Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Februari 2011

Husaini Berlatih Main Ping Pong



Husaini, masih sekolah rendah, sedang mengikuti latihan ping pong, bapa dia yang latih. Bercita-cita nak ikut jejak bapa dia satu hari nanti. Sekarang dah boleh smash, kontrol bola, strok, servis dan lain-lain. Spin belum belajar lagi, belum sampai ke tahap tu. Husaini pegang cara penhold juga macam bapa dia.

Dulu bapa dia masa umur macam ni dah mula main ping pong, tapi serba kekurangan. Minat punya pasal, raket pun pakai papan kayu, buat pakai gergaji. Sebelum gergaji, lukis pakai kapur atau arang. Masa tu mana ada jurulatih, asalkan bola melantun jer. Dah pandai sikit tu, barulah ayah belikan raket yang baik sikit. Beli pun, bukanlah raket yang baik sangat, cuma setakat boleh main dengan kawan-kawan jer, masuk game pun tak lepas pakai raket tu.

Sekarang Husaini, dah pakai raket kayu jenis Butterfly Yoshida Kaii harga RM 200, getah jenis DHS Memo harga RM 55 dan speed gam, bapa dia punya.  Nak Tahu Pasal Gam Klik Sini



03 Februari 2011

Doakan Pelajar Malaysia di Mesir Selamat

TUDM bersedia untuk penerbangan membawa pulang 11,000 pelajar Malaysia di Mesir. Kumpulan pertama dijangka pulang esok sekiranya tiada halangan. Kekecohan semakin merebak apabila kumpulan penunjuk perasaan dan pro-Hosni Mubarak bertempur dan menyebabkan ribuan tercedera. Ramai juga yang terputus bekalan makanan.

02 Februari 2011

Vokalis Kumpulan Rock Terkenal ditahan Kes Dadah


Seorang vokalis sebuah kumpulan rock terkenal dan isterinya yang disyaki memiliki dadah ditahan reman selama tujuh di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka  hari ini bagi membantu siasatan.

Artis berusia 43 tahun, isterinya, 31, bersama seorang anaknya berusia empat tahun ditahan polis ketika menginap di sebuah hotel bajet di Melaka Raya di sini, petang semalam.

Blog Cerita Rakyat Kita di Mesir, Nasib Pelajar Kita di Mesir

Untuk mengikuti perkembangan rakyat kita di Mesir, Sila Klik Sini

Orang Luar Hasut Isteri Pertama Supaya Lari Dari Rumah


Bila isteri pertama, usia 40-an tahu suaminya bernikah, perang UFO berlaku. Mana tak marahnya, suami yang hensem tu bernikah dengan gadis cun melecun 20-an.

"Ohhh, nikah senyap-senyap yer, kalau jujur kenapa tak beritahu". (Bisik hati kecil isteri pertama) Yer ler, kalau beritahu, awak boleh terima ker ? (Bisik hati kecil suami pulak).

Sebulan dua, berlaku tunjuk perasaan termasuk kata-kata, sms dan tingkah laku. Suami pun penyabar saja dan setiap hari tengok cerita P.Ramlee, Madu Tiga tapi rupanya kisah dia ni berlainan juga dengan kisah P.Ramlee tu. Apa nak buat, suami pun sabar sajalah. Harapan suami, isterinya mungkin satu hari nanti akan berubah.

Belikan Kereta Baru

Satu hari tu, suami balik ke rumah dengan kereta baru dalam harga RM 60,000. Suami masuk ke rumah dan geran kereta diletakkan di atas meja di ruang tamu. Isteri pertamanya sedar suaminya masuk ke rumah dan mulalah tarik muka masam dan mulutnya dah rancang nak membebel berguni-guni. Mungkin dia nak kata,

"Busuk-busuk pun bini tua jugak..." Macam cerita P.Ramlee.

Suami tengok kat depan rumah ada kereta baru, kereta yang isteri selalu puji depan suami, warna pun warna kegemaran isteri. Satu yang dia amat terkejut, rupanya geran kereta tu atas nama dia. Tadi suaminya letak atas meja, memang sengaja suami buat begitu, biar isteri tahu.

Masuk tiba bulan, isteri dan suaminya dah okey. Isteri nampaknya dah terima hakikat dia dimadukan, suami pun tidak abaikan isteri dan anak-anak. Malah dari beberapa segi, suaminya nampak lebih perihatin pada dia. Banyak keinginan isteri ditunai, isteri sebut saja nak makan apa, kejap lagi suami keluar dan belikan, dulu tak macam tu. Sekali fikir, manis juga bermadu, sebab tulah kawan lebih ni dinamakan madu, tak dinamakan lain. Kalau dah madu lebah tu memanglah manis, mana ada pahit.
Hasutan Jiran-jiran

"Engkau ni, kalau akaklah, suami akan kawin lain, akan pergi jer ke mahkamah syariah...bla bla bla..... Jangan nak rendahkan martabat wanita ni, dia ingat kita ni aper bla bla bla..." Itulah antara kata-kata hasutan jiran sebelah rumah dia yang memang hari-hari didakan mesyuarat tingkap terutama masa suami kerja dan anak-anak sekolah.

Maka lepas tu, keluarga ini bergolak semula. Isteri mengadu ke pejabat kadi dan ungkit banyak perkara termasuk perkara yang dah 20 tahun berlaku, semuanya suami dia yang salah, dia semuanya betul. Sehinggalah dia nak minta cerai dan kemudian balik ke kampung bawa anak-anak tanpa izin suami.

Beginilah kisah masyarakat... mungkin sambungan dari kisah P.Ramlee cerita Madu Tiga, cerita selepas beberapa tahun kawin pulak.

Banjir Semakin Reda di Kluang

Selasa 1 Febuari 2011, cuaca serah dan tidak hujan hari ini meredakan banjir di Kluang. Semalam, seramai lebih 11,000 orang dipindahkan di Kluang di 40 pusat pemindahan. Hari ini semakin reda kerana  tidak hujan seperti hari sebelumnya.

Semua jalan utama termasuk jalan Kluang- Mersing boleh dilalui oleh semua kenderaan. Ramai yang sudah pulang ke rumah dan mengemas serta mencuci rumah. Bagaimanapun, penduduk hendaklah sentiasa berwaspada sekiranya berlaku gelombang kedua dalam masa terdekat.

