Kita tidak boleh anggap semua yang dibawa oleh kapitalis sekarang adalah tidak betul kerana dalam banyak perkara, kapitalis meniru idea-idea bisnes Islam, cuma mereka mempraktikkan dalam masyarakat. Terlibat dalam saham hukumnya harus. Di Malaysia ada Suruhanjaya Syariah yang memantau saham-saham di Bursa Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh pakar Islam dan ekonomi yang terkenal. Ada lebih 70 peratus saham disahkan halal oleh suruhanjaya ini dan angka ini berubah dari masa ke semasa.Terpulang kepada pelabur, kalau dia beli saham yang tidak lulus syariah seperti judi, arak dan hiburan, maka hukumnya memanglah haram.
.
Ramai orang yang tidak sedar, apabila mereka menimpan wang di bank, atau melabur dalam ASB atau Tabung Haji, atau sebahagian koperasi, atau masuk insuran dan sebagainya, mereka sebenarnya telah melabur di Bursa Saham. Organisasi yang kita masuk ini akan melaburkan wang sebahagian wangnya ke bursa saham.
Saya Tak Mahu Berdebat, Blog saya bukan untuk berdebat
Saya tidak mahu menjadikan blog saya sebagai medan untuk membahaskan sama ada hukum seperti hukum memasuki bursa saham i u halal atau haram. Maafkan saya, blog saya tidak membahaskan secara terperinci sesuatu hukum. Apatah lagi hukum itu sudah sedia ada, bukan hukum yang baru. Majlis Fatwa Kebangsaan dan Suruhanjaya Syariah dan Mufti sudah ada ketetapan mengenai hukum itu, tuan-tuan boleh rujuk di situ, perbahasannya cukup luas. Apabila tuan-tuan merujuk kepada pihak berkenaan, selepas itu nilailah sendiri. Yang pasti, penilaian saya dan tuan-tuan mungkin akan ada perbezaannya, terpulang. Elok rujuk dulu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, Suruhanjaya Syariah dan Mufti setiap negeri.
Orang Melayu Perlu Bangkit
.
Apabila kita kaji peratusan orang Melayu yang memasuki bursa saham, jumlahnya saya percaya tidak sampai 30 peratus, selebihnya orang bukan Melayu. Yang 30 peratus itu pun, bukanlah mempunyai sumber kewangan yang besar. Kesedaran dan ilmu orang Islam yang terbatas dalam bursa saham ini sebenarnya merugikan kita sendiri. Contohnya, baru-baru ini kita dengar syarikat beras iaitu Bernas bakal dikuasai oleh orang asing. Ini semua tidak mustahil kerana kalau ada pihak yang mempunyai wang yang banyak boleh menguasai sesuatu syarikat besar. Bayangkan, Bernas menjalankan kegiatan berkaitan beras yang dimakan setiap isi rumah, pasti perniagaan ini menguntungkan. Alhamdulillah, usahawan Melayu Syed Mokhtar Al Bukhari akhirnya menguasai Bernas dan menyelamatkan Bernas dari terlepas kepada orang asing.
.
Begitu juga desas-desus beberapa minggu lepas, dan desas-desus ini belum berakhir. Syarikat gergasi dari negara China berhasrat menguasai syarikat perladangan terbesar negara yang merupakan perniagaan sawit terbesar dunia. Apa kesannya kalau ini berlaku ? Syarikat China yang akan untung dan kesan yang kurang baik akan berlaku kepada perniagaan negara, khasnya bumiputra. Alhamdulillah, negara kita masih boleh bertahan dan tidak gopoh untuk menjual syarikat ini kepada negara asing. Kita orang Islam dan Melayu sepatutnya mempunyai kekukuhan ekonomi sehingga boleh membantu kerajaan seterusnya menyelamatkan ekonomi negara.
