Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 Oktober 2009

BONUS OH BONUS




Kakitangan kerajaan sedang tertunggu-tunggu bonus tahun ini, dapatkah atau tak dapat ? Baru-baru ini kakitangan bukan pegawai dapat duit raya RM 500 seorang, tapi itu bukan dinamakan bonus, bonus adalah hujung tahun. Yang dapat duit itu pun, duitnya dah habis beli ketupat, rendang, lemang dan sayur lodeh. Ceupes minta 2 bulan gaji, tapi biasalah tiap-tiap tahun mintak 2 bulan gaji tapi tak pernah dapat. Paling tinggi pun dapat sebulan gaji, pernah juga dapat jumlah tetap yang kurang dari gaji.

Bonus ohh bonus....

Belanjawan negara akan dibentangkan tak lama lagi, mungkin seminggu dua lagi. Biasalah, kakitangan kerajaan bukan nak dengar benda lain masa ucapan tu, cuma nak dengar masa umumkan bonus saja. Biasanya bonus diumumkan akhir sekali, di hujung ucapan, kalau umum mula-mula nanti orang lain tak berapa nak dengar ucapan yang selepas itu.

Terserah  kepada kerajaan, kalau dapat alhamdulillah rezeki namanya. Kalau tak dapat pun, atau dapat tak banyak, kena faham-fahamlah ekonomi sekarang. Ekonomi sekarang bukan baik macam dulu sejak tahun 2008 hingga sekarang masih lagi berlaku kelembapan. Maka hasil kerajaan pun ada sedikit berkurangan.

1 ulasan:

  1. Hehehe...harap-harap bergitulah... kalau hasil kerajaan berkurangan pun boleh beri bonus juga.

    Kerajaan boleh belajar dari Obama dalam menyelesaikan masalah ini. Caranya ialah dengan mencetak wang baru 'out of thin air'.

    Kalau ini berlaku siapa yang susah?...rakyat juga...sebab kuasa beli dari wang yang dimiliki oleh mereka akan turun. Kesannya akan menyebabkan kenaikan harga barang.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.