dan seagama dengan saya yang terduduk rugi kerana tertipu. Juga saya teringat cerita orang dulu-dulu iaitu Mat jenin, Lebai Malang dan Si Luncai.

Mudah-mudahan Tidak Tertipu

Saya percaya, puluhan ribu malah mungkin ratusan ribu pelabur yang terlibat dalam pelaburan ini. Jumlahnya pula bukan sikit punya ringgit. Kalau pelabur seorang melabur dalam RM 1,000 atau 5,000. Tak reti saya nak kira. Tapi macam kalau duit tu beli tempe, boleh susun tempe tu dari Johor Bahru sampai Songkla, Siam.

Termasuk yang disebut dalam akhbar berkenaan yang kawan saya masuk. Yang saya tahu, cara perniagaannya ada dengan membeli dan memiliki emas, bukan pelaburan secara lansung. Jadi, mungkin juga kalau syarikat ini diambil tindakan, maka pembeli masih memiliki emas dan boleh dijual di tempat lain. Cuma persoalan lain adalah ketulinan emas berkenaan dan berapa harga yang laku jika dijual ditempat lain ?

Selamatkan Duit Kita Dulu

Lagi satu, kalau syarikat itu hanya sebagai pelaburan dan pelabur tidak memiliki apa-apa, risikonya lagi berat. Kalau sayalah, kalau cerita ini dah keluar, elok hari ini juga pergi dapatkan duit kita balik semula. jangan fikir nak untung, dapat duit pokok kita pun dah cukup. kalau syarikat itu ada janji nak kasi berlipat ganda, janganlah percaya, selamatkan duit kita dulu.

Nak salahkan sesiapa dah tak boleh. Terimalah hakikat yang kita dulu dah tertipu atau kena tipu, sekarang masanya nak selamatkan diri kita. Bukan kita hendak kena tipu tapi dah terkena, nak buat macam mana.

Diharapkan, pelabur semuanya selamat, sama-sama kita doakan. Biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan baik. Janganlah ada orang kita kata, tindakan pihak berkuasa ini adalah untuk sekat ekonomi orang kita. Atau kata, ini adalah agenda musuh kita hendak menjatuhkan ekomoni orang kita, dan sebagainya lagi.

11 Oktober 2012

Pakcik Ni Kena Denda RM 2,000 Kerana Masuk kedai Nombor Ekor

Pakcik ini, 50-an, kerja pekerja am, terkejut apabila hakim mahkamah syariah memutuskan hukuman denda RM 2,000 kepadanya. Dia tak ada cukup duit kerana dia bawa duit dalam lingkungan RM 1,000 saja.  

Dia sebelum ini ditangkap di dalam kedai nombor ekor dan dia tidak membeli nombor ekor pun. Sebelum masuk mahkamah, dia ada juga tanya-tanya orang lain pasal kes dia. Ada orang kata, kalau setakat tuduhan berada dalam kedai tapi tak beli, hukumannya tak berapa tinggi. Maka pakcik ni kata, 1,000 tu dah lebih pada cukup.

Akhirnya Anak Bini Tahu Juga

Rupa-rupanya, dia hadir ke mahkamah tanpa pengetahuan isteri dan anak-anak dia. Sejak dari ditangkap dulu, penjamin kes dia adalah kawan dia. Bukanlah susah kawan dia jadi penjamin, bukan kawan dia kena bayar sesen pun untuk jadi penjamin. yang penting bukan bini dia jamin.

Bila mahmakah dah putuskan, apa dia nak kata. Dua ribu, dua ribulah, kalau tak bayar, nanti boleh kena masuk penjara. Nak merayu apa lagi, tadi dalam mahkamah hakim dah beri peluang nak merayu. Kalau nak ikut hukuman maksimum, denda RM 3,000 dan penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Nak tak puashati macammana, kira puashatilah tak kena 3,000 atau merengkok dalam penjara 2 tahun.

Apabila kurang duit RM 1,000 lagi barulah pakcik ini terpaksa berterus terang pada isteri dia yang tak kerja. Maka gelabahlah macam nak pitam isteri dia bila tahu suami kena hukum oleh mahkamah. Terpaksalah berterus terang, iaitu kes nombor ekor. Tapi suami tetap pertahankan yang dia tak beli, cuma berada dalam tu saja.

Pukul 5.00 petang kalau tak bayar, nanti masuk penjara Kampung Gajah, Kluang. Maka sejam lagi nak pukul 5, datanglah anak lelaki dia bawa duit. Katanya, ini anak sulung dia yang sekarang belajar kat universiti tempatan. Entah duit dari mana dapatnya, tidaklah ditanya mana datang duit tu. Yang peting bayar. Anak pula diam saja tak kata apa, tapi dalam hati, entahlah apa anak dia kata. Itu belum lagi kat rumah nanti bila berdepan dengan bini dia. Mesti berasap punya kena bebel isteri dia.

"Awak tu dah tua, tak tobat-tobat main nombor ...." Gitulah agaknya dia kena bebel nanti.

Jangan Pandang Kecil Kes Berada Dalam Kedai Judi

Tahniah dengan keputusan hakim ini yang beri hukuman tinggi juga dalam kes ini. Walaupun orang ini tak beli, cuma berada saja dalam kedai tapi hukuman ini sudah cukup jadi pengajaran. Bayangkan, kalau orang Islam bebas dan ramai-ramai duduk dalam kedai judi sampai macam pesta kalau tidak dihukum dengan tegas.

Lagi satu, tak payahlah berlakon dan bersendiwara. Sebenarnya orang yang masuk kedai judi ni, tak lain, adalah nak beli nombor tapi belum sempat. Tengah beratur lepas tu sedar ada operasi, maka mereka lari. Atau ada yang dah beli nombor tapi campak nombor dari tangan bila ada operasi. Macam-macam hal....

10 Oktober 2012

Suami Orang kena Tangkap Dengan Janda Bergetah

Lelaki 30-an bekerja sebagai kakitangan kerajaan, sudah beristeri dan  anak sudah dua orang. Manakala perempuan 30-an juga kakitangan kerajaan, janda bercerai dan punyai anak 2 orang. Lelaki kerja di Kluang manakana perempuan bekerja di sebuah negeri lain tapi dalam jabatan yang sama.

Katanya, mereka sudah kenal sejak 5 tahun dulu dan hubungan mereka semakin intim. Katanya, mereka ada hasrat nak bernikah tetapi lelaki mendapat tentangan dari 'Mak Andeh' kat rumah.

"Benda lain saya boleh kongsi, tapi bendealah itu saya tak boleh!....... Kalau awak gila sangat kat perempuan miang tu, awak tinggalkan saya!....." Kata Mak Andeh masa darahnya tengah mendidih dan mulutnya macam berteh goreng.

Kena Tangkap

Baru-baru ini, perempuan datang ke Kluang, katanya ada berkaitan kerja, tapi yang paling penting adalah ada orang nak kerjakan dia. Mereka pergi makan tomyam dan lepas itu masuk hotel dalam pukul 10.00 malam naik kereta perempuan. Dalam jam 1.00 pagi, pasangan ini kena tangkap kes khalwat dan akan didakwa di Mahkamah Syariah tak lama lagi.

07 Oktober 2012

Bapa Lelaki Tak Setuju Anak Nikah Dengan Perempuan Lebih Tua

Lelaki bujang awal 20-an hendak bernikah dengan perempuan anak dara lewat 20-an tetapi mendapat tentangan dari keluarganya terutama bapanya. Ibu bapa dah puas nasihat dan kemudiannya marah-marah kepada anaknya itu. Anak dituduh derhaka kerana tik dengar cakap orang tua.

Alasan yang diberikan oleh bapanya adalah kerana perempuan itu lebih tua dari anaknya, itu saja. Lelaki ini bekerja di sebuah kilang manakala perempuan sebagai pembantu kedai. Kalau nak kaji dari segi lain, bukanlah ada apa-apa alasan untuk keluarga menghalang, apa lagi alasan mengikut syarak. Timbul pula cerita yang bapanya berhasrat  hendak menjodohkan lelaki ini dengan perempuan lain pilihan keluarga.

