Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 Oktober 2009

HARGA MINYAK MALAYSIA NAK NAIK ?


Sekarang ada desas desus harga minyak RON 95 akan naik sebab harga minyak dunia sedang menuju peningkatan, katanya dalam masa yang singkat boleh naik sehingga USD 90 setong. Saya cerita ini bukan nak buat spekulasi, hari ini dalam Utusan Malaysia ada buat cerita kemungkinan kenaikan ini. Tiada yang mustahil, harga minyak ada masa naik dan turun.

Kalau minyak naik, kereta dan moto tetaplah bergerak juga, tak ramai juga yang naik bas dan keretapi. Macammana nak naik bas, perkhidmatan taklah seelok mana dan bukan semua tempat bas ada lalu. Kalau harga minyak naik, pasti tambang teksi dinaikkan sendiri oleh pemandu teksi, walaupun banyak teksi dah pakai gas. Alasan pemandu teksi adalah, harga barangan lain naik, maka kos penyelenggaraan meningkat.

Kepada pemain saham, peningkatan harga minyak ini adalah sebagai petanda menuju kepada kekukuhan semula ekonomi dunia yang sudah menyusut sejak Ogos 2007 sehingga sekarang. Peningkatan harga minyak bermakna, permintaan di seluruh dunia meningkat kerana industri yang semakin pulih. Kepada pelabur-pelabur runcit, saya nasihatkan supaya membeli saham-saham berasaskan minyak yang berada pada harga murah sekarang seperti SAAG, Kencana, Ramunia, Dialog dan lain-lain.

Kita sebagai pengguna pasti akan terasa dengan kenaikan ini kerana bukan saja harga minyak akan naik, barang lain pasti akan naik harga. Inilah masanya peniaga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan singkat. Yang rumitnya adalah pengguna, yang lebih tepat lagi adalah orang Melayu yang tidak menguasai perniagaan bekalan barangan ini. Orang Melayu kurang menjadi pemborong dan peruncit.

2 ulasan:

  1. Tertangguh le niat nak sambar Estima. Cukuplah dengan apa yang ada..

    BalasPadam
  2. Salam,

    Sebenarnya kenaikan harga minyak ini juga disumbang oleh kejatuhan nilai dollar US.

    Minyak dan mineral adalah 'milkiyah ammah' (harta milik umum) yang manfaat darinya semestinya dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat dalam bentuk pasarana kesihatan, pendidikan, komunikasi pengangkutan dan lalin-lain perkhidmatan yang boleh dirasai secara bersama. Bukan hanya untuk dilahap oleh syarikat-syarikat petroleum (baca: kapitalis) sahaja.

    Wasalam.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.