01 Februari 2011

Minyak Petrol RON97 Naik 10 Sen


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

31 Januari 2011

Penyanyi Indonesia, Ariel Peterpen Dipenjara 3 Tahun Kes Video Lucah


Suspek kes video lucah Najriel Irham atau lebih dikenali Ariel Peterpan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah (ditolak masa tahanan) beserta denda Rp250 juta (RM85,000).

Hakim Gedung Pengadilan Negeri Bandung, Indonesia, Singgih Budi Prakoso menjatuhkan hukuman itu selepas penyanyi terkenal itu terbukti secara sah dan menyakinkan terlibat menyebarkan dan membuat pornografi.

Lebih 7,000 Dipindahkan di 40 Pusat Pemindahan Banjir di Kluang


Hujan semakin lebat dan berterusan dan semakin banyak kawasan dinaiki air. Seramai lebih 7,000 orang sudah berpindah di 40 pusat pemindahan banjir di Kluang. Dijangka lebih ramai lagi akan berpindah kerana hujan terus menerus lebat.

Hujan Terus Lebat Tanpa Henti di Kluang, Segamat, Batu Pahat, Ledang, Semakin Ramai Dipindahkan

Hujan semakin lebat dah tak berhenti-henti di Kluang menyebabkan semakin ramai berpindah. Dianggarkan lebih 3,000 orang lebih di Kluang, antaranya Kg Bentong (300 lebih), Kg Melayu (lebih 500), Yap Tausa (500), Kahang dan lain-lain tempat. 

Gambar diambil di Jalan Kluang-Air Hitam, hampir tidak boleh dilalui.

Hujan Semakin Lebat di Kluang, Batu Pahat dan Segamat, Beberapa Kawasan Banjir

Hujan turun dengan lebat di Kluang tanpa henti buat hari keempat. Beberapa kawasan sudah banjir di Kluang, Batu Pahat dan Segamat. Rakan saya Johor Bahru dan Muar menyatakan, beberapa kawasan turut banjir sekarang.

Kawasan orang asli di Kluang dan Mersing terus terputus hubungan. Sms dari pegawai penggerak orang asli yang berada di kampung berkenaan menyakatan, ada jambatan runtuh dan sungai melimpah. Laluan ke Taman Negara di Kluang juga tidak boleh dilalui. Beberapa jalanraya juga dinaiki air dan pengguna sila dapatkan maklumat terkini dari pihak berkuasa.

Kepada pengguna jalanraya, sila gunakan lebuhraya Utara-Selatan untuk ke sesuatu destinasi di Johor. Gambar di atas, saya ambil di depan INTAN Kluang petang semalam.

30 Januari 2011

BN Menang di Tenang


Keputusan rasmi, BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi, majoriti 3,707 undi.

Kes Buang Bayi di Batu Pahat

Kes buang bayi di Taman Mekar, Air Hitam, Batu Pahat, 29 Januari 2011.

SPR Nafi Pilihanraya DUN Tenang Tangguh


Tengok berita tv tadi, katanya ada orang sebarkan sms kata pilihanraya DUN Tenang hari ini tangguh. SPR pun menafikan. Entah sapa-sapa entah buat cerita tak betul macam tu, jangan main-main sms.

Banjir di Kluang dan Segamat, Hujan Makin Lebat


Hujan berterusan selama 3 hari di Johor terutama Kluang dan Segamat telah menyebabkan banjir di beberapa tempat terutama kawasan luar bandar. Semalam, maklumat dari penggerak orang asli yang dilantik Jabatan Agama mengatakan mereka terputus hubungan untuk keluar. Bantuan makanan telah dihantar petang semalam menaiki bot dengan bantuan beberapa agensi kerajaan.

Kampung orang asli terbabit adalah Tereh, Sg Peroh, Pucur, Sedohok dan Air Pasir dalam daerah Kluang. Penggerak yang tinggal di kampung orang asli itu menceritakan detik-detik cemas kerana air naik begitu cepat dan terputus bekalan makanan. Penggerak berkenaan masih berada di dalam perkampungan berkenaan bersama-sama orang asli. Beberapa jambatan ditenggelami air dan air sungai melimpah.

Hujan semakin lebat sekarang dan mungkin ada beberapa tempat lagi yang mungkin berlaku banjir. Semua penduduk dinasihatkan mengikut arahan pihak berkuasa dan hendaklah berpindah sekiranya diarahkan. Bagaimanapun, semua jalan utama boleh dilalui di sini.

Di Segamat yang bersempadan dengan Kluang terutama Tenang juga diberitakan hujan lebat dan serba sedikit mengganggu kelancaran pilihanraya di sana. Pengundi dinasihatkan keluar mengundi awal. Mengundi ni syok tau, terutama orang yang kali pertama mengundi. Dulu saya, syoknya memangkah kertas tu syok dia macam syok memancing ikan pulak. Hehehe.

29 Januari 2011

Selepas Tunisia, Politik Mesir Pula Bergolak


Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara ekoran berlaku tunjuk perasaan besar-besaran, semalam. Beliau pada awalnya hanya mengisytiharkan perintah berkurung di tiga wilayah iaitu di Kaherah, Alexandria dan Suez, tetapi telah memperluaskannya ke seluruh negara.

Perintah berkurung itu berkuat kuasa dari pukul 6 petang hingga 7 pagi (waktu tempatan) sehingga notis pemberhentian diumumkan. Pasukan tentera telah ditempatkan untuk membantu polis melaksanakan perintah itu dan mengawal keselamatan serta melindungi harta benda awam

Kejatuhan Bekas  Presiden Tunisia

Krisis politik di Tunisia yang membawa kejatuhan presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali, tidak mustahil akan mempengaruhi politik Mesir yang banyak persamaan dengan politik Tunisia. Beberapa tunjuk perasaan berlaku di Mesir yang mendesak presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Nasihat saya, diharapkan kepada pelajar Malaysia yang berada di Mesir tidak terlibat di dalam tunjuk perasaan ini.

Pengajaran Pada Semua

Politik di Tunisia ini semoga dapat dijadikan pelajaran bagi pemerintah di seluruh dunia, ke arah politik yang adil amanah, berjiwa rakyat dan  menjalankan amanah sebagai pemimpin. Tidak kira mana-mana parti politik, mereka memikul tanggungjawab yang besar kepada rakyat.

