Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Oktober 2009

BERCERAI DENGAN SUAMI GAY



Kira-kira setahun berkahwin, rumahtangga yang dibina oleh pasangan itu akhirnya runtuh. Beberapa hari lepas, seorang wanita datang ke pejabat untuk membuat aduan, bahawa dia telah diceraikan suaminya dengan perkataan. Merujuk kepada perkataan tersebut, saya hampir pasti bahawa talaknya sudah jatuh, bagaimanapun saya rujuk kes ini ke Mahkamah Syariah sebagai prosedur biasa.
.
Wanita ini, berusia 20-an seorang kakitangan kerajaan berkahwin dengan lelaki bekerja di sektor swasta. Bila berkahwin, wanita ini dapati suaminya meminati lelaki dan lansung tidak minat kepada isterinya. Nafsu seks suaminya adalah kepada lelaki sahaja. Lebih berat lagi, suaminya mengambil pembantu rumah lelaki untuk menjalankan tugas seperti membasuh baju dan mengemas rumah. Suami  pula selalu tidur dengan pembantu rumah lelakinya dan meninggalkan isteri tidur keseorangan.
.
Setahun isteri tersiksa dalam perkahwinan  ini, pertengkaran sering berlaku. Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, wanita ini tidak pun membuat aduan kes rumahtangga ke pejabat agama. Wanita ini berdiam diri mungkin kerana ada alasan dan halangan untuk mengadu ke pejabat agama untuk mendapat kidmat rundingcara. Minggu lepas, suaminya telah melafazkan cerai terhadap isterinya.
.
Saya tidak jumpa lelaki ini kerana dia tidak hadir ke pejabat hari itu, cuma melihat gambarnya sahaja. Bila lihat gambar, hati saya tergelak, gambarnya memang ada iras-iras gay.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.