Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Oktober 2009

Lelong Rumah Episod 7 : SAHID MATI KENA BUNUH

Saya ada rumah sewa di Johor Bahru, didiami oleh pekerja Bangladesh yang bekerja di sebuah pasaraya. Kebiasaannya duit sewa masuk akaun bank seperti biasa setiap bulan, tapi sejak 2 bulan lepas, pembayaran tidak dibuat. Saya hubungi Sahid, pengurus yang dilantik untuk menguruskan pekerja Bangladesh ini tetapi gagal. Persoalan mula timbul, kenapa dia tutup kedua-dua telefonnya... ?
Sahid, pemuda Bangladesh berusia 20-an, masih bujang, kelihatan kacak dan lebih bergaya berbanding pekerja Bangla lain. Maklumlah dia pengurus. Bos dia beritahu saya, segala urusan berkaitan rumah sewa ini diuruskan oleh Bangla ini. Sahid pandai berbahasa Inggeris dan Melayu selain bahasa ibundanya. Sahid jadi kepercayaan bosnya untuk jaga beratus-ratus Bangla di Johor, manakala bosnya tinggal di KL.
.
Saya masih ingat, setiap kali makan di kedai, pasti dia yang bayar. Segala urusan pembayan sewa berjalan baik, sehinggalaha ke hari itu, Sahid gagal dihubungi hampir 2 bulan. Saya mengambil keputusan menelefon bosnya di KL. Misteri kehilangan Sahid pun terjawab. Dia mati dibunuh kira-kira 2 bulan lalu di Johor Bahru. Saya terkejut, nasib baik dia tak duduk rumah saya, kalau dia mati di rumah saya, pasti sukar cari penyewa selepas ini. Segala bayaran sewa rumah akan diuruskan oleh bosnya.
.
Katanya Sahid dibunuh oleh orang Bangla sendiri, mungkin sebab kewangan atau perempuan. Tapi semua itu urusan pihak polis, saya taknak tahu lebih dari itu. Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-orang soleh.

BERSAMBUNG KE EPISOD 8, KLIK SINI http://ustazkhalil.blogspot.my/2009/12/rumah-berhantu.html

3 ulasan:

  1. Begitulah kesudahannya Sahid. Siapa pun tak tahu apa terjadi di sebalik kisah dia dibunuh.

    Datang ke negara ini untuk mencari sesuap nasi, akhirnya batang tubuh tak bernyawa jadi galang ganti.

    Kekadang saya 'respect' dengan pekerja Bangla di tempat saya. Setiap kali solat Jumaat, penuh saf depan dengan mereka, sebab orang tempatan suka susup ke saf belakang.

    Nak salahkan siapa?

    BalasPadam
  2. Fuuhh...teruk betul keadaan sekarang. Bunuh sana bunuh sini telah menjadi berita hari-hari.

    Kalu melihat stastik mungkin kematian di Malaysia akibat kejahatan manusia per tahun lebih tinggi dari jumlah korban gempa bumi di Padang baru-baru ini! :(

    Takziah kepada keluarga Allahyarham Sahid. Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya.

    BalasPadam
  3. Nyawa manusia kini bagaikan nyawa ikan, silap sikit sahaja mudah sangat melayang.

    Manusia makin hilang timbang tara.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.