Yahudi boleh serang kita lagi
Kegawatan ekonomi 1997-2000 manjadi pengajaran berguna kepada kita, betapa kita orang Islam mesti mempunyai kekuatan kewangan. Peperangan sekarang bukan semestinya dengan menghantar tentera sahaja, Yahudi sudah membuat kajian tentang serangan ekonomi, dan mereka berjaya menyerang negara yang menjadi sasarannya. Malaysia dan Indonesia paling teruk terjejas, dua negara ini adalah negara orang Islam yang pada tahun 1995 dan 1996 kita sedang menuju ke negara maju. Korea, Jepun dan Thailand diserang tetapi negara itu tidaklah jatuh seteruk negara kita dan Indonesia.
.
Alhamdulillah, Malaysia lebih mempunyai pertahanan kewangan yang kuat pada masa itu, berlainan dengan Indonesia. Indonesia telah mengaku kalah kepada Yahudi dengan membuat pinjaman kepada IMF yang sebenarnya 'Along Berlesen'. Indonesia masih merupakan negara berhutang sehingga sekarang dan boleh tergadai kalau tersalah percaturan. Sekarang banyak syarikat di Indonesia yang dikuasai oleh negara luar dengan begitu mudah. Kekayaan Indonesia, sebahagiannya disedut oleh orang asing.
.
Kita jangan mudah leka
Negara kita walaupun tidak seteruk Indonesia, tapi rakyat kita janganlah terlalu berbangga sangat. Kegawatan tahun 1997-2000 meninggalkan kesan yang sampai sekarang masih belum pulih. Lihat sektor pembinaan, perumahan dan hartanah, beberapa syarikat ini sampai sekarang terus muflis. Lihat sahaja Kemayan City di Jalan Skudai, berapa ratus juta kerugian dan terbengkalai sampai sekarang. Lihat Waterfront City di sebelah Tambak Johor, berapa ratus juta rugi dan terbiar kosong sekarang. Berpuluh-puluh lagi contoh boleh saya berikan tapi cukuplah sekadar itu.
.
Bulan Mac 2007, berlaku kejatuhan mendadak bursa saham di Nanyang China dalam masa sehari. Pasaran dunia merudum teruk tetapi pulih semula sebulan kemudian. Kesimpulan yang saya dapat buat, China sebagai kuasa besar sekarang, kejatuhannya boleh mengakibatkan hampir seluruh dunia runtuh. Bulan Ogos 2007, saya mendapat isyarat mengenai kejatuhan ekonomi global. Berlaku krisis subprima atau krisis hartanah di Amerika. Apabila kita baca akhbar, kenyataan yang dibuat oleh seorang tokoh mengatakan kesannya tidak akan menjejaskan Malaysia, tapi saya tidak percaya. Saya dah beritahu sebelumnya, akhbar bukan boleh dipercayai sepenuhnya, kajian kita yang paling tepat. Sebenarnya kesan kegawatan Amerika itu menjejaskan ekonomi seluruh dunia termasuk negara kita.
Kenapa saya diminta memberi pandangan dalam bursa saham
.
Saya insan yang kerdil, latar belakang saya bukan dalam bidang ekonomi atau perniagaan. Tapi ada beberapa orang tertentu yang kekadang merujuk kepada saya berkaitan ekonomi untuk memberikan pandangan sekiranya diperlukan. Mereka itu bukan orang biasa tetapi pengajiannya maha tinggi dalam ekonomi dan sudah berkecimpung dalam bursa saham lebih 20 tahun. Ada beberapa sahabat saya yang saya kenal, kebanyakannya pensyarah saya dalam sesuatu seminar dan kursus kemudian terus berhubungan. Orang seperti ini tidak sombong, kita manusia perlu banyak belajar dan bertukar-tukar pandangan. Kemampuan yang ada pada seseorang jangan diperkecilkan. Kalau kita ingin maju kita kena tambah ilmu walaupun kita sudah ada ilmu yang menjulang tinggi. SEKIAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.