28 Januari 2011

Melawat Mangsa Banjir di Paloh, Kluang

Semalam saya ke Kg Muhibah, Paloh, Kluang, melawat dan menyampaikan sedikit bantuan dari Majlis Agama Islam Johor. Kejadian banjir menimpa lebih 40 keluarga disebabkan hujan lebat berterusan selama dua hari. Masa saya sampai tu, banjir dah mula surut dan bersiap-siap hendak pulang ke rumah. Gambar yang saya ambil ni, di pusat pemindahan.




27 Januari 2011

Histeria Pelajar SMA Padang Tengku, Kuala Lipis, Memang SERAM (Siri 2)

Ambulan dari klinik Padang Tengku datang ke asrama dan membawa belajar keluar untuk dirawat di sana. Bukan semua yang dibawa, tak tahulah kriteria yang orang klinik tu pilih. Tertanya juga saya, sakit histeria macam tu boleh ke guna rawatan biasa. Tak apa, esok saya tanya kawan-kawan sekelas.

 Kiranya sepanjang malam tu, pelajar asrama wanita tak tenteram manakala guru dan beberapa pelajar lelaki membantu mengawal keadaan. Saya dan ayah saya balik ke rumah sebelum jam 12 malam naik moto. Seram juga dalam hati saya, macam ada benda mengikut balik rumah jer. Tapi tak adalah, perasan saja.

Esoknya kat Kelas

Esoknya, sekolah macam biasa dan keadaan aman seketika. Dalam kelas, pelajar hampir separuh tak ada terutama pelajar perempuan. Pelajar perempuan yang kena histeria dan ada potensi, dihantar balik kampung semuanya. Cikgu pun hari tu tak ramai yang masuk kelas, kekadang guru besar ronda bawa rotan sebab pelajar buat bising termasuk saya. Kita orang terkejut tiba-tiba muncul guru besar bawa rotan, semua dah kecut perut dan duduk diam semua. Mulalah masa tu buat-buat pegang buku.

"Kenapa yang bising-bising ni, mana ketua kelas ?" Kata guru besar tu.

Tersipu-sipu ketua kelas tu dah berdiri, dah tentu dia takut kena libas dengan rotan hampir sedepa tu. Tapi gurubesar tak pukul pun.

"Daripada buat bising ni, baik baca surah yasin dan buku pelajaran, periksa SRP dan SRA pun dah nak dekat. Ni tingkatan tiga, kena dapat keputusan baik". Kata guru besar tu.

Keluar saja guru besar, bukan boleh duduk diam, bising juga tapi taklah seperti tadi. Kita orang budak-budak ni berbual pasal histeria. Pasal ambulan bawa ke klinik tu, ada budak kata, kat klinik tu lepas kena 'injek' boleh baik histeria. Entahlah, betul ke tak, ini cerita budak-budak.

Belum Reda

Dalam jam 11.00 pagi , lepas rehat, suasana macam mendung dan ada hujan gerimis sikit. Tiba-tiba ada rasa macam seram sikit sebab dari tadi cerah. Lepas tu, kita orang nampak ada satu kelas lain, bertentangan dengan kelas tu ada macam kecoh sikit. Kemuadian beberapa ustaz pergi ke kelas tu. Kita orang yang dalam kelas ni keluar tengok apa yang berlaku melalui koridor. Rupanya ada seorang perempuan menangis dan dipapah keluar dibawa ke bilik guru. Tapi perempuan tu tak ada meronta atau menjerit.

Tak lama kemudian, ada seorang lagi perempuan dari kelas lain kena macam tu juga. Dalam kelas kita orang tak ada apa-apa, tengok budak perempuan tak ada apa-apa.

Balik Cepat

Dalam pukul 12.00 loceng sekolah berbunyi, kemudian diberitahu, hari itu balik cepat. Seronok juga kita orang kena balik cepat. Malam tu pulak, lepas maghrib ada warder asrama datang rumah saya dan beritahu ayah saya, ada pelajar perempuan kena histeria. Saya pun apa lagi, ikut sama ayah saya, seronok. Masa tu, bukan fikir takut ker, risau ker, cuma terfikir seronok dan hendak tahu. Wahhh... saya kira macam seekers ler masa tu, heheheh.

....BERSAMBUNG Klik dibawah...


26 Januari 2011

Kluang dan Segamat Banjir


Hujan sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat dilanda banjir, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, Rabu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata, sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air. Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.

Histeria di SMA Padang Tengku, Kuala Lipis Terburuk Dalam Sejarah (Siri 1)

Ramai orang sana tahu cerita ini iaitu kejadian histeria di Sekolah menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang sekitar tahun 80-an dan 90-an. Saya bersekolah menengah di sana sampai tingkatan 5 dan ayah saya jadi ustaz di sekolah tu. Ayah saya, Ustaz Haji Mohd Noor bin Sitam mengajar di sekolah ni tahun 1977-1991 dan pencen di sini.

Masa saya sekolah rendah lagi, ada beberapa kejadian histeria di sekolah tu. Bukan sepanjang masa kena tapi ada musim. Kalau histeria menyerang, puluhan pelajar asrama perempuan kena serang. Masa saya masuk sekolah kat situ, lama juga tak kena walaupun histeria tu jadi sebutan ramai. Beberapa tahun juga tiada kejadian histeria selepas itu.

Pelajar Perempuan Kepanasan

Masa saya tingkatan tiga, tahun 1987, sedang belajar di kelas dalam jam 10.00 pagi, tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan seakan kepanasan. Perhatian tertumpu kepada pelajar perempuan tu termasuk cikgu permpuan masa tu pun berhenti mengajar dan pergi kepada perempuan tu. Pelajar tu nampak kepanasan dan mengeleng-ngeleng dan tangannya memegang kepala. Semua orang panik termasuk saya. Tiba-tiba dia menjerit sekuat hati dan meronta-ronta.

Guru perempuan dengan bantuan beberapa pelajar perempuan membantu tetapi dia mempunyai kekuatan luar biasa. Kemudian, didengari teriakan dari kelas lain dan suasana di sekolah tu jadi kelam kabut. Rupanya, dalam kelas lain ada juga yang kena serangan histeria itu serentak. Pelajar lain membantu dan pelajar perempuan yang kena histeria dia kumpulkan di sebuah kelas, rupanya ada lebih sepuluh orang yang kena. Di dalam kelas itu, mereka sedar tetapi seakan kena rasuk dan masih meronta-ronta. Pelajar lain termasuk saya berada di situ membacakan ayat suci Al-Quran beramai-ramai.

