Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 November 2009

Kucing boleh dijangkiti selsema babi




WASHINGTON 5 Nov. – Seekor kucing di Iowa disahkan positif influenza A (H1N1) sekali gus menjadi kucing pertama dijangkiti wabak pandemik ini, lapor Pertubuhan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat, semalam. Kucing berusia 13 tahun itu dipercayai dijangkiti virus tersebut daripada penghuni rumah tempatnya tinggal.

Ia bagaimanapun telah pulih sepenuhnya dan tidak akan menjangkiti sesiapa pun. Anjing dan kuda dikatakan turut boleh dijangkiti pelbagai jenis virus selesema, tetapi sehingga kini masih belum ada binatang ini yang dijangkiti wabak selesema babi ini. – Reuters




04 November 2009

Kaji semula wajibkan kereta lama ke PUSPAKOM



KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan bersedia meneliti semula peraturan baru Dasar Automotif Nasional (NAP) jika ia memberi kesan buruk kepada rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyediakan laporan jika berlaku rasa tidak puas hati mana-mana pihak akibat peraturan baru yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum dibenarkan memperbaharui cukai jalan berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.

"Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati kerana keretanya akan diuji selepas tempoh tertentu tapi langkah itu bukan untuk menyusahkan tapi untuk tujuan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar alasan jika peraturan baru itu membebankan rakyat.

"Mereka harus kemukakan kes-kes kenapa mereka rasa susah untuk syarat itu dikenakan...beban apa, kita boleh dengar kalau ada asas tertentu untuk kita buat pengecualian, itu kita kena telitilah.

"Mungkin ada sesetengah orang yang telah lama memiliki kereta tak mampu membayar kos pemeriksaan dan sebagainya," katanya.

Peraturan baru itu membabitkan kira-kira sejuta kenderaan penumpang dan dilaporkan boleh membebankan golongan kurang kemampuan dan menjejas industri jualan kereta terpakai. Ia merupakan antara 18 langkah baru dalam kajian semula NAP bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.








Remaja Perempuan Ditendang Dan Dipukul Selepas Diragut

JOHOR BAHARU, 4 Nov (Bernama) -- Seorang remaja perempuan ditendang dan dipukul selepas rantai yang dipakainya diragut dua pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah taman permainan, di Taman Scientex, di sini, Rabu lepas.Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainudin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang selepas mangsa yang berumur 16 tahun yang sedang duduk di depan rumahnya diajak dua pelajar lelaki itu ke taman permainan berkenaan.

"Kedua-dua pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah itu mengajak mangsa ke taman permainan itu dengan alasan untuk berbual.

"Mereka kemudian meragut rantai perak yang dipakai mangsa sebelum menendang dan memukulnya hingga mengakibatkan kecederaan di bahagian muka dan kepala," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, di sini, Rabu.

Roslan berkata siasatan awal mendapati dua pelajar lelaki terbabit tidak mengenali mangsa dan menaiki motosikal sebelum menghampiri mangsa dengan berjalan kaki. Beliau berkata polis yang menerima laporan dari keluarga mangsa berjaya menahan kedua-dua pelajar itu di taman permainan yang sama, kira-kira pukul 6.45 petang, keesokan harinya dan mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.--BERNAMA


NGO marah iklan peraduan hitung seluar dalam wanita



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah sekeras-kerasnya penyiaran iklan Count The Panties Contest seperti dimuatkan di sebuah akhbar tempatan semalam. Iklan yang memuatkan borang penyertaan tersebut "tidak mengambil kira sensitiviti dan pegangan kesopanan dan kesusilaan rakyat di negara ini yang majoritinya beragama Islam", kata presidennya SM Mohamed Idris.
"Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila menyiarkan iklan yang secara langsung menggalakkan penyertaan para pembaca akhbar dalam peraduan mengira jumlah seluar dalam wanita," katanya.

"CAP amat ingin mengetahui rasional di sebalik tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membenarkan iklan sedemikian disiarkan dalam media arus perdana negara."

Dalam satu kenyataannya semalam, CAP menggesa KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak lebih tegas dan proaktif untuk memastikan "iklan-iklan murahan" tidak disiarkan lagi pada masa hadapan.Menurutnya lagi, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia melarang kandungan yang dianggap sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mencaci, mengugut atau mengganggu seseorang.

Tambahnya, kandungan yang disifatkan tidak sopan itu pula termasuklah bahan-bahan yang bersifat jelik, tingkah laku tidak sopan dan bertentangan dengan kelakuan yang diterima umum.

"Ini termasuklah bahan-bahan bogel dan seks. Persoalannya apakah iklan mengira seluar dalam wanita ini terikat di bawah akta ini?" kata Mohamed lagi.

CAP juga merujuk peruntukan Akta Iklan Lucah Sopan 1953 yang bertujuan menyekat iklan lucah dan iklan mengenai penyakit berkaitan seks.Menurut Seksyen 3 akta itu, menjadi kesalahan melekat atau menulis di rumah, bangunan, dinding, pintu, pagar, tiang, papan, pokok atau tempat buang air atau mana-mana benda, gambar lucah atau sumbang atau alat bertulis atau cetak.

"Jadi, apakah peranan akta ini dalam membendung iklan lucah sedemikian?" kata aktivis pengguna berpengalaman itu.

Peraduan khas untuk golongan wanita itu meminta pesertanya mengira jumlah seluar dalam di dalam sebuah jam dengan jumlah ganjaran RM1,000 seorang bagi 200 pemenang.Dianjurkan oleh syarikat jenama tuala wanita popular, peraduan itu bermula awal bulan lepas hingga 31 Disember ini.

Tangkap Ular, jumpa mengkarung



KANGAR: Seorang penjinak ular terkejut menemui mengkarung yang dianggap aneh kerana mempunyai ekor bercabang dua, di sebuah rumah di Kampung Sungai Baru, dekat Sungai Batu Pahat, semalam. Mengkarung aneh berwarna coklat muda hampir 15 sentimeter itu ditemui Amran Abd Rahman, 37, secara tidak sengaja ketika mencari seekor ular tedung yang dikatakan memasuki kediaman penduduk kampung, kira-kira jam 10.30 pagi. Amran berkata, ketika ditemui terdapat dua mengkarung termasuk satu daripadanya yang mempunyai ekor bercabang dua, dipercayai sepasang di kawasan belakang rumah berkenaan.


"Saya percaya mengkarung itu jenis betina berdasarkan reaksi pasangannya yang cuba menerpa dan mendekati ketika saya cuba mendapatkan mengkarung aneh itu.

“Selepas hampir sejam berusaha, mengkarung itu dapat dijinakkan dan tidak kekok lagi untuk dipegang," katanya yang dikenali ramai sebagai antara penjinak ular terkenal di Perlis. ..BERITA HARIAN

03 November 2009

Misteri rumah terbakar


KULIM: Sebuah keluarga di Kampung Charok Meranti di Bandar Baharu di sini terpaksa hidup dalam sebuah bangsal sejak dua tahun lalu apabila rumah mereka dilanda satu fenomena aneh iaitu kebakaran misteri. Bangsal berukuran tiga meter itu menjadi bilik tidur keluarga Mohamad Sidek Hamid, 49, dan isterinya Fauziah Ishak, 48, serta enam orang anak mereka. Mohamad Sidek berkata, mereka terpaksa tinggal dalam bangsal itu kerana rumah batu milik mereka tidak dapat didiami kerana diganggu oleh kebakaran misteri dan baru-baru ini bilik tidur utama rumah itu terbakar secara tiba-tiba.


"Kebakaran dalam bilik itu memusnahkan almari pakaian dan buku sekolah anak-anak, beberapa buah kitab suci al-Quran dan kebakaran aneh ini sering berlaku ketika saya dan keluarga tiada di rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini. Beliau berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat Serdang telah datang menyiasat kes kebakaran pada hari kejadian dan beliau turut membuat laporan polis mengenai kejadian aneh itu. Mohamad Sidek, berkata apa yang menghairankan ialah salinan laporan polis itu yang disimpan dalam sebuah laci almari juga terbakar walaupun almari itu tidak terbakar. Kebakaran misteri itu muncul sejak mereka mula mendiami rumah itu setelah membelinya dengan harga RM40,000 menerusi Skim Mesra Rakyat pada 2007.

