Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Oktober 2009

Roslin tuntut cincin risik, kos pengangkutan dan kerja kahwin




KUALA LUMPUR 21 Okt. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 21 Disember ini keputusan sama ada pemain badminton negara, Roslin Hashim berhak membuat tuntutan ganti rugi RM53,460 daripada bekas isteri yang dinikahinya hanya selama 12 hari.Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Syariah, Nurul Wazeera Ahmad Dahalan bagi pihak Hakim Syarie, Mohd. Radhi Abd. Latif yang sedang berkursus.Terdahulu, Nurul Wazeera menetapkan 20 November ini tarikh untuk Faizah Mohamad, 32, selaku defendan memfailkan bantahan awal dan hujahan bertulis terhadap tuntutan bekas suaminya itu.Roslin, 34, atau nama penuh Muhammad Roslin Hashim yang merupakan plaintif diberi tempoh 14 hari dari tarikh tersebut untuk menjawab bantahan tersebut.

Roslin diwakili peguam syarie, Roslizam Rahim manakala Faizah diwakili peguam syarie, Mohd. Amir Nazli Hussin.Bekas pemain No. 1 dunia itu mengemukakan tuntutan perbelanjaan yang dikeluarkan sewaktu merisik antaranya ialah cincin bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barangan pertunangan (RM2,915).Bagi perbelanjaan sewaktu perkahwinan pula, Roslin menuntut duit hantaran dan mas kahwin (RM15,080); bayaran jurunikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500); barang hantaran (RM11,465); baju dan kasut pengantin perempuan (RM6,750).Turut dituntut ialah khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10,000) serta tiket kapal terbang pengantin (RM500).

Faizah ketika ditemui pemberita memberitahu, dia tidak menyangka bekas suaminya sanggup membuat tuntutan sedemikian.Jelasnya, pihaknya sanggup memulangkan kesemua barang hantaran sekiranya Roslin memintanya untuk berbuat demikian secara bermaruah.

''Apa yang dia buat sekarang adalah langsung tidak masuk akal dan sebagai seorang lelaki dan seorang yang pernah bergelar suami, tindakannya macam tak bermaruah. Saya tidak tahu apa maksud perkahwinan pada dia,'' katanya.

Faizah juga menyatakan, dia merasa ingin ketawa apabila melihat perincian tuntutan yang dibuat oleh bekas suaminya yang dianggap tidak munasabah.Menurutnya, selain bantahan awal, pihaknya juga akan mengemukakan tuntutan balas.Beberapa orang abang Faizah yang hadir pada prosiding hari ini turut meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati mereka terhadap Roslin.

''Dulu kami tidak berkata apa-apa sebab tidak mahu panjangkan cerita. Tapi dia buat macam ini, seolah-olah adik saya tiada maruah langsung. Tuntutan yang dia buat juga tak masuk akal,'' ujar abang sulung Faizah, Zaidi.

Perceraian pasangan itu mengejutkan ramai pihak bukan sahaja kerana ia berlaku 12 hari selepas bernikah tetapi Roslin dalam prosiding pengesahan perceraiannya turut bersumpah bahawa tiada hubungan kelamin berlaku dalam tempoh yang singkat itu.Pada 12 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya memutuskan pasangan tersebut sah bercerai dan talak tersebut jatuh dalam kategori bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal).Pasangan itu bernikah di rumah Faizah di Puchong pada 1 Februari lalu dan lapan hari kemudian majlis bertandang di rumah Roslin di Kampung Sirih, Kota Bharu dengan wang hantaran RM15,000.
UTUSAN MALAYSIA






7 ulasan:

  1. Sudahnya ke mahkamah juga, nanti habis kisah dalam kelambu pun org tahu.

    Secara peribadi, saya tidak setuju tindakan Roslin, sebab ia mengundang polemik yang berterusan, sementelah dia seorang yg amat dikenali dalam dunia sukan tanah air.

    Ia juga menimbulkan rasa sangsi masyarakat terhadap kehidupan normalnya. Malah, masyarakat kebiasaannya lebih bersimpati dgn nasib isterinya. Lihat apa berlaku kepada Akil Hayy.

    Jika Roslin membaca blog ini, saya harap dia terima takdir jodohnya setakat itu. Tak usah jadikan ia semakin sukar. Bina hidup baru..

    Itu lebih baik.

    (Roslin ni mcam tak betul jer..)

    BalasPadam
  2. Jodoh perkahwinan dan perceraian adalah ketentuan Allah Taala. Perceraian adalah perkara yang diharuskan dalam Islam tetapi perkara yang paling tidak disukai oleh Allah Taala.

    Mungkin pasangan ini mengambil langkah bercerai setelah ada sesuatu yang tidak boleh diselesaikan di antara mereka. Kita tidak tahu hal keadaan sebenarnya, hanya mereka berdua saja yang tahu. Oleh itu, tidak elok kita menuduh atau membuat sesuatu andaian yang mungkin tidak tepat.

    Semoga selepas ini kedua-duanya memulakan hidup baru dan semoga bahagia dalam hidup masing-masing.

    BalasPadam
  3. emm tul gak cakap ustaz..masing2 ada masalah masing2..

    BalasPadam
  4. ..betul la kata kadi tu, tapi saya juga faham maksud brahimnyior...dia tak mahu roslin tu dedahkan masalah2 dalaman...biasalah kalau sikit penyataan dikeluarkan, wartawan takan habis cari cerita selanjutnya..

    BalasPadam
  5. DAH KENA TEBUK TUPAI KOT?

    TAPI ALLAH TIDAK AKAN JUMPAKAN LELAKI BAIK DENGAN WANITA JAHAT & SEBALIKNYA SEPERTIMANA DALAM FIRMANNYA BERBUNYI...

    SO KAUM ADAM KENA INGAT, JAGA KEMALUAN MEREKA DARIPADA PERKARA HARAM SEKIRANYA INGINKAN ISTERI YANG BAIK JUGAK!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.