Melarat

Kejadian itu bukan berakhir di situ, kemudiannya melarat dan sebelah malam, ramai lain pelajar perempuan di asrama yang kena histeria. Ayah saya dipanggil untuk merawat dan menenangkan pelajar berkenaan. Saya ikut ayah saya ke asrama perempuan dan tengok keadaan histeria tu secara dekat. Ayah saya ambil air dalam gelas, kemudian membaca sesuatu dan merenjiskan ke muka pelajar perempuan tu. Secara tiba-tiba pelajar tu rebah dan seakan pengsan seketika.

Tak lama kemudian, pelajar tu sedar dan beberapa guru perempuan memegang tangan kiri dan kanan pelajar tu. Kali ini pelajar tu berkata-kata dan memarahi ayah saya dalam keadaan yang menakutkan. Suara perempuan itu sudah jadi seperti suara nenek. Antara yang saya ingat kata-kata perempuan tu, dia kata dia duduk di atas pokok ketapang di depan asrama perempuan tu. Semua jadi seram sebab depan asrama tu memang ada pokok ketapang, biasanya tempat pelajar duduk-duduk setiap petang.

Pelajar Lari

Masa tu, ada beberapa orang lagi diserang histeria di asrama tu dan dirawat oleh ustaz lain. Saya lihat ayah saya merawat dalam dua tiga orang pelajar. Masa tu, jeritan dan teriakan berlaku sahut menyahut dan lepas seorang, seorang lagi yang kena. Saya yang mencemaskan, tiba-tiba ada seorang perempuan tu mulanya sihat dan menjadi pembantu merawat kawannya yang histeria. Secara tiba-tiba dia kelihatan aneh, berdiri dengan matanya bulat seperti memandang sesuatu. Pelajar lain dan saya nampak kelainan perempuan tu dan semua yang ada di siru memerhatikannya saja.

Tiba-tiba, dengan pantas, dia keluar dari asrama itu melarikan diri dan orang lain gagal mengejarnya. Dia terus melarikan diri ke arah pokok ketapang di depan asrama tu. Guru dan pelajar perempuan pergi memegang perempuan tu dan berjaya dipegang sebelum sampai ke pokok ketapang tu. Dengan suara seperti nenek, perempuan itu meraung dan memberi amaran supaya jangan menghalangnya. Empat hingga lima orang baru berjaya mengheret dan dibawa masuk ke asrama semula.

..BERSAMBUNG KE SIRI 2, (lebih menakutkan... lemah semangat jangan baca) Mengendap Kat Sini

25 Januari 2011

Kempen Sifar Zina dan 16 Tahun Mengandung Luar Nikah


Pagi tadi ada seorang ustaz telefon saya, minta saya berucap dan merasmikan kempen sifar zina di sekolahnya tak lama lagi. Insyaallah, kalau ada kelapangan saya hadir. Bolehlah saya berceramah kisah-kisah benar kejadian maksiat pada pelajar-pelajar tu, sebagai pengajaran pada mereka.

Petang ini, saya dikejutkan dengan satu kes perempuan 16 tahun mengandung luar nikah. Dikatakan baru mengandung dua-tiga bulan dan dia sendiri tak sedar mengandung pada mulanya sehingga dirawat di hospital.

Pelajar Sekolah Menengah di Temerloh diserang Histeria


Dulu saya sekolah menengah kat Temerloh, Pahang. Hari ni berita akhbar, seorang pelajar tingkatan tiga yang diserang histeria mengancam untuk terjun dari tingkat dua bangunan di sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Temerloh.

Kejadian pukul 8.30 pagi tersebut berlaku ketika semua pelajar berada dalam kelas masing-masing sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan pelajar perempuan terbabit.

Pelajar itu kemudian melompat keluar dari tingkap kelasnya ke bahagian koridor sebelum berlari-lari sepanjang bangunan sambil mendepakan tangannya.

Keadaan berlarutan selama sejam itu bertambah cemas apabila pelajar terbabit menarik cermin kaca tingkap lalu membaling ke bawah bangunan.

Suasana kecoh di pekarangan sekolah itu turut menarik perhatian kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh yang terletak bersebelahan dengan sekolah berkenaan.

24 Januari 2011

Gambar Ular Kepala Tujuh ?


Gambar ini dikatakan diambil oleh seorang lelaki di satu tempat di Kangar sewaktu pergi memancing.

22 Januari 2011

Isteri Jatuhkan Hukuman Penjara Pada Suami


Seorang isteri awal 50-an, mengetahui yang suaminya bernikah lagi satu kira-kita 3 bulan lalu. Bila sedar saja, isteri membebel berguni-guni dan ugut nak ambil tindakan termasuk nak tinggalkan suami dia. Tapi bila difikirkan semula, buat apa nak tinggalkan suami, bukan ada untung. Suami pun dah nikah, Kadi  sendiri  yang nikahkan pulak tu. Jadi nak pertikai kat mana-mana pun dah tak ada arah.

Maka, isteri jatuhkan hukuman penjara kepada suami dia. Suami nampaknya terpaksa menurut saja, bising-bising buat apa, berani buat beranilah  tanggung. Terpaksalah redha dengan hukuman penjara isteri dia tu. Hukuman penjara apa tu ?

Pertama, suami tak boleh bawa kereta sendiri ke pejabat. Pergi dan balik kerja isteri yang bawa kereta, suami duduk sebelah. Balik kerja, tepat pukul 5, mesti dah terpacak depan opis, tak boleh lambat-lambat. Orang lain diharamkan ambil suami dia, bimbang bini muda pula yang sambar.

Kedua, kalau suami nak bawak kereta, mesti ditemani anak  yang usia dah belasan tahun. Laporan terkini akan dihantar pada isteri dan tak boleh melencong ke mana-mana. Dibimbangi suami pergi ke rumah bini muda berasmaradana.

Penjara pun penjaralah, kata suami dia tu.... Sabar jer lah walaupun jiwanya bergelora teringatkan isteri muda yang muda dan gedik tu. Meraunglah si suami dalam penjara...

Pilihanraya DUN Tenang: Berapa Majoriti Kemenangan BN Kali Ini ?


