Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Oktober 2009

JUDI NOMBOR EKOR : Tak takutkah balasan Allah


Pagi semalam lebih kurang jam 10 saya minum di salah sebuah kedai mamak di Kluang. Saya lihat ada  6 orang lelaki yang duduk bersebelahan meja saya sedang  'cai' nombor ekor. Mereka tak kenal saya dan sempat saya ambil gambar kerana mereka semua sedang asyik dengan dunia mereka. Masing-masing mengeluarkan kertas nombor ekor dan pen sambil mengecai nombor sampai lumat dan berkecai. Orang Islam seperti ini sungguh tak senonoh, tak hormat orang Islam lain termasuk saya. Bilakah mahu bertaubat dari perkara-perkara macam ini, takkanlah nak tunggu Allah datangkan musibah seperti gempa bumi yang melanda Indonesia minggu lepas.
.
Mulanya saya bercadang nak masukkan gambar dalam blog ini, tapi saya batalkan hasrat ini, biar saya simpan dalam komputer saja untuk rujukan saya masa akan datang.
.
Mula teringat  masa saya jadi penguatkuasa dulu, mengikut rekod dah lebih 3 ribu orang yang saya tangkap seluruh Johor. Rasa bersemangat semula, macam nak jadi penguatkuasa semula. Dulu, saya jarang beri peluang kepada penguatkuasa duduk rilek di pejabat, ada masa terluang diisi dengan operasi judi.  Saya anggap kerja bergelut, mengejar dan menangkap kaki judi ini sebagai rutin harian dalam hidup saya waktu itu. Malah macam jadi satu hiburan dalam diri saya. Masa saya jadi Pendakwa Syarie, hampir setiap Isnin saya datang Kluang dakwa kes di Mahkamah. Dah lebih 20 orang kaki judi di Kluang ini yang dah kena penjara bawah tangan saya termasuk kakitangan kerajaan.
.
Bilakah saya nak gempur tempat judi secara besar-besaran di Kluang. Sekarang saya jadi kadi, penguatkuasa di Kluang adalah di bawah kawalan saya, saya juga ada tauliah sebagai penguatkuasa yang ada kuasa menangkap. Tauliah sebagai  Pendakwa Syarie pun ada, boleh minta izin ketua pendakwa kalau nak dakwa. Kalau saya dakwa, tentu saya minta hukuman penjara maksima 2 tahun, biarkan orang macam ni duduk penjara saja. Yer, jangan kasi muka sangat pada kaki judi Kluang ni.


TUNGGU.....harinya akan tiba....
.

3 ulasan:

  1. Memang patut pun, kekadang kaki ekor ni selamba buat muka toye macam tak salah bila masuk premis judi.

    Saya penah terserempak orang tua, pakai kopiah putih masuk dan beli nombor..

    Apa lah nak jadi? Dia hanya takut kena penjara agaknya, tapi tak takut api neraka..

    BalasPadam
  2. teringat dulu ada baca satu kartun dalam surat khabar.

    orang tak makan babi dan anjing sebab dua2 tu haram.

    tapi boleh lak makan duit hasil judi dan rasuah walaupun hukumya ssama. haram.

    BalasPadam
  3. salam ustaz..

    macam mana perasaan ustaz jika saudara ustaz sendiri yg jadik kaki judi..
    kakak saya(saudara baru)suami dia melayu.depan2 saya boleh dia wat muka takbersalah,beli nombor ekor secara haram lagi kat cina yg duk sebelah umh dia..bila saya teguh,saya pulak yg kena..(sakitnya hati )dan ada pulak yg sokong dia.(suami sorg ustzazh lak tu).
    sedeh..sbb saya gagal untuk halang dan nasihatkan dia..
    apa lagi yg saya boleh buat....

    ya ALLAH.moga suatu hari nanti akan dia insaf aminn...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.