"Kini seluruh anggota keluarga mengalami trauma dan sering ketakutan serta tidak lagi mampu menanggung masalah yang dihadapi kerana wang simpanan dalam rumah itu juga akan hilang.  BERITA HARIAN



Wanita Melayu Kahwin Bangla




"Jangan mudah terpedaya dengan pujukan dan janji-janji manis lelaki asing bagi mengelakkan diri daripada diheret ke dalam gejala tidak sihat, demikian nasihat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada wanita Malaysia.Katanya wanita Malaysia perlu berfikir panjang apabila dihampiri lelaki asing yang memberi pelbagai janji dan ganjaran sebagai umpan untuk memerangkap mereka".    TAWAU, 2 Nov (Bernama)

Pandangan saya :

Memang betul, lelaki dan wanita perlu berhati-hati memilih pasangan hidup. Saya percaya nasihat menteri ini iklhas untuk menjaga kepentingan orang kita supaya tidak teraniaya. Tapi tidak semestinya berkahwin dengan rakyat asing seperti Bangladesh dan Indonesia tidak bahagia. Di Kluang saja ada 2 pasangan warga Bangladesh dan 1 warga Nepal yang boleh saya jadikan contoh dalam ulasan saya. Lelaki Bangladesh pertama di Taman Intan Kluang, bekerja sebagai pembantu kedai, berkahwin secara sah. Seorang lagi lelaki Bangladesh di Jalan Yap Tau Sah Kluang sekarang menjalankan perniagaan sendiri. Lelaki Nepal, masuk Islam di Kluang sekarang bekerja sebagai buruh binaan juga bahagia.
 
Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Dulu dalam tahun 1996, waktu saya mula kerja di JAIJ sebagai penguatkuasa, saya rasa marah bila jumpa wanita Melayu pilih Bangladesh. (Sekarang bila dah lama kerja, saya rasa nak kawin kawinlah, buat apa nak larang) Waktu itu rakyat Bangladesh lebih ramai berbanding sekarang, sehingga berlaku pergaduhan antara orang Melayu dan Bangla di sebuah taman di Johor Bahru yang ceritanya sangat popular.
 
Dalam satu kes yang saya tangkap di sebuah rumah di Taman Cempaka Johor Bahru, wanita melayu berstatus janda anak dua ditangkap dengan lelaki Bangla lebih kurang jam 12.00 malam. Mereka berjumpa dan berkenalan kerana bekerja di kilang yang sama. Selepas dihadapkan ke mahkamah, sekali lagi pasangan ini datang jumpa saya, menyatakan hasrat untuk berkahwin. Dalam hati saya, tidak adakah Melayu yang wanita ini minati, kenapa sangkut pada Bangla ?
 
 Saya kata, di Bangladesh, belum tahu lelaki ini ada rumah atau tak, mungkin duduk bawah kolong saja. Wanita ini kata, dia tak akan duduk di Bangladesh, tetapi lelaki ini hendak mohon sebagai warganegara Malaysia. Kemudian banyak lagi saya katakan kepada wanita ini bertujuan supaya membatalkan hasrat daripada meneruskan niatnya. Bagaimanapun, dia tetap hendak kahwin, maka tak boleh halanglah. Lepas itu, saya tak jumpa lagi pasangan  ini,  saya percaya mereka dah berkahwin, cuma tak tahulah perkembangan mereka sekarang.
 
Apakah rahsia kehebatan Bangla ?
 
Kenapa orang kita minat Bangla yer.... Sudah tentu ada yang istimewa  pada Bangla, yang orang kita tak miliki. Apa dia keistimewaan Bangla ? ......Saya boleh beri  jawapannya, tapi sukar untuk ditulis di sini. Pengalaman saya sebagai penguatkuasa JAIJ sudah berdepan, menangkap, menyiasat, mendakwa dan berkawan dengan Bangla, sebab itu saya boleh jawab soalan apa keistimewaan Bangla itu. Rumah sewa saya di Johor Bahru pun dihuni  orang Bangla yang bekerja di Maidin JB, lagilah saya kenal Bangla. Sebab itu kalau saya masuk Maidin JB, pekerja dia panggil saya 'bos', naik segan pula dibuatnya. Segan kalau orang lain dengar, pernah ada perempuan jeling saya sinis, mungkin dia ingat saya ni 'tekong'  Bangla kot.   SEKIAN.

02 November 2009

Kepala bayi berulat ditemui dalam timbunan sampah





KUALA TERENGGANU: Kepala bayi tanpa badan yang telah berulat dijumpai di tempat pembuangan sampah di Kampung Banggol Permaisuri, Setiu hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Mohd Fuzi Abduri, berkata kepala bayi itu ditemui pada kira-kira jam 1 pagi oleh seorang penduduk kampung yang ingin membuang sampah di tempat pembuangan sampah itu.

"Badan bayi yang dipercayai dibuang di situ sejak seminggu lalu, dipercayai dimakan binatang buas," katanya di sini.

Beliau berkata, sehubungan itu, polis menahan seorang suri rumah berumur 41 tahun pada jam 3.30 pagi ini bagi membantu siasatan kes itu. Mohd Fuzi berkata, siasatan awal polis mendapati wanita yang ditahan itu baru rujuk dengan bekas suaminya kira-kira sebulan lalu. - Bernama

Akhil Hayy akan kembali ke pentas ceramah



KUALA LUMPUR, 1 Nov: Penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy menyatakan kesediaannya untuk kembali ke pentas-pentas ceramah bagi menyampaikan dakwah seperti dahulu. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Waheeda di Dewan Gutherie Bukit Jelutong, Shah Alam petang semalam.

"Ya, saya akan kembali ke pentas ceramah seperti dahulu. Sekarang saya dah kenal siapa kawan, siapa lawan," katanya.

Akhil yang popular dengan panggilan Ustaz 'Rock', suatu masa dahulu amat aktif menyampaikan ceramah agama dan mempunyai ramai peminat terutamanya di kalangan remaja disebabkan gaya penyampaianya yang menarik dan mesra remaja.

DR ASRI


kemaskini 12.12pm
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dibawa ke mahkamah syariah Gombak Timur hari ini, dipercayai untuk didakwa mengajar agama tanpa tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Beliau berada di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi ini.
Bagaimanapun sehingga kini beliau belum dibawa ke depan hakim kerana masih menunggu kehadiran pihak pendakwaan daripada Jais.

Bercakap kepada media di luar mahkamah, Dr Asri berkata pihak berkuasa agama itu menahannya tanpa sebab dan kini sedang memikirkan apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan.Sementara itu ketua unit perhubungan awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani memberitahu Malaysiakini melalui telefon bahawa Dr Mohd Asri akan didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah.

01 November 2009

KARNIVAL SUKAN KLUANG: KLUANG JUARA PING PONG, TAKRAW IBUPEJABAT

Hari kedua Karnival Sukan anjuran Pejabat Agama Kluang sungguh meriah dan mendapat sambutan hangat. Di gelanggang ping pong, Kluang muncul juara setelah menumpaskan Segamat pada perlawanan akhir. Manakala takraw dimenangi ibupejabat yang mengalahkan Batu Pahat dalam perlawanan akhir. Saksikan gambar-gambar menarik sepanjang hari ini.



 


 






Pasukan Kluang (Johan) dan Segamat (Naib Johan)


Karnival Sukan Kluang menjadi medan terbaik untuk merapatkan perhubungan sesama warga Jabatan Agama Islam Johor seluruh negeri. Terima kasih kepada semua pasukan yang telah sama turut serta menjayakan sukan ini. Tahniah juga kepada semua urusetia pertandingan dari Pejabat Agama Kluang yang telah berjaya mengendalikan pertandingan dengan baik tanpa sebarang kecacatan. Saya menerima beberapa sms dari rakan-rakan yang mengucapkan tahniah kepada Kluang dan mengharapkan Kluang akan terus menganjurkan pertandingan seperti ini pada masa yang akan datang.  Jangan lupa, 14 Nov nanti, Karnival Sukan Kluang akan diteruskan dengan pertandingan bola tampar pula.

KARNIVAL SUKAN KLUANG : BOWLING

Alhamdulillah, pertandingan bowling mendapat sambutan yang luar biasa dari setiap daerah dan pasukan. Pasukan dari daerah Batu Pahat muncul juara keseluruhan, manakala ibupejabat di tempat kedua. Hadiah disampai oleh saya sendiri pada akhir pertandingan.
