Ramai yang meramalkan kemenangan BN di DUN Tenang kali ini. Yang menjadi persoalan sekarang adalah, berapakah majoriti kemenangan ini ? Adakah lebih baik dari pilihanraya lepas ? BN perlu mencatat keputusan lebih baik berbanding majoriti 2492 tahun 2008 lalu. Malah perlu menebus semula majoriti 5517 yang pernah dicatatkan tahun 2004.

Saya menjangkakan peluang BN ke atas PAS adalah 70-30 menyebelahi BN. Tenang merupakan kubu kuat BN sejak dulu dan sukar digugat terutama kawasan majoriti Melayu. Tenang tidak boleh dibandingkan dengan DUN Maharani dan DUN Sungai Abong yang jatuh ke tangan PAS tahun 2008. Maharani dan Sungai Abong di Muar adalah kawasan bandar dan pinggir bandar berbanding Tenang adalah kawasan kampung dan Felda. Bagi mereka, sudah selesa untuk terus menyokong BN dan sukar diubah. Di kawasan bandar dan pekan pula kebanyakannya majoriti Cina manakala orang India di ladang-ladang dan pinggir bandar.

Seperti di Parlimen Hulu Selangor sebelum ini, kawasan kampung dan Felda memberikan sokongan padu pada BN. Itu di Selangor yang kerajaan negerinya dipegang Pakatan Rakyat. Di Tenang, sokongan kepada BN jauh lebih kuat dari Hulu Selangor. Sebagai orang Johor, saya ikhlas membuat analisa ini, bukan hendak merendahkan kemampuan sesuatu parti yang bertanding.

Peluang PAS

Bagaimanapun, peribahasa menyebut, air yang 'tenang' jangan sangka tiada buaya. PAS  turun sebagai parti yang tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang tetapi cukup berpuashati sekiranya berjaya mengurangkan majoriti kemenangan BN sebelum ini. Sekiranya BN terlalu leka dan ghairah, tidak mustahil PAS boleh menang tipis kali ini.

Berapa Majoriti Kemenangan BN ?

Pada saya, menang kalah BN atau PAS kali ini adalah diukur dari jumlah majoriti sama ada meningkat atau merosot bagi BN.

21 Januari 2011

Pelakon Ayu Raudhah dan Pemain Bola Aidil Zaquan Nikah

Pelakon Ayu Raudhah dan Pemain Bola Aidil Zaquan Selamat Nikah

Pengantin Perempuan Minta Rahsiakan Perkahwinan, Tak Mahu Anak Tahu

Seorang wanita berstatus ibu tunggal meminta perkahwinannya dirahsiakan dari pengetahuan anak-anak. Mesti ada sesuatu yang berlaku dan menyebabkan saya nak tahu lanjut.Wanita ini 50-an, sudah lebih 10 tahun suaminya meninggal dunia. Bertemu jodoh hari ini dengan lelaki duda 50-an. Anak dia 4 orang, semua dah besar-besar dan ada beberapa orang yang dah kawin.

"Tuan Kadi, tolong rahsiakan dari pengetahuan anak-anak saya". Kata pengantin perempuan tu.

"Kenapa perlu berahsia bernikah ni ?" Tanya saya.

Inilah Perasaan Anak

Anak-anak kena redha kalau mak atau ayah bertemu jodoh, bukan menghalang. Sebelum ini anak dia ada melarang, malah ada ugutan yang anak tak akan balik rumah mak lagi kalau mak dia kawin. Mengucap dan beristighfarlah banyak-banyak, sebagai anak, jangan cakap begini kepada ibu kandung dia.

Tapi hari ini, ibu dia nikah juga dan saya tak garenti sampai bila mak dia boleh berahsia. Jadi kalau anak-anak tahu, janganlah meminggirkan ibu dia pula.

Kenaikan Harga Santan Kelapa, Kenapa Gitu ?


Cerita dari orang Maran dan Temerloh, Pahang, katanya peniaga makanan paling ramai terjejas kerana kenaikan harga santan kelapa dari RM 4 sekilo kepada RM 12 sekilo. Macam tak percaya pun ada, tapi yang cerita tu sedara mara saya juga.

Dah tak cukup ker kelapa yang ada kat negara kita sampai harga naik sebegitu tinggi ?  Sekali fikir, ada juga betulnya, ramai orang sekarang tak suka tanam pokok kelapa. Mereka anggap tanaman tu tak penting lagi.

Kumpulan 'Kelapa'

Dulu tahun 1999, saya berkursus induksi di INTAN Kluang sebulan lamanya. Nama kumpulan yang saya pilih adalah kumpulan 'Kelapa' dan saya ketua kumpulan itu. Kelakar memang kelakar dan digelakkan orang pada mulanya. Mereka rasa kumpulan saya ketinggalan zaman dan tak komersial jer.

 Tapi bila saya terangkan kenapa nama kumpulan kelapa dipilih, mereka sedar juga. Saya kata, kelapa adalah satu pokok yang dilupakan sedangkan banyak manfaatnya. Buahnya boleh dimakan dan dibuat santan. Air boleh dibuat minum termasuk buat penawar. Minyak dia boleh buat minyak guna-guna, opsss silap, bukan minyak guna-guna, minyak masak. Lidi dia boleh buat penyapu dan cucuk sate. Batang dia boleh buat titi, hampas dia boleh buat makan itik. Daun boleh buat ketupat, umbut boleh makan. Upeh dia boleh main tarik-tarik dan macam-macam lagi kegunaannya.

Tanamlah Kelapa

Kenapa taknak tanam kelapa ? Tanamlah kat depan dan belakang rumah. Benih dia bukan mahal sangat, yang free pun ada. Takut anak kena hempap buah kelapa ker ?

Ker tak tahu kupas kelapa ? Senang jer le. Ker tak tahu kukur kelapa ? Senang jer, beli kukur mesin tu harga dalam RM 100, boleh pakai berpuluh tahun. Kat Pahang tu takkanlah tak ada pokok kelapa, banyak tu. Belilah buah kepala, yang dah gugur pun boleh, harga sen-sen saja.Lepas tu kukurlah.

Kalau nak harap santan dah siap, memanglah mahal.

Suami Kata Dia Semuanya Betul, Tapi Tak Mahu Hadir Sesi Rundingcara


"Tuan Kadi, saya tak salah. Isteri saya buat cerita tak betul pada saya". Kata lelaki tu dalam perbualan telefon.

"Encik berapa kali dapat surat panggilan kaunseling ?" Tanya saya.