Akhirnya lelaki mengambil  keputusan untuk bernikah juga, walaupun ibu bapanya tetap tidak merestuinya. Pernikahan berwalikan bapa perempuan dan bapa perempuan menyedari yang pengantin lelaki tidak mendapat restu keluarga. Tetapi bapa perempuan lebih matang dan menerima ketentuan ini.

Ini bukan zaman dulu-dulu yang jodoh anak-anak diatur oleh keluarga, sekarang masuk zaman internet dan facebook. Anak-anak sekarang ada pilihannya sendiri dan berhak menentukan jodoh serta masa depannya sendiri. Kalau bapak carikan perempuan lain untuk jodohkan anak, elok bapak sajalah nikah lagi satu, tak ker elok begitu ?

"Ingat... selepas nikah ini, carilah masa yang sesuai untuk bawa isteri jumpa mak dan ayah. Antara masa yang sesuai adalah pagi Hari Raya Haji yang tak lama lagi ini...." Kata Kadi sebelum menikahi pasangan ini.

Lelaki kelihatan sebak dan menangis sambil mengesat air mata.

"Walaupun pernikahan tidak dapat restu  mak ayah, janganlah buang keluarga. Kamu anak lelaki sulung dalam keluarga, jadilah contoh yang baik kepada adik-adik kamu." Kata Kadi lagi sambil lelaki ini mengangguk-angguk menunjukkan rasa tersentuhnya.

05 Oktober 2012

Isteri Gedik Kena Tangkap Dengan Lelaki Bujang


Seorang perempuan 30-an sudah ada suami dan seorang anak, ditangkap khalwat dengan lelaki bujang 30-an. Kedua-dua mereka bekerja di tempat yang sama. Pada hari kejadian, mula-mula mereka berdua pergi naik kereta ke majlis perkahwinan rakan sekerja mereka. Lepas itu, dah agak malam, singgah di rumah bujang lelaki tu.

Katanya, tak sempat balik ke rumah perempuan itu sebab sudah malam, takut hantu kot. Jadi, kenalah tinggal di rumah lelaki itu untuk malam itu. Tak kisahlah, sebab anak dia mak dia jaga hari tu. Suami pula sibuk bekerja. Maka mereka berdua saja di dalam rumah dan pada jam lebih kurang 4.00 pagi, pasangan ini ditangkap oleh penguatkuasa.

04 Oktober 2012

Baru Kenal Dua Hari, Dah Bawa Awek Balik Rumah

Lelaki ini budak sekolah menengah, katanya mengenali perempuan ini yang juga sekolah menengah melalui telefon. Mereka dari daerah yang sama tapi berlainan sekolah. Dua hari lepas kenal, lelaki ini pinjam moto kapcai abang dia dan bawa perempuan ni bersiar-siar di kawasan taman perumahan.

Bila rasa line clear iaitu waktu mak, ayah dan adik beradik dia tak ada dalam rumah, maka lelaki ini bawa perempuan ini masuk rumah dia lebih kurang jam 3.00 petang. Pintu pagar ditutup tetapi tak berkunci. Moto dia letakkan dalam pagar. Pintu sliding ditutup tapi tak berapa kemas dan tak berkunci. Gril pada sliding itu bermangga dan berlansir.

Maka mereka berdua buat projek dalam rumah tu berdua. Tapi adalah orang, yang dikenali sebagai generasi 'Y' yang buat aduan kepada pejabat agama. Dalam jam 4.30, mereka ditangkap oleh penguatkuasa sewaktu berdua sahaja dalam rumah. Mereka kata, perempuan masuk rumah tumpang buang air. Tapi entah kencing batu agaknya sampai dah lebih sejam berada dalam rumah dan mereka akhirnya dah tak ada alasan nak lepas.

Hasil siasatan, mereka mengakulah baru dua hari saja kenal memalui telefon.

Kisah Kereta Lelong Kastam : Saya dan Kereta BMW (Episod 12)



Saya cadang nak ambil borang tu, buat bank draf dan hantar semula hari Isnin. Saya di Kluang dan nak hantar kat JB, maka nak siapkan satu harilah ikut rancangannya. Bagaimanapun, hari Isnin tu saya tak jadi pula pegi JB sebab ada kerja sikit. Lagi pun tak berapa kisah sangat, rasa masanya masih lama lagi.

Esoknya, Selasa saya cuti dan pergi JB dengan kawan saya. Sampai di Kastam Larkin dalam jam 11.45, saya minta kawan saya tu naik ambil borang. Saja suruh dia sebab saya nak tunjuk muka masa hantar nanti. Ambil borang orang lain pun boleh.

Tapi, lama juga saya menunggu kat dalam kereta, member tu tak muncul-muncul. Ke mana dia ? Sesat ker ? Dah dekat 30 minit menunggu, baru kawan saya tu turun dengan gelabahnya. Apa terjadi ? Dia tak bawak borang yang saya ambil pun.

Kenapa yer ?


02 Oktober 2012

Pengalaman Ngeri DJ Radio Best104 Kena Culik

Seorang penyampai (DJ) di stesen radio Best 104 di sini nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu di Johor Bahru.

Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, dia berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, di sini.

“Saya memandu seperti biasa di Lebuhraya Persisir Pantai dan terkejut apabila tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah terus menuju ke depan menghalang Proton Neo yang saya naiki.

“Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut, sebelum kereta saya dihimpit pula di sebelah tepi oleh sebuah Kereta Wira yang juga datang secara tiba-tiba,” katanya membuka cerita.

Menurutnya, segala-galanya berlaku begitu pantas sehingga dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.

“Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke leher saya. Dia menarik saya keluar dan memaksa menaiki keretanya.

“Sebaik sahaja saya masuk, muka saya segera diserkup dengan kain dan tangan pula diikat,” katanya kepada wartawan sewaktu ditemui di rumah keluarganya, di sini.

29 September 2012

Lafazkan Syahadah Selepas Dengar Ceramah Dr Zakir Abdul Karim Naik


Ribuan membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru malam tadi dalam ceramah Dr Zakir Abdul Karim Naik. Ramai juga yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam. 

Suatu yang mengejutkan adalah seorang lelaki bukan Islam mengucapkan syahadah dan masuk Islam selepas mendengar ceramah itu. Perkara mengejutkan ini disaksikan oleh ribuan yang hadir malam tadi. Selepas ini, Dr Zakir akan turut berceramah di UITM Shah Alam, Dewan Jubli Perak Kuantan dan PWTC Kuala Lumpur.

28 September 2012

Kenapalah Kakak Dia Kata Wali Dia Gila, Padahal Tak Gila


Seorang wanita 40-an hendak bernikah dengan lelaki 50-an. Perempuan ni ibu tunggal dan sebelum ini pernah bernikah berwalikan bapa. Lelaki pula adalah duda.

Sekarang perempuan ini hendak bernikah berwalikan adik lelakinya. Apabila ditanya mengenai bapa dan datuknya, dia menjelaskan bapa dan datuknya sedah meninggal dunia dan menunjukkan surat mati. Dia hanya seorang sahaja adik lelaki dan lain-lain adik beradiknya adalah perempuan. Maknanya adik dia sajalah yang berhak menjadi wali perkahwinannya.

"Adik saya iaitu wali saya gila, sakit mental". Kata perempuan ini.

"Ada surat dari hospital yang menyatakan dia gila ?" tanya ustaz.

"Surat tak ada tapi adik saya ini memang gila, semua orang dah tahu". Kata kakaknya.

Ermmm.... secara kasar, nampaknya adiknya tak layak jadi wali. Berkemungkinan akan berwalikan wali yang lain atau wali hakim. Perempuan ini bersetuju berwalikan hakim. Tetapi.... ada soalan yang belum terjawab, iaitu betulkah adik dia ini gila ?

"Okey, saya akan datang ke rumah kamu (jaraknya lebih kurang 35km) untuk pastikan adik kamu gila. Atau seorang jurunikah akan dihantar ke sana untuk mengesahkan adik kamu gila". Kata ustaz.

Terus perempuan ini berubah mukanya dan jadi kelam kabut. Akhirnya, tidak semena-mena dia mengaku adik dia tidak gila. Malu muka dia... Akhirnya dia bernikah juga berwalikan adik, adiknya pun tiada masalah dan setuju jadi wali.

Tapi, persoalan yang belum terjawab, mengapa kakak dia kata adik dia gila yer ?