Pasukan ibupejabat, tempat kedua




 Pasukan Batu Pahat, Johan Keseluruhan

30 Oktober 2009

KERETA 15 TAHUN KENA MASUK PUSPAKOM UNTUK HIDUP CUKAI JALAN (Episod 3)



KUALA LUMPUR: Kalangan pemilik kereta berusia tidak bersetuju dengan peraturan baru yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan. Mereka berpendapat ia membebankan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli kenderaan lain atau membaik pulihnya jika kenderaan yang dibawa gagal melepasi tahap kelulusan Puspakom.

Selain itu, Puspakom dibimbangi tidak mempunyai kemampuan membuat pemeriksaan sehingga menyebabkan pelanggan menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan. Penghantar surat, Budiman Taib, 33, berkata prosedur itu merumitkan kerana jika kenderaan mempunyai masalah ketika pemeriksaan, semua urusan pembaharuan cukai jalan akan tergendala.

“Saya mempunyai kenderaan berusia dan ini membebankan kerana pemilik perlu menghantar kenderaan ke Puspakom dan menunggu lama untuk proses yang leceh itu,” katanya yang memiliki Proton Wira berusia hampir 15 tahun. Beliau juga berkata, selain itu, kos juga bertambah kerana Puspakom akan mengenakan caj untuk pemeriksaan. Jurutera, Wan Khairuzaman Wan Nordin, 44, juga tidak setuju kerana ia akan membebankan golongan miskin yang memiliki kenderaan berusia lebih 15 tahun.

“Pemilik kenderaan seumpama ini kebanyakannya golongan berpendapatan rendah. Ia akan membebankan mereka apatah lagi membabitkan kos.

“Ia akan merumitkan prosedur permohonan cukai jalan kerana pemilik terpaksa menunggu untuk memastikan kenderaan melepasi pemeriksaan,” katanya yang memiliki sebuah kereta Honda lama yang hampir berusia 15 tahun. Eksekutif syarikat swasta, Mastura Mohd Sidek, 42, berkata peraturan itu akan menyukarkan golongan berpendapatan rendah terutama yang memiliki satu kenderaan.

“Kenderaan lama mesti ada masalah yang menyebabkan permohonan cukai jalan tertangguh dan seterusnya menyukarkan urusan seharian,” katanya.
Wakil jualan, Raduan Basarudin, 46, berkata kerajaan perlu memastikan Puspakom meningkatkan kecekapan bagi mengelakkan peraturan baru itu menyusahkan orang ramai.
“Peraturan ini memang bagus bagi menjamin keselamatan, namun Puspakom perlu menaik taraf mutu perkhidmatan serta kecekapan supaya tidak menyusahkan pemilik yang terpaksa menunggu lama ketika kereta menjalani pemeriksaan,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan peraturan yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.
Sementara itu, pelajar, Mohd Khairul Zakaria, 22, bersetuju kerana ia adalah untuk keselamatan pengguna jalan raya.
“Peraturan ini wajar kerana faktor keselamatan harus diutamakan. Kenderaan terlalu uzur bukan saja membahayakan pemandu, malah pengguna jalan raya lain,” katanya.  (BERITA HARIAN 30 Oktobe 09)

Cerita Kereta Episod 4, klik sini




FORUM PERDANA MALAM TADI

Alhamdulillah, forum Ehwal Islam malam tadi di Masjid Al-Falah Simpang Renggam berjalan lancar dan kehadiran orang ramai cukup memberangsangkan walaupun dibuat pada bukan hari cuti. Panel malam tadi adalah Ustaz Morsid bin Mahrof, saya dan dipengerusikan oleh Ustaz Hamizan bin Sayuti

29 Oktober 2009

ISTERI LARI DARI RUMAH, NAK KERJA GRO KELAB MALAM



Utusan Malaysia hari ini mendedahkan satu kisah rumahtangga yang menghadapi masalah besar. Suami seorang saudara Kita (saudara baru) berkahwin dengan isterinya orang Melayu. Mulanya isterinya bekerja di sebuah kilang industri di Johor Bahru, kemudian berhenti kerja. Mungkin atas desakan ekonomi, isterinya mahu bekerja di sebuah kelab malam. Bagaimanapun suaminya melarang kerana tahu pekerjaan tersebut adalah haram.

Isteri kemudiannya telah bertindak keluar rumah meningglkan suaminya untuk melaksanakan cita-citanya bekerja di kelab malam. Suami kemudian membuat aduan kepada Biru Aduan MCA di Johor Bahru. Cerita rumahtangga keluarga Islam ini sebenarnya memalukan kita sebagai orang Islam dan tidak sepatutnya berlaku. Aduan yang dikemukakan kepada MCA juga macam ada benda yang tak kena juga. Iaitu, kenapa perlu membuat aduan kepada MCA, kenapa tidak ke Biro Aduan Parti Politik yang beragama Islam,Pejabat Agama atau kaunselor yang lain. Bagaimanapun, ini memperlihatkan kejayaan Biro Aduan MCA dalam memperjuangkan isu masyarakat. (Cuma apa yang tak kenanya itu, mungkin saya akan cerita dalam Forum Ehwal Islam di Simpang Renggam malam ini)

Pengalaman saya sebagai penguatkuasa JAIJ dulu, kes wanita bekerja di kelab malam ini sukar dibenteras walaupun banyak serbuan dilakukan. Ini ditambah pula dengan gaji dan ganjaran lumayan yang diterima pekerja. Dulu saya tangkap dan heret wanita-wanita ini ke mahkamah atas kesalahan "mendapat wang hasil dari maksiat". Bagaimanapun, kegiatan mereka terus berjalan hingga sekarang. Di Johor Bahru sahaja ada berapa puluh kelab malam ? Ada yang berlesen dan ada yang tak berlesen. Oleh kerana banyaknya tempat maksiat, makan peluang untuk orang Islam bekerja di situ terbentang luas.

Bila terjadi pendedahan cerita dalam Utusan Malaysia ini, sepatutnya kita sebagai umat Islam seharusnya merasa tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah terletak kepada semua lapisan masyarakat, bukan segelintir saja.

Malam nanti, saya akan berforum di Masjid Al-Falah Simpang Renggam, isu ini kalau saya ingat, pasti saya akan sentuh. Tajuk forum malam ini adalah Peranan Masjid di Dalam Masyarakat Islam. Oleh itu, institusi masjid perlu diperkasakan termasuk menyeru berbuat baik dan mencegah kemungkaran ini. Masjid bukan tempat beribadat semata-mata dan perana masjid perlu diperkasakan.

28 Oktober 2009

KOPI JANDA



Pernahkah anda minum 'Kopi Janda '? Terus terang, saya tak pernah  minum sebab saya bukan suka sangat minum kopi, saya suka teh tarik saja. Tapi kalau orang hidang kopi pada saya, saya tak tolak. Soalnya, kenapa dinamakan Kopi Janda ? Tidak adakah nama lain yang lebih sesuai......

Apa pun kita nak kata, kopi Janda telah berjaya meletakkan namanya ke satu tempat yang tersendiri. Maknanya, dari segi pengiklanan, syarikat ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai dalam masa yang singkat sahaja. Sudah pasti nama Janda itulah yang membuatkan syarikat ini berjaya. Baru-baru ini, ada NGO yang membela hak-hak wanita membuat bantahan, supaya nama kopi Janda ini ditukarkan kepada nama lain.  NGO ini tidak mahu nama Janda ini dipermain-mainkan sehingga menjejaskan kehidupan seorang janda. Bagaimanapun, syarikat pengeluar kopi ini menafikan bahawa dia menghina golongan janda dan mempertahankan untuk terus menggunakan nama janda ini.

Pada saya, kalau kopi ini tidak guna nama janda, maka pasarannya akan terus merudum dan tidak ada umppp lagi. Saya yang tak pernah minum kopi ini beranggapan, kopi ini lebih kurang sama saja dengan kopi lain yang ada di pasaran, cuma nama yang membezakannya. Kalau rasanya lain sekalipun, mestilah ada rasa yang lain dari setiap jenama.

Adakah Kopi Janda ini ada power ? Dulu orang banyak cerita tentang kopi Tongkat Ali, Ali Cafe, Kopi Jantan, tapi Janda ini bukan sebarang janda, janda ini dari kayangan sehingga mengalahkan jenama yang dah lama bertapak. Saya mula dengar iklan radio sewaktu dengar iklan radio di Terengganu berbunyi:

"Penaja utama kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu ada Kopi Janda....".
Tergelak juga saya dengar iklan ini.

Kenapa bukan Kopi Duda ?