"Dah dua kali dapat surat, tapi saya tak mahu pergi, saya tak salah, buat apa nak pergi". Kata lelaki tu lagi.

"Okey encik, jangan macam tu. Lebih baik encik datang dan hadir sesi rundingcara tu. Nanti apa-apa encik nak terang, boleh terangkan pada pegawai tu. Kalau encik tak datang, nanti cuma dengar cerita sebelah pihak saja. Lebih baik encik datang". Kata saya.

"Tapi saya kerja payah nak cuti. Hari Ahad pejabat kadi tutup, macam mana saya nak datang" Kata lelaki tu lagi.

Inilah Kehidupan

Beginilah cerita masyarakat. Lelaki ni cerita macam dia semuanya betul, tapi dipanggil untuk sesi kaunseling, mengelak dan beri pelbagai alasan pulak. Lepas tu kata  macam-macam pasal isteri dia, macam dia saja yang betul. Kalau yer pun kata dia yang betul, datanglah, apa yang takut.
Patut ker macam ni ? Ingat dapat surat panggilan tu macam bergurau ker ?

20 Januari 2011

ADUN BN Merlimau Melaka Meninggal Dunia, Al-Fatihah


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra kira-kira pukul 8.10 malam ini.
(BERITA DISAHKAN)

ADUN Merlimau Sedang Dirawat dan Masih Kritikal


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kini berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.
 
Laporan berita sebelum ini bahawa ADUN berkenaan meninggal kira-kira pukul 2 petang tadi adalah tidak benar.

Penipuan Broadband Internet Syarikat Terkemuka ?



Saya terbaca dari blog PPIM, katanya sebuah syarikat pengendali internet terkenal menipu pelanggan. Pihak berkuasa perlu bertindak sekiranya ada pelanggaran undang-undang di sini. Yer ke tipu ? Nak tahu cerita Tenyeh Sini

Pasaraya Econsave Kluang Kini Dibuka


Hari ini pasaraya Econsave Kluang dibuka di Jalan Mersing. Ini banyak memberi kebaikan kepada penduduk Kluang kerana barangan yang dijual di pasaraya ini lebih murah terutama makanan dan barang keperluan harian.

Cuma ada juga kesannya dengan bukanya pasaraya besar ini. Pertama peniaga runcit akan kekurangan pelanggan. Kedua, tak mustahil kalau ada pasaraya atau minimarket yang kekurangan pelanggan seterusnya terpaksa ditutup. Dulu di Yong Peng, bila Econsave buka, sebuah pasaraya berdekatan terpaksa ditutup.

Semalam saya ke Melaka, saya lihat banyak pasaraya besar dibuka termasuk Econsave di Sungai Udang. Di Kluang, pasaraya Gaint sudah tentu terkesan dengan pembukaan Econsave ini. Tak mustahil sebab apa yang saya lihat, dari segi harga, Econsave lebih berjaya menarik pelanggan.

Satu lagi, Econsave sepatutnya mengutamakan pekerja tempatan, janganlah terlalu bergantung kepada pekerja asing. Saya tak tahulah, ada atau tidak pekerja asing di Econsave Kluang ni, saya pergi pun belum. Dulu masa Econsave Senai dibuka saya datang. Bila masuk tandas, tukang cuci dia rasa orang Bangla atau Nepal. Bila pergi ambil troli, yang jaganya orang asing juga. Di dalam yang susun barang orang asing. Masa bayar tu, barulah lega tengok wanita tempatan. Tapi lepas saya bayar, dia beri resit, dia kata,

"Terima kasih bapak". Kata perempuan tu.

Waduhhh... koknya dipanggil bapak, aku rasa aku seperti orang tua...Rupanya warga asing juga jadi juruwang. Di Kluang ni masih ramai orang ternpatan yang masih mencari kerja, tak sukar mencari pekerja di sini. Utamakanlah orang sini, jangan buat alasan kata pekerja tempatan susah nak dapat.

19 Januari 2011

Selepas 10 Tahun Bercerai, Nak Nikah Semula


Assalamualaikum ustaz,
Saya hendak berkahwin semula dengan bekas isteri saya. Kami telah berpisah selama hampir 10 thn dan dia tak pernah bernikah dgn sesiapa lagi. Sehingga sekarang kami bercadang bersama semula demi kebaikan anak kami, dan sebenarnya saya bingung.

Adakah kami perlu menjalani kursus kahwin, adakah bekas isteri saya juga perlukan wali untuk bernikah?
Terima kasih ustaz

Jawapan saya :

Selamat bernikah semula demi kebaikan semua pihak termasuk anak-anak.  Wali adalah dimestikan kerana termasuk dalam salah satu rukun nikah. Mengenai kursus pra perkahwinan juga diperlukan kerana mengikut prosedur, cuma tuan boleh bertanya Kadi untuk memohon dikecualikan atas sebab-sebab tertentu, sekiranya diizinkan saja.

18 Januari 2011

Penyanyi Haleeda Nikah Siam ?


Penyanyi dan pelakon wanita yang juga bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal di zaman 90-an dulu, dikatakan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu.

17 Januari 2011

Lelaki Nak Nikah Lagi Satu, Jumpa Kadi


Seorang lelaki ni datang dengan seorang imam ada hajat besar. Oleh kerana saya kenal dengan pak imam ni, dapatlah orang ni jumpa saya di bilik walaupun agak saya sibuk sikit.

"Tuan Kadi, macam mana saya boleh nikah lagi satu ?" Tanya lelaki 60-an tu.

"Tuan kadi, niat kawan saya ni ikhlas nak beristeri lagi, tolonglah tuan". Tambah pak imam ni pula.

Dia bercadang nak nikah dengan seorang wanita janda 30-an yang kematian suami beberapa tahun lepas, masih bergetah dan ada anak satu. Isterinya ada mensyaki dia berkawan dengan wanita ini dan sering cemburu. Setakat hari tu, dia belum beritahu isterinya yang dia nak nikah lagi satu tu.

Masa keluar dari bilik saya tu, nampaknya dia ceria saja. Mungkin pertemuan  itu memberi suntikan kalbu dan membuka sinar baru dalam hidupnya. Apa yang saya terangkan itu, 'biarlah rahsia' seperti lagu Siti Norhaliza.
Semoga berbahagia.