Ceramah Dr Zakir A.Karim Naik di Johor Bahru Malam ini 28 Sept 2012 (Jumaat)

Semua dijemput hadir di Dataran Bandaraya, Johor Bahru jam 8.00 malam ini.

Siapa Dr A.Zakir A.Karim Naik ?

 Dr Zakir Abdul Karim Naik, seorang doktor perubatan yang berubah haluan menjadi cendekiawan.

Tidaklah hairan ke mana sahaja Dr Zakir pergi sekarang, orang menggelarnya ‘Ahmed Deedat Plus’. Deedat, yang luas ilmu, tajam fikiran dan telah menjelajah seluruh dunia untuk menyampaikan mesej agama itu melalui ribuan ceramah, menggelarkan Dr Zakir ‘Deedat Plus’, kerana ketinggian ilmu dan ketajaman fikirannya itu.

27 September 2012

Waspada Dengan Kegiatan Syiah Di Negeri Johor

 
Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mengesan 300 orang daripada 60 keluarga di bandar raya ini berfahaman dan mengamalkan ajaran syiah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman berkata pemantauan berterusan JAIJ mendapati kesemua mereka berada di tiga markas iaitu di Kampung Sungai Tiram, Larkin Perdana dan Taman Daya, di sini.

"JAIJ menerima aduan daripada orang ramai berhubung penglibatan segelintir umat Islam ini. Siasatan mendapati mereka mengamalkan ajaran syiah beraliran Jaafariyah Isna A'shar yang berasal dari Karbala, Iran," katanya  ketika menjawab soalan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (BN-Jorak) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini hari ini.

Empat Tahun Bercerai, Nikah Semula

Lelaki 50-an dan perempuan 50-an bercerai talak satu empat tahun lalu. Lelaki sebagai petani manakala perempuan tidak bekerja. Lepas bercerai masing-masing duduk rumah masing-masing. Perkawinan mereka lebih 20 tahun dulu dikurniakan 3 orang anak. Seorang anak perempuan bernikah semasa ibu dan bapa mereka sudah bercerai dengan berwalikan bapa.

Lelaki dan perempuan ini tidak bernikah dengan sesiapa sepanjang 4 tahun bercerai itu. Akhirnya pasangan ini membuat keputusan bernikah semula dan melupakan kisah hidup pahit manis perceraian mereka 4 tahun lepas. Majlis pernikahan turut disaksikan oleh anak-anak.

25 September 2012

Mak Ayah Terkejut Besar, Anak Dah Nikah Kat Seberang


Ibu bapa berusia 50-an membesarkan anak lelaki sulung mereka dengan pendidikan agama dan akademi yang baik. Anak lelakinya ini menyambung pelajaran hingga ke pengajian tinggi seterusnya bekerja di sebuah negeri di utara.

Baru-baru ini, pada usia anaknya 20-an, diketahui yang anak lelakinya ini sudah bernikah. Cara ibu bapa mengetahuinya adalah dari orang yang tidak dikenali. Mengetahui berita ini, ibu bapa bergegas menemui anaknya dan didapati anaknya duduk serumah dengan seorang perempuan. Dari segi gaya rumah termasuk pakaian, nampak macam itu rumah keluarga.

Anaknya mengaku sudah bernikah di seberang dan menunjukkan surat nikah itu. Ibu bapa terkejut melihat surat nikah iaitu anaknya sudah bernikah dua tahaun lepas. Bagaimanapun anaknya sedikit pun tidak menunjukkan reaksi sudah bernikah terutama apabila balik ke kampung termasuk hari raya adalah seperti orang  bujang.

Apabila dibongkar lagi, perempuan juga tidak memberitahu keluarganya yang dia dah nikah. Pasangan ini belum ada anak dan mereka rahsiakan pernikahan mereka.

24 September 2012

Asam Garam Hidup Bermadu : Cerita Dari Isteri Kedua


Ifah, umur awal 30-an, masih anak dara sebelum bernikah, bekerja sebagai eksekutif. Semasa umurnya 20-an, dia tidak menyangka akan menjadi isteri kedua malah amat tidak gemar kalau cerita kisah bermadu ini. Akhirnya, Ifah  bernikah dengan suaminya, lewat 30-an hampir 2 tahun lalu. Suaminya ada seorang pegawai di jabatan kerajaan.

 Mereka bernikah di sini, bukan seberang dan dapat kebenaran dari mahkamah syariah. Isteri pertama dipanggil ke mahkamah oleh hakim sebelum kebenaran diperolehi. Dalam keadaan yang serba salah dan tertekan, isteri pertama hadir ke mahkamah.

Peperangan besar berlaku antara isteri dan suaminya bila mengetahui hasratnya bernikah lain. Dia hadir ke mahkamah dan membuat bantahan. Bagaimanapun, hakim mempertimbangkan beberapa perkara termasuk kemampuan dan ekonomi suami. Akhirnya mahkamah memberi kebenaran. Ifah menceritakan yang madunya (isteri pertama) pada mulanya menerima kehadiran isteri kedua, tetapi lama kelamaan, berlaku pergolakan.

Isteri pertama 30-an, bekerja di sebuah pejabat kerajaan dan dikurniakan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah rendah. Dia tewas dengan ejekan dan hasutan kawan-kawan sepejabat yang dah jadi buah mulut orang. Ketenteraman isteri pertama hanya boleh bertahan selama 2 bulan saja. Dari seorang wanita yang penyabar dan lembut, isteri pertama bertukar jadi garang atau istilah yang Ifah berikan adalah 'gila meroyan'.

'Gila meroyan, macam mana tu gila meroyan ?'. Tanya ustaz.

'Gila meroyan itu macam orang kena masuk hantu'. Kata Ifah.

'Macam mana masuk hantu tu ?' . Tanya ustaz lagi, seakan tak berapa nak faham.

'Kena rasuk macam orang gila'. Cerita Ifah.

Bercerita pasal gila meroyan dan masuk hantu itu antaranya, isteri pertama sering mengamuk kalau suami tidur ke rumah isteri kedua. Dari pagi siang sampai malam, malam sampai siang, telefon suami akan berbunyi, dah tentu mengganggu ketenteraman. Akibatnya, suami semakin kurang tidur ke rumah isteri kedua dan kalau datang pun dalam keadaan takut-takut macam mat rempit nak curi moto.

Rumah isteri pertama dalam lingkungan 5 km saja dari tempat kerja suami. Semua pakaian suami ada di rumah isteri pertama. Isteri kedua pula jaraknya dalam 40km dan jadi tempat datang-datang suami saja macam orang baca meter letrik.
BERSAMBUNG KE EPISOD KEDUA

22 September 2012

CUEPACS Nak Minta Elaun? Mintaklah....


CUEPACS nampaknya minta kerajaan supaya elaun rumah dinaikkan. Tapi jangan minta itu saja. Bagaimana yang duduk di kuarters kerajaan ? Tentu tak rasa apa-apa kalau elaun rumah naik. Pada saya, nak minta elaun rumah dinaikkan, mintaklah. Kalau permintaan ini ditunaikan, saya rasa, akan ramailah yang beli rumah sendiri atau menyewa di luar. Akan banyak juga kuarters kerajaan yang kosong kalau perkara lain CUEPACS tak pandang.

Cuma jangan lupa, minta juga elaun Cola diberikan penuh kepada yang mendiami kuartes kerajaan, sekarang dapat separuh jer. Contohnya di Johor Bahru, kalau duduk kuarters kerajaan dipotong elaun rumah (semua) dan dipotong separuh elaun Cola yang RM 300 tu.

Satu lagi, kalau duduk pangsapuri kerajaan yang ada caj lain seperti penyelenggaraan bangunan RM 180 sebulan, kena bayar sendiri. Tapi ini soal penyelenggaraan ini bab lainlah.

Baca sendirilah dari akhbar ini :
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.
Sambungannya, Klik Sini

KESIMPULAN SAYA :

1. Minta elaun rumah semua peringkat gred dinaikkan.
2. Penghuni kuarters kerajaan dapat 50 peratus dari jumlah elaun rumahnya.
3. Elaun cola dapat 100 peratus kepada penghuni kuarters.
(Apa macam CUEPACS, ada bernas ke cadangan saya ni? )

Maka dengan itu, semua menang-menang. Sekarang banyak kuarters kerajaan yang orang tak mahu duduk. Jangan kata saya saja buat cerita, ini bukan rahsia lagi. Antara sebabnya adalah sewa rumah di luar lebih murah berbanding potongan elaun rumah dia. Kedua, elaun cola hilang 50 peratus.