Kalau letak nama Kopi Duda, adakah akan dapat menarik minat orang ramai. Yer, duda bukan sebarang duda, duda ada pengalaman luas dalam melayari bahtera dari Portugal ke Melaka mengalahkan Vesco De Gama. Lebih hebat lagi kalau duda yang ada misai tebal macam si dia tu, pasti ramai peminat. Tapi ada juga satu cerita malang bagi duda kalau wali menghalang duda untuk berkahwin dengan anak dara. Maka mungkin atas sebab itu, kopi Duda tidak diberi nama.

Kenapa bukan Kopi Anak Dara ?

Agak-agak kalau letak nama Kopi Anak Dara, adakah ada ramai peminat ? Yer le, tanyalah lelaki, temasuk lelaki yang dah kawin, nak pilih perempuan janda ke anak dara ? Pasti ramai yang pilih anak dara. Tapi kenapa tidak diberi nama Kopi Anak Dara, ada apa kelemahannya ?

Janda bukan Sebarang Janda Bang...

Minum kopi Janda di warung kepunyaan janda tentu akan ada lebih rasa perbezaannya. Bukan saja dapat menikmati rasa kopinya, tapi dapat menjeling janda yang sebenar. Lebih lagi janda yang pandai 'pasang badan', sekali pandang mengalahkan anak dara, ini tip top punya janda. Ini bukan sebarangan jandanya, kalau nak beli kereta, tauke kereta tu kata, ini takde kena sondol teruk punya kereta, sondol sikit-sikit saja. Ini kereta semua barang ori, takde lanyak punya kereta, pegi balik keja saja bawak. Jurujual ini memang sah baru lepas pekena kopi Janda.

 Kepada tuan punya warung dan kedai makan, jangan pulak tak jual kopi janda, nanti pelanggan lari ke kedai janda lain pulak, hilang pelanggan. Kepada wanita yang ada suami, bahaya juga jual kopi janda ini, nanti orang anggap anda janda, tersalah ngorat pulak.
Sekian. Maaf kalau ada yang tersinggung, bergurau je....

26 Oktober 2009

PELAJAR WANITA SEKOLAH MENENGAH LAHIR ANAK LUAR NIKAH



Tadi ada satu laporan dari sebuah sekolah menengah di Kluang, berkaitan pelajar wanita telah melahirkan anak luar nikah. Cerita ini menggemparkan guru dan sekolah berkenaan. Guru yang membuat laporan ini diminta terus membuat aduan ke Bahagian Penguatkuasa Kluang untuk tindakan lanjut. Semua pihak yang terlibat diminta bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri. Saya tahu, penguatkuasa akan mengendalikan kes ini dengan profesional dan mengikut lunas undang-undang.

Banyak kali saya tekankan dalam ceramah-ceramah saya, bahawa pergaulan lelaki dan wanita tidak boleh terlalu bebas. Saya amat menekankan pendidikan dan jagaan ibu bapa terhadap anak-anak terutama anak wanita. Dalam Islam, ditekankan soal wali dalam perkahwinan menunjukkan bahawa wanita tidak boleh dibiarkan bebas sebebasnya. Kalau sudah jadi hal sebegini, maka nama baik keluarga, masyarakat dan sekolah akan tercemar.

Pengalaman saya sebagai  penguatkuasa JAIJ dahulu banyak jumpa kes mengandung seterusnya melahirkan anak luar nikah. Sekarang ini, ribuan anak luar nikah sedang membesar dan suatu masa  nanti akan menjadi pelapis kepada kepimpinan negara. Saya pernah jumpa kes ibu melahirkan anak luar nikah kemudian menjualnya kepada keluarga yang bukan Islam. Saya juga pernah jumpa kes melahirkan anak sendirian di rumah, kemudian anaknya dibiarkan mati kelemasan. Saya ada jumpa kes buang bayi termasuk di masjid dan di depan Pejabat Agama.

Dulu waktu saya tangkap pasangan yang berasmara di tepi pantai dan atas moto, ada pihak  yang komplen sampai ke atas. Nama saya diburuk-burukkan kononnya saya tegas tak bertempat bila saya tangkap orang ini. Kemudian bila jadi pendakwa, saya dakwa kes ini walaupun kes ini dianggap oleh sebahagian orang sebagai perkara remeh yang tidak sepatutnya didakwa. Saya tak mahu ambil kira apa yang orang kata, yang penting undang-undangnya ada. Saya tak kira siapa jerung siapa ikan bilis, siapa yang  dianggap salah, akan didakwa.

Pada saya, berasmara di tempat awam adalah permulaan kepada kes-kes yang lebih besar, mula-mula berasmara kemudian lebih dari itu. Bermula dengan itu, boleh berlaku kes yang lebih besar seperti tidur sebilik dalam hotel, rumah sewa, kemudian berzina, seterusnya mengandung dan buang anak. Maka bibit-bibit permulaan kes ini hendaklah dicegah terlebih dahulu, jangan kes dah besar baru nak bertindak. Terlajak sampan boleh undur, dah terberanak nak campak kat mana ?

25 Oktober 2009

KAHWIN LAGI SATU NAK PILIH ISTERI PANDAI DAN RAJIN MASAK


Baru-baru ini dalam satu sesi ceramah kursus pra perkahwinan, saya ada menyentuh soal persediaan sebelum berkahwin. Saya kata, isteri perlu pandai masak sebelum bergelar isteri. Wanita sekarang, tak ambil berat sangat soal masak-masak  ni. Dalam sesi ceramah tu, bila saya sentuh bab ni, saya tengok wanita tunduk jer, buat muka seposen, takut kena soal penceramah. Saya tanya, bakal-bakal isteri ni pandai memasak ke ? Bukan nak tanya menu pelik-pelik, masak biasa-biasa jer kat rumah tu.

Tak perlu nak sembunyilah, ramai wanita sebelum kahwin sekarang tak pandai dan tak suka memasak. Bila dah kahwin nanti, masak pun malas juga dan rasanya belum tahu sedap ke tidak. Berbeza dengan orang dulu, sebelum kahwin ilmu memasak ni di pandang berat sebelum jadi isteri. Tak mustahil lepas ni saya buat satu slot ceramah bertajuk 'masakan' dalam kursus pra perkahwinan ni. Setiap peserta kena bawak kuali, minyak, tepung, beras dan lain-lain masa datang kursus. Tak mustahil bukan ? Lepas tu saya yang ajar masak, ramai peserta terkejut, nanti kena panggil saya 'Chef', chef kadi.

Nak cerita sikit kisah rumah tangga. Beberapa bulan lepas, ada pasangan ingin bernikah lagi satu. Isteri pertama orang Kluang, bekerja di sini. Manakala bakal isteri keduanya orang Kluang juga. Apabila pasangan ini mohon kebenaran nikah di sini secara poligami, saya pun ragu-ragu juga walaupun sudah ada surat kebenaran dari  Mahkamah Syariah. Saya sendiri yang telefon mahkamah, bimbang kalau-kalau ada pemalsuan, maklumlah cop dan tandatangan boleh tiru. Rupanya betul dia dapat kebenaran mahkamah setelah menyelesaikan perjanjian di antara dia dan isteri pertamanya.

Surat mahkamah saja belum cukup untuk saya puashati sebelum pasangan ini bernikah. Pernikahan yang dijadualkan pagi, terpaksa ditangguh ke petang. Saya soal semula wanita ini, betul ke dia nak kahwin dengan suami orang, dia kata yer. Saya tanya, sebagai anak dara dia ada fikirkan ke apa-apa akibat selepas ini, dia kata sudah fikir semasak-masaknya.Lelaki ini umur baru 30-an dan bakal isteri keduanya 20-an. Waduhhhh.....

Lepas tu saya tanya lelaki pula, betul ke dia nak kawin lagi satu. Dia kata yer. Saya tanya, sudahkah dia fikirkan akibatnya termasuk penerimaan isteri pertamanya. Bab-bab tanya soalan ni biasa saya tanya detail. Maklumlah dulu jadi penguatkuasa yang selalu soal siasat orang salah, lepas tu jadi pendakwa yang soal saksi bertubi-tubi. Saya tanya lagi, sebenarnya kenapa dia hendak kahwin lagi satu, isteri pertama pun masih muda lagi. Dia kata:

"Tuan kadi, saya pilih kahwin lagi satu sebab nak cari isteri yang rajin mamasak, bakal isteri saya ini pandai dan rajin masak. Isteri pertama saya selalu sibuk dengan kerja, jarang memasak, biasa beli lauk di kedai saja"

Saya tanya, sibuk kerja takkan seminggu 7 hari dia kerja ? Dia kata, isterinya kerja 5 hari macam biasa, hari cuti pun tak rajin memasak. Katanya, kalau masak pun bukan sedap mana, tapi dia tak pernah komplain, nanti isteri bising.

