Dalam surah An-Nisa' ayat 112 Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa orang yang mempersekutukannya dengan sesuatu, dan akan mengampunkan yang lain dari kesalahan syirik itu. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jauh".
.
Perkara yang berkaitan dengan akidah jangan main-main, bukan boleh senang-senang nak masuk ajaran sesat, lepas tu taubat. Kalau sesat akidah, maka rosaklah Islam, ini bukan perkara kecil. Hj Kahar satu hal, orang lain yang jadi pengikutnya bagaimana pula ? Adakah bertaubat sama. Cerita akhbar yang kata Hj Kahar ini taubat adakah benar atau hanya gimik sahaja. Alhamdulillah kalau Hj Kahar dah taubat nasuha, semoga Allah mengampuninya.
Tapi jangan jadikan alasan taubat ini kerana nak lepas dari hukuman. Pengalaman saya sebagai Pendakwa Syarie, ada juga orang yang berpura-pura insaf dan bertaubat di hadapan Hakim di mahkamah, tapi di luar lain pula yang berlaku. Ada orang takut kalau hakim jatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan zina, khalwat atau berjudi. Mereka kata depan hakim, mereka dah taubat, semoga hakim tak jatuhkan hukuman berat. Tapi bila dah keluar mahkamah, dah lama sikit mulalah buat hal semula. Kaji judi lagi susah nak taubat, bayangkan dah 20 tahun dah jadi kaki judi, bukan semudah itu nak berhenti.
.
Diharapkan pihak berkuasa terus memberi bimbingan susulan kepada Hj Kahar dan pengikutnya. Perlu adakan kelas pengajian tentang asas Islam terutamanya soal Akidah. Kalau setakat buat kenyataan akhbar dah taubat, lepas tu dibiarkan terus sesat, lebih baik tak payah cari publisiti murahan. Nak taubat-taubatlah sendiri, taubat itu keinsafan yang bermula dari hati, bukannya dengan lafaz dan kenyataan.
.
Dulu kes Arqam, mulanya Abuya bertaubat, buat siaran lansung tv di masjid negara tahun 1994, waktu itu saya masih belajar di UKM, ceritanya cukup panas di kampus waktu itu. Tak lama lepas itu, Abuya dan pengikutnya mengingkari taubatnya, Arqam aktif semula. Abuya di ISA sekali lagi kemudian ditahan di kediaman terhad di Labuan. Dalam pada itu, pengikutnya menubuhkan syarikat yang menjalankan agenda Arqam, dinamakan RUFAQA beroperasi di seluruh negara. Dulu saya dengan kerjasama Polis jadi penyiasat kes RUFAQA ini yang juga aktif di Johor.
.
Tahun 2004, Abuya dibebaskan sepenuhnya dari kediaman terhad di Labuan, bebas berterbangan untuk aktif semula. Betul, di Selangor gerakan ala Arqam ini berkembang semula, serbuan demi serbuan dibuat. Namun saya percaya gerakan ini tidak akan dapat dibenteraskan terus. Sekarang, di manakah pengikut Arqam ? Adakah mereka terus dengan akidah sesat mereka atau sudah kembali ke pangkal jalan.
.
.
Ramai yg kata rasul kahar nie gila..
BalasPadamKalau rasul kahar gila, maka kenapa dia kena penjara?
Mahkamah syariah adalah untuk orang Islam, maka ada ke orang gila yang diterima masuk Islam? (Diorang tak belajar kat sekolah rendah ke?)
Siapa? yang mengaku dia rasul, senang2 boleh dapat pengesahan gila lebih2 lagi by majority – all round except by God,,.
BY GOD;
‘MAKA KELAK KAMU AKAN MELIHAT DAN MEREKA PUN AKAN MELIHAT, SIAPA DI ANTARA KAMU YANG GILA.’ (Al? Quran, Al Qalam : 5 – 6)