21 September 2012

Adik Tak Mahu Jadi Wali Pernikahan Kakaknya


Seorang anak dara 30-an bernikah dengan lelaki bujang 30-an berwalikan hakim. Apabila diminta menceritakan kisahnya itu, katanya adiknya sudah lama tidak bertegur dengan kakaknya. Adiknya sekarang tinggal di sebuah negeri di utara dan bekerja di sana.

Bapa perempuan ini sudah meninggal dunia lama dan hanya seorang adik lelakinya saja yang sepatutnya menjadi wali. Akhirnya perempuan ini berjaya mendapatkan perintah mahkamah kerana 'wali enggan'.

20 September 2012

Beberapa Kali Bercinta dan Putus Tunang Akhirnya Nikah Dengan Suami Orang


Seorang perempuan 30-an, anak dara akhirnya bernikah dengan suami orang 30-an sebagai isteri kedua. Mengikut ceritanya, perempuan ini sudah beberapa kali putus cinta lebih sepuluh tahun lalu dan dua kali bertunang dan putus tunang sebelum ini.

Akhirnya, beliau bercinta dengan seorang lelaki yang sudah punyai isteri dan anak seterusnya bernikah. Nikah pula bukan nikah lari pergi naik tongkang ke seberang, atau naik perahu ke sungai sempadan, tapi melalui permohonan di mahkamah syariah. Isteri pertama turut hadir ke mahkamah syariah dan mahkamah meluluskan permohanan ini.

"Tuan, isteri pertama saya setuju saya bernikah ni". Kata pengantin lelaki.

Isteri Setuju ?

Tak apalah, dengar sajalah apa yang lelaki ni cerita. Kalau ditanya, apa maksud 'setuju' itu lebih lanjut, mungkin ada banyak makna. Mungkin juga setuju dalam keadaan terpaksa atau setuju dalam rela dan lain-lain. Lebih lagi kalau ditanya sendiri pada isteri pertama, maksud 'setuju' tu apa... Tak mustahil, perkataan lain yang keluar dari mulut, yang saya tak mahu tambah menambah lagi.

Akhirnya Bermadu

Berbalik pada cerita di atas tadi, ada orang yang saya kenali, dia ni beberapa kali putus cinta dan setahu saya sekali putus tunang, yang saya tak tahu berapa kali putus tunang tu, tak tahulah. Nanti, dia baca cerita saya ni, jangan rasa risau pulak. Pasal apa ? Pasal orang kita, rasa poligami ni dah macam benda yang paling dia tak mahu  berlaku. Sampai ada orang rasa, kalau suami dia naikah lagi satu, macam dah nak kiamat dah.

Media : Majalah dan Akhbar, TV

Media mainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran masyarakat. Jadi dalam bab poligami ini, media patutnya kenalah jadi media yang seimbang. Antaranya, kalau kita siarkan cerita rumahtangga bergolak, bercerai, main kayu tiga, maksiat dan pelacuran, kenapa pula media tak siar kebaikan berpoligami.  Kenapa majalah dan akhbar, tak cerita kebaikan dan kebahagian orang yang beristeri lebih dari seorang ?

Masukkanlah dalam media, buat temuramah dengan beberapa tokoh yang berpoligami. Temuramah sekali isteri pertama dan kedua serta anak-anak sekali. Atau kalau tak mahu siarkan nama pun boleh juga. Tapi jangan buat cerita sendiri, kenalah pergi temuramah.... Hehe...

19 September 2012

Akibat Tangguhkan Perkahwinan, Pasangan Dah Tak Tahan dan Terbuncit


Lelaki 20-an bertunang dengan gadis 20-an lebih kurang setahun lalu. Lelaki kerja swasta dengan gaji lebih RM 2,000 manakala perempuan tak bekerja. Sepatutnya, pasangan ini bernikah pada 3 bulan lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kehendak ibu perempuan. Punca ditangguhkan adalah kerana bapa perempuan baru saja meninggal dunia. Maka menurut ibunya, majlis pernikahan perlu ditangguhkan untuk menghormati kematian bapa perempuan.

Nasi Dah Jadi Bubur

Bagaimanapun, lelaki dan perempuan ini sudah terlanjur dan membuat kerja di sebuah hotel. Selepas itu, perempuan disahkan mengandung. Apabila sudah mengandung 3 bulan, barulah pasangan ini datang ke pejabat untuk bernikah berwalikan abang.

"Tuan, saya malu dengan masyarakat kerana perbuatan anak saya ini....." Kata bapa  kepada lelaki, kemudiannua menangis teresak-esak.

18 September 2012

Operasi Khalwat : Lari Tak Cukup Tanah

 
Panik apabila pintu bilik hotel yang ditumpangi diketuk penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang, seorang lelaki sanggup mengadang pintu biliknya dengan sebuah meja bagi menyelamatkan diri bersama pasangan kekasihnya daripada ditahan dalam Ops Maksiat, awal pagi kelmarin.

Selepas hampir 10 minit mendiamkan diri tanpa memberi tindak balas, pintu bilik berkenaan dipecahkan pihak penguatkuasa.
Menurut Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor, pemeriksaan penguatkuasa mendapati, seorang lelaki berusia 33 tahun bersama pasangannya berusia 19 tahun yang sedang mengandung tujuh bulan berada di dalam bilik hotel itu.

“Pihak kita juga menghadapi sedikit masalah apabila lelaki itu yang juga bekas tentera tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan pegawai penguatkuasa JAJ kepadanya,” katanya.

Mohd Khalil berkata, hasil soal siasat, lelaki tersebut telah diberhentikan daripada perkhidmatan tentera kerana kesalahan tatatertib dan sudah mempunyai isteri serta empat anak yang tinggal di Taman Sri Impian.

“Manakala pasangannya itu tidak bekerja setelah menamatkan persekolahan sehingga tingkatan lima,” katanya.

Beliau berkata, lelaki tersebut memberitahu yang dia mahu bernikah apabila mengetahui kekasihnya mengandung, tetapi hasratnya terbantut apabila mendapat tentangan daripada isteri.

“Bagaimanapun, pasangan tersebut dibebaskan setelah diikat jamin oleh keluarga masing-masing dan akan didakwa di bawah Seksyen 23(1) (2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

“Pasangan itu adalah antara tujuh pasangan yang telah berjaya ditahan dalam Ops Maksiat sempena Hari Merdeka awal pagi kelmarin,” katanya.
 
Dipetik dari Akhbar Sinar Harian, Edisi Johor.

15 September 2012

Filem Hina Nabi Muhammad, Apa Agenda Mereka ?