(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)
....

Penyakit jantung pembunuh utama di hospital kerajaan


KUALA LUMPUR: Penyakit jantung dan penyakit pulmonari adalah pembunuh utama di hospital kerajaan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata 16.5 peratus daripada 45,936 kematian di hospital kerajaan tahun lalu disebabkan penyakit jantung.

"Jumlah ini adalah besar dan kami mahu sokongan semua sektor untuk mencari kaedah dan cara bagi mengurangkan penyakit jantung, yang kini semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Heart House", Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM) di sini, hari ini. Beliau berkata di negara ini, penyakit jantung koronari dianggarkan dihidapi 141 orang bagi setiap 100,000 penduduk setiap tahun. Katanya, ini bermakna bagi penduduk yang berjumlah 27 juta orang, kira-kira 38,000 kes baru penyakit jantung koronari dijangka berlaku setiap tahun.


"Ini adalah satu bebanan kepada sistem penjagaan kesihatan kita. Kira-kira 60 peratus daripada kes ini akan diuruskan di unit penjagaan koronari kementerian, manakala bakinya pula mendapatkan rawatan di kemudahan kardiak swasta dan bukan kerajaan," katanya. Bagi mengurangkan bebanan itu, Liow menasihati orang ramai supaya mengawasi faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung, termasuk tekanan darah tinggi, kolestrol darah tinggi, merokok, kurang bersenam serta pemakanan tidak seimbang, dan mendapatkan rawatan awal. - Bernama




24 Oktober 2009

TIADA BONUS



Belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri tahun ini tiada bonus yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan kerajaan. CEUPEC sebelum ini meminta bonus 2 bulan gaji, ramai beranggapan sekurang-kurang dapat juga sebulan gaji.

Yang dapat hanyalah  bayaran khas RM500 yang diberikan kepada semua penjawat awam Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib. Sebelum ini gred 1 - 40 telah menerima RM 500 dengan 2 kali bayaran. Rata-rata kakitangan kerajaan yang saya hubungi mengeluh dan macam tak percaya kerana hampir setiap tahun ada bonus. Seorang kawan saya kata,

"Lepas ni mesti ada bonus, kerajaan mungkin akan umum kemudian"

Tak tahulah, akan umumkan kemudian atau tidak. Pada saya, kalau tak umum hari ini, maka jawabnya tak ada bonuslah.  Kita sebagai pekerja di negara kita sudah banyak yang kerajaan berikan dan seharusnya kita bersyukur dengan imbuhan dan kenaikan yang diterima sebelum ini. Bonus bukanlah wajib diberikan setiap tahun, itu hanyalah imbuhan yang diberikan sekiranya kerajaan memikirkan perlu sahaja. Melihat keadaan ekonomi negara yang susut sejak akhir tahun 2007, 2008 dan 2009 sampai sekarang masih belum pulih sepenuhnya. Rakyat Malaysia harus berkorban untuk sama-sama membangunkan negara kita.

Penjawat awam tidak sepatutnya mengharapkan bonus sebagai penentu prestasi sehingga menjejaskan kerja mereka, tetapi sepatutnya melihat dari sudut positif tentang kemudahan dan kebajikan yang diperuntukkan kerajaan.

23 Oktober 2009

ISTERI KEDUA SELALU MERENGEK

Semalam saya ada berbual dengan seorang yang ada dua isteri. Isteri pertama umur macam dia dalam 40-an. Isteri kedua hujung 20-an. Saya saja-saja tanya pasal pengalaman dia yang ada isteri dua sejak setahun lalu. Apa yang saya bualkan tu, tak perlulah diceritakan di sini. Panjang kalau nak cerita habis.

Cuma yang saya nak cerita kat sini, dia kata isteri kedua dia selalu 'merengek'. Mula dengar macam nak tergelak juga. Kata dia merengek maksudnya, kalau dia pergi kerja atau kat rumah isteri pertama, isteri kedua dia selalu telefon dan hantar sms. Itu yang jadi masalah besar pada suami yang ada 2 cawangan ni.

Saya tersenyum dengar cerita ni, kawan saya yang cerita ni, buat selamba jer.

22 Oktober 2009

SAYA RASA MEREKA BELUM KAHWIN


Gambar hiasan

Tadi saya dapat satu aduan maksiat dari seorang ketua di satu pejabat kerajaan. Ceritanya berkenaan kakitangan bawahannya yang sudah beristeri dan mempunyai anak, tetapi katanya ada perempuan lain. Beberapa kali ketuanya terserempak dengan lelaki itu bersama seorang perempuan dalam keadaan yang intim.  Suatu hari, ketuanya itu terserempak di lobi sebuah hotel di Johor Bahru, menimbulkan prasangka yang buruk oleh ketuanya.

Satu hari, ketuanya memanggilnya di dalam bilik pejabat dan bertanya berkenaan hubungan lelaki itu dengan perempuan tersebut. Lelaki itu dengan berat hati, mengaku dia sudah kahwin di Thailand dengan wanita itu tetapi gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan. Selepas itu, lelaki itu seolah-olah tidak suka ketuanya bertanyakan hal peribadinya lagi.

Lelaki itu, berumur 40 an, saya sudah dapatkan alamat rumahnya, jenis keretanya, nombor keretanya. Isterinya juga bekerja kerajaan dan mempunyai empat orang anak. Berdasarkan cerita ketuanya, perempuan yang dikatakan isteri keduanya berusia 20 an atau awal 30 an. Saya rasa maklumat yang diberikan adalah cukup lengkap, saya boleh  memulakan tugas risikan dan penyiasatan secara sulit, saya tahu apa nak buat lepas ini.

Sebenarnya, dalam kes ini, tidak semestinya lelaki ini sudah berkahwin, mungkin juga dia tidak kahwin. Ketuanya tidak berhak memaksa anak buahnya menunjukkan surat nikah semasa memanggil anak buahnya di pejabat. Kalau lelaki ini tidak mahu kasi, tidak boleh dipaksa.

Saya cadangkan, biar saya sebagai Kadi dan penguatkuasa serbu rumah atau hotel sewaktu mereka berdua. Waktu ini, mereka terpaksa menunjukkan surat nikah, ada atau tidak. Kalau tiada, kita boleh tangkap dan menuduhnya khalwat. Kalau ada surat nikah Malaysia, kita percaya surat nikah ini palsu atau sendikit atau penipuan, kita akan siasat dulu. Kerana kalau dia sudah kahwin, mesti dia mohon ke mahkamah untuk poligami. Kalau dia ada surat nikah Thailand atau Indonesia, kita akan siasat dulu. Kalau betul dia sudah nikah,dia boleh didakwa juga atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran dan nikal luar tanpa kebenaran dan lewat mendaftar perkahwinan.

Sebagai penjawat awam, harap lelaki ini jangan berlagak, kalau saya nak tangkap saya tangkap, saya tak kenal siapa dia. Waktu itu jangan merayu dengan saya, saya tak layan. Kalau dah kena tangkap, cium kaki saya pun orang sanggup, asalkan dia boleh lepas, ini pengalaman saya masa jadi penguatkuasa JAIJ  dulu. Kalau kes melibatkan penjawat awam, jangan ingat nak kautim, mahkamah tetap mahkamah. Mereka tak tahu, dah ramai kakitangan kerajaan kena penjara dan dikenakan tindakan tatatertib jabatan.

Sebagai penjawat awam kena jaga etika, jaga anak isteri dengan baik, jangan main kayu tiga, nanti keluarga kacau bilau. Kalau rasa layak kawin lagi satu dan nak kawin lagi satu, dipersilakan. Kita ada cara-cara mohon ikut undang-undang yang betul, saya pun boleh bantu, tak ada masalah. Saya faham naluri lelaki, kalau dah nak sangat boleh mohon ikut cara betul.

KLUANG





Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 250,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 140,000 penduduk.

Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya.

Orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar ini terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupun Malayan Flying Fox (Fteropus Vampyrus Linnaeus) dianggap sebagai sejenis kelawar yang terbesar di dunia. Ada juga cerita yang mengisahkan begitu banyak sekali jumlah binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukum bagi menghalau mereka, tetapi cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang-orang lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kluang Kampung telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.

