Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Oktober 2009

BELANJAWAN JUMAAT NI

Diam tak diam, kita dah masuk ke hujung tahun 2009. Jumaat ni belanjawan negara dibentangkan Perdana Menteri di parlimen. Akan adakah berita gembira atau berita sedih. Berita gembiranya kepada penjawat awam adalah seperti bonus, peningkatan elaun cola kepada RM 300 bagi semua tempat (Kluang cola RM 200 saja tak macam Johor Bahru 300), kenaikan elaun perumahan dan lain-lain. Kalau kerajaan beri kelepasan cukai pendapatan, itu bukan terasa sangat, ramai pun orang sekarang tak berapa bayar cukai. Kalau bayar pun tak banyak sangat.

2 ulasan:

  1. Rasanya memang ada bonus, tapi yang penting kini ialah cara berbelanja. kakitangan awam harus berbelanja secara berhemah. Ekonomi tak menentu sekarang.

    Jika kita tidak menabung, kesannya cukup sukar.

    Secara keseluruhan, bajet 2010 akan mencerminkan kesungguhan kerajaan menstabilkan keadaan defisit agar tidak berterusan.

    Pasti kerajaan menggalakkan rakyat banyak berbelanja untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi.

    BalasPadam
  2. pelik jugak dgn fungsi CEUPACS....lagi 2 minggu nak perbentangan bajet baru bersuara secara terbuka mengenai bonus. hehehe, tp kalu dapat Alhamdulillah...sape x nk kan rezeki katakan. Yang penting dipertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.