Saya dah tonton filem itu yang boleh ditonton di youtube. Sekali tengok saja, saya dah tak sanggup nak tengok kali kedua. Semuanya cerita penipu yang difilemkan oleh musuh Islam. Siapa pemilik youtube dan laman-laman kesukaan kita di internet ? Adakah orang Islam punya ? Cuba senaraikan, yang mana satu orang Islam punya... Kalau orang Islam punya, adakah dapat sambutan hebat seperti youtube atau facebook.
Ada beberapa video di youtube yang hanya berada beberapa minit saja di sana, kemudian dibuang oleh pengendali youtube. Katanya disebabkan bantahan seseorang atau institusi atau negara kerana beberapa isu. Tapi, kenapa pula dalam video menghina Islam seperti ini dibiarkan oleh youtube ?
Sudah lama berada di Youtube
Video yang menghina nabi itu sudah wujud di youtube sejak julai lagi iaitu sudah 2 bulan dan penonton sudah melebihi sejuta orang. Tidak dinafikan, youtube adalah video internet yang paling popular. Di facebook pun, ramai orang mengiklankan video ini, facebook juga tak sekat.
Apa Agenda Mereka
Musuh-musuh Islam nak tengok bagaimana tahap kekuatan orang Islam. Mereka tak nampak sekuat mana kekuatan iman, tapi mereka boleh nampak sekuat mana perpaduan umat Islam. Dunia Islam luas dari Asia, Afrika, Eropah malah seluruh dunia ada orang Islam. Negara orang Islam juga ada dan ada pertubuhan orang Islam iaitu OIC. Apa tindakan atau pendirian OIC dalam hal ini ?
Boikot Barang ?
Adakah tindakan boikot barang musuh Islam adalah satu tindakan yang tepat. Beberapa tahun lalu kita sudah jalankan kempen boikot barangan ini tapi apa kesannya ? Bila negara Belanda siar di akhbar mereka kartun hina nabi, kita boikot barang Belanda. Tapi kita lupa, pada masa itu, Belanda antara negera yang menjadi pelabur yang besar di negara kita.
Orang kita dalam bab boikot ini sebenarnya tak ke mana. Kita nak boikot barang orang yang bermutu dan masuki pasaran dunia tapi barang kita ada kualiti atau tidak ? Malaslah nak cerita lebih dalam bab ni sebab yang niaga keropok lekor sampai ke pasaran dunia pun bukan orang Islam, eksport belacan pun bukan orang Islam dan barang yang ada sijil halal kebanyakannya syarikat bukan Islam.
Orang Islam pula bila suruh ambil sijil halal dia kata dia dah Islam, buat apa nak ambil sijil halal lagi. Ada juga yang tak mahu bayar untuk mendapatkan sijil tu yang jumlahnya bukanlah sebanyak mana. Ada juga yang komplain kata kedai makan tu tak ada sijil halal dan jual benda tak halal, sedangkan yang mengadu tu juga ada kedai makan tapi tak ada sijil halal juga. Maaflah, bukan saya nak mengata, tapi ini kelemahan kita.

Orang Islam Mesti Menentang

Orang Islam wajib menentang penyebaran video ini. Kita boleh bersahabat dengan orang Islam selagi mereka tidak memusuhi dan memerangi agama kita. Cuma kaedahnya bagaimana ? Antaranya, kita sama-sama duduk semeja, gariskan tindakan-tindakan kita dan seterusnya bertindak mengikut batasan undang-undang negara.

13 September 2012

Cantik Yang Dah Tak Cantik

 
Seorang jurujual kereta bukan Melayu kata,
 
"Kalau dokumen you cantik, loan boleh lulus".
 
Betulkah perkataan 'cantik' itu  sesuai di situ ?
 
Lepas tu dia kata lagi.
 
"Enjin kereta you dah tak cantiklah".
 
Betulkah perkataan 'cantik' itu sesuai di situ ?
 
Lepas tu ada seorang kata,
 
"Tadi ada seorang perempuan cantik lalu depan rumah kamu".
 
Kira betullah bahasa tu iaitu cantik sesuai bagi perempuan. Tapi kenapa pula dokumen cantik sedangkan dokumen dia tak lengkap bukan tak cantik. Lagi satu, apa perlunya perkataan dokumen, orang kampung saya tak faham, elok guna perkataan surat sokongan dan sebagainya.
 
Enjin tak cantik, memanglah enjin itu tak cantik macam anak dara.
 
 
 
 


10 September 2012

Ramai Bakal Pengantin Perempuan Tak Pandai Memasak ?



Dalam 3 tempat saya berceramah dalam kursus pra perkahwinan beberapa hari lepas, saya tanya peserta soalan bab masak memasak.

"Siapa kat sini pandai masak ? Sila angkat tangannnn" Kata saya sambil memandang ke arah peserta perempuan.

Tiada seorang pun yang angkat tangan tapi ramai yang tersipu-sipu. Apa maknanya tu ? Entah...

"Okey, siapa yang pandai masam mee goreng ? Angkat tangan..." Kata saya lagi.

Tidak ada juga yang angkat.

"Ermmm... siapa yang pandai masak nasi lemak. Angkat tangan..." Tanya saya lagi.

Sekali lagi tak ada yang angkat.

"Okey, siapa yang pandai buat teh tarik ? Angkat tangan.."

Nampaknya seorang pun tak ada yang angkat tangan. Kenapa yer ?

Bakal Pengantin Tak Pandai Masak ?

Bukan saya nak mengata, tapi itulah hakikat yang berlaku kepada bakal pengantin perempuan. Bukan saya nak marah, tapi nada saya berceramah itu lebih kepada lawak jenaka saja. Dalam kita dok cerita pasal berjimat cermat dan bising pasal harga makanan kat kedai mahal, kita tak berapa ambil kira dalam bab memasak ini. Cuba bayangkan, berapa ringgit duit kita habis di restoran atau kedai makan sehari, apa lagi sebulan atau setahun ?

Mee Goreng

Saya tanya pasal mee goreng sebab saya tahu cara nak masak mee cara paling ringkas. Harga sebungkus mee mentah adalah RM 2.00 sekilo. Dengan sekilo itu, kalau macam mee dihidang kat kedai, boleh 8-10 orang makan. Bayangkan sebungkus mee dijual RM 3.00 sepinggan, tauke kedai boleh untung RM 30.00 dengan modal RM 2.00 tadi. Di kedai sekarang susah nak cari mee harga RM 3.00 lagi, biasa RM 3.50 atau RM 4.00.

Tak Pandai Masak Sungguh Ker ?

Tidak angkat tangan mungkin kerana tak berani dan takut kena tanya dan mungkin dia orang tahu tapi tak mahu mengaku tahu. Okey, saya tak tanya banyak, saya tanya bagaimana nak buat teh tarik. Oleh kerana seorang pun mengaku pandai, saya sebut saja nama dan seorang itu terpaksa buat. Bila ditanya, dia memang tak tahu buat dan kalau saya minum teh dia, mungkin boleh sakit perut.

Belajar Buat Teh Tarik, Klik Sini

07 September 2012

Suami Isteri Rasa Bersalah Walaupun Berjaya Menipu di Mahkamah


Ada orang suka menipu dan penipuannya bermutu tinggi dan berjaya juga. Kemahiran menipu bukan semua orang ada dan bukan senang untuk dipelajari. 

Melibatkan Hukum Hakam

Tetapi bagi satu kes ini, seorang lelaki 40-an dan isterinya 40-an sudah bercerai talak satu. Selepas 3 bulan lebih bercerai, kedua-dua mereka telah hadir mendaftarkan 'rujuk' dengan mendakwa mereka telah rujuk dalam tempoh edah. Pertama, perempuan mendakwa dia masih ada edah iaitu belum 3 kali suci lagi. Lelaki pula mendakwa telah rujuk dalam tempoh tersebut.

Setelah meneliti beberapa perkara, mahkamah telah mengesahkan mereka telah rujuk semula. Maknanya mereka jadi sebagai suami isteri yang sah semula. Bagaimanapun, selepas beberapa bulan, perempuan membongkarkan cerita sebenarnya, iaitu semasa rujuk berlaku, edahnya sudah habis. Katanya waktu itu, dia sudah beritahu suaminya yang dia sudah habis edah tapi suaminya kata, semua itu boleh diselesaikan dengan memberi keterangan palsu di mahkamah.

Sendiri Rasa Bersalah

Sekarang, pasangan suami isteri ini tidak bahagia dan rasa bersalah, akhirnya merujuk kes ini ke pejabat kadi.

04 September 2012

Barang Keras Tak Semestinya Bahaya, Yang Lembik Lagi Bahaya


 

Saya dengar satu ceramah seorang ustaz ni di internet. Kira ada unsur lawak juga ceramah ini tetapi tinggi maksud yang nak disampaikannya. Saya ubah sikit ayat ikut gaya bahasa saya tapi maksudnya lebih kurang sama juga.
 
Benda Keras
 
Kita janganlah takut dengan benda keras contohnya kura-kura. Tengok kura-kura, kena langgar moto atau kereta, dia selamba jer. Kalau kena langgar lori balak atau lori traler, berkecailah juga. Sekeras-keras kura-kura, tak dengar pula kes kura-kura mendatangkan kecederaan pada orang atau memusnahkan rumah orang.
 
Benda Lembik
 
Benda lembik macam ular dalam semak, diam-diam patuk orang. Kalau lambat hantar hospital, boleh arwah. Kalau nak banding kerasnya kura-kura jauh kerasnya berbanding ular. Tapi orang takut pada ular, tak takut kura-kura.
 
