Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

28 April 2011

Perut Buncit ???


Kali pertama saya ke Batam, Indonesia tahun 2004 urusan kerja. Yang menghairankan saya, pemandu teksi di sana kenal orang Malaysia bila sampai di tempat feri. Dia boleh banding yang mana satu orang Malaysia dan orang Indonesia. Biasalah, pemandu teksi suka kalau dapat pelanggan orang Malaysia.

Saya tanya ustaz yang sama saya tu, macammana orang situ boleh bezakan orang Malaysia dan Indonesia ? Ustaz tu kata, pemandu teksi tengok pada perut. Kalau perut buncit, itu orang Malaysia, perut tak buncit orang Indonesia. Tergelak juga saya, ingatkan ustaz tu bergurau.

Tapi bila saya tengok perut sorang-sorang yang lalu dan gelagat pemandu teksi di Batam, rupanya betul apa yang ustaz tu kata. Bila saya rasa perut saya sendiri, buncit juga tapi sikit tapi, kira buncitlah juga, heheheee.

 Betullah tu.... orang kita hidup senang, makan banyak dan kurang bersenam atau  kerja berat. Itu salah satu faktor perut buncit.

(Atas tu gambar hiasan jer)

3 ulasan:

  1. sebenarnya perkara yg sama org thai mengenali warga dari msia selain daripada pelat dan bahasa.

    pernah kawan sy drpd thai mengatakan bahawa org msia ni majoriti gemuk

    tak macam org thai

    dan apabila sy perhatikan sendiri, ianya mmg satu realiti.

    :-)

    BalasPadam
  2. hu6,memang betul ustaz..saya baru balik dari solo, indonesia..diorang cakap senang je nak cam org malaysia ni ustaz,agak2 gebu sikit,boroi sikit,memang sah la orang malaysia..orang kita lebih segala-gala ustaz,mereka serba kekurangan...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, bersyukur sebab hidup di Malaysia yang serba mewah dalam segala-galanya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.