Pembukaan Kluang berhubung rapat dengan usaha pembinaan jalan kereta api Johor. Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) di bawah Swetthenham ketika itu bercadang menyambung sistem kereta api Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) dengan Singapura. Menjelang penghujung abad ke-19 jalan kereta api dari Kuala Lumpur sedang dibina merentasi sempadan Johor, sementara di Singapura cadangan membina jajaran landasan ke Selat Tebrau telah diluluskan. Oleh kerana terdapat sedikit masalah tentang siapakah yang harus menguasaj jalan kereta api ini, maka pada tahun 1904 satu persefahaman kereta api diwujudkan yang melibatkan penguasaan bersama di bawah satu lembaga yang terdiri daripada pegawai-pegawai jahar dan NMB. Pada 1909 jalan kereta api johor dibuka untuk laluan. Kdth Sinclair berpendapat bahawa pembinaan landasan ini telah membawa banyak kesan perubahan, termasuk penghijrahan tenaga buruh dari ladang-ladang getah ke kawasan pembinaan jalan kereta api kerana kadar upah yang ditawarkan oleh kontraktor-kontraktor jalan kereta api lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh pihak ladang.










Roslin tuntut cincin risik, kos pengangkutan dan kerja kahwin




KUALA LUMPUR 21 Okt. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 21 Disember ini keputusan sama ada pemain badminton negara, Roslin Hashim berhak membuat tuntutan ganti rugi RM53,460 daripada bekas isteri yang dinikahinya hanya selama 12 hari.Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Syariah, Nurul Wazeera Ahmad Dahalan bagi pihak Hakim Syarie, Mohd. Radhi Abd. Latif yang sedang berkursus.Terdahulu, Nurul Wazeera menetapkan 20 November ini tarikh untuk Faizah Mohamad, 32, selaku defendan memfailkan bantahan awal dan hujahan bertulis terhadap tuntutan bekas suaminya itu.Roslin, 34, atau nama penuh Muhammad Roslin Hashim yang merupakan plaintif diberi tempoh 14 hari dari tarikh tersebut untuk menjawab bantahan tersebut.

Roslin diwakili peguam syarie, Roslizam Rahim manakala Faizah diwakili peguam syarie, Mohd. Amir Nazli Hussin.Bekas pemain No. 1 dunia itu mengemukakan tuntutan perbelanjaan yang dikeluarkan sewaktu merisik antaranya ialah cincin bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barangan pertunangan (RM2,915).Bagi perbelanjaan sewaktu perkahwinan pula, Roslin menuntut duit hantaran dan mas kahwin (RM15,080); bayaran jurunikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500); barang hantaran (RM11,465); baju dan kasut pengantin perempuan (RM6,750).Turut dituntut ialah khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10,000) serta tiket kapal terbang pengantin (RM500).

Faizah ketika ditemui pemberita memberitahu, dia tidak menyangka bekas suaminya sanggup membuat tuntutan sedemikian.Jelasnya, pihaknya sanggup memulangkan kesemua barang hantaran sekiranya Roslin memintanya untuk berbuat demikian secara bermaruah.

''Apa yang dia buat sekarang adalah langsung tidak masuk akal dan sebagai seorang lelaki dan seorang yang pernah bergelar suami, tindakannya macam tak bermaruah. Saya tidak tahu apa maksud perkahwinan pada dia,'' katanya.

Faizah juga menyatakan, dia merasa ingin ketawa apabila melihat perincian tuntutan yang dibuat oleh bekas suaminya yang dianggap tidak munasabah.Menurutnya, selain bantahan awal, pihaknya juga akan mengemukakan tuntutan balas.Beberapa orang abang Faizah yang hadir pada prosiding hari ini turut meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati mereka terhadap Roslin.

''Dulu kami tidak berkata apa-apa sebab tidak mahu panjangkan cerita. Tapi dia buat macam ini, seolah-olah adik saya tiada maruah langsung. Tuntutan yang dia buat juga tak masuk akal,'' ujar abang sulung Faizah, Zaidi.

Perceraian pasangan itu mengejutkan ramai pihak bukan sahaja kerana ia berlaku 12 hari selepas bernikah tetapi Roslin dalam prosiding pengesahan perceraiannya turut bersumpah bahawa tiada hubungan kelamin berlaku dalam tempoh yang singkat itu.Pada 12 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya memutuskan pasangan tersebut sah bercerai dan talak tersebut jatuh dalam kategori bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal).Pasangan itu bernikah di rumah Faizah di Puchong pada 1 Februari lalu dan lapan hari kemudian majlis bertandang di rumah Roslin di Kampung Sirih, Kota Bharu dengan wang hantaran RM15,000.
UTUSAN MALAYSIA






21 Oktober 2009

SALAHGUNA GAM



Botol merah gam jenis Haifu RM 35 sebotol, tin hitam gam jenis Dawie RM 25 setin, gam ni yang saya guna sekarang, gam tin hijau mungkin penghidu gam dah habiskan kat kedai, susah nak beli




Jam 9.00-9.30 tadi saya sempat tengok rancangan 360 Mazidul di TV3 tajuknya hidu gam. Saya nak beritahu Mazidul, bahawa gam yang tin hijau itu laris di kedai kerana pemain ping pong selalu membeli gam tersebut. Gam itu harganya dulu RM 2.00, sekarang RM 3.00 hingga RM 3.50 setin dan semakin payah ditemui di kedai-kedai sekarang.  Selain itu, memang gam jenis ini dicari oleh penghidu gam yang profesional untuk mendapat rasa yang paling kau.

Pemain ping pong yang profesional akan membuka getah dan mengenakan gam baru setiap hari sebelum memulakan permainan. Petang tadi saya bermain dengan bekas pemain negeri dan mereka guna gam yang sama. Saya juga pernah bertanya kepada seorang pemain kebangsaan, juga mengaku menggunakan gam tersebut. Gam dipakai sebelum bermain untuk mendapat kesan yang lebih laju dan padat pada raket dan getah. Gam ini penting bagi pemain untuk membuat serangan menggunakan spin. Sekiranya getah tidak digam, maka spin kurang  berkesan dan terpaksa menggunakan tenaga yang lebih.

Tahun lepas, di Johor Bahru ada sebuah kedai di Taman Kemas tidak mahu menjual gam kepada saya. Selepas itu saya kata, kawan saya beli gam di sini semalam dan saya mahu gam getah ping pong. Kemudian barulah tauke Cina itu keluarkan gam tersebut. Saya tahu, gam tersebut selalu disalahgunakan oleh orang tertentu untuk menghidu gam, gambar gam tin hijau itulah yang di dalam 360 tadi.

Bagi pemain ping pong seperti saya, kalau setiap kali bermain menggunakan gam yang dijual khas untuk ping pong, harganya mahal. Contohnya gam jenis Haifu RM 35 sebotol, jenis Dawie 20 sebotol, manakala Buttherfly RM 50. Adalah lebih murah beli gam tin hijau ini yang hanya RM 3 saja. Kalau bermain setiap hari, kemungkinan sebotol gam boleh tahan dalam sebulan sahaja.

Kalau kerajaan hendak haramkan penjualan gam, itu tidak semestinya berkesan, pasaran gelap pasti ada. Cuma yang bimbangnya, kalau lepas ini ada pemain ping pong yang kena tangkap kalau memiliki gam ini. Kalau gitu, pemain ping pong terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih untuk bermain. Kalau Mazidul masukkan cerita dalam 360 malam ni, lagi tauke kedai takut nak jual, maka pemain ping pong susah nak dapat gam murah lagi.

BELACAN PUNYA PASAL




Warga Emas Terselamat Dari Denda RM20,000 Kerana Belacan



DUNGUN, 21 Okt (Bernama) -- Mahkamah Majistret Dungun di sini Rabu mengenakan denda RM600 ke atas seorang wanita warga emas yang menjalankan perusahaan membungkus belacan akibat bahan tersebut tidak mengandungi protein mencukupi.Rohani Ali, 56, didapati melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang menyatakan belacan hendaklah mengandungi tidak kurang 25 peratus protein.


Menurut fakta kes yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Yusoff Yunus, sampel belacan yang dipaket oleh Rohani dengan harga RM2.50 untuk 400 gram, setelah diuji didapati kekurangan protein iaitu hanya mengandungi sebanyak 23.75 peratus.Sampel belacan itu diuji Pejabat Kesihatan Daerah Dungun pada 7 April lalu.Kesalahan tersebut tertakluk di bawah Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta yang sama melibatkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.Rohani mengaku salah terhadap dakwaan berkenaan.