Lelaki dan Perempuan
 
Ustaz ini buat cerita yang keras itu adalah lelaki dan yang lembut itu perempuan. Ceritanya lagi, orang lebih takut perempuan berbanding lelaki walaupun perempuan itu lembut saja fizikalnya. Tak mahulah saya cerita lebih-lebih, sendiri dengarlah ceramah tu dan sendiri carilah sampai jumpa dalam youtube.

03 September 2012

Pembiayaan Peribadi Ni Membantu atau Memerangkap Peminjam ?

Baca suratkhabar hari ini, kemudian di dalamnya ada satu kertas yang diselitkan. Iaitu iklan mengenai pembiayaan peribadi atau pinjaman peribadi atau orang kampung saya panggil 'personal loan'. Bank ini adalah bank yang berdaftar dan antara yang terkenal juga. Katanya dia menawarkan pinjaman pada kadar serendah 4.45 % setahun, sekali imbas macam murah sangatlah tu.

Tengok Betul-betul

Kat belakang kertas tu dinyatakan secara terperinci bayaran bulanan yang dikatakan 4.5 % itu. Bila saya tengok dan cuba bandingkan dengan sebuah bank lain, nampaknya bank yang iklan inilah yang kira paling murah. Contohnya, kalau pinjam 100,000 tempoh 15 tahun, kena bayar RM 938 sebulan, kalau 20 tahun RM 796 sebulan. Kalau pinjam RM 200,000, 15 tahun kena bayar 1,874 sebulan, 20 tahun 1590 sebulan.

Ada Benda Yang Diselindungkan

Bila baca kat bawah pula, ada tulisan "Ansuran Bulanan Adalah Tidak Termasuk Caj Perkhidmatan Sebanyak 2 %".

Ohhhh... ada syarat lain rupanya. Kenapa dalam jadual atas itu tidak dinyatakan terus jumlahnya setelah dicampur 2 peratus ? Saja jer kan, nak nampakkan kata pinjaman ini bayar murah kan ?

Tahukah kita yang 2 % itu dari kadar mana ? Kadar pinjaman asas ker ? Baki tahunan ker atau baki bulanan ker ? Nampak saja 2 peratus, tapi jumlahnya tak mustahil sebenarnya sangat tinggi.

31 Ogos 2012

Mati Mengejut Sebab 'Ubat Kuat'

 
Seorang ni cerita kat saya mengenai seorang kawannya yang meninggal dunia. Katanya, punca kematian adalah ubat kuat dari negara luar yang tidak ada kelulusan kementian kesihatan di negara kita. Lelaki yang meninggal dunia ini umur 50-an, kira orang kaya juga.
 
Janganlah tanya 'ubat kuat' apa, faham-faham sendirilah. Kawan yang cerita ni adalah kawan rapat dia yang dah beri nasihat supaya jangan ambil ubat macam tu, tapi dia tak hiraukan. Tapi ini sekadar cerita saja, kalau ikut laporan kematian katanya kerana sesak nafas, tak ada pun cerita pasal ubat kuat tu. Ajal lelaki tu dah sampai dan tak perlulah diungkit lagi kalau dia ada buat benda tak elok masa dia hidup.

30 Ogos 2012

Malam Merdeka TV Siar Cerita Hantu Pulak Dah....

 
Baru kejap tadi tengok tv, budak-budak tengah syok tengok tv. Rupanya cerita hantu, tu yang mata tak berkelip tengok tu. Patutnya malam merdeka ni, siarlah cerita lain yang ajak kita sama-sama menghayati kemerdekaan. Tak kiralah, drama ker, dokumentari ker, bual bicara ker, asalkan boleh ajak kita memperingati kemerdekaan. Termasuklah kita semua memperingati jasa-jasa pemimpin negera lepas yang telah banyak berkorban sehingga negera merdeka.
 
Kita sebagai anak cucu pemimpin ini, janganlah tak sedar diri kerana kemerdekaan itu bukanlah murah. Media memainkan peranan utama dalam memupuk kesetiaan dan kecintaan pada negara. Setakat cerita hantu malam Jumaat, tak boleh ker tangguhkan saja minggu depan untuk beri laluan pada pengisian kemerdekaan ?
 
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KE 55

29 Ogos 2012

Kisah Orang Sewakan Kenderaan, Bukan Kerja Senang


Seorang lelaki ini, 30-an kerjanya berniaga, macam-macam juga niaganya. Dia ada juga sewakan kenderan iaitu sebiji kereta dan sebiji van. Pelanggan utama dia adalah pelajar universiti dan orang awam lain. Kiranya dia menyewa bukanlah ada lesen, kira sambilan saja.

Bila dia cerita pengalaman dia, dia dah serik nak niaga sewa kenderaan ini. Akhirnya dia jual kenderaan itu dan van dia buat niaga jual air soya tepi jalan. Katanya, niaga air macam ni pun lebih selamat dan stabil, keuntungannya juga boleh jejak sebulan RM 4,000.

Kenderaan Rosak

Satu kisah yang dia cerita, seorang lelaki sewa van dia dua hari dengan bayaran RM 400 pergi ke utara untuk orang kawin. Lepas tu, kenderaan itu rosak iaitu air kering, enjin panas dan terduduk di utara. Sebelum sewa, dia dah kata dengan orang tu, kalau rosak, penyewa kena tanggung kos repair. Van tu masuk bengkel kat utara dan kosnya lebih RM 5,000. Penyewa taknak bayar satu sen pun malah penyewa membebel dan kata 'van buruk' dan sebagainya.

Kereta Hilang

Kemudian seorang yang baru dikenalinya sewa kereta dia sehari. Tapi terus tak dipulangkan. Bila dihubungi penyewa itu, telefon tidak berjawab. Tapi seminggu lepas tu, seorang lelaki telefon dia. Yang mengejutkan, lelaki tu kata, kereta tu ada di satu lokasi. Lelaki tu kata, kalau nak kereta tu, kena bayar RM 4,000 pada lelaki itu. Di ringkaskan cerita, akhirnya dia bayar juga duit RM 4,000 dan dapat semula kereta itu. Dia dah tak ada jalan lain sebab sebelum itu, dia dah bincang dengan orang tertentu yang menasihatkannya supaya bayar saja duit itu kalau mahu kereta dia selamat.

Sebab Itu Kena Ada Lesen

Inilah cerita pasal sewa kereta, bukan semudah yang disangka. Sebab itulah, pihak berkuasa minta supaya jalankan perniagaan berdaftar.

25 Ogos 2012

Bawa Petai Pergi Kenduri Kawin ? Kelakar Juga...

 
Saya pergi ke majlis kawin di satu negeri. Jemputannya ramai dan makanan yang dihidangkan adalah nasih putih lauk daging kerbau gulai kawah, sayur nangka, ikan kering dan lain-lain, sedap betullllll. Kebetulan masa duduk tu, ada seorang lelaki umur 50-an duduk di sebelah saya. Saya rasa dia orang kampung tu sebab dia berbual mesra dengan tetamu yang lain.
 
 
Keluar Petai Dari Poket Seluar
 
 
Masa dia dah ambil nasi dan ambil lauk, dia keluarkan petai dari poket seluar dia. Wah... satu papan petai dia keluarkan. Lepas tu dia pelawa saya makan.
 
"Ambillah petai ni, ambil.." Kata pakcik tu.
 
Saya mula malu-malu tapi bak kata pujangga, pegi kenduri makan free ni jangan malu-malu. Saya pun ambillah petai tu dalam 3 ulas, lepas tu tambah lagi dalam 5 ulas. Bila saya makan petai dia, dia macam seronok juga. Lepas tu dia ajak orang yang kiri kanan tu makan petai sama-sama dan ramai yang makan.
 
Ambil Petai Kat Moto
 
Lepas tu pakcik tu pegi kat moto dia tak jauh kat situ. Rupanya kat bakul dia ada banyak petai dan bawak kat tempat makan tu beberapa papan petai. Banyaknya pakcik tu petai. Mungkin dia niaga petai atau mungkin dia baru balik dari kebun petai dia.
 
Best ler saya makan petai free makan dengan lauk gulai kawah dan sayur nangka dan ikan kering, bestttt. Banyaklah saya makan, nampaknya bulan puasa berat saya susut 3kg, lepas raya ni entah-entah bertambah mengelembung 5-6 kilo pulak. Tapi tak aper, Isnin dah start main ping pong.
 
