24 Oktober 2009
TIADA BONUS
Belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri tahun ini tiada bonus yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan kerajaan. CEUPEC sebelum ini meminta bonus 2 bulan gaji, ramai beranggapan sekurang-kurang dapat juga sebulan gaji.
Yang dapat hanyalah bayaran khas RM500 yang diberikan kepada semua penjawat awam Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib. Sebelum ini gred 1 - 40 telah menerima RM 500 dengan 2 kali bayaran. Rata-rata kakitangan kerajaan yang saya hubungi mengeluh dan macam tak percaya kerana hampir setiap tahun ada bonus. Seorang kawan saya kata,
"Lepas ni mesti ada bonus, kerajaan mungkin akan umum kemudian"
Tak tahulah, akan umumkan kemudian atau tidak. Pada saya, kalau tak umum hari ini, maka jawabnya tak ada bonuslah. Kita sebagai pekerja di negara kita sudah banyak yang kerajaan berikan dan seharusnya kita bersyukur dengan imbuhan dan kenaikan yang diterima sebelum ini. Bonus bukanlah wajib diberikan setiap tahun, itu hanyalah imbuhan yang diberikan sekiranya kerajaan memikirkan perlu sahaja. Melihat keadaan ekonomi negara yang susut sejak akhir tahun 2007, 2008 dan 2009 sampai sekarang masih belum pulih sepenuhnya. Rakyat Malaysia harus berkorban untuk sama-sama membangunkan negara kita.
Penjawat awam tidak sepatutnya mengharapkan bonus sebagai penentu prestasi sehingga menjejaskan kerja mereka, tetapi sepatutnya melihat dari sudut positif tentang kemudahan dan kebajikan yang diperuntukkan kerajaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
apa yg penting mutu perkhidmatan awam di pertingkatkan ke tahap yg lebih membanggakan. GAJI adalah HAK kita, manakala BONUS adalah GANJARAN@SUMBANGAN yang boleh di beri atau tidak mengikut pertimbangan budi bicara dan kesesuaian ekonomi semasa. apa yang penting...."kerjasama"
BalasPadamPada mulanya saya yakin dengan pemberian bonus. Tapi setelah belanjawan dibentangkan, sahlah tiada bonus.
BalasPadamSekadar RM500, sebagai saguhati, tetapi lebih baik daripada tiada langsung.
Sebagai kaki tangan awam, kita harus terima sahaja apa yang diberi. Jika dibanding dengan pekerja di sektor swasta, kita masih 'selamat' terutama dalam era gawat dan ekonomi tak menentu.
Tiada bonus, kita masih boleh hidup dan berbelanja. Hidup seperti biasa, dan berbelanjalah seadanya.
Jangan kecewa, tingkatkan kualiti dan kesungguhan bekerja. Itu lebih utama.
mengajar manusia untuk sentiasa bersyukur sebenarnya..
BalasPadamSyukurlah.
BalasPadamsekurang2nya dapat juga.
tapi bagaimana dgn kerja kuli macam saya.
apa yg kerajaan bagi utk org2 yg macam saya.
cukai tetap bayar.
namun begitu saya tetap bersyukur nikmat yg allah kurniakan utk kita.
sebenarnya sikap maanusia ni mmg kadang2 tak pernah puas.
bila bagi sedikit memberontak,(akan tetapi bila org yg memerlukan mereka amat bersyukur)
bila dibagi banyak pun masih kurang(andai mereka yg hidup bermewah2an mereka tak kan rasa cukup)
bila langsung tak dibagi.
lagilah macam2 terjadi(akan tetapi mereka yg sentiasa reda & bersyukur akan tetap mensyukurinya)