Setelah rayuan, Mohd Yusoff mengenakan denda ke atas Rohani sebanyak RM600. Denda dibayar oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62.Jabatan Kesihatan Dungun diwakili Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Mohd Yusoff Othman.



-- BERNAMA




20 Oktober 2009

KARNIVAL SUKAN KLUANG


Ma Lin, pemain no. 1 dunia

Alhamdulillah, tadi selesai mesyuarat bersama wakil-wakil daerah mengenai Karnival Sukan Kluang yang saya pengerusikan. Kesemua 10 wakil  daerah hadir, menandakan sambutan yang baik dari semua pasukan.  Sukan ini tertutup kepada semua staf Jabatan Agama Johor sahaja.

BOWLING :
Pada 31 Oktober, jam 9 pagi. Setiap pasukan 8 orang sahaja. Setiap pasukan hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja.

PINGPONG:
Pada 1 Nov, jam 9 pagi. Setiap pasukan 3-5 pemain termasuk simpanan. Setiap perlawanan 3 perseorangan, bergu tiada. Setiap pemain hanya boleh bermain sekali sahaja. Setiap daerah boleh menghantar lebih dari satu pasukan.

TAKRAW:
Pada 1 Nov, jam 9 pagi. Setiap pasukan 3-5 pemain termasuk simpanan. Setiap daerah boleh menghantar lebih dari satu pasukan.


BOLA TAMPAR:
Pada 14 Nov, jam 9 pagi. Setiap pasukan 6-10 pemain termasuk simpanan. Setiap daerah boleh menghantar lebih dari satu pasukan.

SUKAN-SUKAN LAIN:
Sukan lain akan dibincangkan kemudian dan belum ada ketetapan.

Mudah-mudahan dengan sukan ini dapat merapatkan persaudaraan di antara semua staf pejabat agama seluruh Johor. Untuk tujuan tersebut, Kluang menawarkan diri menganjurkan sukan ini. Bersama-samalah kita menjayakannya.

Hanya Dalam Masa Satu Minit, Kenderaan Kerajaan Dilaporkan Mengisi Minyak Dua Kali

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Dalam perbezaan satu minit saja, sebuah kereta milik kerajaan negeri Pahang direkodkan mengisi minyak bernilai lebih RM100 sebanyak dua kali di sebuah stesen minyak yang sama di negeri itu.Ini adalah penyalahgunaan kad inden bagi perolehan bahan api untuk kenderaan kerajaan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di sini hari ini mengenai aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri Pahang 2008.

Laporan itu berkata semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177, katanya.

Contohnya pada 14 Dis lepas, kereta tersebut telah mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Raub, Pahang pada pukul 12.14 tengah hari sebanyak 59.47 liter yang bernilai RM113 dan seminit kemudian pada 12.15 tengah hari kereta yang sama mengisi sebanyak 58.95 liter minyak yang bernilai RM112 di stesen yang sama.Pada 19 Dis perkara yang sama berlaku di stesen minyak yang sama pada pukul 6.35 petang dan 6.36 petang dengan jumlah pengisian sebanyak 125 liter bernilai RM225, dan perkara yang sama dilakukan pada 23 Dis, 24 Dis, 26 Dis dan 31 Dis, dan pada 24 Dis pengisian minyak dilakukan di sebuah stesen minyak di Kuantan, katanya dan menambah jumlah keseluruhan kos adalah RM1,349.95.


Laporan audit itu berkata perkara yang sama juga dilakukan terhadap Proton Perdana CBB37 dan Proton Perdana CBR1993, iaitu sebanyak dua kali yang memakan belanja lebih RM300 setiap buah, dan sekali bagi Proton Perdana CBD1003 dan Proton Perdana CBD23 yang melibatkan kos antara RM200 dan RM100.


Selain itu terdapat juga perolehan bahan api yang meragukan oleh kenderaan Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah mengisi minyak pada 14 Ogos 2008 di sebuah stesen minyak di Bentong, dengan kuantiti pengisian sebanyak 1 liter dengan kos RM117, dan kes dan tempat yang sama pada 26 Ogos dengan kos RM128.30, pada 7 Sept dengan kos RM119, pada 14 Nov dengan kos RM90 dan pada 27 Nov dengan kos RM120, katanya.Kesemua lima pengisian itu merekodkan pengisian sebanyak 5 liter dengan jumlah kos bahan api sejumlah RM574.53 dan ini menunjukkan terdapat pembelian yang meragukan dan tiada penyemakan dilakukan sebelum pembayaran dibuat, katanya.


Selain itu, tindakan susulan terhadap perkara ini masih belum diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, dan akibatnya Pejabat SUK telah menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi, katanya.Laporan itu berkata pihak pejabat SUK memaklumkan bahawa perkara yang dibangkitkan akan diselesaikan melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan negeri Pahang iaitu memeriksa sistem perolehan bahan api yang digunakan oleh setiap pembekal bahan api yang terlibat. Jabatan Audit Negara turut mendapati perolehan bahan api yang melebihi tangki kenderaan, selain penggunaan kad inden terhadap kereta yang telah lama dilupuskan.

Selain itu, kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi contohnya penyenggaraan empat buah Proton Perdana V6 Executive di pejabat SUK antara 2004 dan 2008 adalah tinggi berbanding dengan kos perolehan kenderaan tersebut.Contohnya, kos penyelenggaran Perdana V6 yang bernombor pendaftaran CBL100 yang dibeli dengan kos RM117,062 untuk dari 2005 hingga 2008 berjumlah RM171,888, dan bagi kereta bernombor pendaftaran CBN31 pula adalah RM192,743 dari tahun 2004 hingga 2008, katanya.


Laporan itu berkata maklum balas dari pejabat SUK, kereta-kereta itu digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan kos penyenggaraan yang tinggi adalah disebabkan kerosakan kotak gear (gear box) dan juga kemalangan.Penyelewengan melibatkan pelbagai masalah termasuk penggunaan bahan api berlebihan, penyenggaraan kenderaan di bengkel yang tidak dikhususkan dan kekerapan penggantian tayar yang tidak munasabah turut berlaku di Perak dan Pulau Pinang pada tahun lepas.

Di negeri Perak, didapati kos penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri adalah tinggi akibat tidak dihantar ke pusat servis yang dikhususkan.Ini kerana kerajaan negeri tidak menetapkan bengkel khusus untuk menyenggara kenderaan sebaliknya ia dilakukan berdasarkan permohonan yang diterima daripada syarikat yang berkaitan.


"Menerusi semakan audit terdapat sampel baucar bayaran yang dipilih mendapati kos penyenggaraan berjumlah RM262,256 atau 69.4 peratus untuk kereta Proton Perdana di sebuah syarikat tayar. Berbanding di Syarikat EON Service Sdn Bhd iaitu hanya RM15,197 atau 4 peratus untuk tempoh 2004 hingga 2008," katanya.Laporan itu juga mendapati syarikat tersebut dimiliki oleh bukan bumiputera dan kebanyakan alat ganti yang digunakan adalah diimport dari luar negara berbanding Syarikat EON Sdn Bhd daripada keluaran tempatan.


Alasan pejabat SUK mengapa kereta tersebut dihantar ke syarikat itu adalah kerana kenderaan EXCO yang memerlukan penyenggaraan segera sedangkan Syarikat EON Services Sdn Bhd tidak dapat memberikan servis dengan segera.Masalah pembelian minyak bagi tempoh yang singkat juga serta kekerapan penggantian tayar dikenalpasti berlaku di Pulau Pinang, menurut laporan itu.

Tiga kenderaan, iaitu dua bas yang bernombor pendaftaran PGW7744 dan PCT7777 serta Proton Perdana PHK42 dilaporkan telah membuat pembelian minyak dalam tempoh yang singkat antara tiga hingga lapan minit pada tarikh yang sama di stesen minyak yang sama. Selain itu tiga kenderaan yang bernombor pendaftaran PED21, PBF1 dan PAF1 dilaporkan membuat penggantian tayar begitu kerap, dan siasatan audit itu juga melaporkan kesemua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang telah haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.