Yang saya nak cerita kat sini, aksi selamba pakcik tu kat rumah orang kawin, selamba jer dia bawa petai, hehehe. Kira rezeki sayalah duduk sebelah pakcik tu, hehhe. Harap-harap pakcik tu baca 'Bismilah' sebelum makan sebab saya tengok dia makan banyaknyer nasi. Itu semua petai punya penangan.

24 Ogos 2012

Selamat Pengantin Baru Ustaz Don Daniyal

Pengacara program 30 Minit Ustaz Don, Don Daniyal Don Bijayid selamat bernikah pagi semalam, di Pulau Pinang, dengan wanita pilihannya, Husna Zahry Rafie. Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran.

Dalam kenyataannya dipetik Amin Idris Personaliti Al-Hijrah, Don, seorang penceramah bebas berkata: "Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin."


Husna seorang penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir. Pasangan yang nampak cantik berseri-seri dalam persalinan berwarna putih itu turut menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakyat Malaysia menerusi laman-laman sosial.

Skim Cepat Kaya : Pihak Berkuasa Lambat Bertindak ?

 
Hari ini di beberapa akhbar utama ada satu iklan dari Bank Negara, memberi amaran tentang penipuan pelaburan. Antara yang dinyatakan adalah:

"ANDA MUNGKIN KEHILANGAN WANG ANDA"

"Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa terdapat skim pengambilan deposit dan pelaburan haram yang kononnya menjanjikan pulangan yang lumayan buat pelabur"

"Skim tersebut mengajak anda melabur dalam logam berharga seperti emas, perak atau pelaburan berkaitan dengan ternakan, tanah, komoditi dan pertukaran asing".

"Sesetengah daripada penganjur skim terus mengumpan pelabur dengan jajji belian balik"

Lambat Bertindak ?

Minta maaflah kalau saya cakap, kebiasaannya sendiket seperti ini terbongkar selepas ramai tertipu dengan kerugian berjuta-juta ringgit. Penganjur sudah kenyang, baru perkara haram ini dibongkarkan. Ada juga yang kena dakwa adalah orang tengah dan orang bawah, bukan ketua atau kepala skim ini. Kenapa tidak bertindak awal ?

Sudah banyak skim penipuan yang mengaut keuntungan dan beroperasi secara terang-terangan tanpa disekat. Dengan meluasnya penggunaan internet, saya percaya semakin ramai lagi mangsa yang tertipu berbanding dulu. Dulu 'Skim Pak Man Telo' dalam tahun 80-an, ramai orang kita tertipu seluruh negara. Itu cerita tahun 80-an saya masih sekolah rendah dan belum tumbuh misai lagi, jadi malaslah saya cerita banyak. Saya nak cerita yang masa saya dewasa, contohnya Swiscash, Empay, Buluhmas, Faza Amal dan lain-lain.

Soalnya kenapa lambat bertindak sehingga ramai dah kena tipu, baru nak benteras ? Contohnya Swiscash, Empay, Buluhmas dan Faza Amal yang beroperasi kira-kira setahun, baru nak disekat. Nak kata tidak disekat, tidak juga, Bank Negara dah beri amaran dengan menyenaraikan nama syarikat ini sebagai 'tidak sah' atau 'pelaburan haram'. Soalnya berkesan atau tidak ? Kalau berkesan, tidaklah perkara ini terus beroperasi menipu mangsa.

Pindaan Undang-undang

Saya faham apa kuasa Bank Negara, iaitu institusi yang bertindak mengikut bidang kuasa dan peraturan yang ditetapkan saja. Bank Negara tidak boleh bertindak di luar bidang kuasa mereka, mereka sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan duit kita dari ditipu skim ini. Antara usahanya adalah memberi nasihat di akhbar dan internet mengenai penipuan skim ini. Tindakan mendakwa juga bukan suatu yang mudah kerana tertakluk dengan banyak prosedur mereka.
 
Jadi, dalam hal ini, saya rasa perlu pindaan undang-undang terutama dalam dunia internet untuk menyekat penyalahgunaan internet ini. Kita jangan lupa, internetlah satu media cukup berpengaruh dalam menyebarkan maklumat dan menambah ahli atau pelabur baru. Kalau orang yang menghina atau mewujudkan perbalahan kaum di internet, boleh ditangkap dan didakwa di mahkamah, kenapa pula orang yang terlibat dalam skim cepat kaya di internet tidak ditangkap sama ?

Kalau jawapannya tiada undang-undang, kenapa tidak diadakan pindaan undang-undang ? Sebelum pindaan dilakukan, satu kajian khusus dari pakar-pakar termasuk ahli internet dan pelaburan dilibatkan sama. Kalau ini adalah satu usaha yang baik, tiada masalah di kalangan ahli-ahli parlimen termasuk yang berlainan parti akan menyokong kerana melibatkan kepentingan semua.

Penipuan Pengkilanan

Dalam amaran Bank Negara di internet, Bank Negara kata:

"Skim tersebut mengajak anda melabur dalam logam berharga seperti emas, perak atau pelaburan berkaitan dengan ternakan, tanah, komoditi dan pertukaran asing".

Saya nak minta Bank Negara masukkan satu lagi iaitu pengiklanan, selain emas, perak, ternakan, tanah, komoditi dan pertukaran asing. Sebelum ini pun, iaitu skim Empay dan BULUHMAS adalah skim pengiklanan.

Penipuan Terbaru Pengiklanan

Di internet, seorang kenalan FB saya promosi pada saya satu skim. Bila saya beri amaran supaya berhati-hati dengan penipuan, dia jawab, ini bukan pelaburan tapi pengiklanan. Yer, jadi pentinglah juga Bak Negara masukkan 'pengiklanan' sebagai satu modus operandi penipuan pelaburan.

Ustaz dan Pak Imam Jadi Agen

Ustaz dan Imam adalah orang yang cukup berharga, terutama untuk meyakinkan orang ramai mengenai skim ini. Semua skim yang saya sebut di atas tadi, semuanya ada ustaz yang dihormati masyarakat sebagai agen. Mereka jadi agen dengan cara masuk skim ini dan ditawarkan keuntunagan lebih sekiranya dapat mencari ahli baru. Perbualan saya dalam FB tu, seorang Pak Imam mempertahankan skim itu adalah bukan penipuan.

Kena Bayar

Bila saya tanya lanjut, skim ini kena bayar ratusan ringgit. Harga itu bukanlah mahal sangat dan cukup mudah untuk menambah ahli. Selepas menyedari mendapat keuntungan dan melihat angka-angka keuntungan di internet, maka ramai juga yang menambah duit pelaburannya untuk mendapat untung lebih. Maka jumlah seorang pelabur mencecah angka ribu atau puluh ribu, malah yang ada duit banyak sehingga ratusan ribu.

Jadi, skim cepat kaya ini perlu dibenteras segera, bukan sudah kebas duit orang banyak-banyak, baru nak sekat.

Nak Tahu Pasal BULUHMAS, Klik Sini

21 Ogos 2012

Pengalaman Mengenai Kereta Lelong Kastam (Episod 11).. Kisah Saya Dan BMW


Satu masa tu, lebih kurang 2-3 tahun dulu, ada buka kereta lelong kastam. Ada seorang pekerja bengkel kereta beritahu saya yang ada buka lelong dan saya tahu dari dia. Saya telefon kawan saya yang kerja kastam, tapi kawan saya tu dah pindah dari JB. Saya pula dah pindah dari JB masa tu dan susah sikitlah nak mengikuti atau tengok kereta kat sana.

Lepas tu ada seorang kawan saya ni, dia kata dia ada senarai kereta lelong dan dia kasi saya. Tapi borang tu tak lengkap. Hanya ada senarai kereta yang nak lelong dan lokasi saja. Borang untuk masuk lelong dan tarikh tutup lelong tidak ada. Saya yang dah biasa tengok borang tu, saya tahu, ada sehelai lagi kerta yang tak ada. Tapi kawan saya tu kata dah lengkap, jadi tak apalah, dia nak kata dia betul, biarlah betul kat dia.

