Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

28 Oktober 2009

KOPI JANDA



Pernahkah anda minum 'Kopi Janda '? Terus terang, saya tak pernah  minum sebab saya bukan suka sangat minum kopi, saya suka teh tarik saja. Tapi kalau orang hidang kopi pada saya, saya tak tolak. Soalnya, kenapa dinamakan Kopi Janda ? Tidak adakah nama lain yang lebih sesuai......

Apa pun kita nak kata, kopi Janda telah berjaya meletakkan namanya ke satu tempat yang tersendiri. Maknanya, dari segi pengiklanan, syarikat ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai dalam masa yang singkat sahaja. Sudah pasti nama Janda itulah yang membuatkan syarikat ini berjaya. Baru-baru ini, ada NGO yang membela hak-hak wanita membuat bantahan, supaya nama kopi Janda ini ditukarkan kepada nama lain.  NGO ini tidak mahu nama Janda ini dipermain-mainkan sehingga menjejaskan kehidupan seorang janda. Bagaimanapun, syarikat pengeluar kopi ini menafikan bahawa dia menghina golongan janda dan mempertahankan untuk terus menggunakan nama janda ini.

Pada saya, kalau kopi ini tidak guna nama janda, maka pasarannya akan terus merudum dan tidak ada umppp lagi. Saya yang tak pernah minum kopi ini beranggapan, kopi ini lebih kurang sama saja dengan kopi lain yang ada di pasaran, cuma nama yang membezakannya. Kalau rasanya lain sekalipun, mestilah ada rasa yang lain dari setiap jenama.

Adakah Kopi Janda ini ada power ? Dulu orang banyak cerita tentang kopi Tongkat Ali, Ali Cafe, Kopi Jantan, tapi Janda ini bukan sebarang janda, janda ini dari kayangan sehingga mengalahkan jenama yang dah lama bertapak. Saya mula dengar iklan radio sewaktu dengar iklan radio di Terengganu berbunyi:

"Penaja utama kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu ada Kopi Janda....".
Tergelak juga saya dengar iklan ini.

Kenapa bukan Kopi Duda ?

Kalau letak nama Kopi Duda, adakah akan dapat menarik minat orang ramai. Yer, duda bukan sebarang duda, duda ada pengalaman luas dalam melayari bahtera dari Portugal ke Melaka mengalahkan Vesco De Gama. Lebih hebat lagi kalau duda yang ada misai tebal macam si dia tu, pasti ramai peminat. Tapi ada juga satu cerita malang bagi duda kalau wali menghalang duda untuk berkahwin dengan anak dara. Maka mungkin atas sebab itu, kopi Duda tidak diberi nama.

Kenapa bukan Kopi Anak Dara ?

Agak-agak kalau letak nama Kopi Anak Dara, adakah ada ramai peminat ? Yer le, tanyalah lelaki, temasuk lelaki yang dah kawin, nak pilih perempuan janda ke anak dara ? Pasti ramai yang pilih anak dara. Tapi kenapa tidak diberi nama Kopi Anak Dara, ada apa kelemahannya ?

Janda bukan Sebarang Janda Bang...

Minum kopi Janda di warung kepunyaan janda tentu akan ada lebih rasa perbezaannya. Bukan saja dapat menikmati rasa kopinya, tapi dapat menjeling janda yang sebenar. Lebih lagi janda yang pandai 'pasang badan', sekali pandang mengalahkan anak dara, ini tip top punya janda. Ini bukan sebarangan jandanya, kalau nak beli kereta, tauke kereta tu kata, ini takde kena sondol teruk punya kereta, sondol sikit-sikit saja. Ini kereta semua barang ori, takde lanyak punya kereta, pegi balik keja saja bawak. Jurujual ini memang sah baru lepas pekena kopi Janda.

 Kepada tuan punya warung dan kedai makan, jangan pulak tak jual kopi janda, nanti pelanggan lari ke kedai janda lain pulak, hilang pelanggan. Kepada wanita yang ada suami, bahaya juga jual kopi janda ini, nanti orang anggap anda janda, tersalah ngorat pulak.
Sekian. Maaf kalau ada yang tersinggung, bergurau je....

5 ulasan:

  1. suka baca entri ni. kelakar plak. sape yang bagi nama kopi janda tu memang kreatif.

    BalasPadam
  2. Hehehehe tuan2...

    Saya peminat setia kopi Kluang..kalau balik kluang mesti singgah stesen keretaapi..pekena dulu segelas , beli sebungkus sachet sebelum balik..

    BalasPadam
  3. SAYA NK TAHU JUGA..KENAPA JANDA BUKAN DUDA, ANAK DARA, ATAU LAIN2...

    BalasPadam
  4. Mula2 saya minum kopi nie di Melaka,mana2 saya pergi di malaysia mesti cari kopi janda. Saya pernah ke kedai kopi di simpang renggam, di JB, saya order lah kopi janda..pakcik kedai dan org2 sekililing mentertawakan saya. Lepas tu, 2 minggu kemudian saya pergi lagi, tiba2 saya nampak pakcik kedai kopi tu ada jual kopi janda..katanya, sejak saya order kemarin, dia pun pergilah cari, tak sangka dapat sambutan...tapi sekarang kopi janda dah susah nak dapat, sampai ke penang saya cari...semua out of stock!!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.