Alamak, Sabtu Tak Ada Beg Plastik

Sabtu baru ni saya ke sebuah pasar, nak kata pasaraya, bukanlah besar sangat, tak ada cawangan pun kat tempat lain. Belilah tiga barang, satu roti, satu biskut dan satu tin susu. Masa lepas bayar tu, juruwang kata tak ada plastik setiap hari Sabtu. Terkejut juga tapi lepas tu teringat juga kempen tanpa plastik.

Terpaksalah pegang saja tiga barang tu sampai kat kereta. Nasib baik beli tiga barang jer, kalau beli banyak, kan susah. Ini kempen ke seluruh negara, tujuannya untuk mengelakkan pencemaran sebab plastik ni sukar dilupuskan. Kalau dibuang dalam longkang atau sungai, boleh menyebabkan tersumbat dan lain-lain. Sama-samalah kita sokong kempen ini.

Susah Juga

Kalau pasaraya tu ada troli okeylah, kalau tak ada susah juga. Cuma saya terfikir, susah juga orang kalau duduk rumah flat, pangsapuri atau kondominium. Kalau saya kat JB kan susah, naik lif tak ada beg. Susah-susah sangat, elakkan membeli belah hari Sabtu kalau tak terputus bekalan kat rumah.

Sediakan Plastik Sendiri

Memang patut kita sediakan beg plastik dalam kereta, sebaiknya guna yang dah pakai. Jangan yang dah pakai bungkus ikan sudahlah.

16 Januari 2011

Pelik Kenapa Bawa Minyak Masak Keluar Dari Kedai Makan ?



Dalam jam 6.30 petang tadi, saya ke satu kedai tomyam. Masa duduk tunggu makanan dibungkus tu, ada satu lori kecil datang bersama dua orang lelaki. Saya nampak, lori tu bawa bertin-tin minyak masak. Saya sangka orang tu nak hantar ke kedai tu, tapi tidak.

Orang tu bawa turun dari lori tu tiga tin besar kosong kemudian masuk ke dapur kedai tu. Tak lama kemudian orang tu keluar dengan tiga tin yang sama, tapi sekarang sudah diisi dan saya nampak tin tu berat. Apa yang dibawa tu ?  Saya rasa dia bawa keluar minyak masak. Takkanlah bawa keluar air pulak. Minyak masak apa ? Saya rasa minyak masak yang dah digunakan.

Kenapa orang tu ambil dan bawa naik ke lori ? Bukan sikit tapi bertin-tin sudah ada dalam lori kecil tu. Kenapa dan apa gunanya minyak yang dah digunakan tu ? Tolong buang ? Rasa tak mungkin... Jadi, nak buat apa ?

Adakah nak dikitar semula dan dijual semula ? Entah, saya tak tahu. Saya sekadar bercerita dan masih tertanya-tanya.

Lori Rosak Naik First Prize Nombor Ekor


Saya pergi ke sebuah warung malam tadi. Saja saya duduk sebelah meja yang ada 3 orang tengah syok bincang pasal nombor ekor. Mereka nampaknya tak kenal saya. Mereka tertumpu kepada satu kertas keputusan nombor ekor yang saya percaya baru keluar petang tadi.

"Alamak, nombor lori rosak ni naik first prize". Kata orang tu.

Jangan lepas ni pergi beli semua nombor lori rosak sudahlah.

15 Januari 2011

Suami Duduk Dengan Perempuan Sampai Mengandung ?

Salam ustaz, saya nak minta pendapat ustaz... macamana nak memisahkan lelaki yang dah berkahwin tapi bersekedudukan dengan perempuan lain atas alasan perempuan tersebut telah mengandung tetapi dia tidak mahu mengahwini perempuan tersebut...apa pula hukum kepada isteri lelaki tadi..adakah berdosa isterinya kerana tak mampu berbuat apa2?

Si isteri telah membuat aduan kepada jabatan agama tetapi masih tiada tindakan yang diambil...si suami menyuruh isterinya bersabar sedangkan isteri mana yang boleh bersabar dengan keadaan sebegini? Si isteri juga telah menasihati suami dan juga perempuan tersebut tetapi mereka menyindir pula mengatakan isteri tadi nak menjadi ustazah....apa pandangan ustaz?

Suami tadi ingin berubah dan menyesali semua perbuatan nya tapi tetap tidak dapat keluar dari hidup bersama perempuan tersebut....takut diapa apakan keluarga perempuan.Isterinya sedaya upaya menjaga nama baik suaminya....masalah bertambah sukar apabila isterinya duduk berjauhan kerana mereka kerja di negeri yang berbeza.

Jawapan Saya:

Betullah kata suami itu, kita hendaklah bersabar. Sabar itu sebahagian dari iman, jadi bersabarlah, jangan kelam kabut. Rilek, rilek....

Mengadulah pada penguatkuasa, kalau dulu dah mengadu, nak tanya juga, apa yang diadu. Jangan cakap meleret-leret, beri saja aduan yang tepat. Kekadang sesetengah pengadu ni tak tahu maklumat tepat. Ada yang tak tahu alamat, ada yang beri alamat tapi hanya ada perempuan seorang saja yang duduk, atau mengadu orang dah kawin dia kata belum kawin dan macam-macam lagi. Sabar... mengadulah sekali lagi. Sebelum mengadu, buatlah persiapan macam nak berbual siaran lansung masuk radio gitu.

Ada pula orang mengadu, bukan mengadu pasal maksiat tapi mengadu pasal rumahtangga. Ada yang minta penguatkuasa siasat rumahtangga dia dan macam-macam. Bila penguatkuasa tak ambil tindakan, dikata macam-macam kononnya penguatkuasa semua tak betul.

Rileklah, jangan desak-desak suami sangat, nak bicara kena tengoklah masa dan tempat yang sesuai. Kes ini nampaknya macam ada kes lain di sebalik cerita ini. Kalau puan ada masalah rumahtangga dengan suami, datanglah mengadu di unit kaunseling di Pejabat Kadi.

Pelaburan Jutawan Serai Tipu

“Saya geram kerana pelaburan dalam projek tanaman serai berkelompok ini mengakibatkan saya kerugian puluhan ribu ringgit,” kata seorang lelaki, 31, mangsa sindiket pelaburan tidak berdaftar secara sah.

Menurutnya, dia seorang daripada 35 mangsa yang mengalami kerugian RM600, 000 selepas melabur antara RM5,000 dan RM30, 000 seorang mengikut saiz tanah yang dilabur untuk projek tanaman serai di kawasan Felda Sungai Tengi di Kuala Kubu Bharu Selangor.