Tengok Kereta BMW

Ada beberapa lokasi boleh tengok kereta selain di Larkin, ada juga daerah lain. Saya minat satu kereta tu iaitu BMW 3181 yang diletak harga RM 8,000. Kira macam berbaloi juga kalau saya ambil sama ada nak pakai sendiri atau nak jual kat member. Maka saya pergilah ke lokasi tu iaitu sebuah daerah, bukan Johor Bahru. Mengikut iklan tu, daerah tu boleh tengok 2 biji kereta, satu BMW dan satu kereta lagi.

Bila sampai di pejabat kastam tu, orang sana kata, hanya ada satu kereta saja. Bila saya tanya di mana BMW ? Tau dia jawab apa. Dia kata, kereta tu ada di sebuah taman perumahan iaitu kuarters kastam. Kat rumah ? Terkejut juga saya, kenapa tak letak pejabat. Orang kastam tu kasi alamat rumah. Kebetulan, kawan saya tu tahu juga lokasi tu dan bawa saya ke sana.

Tak Ada Orang

Susah juga cari alamat tu, tapi jumpa juga. Betullah itu taman perumahan awam, rumah teres setingkat. Kemudian ada beberapa unit rumah yang ditulis, perumahan kastam. Tak lama kemudian, jumpalah alamat yang dicari. Ada satu kereta BMW di dalam pagar yang berkunci. Rumah tu nampaknya rumah kosong, rumput pun dah panjang.

Sebelah rumah tu ada orang, pintu tutup dan tingkap terbuka. Dari luar, ada dengar bunyi tv. Serba salah juga, nak panggil takut cuma tinggal isteri orang saja. Masa tu waktu pejabat, mesti suami dia pegi kerja. Maka dapatlah saya dan kawan saya tu tengok kereta BMW tu dari luar. Suasana kat taman tu sunyi sepi saja, tak ada kereta lalu pun.

Keadaan Baik

Dari luar, nampak cat dan body dia masih mantap. Tapi tak boleh tengok depan dan enjin. Nak buka pagar tu, berkunci pulak. Saya tak puashati lagi, macammana nak tengok depan dan enjin. Mana ler tahu, kalau depan eksiden ker. Rasa saya,kereta tu kastam buat ronda, mungkin selepas kastam rampas.

Panjat Pagar

"Saya nak panjat pagar ". Kata saya.

Kawan saya tu hairan. Mungkin dalam hati dia, mesti dia kata perbuatan yang saya buat tu salah. Tapi saya beranikan diri. Pertama, sebab waktu tu siang hari dan takkanlah orang nak kata saya perompak. Kedua, kereta tu tengah lelong dan nak masuk lelong kenalah tengok betul-betul. Jadi saya fikir, kalau saya kena sergah, saya akan berterus terang saja.

Kawan saya tu macam takut dan tengok sekeliling masa saya nak panjat pagar tu. Saya rasa, nak panjat pagar tu bukanlah perkara susah sangat. Dula saya join Tentera PALAPES UKM, bukan setakat pagar tu, tembok lagi tinggi pun boleh lepas. Masa jadi pencegah maksiat pula, kerja macam tu bukanlah menghairankan. Lagi pun, pagar dia rendah dan boleh berpaut dengan tembok orang sebelah.

Dalam dua minit saja, saya dah lepas dan berjaya masuk dalam. Kawan saya kat luar, nampak macam susah hati. Lagi satu, tahu ker, apa pakaian saya masa tu ? Ermmmm... hari tu hari Jumaat, pakai baju Melayu, cuma tak bersampin jer, hehe. Takkanlah perompak pakai baju Melayu.

Buka Enjin

Nampaknya kereta tu tak berkunci dan saya boleh masuk dalam kereta. Nampak dalam kereta sangat baik dan terjaga. Kemudian saya buka enjin. Ermmmm... saya tak berani cakaplah pasal BMW ni. Saya tak ada pengalaman sangat. Tapi masa tu saya pakai Peugeot 405, kira sedara mara buah-buah bacanglah juga dengan BMW tu. Nampak enjin macam okey. Beberapa minit saya jengok dan ambil gambar, member tu macam nak masuk pulak tengok kereta tu. Tapi saya kata, kalau nak masuk, tunggu saya keluar dulu.

Lepas saya keluar dari pagar tu, member tu pulak masuk dalam pagar dan tengok kereta. Macam biasalah, dia nampak macam takut. Masa tu pulak, ada moto lalu, kawan saya macam takut. Tapi moto tu terus jalan jer, buat tak kisah je. Lepas kawan saya tengok tu, kita orang baliklah.

Nak Masuk Lelong

Saya cerita kat kawan saya tu, saya nak ambil kereta tu. Masa tu, kat rumah saya dah ada 4 biji kereta. Accord 2.0, Peugeot 405 dan isteri saya Civic 96 selain Proton Saga yang adik saya pakai kat JB. Kalau saya dapat, saya nak jual kereta Honda saya RM 12,000 (dulu saya beli kereta lelong kastam tahun 2005, harga RM 9,000). Lagi pun dah ada orang asyik tanya nak ambil kereta saya jer.

Maka beranganlah nak masuk. Hari tu Jumaat, esok Sabtu dan Ahad, jadual saya penuh dengan ceramah kursus kawin dan lain-lain. Isnin saya dah rancang nak ambil cuti, nak buat bank draf kat bank dan hantar borang masuk lelong kat Larkin JB. Dua tiga hari tu asyik mimpi bawak BMW jer, hehehe.

Peluang Saya Sangat Baik

Walaupun macam ada kelakar juga lelong kali ini. Yer ler, kelakarlah sampai kena tengok kat rumah orang dan panjat pagar. Tapi saya rasa peluang saya sangat baik dan kalau saya masuk, kira sebelah kakilah dapat. Pertama, bukan senang orang nak tengok kereta tu. Mungkin tak beberapa orang saja yang boleh cari. Kedua, orang lain berani ker panjat pagar dan buat selambar jer macam saya, hehe. Maka kalau orang tak dapat tengok enjin, saya rasa orang lain tak berani nak masuk. Ini BMW tau, bukan Honda. Saya kalau Honda atau Toyota, berani juga tak tengok enjin, kereta Jepun tak pening kepala sangat. Ketiga, harga yang kastam letak 8,000 tu kira berpatutan sebab market kereta tu masa tu dalam RM 35,000 kat kedai.

Apa cerita seterusnya ?....

Ikutilah sambungannya dalam Episod 12 nanti.
(Gambar kat atas tu adalah gambar hiasan saja, tapi BMW model tu ler)
...BERSAMBUNG KE EPISOD 12.

20 Ogos 2012

Kereta Honda Civic 1996 Vitec Untuk Dijual

Kereta Honda Civic 1996, enjin vitec, gear auto, pemilik wanita. Biasa bawa pergi kerja saja. Minyak jimat. Kereta dalam keadaan sangat baik dan tak perlu repair lagi. Lokasi di Johor Bahru. Harga RM 25,500. Kelajuan boleh dicapai di lebihraya 170 kmj dalam keadaan stabil. 

Berminat sila hubungi Puan Maz 019-7059756



18 Ogos 2012

Keretapi Tergelincir di Kuala Lipis, Ramai Tersangkut Nak Balik Raya


Sebelas penumpang cedera, tiga daripadanya parah, apabila dua gerabak kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan tergelincir di Merapoh dekat Lipis, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hasan berkata, dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau itu tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada pukul 6.30 pagi.

Katanya, tiga mangsa yang parah dan lapan cedera ringan itu dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan lanjut dan identiti kesemua mangsa belum diketahui. Beliau berkata, gerabak yang tergelincir itu ditinggalkan di tempat kejadian sebelum kereta api itu meneruskan perjalanan ke Tumpat lebih kurang dua jam kemudian. Abdul Razak berkata punca kejadian masih dalam siasatan. - Bernama

Cara Jaga Kereta Masa Balik Raya (Episod 25)


Cerita saya jaga kereta melalui artikel saya tahun 2010 iaitu 2 tahun dulu, kini mendapat sambutan semula menjelang hari raya. Sila baca sendiri, iaitu cara-cara kita tinggalkan kereta yang kita tak bawa masa raya. Gambar kat atas tu saja-saja jer, masa saya kat Tanjung Balai Indonesia sebelum puasa, tak ada kena mengena.