Katanya penggantian tayar yang terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu juga meragukan. Sehubungan dengan itu, Pejabat SUK telah menetapkan setiap penggantian tayar perlu mendapat kelulusan Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) dan tayar yang telah digantikan akan disimpan bagi tempoh tertentu mulai 20 Mei 2009.Secara keseluruhan didapati kebanyakan proses penyenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri adalah tidak memuaskan dan tidak mengikut peraturan dan prosedur pejabat SUK.


"Pejabat SUK perlu mengawal perbelanjaan penyenggaraan kenderaan dengan meneliti kos pembaikan yang terlibat dan memilih pusat servis yang menawarkan harga yang munasabah supaya tujuan penjimatan dapat dicapai di samping memastikan hanya penyenggaraan yang perlu sahaja dilakukan," syor laporan itu.



-- (Berita ini saya petik sepenuhnya dari BERNAMA pada 20 Oktober 2009, semoga kes seperti ini tidak berlaku di Johor)




Harga minyak lonjak AS$80 setong

NEW YORK: Harga minyak mentah melonjak kepada AS$80 setong, sekali gus petanda bahawa krisis kewangan global mulai pulih, ditambah dengan kedudukan mata wang dollar Amerika Syarikat yang lemah.
Sejak lapan bulan dagangan, harga minyak meningkat kepada AS$10 setong berikutan permintaan tinggi pasaran global, terutama pemulihan yang berlaku di Amerika yang menjadi pembeli terbesar minyak dunia.

Kontrak hadapan New York bagi minyak mentah 'light sweet crude' bagi pengagihan bekalan November ditutup AS$1.08 lebih tinggi kepada AS$79.61 setong, semalam. Paras paling tinggi diniagakan semalam ialah AS$79.69 setong, harga tertinggi sejak pertengahan Oktober 2008 lalu. Di pasaran minyak mentah London Brent North Sea, pengagihan bekalan bagi Disember pula menokok 78 sen untuk ditutup kepada AS$77.77 setong. - AFP




19 Oktober 2009

BERAKHIRNYA AIDILFITRI

Hari ni 30 Syawal, hari terakhir syawal,ada beberapa rumah terbuka yang saya tak sempat pergi. Begitulah meriahnya hari raya di Johor, puasa sebulan, raya pun sebulan. Ada yang dah terlajak, syawal dah habis pun nak buat rumah terbuka juga. Baru saya ingat, Jumaat ni ada kawan saya sms ajak jamuan, takkanlah nak buat jamuan kawin lagi kot.

Berakhirnya syawal, habislah rumah terbuka. Sebulan ni banyak jemputan dan makan takde kawal-kawal punya. Rumah saya pun tak putus-putus orang ziarah, masa takde kat rumah pun ada orang nak datang. Itulah namanya rumah kadi, ramai orang nak ziarah. Tahun lepas, saya pendakwa syarie, taklah seramai ini yang datang. Ada juga yang nak datang, saya tahan, saya kata jumpa saya di kedai mamak saja, bukan apa, taklah sibuk nak masak. Sana pulak boleh berbual sampai pagi, ada tv skrin besar dan ada pelayan tangan berbulu.

BELANJAWAN JUMAAT NI

Diam tak diam, kita dah masuk ke hujung tahun 2009. Jumaat ni belanjawan negara dibentangkan Perdana Menteri di parlimen. Akan adakah berita gembira atau berita sedih. Berita gembiranya kepada penjawat awam adalah seperti bonus, peningkatan elaun cola kepada RM 300 bagi semua tempat (Kluang cola RM 200 saja tak macam Johor Bahru 300), kenaikan elaun perumahan dan lain-lain. Kalau kerajaan beri kelepasan cukai pendapatan, itu bukan terasa sangat, ramai pun orang sekarang tak berapa bayar cukai. Kalau bayar pun tak banyak sangat.

18 Oktober 2009

MLM tertentu, digunakan skim cepat kaya



Sekarang ini, skim cepat kaya ala sistem piramid berleluasa di merata ceruk di Malaysia. Tidak kira di bandaraya, bandar, pekan, kampung, felda, malah merata tempat. Sekarang skim cepat kaya ini menjadikan jualan lansung (MLM) sebagai lesen untuk menghalalkan perniagaannya. Saya sememangnya dari dulu mementang keras skim cepat kaya ini dan banyak menyelitkan dalam ceramah-ceramah saya. Saya banyak nasihatkan orang ramai terutama generasi muda, bahawa untuk menjadi jutawan bukannya mudah, janganlah mudah sangat keluar perkataan jutawan dari mulut, kaya pun belum.

 Ada orang yang baru 4-5 bulan join MLM, sudah mendakwa dirinya jutawan, pakai kereta mewah dan bergerak mencari ahli. Terlintas di hati saya, kalau sudah jadi jutawan, kenapa perlu cari-cari ahli ? Kalau sudah status jutawan sepatutnya duduk di rumah rilek-rilek, atau banyakkan ke masjid atau banyak melancung ke luar negara, nak manfaatkan duit yang ada. Kalau nak jumpa saya, janganlah ajak ke kedai mamak Osman, ajaklah makan di hotel 5 bintang, lepas tu bayar, janganlah suruh saya bayar pulak.

Jualan lansung (MLM) ini pada asalnya tidaklah salah, cuma beberapa syarikat sekarang sudah gunakan MLM itu sebagai tempat membuat skim cepat kaya ini. Contohnya kawan saya masuk syarikat itu dengan bayaran RM 20 ribu dengan buat pinjaman peribadi, kemudian dapat barang. Kalau dikira harga barang tak sampai jumlah RM 20 ribu. Bila saya tanya kenapa mahal sangat ?
.
Dia kata, "kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit."

Orang itu dengan bangganya mengatakan dia sudah dapat pegi buat umrah percuma setelah dapat 5 downline yang setiap seorang juga mengeluarkan wang RM 20 ribu. Syarikat ini adalah syarikat yang tersenarai sebagai syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Cuma ustaz-ustaz dan ustazah yang masuk skim ini telah tertipu dan terpedaya, sebenarnya syarikat ini tidak mematuhi syariah di Bursa Saham Malaysia. Maknanya, orang yang beli saham syarikat ini adalah haram dan berdosa, itulah penetapan Penasihat Syariah. Jangan jadikan pakej  umrah itu sebagai menglalalkan  peniagaan yang haram itu.

Ada orang yang saya jumpa, sebenarnya bukan jutawan, tapi mempunyai hutang berlapis- lapis. Pinjaman peribadi RM 20 ribu 10 tahun, penjaman beli kereta mewah, pinjaman perumahan, akhirnya duit baki gaji tak sampai RM500 sebulan. Duit 500 itulah nak buat belanja makan, belanja membesarkan anak, duit minyak kereta dan sebagainya. Orang yang seperti ini, macammana saya nak ikut cara dia, diri dia dan keluarga dia pun tak terus. Nanti kalau saya masuk, mungkin jadi tak terurus macam dia juga.

Nasihat saya, nak join MLM, joinlah, saya pun jadi ahli juga syarikat MLM tertentu. Saya masuk, cuma bayar yuran sikit saja, bukannya sampai ribu-ribu. Lepas tu saya dapat diskaun beli produk tu. Kalau saya tak jadi ahli, harga barang lebih tinggi, lagi pun barang tu tak ada jual di kedai biasa. Itu saja, saya taklah target saya nak jadi jutawan dengan masuk MLM. Nak kaya dalam MLM bukan semudah yang disangka, jadi saya masuk MLM setakat nak beli barang saja. Betul, ada orang yang kaya dengan masuk MLM, tapi bukan MLM yang ada unsur skim cepat kaya. Yang unsur cepat kaya ni lah yang ramai jadi kayap.

Ada satu tulisan dari seorang pengirim yang dah menyesal tapi sudah terjebak dengan MLM ini. Saya ambil dan tulis semula di sini...




"Dalam kes saudara saya yang join syarikat tu, saya memang rasa bersalah sebab tak mampu nak sampaikan kebenaran....... Semalam, kata beliau, nak beli mercedes, yang baru pulak tu, sebab nak pakai no plate yang sama dengan group beliau..... Dari ceritanya, saya rasa beliau macam didesak oleh para upline, untuk menunjukkan pada potential market bahawa mereka successful....... Saudara saya ni serba salah sebab kalau ikut keadaan sebenar, memang beliau tidak mampu....... Bayangkan, sudahlah berhutang untuk mulakan business, berhutang kereta mewah pulak untuk berpura-pura berjaya. Sedangkan dalam Islam, berhutang ni last resort je. "