Katanya, dia kerugian RM15,000 selepas menyertai projek itu awal tahun lalu dan kini hampir berputih mata kerana masih gagal mendapatkan semula wang dibelanjakan itu.

“Saya dan rakan kecewa apabila diperdaya anak tempatan yang gagal memaklumkan status pelaburan itu.

“Kami mendapat tahu pemilik syarikat terbabit melarikan diri bersama wang pelaburan kami ke Kelantan beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Diah berkata, dia bersama mangsa lain membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu, pada 16 Oktober lalu.

Pelaburan Pokok Ganti Gula

Semalam di satu akhbar ada satu iklan yang mempromosikan pelaburan menarik juga. Iaitu sejenis pokok yang boleh menggantikan gula. Iklan ini menawarkan pakej tertentu dengan bayaran tertentu kepada orang ramai. Saya nasihatkan supaya berhati-hati, bukan nak sangka buruk. Siasat dulu sebelum membuat pelaburan.

14 Januari 2011

Dua Kantin dan Dua Isteri ?


Dalam satu ceramah berkaitan keusahawanan dan perniagaan Islam baru-baru ini, ada seorang tu bertanya saya selepas selesai ceramah. Ramai yang hadir adalah terdiri dari peniaga kecil dan sederhana.

Masa ceramah tu saya kata, berniaga ni  kena cari peniaga yang jujur. Jujur ni memang susah kita nak kenalpasti orang tu jujur atau tidak. Saya kata, antaranya kita pilihlah pekerja yang tak tinggal solat. Saya kata lagi, kalau boleh juruwang terdiri daripada isteri atau anak perempuan. Itu yang saya kata, tapi orang tu ada benda lain yang dia nak beritahu saya.

"Ustaz, saya berniaga di dua kantin sekolah. Kedua-duanya isteri saya jaga dan saya percaya isteri saya amanah dalam bab duit ni". Kata lelaki tu.

"Yer, betullah isteri kita boleh kita percayai. Tapi dia nak jaga dua kantin, kan payah, kantin pun jauh-jauh". Kata saya.

Dia tersenyum, tergelak sikit dia, kemudian dia kata.

"Hehe ustaz, saya ada dua kantin dan dua isteri. Seorang isteri jaga satu kantin". Kata lelaki dalam usia 40-an tu.

Terdiam juga saya dan dalam maksudnya. Balik tu saya terfikir, kenapa dia cerita bab ada dua isteri ni, bangga ke apa ?...

Oh yer, mungkin dia nak beritahu saya, kalau ceramah bab usahawan lepas ni, galakkan kawin dua supaya isteri-isteri boleh jaga perniagaannya terutama kalau ada dua kedai. Yer ke gitu ?

Mungin Ada Sebab Bapa Tak Mahu Lihat Pernikahan Anak


Jarang berlaku, seorang bapa tak mahu melihat majlis akad nikah anak perempuannya umur 20-an yang masih anak dara. Tapi bagi satu kes ini, bapa beri asalan sibuk bertugas dan tak mahu lihat pernikahan anaknya. Bapa datang kepada Kadi untuk menyerahkan wali berwakil lebih kurang sejam sebelum pernikahan.

Selepas itu pasangan ini bernikah dengan berwalikan bapanya walaupun ketiadaan bapa dalam majlis itu. Dalam kes ini, saya tak mahulah tahu apa masalah yang sedang dialami keluarga ini. Kalau dilihat secara kasar, nampak keluarga ini bahagia saja. Tapi, mungkin ada perselisihan atau rasa kecil hati seorang bapa kepada anaknya. Atau ada perkara lain yang cuba disembunyikan.

Bagaimanapun... Alhamdulillah kerana bapa bersedia menjadi wali walaupun tak mahu melihat pernikahan anaknya.

13 Januari 2011

Disebabkan Buka Beg Suami, Cerai Talak Tiga


Seorang suami 20-an berpesan kepada isterinya 20-an supaya jangan buka begnya. Dia marah pada isterinya kerana isteri pernah buka beg itu tanpa pengetahuannya yang di dalamnya ada beberapa perkara 'sulit'. Oleh kerana terlalu marah, suami kata lebih kurang begini.

"Kalau buka beg ini selepas ini, jatuh talak tiga".

Beberapa hari lepas, isteri buka beg itu. Kes ini dirujuk kepada saya, saya nasihatkan supaya segera mendapatkan pengesahan di Mahkamah Syariah dan pasangan diminta tidak duduk bersama buat masa ini. Hakim akan menentukan sama ada talak jatuh atau tidak dan bilangan talak sekiranya jatuh talak.

Pasangan ini bernikah lebih kurang 3 tahun dan dikurniakan seorang anak yang masih kecil.

Cerai secara Taklik

Ini adalah satu contoh perceraian secara taklik. Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.

Contohnya suami kata kalau buka beg jatuh talak. Jadi kalau isteri buka beg, maka jatuh talak. Bagaimanapun, biarlah hakim yang memutuskan.

Artis Popular Pakai Bikini, Perlukah Seksi Untuk Terkenal ?


Dunia artis dikejutkan dengan cerita seorang artis wanita terkenal tanahair yang memakai bikini sewaktu bercuti di sebuah negara jiran. Gambar artis itu juga tersebar dalam internet. Artis itu pula tidak mahu mengulas atau menafikan perkara tersebut apabila ditanya wartawan.

Cerita seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada artis kita. Mereka sepatutnya menjaga tingkah laku sama ada pakaian atau perbuatan. Masyarakat lebih mudah terpengaruh dan menjadikan mereka contoh ikutan sekarang ini. Kita bimbang anak-anak muda akan lebih berani melalukan perkara seperti ini kerana artis pujaan mereka sebegitu.

Dalam Islam, berhibur seperti menyanyi dan berlakon ada garis panduannya. Di antaranya adalah cara berpakaian dan pergaulan artis berkenaan. Kepada artis kita, janganlah mengejar populariti sehingga sanggup terjebak ke lembah maksiat dengan cara berpakaian seksi seperti itu. Kalau hendak jadi popular, popularlah dengan cara lakonan yang berkualiti sehingga masyarakat boleh ingat. Pelakon  seperti P.Ramlee dan lain-lain terkenal sehingga sekarang bukan kerana aksi seksi tetapi kerana mutu lakonannya.